You are on page 1of 9

KERTAS MODEL UPSR SET EMPAT

Satu Jam Lima Belas Minit


Bahagian A (30 markah) Jawab semua soalan. Masa yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Jika anda tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruslah menjawab soalan berikutnya. 1.

A B C D
2.

Apakah maksud benda hidup ? Benda yang boleh bergerak Benda yang menghuni alam Benda yang menjalani proses hidup Benda yang tidak menjalani proses hidup

Bunga ros Pokok semalu Pokok kaktus 4. Maklumat di atas adalah mengenai tiga jenis tumbuhan. Antara berikut, tumbuhan manakah mempunyai cara melindungi diri yang sama dengan tumbuhan di atas ? I. Durian II. Nanas III. Rambutan IV. Pokok buluh

Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan ? A Proses pembuangan hampas daripada badan B Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan C Proses pengaliran bahan buangan dalam badan D Proses penghasilan bahan buangan dalam badan

A B C D

I dan II sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

3.

Rajah 1 Rajah 1menunjukkan dua jenis haiwan. Antara kumpulan haiwan berikut, yang manakah mempunyai cara bernafas yang sama dengan haiwan di atas ? A Ayam, itik, lembu, singa B Kura-kura, katak, cacing tanah C Harimau, belalang, lipas, nyamuk D Labah-labah, buaya, burung helang

5.

Rajah 2 Rajah 2 menunjukkan 3 jenis haiwan. Apakah persamaan ketiga-tiga haiwan di atas ? I. Cara membiak II. Cara bergerak III. Tabiat pemakanan IV. Cara melindungi diri

A B C D

I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

Lumut

Berudu

Ikan 9.

Bikar X Y Z

Suhu (C) 52 32 85

Bangau

6.

Rajah 3 Rajah 3 menunjukkan satu siratan makanan di sebuah kolam. Apakah yang boleh mewakili S dalam siratan makanan di atas ? A Katak B Udang C Ikan besar D Jentik-jentik

Jadual 2 Jadual 2 menunjukkan bacaan suhu di dalam 3 buah bikar yang berisi air. Antara susunan berikut, yang manakah menunjukkan urutan semakin bertambah haba yang terdapat dalam ketiga-tiga bikar ini ? A X, Y, Z B Y, X, Z C Z, Y, X D X, Z, Y

Rajah 5 Rajah 4 Rajah 4 menunjukkan satu litar elektrik yang lengkap. Ramalkan nyalaan mentol jika bilangan sel kering ditambah menjadi tiga dan mentol ditambah menjadi dua. A Lebih cerah B Lebih malap C Tiada perubahan D Mentol akan terbakar Litar P Q R S Bilangan sel kering 1 2 3 4 Bilangan mentol 3 2 4 1 10. Antara berikut, yang manakah sifat fizikal bagi haiwan di atas ? I. Berkaki empat II. Mempunyai cengkerang III. Membiak secara bertelur IV. Memakan tumbuhan hijau

7.

A B C D

I dan II sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

8.

Jadual 1 Jadual 1 menunjukkan empat buah litar elektrik dengan keadaan yang berbeza-beza. Susun kecerahan nyalaan mentol dalam jadual di atas mengikut tertib menaik.. A P, Q, R, S B Q, R, S, P C R, S, Q, P D S, Q, R, P

11. Ali mempunyai sekeping duit syiling satu ringgit. Apakah yang perlu dilakukan olehnya untuk menambah suhu duit syiling tersebut ? I. Letak duit itu di tengah panas II. Alirkan arus elektrik melalui duit itu III. Gosok duit syiling itu di atas permukaan simen

A B C D

I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja I, II dan III

12. Antara keadaan-keadaan berikut, yang manakah akan menyebabkan pantulan cahaya berlaku dengan lebih baik ? A Permukaan yang licin B Permukaan yang rata C Permukaan yang berkilat D Permukaan yang tidak rata

16. Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang kejadian gempa Bumi ? I. Berlaku di darat sahaja II. Berlaku di lapisan kerak Bumi III. Berlaku akibat pergerakan lapisan kerak Bumi secara mengejut IV. Pergerakan lapisan pada kerak Bumi akan menghasilkan gegaran

A B C D

I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV Anak Bulan Bulan Sabit Bulan Separa Bulan Purnama

Rajah 6 13. Rajah 6 menunjukkan sejenis alat muzik. Antara cara berikut, yang manakah menyebabkan bunyi terhasil pada alat muzik ini ? A Tiupan B Petikan C Gesekan D Menggoncang 14. Antara sifat-sifat bahan berikut, yang manakah merujuk kepada sifat gas ? A Boleh mengisi ruang B Boleh memenuhi ruang C Mempunyai bentuk yang tetap D Mempunyai isipadu yang tetap 15. Mencegah pengaratan mempunyai faedah-faedah tertentu. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah mencegah pengaratan ? I. Objek tahan lebih lama II. Menjimatkan perbelanjaan III. Objek kelihatan lebih cantik IV. Objek lebih selamat digunakan

17. Maklumat di atas menunjukan urutan fasa-fasa Bulan. Apakah yang menyebabkan fasa-fasa Bulan ini berlaku ? A Putaran Bumi di atas paksinya B Putaran Bulan di atas paksinya C Peredaran Bulan mengelilingi Bumi D Peredaran Bumi mengelilingi Matahari

Rajah 7 18. Rajah 7 menunjukkan batuan yang dinamakan asteroid. Batuan ini terletak di antara planet A Bumi dan Marikh B Musytari dan Zuhal C Uranus dan Neptun D Marikh dan Musytari 19. Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang tarikan graviti ? A Menarik semua benda ke pusat Bumi B Menyebabkan semua objek mempunyai berat C Membolehkan hidupan bergerak dengan mudah D Menyebabkan objek terapung di udara

A B C D

I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

Bola getah

Rajah 6 20. Rajah 6 menunjukkan sebuah binaan. Antara berikut, yang manakah mempunyai tahap kestabilan yang sama dengan binaan ini ?

Rajah 8 22. Rajah 8 menunjukkan 3 biji bola getah yang diisi ke dalam sebuah gelas.Ketiga-tiga biji bola itu kelihatan jelas dari luar dinding gelas. Antara berikut, yang manakah benar tentang sifat gelas di atas ? A Bahan legap B Bahan lut sinar C Bahan lut cahaya D Bahan semulajadi P Q R S Pacakkan sebatang kayu di kawasan lapang Catat pemerhatian tentang panjang bayang-bayang Sediakan pita pengukur yang sesuai Ukur panjang bayangbayang setiap satu jam

Rajah 7 21. Rajah di atas menunjukkan proses pembentukan awan. Antara fenomena berikut, yang manakah menyamai proses X ? I. Air sedang mendidih II. Menjemur kain basah III. Embun di permukaan rumput kering IV. Mengawet ikan secara pengeringan

23. Maklumat di atas menunjukkan susunan langkah-langkah satu penyiasatan. Antara susunan berikut, yang manakah benar ? A P, Q, R, S B Q, P, R, S C P, R, S, Q D S, P, Q, R W X Y Z Tolak bola getah ke arah dinding Letakkan sebiji bola getah di permukaan lantai Buat pemerhatian tentang arah gerakana bola getah Buat rumusan tentang kesan daya yang terhasil

A B C D

I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja I, II, III dan IV

24. Maklumat di atas menunjukkan langkah-langkah eksperimen mengkaji kesan daya. Antara susunan berikut, yang manakah benar ? A X, W, Y, Z C W, X, Y, Z B Y, Z, W, X D Z, W, X, Y

Pukul 3 petang

Pukul 11 pagi

27. Rajah 10 menunjukkan jarak yang dilalui oleh sebuah kereta mainan apabila ditolak di atas permukaan P, Q, R dan S. Antara berikut, rumusan yang manakah benar ? I. Permukaan S lebih licin daripada Q II. Permukaan P lebih kasar daripada S III. Permukaan Q, R, S lebih licin daripada P IV. Kereta mainan ini bergerak lebih laju di permukaan S berbanding R

Rajah 9 25. Rajah 9 menunjukkan kedudukan bayang-bayang pada waktu yang berbeza. Apakah yang menghasilkan pemerhatian ini ? A Kejadian siang dan malam B Putaran Bumi di atas paksinya C Matahari terbit dan tenggelam D Edaran Bumi mengelilingi Matahari 26. Seorang lelaki ingin memanjat pokok kelapa tetapi tidak berjaya kerana batangnya yang licin. Apakah yang perlu dilakukan supaya lelaki ini dapat memanjat pokok kelapa itu ? A Memakai kasut ketika memanjat B Berlatih memanjat sehingga mahir C Menggunakan tali ketika memanjat D Membina takuk pada batang pokok

A B C D

I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja I, II, III dan IV

28. Seorang murid tahun enam ingin melihat buruj menentukan arah mata angin ketika waktu malam. Antara berikut, buruj manakah yang perlu dilihat olehnya, jika ingin menentukan arah selatan ? A Pari B Biduk C Skorpio D Belantik Kawasan Bilangan Kilang J 100 K 350 L 50 M 80

Jarak gerakan

Jadual 3 29. Jadual 3 menunjukkan keputusan satu penyiasatan. Antara rumusan berikut, yang manakah benar ? A Kawasan J paling tercemar B Kawasan L suasananya bising C Pencemaran di L lebih teruk berbanding J D Pencemaran di K paling teruk berbanding J, L, dan M 30. Pernyataan manakah antara berikut tidak benar tentang gear ? A Sejenis mesin ringkas B Boleh mengurangkan geseran C Boleh mempercepatkan kelajuan D Setiap pasangan gear yang berlainan saiz berputar dengan laju yang sama

0 P Q R S Permukaan

Rajah 10

Bahagian B (20 markah) Jawab semua soalan. Tulis jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

Tahun 2000 Purata hasil Padi (tan) Bilangan orang-orang dalam setiap petak sawah Jadual 4 1. Jadual 4 menunjukkan maklumat satu penyiasatan yang telah dijalankan oleh Muslimin di sebuah sawah padi pada tahun 2000 dan 2001. Purata hail padi dan bilangan oran-orang dalam setiap petak sawah dicatatkan seperti di atas. 25 3 2001 40 10

(a) Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat untuk menerangkan perbezaan hasil padi pada tahun 2000 dan 2001. . . . (1 markah) (b) Nyatakan satu pemerhatian yang mungkin untuk menyokong inferens kamu di (a). ...... ..... (1 markah) Cadangkan satu hipotesis berdasarkan inferens kamu di (a) . . . (1 markah)

(c)

Penghasilan buah padi yang bermutu dipengaruhi oleh faktor penyemburan racun makhluk perosak.
(d) Bina satu hipotesis daripada kenyataan di atas. . . (1 markah)

Suhu air (C)

70 60 50 40 30 20 10 0 0 3 6 9 12 15 18

Masa (minit) Rajah 11 2. Rajah 11 menunjukkan perubahan suhu air dalam sebuah bekasyang diletakkan di sebuah bilik. Perubahan suhu air ini dicatatkan sehingga minit ke 18. Hasilnya adalah seperti jadual di atas.

(a) Nyatakan corak perubahan suhu air sebelum minit ke 12 dan selepas minit ke 12. . . . (1 markah) (b) Nyatakan dua pembolehubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan di atas. 1. 2. ... .. (2 markah)

(c) Berdasarkan data dalam Jadual 11, buat satu rumusan yang sesuai . . . (2 markah) (d) Bandingkan corak pengurangan suhu air sebelum minit ke 15 dan selepas minit ke 15. . . . (1 markah)

Minggu 1 2 3 4 5

Berat ayam di sangkar P (gram) 150 180 220 270 330 Jadual 3

Berat ayam di sangkar Q (gram) 150 210 280 360 450

3.

Jadual 3 menunjukkan maklumat penyiasatan tentang pertambahan berat ayam di sangkar P dan sangkar Q yang dicatatkan selama 5 minggu.

(a) Buat satu inferens untuk perbezaan pertambahan berat ayam di sangkar P berbanding pertambahan berat ayam di sangkar Q. . . . (1 markah) (b) Nyatakan corak perubahan berat ayam di sangkar P. . . (1 markah) (c) Berdasarkan corak perubahan berat ayam P dan Q, ramalkan berat ayam di sangkar P dan Q pada minggu keenam ; 1. 2. Berat ayam di sangkar P = Berat ayam di sangkar Q = (1 markah)

(d) Nyatakan dua pembolehubah yang perlu dikenal pasti dalam penyiasatan itu. 1. .

. (1 markah) (e) Nyatakan satu hipotesis yang boleh diuji dalam penyiaatan ini. . . . (1 markah)

2.

P Ditanam di tanah gambut

R Ditanam di tanah liat

Di tanam di tanah berpasir

4.

Rajah 2 Rajah 2 menunjukkan bahan dan radas yang akan digunakan dalam satu penyiasatan. Tumbuhan P, Q dan R yang sama jenisnya telah ditanam di tanah gambut, liat dan tanah berpasir. Ketiga-tiga tumbuhan ini berumur 3 minggu.

(a) Tuliskan satu tujuan eksperimen yang boleh dibuat dalam penyiasatan itu.
. . (1 markah)

(b) Berdasarkan tujuan eksperimen kamu di (a), nyatakan pembolehubahpembolehubah berikut ; 1. Pembolehubah dimanipulasi .. 2. Pembolehubah bergerak balas .. 3. Pembolehubah yang dimalarkan ..
(3 markah)

(c) Tuliskan satu hipotesis berdasarkan tujuan eksperimen kamu di (a)


. . (1 markah)

You might also like