You are on page 1of 14

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UW00202 TAMADUN ISLAM DAN ASIA (TITAS) TAJUK TUGASAN: UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN DI SABAH SEKSYEN: 11 NAMA PENSYARAH: DR. NIZAITA OMAR

NAMA PELAJAR NORAZREENA BINTI BUSSERA LEONG ZHAN YUAN CHEW LI TIAN NUR FARAH IZZATI BT SHAMSUL ANUAR KANYA DURGA A/P PRAMKUMAR

NO. MATRIK BK12110251 BS12110291 BS12110081 BN12110137 BF12110074

TANDATANGAN

TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] Isi kandungan Perkara 1.1 Sebelum Pengembumian 4.3 Selepas Pengembumian 5. Lampiran Muka Surat 3 4 5-6 7 Muka Surat | 2 . Rujukan 7. Penghargaan 2. Sejarah Kaum Kadasan Dusun 4. Kesimpulan 6. Upacara Kematian Kaum Kadazan Dusun 4.2 Semasa Pengembumian 4. Pengenalan 3.

PENGHARGAAN Muka Surat | 3 .TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] 1.

Lundayo. Lingkabau. Tidong. Shim. Garo. Tolinting.Inland People Of Sabah. Tindal.Jiran yang terdekat pula ialah Sarawak. Idaan. Nabai. Dumpas. Tuhawon. Sinorupu. Liwan. Antara etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun. Gana. Kimaragang. Negeri ini mempunyai lebih kurang 40 etnik suku kaum. Tobilung.S. Rumanau. Di sebelah baratnya ialah Laut China Selatan manakala di sebelah timurnya pula ialah Laut Sulu dan Celebes. Suku kaum etnik lain pula ialah 1Bisaya. Kuijau. Lobu. Bundu. Ia merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai jenis kebudayaan. Mangkaak. Lotud. Sinobu. Negeri ini terletak di bahagian utara Pulau Borneo. dan Murut. Kadayan. Rungus. Tatana. Paitan. Brunei dan Kalimantan Selatan. 2007. Bonggi.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] 2. Tombonuo. Malapi. Sungai. dan Sukang. Makiang. Tangara. PENGENALAN Negeri Sabah merupakan salah satu negeri di negara Malaysia. Tutung Sonsogon. Kolobuan Minokok. hlm 56 Muka Surat | 4 . Pingas. PETA NEGERI SABAH 1 P.

4perkataan Dusun bermaksud kebun buah. Tambahan pula. mereka tidak sekalipun rasa tersinggung dengan panggilan itu. Mereka sangat berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka. Di pihak lain pula berasa memandangkan datuk nenek mereka juga dipanggil orang Dusun. dan kematian.php/component/content/article/395-artikel/7481-etnik-sabah-dalamkepelbagaian-kebudayaan. 3Masyarakat ini berasal dari Indo-China dan dahulunya dikenali sebagai Orang Dusun. Hal ini merupakan satu penghinaan bagi mereka kerana perkataan Kadazan sudah pun sedia ada pada masa itu. 2 http://malaysiana.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] 3. hlm 3 Muka Surat | 5 .html 4 Low Kok On. KAUM KADAZAN DUSUN Pada suatu masa dahulu penggunaan perkataan Kadazan atau Dusun mejadi satu topik yang menimbulkan salah faham. SEJARAH KAUM KADAZAN DUSUN Masyarakat Kadazan merupakan etnik terbesar di negeri Sabah yang juga dikenali sebagai 2negeri di bawah bayu. dan pada masa itu pekerjaan utama mereka ialah bercucuk tanam lalu mereka dipanggil orang Dusun.gov. Ada golongan muda yang lebih suka dipanggil sebagai orang Kadazan kerana perkataan Dusun bukanna dicipta oleh mereka sendiri tetapi oleh orang Brunei yang pernah memerintah Sabah. Ini dapat dibuktikan melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan dalam aspek kelahiran.my/01/010501sbhkdzan_pengenalan.pnm.htm 3 http://pmr.my/index. perkahwinan. 2005. Membaca Lagenda dan Mitos Kadazandusun.penerangan.

TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] Untuk menyelesaikan masalah identiti krisis Kadazan dan Dusun yang telah melumpuhkan pertumbuhan dan pembangunan etnik-etnik Kadazan-Dusun dari segi sosiobudaya. Istilah ini akan diterima pakai setelah dipersetujui oleh satu badan bukan politik (NGO). Dalam mesyuarat tersebut telah dinyatakan memandangkan pada masa kini kaum Kadazan sering dikaitkan dengan kaum Dusun. maka dua kaum ini akan dikaitkan dibawah istilah “kadazandusun”.com/2010/07/kadazan. 5KCA (Kadazan Cultural Association) kemudiaannya ditukar juga menjadi KDCA (Kadazan-Dusun Cultural Association) dalam mesyuarat ke-5 mereka. pada 4 dan 5 november 1989 mesyuarat telah diadakan. dan politik sejak sentiment perkauman Kadazan dan Dusun dipolitikkan dalam era 1960-an. LOGO KDCA 5 http://ceritasatumalam.blogspot. ekonomi.html Muka Surat | 6 .

Apabila berlaku nya sesuatu kematian. mereka menganggap kematian tersebut sebagai satu musibah yang berpunca daripada perbuatan iblis. Hal ini kerana setiap ahli masyarakat perlu bersimpati dan bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh 3. Memberitahu Apabila seseorang dari masyarakat kadazan telah meninggal dunia. setiap anggota masyarakat kadazan tidak dibenarkan melakukan perkerjaan terutamanya pekerjaan menanam padi. kepada seluruh penduduk kampung. bagi masyarakat kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan. harta benda seperti gong dan tajau di ketuk dengan kuat bagi melepaskan geram mereka. apabila upacara pengebumian dijalankan. Amalan memandikan si mati adalah bukan sahaja sinonim kepada masyarakat Kadazan malahan ia turut menjadi amalan kepada masyarakat dari agama lain. pantang larang ini hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal berhampiran sahaja.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] 4. -masyarakat kadazan mempunyai pantang larang dalam soal kematian. 2. Mogombiruoh Menurut masyarakat Kadazan. SEBELUM PENGEBUMIAN 1. Berjaga-jaga Persiapan sebelum upacara pengebumian. kejadian tersebut perlulah disebarkan ahli keluarga mangsa. seluruh tubuh si mati akan dilap sehingga kering serta mayat Muka Surat | 7 . Upacara memandikan si mati adalah dilakukan bagi membersihkan tubuh mayat dari sebarang kekotoran. mereka mempercayai Mogombiruoh iaitu petanda tentang kematian atau sembuh sesuatu penyakit itu melalui ramalan dukun yang diterima melalui mimpi. Setelah itu. Ini kerana mereka percaya kalau anggota kadazan melakukan pekerjaan tersebut tidak akan mendapat apa apa hasil dan penyakit-penyakit ada menimpa kepada mereka pula. Oleh itu. Sebagai tanda menunjukkan kemarahan terhadap jin dan iblis yang membinasakan si mati. Seluruh tubuh mayat akan dicuci dengan menggunakan air sehingga bersih dan wangi. Namun. ahli keluarga si mati akan memandikan mayat tersebut.

mayat akan disimpan di rumah untuk beberapa hari iaitu 3 hingga 7 hari. Burung tersebut akan menyerang si mati dan akan cuba menerbangkan mayat tersebut. Begitu juga dengan suasana di rumah. Selain itu. “Satu perkara sangat2 di-jaga supaya jangan sampai terjadi ia-lah kepada mayat yang sedang terlantar itu dilangkahi oleh kuching. maka ahli keluarga akan menyelitkan curut di bibirnya buat seketika. halaman 43-45. mayat yang telah lengkap dipakaikan dengan pakaian akan direnjiskan dengan air wangi. Begitu juga jika si mati merupakan penghisap curut. disertakan dengan petir dan kilat yang sabung-menyabung. Ahli keluarga perlu sentiasa memastikan agar mayat tersebut tidak dilangkah oleh binatang seperti kucing kerana kepercayaan pantang larang mereka menganggap mayat tersebut akan bangun. Seterusnya. semua ahli keluarga dan sudara mara yang hadir dilarang untuk bercakap kasar. serta bertindak ganas seperti manusia raksasa sehingga boleh membunuh sesiapa sahaja yang berada di situ. Pakaian tersebut perlulah pakaian yang bersih. maka iblis atau jin akan datang dengan menyerupai seekor burung besar yang dipanggil „Pendaatan‟. Suasana rumah perlulah sunyi dengan diiringi dengan pukulan gong dan gendang yang akan dipalu 6 Zaini B Mohd Isa. bengis dan sangat merbahaya jika ia di-langkahi oleh kuching”. Renjisan air wangi ini bertujuan bagi memastikan mayat tersebut dalam keadaan harum. Kebudayaan dan Adat Resam Kadazan & Murut. 1969. Muka Surat | 8 . Yang menjadi keunikan bagi masyarakat Kadazan. Tujuannya supaya si mati tidak akan kempunan kelak. ahli keluarga si mati akan menyangkutkan kain pakaian di sekeliling kawasan mayat menjadi simbolik sebagai seorang manusia sebagai langkah untuk mengelakkan daripada serangan burung tersebut. ahli keluarga akan memasukkan rokok kedalam mulut si mati. Oleh itu. Sebab mengikut keperchayaan mereka bahawa mayat itu akan menjelma hidup menjadi saorang manusia Raksasa yang dahsyat. Mayat tersebut akan diletakkan diruang tamu.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] tersebut akan dipakaikan dengan pakaian khas. jika si mati sepanjang hayatnya menghisap rokok. tatkala suasana bertukar menjadi gelap. Seperti sedia maklum. adat berjaga-jaga ini diamalkan adalah kerana masyarakat Kadazan mempercayai bahawa apabila berlakunya kematian.6 Sebelum mayat dikebumikan. cantik dan indah-indah.tubuh seorang mayat akan menghasilkan bau yang busuk apabila lewat dikebumikan. memarahi orang lain dan memaki hamun.

TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] sebanyak tiga kali iaitu semasa matahari terbit. SEMASA PENGEBUMIAN Pengebumian Mayarakat kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. liang kubur akan disapu dengan daun pinang hijau bedasarkan kepercayaan mereka bertujuan untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke tanah perkuburan akan tertinggal di lubang kubur tersebut. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti. Gendang dan gong tersebut dipalu dengan perlahan. bagi keluarga yang kaya dan berkemampuan. 4. Mayat akan dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu bagi memudahkan penduduk mengangkat mayat. Ahli keluarga. Paluan gendang tersebut dipanggil Surabaya. Seterusnya. 5. Mereka memukul harta benda seperti gong. gendang. tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai tanda marah mereka terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian saudara merekaTambahan lagi. Daging kerbau yang telah dimasakakan dimakan bersama-sama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. mereka akan menyembelih kerbauataupu lembu pada hari pengkebumian tersebut sebagai penghormatan yang terakhir kepada si mati. sebatang kayu beringin akan dicacakkan di atas pusat mayat dan dikambus dengan tanah. Moginupus Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Di kawasan perkkuburan tersebut akan ada seorang tua yang telah di khaskan akan menunggu mayat tersebut.lahan. saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. letupan mercun atau senapang telah dipalu-palukan bertujuan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke dalam tubuh badan. Orang tua tersebut perlu untuk menjalankan jampi di liang kubur. Semasa masuk ke kawasan perkuburan. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui sama ada si mati akan ingat Muka Surat | 9 . bunyi-bunyian seperti gong. semasa matahari terbenam dan pada tengah malam. Sebelum mayat di kebumikan.

mereka mamasukkan mayatnya ke dalam tajau yang besar dan ditutup sebelum ditanam. Biasanya upacara ini dijalankan selepas pengebumian si mati. setiap orang dhendaki mandi dengan segera. Ada juga kalangan masyarakat kadazan yang memasukkan tajau ke dalam hang lahat. Antara tahap majlis makan yang diadakan adalah majlis makan tiga dan tujuh hari. jikalau diganggu akan didenda sugit atau sebanyak RM5 atau seekor ayam. 7 http://bmpk31. Ahli keluarga perlu menghantar makanan setiap petang selama tujuh hari berturut-berturut. Ketika balik ke rumah masing-masing.com/2010/08/adat-pengurusan-kematian-kaum-kadazan. sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan. Majils makan akan dijalankan pada tahap yang berlainan. 6. majlis makan empat puluh hari. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu. cekapa yang berisi dengan sirih pinang. Tajau itu akan diukir dengan lebih cantik dan diletakkan di atas kubur selama beberapa hari. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup. Mengikut kepercayaan kadazan. mangsa masih memerlukan makanan dan minimum seperti biasa. bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati.blogspot. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan. jenis kain dan pakaian. bagi masyarakat Kadazan. Makanan dan minuman tersebut tidak boleh diusik oleh sesiapapun.html Muka Surat | 10 . Tahap tersebut dijalankan disebabkan oleh beberapa tujuan berdasarkan kepercayaan masyarakat kadazandusun. Barangan yang dimiliki oleh mangsa haruslah dibersih sehingga bersih. ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Bagi mereka yang menguruskan kematian. Sekiranya kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] pada keluarganya atau tidak.SELEPAS PENGEBUMIAN Majlis makan adalah adat yang terakhir dalam upacara kematian masyarakat kadazandusun. majlis makan seratus hari dan majlis makan tiga tahun. rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran mangsa letakkan di tengah tengah pondok. Di samping itu. mereka percaya sebelum roh mangsa berpindah ke tempat lain. Sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan telad 7 disiapkan dengan ukiran yang cantik. Tajau tersebut tidak meletakkan ke dalam kubur kerana untuk menanti saudara-mara yang tinggal berjauhan untuk member penghormatan terakhir kepada mayat. dan semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokkan pagi.

Anak-anak si mati akan menari tarian semazau secara bergili-gilir mengikut usia. Keluarga si mati akan menitikkan titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai sebanyak tiga kali pada hari majlis makan tiga hari dan tujuh kali untuk majlis makan tujuh hari. Tujuan kenduri ini dijalankan adalah untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang dipakai oleh keluarga si mati sebagai pakaian bergabung dengan pakaian biasa. Makanan yang disediakan akan dijamu selera selepas anak leleki tersebut pulang dari perkuburan. Majlis Makan Empat Puluh Hari Majlis makan empat puluh hari akan diadakan selepas empat puluh hari kematian berlaku. lauk-pauk. Makanan disediakan dalam kenduri tersebut adalah bukannya istimewa malah makanan harian yang biasa masyarakat kadazandusun. Pada hari tersebut anak lelaki keluarga tersebut yang biasanya adalah anak si mati akan ke kubur untuk menjemput si mati menyertai kenduri tersebut. Tarian ini akan ditari mengeliling hidangan yang disediakan. Kenduri ini akan dijalankan secara lebih besar daripada keduri makan empat puluh hari dan seekor lembu atau kerbau serta beberapa ekor ayam akan disembelih untuk kenduri ini. Kenduri ini dijalankan secara kecil-kecilan dengan menjemput saudara-mara dan sahabat yang terdekat sahaja. Majlis Makan Seratus Hari Majils ini akan diadakan selepas seratus hari kematian. Selepas adat tersebut selesai ahli keluarga bebas memakai pakaian Muka Surat | 11 . Majlis ini akan dijalankan pada siang dan malam. Pada malam berikutnya. Kemudian cucu-cucu akan menari diikuti dengan saudara mara yang berdekatan. Pakaian tersebut akan dibakar sebaik sahaja selepas ditanggalkan. Semua saudara mara yang ada pertalian dengan keluarga si mati. sahabat handai jauh dan dekat akan dijemput untuk menghadiri kenduri ini. Makanan akan dihidangkan selepas upacara tarian Sumazau selesai. buah-buahan yang lazat. gong dan gendang akan dipalukan.Makanan yang dihidangkan adalah kuih-muih.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] Majlis Makan Tiga Dan Tujuh Hari Majlis makan tiga hari akan diadakan selepas tiga hari mayat dikebumikan dan majlis makan tujuh hari akan diadakan selepas tujuh hari mayat dikebumikan. nasi dan daging ayam.

mereka juga mempercayai bahawa semangat roh si mati akan hilang daripada tubuh mereka. tujuh tandan pisang. Sebatang lilin akan diletakkan sebelah semua hidangan.a menari tarian semazau. Seorang wanita tua akan bersama dengan hidangan tersebut sebagai pengurus atau lebih dikenali sebagai pengupeh dalam kalangan masyarakat kadazan. tujuh ekor ikan yu. Kemudian paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut namagendang minum tapai senasa pengupeh naik atas rumah. sebanyak tujuh dulang atau hidangan yang mengandungi tiga puluh biji kelupis. satu tempayan tuak. seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah akan mu. seekor ikan pari. Mengikut kepercayaan masyarakat kadazandusun adat penukaran pakaian dan adat menggunting rambut diadakan untuk menghilangkan segala kekotoran dan bala yang terlekat pada tubuh mereka. Pengupeh akan menyalakan lilin dan mula menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Makanan yang disediakan adalah tujuh ekor ikan pari. dua sikat pisang dan sebatang lilin. Pengupeh akan duduk disebelah hidangan yang disediakan dengan memegang sebilah pedang. tiga puluh gantang kuih kelupis dan seekor kerbau. Selain itu.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] mengikut keinginan mereka. Selepas iti hidangan di talam akan dimasukkan di sebuah tempurung kelapa dan akan diletakkan di pangkal tangga rumah. seekor ikan yu. empat belas ikan lain. Makanan tersebut disediakan oleh keluarga si mati. Selepas itu. Muka Surat | 12 . Pada malam kenduri. saudaramara dan sahabat yang terdekat. Adat menngunting rambut juga akan dijalankan pada hari tersebut. tiga tempayan air tapai. pengupeh itu akan menarikan tarian Sumazau mengelilingi hidangan bersama dengan penari lain. Kenduri ini dimulakan pada pukul lapan malam. Selepas itu. tujuh ekor arak benas. Kenduri minum ini akan diadakan secara besar-besaran dan meriah sekali berbanding dengan kenduri sebelum ini. Majlis Makan Tiga Tahun Kenduri ini juga dinamakan sebagai kenduri minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan. Pengupeh akan menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang dan mamberi ketua rumah secawan arak dan secawan tapai. Adat ini dilangsungkan untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup disitu.

Pada keesokan hari. Seorang lelaki yang mahir dalam tarian semazau akan memulakan tarian diikuti dengan tujuh orang penari perempuan.TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] Tarian semazau akan ditari oleh ahli keluarga dan sahabat yang dekat. Selepas itu. barulah terbuka kepada orang ramai yang ada di situ. hidangan akan diletakkan di ruang tamu. Talam hidangan tersebut diperbuat daripada tembaga dan diisi denga sirih pinang dan rokok daun. Penari pertama harus menghabiskan arak yang diberikan oleh pengupeh dengan sekali teguk. Mengikut masyarakat kadazandusun mereka mempercayai bahawa roh dan jasad adalah gabungan seseorang dan setelah seseorang itu mati perpisahan roh dan jasad berlaku. Pesta akan diadakan pada waktu malam dan tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. tarian semazau dibuka kepada penari lain secara bergilir-gilir. Muka Surat | 13 . Adat berbahas pantun yang dinamakan bebogoh dalam bahasa kadazan turut dilakukan selepas tarian semazau. Selepas iti. Dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki akan ditubuh untuk menjalankan adat ini dan orang yang tidak dapat menjawab pantun harus minum arak dengan sekaligus.

TITAS [UPACARA KEMATIAN KAUM KADAZAN DUSUN] Muka Surat | 14 .