You are on page 1of 8

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 18 Januari 2012 ( Rabu ) : 1.30 petang : Kantin Sekolah : Pn. Adibah binti Mohd Kalid

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Adibah binti Mohd Kalid Pn. Sakura binti Yusop Pn. Najihah binti Nazri Pn. Nadiah binti Md. Nawi Pn. Siti Khadijah binti Hashim En. Mohamad Nor bin Mohamed Pn. Melati binti Yahaya En. Ibrahim bin Maidin

Turut Hadir (Jika ada) : Pn. Safarina binti Md. Kassim Pn. Rozimah binti Md. Yasin (Penyelaras RMT)

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali pertama. 1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

UCAPAN GPK HEM 2.1 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin sekolah. Tindakan: Makluman Semua AJK

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2011 Pencadang : Pn. Nadiah binti Md. Nawi Penyokong : Pn. Rozimah binti Mat Yasin

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Sokongan sebulat suara

FOKUS MESYUARAT 4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin Pn. Sakura mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan dan keselamatan kantin dari segi: 4.1.1. Kebersihan kemudahan - semua tempat kemudahan kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas. - semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi. - bilik air hendaklah bersih dan berfungsi. - tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

Tindakan: Pihak Kantin 4.1.2 .Kebersihan peralatan - Alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air yang bersih, sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alat yang telah bersih ditempatkan di tempat yang bersih dan disusun kemas. - Pisau yang digunakan untuk memotong bahan mentah tidak boleh digunakan untuk memotong makanan yang telah dimasak dan juga makanan yang dimakan segera. - Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan. - Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang selamat. Tindakan: Pihak Kantin 4. 2 Kebersihan bangunan - Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan selamat. - Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan. - Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat. Tindakan: Pihak Kantin

4.3 Keselamatan Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki yang rosak. - Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. - Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran: - Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik. - Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. - Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur. Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta diletakkan jauh dari api. - Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur. - Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4.5 Langkah mencegah kecederaan: - Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin. - Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin. - Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang pergerakan dan membahayakan pengguna. - Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin 4.6.1 : Bekalan air bersih air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi. 4.6.2 : Bekalan elektrik kantin yang mendapat bekalan elektrik awam hendaklah menggunakan meter yang berasingan dan hendaklah selamat digunakan. 4.6.3 : Tempat penyediaan makanan ruang kerja untuk menyediakan makanan cukup luas bagi pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan cukup untuk setiap kerja. - Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih, kemas dan dialas dengan bahan yang kalis air. - Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh menjalankan kerja dengan baik. - Tempat mengeringkan pinggan mangkuk mestilah di tempat yang selamat dan bersih. 4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai. - Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang cukup. -Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang mempunyai kemudahan beku dan dingin. - Makanan yang sudah masak hendaklah disimpan ditempat yang tidak mudah dihinggapi lalat dan serangga lain. -Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih. 4.6.5 Kaunter jualan kaunter jualan hendaklah sesuai dan dilapik bahan kalis air. - Sediakan lorong untuk murid beratur. 4.6.6. Tempat makan tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas. -Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai. 4.6.7 Sinki Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair pencuci tangan.

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan - sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu mencukupi dan dilapis karung plastik serta bertutup. Kawasan sekitang tong sampah dipastikan bersih agar tidak dihurung LILATI. - pelupusan sampah kawasan pelupusan sampah adalah di kawasan pembuangan sampah di Kuarters Guru yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

4.8 Pengendali makanan - pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik. - pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan. Tindakan: Makluman

HAL-HAL LAIN 5.1. Maklumat pekerja kantin - Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

Tindakan: Pihak Kantin

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.2 Laporan Kendiri Kantin - Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin dalam masa yang ditentukan bagi memudahkan pihak sekolah membuat laporan bulanan kantin. Tindakan: Pihak Kantin

5.3 Label bahan makanan kering - Pengusaha diminta melabel bahan makanan kering yang terdapat di kantin.

Tindakan: Pihak Kantin 5.4 Harga makanan dan minuman - Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.

Tindakan: Pihak Kantin 5.5 Pengusaha Kantin - Puan Melati mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dengan kantin sekolah. - Beliau akan buat yang terbaik bagi memastikan kualiti kantin akan lebih baik dari masa ke semasa. Tindakan: Makluman

PENUTUP a. Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik. b. Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya. c. Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mac. d. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, .......................................... ( ) Setiausaha Tarikh : 25 Januari 2012

Disemak oleh, ................................ ( ) Pengerusi Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN GEMBUT MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2 /2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 29 Mac 2012 ( Khamis ) : 1. 30 petang : Kantin Sekolah : Pn. Adibah binti Mohd Kalid

Kehadiran(Bilangan) : Pn. Adibah binti Mohd Kalid Pn. Sakura binti Yusop Pn. Najihah binti Nazri Pn. Nadiah binti Md. Nawi Pn. Siti Khadijah binti Hashim En. Mohamad Nor bin Mohamed

Turut Hadir (Jika ada) : 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru. 1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Najihah binti Nazri Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Siti Khadijah binti Hashim

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1.Sinki kantin : Sinki kantin di bahagian staf tidak mempunyai air dan sinki di kawasan pelajar pula seperti tidak dibersihkan. Tindakan: Pengusaha Kantin 3.2. Label makanan kering tidak ada. Tindakan: Pengusaha Kantin

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

FOKUS MESYUARAT 4.1.Lalat : Didapati terlalu banyak lalat di kantin sehingga menyebabkan ketidakselesaan di kalangan guru dan pelajar. Ini disebabkan oleh reban penternakan ayam yang terletak berhampiran kawasan sekolah. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kantin diminta agar dapat menggunakan plastik perangkap lalat serta mengamalkan budaya mengelap meja yang telah digunakan. Penutup gelas dan cawan juga perlu disediakan. Dalam situasi begini, pengusaha kantin perlu mengutamakan kebersihan agar tidak ada kejadian yang buruk berlaku seperti keracunan makanan. Tindakan: Pengusaha Kantin

4.2.Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin menghadapi kesukaran mennyediakan Laporan Kendiri Kantin. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta guru yang mengisi laporan tersebut. Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin telah diingatkan untuk menyenaraikan harga makanan dan dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat bertindak segera. Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada pelajar dan guru setiap hari. Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

HAL-HAL LAIN 5.1. Pn. Sakura menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan skirting meja kantin yang cantik serta susun atur yang berlainan. Makluman : Semua guru

PENUTUP a. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Disediakan oleh, ..........................................

Disemak Oleh, ................................

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

( Setiausaha Tarikh : 4 April 2012

( Pengerusi Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00