Latar Belakang Kelab Pencegah Jenayah Kelab Pencegah Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah

dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah 1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. 2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Moto Kelab Pencegah Jenayah “Mencegah lebih baik daripada Memerangi” Objektif Kelab Pencegah Jenayah 1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. 2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid. 3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah. 4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian. 5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara. Peranan Ahli Kelab Pencegah Jenayah Peranan Ahli Kelab Pencegah Jenayah adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia :
1. 2. 3. 4. 5. Pembudayaan Adab Murid Peningkatan Disiplin Murid Perpaduan Murid Patriotisme Jatidiri