You are on page 1of 4

TUTORIAL 1

Bincang dan sedia pembentangan sekurang-kurang 2 contoh kehidupan harian untuk menjelaskan pengertian matematik sebagai Kajian pola Kajian perhubungan Cara berfikir Seni Bahasa Alat kehidupan

Matematik sebagai kajian pola Pola atau corak adalah suatu perkara yang berulang. Pola ini juga akan mewujudkan suatu hubungan. Hubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting bagi

memudahkan kita menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku. Contohnya : Nombor 37 adalah satu nombor ajaib dan boleh menghasilkan hasil darab yang menarik sekiranya didarab dengan gandaan 3. 3 x 37 = 111 6 x 37 = 222 9 x 37 = 333

Kajian pola ialah peluang untuk memerhati, hypothesis, eksperimen, mencari dan mencipta.

Kita dapat menggunakan dan memperluaskan kemahiran dan pengetahuan nombor, pengukuran, geometri, pengumpulan data dan statistik,

kebarangkalian dan algebra. Kajian pola juga berkaitan dengan 'tessellation'. Terdapat 3 jenis pola dalam matematik iaitu pola nombor, pola abjad dan pola geometri.

TUTORIAL 1

Matematik sebagai kajian hubungan

Matematik dikatakan sebagai kajian tentang perkaitan kerana matematik banyak menggunakan rumus atau persamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep.

Selain itu, sesuatu nilai yang berubah (meningkat, menurun) sekiranya wujud sesuatu nilai yang berubah (meningkat/menurun).

Contohnya:
Luas permukaan segiempat = panjang x lebar

Sekiranya nilai panjang meningkat, maka luas permukaan sesuatu segiempat juga akan turut meningkat. Sebagai buktinya;
4 cm 2 cm 4 cm x 2 cm = 8 cm

8cm 2 cm 8 cm x 2 cm = 16 cm

4 cm x 2 cm = 8 cm 8 cm x 2 cm = 16 cm

Matematik sebagai cara berfikir

Berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

Ramai orang yang menghadapi sesuatu masalah, akan berusaha untuk mendalami dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk menanganinya.

Ada yang menggunakan rajah atau jadual untuk mengumpul maklumat dan ada juga yang menggunakan analogi untuk mencari punca masalah. Berfikir secara logik merupakan perkara yang penting dalam matematik.

Terdapat dua kaedah menaakul iaitu deduktif dan induktif.

TUTORIAL 1

Penaakulan secara Deduktif: Penaakulan ini bermula dengan sesuatu perkara yang umum membawa kepada sesuatu keputusan yang lebih terperinci. Contohnya, kita mungkin memikirkan sesuatu teori sebelum mula mendalami perkara tersebut dengan membuat hipotesis yang dapat dijalankan ujian terhadapnya. Seterusnya kita terus membuat pengumpulan data. Akhirnya, kita menjalankan ujian terhadap data dengan tujuan mengesahkan hipotesis yang ada.

Penaakulan secara Induktif: Penaakulan ini bergerak daripada pemerhatian yang teliti kepada teori atau generalisasi. Kita bermula dengan mencari corak atau pola, menetapkan hipotesis yang mungkin, dan kemudian berakhir dengan membuat rumusan atau kesimpulan atau teori.

Matematik merupakan kajian seni: Menurut Claude P. Bruter (2004: hlm 1), Matematik amat berkait rapat dengan bidang seni. Oleh kerana itu, Matematik dianggap sebagai satu seni yang sangat halus. The connection between mathematics and art goes back thousands of years. Mathematics has been used in the design of Gothic cathedrals, Rose windows, oriental rugs, mosaics and tilings. (http://www.ams.org/mathimagery/) Berdasarkan ayat di atas, jelaslah di sini bahawa Matematik amat berkait rapat dengan bidang kajian seni kerana Matematik digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah pemasangan mozaik dan jubin.

Mozaik kaca berbentuk geometri Iran, abad ke 20 Masihi/abad ke 14 Hijrah

TUTORIAL 1

Matematik merupakan bahasa:

Sharma(1992) dalam Noraini Idris (2001: hlm 109) mendefinisikan Matematik sebagai satu bentuk bahasa kerana Matematik melibatkan komunikasi antara konsep dan simbol.

Matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu dan Inggeris. Hal ini demikian kerana dalam perkembangan tahap pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola dan masa. Kesemua konsep dan simbol ini melibatkan bahasa Matematik yang mudah.

Contohnya: Hasil tambah (4 + 3 = 7). Matematik merupakan satu bentuk bahasa telah membantu kita untuk mengetahui bahawa nilai 7 akan diperoleh melalui hasil tambah nilai 4 dan 3 (4 + 3).

Matematik merupakan rekreasi atau alat dalam kehidupan seharian

Dalam kehidupan seharian, Matematik digunakan secara meluas. Hal ini meliputi segala aktiviti dan kerja-kerja dalam kehidupan termasuklah perbelanjaan, pertukaran wang, mengukur jarak, masa dan lain-lain.

Kita juga semestinya mengaplikasikan Matematik dalam menyelesaikan masalah yang abstrak ataupun praktikal.

James dan James dalam Gary Urton (1997: hlm 5) mendefinisikan Matematik sebagai pengajian yang logik mengenai bentuk, susunan, kuantiti, dan hubungan beberapa konsep.

Matematik juga kerap kali dibahagikan kepada tiga bidang iaitu algebra, analisis dan geometri.

Mereka

juga

mendefinisikan

Matematik

sebagai

pengajian

dan

perkembangan prinsip-prinsip Matematik untuk kepentingan sendiri dan akan berguna pada masa hadapan berbanding dengan kegunaan semasa dalam mana-mana bidang.

You might also like