You are on page 1of 10

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.

Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk membentuk warga berintegriti.

Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza.Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza.Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat yang membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawah bumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.

Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasuruddin Shah pada 31 Ogos 1970.Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara.Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia.

Ekoran dari rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara,lantas Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara.MAGERAN kemudiannya telah mewujudkan Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan Strategi Perpaduan Nasional.Pada tarikh kemerdekaan negara 31 Ogos 1970, ideologi negara iaitu Rukun Negara mula diperkenalkan.

Matlamat utamanya adalah untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.Rukun Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara yang telah berjaya memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Ia adalah sesuatu yang sentiasa relevan dalam konteks negara kita.

Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan.Di Malaysia,agama Islam adalah agama rasmi negara seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.Namun hak beragama juga diberikan kepada semua rakyatnya.Mereka bebas menjalankan atau mengamalkan kepercayaan masing-masing dengan aman dan tenteram walau di mana bahagian di dalam Persekutuan namun tindakan amalan diskriminasi berasaskan alasan perbezaan agama ditegah sama sekali.

Pentingnya prinsip pertama Rukun Negara ini untuk kita hayati adalah kerana manusia yang berpegang kepada agama mudah untuk diuruskan.Mana-mana agama sekalipun menggalakkan kebaikan dan menegah melakukan perkara yang terlarang.Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.Di Malaysia terdapat masjid, tokong, kuil-kuil dan gereja Ini dengan jelas membuktikan bahawa prinsip pertama rukun negara dipraktikkan oleh kerajaan.Lantaran itu, kenapa mesti wujud demonstrasi yang kononnya di Malaysia penganut-penganut agama tertentu dikekang daripada melaksanakan kepercayaan mereka?Apakah benar tuduhan mereka ini?

Isu agama amat sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.Mana-mana perkara yang menyentuh sensitiviti perkauman amat dipandang serius oleh kerajaan.Justeru itu, kerajaan tidak menggalakkan isu seperti ini dibincangkan secara terbuka.Lebih ditakuti apabila isu sebegini

diperalatkan oleh individu-individu atau badan-badan tertentu untuk kepentingan peribadi atau politik mereka.

Prinsip kedua rukun negara adalah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.Yang Di Pertuan Agong selaku khalifah yang tertinggi di Malaysia perlu ditaati.Begitu juga kepada raja-raja dan sultan yang memerintah.Jangan menderhaka kepada Raja dan Negara.Pentingnya prinsip rukun Negara yangb kedua ini adalah kerana itulah kunci kepada keamanan di negara kita.Rakyat dituntut untuk setia kepada raja dan negara.Prinsip ini secara jelas mengakui bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Negeri.Raja adalah lambang kesatuan dan penyatuan rakyat serta pelindung hak istimewa kaum peribumi.Menderhaka kepada Raja bermaksud menderhaka kepada negara.Setiap rakyat sesebuah negara itu wajib setia kepada negara sekiranya mereka mengakui diri mereka adalah rakyat negara itu.

Apa akan jadi sekiranya ada golongan yang memperalatkan Raja demi kepentingan politik mereka?Apa akan jadi sekiranya kesetiaan yang ditunjukkan bukan kepada Raja negara ini tetapi kepada Raja di luar Negara?Apa akan terjadi sekiranya ada tindakan mengundang campur tangan pemimpin negara luar dalam hal ehwal dalaman negara sendiri.Dalam senario ini, rasa cinta dan setia mereka kepada Raja dan negara boleh dipertikaikan.

Prinsip ketiga Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan.Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan

Perlembagaan Negara.Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini.Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang.Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara.Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman.Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Prinsip keempat Rukun Negara adalah Kedaulatan Undang-Undang.Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur.Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar.Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).Rakyat dituntut untuk mematuhi undang-undang dan ditegah

melanggarinya.Rakyat bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang negara kerana dengannya kita akan hidup aman dan damai.

Undang undang perlu diberi keutamaan kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.Ia merupakan peraturan dan tatacara perlakuan untuk memastikan negara sentiasa selamat daripada ancaman dalaman dan luaran.Undang-undang dapat menjamin kehidupan anggota masyarakat agar bergerak dengan licin dan teratur seterusnya dapat melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undangundang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara.Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara.Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi.Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

Prinsip ke lima rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila sejajar dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.Tingkah laku

sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Pentingnya prinsip yang kelima ini adalah untuk menjamin masyarakat yang harmoni tanpa perbalahan kaum.Sikap saling hormat menghormati akan lahir dalam diri kita jika kita sama-sama mengamalkan prinsip ini.Sikap kesopanan ini perlu lahir dalam setiap jiwa manusia tanpa mengira bangsa, agama atau perbezaan darjat barulah rakyat Malaysia hidup aman dan damai tidak seperti yang berlaku di negara-negara lain.Sini sana peperangan kita dengar di dada akhbar dan juga kaca televisyen.Rusuhan kaum yang berlaku di mesir adalah disebabkan beberapa isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik.Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, korupsi pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya.Lihatlah apa yang bakal terjadi kepada negara kita sekiranya lima prinsip rukun Negara ini tidak kita fahami dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalanpersoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.

Rukun Negara, falsafah kebangsaan kita, telah sekian lama menyatukan rakyat Malaysia.Walaubagaimanapun, kepentingan falsafah ini telah dilupai oleh generasi muda pada hari ini.Oleh itu, mereka perlu diingatkan tentang kepentingannya.

Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat sejak belakangan ini.Ini berpunca daripada kurangnya penghayatan terhadap Rukun Negara.Bagi mengingatkan rakyat pentingnya prinsip Rukun Negara dipertahankan, kerajaan melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara.Semangat Rukun Negara yang tersemadi dalam sanubari rakyat sejak lebih 35 tahun dahulu perlu terus dikekalkan.Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang

lebih menghormati kaum-kaum lain.Malah boleh mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolak ansur yang boleh menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan di negara yang didiami rakyat berbilang kaum dan agama.

Sejak dari bangku sekolah lagi kita dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama di negara ini.Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip ini adalah antara resipi kejayaan Negara dalam menyatupadukan rakyat.Walau bagaimanapun penghayatan Rukun Negara kini semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia apabila mereka dewasa.

Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang.Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita?

Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi,"bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ".Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi"Satu Malaysia".Walau bagaimanapun, alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari kian ditelan dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini.Untuk mengelakkan semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja, institusi keluarga memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi ,teladan ibu bapa atau lebih dikenali sebagai "role model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga.Sempena sambutan perayaan, ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka.Secara tidak langsung,

amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat.Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .

Di samping itu, memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi.Pada realitinya, ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek.Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat, pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum .

Selain itu, semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN, RIMUP dan sebagainya.Maka, program-program khas yang diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antara generasi muda.Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka, bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".

Bukan itu sahaja, langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anakanak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu bapa.Ibu bapa perlu menekankan bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini.Sebagai analoginya, generasi muda yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air sendiri.Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem, drama dan iklan yang bertemakan perpaduan antara kaum.Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan

inovatif.Maka, pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik ini.Rentetan itu, wujudlah garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian.

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni.Untuk merealisasikan matlamat ini, iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum, segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi- nafsi bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing .Sebagai intihanya, iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan berperanan signifikan. Sejak dari kecil juga, ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka mengaji al-quran bagi yang beragama Islam, mengajak mereka berjemaah di surau ataupun masjid dan menghantar mereka ke kelas-kelas agama.Dengan ini, nilai-nilai agama dapat disemai dan dibaja sejak dari usia yang masih kecil lagi.Penerapan nilai-nilai murni ini akan melahirkan generasi muda yang mempunyai sikap kesopanan yang tinggi, menghormati orang yang lebih tua, tidak bersikap kasar dengan sesiapa sahaja dan sekaligus prinsip pertama dan kelima rukun Negara telah dipraktikan. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat.Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan danmempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Rujukan

http://www.scribd.com/doc/13947808/Rukun-Negara