KARGO, PENYIMPANAN DAN MUATAN

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2009 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2008)

A. PANDUAN AM 1. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik hendaklah meliputi tahun takwim 2008. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. 2. Tanggungjawab melengkapkan soal selidik adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan pada wakil, setiausaha atau akauntan, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 3. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Banci ini meliputi tujuh industri berikut: (i) Pengangkutan muatan melalui jalan raya Industri ini meliputi semua pengoperasian pengangkutan muatan melalui jalan raya, sama ada berjadual atau tidak. Ia termasuk pengangkutan trak bagi pelbagai jenis barangan seperti balak, pengangkutan stok, pengangkutan barangan sejuk, pengangkutan berat, pengangkutan pukal, pengangkutan pemindahan perabut dan penyewaan trak dengan pemandu atau operator. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk operasi kemudahan terminal untuk mengendali muatan dan mengepak dan mengepek untuk tujuan pengangkutan. (ii) Perkhidmatan pemunggahan Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai memuat dan memunggah barangan atau bagasi penumpang tanpa mengambil kira jenis pengangkutan (laut) yang digunakan untuk pengangkutan dan pemunggahan. (iii) Perkhidmatan pengendalian kargo lain Lain-lain perkhidmatan pengendalian kargo yang berkaitan. (iv) Perkhidmatan penyimpanan & gudang Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kemudahan penyimpanan bagi semua jenis barangan dalam gudang bijian, gudang barangan am, gudang penyejukan dan lain-lain. Termasuk juga gudang penyimpanan perabot, kereta, kayu kayan, gas dan minyak, kimia, kain, makanan dan produk pertanian dan lain-lain, juga penyimpanan barangan di zon perdagangan asing (Kawasan Perdagangan Bebas). Ia tidak termasuk kemudahan tempat letak kenderaan bermotor. (v) Perkhidmatan pengoperasian pelabuhan Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kunci jalan air, aktiviti mengawal lalu-lintas, pemaliman, pandu arah, aktiviti berlabuh dan pengangkutan laiter. (vi) Aktiviti agensi perkapalan Aktiviti ini meliputi perkhidmatan pengurusan atau pengelolaan pengangkutan bagi pihak perkapalan.

1

Ia menjalankan satu jenis aktiviti ekonomi utama di satu tempat/lokasi fizikal”. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk. Sebuah Pertubuhan ditakrifkan. Tuan hendaklah melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan tuan. Perkara 1. pertubuhan atau organisasi lain) untuk menghasilkan pendapatan di luar Malaysia seperti melabur dalam ekuiti. Jika pertubuhan tuan terlibat lebih dari satu aktiviti yang signifikan.2 Perkara 1. Unit melapor bagi Banci ini ialah pertubuhan. pengauditan bil dan maklumat kadar tambang muatan. mengepak dan mengepek. Jika lokasi tempat perniagaan sebenar terletak di luar kawasan bandar. bulan dan tahun) dalam kotak yang disediakan bagi tahun kewangan. pembrokeran ruangan kapal dan pesawat udara. bon dan tabung amanah. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK SOALAN 1: Perkara 1. membuka pak dan pek. “secara ideal sebagai satu unit ekonomi yang bergiat di bawah satu hak milik atau penguasaan tunggal. Banci ini meliputi seluruh Malaysia. 4. iaitu di bawah satu entiti yang sah. menimbang dan mensampel muatan. sekuriti hutang. urusan pembrokeran gudang kastam. Sila laporkan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang diberikan di muka depan. Contoh:(a) 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2008 Hari Bulan 1 Tahun 0 Hari 8 hingga 3 1 Bulan Tahun Dari 0 1 / 0 / 2 0 / 1 2 / 2 0 0 8 (b) 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009 Hari Bulan 7 Tahun 0 0 8 Hari hingga 3 0 Bulan 0 6 2 Tahun 0 0 9 Dari 0 1 0 2 / Perkara 1. Perkara 1.(vii) Aktiviti Penghantaran Barangan/Agensi Penghantaran Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai perkhidmatan penghantaran barangan bagi pihak konsigne dan akuan terima barangan (termasuk pengambilan dan penghantaran tempatan).4 / / / Sila tanda (X) di kotak yang sesuai.6 Sila tanda (X) di kotak yang sesuai mengikut aktiviti utama pertubuhan tuan berdasarkan kepada perkhidmatan yang memberi sumbangan terbesar dari segi nilai. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Sila tandakan (X) di kotak yang sesuai. Berikan tempoh operasi (hari. aktiviti penghantaran menggunakan pengangkutan awam dan aktiviti yang berkaitan dengan urusan insurans muatan. 3.5 Perkara 1.1 Perkara 1. pengumpulan dan pengagihan barangan.3 MAKLUMAT PENGENALAN Sila berikan nombor Pendaftaran jika berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.7 2 . sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya. Pelaburan bermaksud sebarang jenis kegiatan di mana wang digunakan oleh seorang pemastautin (individu. sila laporkan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan udara sahaja. penyediaan dokumen pengangkutan. 2. Ia merujuk kepada tarikh bila pertubuhan tuan memulakan beroperasi. Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. memeriksa. pembrokeran barangan. C.

Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan. Perkara 2. pendidikan. Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel Persatuan sendiri. Perkara 2. dan (d) melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk dibayar bila dituntut. (b) menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang masih menjadi ahli). oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan.6 Perbadanan Awam: Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan.7 Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggungan berhad. Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Perkara 2. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan.5 Syarikat Koperasi Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993.2 Perkongsian Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan. kebudayaan. sahamnya boleh bertukar milik secara bebas. Pemilik mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya. misalnya syarikat sendirian bukan berhad. (c) melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham atau debentur syarikat itu. Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham. Perkara 2. dengan tanggungan berhad. Perkara 2.3 Syarikat Sendirian Berhad Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.8 Lain-lain Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana kategori yang tersebut di atas. Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang. Sebarang keuntungan yang diperolehi semula ke dalam pertubuhan berkenaan.SOALAN 2: TARAF SAH Tanda ( X ) dalam kotak yang sesuai mengikut taraf sah pertubuhan tuan. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad. rekreasi dan pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah.4 3 . Kumpulan wang yang ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.1 Hak Milik Perseorangan Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sendiri. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. yang antara lain: (a) menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya. Syarikat Awam Berhad Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan. keagamaan. Perkara 2. sama ada dengan faedah atau tidak. kesihatan. Perkara 2. Perkara 2.

1. Perkara 3. akaun premium saham. Negeri dan Tempatan Merujuk kepada badan atau organisasi di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.2.1. (d) Bagi koperasi. ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh anggota-anggota. syarikat atau institusi yang tinggal atau terletak di dalam Malaysia. Perkara 3. rizab am dan rizab lain.2 Agensi Kerajaan Persekutuan. ia merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian. (b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan/perkongsian. ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh kerajaan Malaysia.SOALAN 3: Perkara 3. Perkara 3. ia merujuk kepada keuntungan/kerugian yang terkumpul. ia merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat. Perkara 3.2 Struktur hak milik Sila masukkan peratus (%) hak milik dalam kotak yang disediakan. dan/atau modal yuran. Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf pemastautin pemilik modal berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf kewarganegaraan mereka. rizab modal. (a) Bagi syarikat berhad.1.1 Masukkan nilai Modal Berbayar di dalam kotak yang disediakan.1.1 DANA PEMEGANG SAHAM DAN STRUKTUR HAK MILIK Dana pemegang saham: Modal berbayar Perkara 3. (c) Bagi koperasi.1 Dipegang oleh Residen Malaysia Residen Malaysia ditakrifkan sebagai orang. (c) Bagi perbadanan awam. Negeri atau Tempatan seperti di bawah : Khazanah Nasional Berhad Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kumpulan Wang Amanah Pencen Menteri Kewangan Malaysia Keretapi Tanah Melayu Bank Pertanian Malaysia Lembaga Air Perak Yayasan Kemiskinan Kelantan 4 .2. ia merujuk kepada keuntungan/kerugian yang terkumpul dan Dana Rizab.2 Institusi/Syarikat (a) Institusi/Syarikat Bumiputera Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh bumiputera seperti contoh di bawah: Lembaga Tabung Haji Lembaga Tabung Angkatan Tentera Koperasi Polis Jabatan Koperasi ASM Mara Amanah Saham PNB b) Lain-lain Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh bukan bumiputera. (a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan/perkongsian.2 Rizab Masukkan nilai Rizab dalam kotak yang di sediakan. ia merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan/rakan kongsi.2. (b) Bagi syarikat sendirian berhad/syarikat awam berhad.1 Individu Jelas maksudnya Perkara 3. Perkara 3.2.

Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka. paten. dll. hendaklah dilaporkan. SOALAN 4: PERBELANJAAN MODAL DAN NILAI HARTA Maklumat yang dikehendaki dalam Soalan 4 adalah dua jenis iaitu nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun itu dan nilai urus niaga harta pada tahun itu. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah tidak termasuk. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang sama. syarikat atau institusi yang tinggal atau terletak di luar Malaysia. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan ini sama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah dimaksudkan bagi kegunaan pertubuhan ini. jentera. kerja modal sedang dijalankan. bangunan. dll. kenderaan. (iii) (iv) (v) 5 ..3 Dipegang secara langsung oleh Bukan Residen Malaysia Bukan residen Malaysia ialah orang.2. barang kemas. hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan. lukisan. komputer.Lembaga Pelabuhan Johor Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Industri Selangor (UNISEL) Kementerian Kewangan Negeri Sabah Penerbangan Malaysia Berhad Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Menteri Besar Incorporation Selangor State Incorporation Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Negeri Sembilan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak Perkara 3. Takrif-takrif yang digunapakai adalah seperti di bawah:(i) Harta tetap meliputi semua barang (tanah. Aset lain meliputi muhibah.

Apabila sesuatu harta dijual melebihi/kurang daripada nilai bersih buku. Jika berlaku kerugian. kedai. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09. tempat simpan kereta.1.3 Alat-alat pengangkutan Merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk pemindahan barang-barang dan/atau manusia.29 Soalan 9. (c) Pembinaan Lain Merujuk kepada kerja-kerja pembinaan yang dilakukan termasuk yang dinyatakan bagi tempat kediaman atau bukan tempat kediaman seperti ubahsuai bangunan. (x) (xi) Perkara 4. Perkara 4. Harta Tetap Tanah Termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan struktur. Nilai buku bersih penutup (ruangan 08) diperoleh dengan mencampurkan nilai harta yang diperoleh dalam tahun itu (ruangan 02 hingga 04) dengan nilai bersih pembukaan (ruangan 01) ditolak harta yang dijual atau dilupus (ruangan 05) dicampur keuntungan atau ditolak kerugian daripada jualan/penilaian semula harta (ruangan 06) dan ditolak susut nilai (ruangan 07) pada tahun itu.1 Perkara 4. penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.1. bangunan pejabat. medan letak kereta. dengan tidak mengira keadaannya. Sebarang kos overhead yang diuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan. sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan/kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga dilaporkan dalam ruangan 06. restoran. iaitu jumlah yang sebenarnya didapati hendaklah dilaporkan dalam ruangan 05. dll. parit. Dalam keadaan yang serupa.1. kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah direkodkan. Ianya hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 seperti yang diberikan dalam penyata akaun pertubuhan secara berasingan bagi tiap-tiap kelas harta tetap. stor. gudang. Nilai harta tetap yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun itu. angka hendaklah ditulis bermula dengan simbol (-). penyimpanan. jalan dan lain-lain. “Susut nilai” di sini termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai di ruangan 07 hendaklah sama dengan perkara 9.2 Bangunan-bangunan dan pembinaan lain (a) Tempat kediaman Nilai kerja yang dilakukan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya terdiri dari tempat-tempat kediaman. (b) Bukan tempat kediaman Kerja yang dilakukan bagi pembinaan pada bangunan-bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau terutamanya untuk kegunaan perusahaan atau perdagangan misalnya kilang. Perkara 4.4 Komputer (a) Perkakasan komputer Merujuk kepada semua perkakasan prosesan. Ia juga termasuk tanah tebus guna. (Susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Perkara 4. Sila laporkan seperti yang disenaraikan.1. (vii) (viii) Keuntungan/kerugian daripada jualan/penilaian semula harta.(vi) Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk kegunaan sendiri (membuat/membina sendiri). atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran. maka keuntungan/kerugian daripada jualan harta diperoleh dan dilaporkan dalam ruangan 06.1 6 . (ix) Istilah “susut nilai” merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh haus dan lusuh. hendaklah dilaporkan mengikut hasil yang diperoleh darinya.

4. peralatan dan perkakas yang digunakan oleh orang-orang profesional dan jentera-jentera serta alat-alat lain dan pengubahsuaian dan pindaan terhadap jentera dan peralatan jenis ini.2 Harta-harta lain Ini merupakan harta tak ketara. Perkara 4. (i) Jumlah pekerja Laporkan semua pekerja yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja. perumahan. Semua harta kewangan seperti wang tunai. SOALAN 5: PEKERJAAN DAN GAJI & UPAH Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Perkara 4. Perkara 4.3. Perkara 4. bonus. adalah untuk pekerja-pekerja PEREMPUAN di pertubuhan tuan. Takrif-takrif yang berikut adalah digunapakai bagi soalan–soalan 5(A) dan 5(B).2. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung.2 dan 4. barang antik dan lukisan.3 Kerja dalam perlaksanaan Ia merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum dimodalkan. belanja sara hidup. peralatan jentera pertukangan logam. Perkara ini meliputi harta lain/perbelanjaan modal. elaun tunai untuk bersalin.1 Paten Paten memberikan hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. iaitu Soalan 5(A) dan Soalan 5(B). 7 .6 Perabot dan pemasangan Perabot dan pemasangan meliputi semua perkara yang diperlukan bagi menghiasi dan melengkapi sebuah bangunan misalnya kerusi. meja tulis. bayaran lebih masa.1. upah. kereta. Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja-pekerja yang sedang bercuti dalam jangka pendek seperti cuti sakit.2. dll.1. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta. Sila ambil perhatian bahawa untuk Soalan 5(A) tuan hendaklah melengkapkan butir-butir yang berkaitan dengan pekerja-pekerja LELAKI sementara Soalan 5(B).4 Jumlah Sila jumlahkan perkara 4. komisen. gaji cuti. stok (saham) dikecualikan. (Sila tentukan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul). cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja-pekerja yang mogok. (iii) Gaji dan upah Di bawah gaji dan upah dalam ruangan 18. maka kelebihan ini dianggap sebagai muhibah. Perkara 4. Paten direkodkan pada kos.1. Pekerja-pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan. penghutang.2. ditempah khas atau dibeli. yang mungkin tidak dapat dikelaskan di atas seperti barang kemas. kewarganegaraan dan bangsa dari ruangan 01 hingga ruangan 13 pada bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun takwim. Perkara 4. jentera pembinaan dan perusahaan-perusahaan lain. Juga tidak termasuk adalah pengarah perusahaan-perusahaan yang dikorporatkan yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah. sekiranya ada. laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat pada tahun takwim kepada semua pekerja bergaji dalam tiap-tiap kategori bukan hanya pembayaran kepada pekerjapekerja yang bekerja dalam tempoh bulan Disember atau tempoh pembayaran gaji terakhir sahaja. laporkan jumlah bayaran yang dibuat (gaji.(b) Sofwer komputer Merujuk kepada isi kandungan (sofwer) untuk pengoperasian sistem komputer samada dibangunkan sendiri.3 Lain-lain Sila nyatakan. langsir dan hamparan. bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah diasingkan. jentera.2 Muhibah dan lain-lain Muhibah timbul daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan yang diperoleh. kren forklif dan sebagainya. Perkara 4.5 Jentera dan kelengkapan Ini termasuklah alat-alat penjanaan kuasa. Perkara 4. pejabat.

ahli kimia. Perkara 5. selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan. (Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat-syarikat berhad atau perbadanan awam. Walau bagaimanapun. sosial. perkara 5. perkara 5. Mereka mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan mereka. Pekerja-pekerja ini sememangnya mendapat makanan. Perkara 5. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah ketua mekanik. Mereka biasanya merupakan eksekutif sesebuah syarikat. iaitu hendaklah dilaporkan di dalam Soalan 5(A) dan 5(B). jurutera. dll. Orang yang bekerja jauh dari pertubuhan itu tetapi dibayar gajinya oleh dan di bawah kawalan pertubuhan itu.2 di atas.makanan.3] yang bekerja pada tahun itu dalam pertubuhan tersebut dan menerima gaji. mereka hendaklah di anggap sebagai pekerja-pekerja bergaji. perusahaan dan kerajaan. (Lihat juga catatan dalam perkara 5.3 dan 5.3. yang mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pemegang ekuiti). melainkan mereka yang mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan itu. Perkara 5. juruteknik makmal.) secara tunai atau cek. Mereka biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional. penyelidikan dan kawalan kualiti. tempat tinggal dan bantuan-bantuan lain sebagai sebahagian daripada isirumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut. jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja-pekerja keluarga dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain. menyusun dan mengarah penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar. 8 .3.1 Pengurusan. adalah dikecualikan.3. ekonomi. sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja-pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. (iv) Pekerja-pekerja sepenuh masa Pekerja-pekerja sepenuh masa adalah merujuk kepada semua mereka yang biasanya bekerja di pertubuhan tuan sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti itu janganlah dimasukkan.3 Pekerja-pekerja bergaji (sepenuh masa) Termasuk semua pekerja [sepenuh masa dalam Soalan 5(A) dan 5(B).3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod-rekod kewangan dan kegiatan-kegiatan perniagaan lain termasuk perancangan bahan-bahan dan pengeluaran.4. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan-pertubuhan korporat yang bergaji kecuali jika mereka ini hanya menerima pembayaran sematamata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. (ii) Profesional dan Eksekutif adalah ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap pelbagai masalah teknologi. Profesional dan Eksekutif (i) Pengurus adalah ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi dan merancang.1 Pemilik-pemilik yang bekerja dan rakan-rakan niaga yang aktif Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan itu. Tugas-tugas mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah organisasi. Rakan-rakan niaga dan ahli-ahli keluarga pemilik yang tidak aktif. doktor. seperti wakil-wakil kejuruteraan dan kakitangan–kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan bergerak hendaklah dimasukkan. sama ada dengan wang tunai atau benda untuk kerja-kerja yang dilakukan. Perkara 5.2 Teknikal dan Penyeliaan Mereka yang di bawah kumpulan “teknik” antara lain menjalankan kerja teknik. jika ada. Semua pekerja sedemikian itu hendaklah dilaporkan mengikut taraf kerja mereka seperti ditakrifkan di bawah ini:Perkara 5. Pekerja penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu jenis kegiatan misalnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. jururawat. yang mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pemegang ekuiti). (Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat-syarikat berhad atau perbadanan awam.2 Pekerja-pekerja keluarga tidak bergaji Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi isirumah atau pemilik pertubuhan yang bekerja sekurang-kurangnya satu pertiga dari waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran. pelukis pelan dan chef. akauntan. juruteknik kawalan kualiti. Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakan profesional untuk menjalankan tugastugas mereka misalnya peguam. Perkara 5.

4.3.2. Perkara 5. Perkara 5. jurutaip. Perkara 6. Ia termasuk mereka yang tidak pernah bersekolah. 5. Perkara 6.1.5 Pekerja Am Lain-lain pekerja bergaji meliputi mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan berbagai tugas. Jumlah ini mesti sepadan dengan angka yang dilaporkan di Soalan 5A (Lelaki) dan 5B (Perempuan).4 Pekerja-pekerja bergaji (sambilan) Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan kurang daripada 20 hari sebulan.4 STPM atau setaraf Merujuk kepada kelayakan STPM/STP/HSC.3.6 Jumlah Sila jumlahkan perkara 5. penjaga stor dll. GCE ‘A’ level atau lulus peperiksaan Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (tidak melanjutkan pelajaran ke universiti).1 Ijazah Lanjutan Merujuk kepada semua peringkat sarjana dan doktor falsafah yang diperolehi daripada institusi pengajian tinggi (dalam/luar negeri).5.3 Diploma atau setaraf Merujuk kepada diploma yang dikeluarkan oleh Maktab.3. Perkara 5. Perkara 6. setiausaha sulit. menaip dan cara-cara lain misalnya kerani. jurutrengkas.1 hingga 5.6 Di bawah SPM/SPVM Merujuk kepada kelayakan-kelayakan seperti PMR/SRP/LCE atau lulus sekolah rendah sahaja. SOALAN 6: BILANGAN ORANG YANG BEKERJA MENGIKUT KELAYAKAN Kelayakan yang dimaksudkan dikelaskan seperti berikut: Perkara 6. mencatat perkaraperkara lisan atau bertulis dengan trengkas. 9 .1 hingga 6.7 Jumlah Sila jumlahkan perkara 6.5 Jumlah Sila jumlahkan perkara 5. 5.6. Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil kira. Perkara 6. misalnya pelayan pejabat.5 SPM/SPVM atau setaraf Merujuk kepada kelayakan SPM/SPVM/MCE/MCVE atau peperiksaan–peperiksaan setaraf dengannya seperti FMC/SC atau GCE ‘O’ level.3.2 Ijazah universiti atau setaraf Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama dan ijazah-ijazah lanjutan yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi (dalam/luar negeri).3. Institusi atau Politeknik dalam dan luar negeri yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Perkara 5. Perkara 5.4 Pemandu Termasuk pemandu semua jenis kenderaan.pengendalian wang bagi pihak pertubuhan itu dan pelanggan-pelanggannya. penyimpan akaun. pengawal keselamatan dan lain-lain.6 dan 5.3. Perkara 6. Perkara 6. Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini. seperti dalam bidang perakaunan dan undang-undang. operator telefon.

Perkara 8.9 Cukai perkhidmatan yang diterima Cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan tuan bagi pihak kerajaan. Perkara 8.3 jika berkenaan. Perkara 8. Perkara 8. bayaran untuk bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan ini semasa menjalankan kerjakerjanya. Perkara 8. Sila berikan anggaran yang munasabah jika akaun belum muktamad atau tiada.2 dan 7. Perkara 8.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM) Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini. Perkara 8. Perkara 8.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.2 Pendapatan daripada perkhidmatan pengendalian kargo (termasuk pengendalian kontena) Bayaran yang diterima daripada kerja punggah memunggah barangan (kargo atau kontena) dari atau ke kapal.6 Komisen dan brokeraj daripada perkhidmatan agen perkapalan dan penghantaran Komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan tuan sebagai upah atas perkhidmatan sebagai agen perkapalan/penghantaran bagi pihak pertubuhan lain. Harga invois hendaklah termasuk.7 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan untuk mengurus sesuatu aktiviti/projek pertubuhan lain. Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh daripada kerja-kerja membaiki. 10 . menyelenggara jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. 7. Perkara 7.5 Pendapatan daripada pengoperasian pelabuhan Jelas maksudnya.4 Pendapatan daripada perkhidmatan pemunggahan (stevedoring) yang diberikan Perkara ini meliputi pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan pemunggahan yang diberikan.3 Pendapatan daripada perkhidmatan penyimpanan dan gudang Jelas maksudnya. Perkara 8. Perkara 8. Perkara 7.1 Tambang pengangkutan barang Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh oleh pertubuhan tuan bagi perkhidmatan pengangkutan barang yang diberikan.8 Pendapatan daripada kerja membaiki dan menyelenggarakan jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. Perkara 7. SOALAN 8: PEROLEHAN/PENDAPATAN Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Kira-kira Perdagangan dan Untung & Rugi tahun rujukan 2008.SOALAN 7: JAM – MANUSIA BEKERJA LEBIH MASA PADA TAHUN RUJUKAN Sila lengkapkan soalan 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi di tahun rujukan.10 Nilai jualan barangan terpakai Pendapatan dari jualan barangan terpakai sahaja tidak termasuk harta tetap atau skrap seperti tayar.1. selain daripada kos pekerja dan overhed.

21. (b) Bangunan kediaman Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan kediaman. Perkara 8. Perkara 8. Jumlah pendapatan Sila jumlahkan perkara 8.20 Lain-lain Sila nyatakan maklumat lengkap di bawah. perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.21 Pemindahan modal yang diterima Pemindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang barangan.Perkara 8. Perkara 8.22 Jumlah Besar Sila jumlahkan perkara 8. (e) Bayaran sewa khas yang diterima Pendapatan dari penyewaan pengangkutan dengan pengendali seperti penyewaan kapal dan lain-lain. kerosakan harta tetap.16 Pemulihan hutang lapuk Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas tetapi telah dipulihkan (kutip balik) pada tahun rujukan.20 hingga 8.19. (c) Bangunan bukan kediaman Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan kediaman. Perkara 8.12 Pendapatan daripada faedah Ia merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada simpanan wang di institusi kewangan. Perkara 8. Perkara 8. (f) Lain-lain Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas. Perkara 8.18 Tuntutan dan pampasan yang diterima Ia merujuk kepada tuntutan daripada syarikat insurans dan/atau pertubuhan lain/perseorangan kerana kemalangan.14 Keuntungan daripada jualan/penilaian semula harta Sila berikan nilai bersih sahaja.19 Perkara 8.15 Keuntungan daripada pertukaran wang asing/aset kewangan Sila berikan nilai bersih keuntungan dari transaksi berkaitan.11 Pendapatan dari sewa Merujuk kepada perkara-perkara di bawah:(a) Tanah Pendapatan yang diterima dari sewa tanah. Perkara 8. Perkara 8. Perkara 8. (d) Penyewaan alat-alat pengangkutan Pendapatan dari penyewaan alat-alat pengangkutan tanpa pengendalinya.1 hingga 8. 11 . barangan atau harta lain.17 Kiriman wang.13 Pendapatan daripada dividen Ia merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham/pelaburan. hadiah atau bantuan yang diterima Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

dan lain-lain hendaklah dilaporkan di sini.1. pembaikan besar yang bersifat modal misalnya perbelanjaan untuk memperbaiki harta tetap seperti bangunan.. [Walau bagaimanapun. Sila berikan anggaran yang munasabah jika akaun belum muktamad atau tiada. Perkara 9.7 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan Ia adalah perbelanjaan pada Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). Perkara 9. dan penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru ini. minyak pembakar). jentera & alat.4 Elektrik yang dibeli Ia merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. gris) dan gas (seperti gas petroleum cecair.1 12 .1.SOALAN 9: PERBELANJAAN Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Kira-kira Perdagangan dan Untung & Rugi bagi tahun rujukan 2008.5 Bahan pembakar. dll.3 Air yang digunakan Ia merujuk kepada bayaran untuk air yang digunakan. sila berikan berasingan untuk bil tenaga elektrik yang digunakan.8 Pembelian perkhidmatan pengangkutan Bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan pemandu. sila berikan anggaran berasingan untul bil air yang digunakan. petrol. Perkara 9. gas asli untuk kenderaan). minyak relau. Jika bayaran ini telah dicampurkan dengan air. penggunaan dan produk baru.6 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi harta tetap Jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh orang lain ke atas harta tetap pertubuhan tuan seperti bangunan. Perkara 9. Perkara 9. Perkara 9.2 Kos percetakan Pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh pertubuhan lain seperti untuk poster.1 Nilai bekalan-bekalan yang digunakan:Tayar & tiub Sila laporkan nilai tayar & tiub yang telah digunakan. Jika bayaran ini telah dicampurkan dengan tenaga elektrik. label dan sebagainya. pelincir (seperti minyak pelincir. pelincir dan gas Ia merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (seperti minyak diesel. Perkara 9. jentera & alat. Jumlah perbelanjaan untuk latihan staf jangan dimasukkan di sini. tidak perlu dimasukkan di sini tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan (02) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan 4 sebagai pemilikan modal harta tetap]. Perkara 9. Perkara 9.4 Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan Sila laporkan nilai semua bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan yang telah digunakan. Perkara 9.1. Perkara 9.1. Perkara 9.1. kepala surat.2 Bateri Sila laporkan nilai bateri yang telah digunakan.6 Lain-lain Sila berikan nilai bekalan lain jika ada. teknik. Perkara 9. Perkara 9.5 Alat tulis dan bekalan pejabat Sila laporkan nilai semua alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakan.1. gas asli.3 Alat ganti dan aksesori Sila laporkan nilai alat ganti dan aksesori yang telah digunakan. P&P ialah kajian sistematik pada proses.

10 Perbelanjaan hiburan Ia merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan klien perniagaan dan pelanggan oleh pertubuhan tuan. Perkhidmatan pos meliputi pengambilan. perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada pertubuhan perakaunan. simpan kira-kira.11 Bayaran perakaunan. Perkara 9. juruukur dan sebagainya. satelit. cek pengembara. surat khabar. dan komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti. Perkara 9. organisasi. penginapan. kesetiausaha dan audit.14 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat (termasuk pembaikan dan penyelenggaraan) Ia merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi. kabel penyiaran. Perkhidmatan telekomunikasi meliputi transmisi bunyi. banker’s acceptances. dan pembaikan dan penyelenggaraan komputer. pengangkutan dan penyerahan surat.9 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri) Ia merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan tuan untuk menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan. pangkalan data.Perkara 9.12 Bayaran guaman Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman. internet atau media lain.17 Bayaran telekomunikasi Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi (telefon. Perkara 9. teleks.13 Bayaran perkhidmatan profesional lain Bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding jurubina. bayaran perkhidmatan untuk draf bank.18 Bayaran pos (termasuk perkhidmatan kurier) Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos. bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator lain. Termasuk juga ialah perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti surat. kos projek dan tenaga manusia. dll). majalah berkala dan bahan bercetak lain. Contoh-contoh untuk bayaran bank ialah bayaran untuk buku cek.16 Komisen dan bayaran agensi Ia merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain/individu/agen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan bagi pihak pertubuhan tuan. pengesanan ciri optikal. imej atau maklumat lain melalui telefon. Perkara 9.15 Bayaran pengurusan Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh pertubuhan lain/individu untuk pengurusan perancangan. telefaks.19 Pengiklanan dan promosi Ia merujuk kepada bayaran untuk iklan/promosi barangan. pengauditan. telegram. 13 . Perkara 9. perwakilan dan dokumentasi. Perkara 9. kesetiausahaan dan audit Ia merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan. televisyen.20 Bayaran bank Ia merujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh institusi kewangan. Perkara 9. Perkara 9. mel elektronik dan faksimili. perkhidmatan dan nama syarikat/perniagaan tuan melalui media seperti surat khabar. pemindahan data dari pelbagai medium. sama ada tempatan atau luar negeri. kejuruteraan. radio. internet. surat kredit. makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan. tangkapan data. Perkara 9. Perkara 9. Perkara 9.

32 Cukai tidak langsung:(a) Cukai perkhidmatan Cukai perkidmatan yang dipungut dan di bayar kepada kerajaan. Perkara 9.Perkara 9.21 Bayaran faedah Ia merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang diambil oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank. kemalangan perkapalan/penerbangan untuk ganti rugi. nyawa. Majlis Perbandaran dan bayaran cukai tanah ke atas tanah dikutip oleh Pejabatn Tanah dan Galian Daerah.22 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja Bayaran premium insurans kebakaran. dll. (b) Swasta Sila nyatakan jenis royalti. alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah. Perkara 9. hakcipta.28 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa untuk penggunaan tanah) Ia merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan/premis. (a) Kerajaan Sila nyatakan jenis royalti.25 Pembelian perkhidmatan pemunggahan kapal Bayaran yang dibuat kepada syarikat pemunggah kapal kerana perkhidmatan pemunggahan.23 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan Ia merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti polis pengiring untuk pemindahan bahan peletupan dan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk mengeluar wang dari bank. kemerosotan dan usang. Perkara 9.26 Bayaran feri & tol Ia merujuk kepada tambang feri dan tol yang dibayar.29 Susut nilai semasa ke atas harta Ia merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan lusuh. francais. berkaitan dan penggunaannya berdasarkan perjanjian perlesenan.27 Sewa tanah Ia merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau pajakan ke atas tanah individu/pertubuhan lain oleh pertubuhan tuan. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan. Perkara 9. penundaan dan berlabuh. tanda niaga.30 Bayaran royalti Royalti termasuk bayaran lesen – terdiri daripada bayaran untuk pengguna sah bagi paten. pemprosesan perindustrian. jentera dan kelengkapan. Perkara 9. Perkata 9. Perkara 9. Perkara 9. 14 .31 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah Ia merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan dikutip oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya. Perkara 9. penundaan dan pelabuhan Bayaran dibuat kepada pihak berkuasa pelabuhan dan perkhidmatan pemanduan. (b) Cukai jalan Ia merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk kenderaan bermotor. Perkara 9. Perkara 9.24 Bayaran pemanduan.

(c) Bayaran pendaftaran perniagaan. pencen dan kebajikan * Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada kumpulan wang simpanan yang ditubuh dan diuruskan oleh kerajaan seperti KWSP. Perkara 9. (c) Bayaran pampasan. tempat tinggal percuma. Perkara 9. dll. skim keselamatan sosial.33 Kerugian pertukaran wang asing/aset kewangan Ia merujuk kepada kerugian kerana turun/naik mata wang asing. * Kumpulan wang simpanan lain Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan oleh kerajaan.35 Hutang lapuk dihapuskan Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan. Duti setem untuk dokumen perjanjian/kontrak dan duti hiburan untuk aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam perkara ini. Ia merujuk kepada bayaran pendaftaran. duti setem.37 Perkara 9. Perkara 9. bantuan atau derma. Laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat di sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan. Kos pekerjaan:(a) Gaji dan upah dibayar Ianya termasuk semua gaji dan upah (termasuk bayaran lebih masa). perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Pendaftar Perniagaan. perniagaan untuk pertubuhan hak milik perseorangan. Nilai ini termasuk nilai subsidi. dll. 15 . * Skim keselamatan sosial kerajaan Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada skim keselamatan sosial yang dikelolakan oleh pihak kerajaan seperti PERKESO.) Laporkan nilai dibayar ke atas makanan dan tempat tinggal dll. * Lain-lain (misalnya makanan percuma. (b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja * Rawatan perubatan percuma Laporkan nilai yang dibayar oleh pertubuhan tuan untuk rawatan perubatan kepada pekerja/kakitangan. Perkara 9. yang disediakan oleh pertubuhan tuan kepada kakitangan/pekerja. bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan) yang bukan pengarah bekerja di sepanjang tahun rujukan. hadiah.36 Kiriman wang. lesen memandu. (d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan. persaraan/pemberhentian kepada pekerja Ia adalah bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja. yuran dan pindahan semasa lain Bayaran pindahan semasa yang dibayar. Nilai ini juga termasuk nilai subsidi. Perkara 9. Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi.34 Kerugian daripada jualan/penilaian semula harta Ia merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula harta. elaun.38 Lain-lain Sila nyatakan maklumat lengkap di bawah.

(g) Kos latihan kepada pekerja Ia merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan. persaraan/pemberhentian Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada skim bayaran pampasan. (f) Nilai pakaian percuma yang disediakan Ia merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti pakaian seragam. Perkara 9.42 Dividen kena bayar Untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham. bengkel dan persidangan pekerja yang dihantar oleh majikan.44 Jumlah Besar Sila jumlahkan perkara 9. Perkara 9. Perkara 9. Perkara 9.40 Bayaran bagi pajakan kewangan Ia merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap yang akan dimiliki akhirnya. SOALAN 10: KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN Sila berikan nilai sama ada keuntungan atau kerugian(-) sebelum cukai tahun lepas (2007) dan tahun semasa (2008) sama seperti di Akaun Untung & Rugi pertubuhan tuan. * Skim bayaran pampasan.43. pembuatan dan perkhidmatan.39 Jumlah perbelanjaan Sila jumlahkan perkara 9.43 Cukai langsung kena bayar Sila berikan jumlah cukai langsung yang kena bayar pada tahun rujukan seperti cukai syarikat dan cukai kemajuan. persaraan/pemberhentian selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan.1 hingga 9.39 hingga 9. SOALAN 11: NILAI STOK Sila laporkan nilai buku bagi Stok Pembukaan dan Stok Penutupan mengikut jenis Stok tanpa mengambil kira di mana ia disimpan yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Bayaran levi pekerja semasa ialah RM360 setahun bagi pembantu rumah. (h) Bayaran levi pekerja Bayaran levi pekerja adalah bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada kerajaan. sama ada dalam negeri atau luar negeri. 16 . pakaian luar dan pakaian kerja. Perkara 9.* Skim keselamatan sosial persendirian Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan seperti insuran pampasan pekerja. pekerja ladang dan RM1500 bagi mereka di sektor pembinaan. (e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Sila laporkan pembayaran kepada pengarah-pengarah yang tidak bekerja pada tahun rujukan. Perkara 9. Jika tidak mempunyai Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.41 Pemindahan modal yang dibuat Ia merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan ke pihak lain. (i) Lain-lain Sila berikan lain-lain kos pekerja yang tidak terkelas di tempat lain di atas.38.

SOALAN 13C: Perkara 13.9. Jika jawapan bagi A8 adalah “TIDAK” sila tamat di sini.2 MODUL ICT: Modul ini bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi mengeluarkan petunjuk penting mengenai penggunaan ICT oleh perniagaan.3 terjelas dengan sendirinya dan sila jawab di mana yang berkenaan dan lihat arahan yang ada di soal selidik. Jelas maksudnya. sila berikan butiran selanjutnya. Sila berikan nilai komisen yang diterima dari kerja yang dibuat atas akaun pihak prinsipal yang merupakan Syarikat perkapalan asing dan Syarikat perkapalan tempatan. Sila berikan jumlah kenderaan yang didaftarkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan digunakan untuk operasi pertubuhan tuan. Perkara 14. (h) Sila tandakan (X) bagi jawapan yang berkenaan atau peratus.6. lori tangki. Lori merujuk kepada lori biasa dan/atau kepala lori (prime movers) bagi lori treler. Sila laporkan maklumat umum berkaitan penggunaan ICT dalam perniagaan tuan bagi perkara A1 hingga A11. Sila jawab dan ia bagi syarikat perkapalan sahaja. SOALAN 13A: SOALAN 13 HANYA PERLU DIISI OLEH PERTUBUHAN YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGEN PERKAPALAN DAN PENGHANTARAN Soalan ini hanya perlu diisi oleh pertubuhan yang memberi perkhidmatan agen perkapalan dan penghantaran. Semua soalan diperkara 13.1 MAKLUMAT TAMBAHAN KE ATAS IBU PEJABAT / CAWANGAN Sila laporkan nilai pendapatan diterima daripada perkhidmatan yang diberikan dan nilai ini mestilah sama dengan jumlah nilai yang dilaporkan di perkara 8. Jika jawapan tuan adalah ‘Ya’. mana yang sesuai. 2008. mengikut jenis kenderaan seperti lori. SOALAN 13B: JUMLAH NILAI KASAR DITERIMA ATAU DIBAYAR OLEH AGEN DI MALAYSIA KE ATAS PERKARA YANG DISENARAIKAN DI MANA KOMISEN DITERIMA TELAH DILAPORKAN DI SOALAN 13A.10 BAYARAN PENDAHULUAN (RM) Jumlah bayaran pendahuluan untuk anak-anak kapal. (ii) (iii) (iv) Jika jawapan bagi A1 adalah “TIDAK” sila tamat di sini. Soalan ini adalah lanjutan dari Soalan 13A. di muka surat 11.1 hingga 8. van dan lain-lain. Jika jawapan bagi A3 adalah “TIDAK” sila tamat di sini.4 hingga 13. Terjelas dengan sendirinya.SOALAN 12: BILANGAN KENDERAAN YANG DIDAFTARKAN DAN DIJALANKAN OLEH PERTUBUHAN INI PADA 31 DISEMBER. trak. SOALAN 14: Perkara 14. di bawah Soalan 8. 17 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful