CERPEN

:

Mutiara Bonda (Osman Ayob)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Sinopsis Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya. Tema Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya. Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan. Persoalan i. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil. ii. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. iii. Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam. iv. Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja. v. Tekanan hidup anak bekas banduan.

Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah. Plot i. Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.

Perkembangan

Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu. iii. Puncak

Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat. iv. Peleraian

Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan. Teknik Plot i. Pemerian

Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon. ii. Dialog

Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku. iii. Imbas Kembali

Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. iv. Kejutan

Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan. v. Saspens

Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak. vi. Konflik

vii. Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu. Watak utama Adik i. ii. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi. Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

iii.

Degil dan keras hati.

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. iv. Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok. v. Panas baran.

Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya. vi. Insaf akan kesalahan yang dilakukan.

Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya. vii. Berpelajaran tinggi.

Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan. Watak Sampingan Bonda i. ii. iii. Ibu tunggal yang kematian suami. Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki. Gigih membesarkan anak-anak.

Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya. iv. Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.

Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku. v. Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.

Kak Cik i. ii. Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.

Anak yang bertanggungjawab.

Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan. Latar Latar Masa i. Waktu pagi

Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski. ii. Waktu senja

Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap. iii. Waktu malam

Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Latar Tempat i. Rumah Bonda

Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka. ii. Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja. iii. Atas katil

Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya. Latar Masyarakat i. Masyarakat yang gigih mendidik anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial. ii. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti. iii. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.

Gaya Bahasa i. Personifikasi

Contoh: ii. tikaman masa lampau yang menajam di ingatan darah meluncur dari ibu jari kaki bonda mencincanglumatkan jantung bonda Hiperbola

Contoh: melangit tinggi iii. berasap-asap bara meluat kata-kata berapi yang membakar kepala Sinkope

Contoh : iv. “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak” “ Adik nak berhenti sekolah…………” “Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.” Pengulangan

Contoh : tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem sahaja. v. Simile

Contoh: perangainya persis syaitan bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.

Peribahasa

Contoh: bersengkang mata mengembalikan manikam ke dalam cembulnya ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan musuh dalam selimut bendera putih

Nilai i. Nilai kasih sayang.

Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya . ii. Nilai bertanggungjawab.

Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya. iii. Nilai kesabaran.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah. iv. Nilai kegigihan.

Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan. v. Nilai keinsafan.

Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula. vi. Nilai ketabahan.

Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara. Pengajaran

i.

Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

ii.

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. iii. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.

Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam. iv. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.

Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik. v. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah. vi. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.

Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara. Soalan i. ii. Jelaskan tiga perwatakan adik. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

i. Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya, adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakanrakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya. ii. Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful