You are on page 1of 158

Sejarah Malaysia Abad Ke-20 Hingga Pra Kemerdekaan

EDISI KEDUA LEE BIH NI

Edisi Kedua, 2013 © Lee Bih Ni

Editor: Lee Bih Ni

Diterbitkan oleh: Desktop Publisher e mel: leeh_ni@yahoo.com

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Pengenalan, Matlamat dan Hasil Pembelajaran Kursus

i

2.

Bab 1

Penjajahan British di Negara Kita

8

a) Pengenalan b) Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British -Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang -SHTI Mengambil Seberang Perai c) Penjajahan Keluarga Brooke di Sarawak -Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa d) Penjajahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah -SBUB Bertapak Di Sabah -Amerika Syarikat -Britain -Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB -Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad -SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah e) Rumusan 3. Bab 2 Negeri-Negeri Selat 25

a) Pengenalan b) British Mencari Pelabuhan Baharu c) Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Singapura d) Faktor-faktor membawa kepada perjanjian InggerisBelanda , 1824 e) Perpecahan Kepulauan Melayu f) Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat g) Rumusan

4.

Bab 3

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

35

a) Pengenalan b) Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu c) Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British d) Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar e)Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan NegeriNegeri Melayu Bersekutu -Antara faktor-faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu -Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan f) Rumusan

5.

Bab 4

Reaksi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

45

a) Pengenalan b) Pembentukan Persekutuan mencabar Kewibawaan Sultan -Reaksi Perak -Dato' Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak -Reaksi Selangor -Penentangan di Selangor -Negeri Sembilan -Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti -Pahang -Dato' Bahaman Pahlawan Pahang c) Rumusan 6. Bab 5 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 55

a) Pengenalan b) Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu c) Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British -Temenggung Daeng Ibrahim Pemimpin Yang Berwibawa (1825 - 1862) -Sistem Kangcu -Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor -Pemimpin Johor Yang Berwibawa -Johor Di Ambang Penjajahan British d) Rumusan 7. Bab 6 Reaksi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu 67

a) Pengenalan b) Reaksi Kedah -Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah c) Reaksi Kelantan -Tok Janggut Pejuang Jihad d)Terengganu -Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani e) Reaksi Johor -Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British f) Rumusan 8. Bab 7 Pendudukan Jepun di Negara Kita 75

a) Pengenalan b) Pemerintahan Tentera Jepun -Kebangkitan Jepun Sebagai Kuasa Imperialis c) Peristiwa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu d) Peristiwa Pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak e) Kesan Pengunduran Tentera British f)Tindak Balas Tentera British Terhadap Serangan Jepun -Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan Tentera British di Tanah Melayu g) Dasar Pemerintahan Jepun -Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

-Pentadbiran Jepun di Borneo Utara -Dasar Pentadbiran Jepun -Politik -Ekonomi -Penjepunan dan Sosial h) Reaksi Penduduk -Reaksi Orang Melayu -Reaksi Orang Cina -Reaksi Orang India -Penubuhan Gerakan Anti-Jepun -Kekalahan Jepun i) Kesan Pemerintahan Tentera Jepun -Politik -Ekonomi -Sosial j) Rumusan 9. Bab 8 Malayan Union dan Penubuhan UMNO 90

a) Pengenalan b) Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun c) Keganasan 14 Hari -Penguasaan Bintang Tiga -Keganasan Bintang Tiga -Ketegangan Kaum d) Pentadbiran Tentera British e) Malayan Union 1946 -Tujuan Penubuhan Pentadbiran Malayan Union - Ciri-Ciri Malayan Union -Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Rancangan Malayan Union -Faktor-Faktor Penentangan -Golongan Yang Menyokong Malayan Union -Cara Penentangan -Langkah Kolektif Orang Melayu Menentang Malayan Union -Kongres Melayu Pertama -Kongres Melayu Kedua -Rapat Umum -Wanita f) Penubuhan UMNO -Tujuan Penubuhan UMNO -Perjuangan Tokoh UMNO -Perjuangan UMNO -Perkembangan UMNO g) Rumusan 10. Bab 9 Persekutuan Tanah Melayu 103

a) Pengenalan b) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu -Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu -Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu c) Perbezaan Antara Pentadbiran Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah Melayu

d) Perbezaan Kerakyatan Malayan Union Dengan Persekutuan Tanah Melayu -Ahli Persekutuan Tanah Melayu -Sistem Kerajaan -Syarat kerakyatan -Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri -Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu -Pendaftaran PKMM ditolak e) Rumusan 11. Bab 10 Proses Ke Arah Kemerdekaan dan Pembentukan Negara Berdaulat a) Pengenalan b) Langkah-Langkah Memberikan Ancaman Komunis -Pengisytiharan Darurat -Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri -Memperbesarkan Pasukan Keselamatan -Rancangan Briggs -Perang Saraf -Pertemuan Baling c) KESAN DARURAT d) Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan e) Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum f) Pendidikan Alat Perpaduan g) Ciri-Ciri Sistem Pendidikan Vernakular Di Tanah Melayu Sebelum Merdeka h) Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri i) Pilihan Raya Negeri j) Ke Arah Kemerdekaan k) Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan l) Sarawak Diserahkan Kepada Kerajaan British -Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak -Penentangan dan Reaksi British -Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak -Reaksi & Tindakan British -Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak -Penubuhan Parti Politik Di Sarawak -Penubuhan Perikatan Sarawak m) Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah -Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah -Penubuhan Parti Politik Di Sabah -Penubuhan Parti Perikatan Sabah n) Gagasan Persekutuan Malaysia -Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia -Cadangan Tunku Abdul Rahman -Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia -Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia o) Pengisytiharan Persekutuan Malaysia -Konfrontasi Dan Perdamaian -Faktor Pendorong, Penghalang, Penyatuan dan Pemisahan 112

-Faktor Menghalang Penyatuan Singapura p) Rumusan 12. Lampiran

BAB 1 PENJAJAHAN BRITISH DI NEGARA KITA
Hasil Pembelajaran  Memerihalkan penapakan British di Pulau Pinang dan Seberang Prai (Tanah Melayu).  Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang dan Seberang Prai.  Menceritakan usaha-usaha pemimpin Kedah mengambil semula Pulau Pinang.  Memerihalkan peristiwa yang membawa kepada pengambilan Sarawak oleh James Brooke.  Menyatakan peringkat perluasan kuasa di bawah pemerintahan keluarga Brooke.  Menceritakan penapakan dan peluasan kuasa barat sehingga pengambilan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British.  Menyenaraikan syarat-syarat yang diberikan oleh kerajaan British untuk menubuhkan Syarikat Borneo Utara British.
Peta Konsep

Penjajahan British

Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British:
Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang Penjajahan Keluarga Brooke Di Sarawak Penjajahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) Di Sabah

Memanfaatkan asset negara Malaysia • Menghargai dan memanfaatkan aset-aset negara kita Karisma kepemimpinan • Bersikap kepemimpinan cemerlang Membela maruah negara • Sedia mempertahankan negara

Unsur dan Tingkah laku Patriotisme

Laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/British_Malaya http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Malaysia http://www.britishempire.co.uk/maproom/malaya.htm

Pengenalan British Malaya secara longgar menyifatkan satu set negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Singapura yang telah dibawa di bawah kawalan British antara 18 dan abad ke-20. Berbeza dengan istilah "British India", yang tidak termasuk negeri-negeri bangsawan India, British Malaya sering digunakan untuk merujuk kepada negeri-negeri Melayu di bawah pemerintahan British tidak langsung serta Negeri-Negeri Selat yang berada di bawah kedaulatan Mahkota British. Sebelum pembentukan Malayan Union pada tahun 1946, wilayah-wilayah telah tidak diletakkan di bawah pentadbiran tunggal yang disatukan. Sebaliknya, British Malaya terdiri daripada negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bawah pemerintahan British, Malaya adalah salah satu daripada wilayahwilayah yang paling menguntungkan Empayar, menjadi pengeluar terbesar di dunia bijih timah dan getah kemudian. Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia menjadi bebas sepenuhnya pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, persekutuan, bersama-sama dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, membentuk sebuah persekutuan yang lebih besar yang bernama Malaysia. Kedudukan Strategik Mendorong Penguasaan British

Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang
Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) memerlukan sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barangan dagangan dan pangkalan tentera. Pihak SHTI memerlukan sebuah tempat persinggahan untuk berlindung daripada angin monsun. Pada masa peralihan monsun itu, mereka memerlukan bekalan air, makanan dan membaiki kapal. Selain itu, pihak syarikat memerlukan barangan seperti emas, perak, bijih timah dan lada hitam yang banyak terdapat di Kepulauan Melayu untuk dijadikan barang tukaran bagi mendapatkan teh yang amat popular di Eropah daripada pedagang Cina. Oleh itu, pihak SHTI telah mendapati bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah kawasan yang sesuai untuk tujuan ini kerana kedudukannya yang strategik, iaitu berada di persimpangan timur dan barat. Pulau Pinang juga didapati sesuai dijadikan pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannyadi India daripada serangan pihak Perancis. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh mendapatkan Pulau

Pinang yang berada di bawah penguasaan Kedah kerana Kedah merupakan sebuah negeri yang berada di bawah naugan Siam. Kedah merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Kepulauan elayu pada kurun ke-16. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Kedah menyebabkan Kedah maju sebagai pelabuhan enterpot. Namun, pada akhir kurun ke-18 berlaku perebutan takhta kerajaan Kedah. Sultan Muhammad JIwa telah melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tetapi perlantikannya telah ditentang oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara. Kerabat diraja Kedah telah berpakat dengan Bugis di selangor yang dipimpin oleh Raja Haji untuk menentang baginda.

Peta 1.1. Kedudukan Pulau Pinang Sultan Muhammad JIwa telah diserang oleh tentera Raja Haji lalu mengakibatkan Kuala Kedah dan Alor Setar ditawan. Baginda terpaksa berundur ke Kangar. Baginda berusaha mendapatkan bantuan daripada firma Jourdian Sullivan and de Souza. Oleh itu, pihak firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan baginda pada tahun 1771. Setelah berbincang, baginda telah menandatangani perjanjian dengan Francis Light. Dalam perjanjian itu, pihak firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Namun, perjanjian itu dibatalkan apabila pihak firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. Pada masa yang sama, Kedah telah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Kerajaan Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781. Setelah Siam bangkit, siam telah menuntut supaya penghantaran bunga emas, wang, serta tenaga manusia disambung semula. Ini menyebabkan Kedah berasa terancam. Kedah yang diperintah oleh Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada pihak SHTI untuk mengekalkan kedaulatan Kedah. Baginda telah menawarkan Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan. Francis Light yang inginkan Pulau Pinang, menerima tawaran Sultan Abdullah. (Andaya, B.W., 1983)

Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang
Dasar monopoli yang diamalkan oleh Belanda telah membimbangkan pihak SHTI. Setelah meneliti tawaran Sultan Abdullah, Francis Light secara peribadi telah menandatangani Perjanjian Inggeris- kedah pada tahun 1786. Antara syarat-syarat Perjanjian InggerisKedah 1786 ialah: (a) SHTI tidak boleh melindungi musuh kedah. (b) SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang oleh musuh. (c) SHTI membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultanKedah sebagai pampasan. Penaklukan Patani oleh Siam telah mengancam kedudukan kedah. Sultan Abdullah menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 yang ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan Francis Light. Oleh sebab keengganan SHTI untuk memberi bantuan, Sultan Abdullah mengarahkan Francis Light keluar dari Pulau Pinang tetapi beliau enggan walaupun ditawarkan bayaran ganti rugi. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah mengumpul tentera untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Baginda turut mendapat bantuan ketenteraan daripada Siak, Riau, dan Selangor. Francis Light telah meminta bantuan tentera British untuk menyerang kubu sultan Kedah di Seberang Perai. Dalam pertempuran itu, angkatan tentera Kedah tewas dan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791.

George Leith pula dilantik oleh SHTI sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

SHTI Mengambil Seberang Perai
Setelah menduduki Pulau Pinang, SHTI berusaha pula untuk mendapatkan SeberangPerai kerana: (a) Sesuai untuk dijadikan benteng pertahanan Pulau Pinang sekiranya diserang. (b) Sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian kerana tanah subur. Peluang ini diambil oleh SHTI kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan untuk menentang Siam. Pada bulan Jun 1800, baginda telah menandatangani Perjanjian

Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith. Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai secara rasmi dan dinamakan Province Wellesly.

Namun, SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan setelah Kedah diserang oleh Siam pada bulan November 1821. Kedah akhirnya berjaya ditakluki oleh Siam. Pada bulan Jun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Raja Rama III dengan Henry Burney di Bangkok.

Sultan-sultan Kedah telah berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri Kedah daripada ancaman musuh. Namun, akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai jatuh ke tangan British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dn menggunakan tipu muslihat. (Mohd. Isa Othman, 2002) Penjajahan Keluarga Brooke di Sarawak Pada peringkat awal, negeri Sarawak berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Kekayaan hasil bumi Sarawak mendorong James Brooke untuk menguasainya. Akhirnya, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke dari tahun 1841 hingga 1946.

Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
Sarawak pada mulanya berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei sebelum kurun ke-19. Pembesar-pembesar tempatan yang dilantik oleh Sultan Brunei mentadbir wilayah di

Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei. Kekayaan Sarawak dengan antimoni dan emas telah menyebabkan Sultan Brunei mengubah dasar pemerintahnya. Pada kurun ke-19, Pangeran Muda Mahkota telah dilantik menjadi wakil pemerintah Kesultanan British dan telah mengambil kuasa politik pembesar tempatan di Sarawak. Beliau juga telah mengambil alih perdagangan emas dan antimoni serta mengenakan cukai kepada penduduk tempatan. Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni juga tidak diberikan upah. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan marah kepada penduduk tempatan dan mereka telah menentang Pangeran Indera Mahkota. Mereka juga ingin bebas daripada pemerintahan Kesultanan Brunei. Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan rakyat Sarawak lalu Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota.

Rajah 1.1 Negeri Sarawak Pada Tahun 1840 Pangeran Raja Muda Hashim pula telah meminta bantuan pedagang British, James Brooke untuk menghentikan pemberontakan itu. Pangeran Raja Muda Hashim telah berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya beliau berjaya menghentikan pemberontakan itu. Dengan bantuan daripada James Brooke dan tenteranya, Pangeran Raja Muda Hashim telah berjaya menamatkan pemberontakan itu tetapi jawatan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidka mendapat persetujuan daripada Sultan Brunei lalu melengah-lengahkan perlantikan itu. James Brooke marah dengan keputusan tersebut lalu membedil bandar Kuching. Pangeran Raja Muda Hashim menandatangani perjanjian dengan James Brooke dan telah melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu: (a) James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya. (b) James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat

orang Melayu. James Brooke kemudiannya telah berjumpa dengan Sultan Brunei ketika itu, Sultan Omar Ali Saifuddin pada tahun 1842 bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Gabenor Sarawak. Kedatangan James Brooke bersama angkatan tenteranya telah menyebabkan sultan terpaksa mengiktiraf perjanjian yang telah ditandatangani oleh beliau dan Pangeran Raja Muda Hashim. (Walker, J.H., 2002).

Sultan Omar Ali Saifuddin telah cuba menyerang James Brooke tetapi dapat dikalah oleh James Brooke dengan bantuan daripada angkatan tenteranya. Dengan kekalahan itu, baginda terpaksa mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka dan mempunyai kedaulatan penuh ke atas Sarawak.

Rajah 1.2 Kawasan Penyerahan Kepada James Brooke Oleh Sultan Brunei

Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa
Antara tahun 1853 hingga tahun 1905, James Brooke dan Charles Brooke berjaya meluaskan kawasan pemerintahan mereka setelah dibantu oleh angkatan laut British. Sehingga tahun 1905, keluarga Brooke berjaya meluaskan wilayahnya hingga ke sempadan Brunei. (Runciman, S., 1960)

Jadual 1.1 Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1853 hingga tahun 1905

Rajah 1.3 Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1853 hingga tahun 1861

Rajah 1.4 Kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke di Sarawak dari tahun 1883 hingga tahun 1905 Penjajahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah Sabah di bawah pengaruh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi.

SBUB Bertapak Di Sabah
Sabah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi. Antaranya kuasa Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol. Syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah.

Amerika Syarikat
Pada tahun 1865, Sultan Brunei memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses. Tempoh sewaan selama 10 tahun. Moses menjual konsesi

kepada The American Trading Company diketuai oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris. Torrey gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis. Torrey menjual haknya kepada Von Overbeck.

Britain
Von Overbeck menghadapi masalah kewangan. Pada tahun 1877, Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent. Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan di bawah kekuasaan British. Pada tahun 1877 Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Mu‟mein perbaharui pajakan dengan Overbeck dan Dent melalui perjanjian. Sultan Brunei serahkan tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku. Pada tahun 1878, Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam (Kesultanan Sulu). Sultan Sulu menyerahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku. Pada tahun 1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent. Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Saham syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan. Persatuan berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan. Pada November 1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad. Pada tahun 1882, syarikat tersebut dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB). (Tregonning, K.G., 1960)

Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB
SBUB berkuasa mentadbir Sabah. Presiden pertama ialah Sir Rutherford Alcock. Pengarah urusannya ialah Alfred Dent. Brtish dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah. Tahun 1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang menjadikan Sabah negeri naungan British. British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar Sabah. (Winks, R.W., & Alaine Low., 1998)

Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
a) SBUB tidak boleh menyerahkan wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa persetujuan kerajaan British b) SBUB mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British c) SBUB perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan d) SBUB hendaklah mentadbir Sabah dengan adil dan saksama e) SBUB mesti menerima nasihat daripada kerajaan British

SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah
Pemerintahan SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher. Gabenor dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British. Gabenor dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883. Ahli majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan pusat pentadbirannya di Sandakan. SBUB menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran.

SBUB menubuhkan jabatan kerajaan dalam pentadbiran. Antaranya Jabatan Pos,
Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur. Pentadbiran SBUB mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung.

SBUB membahagikan Sabah kepada beberapa residensi / daerah / kampung.
Peringkat Residensi; Pada peringkat awal Sabah dibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi Pantai Barat dan Residensi Pantai Timur. Pada tahun 1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman. Setiap residensi diketuai seorang Residen. Peringkat Daerah; Setiap residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (berbangsa Eropah). Terdapat sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe, Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang oleh penduduk tempatan. Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.), tugasnya adalah membantu Pegawai daerah dalam pentadbiran kerajaan. O.K.K. diberi surat kuasa yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan. Peringkat Kampung; SBUB melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua. SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan. SBUB tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan.

SBUB melaksanakan undang-undang Barat dan tempatan. Ia bertujuan untuk
menjaga keamanan negeri. Pada tahun 1900, diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton. Mahkamah Majistret dihakimi oleh Pegawai Daerah. Ia mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan. Mahkamah Anak Negeri dihakimi oleh hakim yang dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat-istiadat tempatan. Ia mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat-istiadat tempatan.

Organisasi Pentadbiran SBUB Lembaga Pengarah (di London) Gabenor (di Sabah) Dinasihati oleh Majlis Penasihat

Setiausaha Kerajaan yang bertanggungjawab kepada; Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur) Residen Merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi Pegawai Daerah Merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah. Tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh. Ketua Anak Negeri Tugasnya menjaga keamanan, menguruskan pembahagian tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian Ketua Kampung Tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung

Rumusan Penjajahan British di negara kita bermula dengan perjanjian demi perjanjian berkenaan kepada pihak Inggeris. Ia merupakan dasar perundangan yang mengesahkan hakmilik Inggeris ke atas Pulau Pinang walaupun Inggeris telah mendudukinya sejak tahun 1786. Akhirnya Pulau Pinang dan Seberang Perai jatuh ke tangan British kerana Francis Light dan SHTI memungkiri janji dan menggunakan tipu muslihat. Ia menandakan titik tolak penjajahan Inggeris bermula di Tanah Melayu. Di Sarawak pula, kekayaan hasil bumi Sarawak mendorong James Brooke untuk menguasainya. Perpecahan pemimpin-pemimpin

tempatan membuka ruang campurtangan dan penjajahan Brooke. Akhirnya, Sarawak berada di bawah pemerintahan keluarga Brooke dari tahun 1841 hingga 1946. Bagi Sabah, ia menjadi tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil bumi. Syarikat-syarikat asing mula bertapak di Sabah sehingga Afred Dent menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad yang berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan. Persatuan ini berjaya berkuasa mentadbir Sabah apabila menjadi sebuah syarikat berpiagam Borneo Utara British.

Rujukan Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan. Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ramlah Adam (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Runciman, S. (1960). The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841 to 1946. Cambridge: Cambridge University Press. Tregonning, K.G. (1960). North Borneo. London: H. M. Stationery Off. Walker, J.H. (2002). Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in Sarawak. New South Wales: Allen & Unwin. Winks, R.W., & Alaine Low. (1998). Sabah History. The Oxford History of the British Empire, Vol. 5. Oxford: Oxford University Press.

Soalan Latihan 1. Jelaskan sebab-sebab pihak British mengambil Pulau Pinang dan Seberang Prai. 2. Mengapakah Syarikat Hindia Timur British (SHTI) memerlukan sebuah pangkalan di rantau Asia Tenggara walaupun mereka telah lama bertapak di India? Bincangkan perkembangan penting yang berlaku sepanjang tempoh 1786-1832. 3. Bincangkan peristiwa yang membawa kepada pengambilan Sarawak oleh James Brooke. 4. Huraikankan penapakan dan peluasan kuasa barat sehingga pengambilan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British. Apakah syarat-syarat yang diberikan oleh kerajaan British untuk menubuhkan Syarikat Borneo Utara British.

BAB 2 NEGERI-NEGERI SELAT
Hasil Pembelajaran     Menyatakan sebab-sebab pihak British mengambil Singapura dan Melaka. Memerihalkan penapakan British di Singapura dan Melaka. Menyatakan syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda. Membincangkan pembahagian pengaruh kuasa Barat dalam Perjanjian InggerisBelanda memudahkan penguasaan Barat di Kepulauan Melayu.

Peta Konsep
Negeri-Negeri Selat Pulau Pinang Singapura Melaka

Unsur dan Tingkah laku Patriotisme

Memanfaatkan asset negara Malaysia  Menghargai dan memanfaatkan aset-aset negara kita Kebijaksanaan menjalinkan hubungan • Bijak berfikir dan bertindak

Laman web: http://en.wikipedia.org/wiki/Straits_Settlements http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-Negeri_Selat http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura#cite_note-16

Pengenalan Nama lama bagi Singapura ialah Temasek. Mengikut lagenda, seorang putera dari Palembang bernama Sang Nila Utama tiba di pulau itu. Baginda terlihat seekor binatang yang dikenali sebagai „singa‟. Baginda menukarkan nama Temasek kepada Singapura yang bermaksud „Bandar Raya Singa‟. Pada awalnya, Singapura didiami oleh orang laut. Ada antaranya menjadi pelaut atau lanun yang mengancam kapal-kapal yang melalui Selat Melaka. Singapura pernah berasa di bawah pengaruh Siam. Parameswara yang mengasaskan Melaka pernah pergi ke Singapura dalam tahun 1380-an dan kemudian memerintah pulau itu selama lima tahun. Baginda meninggalkan Singapura kerana bimbangkan ancaman dan serangan Siam. Pada abad ke-15, Singapura berada di bawah kekuasaan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Selepas itu, Singapura menjadi sebahagian daripada Empayar Johor sehingga kedatangan Stamford Raffles pada tahun 1819. British Mencari Pelabuhan Baharu Singapura dibuka kerana Pulau Pinang tidak dapat memenuhi harapan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Dari segi pertahanan, Pulau Pinang tidak dapat mempertahankan pantai Timur India kerana kedudukan yang terlalu jauh. Semasa berlaku perbalahan antara pihak Perancis dengan Britain di Timur, kapal-kapal British yang mempertahankan Teluk Benggala menghadapi masalah kerana Pulau Pinang tidak dapat memenuhi fungsinya. Pulau Pinang bukanlah merupakan sebuah pangkalan, malahan tidak mempunyai kubu untuk mempertahankan pelabuhan. Dari segi perdagangan, Pulau Pinang tidak dapat memenuhi keperluan SHTI. Oleh sebab kedudukannya yang jauh daripada kawasan perdagangan yang penting di Asia Tenggara, Pulau Pinang tidak dapat menjadi pelabuhan persinggahan dan member perlindungan kepada kapal-kapal British yang melalui perjalanan laut di antara India dengan negara China. Kelemahan Pulau Pinang dan keazaman British untuk meningkatkan perdagangan dengan negara China menyebabkan mereka terpaksa mencari sebuah pelabuhan lain yang lebih sesuai, terutama di kawasan selatan Selat Melaka. Ini seterusnya membawa kepada pembukaan Singapura. Tidak seperti Pulau Pinang, gugusan Kepulauan Riau-Lingga mempunyai beberapa kelebihan yang sesuai dijadikan pelabuhan persinggahan. Kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan dari India ke negara China menjadikannya bukan sahaja sebagai sebuah pelabuhan yang baik di Asia Tenggara, tetapi juga menjadi pusat mengawal penyebaran pengaruh Belanda. Orang yang bertanggungjawab dalam meneroka dan mencari pangkalan yang sesuai untuk pihak British bagi menggantikan Pulau Pinang ialah Stamford Raffles. Beliau ialah seorang pegawai di

SHTI yang pernah menjadi Penolong Setiausaha di Pulau Pinang dan kemudiannya sebagai Leftenan Gabenor British di Jawa. Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Singapura Kedudukan Pulau Pinang yang terletak di Utara Selat Melaka menyebabkan Pulau Pinang gagal berkembang maju. Kapal-kapal dagang lebih banyak berlabuh di kawasan yang berhampiran dengan Selat Melaka seperti Betawi, Riau dan Lingga. Perdagangan SHTI dengan China semakin maju menyebabkan pihak syarikat memerlukan sebuah pelabuhan baru untuk menggantikan Pulau Pinang. Perang Napoleon yang telah melanda Eropah menyebabkan pihak SHTI dapat menguasai Melaka dan Betawi. Namun, selepas perang tamat, SHTI terpaksa memulangkan semula Melaka dan Betawi kepada Belanda. Pihak belanda juga telah memberikan layanan yang buruk terhadap pedagang British. Oleh itu, pihak syarikat telah menghantar Stamford Raffles untuk mencari sebuah pangkalan baru. Beliau telah cuba untuk memajukan Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal. Raffles yang mendapati Singapura berpotensi untuk menjadikan pelabuhan yang maju kerana terletak di laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda telah mencadangkannya kepada pihak SHTI. Singapura yang terletak di bawah kekuasaan Johor juga didapati dapat menyaingi pelabuhan Betawi dan mampu menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu. (Butcher, J.G., 1979) Singapura Pangkalan Perdagangan Yang Strategik Stamford Raffles telah mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura. Singapura terletak di bawah kekuasaan kerajaan Johor. Namun, usaha Raffles untuk mendapatkan Singapura menghadapi masalah kerana kerajaan bawah pengaruh Belanda. Taktik Raffles Mengambil Singapura Pada 12 Januari 1819, Stamford Raffles telah mendarat di Singapura. Stamford Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British pada 30 Januari 1819. Namun, perjanjian itu dianggap tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman. Raffles merancang dengan mengadakan muslihat untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda. Johor berada di

Raffles telah berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjeput Tengku Hussein ke Singapura untuk menjadi sultan Johor. Oleh itu, Sultan Hussein telah mengiktirafkan perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dan Raffles. Maka secara rasminya SHTI mula bertapak di Singapura. (Kennedy, J., 1993) SHTI Mencengkam Singapura Perjanjian 1819 gagal memberi kuasa penuh kepada Raffles untuk menduduki Singapura. Untuk mengukuhkan kedudukan SHTI, Raffles telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 7 Jun 1823. Perjanjian ini membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan Pulau-Pulau yang berdekatan.

Pada 2 Ogos 1824, Residen Singapura iaitu John Crawfurd telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Melalui perjanjian tersebut, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasminya kepada SHTI. (Butcher, J.G., 1979) Faktor-faktor membawa kepada perjanjian Inggeris-Belanda , 1824

Persaingan perdagangan di Timur
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai perhubungan baik. Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini. Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-Inggeris iaitu Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan, keduaduanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain. Jan Peterzoon Coen menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari Pulau Jawa (1619). (World of Islamic-Malaysia, 2009)

Rajah 2.1 Jan Peterzoon Coen

Dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah
Bagi British persahabatannya dengan Belanda adalah penting dari segi “pertahanan/keselamatan”. Ini disebabkan kedudukan antara Belanda dengan British adalah berdekatan. Belanda ialah tempat yang paling sesuai digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British ini terjadi pada tahun 1795, apabila Napoleon Bonaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British. Keinginan British untuk berbaik-baik dengan Belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya Perang Napoleon. Inggeris telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda

Dasar-dasar Raffles di Singapura dan pertelingkahan mengenai Singapura
Stamford Raffles menentang keputusan pihak British yang hendak memulangkan Pulau Jawa kepada Belanda. Raffles berpendapat bahawa Pulau Jawa amat penting bagi strategi British sama ada dari segi perdagangan mahupun ketenteraan. Tambahan pula, Pulau Pinang yang dibuka pada tahun 1786 tidak lagi dapat berfungsi sebagai pusat perdagangan. Raffles berhasrat membuka sebuah pelabuhan yang berkedudukan strategik untuk bersaing dengan pelabuhan Betawi dan menyekat pengaruh Belanda di Hindia Timur. Akhirnya, beliau telah berjaya membuka Singapura pada tahun 1819.

Kemajuan Singapura
Gabenor Jeneral Lord Hastings menolak dakwaan Belanda memandangkan Singapura merupakan sebuah pelabuhan bertaraf bebas yang membawa keuntungan kepada pihak Inggeris. Dalam jangka masa setahun sahaja, nilai perdagangan melebihi $4 juta. Pada tahun 1823, nilai perdagangan Singapura bertambah kepada $13.2 juta. Selain itu, penduduk di Singapura juga meningkat kepada 10000 orang. Dalam keadaan ini, saudagarsaudagar SHTI di Calcutta mendesak petempatan Singapura dikekalkan.

Masalah kewangan Belanda
Belanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Mereka telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangannya yang diambil alih oleh British. Kini VOC hampir dengan garis kebankrapan. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, VOC telah berhutang kepada pihak British. Hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana British telah memberi bantuan dan pinjaman sebanyak £144 juta. Apabila VOC dibubarkan pada tahun 1799, Kerajaan Belanda bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Untuk menyelesaikan masalah ini, Belanda telah

mengambil langkah untuk berunding dengan British bagi mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian selain mengelakkan pertempuran daripada berlaku. Perjanjian InggerisBelanda telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Pihak British diwakili oleh George Canning dan pihak Belanda pula diwakili oleh Charles W. Wymn. Perpecahan Kepulauan Melayu Kepesatan Singapura telah mengugat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu. Pihak Belanda juga marah dengan pendudukan Raffles di singapura kerana mendakwa Singapura berada di bawah lingkungan pengaruhnya. Pekara ini telah membangkitkan permusuhan antara pihak British dengan pihak Belanda. Permusuhan ini kemudiannya diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang juga dikenali sebagai Perjanjian Persetiaan London. (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983) Antara syarat-syarat Perjanjian Persetian London (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824): (a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura. (b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. (c) British akan menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Perjanjian ini telah menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh, iaitu British dan Belanda. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura terletak di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. Melaka yang sudah lama menjadi impian British telah dapat diperolehi melalui perjanjian ini. Johor pula telah dipecahkan kepada dua bahagian: (a) Johor dan Singapura berada di bawah penguasaan British; dan (b) Kepulauan Riau serta Lingga berada di bawah penguasaan Belanda. Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat Negeri-negeri selat (NNS) dianggotai oleh Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pulau pinang dahulunya telah diperintah oleh Leftenan Gabenor, manakala Singapura dan Melaka diperintah oleh Residen. Dengan tertubuhnya NNS, pentadbiran dapat diseragamkan dan menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang dan kemudiannya pada tahun 1832, Singapura pula menjadi ibu negeri bagi NNS. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor Jeneral di India. Residen Konsuler pula dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan pentadbiran di NNS. Gabenor Jeneral di India bertanggungjawab menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di NNS. (Kennedy, J., 1993)

Gabenor Jeneral British di India Gabenor Negeri-Negeri Selat Residen Kosunler Residen Konsuler Residen Konsuler

Carta 1.1 Struktur Pentadbiran Negeri-Negeri Selat Pada Tahun 1826 Namun, pentadbiran ini ditentang oleh penduduk tempatan kerana mereka merasakan bahawa NNS adalah seperti tanah jajahan India. Oleh itu, NNS telah merayu kepada British untuk memindahkan pentadbiran NNS ke London.

Justeru, pada 1 April 1867, NNS diisytiharkan sebagai Tanah JaJahan British dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. Majlis Perundangan telah ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang yang dibuatnya sendiri.

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)
 

SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS. NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.

  

Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan. Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah. Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan.

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

• Pada tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan. Rumusan British telah mengambil kesempatan terhadap Sultan Kedah yang memerlukan bantuan mereka. Akibat terlalu mengharapkan bantuan British Sultan Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada mereka. Keadaan ini memberi keinsafan kepada kita bahawa tindakan mengharapkan campur tangan kuasa asing dalam hal dalaman negeri telah menyebabkan Kedah kehilangan hak kedaulatannya. Begitu juga dengan kegagalan Tengku Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyedari tipu helah Stamford Raffles telah menyebabkan Singapura jatuh ke tangan British. Sejarah ini menunjukkan bahawa kita hendaklan sentiasa berwaspada dan tidak mudah tunduk dan meminta bantuan asing. Rujukan Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan. Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Kennedy, J. (1993). History of Malaya. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co. World of Islamic Malaysia. (2009, Mac). Sebab-Sebab Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Dikeluarkan 2011, Disember 17 dari http://worldislam.blogspot.com/2009/03/perjanjian-inggeris-belanda-1824.html

Soalan Latihan 1. Jelaskan sebab-sebab pihak British mengambil Singapura dan Melaka. 2. Bagaimana British bertapak di Singapura dan Melaka? Bincangkan syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Belanda. 3. Pembahagian pengaruh kuasa Barat dalam Perjanjian Inggeris-Belanda memudahkan penguasaan Barat di Kepulauan Melayu. Bincangkan.

4. Apakah syarat-syarat utama Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824? Nyatakan kesan-kesan pejanjian ini ke atas kesultanan Johor. 5. Huraikan pentadbiran Negeri-negeri Selat di bawah kerajaan di India. Nyatakan sama ada kerajaan India berjaya atau tidak dalam mengawal keadaan di Negeri-negeri Selat dalam tempoh 1826-1867.

BAB 3 NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran     Membincangkan alasan yang digunakan oleh British untuk campur tangan di Negerinegeri Melayu. Menjelaskan kesan Revolusi Perindustrian terhadap campur tangan British di Negerinegeri Melayu. Menghubungkait kesan Revolusi Perindustrian dan dasar kerajaan British dengan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Negeri-Negeri Melayu Membahaskan keberkesanan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik Perhatian British
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pesuruhjaya Tinggi British (Singapura) Residen Jeneral (Kuala Lumpur) Perak (Residen) Selangor (Residen) Negeri Sembilan (Residen) Pahang (Residen)

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme

Kewajipan mempertahankan ketuanan bangsa • Berani mempertahankan hak dan kedaulatan negara

Laman Web:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://en.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Malay_States http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php? option=com_content&view=article&id=84%3Athe-role-anddevelopment&catid=39%3Adosh-profile&Itemid=90&lang=en

Pengenalan Kekayaan hasil campur tangan. Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu bumi di negara kita mendorong kuasa asing untuk menjajah. Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri Melayu memberi kesempatan kepada British untuk

Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik Perhatian British
Hubungan perdagangan NNS dengan Negeri-Negeri Melayu. (a) Selepas penubuhan NNS pada tahun 1826 British telah berhasrat untuk campur tangan di Negeri-Negeri Melayu. (b) Negeri-Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi terutamanya bijih timah dan hasil hutan. (c) Kepentingan NNS bagi Negeri-Negeri Melayu: i) Pulau Pinang menjadi pusat pengumpulan hasil bumi seperti bijih timah dari Perak dan Kedah ii) Melaka menjadi pangkalan untuk mengumpul barang dagangan dari Selangor dan Negeri Sembilan serta membekalkan buruh Cina ke lombong-lombong di Selangor dan Negeri Sembilan. iii) Singapura menjadi pusat pengumpulan barang dagangan. Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif dengan

Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai pelabuhan enterpot yang mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri Melayu. Pedagang-pedagang NNS telah melabur modal dalam perlombingan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang. Kekayaan hasil bumi yang terdapat di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan telah menarik minat British. British menguasai hasil bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu sebelum negeri-negeri tersebut jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain. (Butcher, J.G., 1979).

Revolusi Perindustrian Mendesak Campur Tangan
Perkembangan Revolusi Peindustrian di Eropah menyebabkan permintaan terhadap hasil bijih timah meningkat. Bijih timah diperlukan untuk perusahaan mengetin makanan. British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri melayu supaya mendapatkan bekalan yang mencukupi dan menjadi tempat untuk memasarkan hasil keluaran kilangnya.

Terusan Suez dan Kapal Wap Merancakkan Persaingan
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu. Penciptaan kapal wap pula dapat mempercepatkan perjalanan dan jumlah muatan barangan juga dapat ditingkatkan.

Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain
Kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara telah membimbangkan pihak British. British berusaha untuk menyekat perluasan kuasa Eropah supaya kepentingannya di negeri-negeri Melayu tidak terancam terutamanya oleh kuasa Perancis.

Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British
Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah berjaya mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Britian daripada Parti Liberal. Kerajaan baru ini telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British terhadap Negeri-Negeri Melayu.

Desakan Pedagang Mempercepatkan Campur Tangan
Keadaan di Tanah Melayu mejadi huru-hara akibatnya berlakunya pertelingkahan di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina. Pedagang di NNS telah mengalami kerugian dan mereka mendesak supaya British campur tangan. Pada tahun 1873, secara rasminya seramai 243 orang pedagang NNS telah menulis surat kepada Lord Kimberley iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British untk mendesak British campur tangan.

Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British

Perak
Kawasan Kelian Pauh dan Kelian Bharu di daerah Larut, Perak kaya dengan hasil bijih timah. Pada tahun 1848, Long Jaafar telah membawa masuk orang Cina untuk memajukan perlombingan bijih timah di Larut. Namun, kemasukan beramai-ramai orang Cina ini telah menimbulkan pergaduhan yang melibatkan anggota kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Pergaduhan ini telah membawa kepada meletuskan Perang Larut yang menjejaskan perusahaan bijih timah. Menteri Larut ketika itu, Ngah Ibrahim telah melantik Kapten Speedy iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk membantu menamatkan Perang Larut. Keadaan di Perak menjadi semakin tegang kerana berlakunya perebutan takhta oleh kerabat diraja setelah kemangkatan Sultan Ali. Perebutan takhta ini berpunca daripada sistem pewarisan takhta yang tidak dipatuhi sepenuhnya. Sistem pewarisan takhta Perak dianggap unik kerana seseorang anak raja itu perlu menjadi Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda sebelum ditabal menjadi sultan. Sultan Raja Muda Raja Bendahara Raja Hilir Carta 3.1 Sistem Perwarisan Takhta Di Perak Masalah pewarisan takhta di Perak bermula selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai sultan namun perlantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof. Penentangan ini berlaku kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak ditabalkan sebagai sultan manakala Raja Yusof (Raja Di Hilir) telah diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak. Raja Abdullah mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor. Kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak. Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan. Andrew Clarke telah mengadakan rundingan dengan pembesar-pembesar Melayu serta pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina di Pulau Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak. Hasilnya Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 di atas kapal

H.M.S. Pluto. Perjanjian Pangkor memberi peluang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran dan ekonomi di Perak. J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen yang pertama di Perak. (Harry, M., 1965) Campur tangan di Perak  Masalah perwarisan takhta yang sah  Masalah perebutan kawasan perlombongan bijih timah antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San Long Jaafar  Pada tahun 1848, beliau telah mengusahakan perlombongan bijih timah di Larut dengan kaedah mendulang. Selepas itu, beliau membawa masuk pelombong Cina. Hasil yang diperolehi meningkat kerana mereka menggunakan kaedah lombong dedah. Perang Larut  Perang Larut berpunca daripada perebutan untuk mendapatkan sumber bekalan air ke kawasan perlombongan serta keinginan menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah.

Selangor Perang Klang di Selangor
Sultan Adbul Samad yang berkuasa di daerah langat telah ditabalkan menjadi sultan Selangor pada tahun 1857. Semasa zaman pemerintahan baginda, telah berlakunya Perang Klang yang menyebabkan campur tangan British. Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah berada di bawah kekuasaan Raja Sulaiman. Namun setelah Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah. Penyerahan kuasa tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman. Raja Abdullah berjaya memajukan kawasan perlombongan bijih timah dengan membawa masuk buruh-buruh Cina. Kekayaan di daerah Klang ini telah menjadi rebutan antara pembesar tempatan sehingga mencetuskan perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang. Perang Klang melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Raja Mahadi berusaha untuk mendapatkan daerah Klang daripada Raja Abdullah. Perang saudara ini turut melibatkan pelombong-pelombong Cina yang terlibat dalam kongsi gelap Cina. Kegiatan perdagangan dan perlombongan di Selangor juga turut terjejas. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan perang tetapi pelantikan itu tidak dipersetujui oleh pembesar tempatan termasuk Raja Mahadi. (Harry, M., 1965) Raja Mahadi menentang pelantikan tersebut kerana Tengku Kudin bukan anak negeri Selangor. Tengku Kudin pula telah meminta bantuan British untuk menamatkan perang

saudara

yang berlaku di Selangor. Dalam masa yang sama, British telah mengambil

kesempatan untuk campur tangan dan mendesak Sultan Abdul Samad agar menerima seorang Residen British. Pada tahun 1873, kapal dagang British yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak di Kuala Langat. Pada tahun 1874 pula, rumah api di Tanjung Rachado telah diserang dan British menggunakan alasan tersebut untuk menempatkan seorang Residen British. Akhirnya pada tahun 1874, Sultan Abdul Samad terpaksa akur dengan kehendak British. J.G Davidson dilantik sebagai Residen yang pertama di Selangor manakala Frank Swettenham pula dilantik sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin Tengku Kudin berjaya menguasai daerah Klang kerana  Mendapat sokongan puak Hai San  Mendapat bantuan British Perang Klang Perang Kalng 1867 berpunca daripada perbalahan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah yang berebut daerah Klang. Tengku Kudin  Nama sebenarnya ialah Tengku Kudin Dhiauddin. Beliau merupakan putera diraja Kedah dan berkahwin dengan uuteri Sultan Abdul Samad. Beliau dilantik sebagai wakil sultan untuk mentadbir Selangor pada tahun 1868.

Carta 3.2 Jurai Keturunan Kerabat Diraja Selangor

Negeri Sembilan Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
Sungai Ujong merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan berada di bawah penguasaan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman. Dato' Bandar Kulop Tunggal juga merupakan seorang yang berpengaruh di kawasan Sungai Ujong. Kehadiran kedua-dua pembesar yang berada di Sungai Ujong menyebabkan berlaku pertelingkahan. Pertelingkahan ini disebabkan oleh pertuanan Sungai Linggi yang merupakan laluan utama untuk ke Melaka. Pembesar yang berjaya menguasai sungai ini akan dapat memungut cukai yang agak lumayan. Dato' Kelana meminta bantuan daripada pihak British setelah berasa bimbang dengan kekuasaan Dato' Bandar yang mendapat sokongan kuat daripada pelombong Cina dan penduduk tempatan. Oleh itu, Dato' Kelana telah menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk menerima perlindungan British dengan syarat Dato' Kelana diakui sebagai pemerintah daerah Sungai Ujong tetapi hak pengutipan cukai terletak di tangan British. (Ibrahim Mahmood, 1981) British telah melantik P.J. Murray sebagai residennya di sana. Walau bagaimanapun Dato' Bandar tidak mengakui perjanjian in. British telah memberi bantuan askar kepada Dato' Kelana yang kemudiannya telah menewaskan Dato' Bandar. British kemudiannya, telah meluaskan pengaruhnya di Rembau, jelebu dan Seri Menanti dengan menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil. Kesemua daerah di Negeri sembilan telah disatukan pada tahun 1895 dan Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah yang juga Yamtuan Seri Menanti dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Atas desakan British baginda sedia menerima seorang Residen. Martin Lister kemudiannya dilantik sebagai residen Negeri Sembilan yang pertama.

Pahang British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang
Pada kurun ke-19 kuasa-kuasa Eropah seperti Perancis, Rusia, dan Jerman telah bersaing untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. Sultan Ahmad pula berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri Pahang. Baginda mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor dalam membangunkan Pahang dan pelabur-pelabur Eropah juga dibawa masuk untuk memajukan Pahang. Tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana akan menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Pahang ialah: (a) Frank Swettenham dan Frederick Weld telah memujuk Sultan Ahmad untuk menerima Residen British tetapi gagal (1886).

(b) British meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Hasilnya Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British. namun British masih tidak berpuas hati kerana wakil British masih tidak mempunyai kuasa sepenuhnya (1887). (c) British menggunakan alasan pembunuhan seorang warganegara British yang berbangsa Cina iaitu Go Hui untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British. Akhirnya Sultan Ahmad menerima J.P. Rodger sebagai Residen British setelah didesak oleh British (1888). Kedaulatan negeri Pahang berakhir setelah penerimaan Residen British. British secara tidak langsung telah campur tangan dalam pentadbiran Pahang dan penapakan kuasa Barat lain dapat disekat. (Mohd. Isa Othman, 2002) Kepentingan Perjanjian antara British dengan Pahang pada 1887  Bendahara Wan Ahmad diakui sebagai Sultan Pahang oleh pihak Inggeris  Sultan Ahamad menerima Hugh Low sebagai wakil Kerajaan British di Pahang Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar Pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menggugat kuasa sultan dan juga kuasa pembesar. Sultan terpaksa menerima nasihat residen dalam kesemua aspek kecuali dalam hal istiadat Melayu dan juga agama islam. Kehadiran residen juga telah menyebabkan sultan dan pembesar kehilangan kuasa untuk menjalankan pentadbiran. Residen juga telah bertindak menghapuskan sistem perhambaan. Tindakan itu dianggap melampaui kuasa mereka kerana bagi masyarakat Melayu, perhambaan merupakan adat turun-temurun. Selain itu, residen telah mengambil alih hak pungutan cukai yang dipegang oleh pembesar tempatan. Pemungut cukai ini telah diuruskan oleh Pegawai Majistret dan Pemungut hasil. Pengukuhan Bersekutu Pelaksanaan Sistem Residen di negeri perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dikatakan tidak teratur dan mempunyai kelemahan. Keadaan ini disebabkan Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas tentang bidang tugas mereka. Residen pula telah bertindak sebagai pemerintah dan terlalu berkuasa sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen. Pentadbiran di setiap negeri pula tidak seragam kerana mempunyai undang-undang yang tersendiri. Untuk mengatasi masalah kelemahan Sistem Residen, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah sebuah pentadbiran yang di kenali sebagai Negeri-Negeri Bersekutu atau Persekutuan 1896. Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu

Antara faktor-faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah: (a) Krisis kewangan Pahang berpunca daripada beban hutang akibat kebangkitan rakyat Pahang menentang British. (b) Perkongsian perkhidmatan pakar di mana kos untuk bayaran perkhidmatan pakar seperti doktor, jurutera dan pengukur dapat dijimatkan. (c) Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api dapat dimajukan. (d) Faktor keselamatan iaitu untuk mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan. Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada 1 Julai 1896. Frank Sweetenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama. (Mohd. Isa Othman, 2002)

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan
     Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan menjadi sebuah persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral. Residen Jeneral berkuasa dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat.

Carta 3.3 Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896

Rumusan Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif dengan Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai pelabuhan enterpot yang mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri Melayu. Kekayaan hasil bumi di negara kita mendorong kuasa asing untuk menjajah. Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri Melayu memberi kesempatan kepada British untuk campur tangan. Pelaksanaan Sistem Residen di negeri perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dikatakan tidak teratur dan mempunyai kelemahan. Keadaan ini disebabkan Residen tidak mempunyai garis panduan yang jelas tentang bidang tugas mereka. Untuk mengatasi masalah kelemahan Sistem Residen, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah sebuah pentadbiran yang di kenali sebagai Negeri-Negeri Bersekutu atau Persekutuan 1896. Rujukan Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Soalan Latihan 1. Bincangkan alasan yang digunakan oleh British untuk campur tangan di Negeri-negeri Melayu. 2. Menjelaskan kesan Revolusi Perindustrian terhadap campur tangan British di Negerinegeri Melayu. 3. Jelaskan dengan mengubungkaitkan kesan Revolusi Perindustrian dan dasar kerajaan British dengan perubahan politik, ekonomi dan sosial di Negeri-Negeri Melayu. 4. Beri pandangan anda tentang keberkesanan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

BAB 4 REAKSI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran  Memerihalkan perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah  Menyenaraikan sebab pemimpin setempat menentang British  Mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah  Mengklasifikasi mengikut lokasi, sebab, tujuan, cara dan kesan perjuangan  Membuat inferens tentang keberkesanan perjuangan pemimpin setempat  Mencirikan keistimewaan perjuangan tokoh-tokoh setempat  Membuat kesimpulan tentang keistimewaan tokoh-tokoh setempat yang menentang British

Reaksi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pembentukan Persekutuan 1896 Mencabar Kewibawaan Sultan Perjuangan Pemimpin Setempat Perak (Dato‟ Maharaja Lela) Selangor (Raja Mahadi) Negeri Sembilan (Yamtuan Seri Antah) Pahang (Dato‟ Bahaman)

Corak dan Matlamat Perjuangan: - Perjuangan bersenjata Tujuan Perjuangan: Pengusiran kuasa penjajah Pengekalan sistem pentadbiran

-

-

Mendaulatkan hak dan kewibawaan bangsa • Sentiasa memelihara maruah bangsa Memartabatkan perjuangan tokoh-tokoh negara • Kepemimpinan cemerlang Kepemimpinan berkarisma • Menghargai jasa dan tokoh-tokoh negara kita http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://en.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Malay_States

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme

Laman Web:

Pengenalan Campur tangan British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menggugat keadaan British politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan. Perubahan dalam sistem memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan rakyat telah pentadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa. Tindakan mencetuskan kebangkitan untuk menentang penjajahan British. Pemimpin tempatan berjuang untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air. Pembentukan Persekutuan mencabar Kewibawaan Sultan Pentadbiran Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral yang berkuasa dalam urusan kewangan dan juga cukai eksport. Jabatan-jabatan seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan dan penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini adalah terhad. Sultan pula dikehendaki menerima nasihat daripada Residen Jeneral dalam semua hal kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam. Residen Jeneral juga telah mengambil alih kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri lalu menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sultan-sultan negeri Melayu. Menyedari itu, British telah menubuhkan Durbar yang membolehkan sultan-sultan hakikat

berbincang mengenai hal ehwal adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu. Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama telah diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar dan yang kedua telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dalam Durbar yang kedua, Sultan Perak, Sultan Idris telah mengkritik kuasa Residen Jeneral dan mendesak supaya mengembalikan kuasa raja-raja Melayu. Baginda juga mendesak supaya bilangan orang Melayu yang berada dalam pentadbiran hendaklah ditambah dan diberi jawatan yang lebih tinggi. Bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi di Durbar itu. Akibat desakan itu, pihak British telah menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Residen Jeneral telah ditukarkan kepada Ketua Setiausaha. Pihak British juga telah memulangkan kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri. (Mohd. Isa Othman, 2002)

Reaksi Perak Dato' Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
Dato' Maharaja Lela bertugas sebagai penghulu di Pasir Salak dan juga sebagai Orang Besar Berlapan Perak. Perlantikan J.W.W. Birch sebagai residen British di Perak telah menimbulkan konflik di antara sultan, J.W.W. Birch dan pembesar Perak yang lain. Antara faktor kebangkitan menentang British: (a) Mengambil hak mengutip cukai

(i) Sultan Abdullah telah dipaksa oleh J.W.W. Birch supaya menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengutip cukai. (ii) Jika baginda enggan berbuat demikian, maka takhta baginda akan diturunkan. (iii) Rumah Raja Ngah Orang Besar Perak telah dibakar oleh Birch kerana masih mengutip cukai timah di Bidor. (b) Mencabar ketuanan Melayu (i) Kemarahan sultan dan pembesar memuncak apabila Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. (ii) Kesan daripada pengisytiharan tersebut ialah kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. (iii) Residen bertugas sebagai melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu. (c) Memperkenalkan cukai baru (i) Beberapa cukai baru telah diperkenalkan iaitu cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. (ii) Bayaran sebanyak dua dolar juga dikenakan kepada setiap isi rumah sebagai cukai kelamin. (d) Mencabuli adat resam (i) Birch mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam orang Melayu. (ii) Permusuhan timbul apabila Birch sengaja menyimpan hamba-hamba perempuan di rumahnya. Satu mesyuarat telah diadakan di Durian Sebatang oleh Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato' Maharaja Lela. Dalam mesyuarat itu, mereka telah sebulat suara untuk membunuh Birch. Dato' Maharaja Lela, Dato; Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum secara sukarela telah menawarkan diri untuk membunuh Birch. Ketika Birch dan rombongannya sedang sibuk menyebarkan surat pengisytiharan di Pasir Salak, Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya telah mengambil kesempatan untuk membunuh Birch. (Butcher, J.G., 1979).

Rajah 4.1 J.W.W. Birch Komplot Membunuh Birch Dalam mesyuarat pembesar-pembesar Perak di Durian Sebatang, tiga cadangan dikemukakan bagi menghapuskan Birch, iaitu;  Meracun  Menggunakan khidmat bomoh melalui “main hantu”  Menikam Akhirnya cadangan ketiga diambil. Dato‟ Maharaja Lela mengambil tugas untuk melaksanakan cadangan yang dipersetujui itu. Hal ini telah menyebabkan British menyerang Pasir Salak. Serangan ini bagaimanapun

telah dapat dipatahkan dan Kapten Ines telah terkorban. Perang Perak yang berlaku hampir setengah tahun ini telah berpihak kepada pihak British yang mendapat bantuan tentera dari India dan Hong Kong. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhkan kepada Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum pada tahun 1877. Raja Ismail telah dibuang negeri ke Johor dan Sultan Abdullah serta Ngah Ibrahim dihantar ke Pulau Seychelles. (Butcher, J.G., 1979).

Rajah 4.2 Kedudukan Pasir Salak pada tahun 1874

Reaksi Selangor Penentangan di Selangor
Perang Klang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Pada tahun 1868, Sultan Selangor melantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan membantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan member sokongan menentang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang Saudara tetapi campur tangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan. (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983)

Rajah 4.4 Kubu Pertahanan Raja Mahadi Rajah 4.4 merupakan gambaran pelukis menunjukkan kubu pertahanan Raja Mahadi. Raja Mahadi bersedia menyerang Raja Abdullah dan gedungnya di Klang pada tahun 1866.

Negeri Sembilan Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti
Pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti. Wilayah jajahan Seri Menanti meliputi kawasan Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Antah 1981). Hubungan antra Dato' Kelana dengan Yamtuan Antah semakin renggang apabila : (a) Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. (b) Dato' Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya. membantah tindakan Dato' Kelana Sungai Ujong yang Jempol. Yamtuan menandatangani

perjanjian dengan British kerana akan menggugat kedaulatan bangsa. (Ibrahim Mahmood,

P.J. Murray iaitu Residen British di Sungai Ujong telah menghantar tentera dan juruukur untuk menjalankan siasatan tentang pertikaian itu. Yamtuan Antah pula menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya pihak British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah. Pertikaian itu membawa kepada tercetusnya pertempuran antara British dengan Yamtuan Antah. Dalam pertempuran itu, Yamtuan Antah mendapat sokongan daripada Dato' Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin serta penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Pasukan Yamtuan Antah berjaya menwan Paroi dan membina kubu di situ pada bulan Disember 1875. Walau bagaimanapun, British berjaya menawan semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari Negeri-Negeri Selat. Yamtuan Antah pula berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor. Di Johor, Maharaja Abu Bakar menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Pada bulan Mei 1876, satu rundingan diadakan antara Yamtuan Antah dengan William Jervois iaitu Gabenor NegeriNegeri Selat. (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983). Kesan daripada rundingan tersebut ialah : (a) Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti (b) British berpeluang untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh Negeri

Yamtuan Antah Nama sebenar Yamtuan Antah ialah Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin. Dato‟ Siamang Gagap Beliau telah memimpin pasukan untuk menentang British di Seri Menanti. Beliau berpegang teguh pada prinsip mempertahankan maruah, bangsa, agama dan tanah air. Prinsipnya jelas ditunjukkan apabila beliau membantah keputusan Yamtuan Antah untuk berdamai dengan British.

Pahang Dato' Bahaman Pahlawan Pahang
Kebangkitan rakyat Pahang menentang British dipelopori oleh Dato' Bahaman atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh. Dato' Bahaman dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana sikap kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor. Setelah kematian Orang Kaya Indera Segara, belaiau dilantik sebagai pembesar Temerloh. Dato' Bahaman juga tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang. (Ibrahim Mahmood, 1981)

Pada 16 Disember 1891, tiga orang pengikut Dato' Bahaman ditangkap kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran British. Tindakan ini mencetuskan kemarahan Dato' Bahaman dan pengikutnya lalu menyerang Balai Polis Lubuk Terua. Hugh Clifford bersama 200 anggota tentera berjaya menawan semula Lubuk Terua pada 26 Disember 1891 tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Hugh Clifford berundur dan mendapatkan bantuan dari Singapura. Pada bulan Januari 1892, British menubuhkan pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan untuk menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Gerakan ini diketuai oleh Sultan Wan Ahmad dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong. Dato' Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua pada bulan Mac 1892. Perjuangannya semakin hebat kerana mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Pada 8 Mei 1892, British melancarkan serangan ke atas Lubuk Terua. Ramai pejuang Pahang berundur ke Terengganu dan Kelantan untuk berlindung. Di Terengganu, mereka mendapat sokonan daripada Ulama Tok Ku Paloh supaya pejuang Pahang berjihad menentang British. Pada 14 Jun 1894, Dato' Bahaman dan 100 orang pengikutnya berjaya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Kolonel Walker dihantar oleh British untuk menawan semula Jeram Ampai. Pertempuran sengit berlaku menyebabkan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. (Ibrahim Mahmood, 1981)

Rajah 4. 3 Kawasan berlakunya kebangkitan di Pahang pada tahun 1890-an. Walaupun perjuangan Dato' Bahaman dan pengikutnya gagal, tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan itu turut menggugat kedudukan British di Pahang. Kesan peperangan di Pahang : (a) British menanggung hutang yang banyak. (b) Sultan Ahmad dipaksa membayar 7 200 dolar setahun kepada British. Rumusan Kita telah melihat bahawa kekayaan negara telah mendorong kuasa asing untuk menguasai negara kita. Masalah dalaman seperti perebutan takhta dan keadaan negara yang tidak tenteram telah memberi peluang kepada kuasa asing untuk mencampuri urusan negara dan seterusnya menguasai hasil bumi kita. Pemimpin yang bijak dan berwawasan penting demi mewujudkan perpaduan dan keamanan negara. Tanpa keharmonian negara kekayaan ekonomi tidak akan dapat dimajukan. Zaman penjajahan yang berlaku di negara kita menyebabkan penduduk hidup dalam penderitaan kerana ditinda oleh penjajah. Keperitan hidup ini telah membangkitkan semangat para pejuang tanahair (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang) untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara. Walaupun perjuangan penduduk tempatan dapat dipatahkan oleh British, namun semangat dan sikap keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi sumber inspirasi kepada seterusnya. pejuang

Rujukan Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan. Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ramlah Adam (2004). Gerakan Radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Soalan Latihan 1. Jelaskan sebab pemimpin setempat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menentang British dengan mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah. 2. Pada pendapat anda, sejauhmanakah perjuangan pemimpin setempat Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berkesan? 3. Perjuangan tokoh-tokoh setempat Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bincangkan.

BAB 5 NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran  Menyatakan cara pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor  Menyatakan peranan Penasihat British di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis  Memerihalkan pemodenan Johor dan penerimaan Penasihat British  Menghuraikan penerimaan penasihat British di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor  Membuat kesimpulan kewibawaan pemerintah dan pembesar Johor dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri Johor  Membuat perbandingan peranan Residen dengan Penasihat British
Peta Konsep

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme
Berdiplomasi • Membuat keputusan yang bijaksana Kejituan visi dan misi menjamin keunggulan negara • Merealisasikan pembangunan negara

Laman Web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://1426.blogspot.com/2008/03/negeri-negeri-malaysia-tidak-bersekutu.html

Pengenalan Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan untuk menghalang kemaraan kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara. British berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan seorang Penasihat British. Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk membina Segenting Kra yang akan mengancam perdagangan British di Singapora. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1897, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk menghalang mana-mana kuasa lain mendapatkan tanah jajahan daripada Siam. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-sultan negeri Melayu Utara telah berhubung dengan kuasa lain.

Peta 5.1 Negeri-Negeri Melayu Tidan Bersekutu Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas

776 966 hektar kepada Duff Development Company. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam yang dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam pada tahun 1902. Perjanjian ini menyatakan bahawa NegeriNegeri Melayu Utara diletakkan dibawah naungan Siam dan British akan meletakkan beberapa wakilnya di sana sebagai penasihat sultan. Penasihat sultan ini ialah Meadowe Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke di Perlis. Sementara itu di Terengganu tiada penasihat sultan diletakkan dengan syarat Terengganu tidak akan memberikan sebarang konsesi kepada kuasa asing. Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 pula telah memberikan Negeri-Negeri Melayu Utara kepada British (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983). 1909 : (a) Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada British. (b) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British. (c) British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam. Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu British berjaya meluaskan kekuasaannya di Neger-Negeri Melayu Utara melalui Perjanjian Bangkok. Penasihat British telah dilantik di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Perubahan pentadbiran dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British telah menggugat kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu tidak berunding dengan British mengenai perjanjian ini lalu terpaksa mengakuinya. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian Bangkok

/ Perlis

Rajah 5.1 Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Kedah) Perjanjian Bangkok 1909 tidak diiktiraf oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Baginda juga enggan menerima Penasihat British. Namun pada tahun 1910, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British di Kedah. George Maxwell cuba menerapkan pengaruh

Barat dalam pentadbiran Kedah untuk mengukuhkan kuasa British. (Andaya, B.W. & Andaya, L.Y., 1983) Antaranya ialah : (a) Cuti umum pada hari Ahad. (b) Penggunaan kalendar Masihi. (c) Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British. (d) Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan. (e) Melantik pegawai British dalam pentadbiran Kedah. Tindakan George Maxwell telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tunku Mahmud. (Mohd. Isa Othman, 2002) Antara usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti negeri Kedah ialah: (a) Cuti umum pada hari Jumaat. (b) Penggunaan kalendar Hijrah. (c) Surat rasmi tidak perlu ditapis. (d) Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan. (e) Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran Kedah.

Kelantan

Rajah 5.2 Sultan Muhammad IV (Kelantan)

Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan British bagi menempatkan J.S. Mason sebagai Penasihat British. Kuasa untuk mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British pada tahun 1915. British juga turut menguasai beberapa jabatan penting seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah. (Mohd. Isa Othman, 2002)

Rajah 5.3 Sultan Muhammad II (Terengganu) Perlantikan Penasihat British di Terengganu tidak diiktiraf oleh Sultan Zainal Abidin III. Baginda telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan,namun British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910. Wakil British hanya berkuasa dalam pengurusan hal ehwal luar negeri Terengganu sahaja. Untuk memastikan kedaulatan dan kemerdekaan Terenggany terpelihara, Sultan Zainal Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911. Pada tahun 1918, Sultan Muhammad II dilantik menjadi sultan menggantikan Sultan Zainal Abidin III yang mangkat pada tahun 1918. Atas desakan British, Sultan Muhammad II telah menandatangani satu perjanjian di Singapura dan J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Terengganu apabila Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British. (Mohd. Isa Othman, 2002)

Jadual 5.1 Langkah Briitish Mengukuhkan Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Utara

Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

Temenggung Daeng Ibrahim Pemimpin Yang Berwibawa (1825 - 1862)

Rajah 5.4 Temenggung Daeng Ibrahim Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British dengan memperkenalkan sistem

birokrasi moden serta kebijaksanaan pembesarnya menjalankan pentadbiran. Antara pembesar yang berwibawa pada masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat semasa pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali. Beliau telah menjadi Temenggung Johor setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim dan Sultan Hussein yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di kawasan Kesang. Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri dan memajukan ekonomi Johor dengan membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu. (Caroline Wong May Leng, 1992)

Sistem Kangcu
Sistem Kangcu ini diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada tahun 1833. Kangcu dalam bahasa Cina yang bererti Tuan Sungai. Dalam sistem ini, orang Cina diberi surat kebenaran untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai. Surat kebenaran itu dipanggil Surat Sungai. Kawasan yang diberi kebenaran itu, dipanggi Kangkar atau Kaki Sungai. Setiap Kangkar akan diketuai oleh seorang Kangcu. Tugas Kangcu adalah mentadbir dan memungut cukai bagi pihak pemerintah Johor. Tanaman yang diusahakan oleh penghuni Kangkar adalah lada hitam dan gambir. Cukai hasil tanaman merupakan sumber pendapatan penting bagi kerajaan Johor. (Caroline Wong May Leng, 1992)

Sultan Abu Bakar “Bapa Pemodenan Johor” (1862-1895)

Rajah 5.5 Sultan Abu Bakar Sultan Abu Bakar juga seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki takhta Johor pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu memodenkan pentadbirannya dengan

mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. Baginda juga telah membina sekolah, hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk kesejahteraan rakyatnya. Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport lada hitam yang terbesar di dunia. Pada zaman pemerintahan baginda juga, baginda telah menandatangani Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor sebagai negeri yang berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah. Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British. Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British tetapi hanya bertugas sebagai Konsul. Baginda juga telah mengisytiharkan Undangundang Tubuh Johor sebagai perlembagaan negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor. Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah British dan beliau telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim. (Shaharom Hussain, 1995)

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
Antara Kandungan:       Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada mana-mana kuasa asing. Penubuhan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu. Majlis Mesyuarat Menteri bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri. Anggota Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat negeri Johor. Majlis Mesyuarat Negeri bertanggungjawab menggubal undang-undang.

Pemimpin Johor Yang Berwibawa

Rajah 5.6 Dato' Jaafar bin Muhammad Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan seorang setiausaha Johor yang pertama pada tahun 1868 dan Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1882 hingga 1919 dan digelar sebagai Datuk Bentara. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mewajibkan pegawai British yang berkhidmat di Johor supaya memakai pakaian rasmi Johor dan bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor sebagai lambang kedaulatan negeri. Selain itu, beliau juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan. Dato' Abdul Rahman bin Andak pula merupakan Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1885 dan juga Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1893 hingga 1909 dan telah dianugerahi Dato' Seri Amar Diraja. (Shaharom Hussain, 1995)

Rajah 5.7 Dato' Abdul Rahman Andak Beliau menjaga hal ehwal hubungan luar negeri antara British dan Johor dan menjadi perintis kepada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 lalu menjadikan

Bahasa Johor sebagai bahasa yang terulung di Tanah Melayu. (Butcher, J.G., 1979)

Rajah 5.8 Dato' Muhammad Salleh bin Perang Dato' Muhammad Salleh bin Perang pula pernah memegang jawatan seperti Pesuruhjaya British, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan telah dianugerah gelaran Dato' Bentara Luar. Beliau telah melukis peta pembangunan Johor dengan menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan seperti di Endau, Muar, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat. Seorang lagi pemimpin yang penting ialah Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi. Beliau merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883 dan telah dianugerah gelaran Dato' Bentara Alam dan juga Bapa Pendidikan Melayu Johor. (Butcher, J.G., 1979)

Rajah 5.9 Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi Beliau telah mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat Johor dan telah mendirikan banyak sekolah. Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama pada tahun 1893. (Butcher, J.G., 1979)

Johor Di Ambang Penjajahan British British mahu menguasai negeri Johor kerana takut Johor akan dikuasai oleh kuasa lain dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan 1885 dengan meletakkan hal ehwal Johor di bawah kawalan British. British juga telah menubuhkan Lembaga Penasihat Johor untuk menasihati sultan supaya meminjam wang sebanyak 200 000 dolar dari Negeri-Negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Tindakan British ini telah dikesan oleh Dato' Abdul Rahman Andak lalu beliau telah menasihati sultan supaya tidak menerima nasihat British itu. British telah menasihatkan Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya Dato' Abdul Rahman dibersarakan dan dihantar ke London dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau. Sultan Ibrahim pula terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1914, Douglas Campbell telah dilantik sebagai Penasihat British. (Ibrahim Mahmood, 1981).

Rajah 5.10 Sultan Ibrahim

Rumusan Seluruh Tanah Melayu berjaya dikuasai oleh British setelah Johor turut menerima Penasihat British pada tahun 1914. British telah menempatkan Residen British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Utara. Namun bidang tugas Penasihat British adalah terhad berbanding Residen British.

Rujukan Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan. Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Caroline Wong May Leng. (1992). Sistem Kangcu di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Shaharom Hussain. (1995). Sejarah Johor Kaitannya dengan Negeri-Negeri Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Soalan Latihan 1. Bagamanakah pihak British menyekat perluasan kuasa Barat lain di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor? Bincangkan peranan Penasihat British di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. 2. Bincangkan dan buat kesimpulan tentang kewibawaan pemerintah dan pembesar Johor dalam usaha mengekalkan kedaulatan negeri Johor. 3. Buat perbandingan antara peranan Residen dengan Penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

BAB 6 REAKSI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU
Hasil Pembelajaran  Memerihalkan perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah  Menyenaraikan sebab pemimpin setempat menentang British  Mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah  Mengklasifikasi mengikut lokasi, sebab, tujuan, cara dan kesan perjuangan  Membuat inferens tentang keberkesanan perjuangan pemimpin setempat  Mencirikan keistimewaan perjuangan tokoh-tokoh setempat  Membuat kesimpulan tentang keistimewaan tokoh-tokoh setempat yang menentang British
Peta Konsep

Reaksi Negeri-Negeri Tidak Melayu Bersekutu Pelantikan Penasihat British Mencabar Kewibawaan Sultan Perjuangan Pemimpin Setempat

Kedah/Perlis (Sultan Ahmad Tajuddin)

Kelantan (Tok Janggut)

Terengganu (Haji Abdul Rahman Limbong)

Johor (Sultan Abu Bakar)

Corak dan Matlamat Perjuangan: - Perjuangan bersenjata Tujuan Perjuangan: Pengusiran kuasa penjajah Pengekalan sistem pentadbiran

-

-

Semangat patriotik • Sanggup berjuang mempertahankan negara Kejituan iltizam perjuangan • Gigih merealisasikan visi Mendaulatkan hak dan kewibawaan bangsa • Sentiasa memelihara maruah bangsa

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme

Laman Web

http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutu http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Bersekutu http://1426.blogspot.com/2008/03/negeri-negeri-malaysia-tidak-bersekutu.html

Pengenalan Campur tangan British di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor telah menggugat keadaan British politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan. Perubahan dalam sistem memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan rakyat telah pentadbiran telah menyebabkan sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa. Tindakan mencetuskan kebangkitan untuk menentang penjajahan British. Pemimpin tempatan berjuang untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air.

Reaksi Kedah Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 telah ditentang hebat oleh rakyat Kedah yang dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin. Antara tokoh lain yang terlibat dalam perang pembebasan Kedah ialah : (a) Tunku Abdullah (b) Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin) (c) Tunku Long (d) Tunku Muhammad Saad Perjuangan mereka ini turut disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Namun, perjuangan ini telah dikhianati oleh British kerana British telah bersubahat dengan Siam untuk menentang perjuangan rakyat Kedah. Semangat juang yang ditunjukkan oleh rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah.Tunku Daei dihantar oleh sultan Kedah ke Bangkok untuk berunding. Pada tahun 1842, Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Namun, wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah. (Mohd. Isa Othman, 2002)

Reaksi Kelantan Tok Janggut Pejuang Jihad
Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung, Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Dikenali sebagai Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga ke paras dada. Beliau juga pakar dalam ilmu persilatan. (Mohd. Isa Othman, 2002) Faktor-faktor penentangan Tok Janggut: (a) Peraturan tanah (i) Peraturan cukai yang mewajibkan petani membayar cukai ditentang oleh Tok Janggut. (b) Pengenalan cukai yang membebankan (i) Cukai pokok kelapa, pokok pisang, sirih, kerbau dan lembu perlu dibayar oleh petani. (c) Perasaan anti-British (i) Selepas kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang oleh British pada Perang Dunia Pertama, umat Islam telah diseru agar berjihad menentang Barat oleh Kerajaan Turki. (ii) Seruan tersebut telah disahut oleh Tok Janggut di Pasir Puteh. (d) Pembayaran cukai yang menyusahkan (i) Pejabat bayaran cukai yang terletak jauh ke bandar telah membebankan penduduk tempatan untuk membayar cukai. (ii) Pegawai British pula akan menangkap dan mendenda sesiapa yang gagal membayar cukai. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat tempatan. Kronologi ringkas tentang penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh : (a) 28 April 1915 (i) Tok Janggut telah ditangkap oleh Sarjan Che Wan yang dihantar oleh Encik Abdul Latif , Pegawai Daerah Pasir PUteh kerana gagal membayar cukai. (ii) Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut setelah perbalahan berlaku di antara mereka. (b) 29 April 1915 (i) Satu serangan ke atas Pasir Puteh telah dilancarkan oleh sebuah angkatan tentera yang diketuai Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol. (ii) Pasir Puteh telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas daripada anasir British dan mereka telah menduduki kawasan tersebut selama tiga. (iii) Tok Janggut telah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Ungku Besar

Jeram, Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh. (c) 9 Mei 1915 (i) Hadiah sebanyak 500 dolar telah ditawarkan oleh British kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. (d) 23 Mei 1915 (i) Keengganan Tok Janggut dan pengikutnya menyerah diri telah menyebabkan rumah beliau dibakar oleh British. (ii) Kemudian, sekali lagi Pasir Puteh telah diserang oleh Tok Janggut. (e) 24 Mei 1915 (i) Dalam pertempuran di antara British dengan Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring, Tok Janggut telah terkorban. (ii) Mayat beliau telah diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dan digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama empat jam. (iii) Mayat Tok Janggut kemudiannya dibawa ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.

Peta 6.1 Kawasan kebangkitan Tok Janggut menentang British di Kelantan

Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid. Digelar Haji Abdul Rahman Limbong kerana selalu melawat Limbong, Kemaman untuk mengajar agama. Perjuangan beliau dikenali sebagai Kebangkitan Tani kerana membela nasib petani yang ditindas di Terengganu. (Mohd. Isa Othman, 2002) Antara faktor Kebangkitan Tani ialah : (a) Penguatkuasaan undang-undang binatang buas (i) Penduduk dilarang memburu binatang liar setelah Undang-Undang Kawalan Binatang Buas dibuat pada tahun 1923. (ii) Denda sebanyak 500 dolar akan dikenakan dan senapang akan dirampas jikalau peraturan tersebut diingkar. (b) Peraturan tanah baru (i) Penduduk diwajibkan untuk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 ringgit setiap seorang berikutan peraturan tanah yang dibuat pada tahun 1924. (c) Pas kebenaran yang membebankan (i) Petani handaklah mendapatkan pas terlebih dahulu sebelum membuka tanah dan bercucuk tanam seperti yang telah dinyatakan di dalam peraturan tanah yang dibuat pada thun 1921. (d) Pengaruh pemimpin agama

(i) Tanah merupakan hak Allah dan rakyat bebas untuk mengerjakannya tanpa perlu membayar sebarang cukai merupakan penegasan yang ditekankan banyak kali oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Kebangkitan Tani dan tindak balas British terhadap kebangkitan tersebut: (a) Tahun 1922 (i) Penentangan telah dilakukan oleh petani di Kuala Telemong dengan membersihkan tanah tanpa mendapatkan pas kebenaran. Tindak balas British (i) Seramai 43 orang petani telah ditangkap oleh British untuk didakwa di mahkamah. (ii) Hujah beliau sebagai peguam sukar dipatahkan oleh pihak British. (iii) Petani-petani tersebut telah berjaya dibebaskan. (b) Tahun 1925 (i) Setelah mengetahui tindakan British yang ingin memberi konsesi tanah kepada orang Cina, maka satu perhimpunan petani telah diadakan di Kuala Telemong. (ii) Tanah yang dimiliki oleh Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan telah dikerjakan oleh petani tersebut. Tindak balas British: (i) Sultan Sulaiman telah didesak oleh British untuk bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong. (ii) Beliau telah menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di Kuala Berang telah melampaui batas. (c) Tahun 1928 (i) Sikap British yang ingin mengambil tindakan terhadap petani yang enggan membayar cukai telah menyebabkan seramai 1000 orang petani berkumpul di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang. (ii) Balai Polis dan bangunan kerajaan Kuala Berang telah berjaya diduduki oleh para petani dan mereka telah mengisytiharkan perang terhadap British. Tindak balas British: (i) British telah cuba mendapatkan bantuan daripada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. (ii) Seramai 12 orang petani telah terkorban dalam pertempuran yang berlaku di Padang Kacong dan semua pemimpin petani serta Haji Abdul Rahman Limbong telah berjaya ditangkap.

(iii) Haji Abdul Rahman Limbong telah dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.

Reaksi Johor Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British
Sultan Abu Bakar merupakan seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki takhta Johor pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu memodenkan pentadbirannya dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya. Baginda juga telah membina sekolah, hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk kesejahteraan rakyatnya. Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport lada hitam yang terbesar di dunia. Pada zaman pemerintahan baginda juga, baginda telah menandatangani Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor sebagai negeri yang berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor yang sah. Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British. Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat

British tetapi hanya bertugas sebagai Konsul. Baginda juga telah mengisytiharkan Undangundang Tubuh Johor sebagai perlembagaan negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor. Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah British dan beliau telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim. (Shaharom Hussain, 1995) Setelah Johor menerima Penasihat British pada tahun 1914, seluruh negeri di Tanah Melayu telah dikuasai British. Residen ditempatkan ditempatkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula penasihat British. Pada umumnya, Penasihat British mempunyai bidang kuasa terhad berbanding dengan bidang kuasa Residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Namun begitu, Penasihat British berusaha untuk mengukuhkan kuasa dan memperkenalkan corak pentadbiran Barat. Penasihat British secara tidak langsung mempengaruhi sultan supaya menyingkirkan pembesar negeri yang menghalang cita-cita mereka. Penasihat British juga mempengaruhi sultan supaya memperkenalkan jabatan-jabatan baru dan pegawai British dilantik mengetuai jabatanjabatan penting (Shaharom Hussain, 1995). Melalui strategi ini, Penasihat British Berjaya mengukuhkan kuasa. Sedarkah kamu bahawa semua negeri di Tanah Melayu telah dijajah oleh pihak British tanpa peperangan? Sikap tidak berwaspada terhadap tipu helah British telah member laluan kepada British untuk menjajah Tanah Melayu. Rumusan Kita telah melihat bahawa kekayaan negara telah mendorong kuasa asing untuk menguasai negara kita. Tanpa keharmonian negara kekayaan ekonomi tidak akan dapat dimajukan. Zaman penjajahan yang berlaku di negara kita menyebabkan penduduk hidup dalam penderitaan kerana ditinda oleh penjajah. Keperitan hidup ini telah membangkitkan semangat para pejuang tanahair (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor) untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara. Walaupun perjuangan penduduk tempatan dapat dipatahkan oleh British, namun semangat dan sikap keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi sumber inspirasi kepada muda Malaysia hari ini. Rujukan Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Mac Millan. Butcher, J.G. (1979). The British in Malaya, 1880-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press. pejuang seterusnya mahupun generasi

Caroline Wong May Leng. (1992). Sistem Kangcu di Johor 1844-1917. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Shaharom Hussain. (1995). Sejarah Johor Kaitannya dengan Negeri-Negeri Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Soalan Latihan 1. Jelaskan sebab pemimpin setempat Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menentang British dengan mengemukakan matlamat dan corak perjuangan pemimpin setempat menentang penjajah. 2. Pada pendapat anda, sejauhmanakah perjuangan pemimpin setempat Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu berkesan? 3. Perjuangan tokoh-tokoh setempat Kedah/Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor mempunyai keistimewaan masing-masing. Bincangkan.

BAB 7 PENJAJAHAN JEPUN DI NEGARA KITA
Hasil Pembelajaran      Menghuraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah Membandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah Menjelaskan usaha rakyat mengatasi kesengsaraan hidup pada zaman pendudukan Jepun Menjelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah pemikiran rakyat Menghubungkaitkan pendudukan Jepun dengan kebangkitan semangat nasionalisme

Peta Konsep PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Pemerintahan Tentera Jepun
Kedatangan Jepun Dasar Pemerintahan Jepun Reaksi Penduduk

Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
Politik Ekonomi Sosial

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme
   

Kebijaksanaan menyusun strategi. Bijak merancang strategi sebelum bertindak. Jati diri bangsa Malaysia. Memperkasakan mental dan fizikal. Keberanian dan kecekalan mendaulatkan negara Malaysia Kegigihan dan kecekalan menghadapai dugaan. Sentiasa berani mempertahankan negara Malaysia

Laman Web Layari laman web yang berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan bab ini: http://napnuts.tripod.com/malayaresources.htm http://www.geocities.com/kesanjepun.htm

Pengenalan Negara kita telah diperintah oleh Jepun selama kira-kira tiga setengah tahun, iaitu dari 15 Februari 1942 sehinggalah 15 Ogos 1945. Pemerintahan Jepun yang kejam telah menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Tanah Melayu. Pemerintahan Tentera Jepun

Kebangkitan Jepun Sebagai Kuasa Imperialis
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis bermula semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji (1868). Maharaja Meiji mengadakan pemulihan yang menekankan pemodenan dalam bidang perindustrian. Maharaja Meiji menjadikan negara-negara Barat sebagai model untuk memajukan negara Jepun. Jepun menjadikan China sebagai sasaran imperialismenya kerana China banyak bahan mentah dan menjadi potensi pasaran barangan. Kejayaan mengalahkan Rusia-Jepun pada tahun 1905 telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai kuasa besar dunia. 1941 1941 1937 1932 1910 1905 1895 – – – – – – – Jepun Jepun Jepun Jepun Jepun Jepun Jepun menyerang Asia Tenggara menduduki Indo-China memenangi Perang China Jepun Kedua menakluki Manchuria menguasai Korea memenangi Perang Rusia-Jepun memnangi Perang China-Jepun Pertama

Rajah 1.1 Carta masa imperialisme Jepun sehingga Perang Dunia Kedua Tahukah Anda? Serangan yang berlaku pada 7 dan 8 Disember ke atas pangkalan tentera Pearl Harbour tidak diisytiharkan terlebih dahulu. Walaupun Amerika Syarikat telah menerima ancaman melalui kod rahsia yang dihantar ke Washington oleh pihak Jepun namun tentera Amerika tidak bersedia menghadapi serangan tersebut sehingga menyebabkan kemusnahan teruk ke atas Pearl Harbour dan Filipina. Rajah 1.1 menunjukkan carta masa imperialisme Jepun di Asia sehinggalah Perang Dunia Kedua. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perluasan kuasa Jepun di Asia. Antaranya termasuklah (Anthony, R., 1976): a) masalah ekonomi yang melanda negara tersebut. b) Jepun memerlukan kawasan pasaran baru bagi memasarkan hasil perindustriannya. c) pertambahan penduduk Jepun telah menyebabkan tanah pertanian menjadi semakin berkurangan.

d) golongan tentera mengambil alih pemerintahan negara Jepun semenjak bulan Februari 1936. e) Pada tahun 1940 Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari China. f) tindakan Amerika Syarikat menyebabkan Jepun dikuasai oleh golongan tentera pimpinan Jeneral Tojo telah menyerang Asia Tenggara bagi membebaskan Jepun daripada kesan tersebut. Pihak Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk tempatan dengan slogan-slogan seperti: a) Asia untuk Orang Asia; b) Semangat Asia; dan c) Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya

Peta 1.1 Perluasan kuasa Jepun Slogan-slogan ini berunsur anti penjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur. Strategi ini berkesan kerana kehadiran tentera Jepun tidak dirasakan sebagai penjajah baru bagi menggantikan British. Peristiwa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bahru pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Dalam serangan ini tentera Jepun telah dipecahkan kepada dua pasukan iaitu (Mohamad Isa Othman, 1992):

a) sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke selatan melalui persisiran pantai barat; dan b) sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Tentera yang mendarat di Kota Bahru pula mara ke selatan mengikut jalan darat di negerinegeri pantai timur. Peristiwa Pendudukan Jepun di Sabah dan Sarawak Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri dan dari Miri, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama telah pergi ke Kuching dan kemudiannya ke Sibu. Manakala pasukan yang kedua pula mara ke Sabah melalui Labuan dan seterusnya ke Sandakan. Tentera Jepun mara ke kawasan persisiran pantai di kedua-dua buah negeri ini terutamanya di bandar-bandar besar. (Ooi Keat Gin, 1998)

Cara Kemaraan Tentera Jepun
a) Kapal terbang perang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini memberi perlindungan kepada tentera darat. b) Kereta Kebal penggempur yang digunakan oleh tentera Jepun berjaya memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan. c) Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya daripada kapal perang yang sukar berlabuh di pantai. d) Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan yang sempit bagi mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh tentera British. Kesan Pengunduran Tentera British Peperangan telah menyebabkan kemusnahan infrastruktur, sumber ekonomi, dan juga bangunan. Semasa berundur, tentera British menggunakan taktik “bumi hangus” iaitu memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang, dan kawasan perlombongan. Hal ini bertujuan bagi melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. British telah membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan. Kemusnahan ini telah menggagalkan cita-cita Jepun untuk menguasai bahan mentah di negara kita. (Mohamad Isa Othman, 1992) Peperangan yang berlaku di Tanah Melayu telah meninggalkan beberapa kesan buruk seperti: a) banyak bangunan menjadi musnah.

b) peperangan hanya membawa kemusnahan, ibarat kata pepatah, menang jadi arang kalah jadi abu. c) peperangan turut menghancurkan tamadun manusia. Contohnya bangunan Muzium Selangor telah menjadi sasaran serangan tentera Jepun. d) jambatan Guillemard di Kuala Krai telah diletupkan oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Tindak Balas Tentera British Terhadap Serangan Jepun Tentera British yang terdiri daripada askar-askar Gurkha, Australia, dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun. Oleh itu, mereka terpaksa berundur ke selatan. Bandarbandar utama dari utara ke selatan jatuh satu persatu ke tangan tentera Jepun. Keadaan ini berlaku kerana sikap kerajaan British yang tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura. Kerajaan British hanya memberi tumpuan untuk mempertahankan negara Britain daripada serangan Tentera Paksi di Eropah. Pada 15 Februari 1942, Leftenan Jeneral A.E. Percival terpaksa menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura (Bayly, C. & Harper, T., 2005). Selepas sepuluh minggu tentera Jepun mendarat, seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Rejimen Askar Melayu yang dipimpin oleh Leftenan Adnan telah berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu daripada jatuh ke tangan Jepun namun akhirnya gagal.

Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan Tentera British di Tanah Melayu
Tentera Jepun berjaya menakluki negara kita dalam jangka waktu yang singkat. Antara kunci kepada kejayaan Jepun termasuklah (Anthony, R., 1976): a) strategi peperangan yang baik. Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama daripada penduduk Tanah Melayu. Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan.

b) Kegiatan perisikan Jepun yang berkesan.
Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu telah menjadi ejen perisikan. Jepun mempunyai banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”. Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu. Mereka menyamar sebagai tukang gunting rambut, pekedai runcit, tukang gambar, pekedai ikan hiasan, pekedai dobi, pekedai gula-gula, penarik beca, dan sebagai orang Cina dan pelancong.

c) Semangat perjuangan tentera Jepun adalah tinggi.

Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka. Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun. Tentera Jepun berpengalaman luas kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun.

d) Kelemahan pertahanan tentera British.
Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura. e) Taktik serangan Jepun. Tentera Jepun bijak menggunakan kesempatan semasa kuasa-kuasa Barat sedang menumpukan perhatian terhadap peperangan di Eropah. Jepun memusnahkan Pearl

Harbour di Hawaii, yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia
Pasifik. Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British bertumpu di Singapura.

f) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Penduduk tempatan tidak memberi tentangan terhadap tentera Jepun kerana terpengaruh dengan slogan-slogan propaganda Jepun. KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu. KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu. KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.

g) Pakatan Jepun-Thailand
Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendarat, sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerahkan kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis kepada Thailand. Dasar Pemerintahan Jepun

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru). Singapura pula dikenali sebagai syonan (cahaya selatan) dan pentadbirannya diasingkan daripada Tanah Melayu. Jepun telah menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah satu pentadbiran pusat. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dibahagikan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah. Pentadbiran pusat diketuai oleh Pengarah Agung yang berpusat di Singapura. Di bawah pentadbiran pusat, terdapat pentadbiran wilayah yang terdiri daripada negeri-negeri. Setiap wilayah diketuai oleh Gabenor Wilayah. Jepun telah menyerahkan negeri Kedah,

Perlis, kelanatan dan Terengganu kepada Thailand sebagai tanda menghargai kerjasama negara itu dengan memberi laluan kepada Jepun menyerang Tanah Melayu (Abu Talib Ahmad, 2002).
Pentadbiran Pusat…………………………………………………………………………………………………….. Pejabat Perang (di Tokyo) Pengarah Agung (di Singapura) Mahkamah Biro-Biro Pentadbiran Majlis Pusat

Pentadbiran Wilayah…………………………………………………………………………………………………… Gabenor Wilayah Mahkamah Datuk Bandar Biro-Biro Pentadbiran Majlis Wilayah Pegawai Daerah Penghulu

Rajah 1.2 Struktur Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Pentadbiran Jepun di Borneo Utara
Sarawak, Sabah, dan Brunei digabungkan menjadi satu unit pentadbiran pusat dikenali sebagai pentadbiran Borneo Utara. Pentadbiran Borneo Utara diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral yang beribu pejabat di Kuching. Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah manakala Sabah pula dibahagikan kepada dua wilayah. Setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Wilayah. Pentadbiran di peringkat daerah sama ada di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah tidak banyak berubah. (Ooi Keat Gin, 2011)
Pejabat Perang (di Tokyo) Gabenor Jeneral (di Kuching) Gabenor Wilayah Kuching Sibu Miri Jesselton Sandakan Residen Pegawai Daerah (15 buah daerah) Ketua Tempatan

Rajah 1.3 Struktur Pentadbiran Jepun di Sarawak dan Sabah

Dasar Pentadbiran Jepun
Pentadbiran tentera Jepun telah memperkenalkan pelbagai dasar yang dibuat mengikut kepentingan Jepun. Kebajikan penduduk tempatan tidak dijaga dan penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat pendapat mereka. Apabila Jepun mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua, dasar Jepun yang lebih bermanfaat diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Hal ini bertujuan mendapatkan sokongan rakyat supaya tidak menyokong British apabila mereka kembali ke Tanah Melayu. Dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dapat dilihat dari segi politik, ekonomi, serta penjepunan dan Sosial.

Politik
Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri. Sultan hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tanah Melayu dijadikan sebagai tanah jajahan Jepun. Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah.

Ekonomi
Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan. Mata wang Jepun diperkenalkan. Pengenalan dasar ekonomi kawalan. Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digiatkan. Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian. Layanan istimewa diberikan kepada “kaisha” (Syarikat Jepun).

Penjepunan dan Sosial
Pengaruh Barat dan Cina dihapuskan. Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat. Kesetiaan terhadap Jepun; Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpu kepada maharaja. Kimigayo (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah. Galakan budaya Jepun apabila Nippon-Go (bahasa Jepun) menjadi bahasa pengantar di sekolah. Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan. Orang Melayu dilayan dengan baik untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi meneruskan pemerintahan. Orang Cina dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun. Orang India dilayan dengan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India. Reaksi Penduduk

Reaksi Orang Melayu
Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang kedatangan Jepun, malah ada yang mengalu-alukannya. Hal ini kerana mereka terpengaruh dengan slogan Jepun seperti “Asia

Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Di samping itu, mereka turut diberikan layanan yang baik oleh tentera Jepun. Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaacob telah mengadakan pakatan sulit dengan Jepun dengan harapan mendapat kemerdekaan (Mohamad Isa Othman, 1992). Namun begitu, sokongan orang Melayu terhadap tentera Jepun tidak kekal kerana: a) dasar pemerintahan tentera Jepun telah menyusahkan kehidupan rakyat b) slogan Jepun hanya muslihat untuk kepentingan mereka c) Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan d) status Tanah Melayu menjadi tanah jajahan e) Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand kerana bekerjasama dengan tentera Jepun f) pada peringkat awal pendudukan, pihak Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu g) KMM telah dibubarkan oleh Jepun dan h) tentera Jepun telah menunjukkan kekejaman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah

Reaksi Orang Cina
Reaksi kaum Cina terhadap kedatangan Jepun banyak dipengaruhi oleh Perang China-Jepun pada tahun 1937. Kebanyakan daripada mereka terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Mereka memulaukan barangan buatan Jepun dan memungut derma untuk membantu negara China. Ada dalam kalangan pemuda Cina yang pulang ke negara China untuk menyertai perang menentang Jepun. Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu orang Cina bukan sahaja dilayan secara kasar malah turut dibunuh oleh tentera Jepun. Terdapat juga segolongan orang Cina yang menyokong Jepun demi menjaga kepentingan perniagaan dan keselamatan nyawa mereka. (Paul, H.K., 1998)

Reaksi Orang India
Orang India mendapat layanan yang baik kerana Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk mengusir British di India. Orang India diseru supaya bersatu padu untuk tujuan tersebut. Pihak Jepun mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya bekerjasama dengan mereka. Sebahagian besar daripada orang India menyertai Tentera Kebangsaan India dan Jepun telah mendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India. (Paul, H.K., 1998)

Penubuhan Gerakan Anti-Jepun
Dasar pemerintahan kejam dijalankan oleh pihak Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan munculnya gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu. Pertubuhan anti-Jepun ini bukan sahaja muncul di Tanah Melayu malah turut berlaku di Sabah dan Sarawak. Pertubuhan anti-Jepun bergerak secara gerila untuk menentang Jepun dan mendapat kerjasama daripada Tentera Bersekutu khususnya British. Malayan Peoples‟ Anti Japanese Army (MPAJA); MPAJA ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ia bekerjasama dengan British untuk mendapatkan bantuan kewangan, latihan ketenteraan, dan senjata. MPAJA menggunakan taktik perang gerila. Force 136; Ia ditubuhkan oleh Tentera Bersekutu semasa meletusnya Perang Dunia Kedua. Markas utama di Sri Lanka (Ceylon) dan India. Force 136 merupakan pasukan anti-Jepun yang ditubuhkan oleh British di Tanah Melayu untuk menentang Jepun. Anggotanya mendapat latihan daripada Tentera Bersekutu di Sri Lanka. Anggota terawal ialah Richard Broome, John Davis, dan Tengku Mahmud Mahyiddeen (Ketua pasukan orang Melayu). Haji Ibrahim Bima sukarelawan yang paling berani. Pegawai Daerah Hulu Perak mencadangkan Force 136 ditukar kepada Askar Melayu Setia. Kaum wanita memberikan rangsangan dan bantuan moral kepada anggotanya. Askar Melayu Setia (AMS); AMS menentang secara gerila. AMS bekerjasama dan mendapat bantuan daripada Force 136. Pasukan Wataniah Pahang; Ia juga dikenali sebagai Persatuan Melayu Pahang, bahagian Raub. Ia mempunyai ahli seramai 244 orang. Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat. Pasukan ini diketuai oleh Yeop Mahidin. (Mohamad Isa Othman, 1992) Gerila Kinabalu; Gerila Kinabalu adalah di bawah pimpinan Albert Kwok Fenn Nam, Korom dan Musa. Ia melancarkan pemberontakan “Double Tenth” tetapi gagal. Ia mengadakan hubungan dengan pimpinan bawah tanah dari Filipina. Gerila Kinabalu mengadakan hubungan dengan Gerila Sulu pimpinan Imam Marajukin yang mendapat sokongan dari Amerika Syarikat. Pasukan gerila Datu Mustapha Harun; Pasukan ini menjalankan penentangan di Kudat. Pasukan gerila di Sandakan; Pasukan ini menjalankan penentangan di Sandakan. Penentang di pesisir pantai Sarawak; Penentang-penentang ini menjalankan gerakan membantu Tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun. (Ooi Keat Gin, 1998)

Kekalahan Jepun
Menjelang tahun 1945, tentera Bersekutu mendesak Jepun supaya menyerah diri tetapi mereka enggan. Tentera Bersekutu kemudiannya telah menggugurkan bom atom di Hiroshima pada 8 Ogos 1945, dan kemudiannya di Nagasaki pada 9 Ogos 1945. Kejadian ini menyebabkan Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. Jeneral

Seishiro Itagaki, ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menandatangani dokumen menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu di Kuala Lumpur. Di wilayah Borneo pula, pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37, Masao Baba telah menyerah kalah pada 10 September 1945 di Surrender Point, Labuan. (Ooi Keat Gin, 2011) Kesan Pemerintahan Tentera Jepun

Politik
Kejayaan Jepun menewaskan kuasa Barat dalam Perang Dunia Kedua memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan Negara mereka daripada penjajahan. Pihak Jepun telah menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. Slogan “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak penjajah Barat. Pemerintahan Jepun mengalami masalah kekurangan pegawai awam. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak Jepun telah menubuhkan Koa Kunrenja (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. (Mohamad Isa Othman, 1992) Orang tempatan yang diberi peluang memegang jawatan seperti ; a) Abang Haji Openg- Pegawai Daerah Kuching b) Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman- Pegawai Daerah Hulu Perak c) Ibrahim Haji Yaacob- Leftenan Kolonel d) Dr. Burhanuddin al-Helmy- Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu e) Dato‟ Onn Ja‟afar- Pengawal Makanan Negeri Johor dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Peluang menjawat jawatan tinggi seperti ini tidak pernah diberi semasa pentadbiran British. Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan. Keadaan ini berlaku apabila: a) kegiatan politik di Tanah Melayu sentiasa diawasi b) hanya pertubuhan yang pro-Jepun dibenarkan aktif c) KMM yang banyak memberi kerjasama kepada Jepun juga turut diharamkan pada tahun 1942 d) pihak Jepun menyekat kebebasan bersuara e) akhbar-akhbar yang dianggap mencurigakan telah diharamkan Apabila menerima tekanan daripada Tentera Bersekutu, pihak Jepun mula memberi kelonggaran kepada pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk bergiat semula. Tanah Melayu telah dijanjikan kemerdekaan bersama-sama dengan Indonesia oleh Jepun. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapatkan

kemerdekaan bersama-sama dengan Indonesia. Rancangan ini telah mengukuhkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM. Semangat Kebangsaan yang bersemarak semasa pemerintahan Jepun berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada negara asal masing-masing. Semangat kebangsaan dalam kalangan orang India adalah untuk memerdekakan Negara India. Semangat kebangsaan orang Cina pula lebih bersikap antiJepun kesan daripada Perang China-Jepun. Parti Komunis Malaya menjadi semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan Force 136. Parti Komunis Malaya menubuhkan MPAJA dan dikenali dengan nama tentera “Bintang Tiga” yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina. Jepun juga telah menyerahkan empat negeri Melayu utara kepada Thailand. Kekejaman tentera Jepun semakin terserlah apabila dasar-dasar Jepun yang dilaksanakan mengongkong dan menyusahkan rakyat. (Mohamad Isa Othman, 1992)

Ekonomi
Rancangan Jepun untuk mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” ternyata gagal kerana tumpuan Jepun lebih kepada peperangan. Tanah Melayu mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk sehinggakan gaji pegawai kerajaan terpaksa dikurangkan. Kadar pengangguran turut meningkat. Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Kuasa Bersekutu menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti. Hasil bijih timah dan getah tidak dapat dieksport ke Barat. Manakala, beras pula tidak dapat diimport dari Thailand dan Myanmar. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Tentera Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun. Ekonomi kawalan oleh Jepun tidak member kebaikan kepada penduduk dan hanya menguntungkan pihak Jepun. Amalan rasuah, menyorok barang, dan pasaran gelap berlaku di merata tempat. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan sehingga menyebabkan berlakunya inflasi kerana terlalu banyak wang dikeluarkan tetapi kekurangan barangan di pasaran. Jadual 7.1 menunjukkan kenaikan harga barang mengikut mata wang Jepun. (Mohamad Isa Othman, 1992) Jadual 7.1

Kenaikan Harga Barang Keperluan Mengikut Mata Wang Jepun Disember 1941
$0.03 $0.06 $0.08

Jenis Barang
Telur (sebiji) Beras (500 gram) Gula (500 gram)

Disember 1943
$0.28 $2.50 $3.80

Ogos 1945
$ 35.00 $ 75.00 $120.00

Bekalan dan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian, dan ubat-ubatan sukar diperolehi. Pendudukan Jepun telah menyebabkan kesengsaraan kepada sebahgian besar penduduk Tanah Melayu. Jepun mengenakan catuan bekalan makanan terhadap penduduk untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan melebihi daripada kadar yang ditetapkan oleh pihak Jepun. Setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan. Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi. Keadaan ini menyebabkan penduduk Bandar telah berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Keperitan hidup akibat kekejaman Jepun telah menjadikan penduduk di negara kita lebih kreatif. Banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan muncul seperti: a) menggunakan gobek untuk mendapatkan api b) garam diperbuat daripada air laut c) gula dibuat daripada nira kelapa d) baju diperbuat daripada guni dan kulit kayu e) kasut getah daripada getah keping telah diperkenalkan f) kain daripada benang nenas telah dihasilkan

Sosial
Peperangan menyebabkan penduduk mengalami kesengasaraan dan berada dalam ketakutan. Mereka dikenakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan. Penduduk saling mencurigai antara satu dengan yang lain kerana terdapat tali barut Jepun dalam kalangan mereka. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun. Hukuman dera dan hukuman mati dikenakan ke atas mereka dan dilaksanakan di khalayak ramai. Kempeitai sentiasa menjalankan tugas mengintip terhadap sesiapa shaja yang dianggap bersalah. Sebahagian besar daripada rakyat dikerah untuk menjadi buruh kasar. Ramai penduduk Tanah Melayu diambil menjadi buruh membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma. Kemudahan kesihatan terjejas akibat peperangan ini. Wabak penyakit merebak terutamanya penyakit beri-beri yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Malah ada yang hidup dalam kebuluran. Bekalan ubat-ubatan sukar diperoleh kerana tidak diimport. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila tentera Jepun telah merampas ubatubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri. (Mohamad Isa Othman, 1992) Rumusan Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan penduduk di negara kita. Slogan Jepun yang telah memikat hati penduduk sebenarnya hanyalah muslihat untuk mencapai hasrat mereka. Semangat kebangsaan semakin bersemarak dalam

kalangan penduduk tetapi berpaksikan negara asal masing-masing. Pendudukan Jepun member pengajaran kepada orang Melayu untuk menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari Barat ataupun Timur.

Rujukan Abu Talib Ahmad. (2002). Japanese Policy towards Islam in Malaya during the Occupation: A Reassessment. Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 33, November 28, 2011. Retrieved from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst. Anthony, R. (1976). Propaganda: The art of persuasion: World War II. New York: Chelsea House Publishers. Bayly, C. & Harper, T. (2005). Forgotten Armies. Britain's Asian Empire and the War with

Japan. London: Penguin Books.
Mohamad Isa Othman. (1992). Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, 1942-1945. Tumpuan

di Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Ooi Keat Gin. (1998). Japanese Empire in the Tropics: Selected Documents and Reports of

the Japanese Period in Sarawak, Northwest Borneo, 1941-1945.
University Press.

Athens: Ohio

Ooi Keat Gin. (2011). The Japanese Occupation of Borneo, 1941-45. London: Routledge. Paul, H.K. (1998). The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History. Hawaii: University of Hawaii Press.

Soalan Latihan 1. Huraikan keberkesanan strategi Jepun dalam usaha menguasai Tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. 2. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah 3. Jelaskan kesan pentadbiran Jepun yang mengubah pemikiran rakyat 4. Jelaskan dengan menghubungkaitkan pendudukan Jepun dengan kebangkitan semangat nasionalisme

BAB 8 MALAYAN UNION DAN PENUBUHAN UMNO
Hasil Pembelajaran      Menjana idea tentang penguasaan Tanah Melayu oleh Bintang Tiga selama 14 hari sebelum kedatangan semula British Meramalkan keadaan di Tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan Menjustifikasikan peranan wanita semasa penentangan Malayan Union Menghubungkaitkan kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu dengan Mac Michael Menjana idea tentang dasar UMNO yang menjadi pilihan orang Melayu

Peta Konsep

Malayan Union
Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union Faktor Penentangan

Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun Keganasan 14 hari

Pentadbiran Tentera British (PTB)

Cara Penentangan

Malayan Union Tujuan Penubuhan Ciri-Ciri Malayan Union

Penubuhan UMNO Tujuan Penubuhan Perjuangan Tokoh UMNO Perjuangan dan Perkembangan UMNO

  

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme

Kualiti rakyat kekuatan negara. Berilmu dan berketrampilan. Kew ajipan untuk memelihara dan mempertahankan hak. Bertanggungjawab dalam tindakan. Keluhuran perlembagaan. Mempertahankan kedaulatan Negara kita. Bertoleransi dan bermuafakat untuk kepentingan negara. Mengamalkan sikap bertolak ansur.

Laman Web Layari laman web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan bab ini: http://www.fortun@city.com/meltingpot.htm http://www.malaysiakita.tripod.com/abadke20.htm http://www.nationmaster.com/encyclopedia/malayaunion.htm http://www.umno.net.my/organisasi/sej7_menentang.htm

Pengenalan Gerakan nasionalisme Melayu sampai kemuncaknya apabila Malayan Union diperkenalkan. Malayan Union dianggap sebagai British untuk menjajah Tanah Melayu dan menghapuskan ketuanan Melayu.Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah melahirkan Persekutuan Tanah Melayu

Koridor Sejarah

Ketuanan Melayu:  Semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat-istiadat, dan tanah air.  Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu.

Tanah Melayu Selepas Kekalahan Jepun Selepas kekalahan Jepun, Tanah Melayu telah dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari. Dalam tempoh itu, PKM melakukan banyak keganasan sehingga menimbulkan keadaan huru-hara. Apabila British kembali ke Tanah Melayu Pentadbiran Tentera British (PTB) atau British Military Administration (BMA) telah diperkenalkan untuk menamatkan huru-hara tersebut. Keganasan 14 Hari

Penguasaan Bintang Tiga
Sebaik sahaja tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu, suatu kekosongan politik telah berlaku. Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil kesempatan menguasai Tanah Melayu melalui Malayan People‟s Anti Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari. MPAJA dikenali sebagai tentera Bintang Tiga kerana lambang bintang tersebut mewakili kaum Cina, Melayu, dan India (Harry, M., 1965). PKM telah menguasai: a) bandar dan daerah penting b) balai polis dan pejabat pentadbiran kerajaan yang ditinggalkan oleh pihak Jepun c) menjalankan undang-undang sendiri dengan menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun d) mengenakan cukai kepala, cukai harta, dan cukai tanah yang tinggi kepada penduduk kampung.

Keganasan Bintang Tiga
Selama 14 hari, PKM telah melakukan keganasan yang tidak berperikemanusiaan. Mereka telah menculik dan menyeksa sesiapa yang dianggap bersalah. Mereka turut menghukum

penduduk yang dikatakan telah menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun dahulu. Mereka telah merampas harta benda orang kampung dan membunuh sesiapa sahaja yang dianggap bersalah. Di Batu Pahat, PKM telah membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan pihak Jepun. Seorang Pegawai Daerah yang cuba berunding dengan mereka bagi menyelesaikan perkara ini turut dibunuh. Di Jelebu, Negeri Sembilan mereka telah bertindak ganas dengan mencemarkan masjid-masjid dan surausurau. Di Kampung Bakar dan di Sungai Manik, Perak, mereka telah bertindak kejam dengan membakar rumah-rumah yang berpenghuni pada waktu tengah malam. (Harry, M., 1965)

Ketegangan Kaum
Tindakan PKM menyebabkan berlakunya juga ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina. Penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu, bangun menentang PKM sehingga berlaku huru-hara di beberapa tempat di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan Kiai Salleh Karim telah bergabung tenaga untuk menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat. Walau bagaimanapun Dato‟ Onn Ja‟afar, selaku Pegawai Daerah Batu Pahat telah berjaya menghalang daripada berlakunya pertumpahan darah tersebut. Ketegangan kaum walau bagaimanapun berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British. Pentadbiran Tentera British Pentadbiran Tentera British (PTB) telah diperkenalkan oleh British pada bulan September 1945. PTB diketuai oleh Sir Ralph Hone iaitu Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam. PTB dilaksanakan sebagai suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan. Antara kejayaan PTB ialah: a) mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang b) menghapuskan penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari di Tanah Melayu c) memujuk Parti Komunis Malaya dan MPAJA supaya menyerahkan senjata d) mengawal serta memberhentikan pergaduhan antara kaum di beberapa tempat di Tanah Melayu Setelah PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu, British memperkenalkan Pentadbiran Malayan Union. Malayan Union 1946 Pentadbiran Malayan Union telah diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 di King‟s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur. Pentadbiran Malayan Union dicadangkan bagi

menggantikan Pentadbiran Tentera British yang sebelum ini mentadbir Tanah Melayu dan gabenor pertamanya ialah Sir Edward Dent. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980)

Tujuan Penubuhan Pentadbiran Malayan Union
Pentadbiran Malayan Union ditubuhkan bagi mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu yang dipercayai telah memberikan kerjasama kepada Jepun. Pentadbiran Malayan Union juga bertujuan membentuk satu bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang menumpukan kesetiaan kepada Malayan Union serta menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Pentadbiran Malayan Union juga dibentuk untuk mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam. Pentadbiran Tanah Melayu yang terdiri daripada Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah merumitkan pemerintahan British. Di samping itu juga melalui pentadbiran Malayan Union British berhasrat mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Pentadbiran Malayan Union dapat membantu menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British. Pentadbiran berasingan antara Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menelan belanja yang besar. Pentadbiran Malayan Union juga dibentuk bagi menjamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu yang menjadi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia. Selain daripada itu British memperkenalkan pentadbiran Malayan Union bagi memastikan sumbangan golongan pendatang sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur dalam memajukan dan mengembangkan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut. (Funston, J., 1980) Ciri-Ciri Malayan Union Pentadbiran Malayan Union telah menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota. Pentadbiran Malayan Union telah mewujudkan satu bentuk pentadbiran yang bersifat kesatuan. Pembentukan Malayan Union merupakan suatu tindakan British mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Union juga merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh pihak British. Beberapa perkara utama yang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union. a) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, dan dua Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan menjadi satu unit politik. c) Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.

d) Majlis Kerja dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk. e) Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir. f) Raja-raja menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. g) Kerakyatan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Bentuk pentadbiran kerajaan Malayan Union adalah seperti Rajah 2.1 di bawah ini. Ratu England Parlimen British Gabenor Malayan Union Majlis Kerja Majlis Undangan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Rajah 2.1 Bentuk Pentadbiran Kerajaan Malayan Union Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Rancangan Malayan Union Rakyat Tanah Melayu telah mempamerkan dua reaksi ketika British bercadang memperkenalkan rancangan Malayan Union. Reaksi-reaksi tersebut ialah menerima rancangan tersebut dan menentangnya. (Funston, J., 1980) Majlis Raja-Raja Melayu

Faktor-Faktor Penentangan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rancangan Malayan Union ditentang oleh penduduk Tanah Melayu terutamanya daripada kaum Melayu. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980). Antaranya ialah seperti: a) Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu b) Kerakyatan yang terlalu liberal c) Tamadun orang Melayu terhakis d) membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu Penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu a) Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu anpa sebarang kuasa.

b) Raja juga kehilangan takhta dan maruah sebagai ketua orang Melayu c) Pungutan zakat pula diletakkan di bawah kuasa gabenor British. Kerakyatan yang terlalu liberal a) Peruntukan kerakyatan jus soli dalam Malayan Union akan mengancam status quo orang Melayu sebagai bumiputera. b) Jumlah orang Melayu juga akan menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran yang mendapat kerakyatan dengan mudah. Tamadun orang Melayu terhakis a) Tamadun Melayu yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti sistem beraja, bahasa Melayu, dan tulisan jawi akan terhakis. b) Ketuanan Melayu akan tercabar dan orang Melayu akan kehilangan tanah air. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu a) Orang Melayu tidak dapat menerima tindakan MacMichael yang mengancam akan menurunkan takhta raja-raja Melayu sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union. b) Raja-raja Melayu juga tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak. Golongan Yang Menyokong Malayan Union Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang menyokong Malayan Union. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM); Malayan Union akan mewujudkan sistem pentadbiran yang bersatu dan seragam bagi seluruh Tanah Melayu. Angkatan Pemuda Insaf (API); Malayan Union akan melahirkan satu pentadbiran baharu yang tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu. Angkatan Wanita Sedar (AWAS); Mereka juga menyokong kerakyatan terbuka kepada semua yang lahir di Tanah Melayu dan bagi mereka yang ingin menjadi rakyat. Barisan Tani Malaya (BATAS); Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu seperti cadangan Malayan Union turut disokong. BATAS mempercayai janji British akan member kemerdekaan kepada Malayan Union pada masa hadapan. Parti Komunis Malaya (PKM); Menyokong pendirian parti-parti Melayu yang menyokong. PKM bersetuju dengan konsep kerajaan Malayan Union yang dianggap menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja. Malayan Democratic Union (MDU); MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA); Golongan imigran juga menyokong Malayan Cheng Lock. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980)

Cara Penentangan

Penentangan Secara Individu
Dato‟ Onn Jaafar a) Pada 23 Januari 1946, beliau telah menulis surat kepada Utusan Melayu menyeru orang Melayu supaya mengadakan kongres. b) Beliau menyeru menubuhkan

United Malays Organization (U.M.O) sebagai

pertubuhan menentang Malayan Union. Bantahan raja-raja Melayu a) Raja-raja Melayu turut membantah Malayan Union b) Raja-raja Melayu sebenarnya telah dipaksa menerima gagasan Malayan Union. c) Bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran kepada raja-raja Melayu supaya berganding bahu dengan rakyat menentang Malayan Union. Sokongan bekas pegawai British a) Bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu menyokong orang Melayu menentang Malayan Union. b) Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld, dan Sir Cecil Clementi Smith telah menentang cadangan Malayan Union. c) Penentangan mereka secara terbuka dalam akhbar The Times di London.

Penentangan Melalui Akhbar
Orang Melayu telah menyuarakan bantahan mereka secara berterusan melalui akhbar. Akhbar Majlis merupakan akhbar pertama yang menyeru orang Melayu menentang rancangan Malayan Union. Akhbar Utusan Melayu telah menyeru Raja-raja Melayu supaya memikirkan akibatnya jika mereka tidak menentang rancangan Malayan Union. Akhbar Warta Negara keluaran 14 November 1945 memuatkan berita yang menggesa orang Melayu supaya menentang Malayan Union. Langkah Kolektif Orang Melayu Menentang Malayan Union

Penubuhan Persatuan
Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan dan dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union secara berorganisasi. Antaranya termasuklah Persekutuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor. Persatuan-persatuan Melayu telah menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Persatuan-persatuan tersebut menolak sama sekali pentadbiran Malayan union.

Demonstrasi
Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu. Mereka membantah Malayan Union kerana akan menghapuskan kedaulatan negeri-negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri. Demonstrasi telah diadakan di bandar-bandar besar di Tanah Melayu seperti di kota Bahru (Kelantan), Alor Setar (Kedah), dan Johor Bahru (Johor).

Kongres Melayu Pertama
Kongres Melayu yang pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres diwakili 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah telah merasmikan kongres tersebut. Baginda juga menderma sebanyak $5,000. Kongres telah bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) untuk menentang Malayan Union. Dato‟ Onn Ja‟afar telah dilantik sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Kongres ini telah mendapat sambutan yang hebat. Bribu-ribu orang Melayu, lelaki, perempuan, dan kanakkanak telah memenuhi padang kelab Sultan Sulaiman pada hari pertama kongres berlangsung. Mereka membawa sepanduk yang bertulis kata-kata patriotic bagi menentang Malayan Union. Antaranya yang paling mengharukan ialah ucapan seorang wakil kanakkanak, yang berpesan dengan mengatakan; “Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami besar”. Ucapan kanak-kanak tersebut menjadi pendorong dan semangat kepada pemimpin dan ahli-ahli kongres untuk bersatu dan berjuang menentang Malayan Union. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980)

Kongres Melayu Kedua
Pada 30 hingga 31 Mac 1946, Kongres kedua diadakan bagi membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946. Sembilan orang wakil daripada persatuan-persatuan negeri Melayu telah hadir. Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur. Kongres Kedua memutuskan tiga tindakan lanjut menentang Malayan Union iaitu: a) menuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok b) meminta ahli-ahli Melayu yang dilantik menganggotai sebarang Majlis Pentadbiran Malayan Union memulaukan pelantikan itu.

Rapat Umum
Orang Melayu mengadakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams sebagai menunjukkan bantahan mereka. Ahli Parlimen England tersebut membuat lawatan pada bulan Mei 1946. Tujuan lawatan itu adalah untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar-benar menentang Malayan Union. Orang Melayu telah berkumpul di Singapura, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, dan Georgetown. Dalam rapat umum ini, mereka membawa sepanduk-sepanduk yang mengutuk Malayan Union dan Sir Harold MacMichael.

Wanita
Kaum wanita turut memainkan peranan penting dalam menentang rancangan Malayan Union. Cikgu Zahara Abdullah telah berucap menentang Malayan Union di Batu Pahat. Halimahton Majid telah berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah Malayan Union di Rembau. Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan telah bergabung tenaga dengan kaum lelaki menykong Kongres Melayu pada tahun 1946 bagi menentang Malaya Union. Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus untuk menentang Malayan Union. Dato‟ Onn Jaafar memuji kebangkitan kaum wanita menyokong penuh perjuangan UMNO. Perjanjian menentang Malayan Union telah memaparkan kekentalan semangat juang dan penyatuan orang Melayu. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980) Penubuhan UMNO Keputusan untuk menubuhkan UMNO telah dibuat dalam Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan telah menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar Johor Bahru, Johor. Yang Dipertua pertamanya ialah Dato‟ Onn Bin Ja‟afar. (Funston, J., 1980)

Tujuan Penubuhan UMNO
UMNO telah ditubuhkan dengan beberapa tujuan (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980). Antara tujuan penubuhannya pada tahun 1946 adalah: a) Menentang Malayan Union b) Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu c) Mewujudkan satu organisasi nasional d) Menjaga kepentingan politik dan ketuanan orang Melayu di Tanah Melayu e) Memajukan pendidikan orang Melayu f) Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan

Pada tahun 1949, UMNO menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik) yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu di Tanah Melayu. UMNO menjalankan ikhtiar mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu. Ia menjadi pelindung kedaulatan negara tercinta. UMNO memajukan orang-orang Melayu dalam siasah, kebajikan hidup, kebudayaan, dan ikhtisas. Ia menjadi penjana pembangunan ekonomi dan sosial orang Melayu. UMNO mula menuntut kemerdekaan.

Perjuangan Tokoh UMNO
Penubuhan UMNO telah menonjolkan kepimpinan beberapa orang tokoh tanah air. Mereka terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO. Antaranya ialah a) Dato‟ Onn Ja‟afar, Yang Dipertua UMNO yang pertama (1946-1951) b) Dato‟ Panglima Bukit Gantang c) Dato‟ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud d) Zainal Abidin Bin Ahmad (Za‟ba)

Dato‟ Onn Ja‟afar
Dato‟ Onn Ja‟afar merupakan pengasas kepada UMNO. Beliau mendapat pendidikan daripada Maktab Melayu Kuala Kangsar dan di England. Sebelum memimpin UMNO, Dato‟ Onn telah menjawat beberapa jawatan berikut: a) Pegawai tadbir Johor b) Wartawan yang terkenal c) Menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1946 kerana keupayaannya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa peristiwa pergaduhan kaum yang dahsyat. Beliau merupakan orang pertama yang menyeru kaum Melayu supaya bersatu padu.Beliau telah mencadangkan penubuhan parti politik kebangsaan bagi menentang Malayan Union. Dato‟ Onn Ja‟afar dengan kerjasama pemimpin Melayu yang lain telah Berjaya menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1946. Beliau telah berjaya menyatukan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan rancangan Malayan Union. Beliau telah menjelejah ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada British tentang penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Beliau juga telah menjadi ahli jawatankuasa menggubal Perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Beliau turut mengambil beberapa perlembagaan parti yang terkenal dari luar Negara untuk dijadikan panduan. Perlembagaan tersebut membolehkan UMNO menjadi sebuah parti politik yang sepenuhnya. (Gordon, P. M., 1976)

Dato‟ Panglima Bukit Gantang
Nama sebenar beliau ialah Abdul Wahab Bin Abdul Aziz. Beliau mendapat pendidikan awal di Anderson School, Ipoh, Perak dan Inner Temple, England. Beliau telah menubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu untuk menumbangkan Malayan Union. Beliau juga turut terlibat dalam menggubal Perlembagaan UMNO. Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang pertama. Beliau pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948 hingga tahun 1953. (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980)

Dato‟ Nik Ahmed Kamil
Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bahru dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Lincoln‟s Inn, London, England dan Berjaya menjadi seorang peguam yang bertauliah. Beliau merupakan salah seorang daripada pengasas UMNO. Beliau menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan. Beliau pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1948 hingga 1955. Beliau turut terlibat menggubal Perlembagaan UMNO pada tahun 1949.

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za‟ba)
Beliau merupakan intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu pada tahun 1946. Dato‟ Onn Ja‟afar telah meminta bantuan Za‟ba untuk menguruskan persidangan kongres tersebut. Beliau mencadangkan kepada Dato‟ Onn Ja‟afar supaya menambah akan perkataan “kebangsaan” ke dalam United Malays Organization. Oleh itu, perkataan “National” yang bermaksud kebangsaan dimasukkan pada United Malays Organization dan menjadi

United Malays National Organization (UMNO). Za‟ba turut dilantik sebagai penggubal
Perlembagaan UMNO pada tahun 1949. Perjuangan UMNO 1. Menumbangkan Malayan Union. 2. Menghapuskan sifat kenegerian dan kedaerahan orang Melayu. 3. Mewujudkan sebuah parti politik yang bersifat kenegaraan. 4. Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu. 5. Memperjuangkan ketuanan Melayu. 6. Memajukan pendidikan orang Melayu. 7. Menyatupadukan orang Melayu seluruh Tanah Melayu.

Perkembangan UMNO
Beberapa persidangan Agung UMNO telah diadakan di Bandar-bandar besar. Persidangan itu telah diadakan pada: a) bulan Jun 1946 b) tahun 1947, di Kota Bahru, Kelantan Persidangan UMNO telah dirasmikan oleh sultan atau raja-raja Melayu. Keadaan ini menunjukkan: a) perjuangan UMNO direstui oleh raja-raja Melayu b) kerjasama antara sultan dan raja dengan rakyat dalam menegakkan kedaulatan bangsa mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu hingga ke hari ini. UMNO telah meluluskan Piagam UMNO 1946 sebagai panduan untuk UMNO bergerak sebagai sebuah parti politik yang kukuh pada tahun 1949. Di samping itu, UMNO mempunyai lambing identity yang tersendiri seperti logo UMNO yang mengandungi beberapa perkataan iaitu P.K.M.B.R iaitu PEKEMBAR. Cogan kata UMNO, iaitu “Hidup Melayu” telah dicipta oleh Dato‟ Onn Ja‟afar untuk menyatukan ahli-ahli UMNO. Cogan kata UMNO “Hidup Melayu” kemudiannya bertukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub pada bulan Mac 1950. Pemilihan bendera UMNO diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada bulan Jun 1946. Bendera UMNO telah dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ciri-ciri bendera seperti yang berikut: a) warna bendera UMNO terdiri daripada warna merah, putih, kuning, dan hijau b) warna merah bererti keberanian c) warna putih bermakna kesucian dan keikhlasan d) warna kuning dalam bulatan ialah lambing raja e) keris yang berwarna hijau pula merupakan lambing agama Islam f) keris juga melambangkan tamadun Melayu g) perlambangan yang terdapat dalam bendera UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO h) Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang pada Julai 1947. Penubuhan UMNO adalah hasil daripada perpaduan orang Melayu menentang Malayan Union. Keadaan ini membolehkan UMNO bergerak secara sistematik dan mengikut lunaslunas perlembagaannya kerana mempunyai pemimpin yang terdiri daripada cerdik pandai

Melayu (Abdul Hamid Bin Ahmad, 1980). UMNO telah Berjaya melahirkan identitinya yang jelas sehingga muncul sebagai sebuah parti yang tersohor sehingga ke hari ini.

Rumusan Perpaduan orang Melayu yang jitu telah membolehkan mereka menolak Malayan Union.

Status quo orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah dikembalikan semula ketika penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. British mengiktiraf semula polisi menaungi negeri-negeri Melayu seperti sebelum Perang Dunia Kedua. Peranan para pemimpin yang berkaliber juga adalah penting untuk mendukung perjuangan negara. Rakyat pula hendaklah berganding bahu memajukan diri dan mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. “Negara kita, tanggungjawab kita”.

Rujukan Abdul Hamid Bin Ahmad. (1980). Penentangan Orang-Orang Melayu Terhadap Malayan

Union. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Funston, J. (1980). Malay politics in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd). Gordon, P. M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton. Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber. Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore Separation-Political

Unification in the Malaysian Region, 1945-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.

Latihan 1. Bincangkan keadaan di Tanah Melayu sekiranya Malayan Union diteruskan. 2. Justifikasikan peranan wanita semasa penentangan Malayan Union dengan menghubungkaitkan kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu dengan Mac Michael 3. Bincangkan sebab-sebab dasar UMNO yang menjadi pilihan orang Melayu dan perkembangan UMNO sehingga 1948.

BAB 9 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Hasil Pembelajaran    Menjana idea tentang dasar Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi tolak ansur persetujuan orang Melayu Membandingkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Membezakan ciri-ciri kerakyatan dalam Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu

Peta Konsep

Persekutuan Tanah Melayu
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Rundingan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu

  

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme

Kualiti rakyat kekuatan negara. Berilmu dan berketrampilan. Kewajipan untuk memelihara dan mempertahankan hak. Bertanggungjawab dalam tindakan. Keluhuran perlembagaan. Mempertahankan kedaulatan Negara kita. Bertoleransi dan bermuafakat untuk kepentingan negara. Mengamalkan sikap bertolak ansur.

Laman Web

http://en.wikipedia.org/wiki/Federation_of_Malaya http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayu http://warisantmk.wordpress.com/

Pengenalan British kembali ke Tanah Melayu setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan berusaha untuk menaikkan semula imej mereka dengan menjalankan pentadbiran sementara yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British. Pada 10 Oktober 1945, George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan, telah mengumumkan Gagasan Malayan Union di Tanah Melayu. Kerajaan bercorak kesatuan ini bertujuan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura, di bawah satu sistem pentadbiran pusat yang diketuai oleh seorang Gabenor. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil kerajaan British untuk mendapatkan tandatangan dan persetujuan Raja-raja Melayu mengenai cadangan itu. Beliau telah berjaya melakukan melakukan kerja dalam masa dua bulan sahaja dengan menggunakan cara ugutan ke atas Raja-raja Melayu dan tidak memberi peluang kepada baginda Raja-raja untuk membincang. Pada 12 Januari 1945, kerajaan British telah mengeluarkan Kertas Putih yang mengandungi butiran perlembagaan Malayan Union. Seterusnya pada 01 April 1946, Malayan Union diisytiharkan secara rasmi. Penubuhan Malayan Union telah menaikkan semangat orang Melayu untuk bangun menentang British. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk menyuarakan bantahan tersebut. Ahli bijak pandai dan celik huruf orang Melayu yang telah lama berjinak-jinak hidup berpersatuan menghangatkan lagi bantahan dan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union. Penyatuan semua persatuan dan kesatuan Melayu telah menghasilkan penubuhan UMNO (United Malays National Organisation) pada 11 Mei 1946, yang diketuai oleh Dato‟ Onn bin Jaafar. Penentangan yang padu dan jitu daripada UMNO dan daripada pelbagai pihak telah menyebabkan British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946 bagi merangka perlembagaan baru. Jawatankuasa ini diketuai oleh Sir Malcom MacDonald dan ahli-ahlinya terdiri daripada enam (6) orang pegawai kanan British, empat (4) orang wakil Raja-raja Melayu, dan dua (2) orang wakil UMNO. Pada bulan Disember 1946, kerajaan British telah menggubal satu perlembagaan baru dan menubuhkan Jawatankuasa Perundingan bagi mendapatkan pandangan dan pendapat orang bukan Melayu. Pada 21 Januari 1948, kerajaan British dan Raja-raja Melayu telah menandatangan Perjanjjian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytihatkan secara rasmi pada 01 Februari 1948. Kejayaan menghapuskan Malayan Union telah menyakinkan dan menaikkan semangat orang Melayu untuk terus memperjuangkan kebebasan tanah air. Perubahan demi perubahan berlaku dalam politik tanah air yang menjurus kepada berkerajaan sendiri. Perpaduan uyang erat di antara oran Melayu dengan bukan Melayu telah mempercepatkan proses ini. Rundingan antara wakil pelbagai kaum di Tanah Melayu dengan kerajaan British

kerap kali diadakan. Kemuncaknya apabila Rombongan Merdeka telah berjaya mendapatkan tarikh sebenar kemerdekaan Tanah Melayu. Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru, iaitu Suruhjaya Reid. Suruhanjaya ini telah menjadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai asas dalam merangka perlembagaan baru tersebut. Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu disahkan sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka tanpa revolusi ataupun pertumpahan darah tetapi sebaliknya melalui meja rundingan. (Sitti Haishah Abd Rahman, 2008) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Rancangan Malayan Union telah ditentang habis-habisan oleh Raja-raja Melayu dan orangorang Melayu. Akibat penentangan ini British akhirnya bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini merupakan kejayaan orang Melayu untuk mendapatkan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu.

Rundingan Ke Arah Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
Mei 1946; Pertemuan Raja-raja Melayu dengan pihak British di Kuala Kangsar membolehkan Raja-raja Melayu menyampaikan pandangan mereka untuk menolak Malayan Union. Jun 1946; Rundingan antara British dengan UMNO di Pulau Pinang. Ketegasan Raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union telah menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Raja-raja Melayu dan UMNO telah menyediakan satu memorandum untuk menyatakan bantahan secara rasmi terhadap Malayan Union kepada pihak British. 25 Julai 1946; Sebuah Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan. Jawatankuasa dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil UMNO. Perbincangan telah dibuat beberapa kali di King‟s House, Kuala Lumpur. Dalam rundingan tersebut beberapa perkara telah menjadi asas perbincangan (Harry, M., 1965). Antaranya termasuklah: a) Raja-raja dan orang Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. b) mereka mahu sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu. c) mereka menolak kerakyatan terbuka jus soli Malayan Union. d) meminta dasar perlindungan orang Melayu seperti hak istimewa, agama Islam, tanah dan pentadbiran. e) menuntut Raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.

Penentangan terhadap Malayan Union menyebabkan British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948. British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu adalah kerana: a) Bimbang orang Melayu akan menentang British secara kekerasan. b) bimbang Parti Komunis Malaya akan mempengaruhi orang Melayu. c) sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan pihak British. d) sikap para pemimpin UMNO yang sentiasa menggunakan rundingan untuk menyelesaikan sesuatu isu telah mempengaruhi dasar British. e) British ingin menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rundingan antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO berakhir dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948. Hasilnya Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 1 Februari 1948.

Ciri-Ciri Utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dipersetujui meliputi beberapa ciri iaitu: a) Majlis Raja-Raja ditubuhkan. b) syarat kerakyatan diperketat. c) konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan. d) perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu dan diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. e) Pesuruhjaya Tinggi British menjadi ketua Persekutuan. Beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. f) Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri (negeri Melayu kecuali Singapura). Jadual 9.1 Perbezaan Antara Pentadbiran Malayan Union Dengan

Persekutuan Tanah Melayu Malayan Union Aspek Perbezaan
Gabenor British Parlimen British Ketua Pentadbir

Persekutuan Melayu
Pesuruhjaya Tinggi

Tanah
British

dan Majlis Raja-Raja Melayu Kuasa di peringkat pusat Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Perundangan Mesyuarat Persekutuan,

dan Majlis Raja-Raja Melayu

Pesuruhjaya

Negeri

British Kuasa di peringkat negeri

Sultan, Menteri Besar, dan Majlis Mesyuarat Negeri

dan Majlis Mesyuarat Negeri Gabenor British Bahasa Inggeris istiadat Melayu Bahasa Pentadbiran

Ketua agama Islam dan adat Sultan negeri Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Rancangan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu, mempunyai beberapa perbezaan. Selain itu, terdapat juga perbezaan dalam pemberian kerakyatan antara Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Jadual 9.2 Perbezaan Kerakyatan Malayan Union Dengan

Persekutuan Tanah Melayu Malayan Union Prinsip

Persekutuan Melayu Jus soli bagi mereka yang Secara kuatkuasa undang- Jus soli hanya
lahir di Malayan dan union, undang Tanah kepada rakyat Singapura, rakyat British.

Tanah
terbuka raja dan

Jajahan British. Pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat British. Pemohon yang telah tinggal Secara permohonan selama lima atau tujuh tahun dari tarikh permohonan. Anak angkat mereka yang telah menjadi rakyat Malayan Union. Pemohon yang berusia 21 tahun, tidak ada rekod jenayah, bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Mereka yang berusi 21 tahun, telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di Tanah bertutur Melayu, dalam boleh Bahasa raja atau rakyat

Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ahli Persekutuan Tanah Melayu
Ahli Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang

Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan.

Sistem Kerajaan
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi. Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, Menteri Besar dan 2 orang wakil dari Negerinegeri Selat menjadi ahli tidak rasmi. Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen. Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan. (Funston, J., 1980)

Syarat kerakyatan
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undangundang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara; a) Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri. b) Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus. c) Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus. d) Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari. e) Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan. Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya; a) dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan b) telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.

Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon-pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik. Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing. (Funston, J., 1980)

Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.

Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada : a) Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden b) 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara c) 11 orang ahli rasmi d) 34 orang ahli tidak rasmi. Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British. Dalam tahun 1948 terdapat : a) 28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar b) 14 orang wakil Cina c) 6 orang wakil India d) 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi. Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap. Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu. Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina. S.B.

Palma wakil orang-orang India. Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris dan Presidennya, Sir Edward Gent. (Gordon, P. M., 1976) Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orangorang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu : a) 'Standing Committee On Finance' b) Jawatankuasa Pemilihan c) Jawatankuasa Keistimewaan. Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-Undang Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Pendaftaran PKMM ditolak
Pada 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Asalnya PKMM tidak condong kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini dipengaruhi oleh komunis. Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr Burhanuddin Helmi menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed menjadi presiden PKMM ke-3 dan PKMM beralih dari komunisme kepada nasionalistik. PKMM cenderung anti-UMNO dan anti penjajah. PKKM menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya PUTERA iaitu gabungan Parti-parti Politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM menuduh pegawai-pegawai yangf dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM tidak ada unsur "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik". (Gordon, P. M., 1976)

Rumusan Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British. Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan. Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948. Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Tanah Melayu. Rujukan Abdul Hamid Bin Ahmad. (1980). Penentangan Orang-Orang Melayu Terhadap Malayan Union. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Funston, J. (1980). Malay politics in Malaysia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd). Gordon, P. M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton. Harry, M. (1965). The Story of Malaysia. London: Faber & Faber. Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore Separation-Political Unification in the Malaysian Region, 1945-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Sitti Haishah Abd Rahman. (2008) Persekutuan Tanah Melayu Asas Negara Merdeka. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Latihan 1. Bincangkan sebab dasar Persekutuan Tanah Melayu yang menjadi tolak ansur persetujuan orang Melayu. 2. Bandingkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 3. Bezakan ciri-ciri kerakyatan dalam Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.

BAB 10 PROSES KE ARAH KEMERDEKAAN DAN PEMBENTUKAN NEGARA BERDAULAT
Hasil Pembelajaran  Membincangkan kewujudan amalan toleransi dan musyawarah semasa pembentukan Perlembagaan Kemerdekaan Tanah Melayu.  Membandingkan syarat-syarat kerakyatan 1952 dengan syarat-syarat kerakyatan 1957.  Membahaskan kemerdekaan mutlak Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.  Mentafsir kepentingan pakatan murni sebelum kemerdekaan.  Membuat inferens tentang kejayaan mencapai kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.  Membincangkan tanggungjawab rakyat Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan negara dan mengisi kemerdekaan.

Peta Konsep
Detik-Detik Pengisytiharan Kemerdekaan 31 Ogos 1957 Rombongan Merdeka 1956 Rundingan antara Kaum dan Penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Suruhanjaya Reid Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957

Tujuan Rombongan Perjanjian London 1956

Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Unsur dan Tingkah Laku Patriotisme
       

Kemerdekaan dan kedaulatan negara kita Menghargai dan menghadapi kemerdekaan negara kita Perpaduan rakyat tunggak kemerdekaan Negara Bertanggungjawab Pakatan murni menjamin perpaduan Sentiasa bermuafakat untuk mengekalkan perpaduan Keluhuran perlembagaan Mematuhi peraturan

Laman Web Layari laman web yang berikut untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan bab ini. http://perdana.pnm.my/bib_kemerdekaan/Laman%20Web.htm

Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Dan Sabah Sabah Keadaan selepas Kekalahan Jepun Penyerahan Sarawak Kepada British Penentangan dan Reaksi British Langkah ke arah Berkerajaan sendiri Penubuhan parti politik di Sarawak Sarawak Keadaan selepas Kekalahan Jepun Penyerahan Sabah

Langkah ke arah berkerajaan sendiri Penubuhan Parti politik di Sabah

Malaysia Yang Berdaulat

Gagasan Persekutuan Malaysia Idea Pembentukan

Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia Negeri-Negeri Terlibat

Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan Perisytiharan Persekutuan Malaysia Konfrontasi Perdamaian Pemisahan Singapura

Cadangan Tunku Abdul

Negara-Negara Jiran

Matlamat Pembentukan

Negara-Negara Barat

Pengenalan

Komunis Selepas Perang Dunia Kedua
Apabila perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British meminta MPAJA dibubarkan dan menyerahkan semula senjata kepada mereka. PKM pada dasarnya bersetuju menyerahkan kembali semua sejata kepada British. Tetapi sebenarnya mereka telah menyembunyikan sebahagian daripada senjata tersebut. Bagi menggalakkan mereka menyerahkan kembali senjata, pihak British berjanji bahawa setiap anggota MPAJA yang menyerahkan kembali senjata akan dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British. PKM yang menyusup dalam kesatuan sekerja mula terlibat secara aktif dalam pergerakan politik.

Keganasan komunis
Pada tahun 1948, Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa bermesyuarat di Calcutta, India bagi mengambil keputusan untuk melancarkan pemberontakan di rantau Asia Tenggara. Lanjutan itu, PKM menubuhkan unit gerila yang dikenali sebagai Malayan Race Liberation Army (MRLA). PKM memulakan pemberontakan dengan menyerang lading dan lombong milik syarikat Eropah. Mereka menjalankan aktiviti keganasan seperti: a) menyerang balai polis b) membakar kilang c) membakar bas d) merosakkan landasan kereta api e) membunuh orang yang bersubahat dengan pihak British Langkah-Langkah Memberikan Ancaman Komunis Pengisytiharan Darurat Pada bulan Jun 1948, pengganas komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah menggemparkan pihak British. Berikutan peristiwa tersebut, Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Tindakannya bertujuan melindungi kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu (Edgar, O., 1966). British kemudiannya telah menguatkuasakan UndangUndang Darurat 1948 yang bertujuan: a) membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis. b) membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman. c) memindahkan penduduk ke petempatan baru.

d) memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis. Pengharaman Parti Komunis Malaya dan Parti Berhaluan Kiri Kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya pada tahun 23 Julai 1948. British juga mengambil kesempatan mengharamkan parti-parti politik berfahaman kiri yang memperjuangkan kemerdekaan seperti: a) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) b) Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA) c) Pemuda Radikal Melayu (PERAM) d) Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) e) Hizbul Muslimin Memperbesarkan Pasukan Keselamatan

Polis
Kerajaan telah memperbesarkan pasukan keselamatan seperti pasukan tentera dan polis. Pasukan polis telah disusun semula dan diperbesarkan keanggotaannya hingga menjadi 70,000 orang.

Home Guard
Pasukan Home Guard ditubuhkan bagi membantu pasukan polis dan tentera menjaga keselamatan di peringkat kampung. Anggota Home Guard ini terdiri daripada kaum lelaki dan kaum wanita. Penubuhan pasukan Home Guard telah berjaya meniupkan semangat berkobar-kobar rakyat untuk mempertahankan negara.

Pasukan Keselamatan
Pasukan keselamatan telah dilatih untuk mengebom dan melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sasaran komunis dengan bantuan tentera udara British (RAF). Keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan amat mengkagumkan Pesruhjaya Tinggi British pada masa itu.

Askar Komanwel
British telah membawa masuk askar dari negara Komanwel terutamanya dari Australia, New Zealand, Afrika Timur, dan Fiji bagi membantu menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu.

Mata-Mata Khas
Seramai 24, 000 orang Mata-Mata Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih dan dihantar untuk mengawal lading dan kawasan lombong yang terpencil. Rancangan Briggs Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs merupakan Pengarah Operasi bagi rancangan ini (Edgar, O., 1966). Rancangan Briggs dibentuk bertujuan: a) menempatkan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru b) menyekat bekalan makanan, wang, maklumat dan ubat-ubatan kepada pihak komunis. Kawasan petempatan baru ini digelar “Kampung Baru”. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen. Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina. Tujuan Min Yuen ditubuhkan adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan diambil terhadap mereka dan keluarga mereka. Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik, dan air paip. Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina. (Hooker, V.M., 2003)

Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh Tanah Melayu. Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik, dan air paip. Ia dipagari dengan kawat berduri dan dikawal ketat oleh Special Constables (SC). Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya. Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa. Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” dengan tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat, dan ubat. Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru. MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina, dan menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru.

Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru
Mengadakan Sekatan Jalan Raya untuk mencegah bekalan makanan, ubat, dan maklumat sampai ke tangan komunis. Tanpa barang-barang keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka. Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis. Sistem Pendaftaran Kebangsaan untuk mengawal pergerakan penduduk. Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan, dan diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis.

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
British berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM. Sokongan terhadap PKM semakin merosot. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam. PKM berundur ke selatan Thailand. Perang Saraf Perang Saraf merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati dan fikiran rakyat”. Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dan Pengarah Gerakan. Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan, dan senjata semata-mata tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis.

Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf
Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”. Ia dilaksanakan dengan jayanya. Penduduk pelbagai kaum bersama-sama membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis. Penduduk membakar patung-patung komunis. Mengedar Risalah Menentang Komunis. Risalah diedarkan ke seluruh Tanah Melayu. Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis. Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan, dan polis untuk mempertahankan tanah air. Konsep “Kawasan Hitam” dan “Kawasan Putih”. Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah berkurung. Perintah berkurung dilaksanakan untuk larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi. Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis. Contoh kawasan putih adalah Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Negeri Sembilan. Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina. Tujuannya bagi menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf. Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara Tanah Melayu. Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan, dan kesejahteraan rakyat. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis (Hanrahan, G.Z., 1979). Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis. Contoh; a) Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000. b) Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak, dan nama sebenarnya Ong Boon Hua. Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000. c) Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura. Peranan Sultan dan Menteri Besar. Sultan dan menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah-langkah kerajaan menentang komunis. Contoh; a) Sultan Pahang sentiasa mengingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis, dan orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara. b) Menteri Besar Pahang mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga c) Dato‟ Onn Jaafar menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di Tanah Melayu. Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan.

Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan. Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut. Pengampunan Beramai-Ramai Tujuannya untuk menggalakkan pengganas komunis menyerah diri. Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu. Poster ditampal di serata tempat. Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri. Pertemuan Baling Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera, dan menamatkan darurat. Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis. Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan. Pada 28 dan 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling. Rundingan ini diwakili oleh; a) Wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman, David Marshall, dan Tun Tan Cheng Lock. b) Wakil Parti Komunis Malaya ialah Chin Peng, Chien Tien, dan Rashid Maidin. Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata dan menyerah diri. Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata, dan menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah. Hasilnya adalah pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng. Alasan Tunku Abdul Rahman; a) fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. b) beliau sedia berunding dengan PKM pada bila-bila masa jika PKM berubah fikiran. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan semasa undang-undang darurat belum ditamatkan lagi. Apabila Tanah Melayu merdeka pengaruh komunis semakin merosot. Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat. (Edgar, O., 1966)

KESAN DARURAT

Kesan Politik
Undang-Undang Darurat 1948 diperkenalkan kerana kekejaman, dan keganasan komunis. Tujuannya adalah untuk membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis, dan juga gerakan Min Yuen. Kelonggaran syarat kerakyatan diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952. Tujuannya adalah untuk menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis. British menyegerakan pemberian kemerdekaan. Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu. Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan. Tujuan British adalah supaya PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan mereka. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA). MCA merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan. Kesannya adalah orang Cina mula memberi kerjasama dan membantu kerajaan membanteras komunis. MCA berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis.

Kesan Ekonomi
Kehidupan rakyat tidak tenteram. Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian. Kemusnahan Kemudahan Asas. Kejadian kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam berlaku. Gangguan Terhadap Buruh Ladang.Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara. Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat. Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat. Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan; a) Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan b) Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera, dan Home

Guard untuk melindungi keselamatan rakyat.
Pembangunan luar bandar terabai. Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis, dan darurat. Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada pembangunan di perkampungan baru. Kesannya adalah pembangunan luar bandar kurang diberi perhatian.

Kesan Sosial
Kecederaan dan Kematian. Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis dan orang awam terkorban. Pada akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah seramai 21 231 orang awam dan tentera terbunuh, dan cedera. Manakala seramai 6133 orang

pengganas komunis terkorban. Penduduk Hidup Sengsara dan Menderita. Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun. Ia membawa kesengsaraan hidup kepada penduduk Tanah Melayu. Antaranya adalah penduduk sukar bergerak untuk mendapat bekalan makanan. Mereka terpaksa mematuhi pelbagai undang-undang yang dikenakan oleh kerajaan. Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian dengan bebas. Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung. Mereka terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi, dan keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun. Masalah Hubungan Kaum. Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu. Pada tahun 1949 Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan. Tujuan CLC adalah untuk mengeratkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran Tanah Melayu sendiri. Tujuannya adalah memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda. Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum. (Ryan, N.J., 1965) Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan Pembinaan sebuah Negara bangsa yang merdeka dan berdaulat bukanlah sesuatu yang mudah. Persiapan berkerajaan sendiri telah diadakan bagi memastikan penduduk tempatan mampu mentadbir negara sendiri. Dasar bekerjasama dan permuafakatan antara kaum telah dicapai melalui rundingan. Bagi menjayakan matlamat tersebut parti-parti politik ditubuhkan. Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan sejak tahun 1949 melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan antara Kaum. Pihak British memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika ingin mendapatkan kemerdekaan. Perkara ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Pada peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. Orang Melayu diwakili oleh UMNO diketuai oleh Dato‟ Onn Jaafar. Orang Cina diwakili Malayan Chinese Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock. Mulai Ogos 1949, CLC turut dianggotai oleh seorang wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah. Pengerusi CLC ialah Dato‟ E.E.C. Thuraisingam dan Penasihatnya ialah Sir Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara. Dalam rundingan yang dijalankan hampir dua tahun, UMNO telah mengemukakan

memorandumnya mempertahankan ketuanan Melayu. CLC menolak tuntutan UMNO. Sebagai tolak ansur kepada kebuntuan rundingan ini, satu kompromi telah dibuat antara UMNO-CLC. Perkara penting yang telah dipersetujui:a) Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan. b) Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu. c) Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan. d) Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar. Cadangan ini dilaksanakan selepas tahun 1951.

Tahukah Anda.

Pilihan raya Proses memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri oleh penduduk dibuat dengan cara mengundi.

Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
Beberapa buah parti politik ditubuhkan sebagai usaha untuk melahirkan perpaduan kaum. Antaranya ialah Independence of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara. Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara mengadakan Konferensi Nasional sebagai uasaha melahirkan kerjasama politik. Kemudiannya, parti-parti seperti UMNO, MCA dan MIC menubuhkan Parti Perikatan. Sementara itu, Persatuan Islam Se-Malaysia (PAS) bekerjasama dengan UMNO dalam Konvensi Nasional. Konferensi dan Konvensi Nasional adalah medan perbincangan parti politik untuk mencari jalan merealisasikan perpaduan kaum. (Ryan, N.J., 1965) Pendidikan Alat Perpaduan Bagi merapatkan jurang perbezaan pendidikan dan membentuk semangat perpaduan di kalangan penduduk Tanah Melayu, beberapa laporan pelajaran telah dikeluarkan. Laporan ini memberi cadangan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan Tanah Melayu supaya setiap murid dapat belajar menerusi sistem pendidikan yang sama. Ciri-Ciri Sistem Pendidikan Vernakular Di Tanah Melayu Sebelum Merdeka

Sekolah Vernakular
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (Pengajaran dan Pembelajaran) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.

Sekolah Melayu
Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu: Pagi; Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional. Petang; Bahasa Arab dan al-Qur'an. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu: a) Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, pada tahun 1922 dan b) Maktab Perguruan Perempuan Melaka, di Melaka pada tahun 1935.

Sekolah Cina
Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina atau Mandarin (Guo Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari negara China. Contoh sekolah vernalular Cina adalah: a) SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan b) SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua Free School, iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.

Sekolah Tamil
Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.

Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan: a) Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum. b) Kurikuium sekolah berbeza. c) Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah. d) Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negerinegeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya, a) King Edward VII, Taiping di Perak dan b) Clifford School, Kuala Lipis, Pahang. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa dari sesi petang untuk pembelajaran agama. Senario di sekolahsekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Guo Yu" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari negara China atau kerajaan tempatan. Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi

meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum. Sejak pertengahan tahun 1870an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan. Dalam aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946. (Kennedy, J., 1993)

Cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu Laporan Barnes 1951
       

Laporan Fenn-Wu 1951

Pendidikan sekolah rendah diwajibkan. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Menolak sistem pendidikan cadangan Laporan Barnes kerana mahu terus mengekalkan sistem pendidikan vernakular Cina. Pendidikan sekolah rendah adalah wajib. Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Ordinan Pelajaran 1952

Mengadakan sistem sekolah umum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah.  Mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.  Pendidikan rendah adalah wajib.  Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.  Mengadakan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem nazir yang sama. Laporan Razak 1956 menerima cadangan Laporan Barnes tetapi demi menjaga keharmonian politik, Laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular selama sepuluh tahun selepas merdeka. Sekolah vernakular ini akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar pendidikan kebangsaan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan pada tahun1961.

Laporan Razak 1956

Koridor Sejarah

Konferensi Nasional Konferensi Nasional diadakan pada bulan Februari 1954 oleh pihak British. Konvensi Nasional Konvensi Nasional diadakan pada bulan Ogos 1954 oleh pihak UMNO. Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Sistem ahli
Diperkenalkan pada tahun 1951 untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato‟ Onn Ja‟afar dan disokong oleh pihak British dan raja-raja Melayu. Dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga bulan Jun 1995. (Kennedy, J., 1993)

Ciri-ciri Sistem Ahli
1. Kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat. 2. Anggotanya dikenali sebagai Ahli. 3. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis RajaRaja Melayu. 4. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. 5. Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu dan 4 orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3 daripadanya orang Melayu, seorang Cina dan seorang India.

Antara Anggota Sistem Ahli
1. Dato‟ Onn Ja‟afar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955) 2. Dato‟ Mahmud Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954) 3. Tunku Yaakob AlmarhumSultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan Perhutanan (1951-1955) 4. Dato‟ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951-1955) 5. Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954) Pada tahun 1955, wakil UMNO, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan wakil MCA, Tun H.S.Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Persekutuan Tanah Melayu. (Hooker, V.M., 2003)

Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
CLC telah membuat cadangan melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Ia juga bermatlamat untuk mengelakkan golongan imigran supaya mereka mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Secara Kuat Kuasa Undang-Undang
-

Kelonggaran Syarat Kerakyatan Persekutuan Secara Permohonan Secara Naturalisasi
- Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. - Seseorang warganegara British dan koloni-koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut.

Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu. Seseorang warganegara British Dan koloni-koloninya yang lahir di NegeriNegeri Selat.

Syarat Kerakyatan Negeri 1951 Secara Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan
- Orang Asli di negeri-negeri Melayu. - Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu. - Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. - Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal.

Sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951 itu, Lembaga Pembangunan Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) telah ditubuhkan. Pihak British telah menubuhkan RIDA dengan tujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu. Penubuhan RIDA juga sebagai satu cara memujuk orang Melayu supaya bersetuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951.

Pembentukan Parti Perikatan
Pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan akan melahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum. Pihak British menyokong kerjasama tersebut akan wujud suasana politik yang stabil dan kepentingan ekonominya di Persekutuan Tanah Melayu akan terjamin. (Hooker, V.M., 2003) 1952    1954    Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur. Pakatan ini memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. pemimpin utama UMNO dan MCA menyambut baik pakatan ini dan merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu. Konvensi Nasional diadakan. Perikatan UMNO-MCA dibentuk. Kerjasama ini diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi

1955

  

memenangi pilihan raya negeri. Kemasukan MIC dalam Parti Perikatan. Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Pilihan Raya Majlis Bandaran
Sebelum merdeka, ahli-ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk bandar berkenaan. Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan pada tahun 1951 untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan sendiri. Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran telah diadakan di setiap bandar besar bagi seluruh negeri Persekutuan Tanah Melayu. Pilihan Raya Majlis Bandaran yang pertama telah diadakan di George Town, Pulau Pinang pada bulan Disember 1951. Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum telah memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. Selepas itu, Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur telah diadakan pada bulan Februari 1952. Dalam pilihan raya ini, UMNO dan MCA telah menjalinkan kerjasama yang telah membolehkan UMNO-MCA mendapat 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran dan mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954. (Strong, C.F., 1963) Pilihan Raya Negeri Pilihan Raya Negeri yang mula diadakan pada tahun 1954 telah memberi peluang lebih luas kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang bakal memerintah. Dalam pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan penerimaan orang ramai terhadap kerjasama antara kaum dalam politik tanah air.

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Pihak British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya pada tahun 1954. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pegawai kanan British dan wakil parti politik. Peruntukan jumlah keseluruhan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) ialah sebanyak 100 kerusi. Daripada jumlah tersebut, jawatankuasa ini mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Peseruhjaya Tinggi British. Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut 3/5 ahlinya dipilih. Tunku Abdul Rahman telah pergi ke London untuk memohon kepada kerajaan British mendapatkan kerusi pilihan raya yang lebih, tetapi usaha beliau itu gagal. Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

diadakan pada 27 Julai 1955. Sebelum pilihan raya diadakan, setiap parti politik telah mengadakan kempen pilihan raya yang dimulakan selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955. (Strong, C.F., 1963)

Manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama :
Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun. Mewajibkan pendidikan rendah. Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan. Menamatkan darurat. Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan.

Dalam pilihan raya tersebut, Parti Perikatan telah memenangi sebanyak 51 daripada sejumlah 52 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap pilihan raya telah menunjukkan bahawa dasar kerjasama kaum dan politik merupakan pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa. Ke Arah Kemerdekaan

Rombongan Merdeka
Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya umum tahun 1955 dan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri pada masa itu. Tunku Abdul Rahman berunding dengan Raja-raja Melayu dan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Mereka bersetuju mencapai kata sepakat untuk mendapatkan kemerdekaan (Gordon, P. M., 1976). Anggota rombongan terdiri daripada:a) Wakil Parti Perikatan iaitu, Tunku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Abdul Razak Hussein. b) Wakil Raja-raja Melayu iaitu, Dato Panglima Bukit Gantang , Abdul Aziz Majid, Dato Mohd. Seth dan Dato Nik Ahmed Kamil.

Matlamat Rombongan Merdeka
Matlamat Rombongan Merdeka adalah untuk berunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British.

Perjanjian London
Rundingan London berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Febuari 1956. Rundingan ini dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. Sebuah suruhanjaya bebas dilantik untuk menggubal perlembagaan merdeka. Perjanjian tersebut adalah:-

a) Parti perikatan tidak akan mengambil alih peniagaan British atau kepentingan Barat di Tanah Melayu. b) Satu perjanjian pertahanan dengan British akan ditandatangani. c) Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. d) Institusi Raja Berperlembagaan dikekalkan. e) Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri diteruskan. Rombongan disambut di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

Suruhanjaya Reid
Sebuah Suruhanjaya Reid ditubuhkan dan dipengerusi oleh William Reid untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya Reid dibentuk pada bulan Mac 1956. Ahli suruhanjaya ini ialah Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell, Tuan B. Malik, dan Abdul Hamid (Gordon, P. M., 1976). Tugas dan peranan suruhanjaya ini adalah: a) Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. a) Membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri. b) Menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu. c) Mewujudkan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Suruhanjaya Reid yang asal dipinda untuk memuaskan hati semua pihak. Sebuah negara Persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa dan negeri. Kerakyatan secara

Jus Soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu. Kedudukan istimewa orng Melayu
dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain Institusi Raja-raja Melayu dan konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun Bahasa Cina dan Tamil boleh dipelajari, dikembangkan, dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun agama lain boleh terus diamalkan.

Cadangan Suruhanjaya Reid
Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor). Corak pemerintah telah dipersetujui

untuk menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.

Pindaan Laporan Suruhanjaya Reid
Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah telah diterima. Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas menganut agama sendiri. Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan Yang Dipertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan perlembagaan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Ried diterima oleh parlimen British pada Jun 1957. Pada 15 ogos 1957, upacara menandatangani Perjanjian Merdeka 1957 diadakan (Strong, C.F., 1963). Perlembagaan merdeka mempunyai beberapa fasal penting antaranya: a) Sebuah kerajaan persekutuan dibentuk dengan nama Persekutuan Tanah Melayu. b) Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. c) Pembentukan sebuah parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. d) Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran negara dengan dibantu oleh sebuah kabinet. e) Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. f) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. g) Kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Kerakyatan secara permohonan dengan syarat tertentu juga diberi pertimbangan. h) Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan tanpa mengurangkan hak warganegara yang lain.

Pemasyhuran Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Pemasyhuran kemerdekaan diadakan pada 31 ogos 1957. Ini bererti Persekutuan Tanah Melayu dibebaskan dari penjajah British (Wikisource, 1957, August). Antara kandungan penting pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah: a) Persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain. b) Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dengan Ratu Elizabeth bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. c) Semua penguasaan Baginda Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal d) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa pada 31 ogos 1957. e) Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka mengandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang. f) Persekutuan Tanah Melayu merupakan sebuah negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.

Koridor Sejarah

Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Tuanku Abdul Rahman Ibni al-Marhum Tuanku Muhammad telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan

Rajah 10.1 Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan (Pemasyhuran) Kemerdekaan

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris. Versi Rumi Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya. Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia. Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya. Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya. Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya. Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen. Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negerinegeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan

Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957. Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa. Koridor Sejarah
Ke arah Kemerdekaan Pentadbiran tentera British Malayan Union 1946 Pilihan Raya Majlis Bandaran 1952 Pilihan Raya Pusat 1955 Rundingan London 1956 Suruhanjaya Reid 1956 Persetujuan Perlembagaan Mei 1957 Merdeka 31 Ogos 1957 Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Sarawak telah dikuasai oleh keluarga Brooke. Tahun 1941 Charles Vyner Brooke memperkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak Perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Sarawak diserang oleh Jepun dari tahun 1941 hingga 1945. (Tregonning, K.G., 1960)

Sarawak Selepas Kekalahan Jepun:
Selepas PD II British perkenalkan Pentadbiran Tentera British (PTB) pada 10 September 1945 (Porritt, V.L., 1997). Antara peranan PTB ialah; i. Mengembalikan ketenteraman Sarawak ii. Memulihkan ekonomi Sarawak iii. Mengemas kini pentadbiran Sarawak

Sarawak Diserahkan Kepada Kerajaan British British berusaha mengambil alih pentadbiran Sarawak daripada keluarga Brooke. Charles Vyner Brooke ambil keputusan serahkan Sarawak kepada British. Charles Vyner Brooke merupakan Raja Putih Sarawak yang terakhir. (Porritt, V.L., 1997) Antara sebab2 yang mendorong penyerahan Sarawak kepada British; i. Desakan kerajaan British agar keluarga Brooke serahkan Sarawak demi pelaburan British terjamin di Sarawak. ii. Pertikaian keluarga Brooke - Charles Vyner Brooke sudah tua dan ingin bersara tetapi tiada waris pengganti kecuali anak saudaranya Anthony Brooke. iii. Masalah kewangan kerana Sarawak musnah akibat perang dan Charles Vyner. Brooke tidak mempunyai sumber kewangan untuk bangunkan semula Sarawak.

Peristiwa Penyerahan Sarawak
Disember 1945 rundingan dibuat antara Charles Vyner Brooke dengan British. Brooke diwakili Gerard T. MacBryan diutus untuk dapatkan tandatangan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak. Gerard T. MacByran berjaya mendapatkan persetujuan dengan cara tipu helah. 8 Februari 1946 Charles Vyner Brooke mengisytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi Sarawak untuk menyerahkan Sarawak kepada British telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak terutama orang Melayu dan Iban. Akibatnya Pejabat Tanah Jajahan meminta Charles Vyner Brooke dapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan dan demokrasi. Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri. Setelah bersidang selama 3 hari Majlis Negeri luluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Bill. 18 undi menyokong penyerahan & 16 undi menentang penyerahan tersebut. Usul penyerahan disokong oleh ahli bukan bumiputera. Pada 1 Julai 1946 British isytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British. Sir Charles Arden Clarke dilantik sebagai Gabenor British yang pertama di Sarawak.

Koridor Sejarah

British ingin menguasai Sarawak untuk kepentingan ekonomi dan pertahanannya. Pertikaian Keluarga. Charles Vyner Brooke mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British kerana lanjut usia dan uzur. Beliau tidak mempunyai waris, dan anak saudaranya Anthiny Brooke tidak layak untuk memerintah Sarawak. Gerakan Antipenyerahan Di Sarawak Penyerahan Sarawak kepada British dibantah orang Melayu dan Iban. Gerakan ini berlaku dari tahun 1946 hingga tahun 1949. Masyarakat Melayu diketuai Datu Patinggi Abang Haji

Abdillah Bin Datu Patinggi Haji Mohammad Kassim. Beliau merupakan ketua datu-datu masyarakat Melayu, dan kaum Melayu terpelajar, serta seorang bekas guru. Bantahan turut disertai oleh; i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPMS) iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS) iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS) Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan Antipenyerahan Sarawak.

Faktor Berlakunya Gerakan Antipenyerahan Sarawak
Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 Sarawak yang menjanjikan kerajaan sendiri. Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan melalui tipu muslihat. Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke (anak saudara) dilantik sebagai Raja Sarawak yang baru demi memudahkan tuntutan kemerdekaan Sarawak.

Koridor Sejarah

Tindakan Gerakan Antipenyerahan:  Menghantar surat bantahan dan telegram kepada kerajaan British.  Menganjurkan demonstrasi dan penampalan poster-poster yang mendesak British keluar dari Sarawak.  Seramai 338 pegawai Melayu dalam perkhidmatan awam telah meletakkan jawatan dan memulaukan pelantikan Gabenor Sarawak yang pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke di Kuching. Penentangan dan Reaksi British

Cara Penentangan:
Menghantar Surat Bantahan. a. Golongan antipenyerahan bertindak menghantar surat bantahan, kawat dan telegram kepada British. b. British tidak mengendahkan bantahan. Menampal Poster. a. Poster ditampal di seluruh pelosok kampong. b. Setiap kampung dikerah membuat poster dan sepanduk-sepanduk. Antara kata-kata yang ditulis adalah; a.“Kami Membantah dengan Sekeras-kerasnya Atas Tindakan Brooke Menyerahkan Sarawak Kepada Kolonial Inggeris”.

b. “Sarawak Adalah Hak Kami. Leburkan Kolonial” Penglibatan Kaum Wanita. Wanita terlibat dalam demonstrasi penentangan tersebut. Antaranya; a. Kaum ibu PKMS diketuai Cikgu Lily Eberwein telah pergi ke kawasan pedalaman untuk mendapat sokongan dan simpati orang Iban. b. Kaum ibu BPM seperti Puan Sharifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol yang sanggup berkorban masa dan tenaga. Tindakan Penentangan Rakyat Sarawak British dapati golongan anti penyerahan daripada kalangan kakitangan kerajaan terutama guru Melayu. Pada bulan Disember 1946, British keluarkan notis iaitu Pekeliling No.9. Ia berkaitan amaran British kepada kakitangan kerajaan supaya tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan. Ia menambahkan lagi kemarahan kepada British. Pada 2 April 1947 seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan. Sebahagian besar adalah guru Melayu. Akibatnya 22 buah sekolah kerajaan terpaksa ditutup. Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian dan membantah pekeliling tersebut. (Mohd Noor Abdullah, 1979). Kesannya ialah; a) berlaku tunjuk perasaan besar-besaran pada setiap 1 haribulan Julai. b) tunjuk perasaan yang terbesar berlaku di Kuching pada 1 Julai 1947 disertai PKMS, BPM & PDS c) membantah pelantikan Gabenor Sarawak pertama iaitu Sir Charles Arden Clarke. Penentangan bertambah hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) mengadakan perhimpunan yang dihadiri 250 orang perwakilan bumiputera seluruh cawangan BPM. Reaksi & Tindakan British

Reaksi British Peringkat awal:
Awalnya British anggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara dan tidak lama. Anggapan British meleset kerana gerakan mendapat sokongan rakyat Sarawak. Antara tindakan British; a. British giatkan usaha untuk melemahkan gerakan dengan memecahbelahkan perpaduan kaum. b. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA) yang sokong penyerahan Sarawak kepada British. c. British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak supaya kedua-dua bertelagah.

d. British memburuk-burukkan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanya untuk kekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak sahaja. e. British persenda, menghina, dan mencemuh golongan antipenyerahan dalam majlismajlis rasmi mereka. Kesan-kesan; a. Tahun 1947 gerakan antipenyerahan makin lemah akibat pelbagai propaganda British. b. Golongan muda BPM Sibu menubuhkan „Rukun Tiga Belas‟ yang bercorak radikal. Mereka bersumpah akan menghapuskan pemimpin Eropah & Melayu yang bersubahat. Rosli Dhobi (anggota Rukun 13) ditugaskan membunuh Sir Duncan Steward iaitu Gabenor Sarawak kedua di Sibu. Rosli Dhobi merupakan pejuang Rukun 13 yang sanggup berkorban diri untuk bebaskan tanah air. Beliau menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros iaitu bertajuk „PanggilanMu Yang Suci‟. (Mohd Noor Abdullah, 1979)

Reaksi British Secara Kekerasan:
Pada 3 Disember 1949 Sir Duncan Steward melawat Sibu. Beliau ditikam oleh Rosli Dhobi dengan sebilah pisau. Seminggu kemudian Sir Duncan Steward meninggal dunia di hospital Singapura. British bertekad gunakan kekerasan perangi golongan antipenyerahan. Mereka yang didapati bersalah dihukum gantung sampai mati iaitu; a. Rosli Dhobi b. Awang Rambli Mohd Deli c. Bujang Suntong d. Morshidi Sidek Anggota Rukun 13 yang lain dipenjarakan. British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak. Kesannya; a. British berjaya lumpuhkan gerakan antipenyerahan. b. Awal 1950-an British kukuhkan kedudukan di Sarawak. c. British kekal berkuasa hingga tahun 1963.

Koridor Sejarah

Rukun 13  Badan yang dianggotai oleh 13 orang ahli.  Mereka kecewa kerana bantahan secara rasmi yang dikemukakan tidak mendapat layanan yang sewajarnya.  Mereka sering menerima cacian dan penghinaan dalam ucapan-ucapan rasmi.  Mereka rela mati daripada membiarkan Sarawak menjadi tanah jajahan British.

Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak Antara langkah yang diambil; Pentadbiran Sarawak Disusun Semula: a. Bermula tahun 1946. b. Tujuan memudahkan pentadbiran Sarawak. c. Sarawak terbahagi 5 bahagian. d. Setiap bahagian diketuai seorang Residen British. e. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa daerah yang diketuai seorang Pegawai Daerah. Pembentukan Majlis Tempatan: a. Dibentuk oleh British pada 1947 b. Tujuan beri peluang kepada ahli-ahli dilantik ambil bahagian dalam pentadbiran tempatan Fungsi Majlis Tempatan; a. Menguruskan pelajaran rendah b. Bekalan air c. Jalan raya d. Kesihatan e. Mengawal perbelanjaan f. Mengutip cukai kepala dan cukai-cukai lain Pindaan Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi; a. Jumlah ahli dipinda pada tahun 1956. b. Pindaan berkuatkuasa mulai April 1957 dengan jumlah keahlian seramai 10 orang. Penubuhan Parti Politik Di Sarawak Perlembagaan Sarawak diperkenalkan pada tahun 1956. Beberapa parti politik ditubuhkan sehingga tahun 1963, antaranya; i. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP): a. Ditubuhkan pada 12 Jun 1959 b. Diasaskan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Young c. Matlamat penubuhan; · · Mewujudkan perpaduan dan kesetiaan rakyat Sarawak Menyatupadukan kaum di Sarawak

ii. Parti Negara Sarawak (PANAS): a. Ditubuhkan pada 9 April 1960

b. Diasaskan oleh Datu Patinggi Abang Haji Mustapha c. Matlamat penubuhan; · · · Mewujudkan keharmonian kaum di Sarawak Menuntut pendidikan percuma bagi sekolah rendah Mempertingkatkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial bumiputera

iii. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP): a. Ditubuhkan pada 10 April 1961 b. Diasaskan oleh Stephen Kalong Ningkan c. Tujuan penubuhan; · · Perjuangkan hak dan kepentingan orang Iban Sarawak Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak

iv. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA): a. Ditubuhkan pada 4 Disember 1961 b. Diasaskan oleh Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman c. Matlamat penubuhan; · · · · · Menuntut hak istimewa penduduk bumiputera Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak Mewujudkan keharmonian rakyat Selamatkan rakyat dari ancaman komunis Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan

v. Persatuan Cina Sarawak (SCA): a. Ditubuhkan pada Julai 1962 b. Diasaskan oleh William Tan c. Matlamat – berusaha ke arah perpaduan orang Cina vi. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA): a. Ditubuhkan pada Ogos 1962 b. Diasaskan oleh Temenggung Jugah c. Matlamatnya adalah untuk membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjamin hak dalam perlembagaan Penubuhan Perikatan Sarawak Perikatan Sarawak dibentuk pada November 1962. Tujuan menghadapi pilihan raya tahun 1963. Menang 138 kerusi. Perikatan Sarawak terdiri daripada gabungan parti2 politik seperti; a. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) b. Parti Negara Sarawak (PANAS)

c. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) d. Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) e. Persatuan Cina Sarawak (SCA) Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah

Sabah Selepas Kekalahan Jepun
Selepas Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir oleh Pentadbiran Tentera British (PTB). Pentadbiran Tentera British berusaha kembalikan keamanan dan ketenteraman. Pemerintahan Pentadbiran Tentera British berakhir mulai 15 Julai 1945.

Sabah Diserahkan Kepada Kerajaan British
Pada 26 Jun 1946 British tantdatangani perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara Britsh (SBUB). Mengikut perjanjian, Borneo Utara menjadi tanah jajahan British mulai 15 Julai 1946 (Mohd Noor Abdullah, 1979). Antara sebab Sabah diserahkan kepada British; a. Desakan pelabur dan pemodal Eropah supaya menjaga kepentingan. b. Mengeksploitasi sumber bahan mentah Sabah seperti kayu balak, kelapa kering, tembakau dan hasil tradisional. c. Menjamin kedudukan dan keselamatan British di Asia Tenggara kerana Sabah berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Singapura dan Hong Kong. Penyerahan Sabah tiada tentangan hebat penduduk tempatan. Penentangan hanya dilakukan oleh waris Kesultanan Sulu yang anggap Sabah sebagai miliknya. Pertubuhan yang ada di Sabah hanya berjuang perbaiki keadaan politik dan ekonomi seperti; a. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) b. Barisan Pemuda (BARIP) Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah Bermula tahun 1950 langkah-langkah diambil oleh British untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri. (Mohd Noor Abdullah, 1979) Antaranya; i. Memperkenalkan Perlembagaan Baru; a. Bermula tahun 1950 b. Melalui Perlembagaan, Majlis Kerja, dan Majlis Undangan ditubuhkan c. Wakil-wakil anak negeri diberi peluang terlibat dalam pemerintahan negeri sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan d. Tokoh tempatan terlibat seperti;

· ·

Donald Stephens Tun Datu Mustapha Datu Harun

ii. Mengadakan Pilihan Raya Majlis Tempatan; a. Bermula tahun 1952 b. Tujuan untuk memilih perwakilan secara demokrasi iii. Pindaan Perlembagaan; a. Bermula pada tahun 1960 b. British pinda perlembagaan c. Tujuan menambah jumlah pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan d. Semua ahli dilantik oleh Gabenor British bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya iv. Pilihan Raya Majlis Undangan: a. Diperkenalkan pada tahun 1962 Penubuhan Parti Politik Di Sabah Banyak parti politik di Sabah muncul selepas pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Banyak parti politik ditubuhkan dalam tempoh 15 bulan selepas pengumuman tersebut (Tregonning, K.G., 1960). Antara parti politik Sabah sebelum 1963; i. Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO): a. Ditubuhkan pada 23 Disember 1961 b. Diasaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Datu Harun Matlamat penubuhan; a. Perjuangkan hak kaum Bumiputera Muslim b. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan c. Perjuangkan agama Islam sebagai agama rasmi d. Menukar nama Borneo kepada Sabah ii. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO): a. Ditubuhkan pada Ogos 1961 b. Diasaskan oleh Donald Stephens atau Tun Fuad Stephens c. Matlamat penubuhannya adalah menjaga kepentingan dan memelihara hak orang Kadazan Dusun iii. Persatuan Cina Sabah (SCA): a. Ditubuhkan pada Oktober 1962 b. Diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin

c. Merupakan gabungan 2 buah parti iaitu Parti Bersatu dan Parti Demokratik d. Matlamat penubuhannya adalah melindungi hak orang Cina iv. Pasok Momogun: a. Ditubuhkan pada Januari 1962 b. Diasaskan oleh Orang Kaya-Kaya Sedomon dan G.S. Sundang c. Matlamat penubuhannya adalah melindungi kepentingan penduduk di kawasan pedalaman Sabah Penubuhan Parti Perikatan Sabah Tujuan penubuhan Parti Perikatan Sabah untuk ambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1962. Parti perikatan sabah mendapat kejayaan cemerlang. Antara parti politik terlibat; a. UNKO b. USNO c. SCA d. Pasok Momogun Gagasan Persekutuan Malaysia Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei. Ia ditadbir dalam satu unit politik. (Ryan, N.J., 1965) Idea Pembentukan Persekutuan Malaysia Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei daripada penjajahan British. Gabungkan negeri-negari berkenaan dengan Tanah Melayu dan membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-Wartawan Luar Asia Tenggara, bertempat di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961. Cadangan ini mendapat sambutan positif pemimpin-pemimpin wilayah terbabit pada Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. Tujuannya adalah mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah terlibat. Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat. Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian iaitu, “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”. (Kennedy, J., 1993)

Matlamat Pembentukan Persekutuan Malaysia Mempercepatkan Kemerdekaan: a. Sarawak, Sabah dan Singapura bersaiz dan berpenduduk kecil menyukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri. b. Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Keseimbangan Kaum: a. Mengimbangi penduduk Melayu dan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia. Memajukan Sosioekonomi: a. Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas b. Menyatukan sumber tenaga manusia dan sumber asli di kalangan negeri c. Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan d. Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar e. Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah dan Brunei Keselamatan dan Kestabilan Negara: a. Selamatkan Singapura dan Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada (Jones, M., 2002): a. Negeri-Negeri Terlibat b. Negara-Negara Jiran c. Negara-Negara Barat Reaksi Negeri-Negeri Terlibat: a. Tanah Melayu:     Sambutan menggalakkan daripada parti-parti politik Tanah Melayu Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk menerima prinsip gagasan Pembentukan Persekutuan Malaysia Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia c. Singapura:   Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti-parti berhaluan kiri

b. Malaya

  

Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis dan Parti Rakyat Singapura kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura Hasilnya adalah penduduk Singapura menyokong gagasan Pembentukan Persekutuan Malaysia

Koridor Sejarah

Perkembangan politik di Singapura  Perpecahan dalam PETIR berlaku akibat perbezaan fahaman politik antara yang berpendidikan Inggeris dan yang berpendidikan Cina.  Ahli-ahli yang mendapat pendidikan Inggeris bersikap sederhana dan bekerjasama dengan Inggeris.  Ahli-ahli berpendidikan Cina menentang British dan disokong komunis. d. Sabah:   Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti-parti politik baru Antaranya: i. ii. iii. iv. v. Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya menyokong tanpa syarat Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya menyokong tanpa syarat Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak dan Brunei tetapi akhirnya menyokong tanpa syarat  Kesannya: i. ii. iii. e. Sarawak:  Antara reaksinya adalah: i. Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh Pembentukan Persekutuan Malaysia Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah. pimpinan Donald Stephens dan Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962. Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan Pembentukan Persekutuan Malaysia

ii. iii. iv. v. vi.  i. ii. iii. f. Brunei:   

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah dan Brunei sahaja Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong penuh Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP Parti-parti tersebut membentuk Perikatan Sarawak Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963

Kesannya:

Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari Alasan Brunei menentang adalah Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia o Parti Rakyat Brunei mencadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara iaitu, terdiri daripada Brunei, Sarawak dan Sabah

  

Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei Rundingan dilaksanakan hingga ke saat-saat akhir Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut: i. ii. Isu minyak Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang Dipertuan Agong

Tahukah Anda

Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menarik diri daripada menyertai Malaysia kerana:  Brunei tidak mahu membayar cukai hasil pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia selama 10 tahun.  Sultan Brunei diberi kedudukan rendah dalam senarai nama sultan-sultan. Baginda berpendapat perlu diberi kedudukan yang lebih tinggi.  Rakyat Brunei tidak mahu menyertai Malaysia.

Reaksi Negara Jiran: a. Indonesia:    Awalnya menyokong pembentukan Malaysia Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio mengutus surat tahniah kerana usaha tersebut Akhirnya pendirian Indonesia berubah dan tidak menyokong gagasan kerana: i. ii. iii. iv. b. Filipina:    Menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia c. Negara-Negara Barat:   Disokong oleh kerajaan Britain dan Amerika Syarikat Mereka menyokong kerana: i. ii. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei Pengaruh komunis juga dapat disekat Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI) PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi) Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk iaitu, Indonesia Raya

Perjanjian dan Perisytiharan Persekutuan Malaysia Langkah-Langkah Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia (Jones, M., 2002) Langkah 1: · 27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Langkah 2: · Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) · Matlamat – memberi penerangan kpd pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah · Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold Langkah 3:

· Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold · Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak dan Sabah · Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia Langkah 4: · Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) · Matlamat – bincangkan hak dan kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan · Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak) dicadangkan dan dimasukkan dalam perlembagaan Langkah 5: · Penubuhan Referendum Singapura · Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura · Hasil – bersetuju sertai Malaysia Langkah 6: · Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB · Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak dan Sabah atas permintaan Indonesia dan Filipina · Hasil – penduduk Sabah dab Sarawak setuju menyertai Malaysia Langkah 7: · 16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia Suruhanjaya Cobbold: · Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang penyertaan dalam Persekutuan Malaysia · Ahli – Muhammad Ghazali Bin shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold (Pengerusi), David Watherston dan Anthony Abell Hasil laporan: i. satu per tiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong ii. satu per tiga penduduk menyokong tetapi dengan syarat kepentingan mereka dilindungi iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah dan Sarawak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia Laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah dan Sarawak setuju menyertai pembentukan Malaysia

Pengisytiharan Persekutuan Malaysia Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dan Tuntutan 20 Perkara. Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London. (Mohd Noor Abdullah, 1979) Kandungan utama perjanjian: i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan iii. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan iv. Bagi Sarawak dan Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia v. Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam vi. Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu · Isi perjanjian kemudian dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia · Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah dan Sarawak diwakili oleh Donald Stephens · Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang Dipertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman · Pada 16 September 1963, Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) membacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur · Sebanyak 101 das tembakan meriam dan laungan „MERDEKA‟ sebanyak 7 kali dilaungkan · Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak dan di Kota kinabalu, Sabah · Berita penubuhan Persekutuan Malaysia disiarkan oleh akhbar Berita Harian

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah
1. Tiada agama rasmi 2. Kebebasan beragama 3. Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi 4. Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri 5. Malaysia menjadi nama persekutuan 6. Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan

7. Peruntukan kerusi parlimen 8. Pelantikan ketua negeri oleh Ratu British dan Yang Dipertuan Agong Konfrontasi Dan Perdamaian Maksud konfrontasi adalah sikap penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Indonesia dan Filipina. Sebab-sebab berlaku konfrontasi adalah Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia. Kesannya adalah berlaku konfrontasi dan tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Hubungan Indonesia dan Malaysia tegang. Konfrontasi didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Usaha Ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia diadakan pada Mei 1963. Rundingan Tidak Rasmi diadakan di Tokyo antara Tunku Abdul Rahman dan Presiden Sukarno. Dari peristiwa perkembangan sejarah kita dapat melihat penyatuan dan pemisahan Singapura dengan Tanah Melayu; serta Penyatuan Sabah dan Sarwak dengan Tanah Melayu. (Jones, M., 2002) Faktor Pendorong, Penghalang, Penyatuan dan Pemisahan

Faktor Mendorong Penyatuan Singapura.
A. Suasana Politik Singapura Golongan kiri semakin berperanan dan lebih kuat berbanding parti sayap kanan (PETIR/Parti Tindakan Rakyat) yang diketuai Lee Kuan Yew yang semakin lemah kedudukannya. Politik bertambah serius apabila Politik, tempoh 1960-1961 pula adalah tempoh perpecahan sehingga membawa kepada kekalahan parti pro golongan kanan pada April 1961. Kekalahan tersebut buktikan pengaruh komunis semakin kuat di Singapura dan merisaukan golongan kanan yang pro British. Oleh itu, British bersetuju untuk memerdekakan Singapura dengan menggabungkan dengan kemerdekaan Malaysia. Motifnya adalah untuk membendung kemasukan atau penguasaan puak di Singapura khususnya dan Asia Tenggara amnya. (Mohamed Noordin Sopiee, 1976) B. Keselamatan Keadaan politik yang semakin didominasi oleh golongan kiri atau komunis mencetuskan faktor pendorong penyatuan Singapura dengan Tanah Melayu atau Malaysia. Ia juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan kerana komunis dikhuatiri menggugat keselamatan Singapura dan Tanah Melayu sekiranya menjadi negara Komunis. Hubungan rapat Singapura-Malaysia dari aspek hubungan diplomatik, budaya, ekonomi dan sebagainya dikhuatiri mengancam kedudukan Singapura sekiranya jatuh ke tangan Komunis. Ancaman keselamaant dilihat sebagai faktor pendorong mengapa Singapura memilih untuk bersatu dengan Tanah Melayu. Buktinya dapat kita lihat melalui tindakan Lee Kuan Yew memujuk

Tunku Abdul Rahman dengan alasan Tanah Melayu juga dalam keadaan terancam sekiranya Singapura jatuh ke tangan Komunis. Ini dilihat sebagai faktor kenapa Tanah Melayu menerima penyatuan Singapura. (Mohamed Noordin Sopiee, 1976) C. Ekonomi Singapura maju dari aspek ekonomi hasil sumbangan pelabuhan entreport. Oleh itu, Singapura bimbang sekiranya mereka menjadi sebuah negara tunggal merdeka kerana sumber yang mereka perolehi datang daripada Tanah Melayu contohnya bijih timah dan air. Faktor ekonomi menyebabkan Singapura menerima penyatuan dengan Tanah Melayu untuk mengekalkan tahap ekonominya. (Mohamed Noordin Sopiee, 1976) Faktor Menghalang Penyatuan Singapura

Faktor-faktor ini juga membawa pemisahan Singapura daripada Tanah Melayu.
Perbezaan Matlamat Politik Pada era 1964 telah berlaku pertikaian antara parti perikatan dengan parti Singapura atau PETIR (Parti tindakan Rakyat). Ia juga dikenali sebagai PAP. PAP menyatakan merekalah yang lebih sesuai untuk menjdi ketua Malaysia atau Tanah Melayu bukannya Perikatan MCA. PAP juga mengancam mengantikan MCA dalam bagi rakyat Cina MCA dan memujuk UMNO untuk

Parti Peringkatan. Namun demikian, Tuanku mengeluarkan

Kenyataan bahawa MCA akan tetap kekal dalam Parti Perikatan. Lantaran kenyataan ini, PAP bertindak menjalankan strategi baru dengan membangkitkan soal-soal keistimewaan orang melayu (bahasa keistimewaan dan melaungkan Malaysia hak Malaysia iaitu setiap bangsa harus mempunyai keistimewaan yang sama atau menghapus hak keistimewaan orang melayu. Tindakan PAP ini menyebabkan atau mendorong kepada pemisahan berlaku.

Perasaan Perkauman Yang Kian Menebal
Hasil tindakan-tindakan PAP seperti yang telah diterangkan telah menyebabkan orang Melayu Singapura rasa diri kian terabai lantaran PAP hanya berfokus kepada orang cina. Tindakan ini juga menyebabkan perasaan perkauman kian menebal dan akhirnya membawa kepada rusuhan. Rusuhan ini terjadi apabila kerajaan Singapura dibawah PAP telah menjemput 100 buah pertubuhan Melayu untuk bertemu dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah hal mereka dengan kedudukan istimewa orang Melayu. Perjumpaan ini menyebabkan kerajaan mengeluarkan Perintah berkurung pada Julai dan September 1964. Lantaran bersifat perkauman dan merosakkan imej Tanah Melayu. Keadaan terus tegang sehingga Tuanku mengambil keputusan untuk memisahkan Singapura pada 9 0gos 1965.

Faktor Lain Selain itu, terdapat juga masalah ekonomi yang menyebabkan berlaku pemisahan. Kerajaan pusat telah menggunakan kewangan Singapura bagi membangunkan Sabah dan Serawak. Pada tahun 1946, Singapura diminta memberi 60% hasilnya kepada kerajaan pusat. Ini menyebabkan Singapura kecewa, tambahan pula sejak penyatuan dengan Tanah Melayu Singapura tidak banyak mencapai kemajuan atau keuntungan ekonomi. Singapura seterusnya membantah untuk rakyatnya yang dikenakan cukai lantaran akan menjejaskan ekonomi Singapura yang sudah banyak menyumbang hasilnya kepada kerajaan pusat. Akibatnya kedua-dua pihak tidak dapat berkerjasama lagi yang akhirnya menyebabkan berlaku pemisahan rasmi pada 9 ogos 1965. Faktor Penyatuan

Politik
Kegiatan Komunis didapati telah mengancam keselamatan dan kestabilan politik di Tanah Melayu. Para pemimpin menjadi semakin bimbang apabila melihat perkembangan politik yang berlaku di Singapura. Sejak dipisahkan daripada Tanah Melayu pada tahun 1946, Cina dan juga kesatuan perlembangan Singapura telah beberapa kali dirombak. Namun, pihak komunis dan wakilwakilnya telah berjaya menyusup masuk ke sekolah-sekolah sekerja. Pengaruh Komunis ini juga telah berjaya mempengaruh PETIR dan golongan yang berhaluan kiri. Hal ini menyebabkan terdapat dua haluan dalam parti tersebut. Golongan berhaluan kiri telah menubuhkan parti sosialis. Dalam pilihraya 1961, Lee Kuan Yew telah dikalahkan dengan teruk oleh Ong Ling Guan, calon berhaluan kiri. Hal ini jelas menunjukan bahawa pengaruh golongan berhaluan kiri semakin meluas di kalangan penduduk Singapura. Perkara ini semakin membimbangkan para pemimpin Tanah Melayu. Mereka bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung, ia akan menyebabkan keselamatan Tanah Melayu terancam. Hal ini amat membahayakan kedudukan Tanah Melayu. Besar kemungkinan, sekiranya tidak dibendung lebih awal, pengaruh komunis ini akan tersebar pula ke negeri-negeri Borneo yang mempunyai ramai penduduk Cina terutamanya negeri Sarawak. Para pemimpin Tanah Melayu berpendapat bahawa penyatuan ini akan dapat menghalang bahaya daripada pengaruh komunis dan secara tidak langsung dapat memastikan keselamatan Tanah Melayu lebih terjamin. Tambahan pula, penyatuan ini dilihat dapat membawa kepada kestabilan politik dalam jangka masa panjang.

Sosial
Penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan juga Brunei dijangka akan dapat memberikan faedah sosial kepada Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana didapati bahawa jumlah penduduk bumiputra di ketiga-tiga negeri tersebut jauh lebih ramai berbanding dengan Singapura yang majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Cina. Penyatuan ini dilihat akan dapat mengimbangi jumlah kaum di Malaysia serta secara tidak langsung akan dapat menjamin kedudukan orang Melayu dan juga golongan bumiputra yang terdapat di Tanah Melayu dan juga Borneo. (Nathan, K.S., 2004)

Ekonomi
Penyatuan ini dilihat akan dapat menyatukan penduduk dan secara tidak langsung akan dapat membawa kepada berlakunya kerjasama ekonomi yang erat antara kawasan-kawasan ini. Kerjasama dalam bidang ekonomi ini secara tidak langsung akan dapat perkembangan ekonomi dapat berjalan dengan pesatnya. Tambahan pula, kawasan-kawasan ini mempunyai persamaan dari segi sosiol, ekonomi, geografi dan juga sejarah yang menyebabkan segala perancangan ekonomi pasti dapat dijalankan dengan baik.

Faktor Lain
Penyatuan ini, dari sudut yang lain dilihat akan dapat mempercepatnya proses kemerdekaan bagi Brunei, Sabah dan juga Sarawak. Melalui Malaysia, ketiga-tiga negeri ini akan dapat dimerdekakan dengan lebih cepat.

Koridor Sejarah
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada penyatuan dan pemisahan Singapura dari Malaysia. Begitu juga dengan penyatuan sabah dan juga Sarawak. Namun, kami melihat bahawa kebimbangan terhadap pengaruh daripada ideology komunis yang membawa kepada perkara ini. Tempoh masa antara tahun 1940-an hingga 1960-an telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting berlaku dalam sejarah penubuhan Negara Malaysia yang melibatkan kemasukan Singapura dan juga Borneo ke dalam Malaysia. Tetapi, hanya Sabah dan Sarawak sahaja yang masih kekal bersama Malaysia sehingga ke hari ini. Walaupun pada mulanya penyatuan Sabah dan Sarawak bersama Malaysia mendapat tentangan, namun akhirnya penyatuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kedua-dua negeri ini kini sedang membangun dengan pesat di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia.

Rumusan Parti Perikatan telah memperoleh kemerdekaan setelah berjaya dalam pilihan raya pada tahun 1955. Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan merdeka. Setelah meneliti segala aspek dalam menjamin perpaduan dan permuafakatan antara kaum Perlembagaan Merdeka telah disediakan. Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957. Pengisytiharan itu menandakan kebebasan politik yang mutlak bagi Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah telah berlaku banyak perubahan dalam arus politik di Sarawak dan Sabah semenjak tahun 1946 hingga 1962. Peristiwa pembunuhan gabenor Duncan Stewart merupakan kemuncak kepada kebencian penduduk Sarawak terhadap British. Orang-orang Melayu, Dayak, dan Cina telah menubuhkan pertubuhan yang bersifat politik, ekonomi, dan sosial yang bertujuan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Walau bagaimanapun gerakan kebangsaan di Sabah berlaku dengan agak perlahan. Hal ini demikian kerana dasar British yang tidak menggalakkan sebarang bentuk gerakan politik yang dimulakan oleh segelintir golongan cerdik pandai tempatan.Pengumuman gagasan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman secara langsung telah merancakkan penubuhan parti politik di Sarawak dan Sabah. Gagasan Persekutuan Malaysia telah Berjaya menyatukan pelbagai parti politik yang berbeza kepentingan dalam satu barisan. Perikatan Sarawak dan Perikatan Sabah yang merupakan parti politik yang terbesar dan dominan telah berjaya membawa negeri-negeri ini mencapai kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia.

Rujukan Affairs, S. A. (1999). Longstanding Issues With Malaysia. Southeast Asian Affairs, 1999. Retrieved November 20, 2011 from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst Anthony, S.K.S. (2002). Malay Political Leadership. London: Routledge. Cavandish, M. (2007). World and It‟s Peoples: Eastern and Southern Asia, Vol. 9. New York: Marshell Cavendish. Chin Yong Liow. (2004). The Politics of Indonesia-Malaysia Relations: One Kin, Two Nations. London: Routledge Curzon. Edgar, O. (1966). The Communist Insurgent War 1948-60. London: Faber & Faber. Gordon, P. M. (1976). Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton. Hanrahan, G.Z. (1979). The Communist Struggle in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Harry, M. (1972). Jungle War in Malaya. London: Arthur Barker Ltd. Hooker, V.M. (2003). A Short History of Malaysia: Linking East and West. New South Wales Allen & Unwin. Johan Saravanamutthu. (1983). The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysia‟s Foreign Policy, 1957-1977. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Jones, M. (2002). Conflict and Confrontation in South East Asia, 1961-1965: Britain, The United States and the Creation of Malaysia. Cambridge: Cambridge University Press. Kennedy, J. (1993). History of Malaya. Kuala Lumpu: S. Abdul Majeed & Co. Khoo Kay Kim. (1972). Komunisme Di Tanah Melayu: Peringkat Awal. Kuala Lumpur: Univeristi Malaya. Mohamed Noordin Sopiee. (1976). From Malayan Union to Singapore Separation-Political Unification in the Malaysian Region, 1945-1965. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Mohd Noor Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Nathan, K.S. (2004). Malaysia-Singapore Relations: Retrospect and Prospect. Contemporary Southeast Asia, Vol, 24. Retrieved November 20, 2011 from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst Porritt, V.L. (1997). British Colonial Rule in Sarawak, 1946-1963. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ryan, N.J. (1965). The Making of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Strong, C.F. (1963). A History of Modern Political Constitutions. Ontario: Capricorn Books. Tregonning, K.G. (1960). North Borneo. London: H.M. Stationery Off. Voeks, R. (2007). Histories of The Borneo Environment: Economic, Political, Social Dimensions of Change and Continuity. The Geographical Review, Vol, 97. Retrived November 20, 2011 from http://www.questia.com/app/direct/SM.qst. Wikisource. (1957, August). 1957: Malaya Celebrates Independence. BBC, 31. Retrieved November 18, 2011 from http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/august/31/newsid_3534000/3534340.st m

LAMPIRAN Istilah-Istilah Penting “Asia untuk Asia” Amalan toleransi Anak gahara Anasir komunis Anti penyerahan Bahasa rasmi Berkabung Berkempen Bunga emas Dasar “penjepunan” Dasar campur tangan Dwiekonomi Ekonomi dagangan Ekonomi tradisional Etnik Gagasan Malaysia Gerakan Pan-Islam Gerakan pemulihan Islam Hak istimewa orang Melay u Hak tradisi Ideologi komunis Imigran Infrasfruktur Jajahan Mahkota Jus Soli Kabinet Kaum Kaum Muda Kaum Tua Kedudukan istimewa Kerahan tenaga Kerahan tenaga Kerjasama kaum Kesatuan Kesatuan Penentangan

Kesepakatan Ketua Anak Negeri Konfrontasi Kongsi gelap Laluan kapal-kapal dagangan Mahkamah Anak Negeri Mahkamah Majistret Majlis Negeri Majlis Penasihat Majlis Tertinggi Malaysia Manifesto Masyarakat berbilang kaum Membuat pakatan Merdeka Modal Mogok Monarki Monarki Muslihat Negara berdaulat Negeri naungan Negeri-negeri Selat Neokolonialis Orang Tua Parti pembangkang Pejuang Pemerintahan tentera Pemimpin setempat Penasihat British Pengganas komunis Penulisan kreatif Penyusupan komunis Percantuman Perebutan takhta Perikatan

Perisytiharan Malaysia Perjanjian Sulit Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Piagam Diraja Pilihan raya Pilihan Raya Majlis Bandaran Pilihan Raya Negeri Pilihan Raya Umum Pusat pengumpulan Pusat perdagangan bebas Raja Putih Raja Putih Residensi Revolusi Perindustrian Sara diri Sekolah mubaligh Sekolah vernakular Semangat kebangsaan Sentimen Serangan gerila Sistem Kangani Sistem Kangcu Sistem Kontrak Sistem perwarisan takhta di Perak Strategi Surat Sungai Taktik “Bumi Hangus” Taktik gerila Toleransi Tunjuk perasaan Warganegara