P. 1
UCAPAN

UCAPAN

|Views: 177|Likes:
Published by Salmi Sabri

More info:

Published by: Salmi Sabri on Jan 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/20/2013

pdf

text

original

Perutusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Sempena Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 Alhamdulillah

, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan berkat kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh bermakna ini sempena meraikan sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan. Tarikh 1 Oktober yang jatuh pada hari ini merupakan Hari Warga Emas Kebangsaan. Mulai tahun 1992, Kerajaan Malaysia telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun sebagai sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan warga emas tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. ‘Warga Tua’ ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982. Statistik rasmi Banci Penduduk dan Perumahan Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011 menunjukkan hampir lapan peratus iaitu seramai 2.2 juta orang daripada 28.3 juta penduduk Malaysia merupakan golongan sudah berusia. Jumlah berkenaan diunjurkan untuk terus meningkat kepada 12 hingga 15 peratus menjelang tahun 2020 dan 2030. Warga emas merupakan golongan yang berpengalaman, berpengetahuan serta kaya dengan petua, kemahiran dan buah fikiran. Seperti kata pepatah, “orang tua lebih dulu makan garam”. Bagi mengiktiraf kepakaran dan pengalaman warga emas, Kerajaan juga telah meningkatkan umur persaraan dalam kalangan penjawat awam daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun berkuat kuasa pada tahun 2012. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Ketahuilah bahawa kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah hasil titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. Peranan yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha mengajar, mengasuh dan mendidik generasi muda adalah tidak ternilai. Janganlah kita menjadi seperti “ulat lupakan daun” selepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan. Warga emas telah banyak memberi sumbangan dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga,

penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan mereka menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Maka sudah semestinya. Oleh itu. terdapat anak yang sanggup mendera dan mencederakan ibu bapa. seluruh masyarakat adalah diseru supaya menghormati dan menghargai orang tua yang telah banyak mencurahkan tenaga. amalkan nilai-nilai kekeluargaan dan penjagaan warga tua serta rasa tanggungjawab dan sayang terhadap orang tua supaya dapat mewujudkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai penyayang dan bertimbang rasa. “Seorang ibu mampu menjaga 10 anak. Lebih menyedihkan lagi. Kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang berumur. Ia bukan sahaja tanggungjawab sosial tetapi ia adalah tuntutan ajaran semua agama. Guru-guru dan murid-murid. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke rumah-rumah kebajikan. Berita di akhbar dan televisyen ada menunjukkan bahawa sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibu bapa semakin banyak berlaku dalam masyarakat. masa dan sebagainya demi kesejahteraan keluarga. namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu”. Senario ini beserta Hari Warga Emas yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun secara tidak langsung memperingatkan kita bahawa kita semua bakal menjejaki usia tua jika dikurniakan Tuhan umur yang panjang. idea.masyarakat dan negara. semangat kekeluargaan yang jitu dan mantap perlu dipertingkat dan diperkukuhkan secara berterusan. pakaian. Malah. Ini adalah ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham maknanya dengan mendalam. tempat tinggal selesa dan sebagainya. Oleh yang demikian. mentaati dan berbuat baik kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita adalah amalan yang wajib dan mulia serta harus berterusan. Sebagai anak kita perlu sedari. masyarakat dan Negara. wang ringgit. Fahamilah . adalah wajar mereka mendapat perhatian. produktif dan sihat. Sehubungan itu. Anak-anak perlu menjaga ibu bapa semasa ibu bapa sihat atau ketika mereka sakit seperti menjaga makan minum. Sebagai generasi muda. menjadi tanggungjawab sosial dan komitmen Kerajaan dalam menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan bagi membolehkan warga emas dapat hidup secara aktif. bahawa menghormati. pernah terjadi anak membunuh orang tuanya disebabkan wang atau harta.

Kedua ibu bapa mencari nafkah. jangan sekali-kali meninggikan suara. kita haruslah menyayangi warga emas.ungkapan ini kerana kita tidak mahu timbul fenomena ibu bapa diabaikan dengan meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja rumah-rumah kebajikan. perasaan kasih sayang. Murid-murid. mengasuh dan mendidik kita sejak kecil sehingga dewasa. ambillah peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk menyematkan perasaan cintakan agama. Oleh yang demikian. sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat dalam kalangan ahli keluarga. Tanpa mereka. bangsa dan negara. Oleh itu. mengherdik. Warga tua merupakan orang yang sepatutnya kita hargai. Sebagai generasi muda. Pupuklah rasa tanggungjawab. Mereka telah menaburkan jasa dan budi yang tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat. terima kasih. Janganlah melakukan perbuatan yang boleh mengguris perasaan kedua-duanya. murid-murid menjadi harapan dan pewaris negara di masa hadapan. mencaci dan berkata dengan perkataan yang tidak sopan. Pastikanlah tatkala bercakap dengan orang yang lebih tua dari kita. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak-anak dan keluarga. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. tiada seorang pun daripada kita yang mahu diabaikan apabila usia mencecah tua. nescaya semua orang di sekeliling kita juga akan menghormat dan berbuat baik kepada kita. . Ingatlah! usia muda tidak kekal selama-lamanya. Hargailah warga emas! Sekian. Berdoalah selalu kepada Tuhan memohon agar mereka sentiasa diampuni dan dilimpahi rahmat oleh Tuhan. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dalam kandungan lagi itu begitu besar dan tidak ternilai harganya. Saya menyeru agar kita semua menghargai sumbangan warga emas dan melayan mereka bak menatang minyak yang penuh kerana warga emas adalah permata yang tiada tandingannya. Kerana itu. akan tiba masanya kita juga menjadi tua. jadilah generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di masa hadapan. Dan pastinya. Amalan ini sebahagian daripada tanda menghargai golongan tua terutama sekali kedua ibu bapa kita yang banyak berjasa dan berkorban demi kebahagiaan keluarga. keluarga dan masyarakat yang ada pada hari ini tidak akan wujud dan kita kemungkinan hidup dalam keadaan yang tidak aman. hormatilah dan berbuat baiklah kepada orang tua sepanjang hidup kita.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->