You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN NAKA 06350 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.

___________________________________________________________________________________ _ "KEDAH GEMILANG" Rujukan Kami: Bil(01)dlm.SKN.10/02/13 Tarikh : 10 FEBUARI 2013 Pn Intan Nozra bt Abdul Ghani Pn. Tuan / puan, Pelantikan Sebagai Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Sek. Keb. Naka 2013 Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat tuan Bil(01)dlm.SKN.10/02/11 bertarikh 10 FEBUARI 2013. 2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas hasrat tuan untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda Sek. Keb.Naka. Kelulusan penubuhan tersebut di sekolah ini berkuatkuasa pada 1 Febuari 2013. 3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati melantik tuan sebagai guru penasihat dan mewakili saya untuk menjalankan tugas, kuasa dan tanggungjawab dalam kelab tersebut, dan tuan harus berikrar akan menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya. 4. Sekiranya tuan lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka tuan boleh dikenakan tindakan mengikut Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, ......................................................... (EN.ABU SOFIAN B MOHAMAD NASIR) Guru Besar, Sek. Keb.Naka s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 2. GPK Kokurikulum