P. 1
Penulisan Proposal K.cdg

Penulisan Proposal K.cdg

4.58

|Views: 583|Likes:
Published by M HAFIZH

More info:

Published by: M HAFIZH on Feb 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

KUMPULAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK KAJIAN

:

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN BERDASARKAN PETIKAN YANG DIBACA Pengumpulan data Reflection Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu For action Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang sederhana. Dari pemerhatian setelah 4 bulan mengajar kelas tersebut dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, penulisan dan ujian bulanan, didapati mereka masih gagal menjawab soalan berpunca daripada gagal memahami isi-isi petikan, baca petikan sekali sahaja, tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan tidak memahami ayat matematik. Isu/masalah Punca Kegagalan murid memahami isi petikan kerana sikap sambil masalah lewa murid, sekadar membaca dan tidak cuba memahami isi petikan  Murid? disebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka yang lemah. Murid  Guru? juga tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar dan ayat matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca. Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa memperdulikan tahap kefahaman murid. Mereka takut untuk bertanya kerana saya mungkin tidak mesra dengan mereka. Saya masuk ke kelas dengan wajah yang serius dan jarang hendak bergurau dengan murid. Saya sangka dengan bersikap demikian murid akan tekun belajar tetapi sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin teruk dan prestasi mereka dalam ujian bulanan langsung tidak memberangsangkan. Sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid saya akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Saya telah cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas dengan cara membaca petikan bersama-sama murid sebanyak 2 kali, menggaris perkataan yang sukar, mencatat perkataan tersebut dalam buku khas dan membimbing mereka menggunakan kamus untuk memahami istilah atau makna perkataan tersebut. Apa yang guru buat?

Bagi membantu menyelesaikan masalah memahami ayat matematik yang terdapat dalam petikan yang dibaca saya menggabungjalinkan kemahiran matematik semasa membaca petikan bersama murid. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan adalah kerana a. b. c. Murid tidak cuba membaca petikan lebih daripada sekali untuk memahami isi petikan. Murid tidak memahami makna istilah sains dan matematik yang terdapat dalam petikan. Murid gagal memahami ayat matematik dalam petikan.

Apa masalah nya?

Masalah ini berlaku di kalangan murid-murid terutamanya sikap murid yang malas membaca, hendak cepat siap dan tidak pandai membahagi masa yang diperuntukan. Murid masih tidak kerap atau tidak pernah menggunakan kamus untuk membuat rujukan. Ini kerana guru tidak menggalakkan penggunaan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid menjadi lemah dalam matematik kerana mereka tidak faham soalan pemahaman yang mengandungi ayat matematik kerana guru kurang memberi latih tubi. Kebolehan memahami ayat matematik dapat mempengaruhi mereka dalam menjawab soalan yang berbentuk demikian. Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Murid juga akan melepaskan peluang memperolehi markah yang lebih baik kerana soalan yang dikemukakan dianggap mudah. Jika penggunaan kamus tidak dipraktikkan berterusan maka murid akan lemah dalam pembendaharaan kata. Murid juga tidak akan tahu cara menggunakan kamus dengan betul jika tidak dipraktikkan. Murid yang tidak memahami ayat matematik dalam petikan akhirnya akan gagal menjawab soalan. Kekurangan markah dari petikan Apa akan berlaku? Kenapa?

pemahaman akan mempengaruhi markah keseluruhan Bahasa Melayu Pemahaman dalam peperiksaan UPSR. Saya akan cuba mengatasi masalah murid enggan membaca lebih dari satu kali sesuatu petikan yang diberikan dan membimbing mereka mencari isi-isi penting daripada petikan yang dibaca. Objektif Am: Tujuan kajian ini adalah ……………………….(Ikut seperti tajuk) Objektif Khusus: 1. 2. 3. 4. Murid dapat membaca dengan cepat sesuatu petikan yang diberi Murid dapat menyenaraikan isi-isi penting dalam petikan Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan murid

Kajian dan tindakan yang akan dibuat

Kumpulan Sasaran: Pelajar yang terlibat adalah 35 orang pelajar Tahun 5 Pintar. Kelas ini terdiri daripada 15 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan. Pelakasanaan Tindakan Tinjauan awal masalah:  Laporkan dapatan Ujian Bulanan/latihan/aktiviti yang berkaitan di mana masalah/isu dikesan/timbul Mengutip data - analisis jumlah soalan dalam petikan bagi - apa jenis soalannya? mendapatkan - berapa ramai murid gagal/lulus keseluruhan? maklumat - berapa ramai yang gagal/lulus bagi setiap soalan?
 BOLEH jalankan satu Ujian Pra (analisis buat perkara yang sama

seperti di atas) TETAPI TIDAK SEMESTINYA!!!!  Boleh jalankan temu bual / beri murid jawab soal selidk untuk mengetahui kenapa mereka bermasalah

Tindakan Yang Telah/Akan Dijalankan: 1. Aktiviti 1 – Laju Murid Ku Laju (aktiviti yang dijalankan mesti selari dengan objektif kajian yang hendak dicapai) Dalam aktiviti ini murid-murid diminta membaca senyap petikan yang diberi. Selepas selesai membacanya murid yang telah selesai diminta angkat tangan dan guru mencatat menggunakan jam randik/stop clock masa yang diambil untuk murid pertama mengangkat tangan dan seterusnya.
 Pelbagaikan bentuk petikan yang diberi  Pelbagaikan cara petikan dibaca (senyap, kuat dan seorang demi seorang, baca dari Powerpoint Presentation – line by line, word by word)  Tentukan masa /berapa lama (teaching periods- seminggu, dua minggu atau sebulan)  Kumpul data – Buatkan borang pemerhatian/checklist atau catat peristiwaperistiwa yang berlaku pada hari itu atau sepanjang aktiviti dijalankan / tingkah laku pelajar, perubahan kepada pelajar, masalah yang dihadapi, penyesuaian yang telah dibuat kepada aktiviti perkara-perkara yang anda tidak jangka

Perihalkan perkara-perkara yang anda jalankan/ sepanjang kajian dijalankan. BUAT CATATAN/JURNAL/DAIRI SEPANJANG KAJIAN DIJALANKAN Pemerhatian/Penilaian: Tuliskan maklumat yang anda dapat daripada pengumpulan data SECARA DESKRIPTIF ATAU PAPARKAN DALAM BENTUK JADUAL BESERTA HURAIAN Boleh jalankan ujian pos JIKA PERLU!!!!!!!! Refleksi: (Bagi Aktiviti yang TELAH dijalankan) Reflection In Action

Jika anda menjalankan lebih daripada satu aktiviti, laporkan setiap aktiviti dan buat pemerhatian atau refleksi bagi setiap aktiviti. Refleksi Keseluruhan: • Perubahan kepada guru Reflection On Action

• Perubahan kepada murid Cadangan Kajian Seterusnya: Apa yang anda akan lakukan dalam kitaran seterusnya? Cadangan hendaklah berkaitan dengan tindakan awal yang telah dijalankan. Tidak boleh mencadangkan perkara yang melibatkan pihak luar. Cadangan mesti melibatkan lokus dalam kawalan guru. Teruskan dengan isu yang sama tetapi tindakan yang lain Teruskan dengan isu yang lain dan tindakan yang lain Berhenti setakat itu Give up!!!!!! Diharapkan oleh KPM bagi membudayakan penyelidikan dalam pendidikan bagi menyelesaikan masalah P&P melahirkan guru kreatif dan inovatif

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->