P. 1
Pemilihan Bahan Kartun dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Pemilihan Bahan Kartun dalam Pengajaran Bahasa Melayu

4.88

|Views: 13,450|Likes:
Published by rabiatul adawiah

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: rabiatul adawiah on Feb 10, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

06/29/2015

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0 Apa Itu Bahan Bantu Mengajar?

1.1 Definisi

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

1

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987) beliau

berpendapat,

bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.

2

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan

pembelajaran dan boleh menimbulkan ransangan dan keingainan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

1.2 Jenis Media Bahan Bantu Mengajar

Media

merupakan

alat

atau

perkakasan

yang

digunakan

bagi

menyampaikan maklumat kepada manusia. Media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar terdiri daripada media cetak dan media elektronik. Media menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua 2007 didefinisikan sebagai pelbagai alat saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada kertas atau kain. Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara konseptualnya bahawa media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak. Antara contoh bahan bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan sebagainya.

Manakala media elektronik pula adalah media yang menggunakan alat elektrik dan komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio, cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan kaset.

3

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.0 Bahan Kartun

2.1 Definisi Kartun

Perkataan kartun berasal daripada Bahasa Inggeris cartoon. Menurut A. S Hornby dalam Mat Nor Husin (1988) kartun adalah lukisan tentang peristiwaperistiwa harian yang digambarkan secara menyeronokkan. T. Iskandar dalam buku yang sama pula mentafsirkan kartun sebagai sejenis lukisan yang mengisahkan hal sehari-hari secara berjenaka.

Kartun juga merupakan bentuk utama komunikatif

grafik yang berupa

suatu gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis lukisan berbentuk universal yang menggambarkan peristiwa harian yang disampaikan secara lucu dan jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam maksud yang lebih mudah, kartun merupakan persembahan lakaran atau bentuk-bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif sindiran dan kecerdikan. Kartun mempunyai daya penarik yang unik serta boleh mempengaruhi sikap dan pelakuan pembaca.

Dewasa ini, penggunaan kartun sebagai salah satu bahan hiburan dan jenaka telah berkembang dengan pesatnya sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Akhbar dan majalah kini sudah menyediakan

4

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

ruangan-ruangan kartun di samping rencana-rencana lain untuk menarik minat pembaca dan sebagai bahan selingan untuk meredakan keteganagan.

Selain menjadi penyaji humor, kartun lebih berfungsi sebagai bahan kritikan sosial. Sesebuah lukisan kartun sering mengungkapkan dan

membicarakan tentang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, isu semasa dan sesuatu kejadian penting secara terus terang atau kiasan. Isu pergolakan politik, ekonomi dan sosial seringkali menjadi bahan cerita yang disampaikan secara humor untuk dijadikan renungan pembaca khususnya. Secara tidak langsung, kartun juga boleh menyinggung dan mengecam seseorang yang terlibat dengan sesuatu kepincangan secara halus dan sinis. Walaubagaimanapun kartun mempunyai nilai estetik dan menyeronokkan.

Watak-watak kartun seperti Mickey Mouse, Popeye atau Din Teksi mempunyai keajaiban dalam merangsang komunikasi kanak-kanak. Guru sepatutnya menggunakan keajaiban ini sebagai salah satu pendekatan dalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid. Bahan kartun ini boleh menjadi penggerak di dalam situasi-situasi tertentu. Misalnya, kartun Din Teksi atau Keluarga Si Mamat boleh dijadikan sumber kepada perbincanagan karangan kerana kartun ini biasa mengetengahkan jalan cerita yang berkaitan isu semasa.

Ciri-ciri yang jelas terdapat pada kartun ialah lukisannya agak ringkas, tidak banyak butiran, stereotaip dan mudah difahami dan dikenali. Mesej kartun

5

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

biasanya segar dan jelas. Jika pembaca telah biasa dengan idea di sebalik mesej, dia akan memahami kartun lebih cepat daripada penjelasan penyunting berkenaan. Selain itu, kartun mudah diperolehi sama ada daripada akhbar, majalah, buku, internet atau boleh dilukis oleh guru. Dalam era teknologi maklumat kini kartun dalam bantuk animasi juga boleh digunakan. Murid akan lebih seronok kalau mereka dapat melihat kartun yang bergerak dan bersuara iaitu beranimasi. Namun, guru perlu bijak dalam menyesuaikan penggunaaan bahan kartun ini dalam sesi pembelajaran.

2.2 Sejarah Perkembangan Kartun

Kartun telah dimanipulasikan untuk dijadikan bahan selingan dalam akhbar sejak T.M. 1630 di Barat. Majalah Punch di London yang memuatkan kartun high class telah menjadikan John Leech iaitu kartunis kartun tersebut menjadi seorang yang terkenal. Di Malaysia sejarah pengkartunannya bermula sebelum era kemerdekaannya lagi iaitu sebelum perang dunia kedua. Namun begitu di awal era pengkartunan ini kartun yang tersiar terutama yang bertemakan politik dan sosial agak terbatas. Antara perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya pelukis kartun yang berkaliber dan berani menerokai kerjaya ini sebagai profesion sepenuh masa dan penguasaan penjajah terhadap kilang percetakan ketika itu. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam industri kartun tanah air pada masa itu ialah Osman Kangkung dan Saidin Yahya.

6

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Selepas era kemerdekaan, akhbar-akhbar mula menerbitkan kartun walaupun hanya sebagai selingan dan kartun sindir politik dan kritikan sosial hanya sesekali disisarkan. Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati daripada para peminat filem-filem Melayu. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir daripada majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R. Hamzah Hussain Saad, Kassim(Mojo) dan ramai lagi yang terdiri daripada pelbagai lapisan kerjaya. Misalnya, Rejabhad yang merupakan kartunis dari pasukan askar Melayu manakala Rossem pula dari pasukan Polis Hutan. Sehingga sekarang Lat boleh dikatakan sebagai kartunis yang paling berjaya.

Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano, Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980-an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis bekarya termasuk Kerengge dan Long. Don,

Penerbitan kartun dalam bentuk majalah nampaknya sudah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana mendapat sambutan yang hangat daripada

7

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

peminat-peminat kartun. Majalah Bujal terbitan Rizalman adalah contoh sebuah majalah yang mendapat tempat di hati kanak-kanak pada tahun 1980-an. Antara karakter-karakter kartun yang masih meniti di bibir peminat kartun adalah seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB). Kini, bidang pengkartunan ini telah dipelopori dengan meluas dengan adanya pelbagai jenis majalah kartun di pasaran seperti Ujang, Kawan, Gila-gila, Apo? dan banyak lagi. Selain itu, seiring dengan teknologi bidang ini juga telah mengorak langkah dalam penciptaan kartunkartun animasi yang menggunakan komputer seperti Budak Lapok, Upin dan Ipin dan lain-lain yang dibuat untuk menarik minat kanak-kanak dan memberi

pengetahuan kepada mereka. Penciptaan kartun-kartun yang penuh dengan mesej ini bukan sahaja menarik minat golongan kanak-kanak malah golongan dewasa juga.

2.3 Jenis-Jenis Kartun-Bidang Kartun dan Ilustrasi

2.3.1 Kartun Gag

Kartun Gag atau kartun murni ialah satu lukisan yang memberi gambaran tentang kehidupan seharian manusia yang merangkumi ahli-ahli politik, kerajaan, kelemahan-kelemahan manusia dan pendirian mereka. Kartun ini amat terkenal khususnya untuk siaran akhbar dan majalah.

8

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.3.2 Kartun Politik

Kartun politik

menitikberatkan sasaran pada masalah-masalah politik.

Kartun jenis ini sangat berpengarauh kerana biasanya ia menyokong sesuatu isu politik atau mengecamnya. Lazimnya ia menggambarkan pendapat seseorang pengarang sesebuah akhbar yang diwakili. Ia juga menunjukkkan keadaaan semasa dan perlukan perhatian segera.

2.3.3 Kartun Perniagaan

Kartun jenis ini biasanya akan mengiklankan sesuatu barangan yang dikeluarkan oleh syarikat atau penjualan rumah serta perkhidmatan seperti perkhidmatan rawatan, penjualan perabot dan sebagainya. Kartun ini kan menerangkan tentang kebaikan barangan tersebut dengan tujuan membujuk. Dalam kartun ini kan disertakan dengan nama pengiklan untuk rujukan pembaca yang berminat.

2.3.4 Kartun Karikatur

Karikatur sebenarnya kartun yang telah dilukis dengan melakukan perubahan pada wajah atau bentuk seseorang. Contohnya hidung menjadi besar atau mata kecil dan sebagainya. Kartun ini lebih menonjolkan karakter seseorang melalui bentuknya. Kartun ini juga mendedahkan dan

9

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

memperbesarkan sifat atau kelemahan seseorang atau sesuatu kumpulan. Tujuannya adalah untuk menimbulkan rasa kurang percaya orang ramai terhadap mereka kerana kelemahan-kelemahan itu. Kartun ini digunakan untuk mengkritik secara jenaka dan mempunyai maksud tersirat disebalik karakter yang direformasi.

2.3.5 Kartun Komik Bersiri

Kartun komik bersiri(strip cartoon) biasanya dilukis secara bersiri dalam bentuk cerita. Cuma ada penceritaannya dibuat secara ‘kartun’ walaupun cerita itu benar. Contohnya kartu bersiri ‘Din Teksi’ yang bertujuan untuk memikat dan memberi pengetahuan kepada pembaca khususnya kanak-kanak.

2.3.6 Kartun Animasi

Kartun animasi ialah kartun yang dapat bergerak atau hidup secara visual dan bersuara. Kartun ini terdiri daripada susunan gambar yang dilukis dan dirakam seterusnya ditayangkan di televisyen atau filem. Kartun jenis ini merupakan bahagian penting dalam industri perfileman pada masa ini.

10

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.3.7 Kartun Klise(Clishe)

Kartun ini merupakan lakaran kartun yang tidak semestinya humor, yang selalu diulang-ulang hingga memikat pembaca dengan olahannya contohnya; nasib pengembara di pulau yang terpencil, memancing ikan dapat kasut atau benda-benda lain,makhluk asing yang garang dan sebagainya.

2.3.8 Kartun Klasik

Kartun ini lebih digunakan bagi tujuan kesusasteraan, kartun-kartun yang berunsur cerita-cerita rakyat dan sejarah boleh digunakan dalam pengajaran. Umpamanya sedutan kartun daripada sejarah melayu seperti Hang Tuah, Badang, Hang Jebat dan sebagainya daripada majalah dan akhbar tempatan.

3.0 Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kartun

Sukatan

Pelajaran

Bahasa

Melayu

sekolah

menengah

digubal

bersesuaian dengan Bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa berinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahami sesuatu bacaan. Penggunaan bahasa ini berteraskan empat kemahiran bahasa iaitu, mendengar, bertutur, menulis dan membaca. Dalam mencapai kemahiran berbahasa ini guru perlu menyediakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid. Oleh yang demikian,

11

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

penggunaan kartun sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu alternatif yang amat unik dan bijak boleh digunakan oleh para guru. Bahan kartun ini boleh disesuaikan sebagai bahan ransangan atau set induksi dalam pengajaran. Biasanya penggunaan bahasa yang digunakan dalam kartun ringkas dan memudahkan murid memahami mesej yang ingin disampaikan.

3.1 Objektif penggunaan kartun sebagai media pengajaran

Kartun digemari oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya daripada golongan kanak-kanak. Sesuatu yang baik akan meninggalkan kesan yang baik kepada kita. Oleh sebab itu, jika bahan kartun digunakan dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kepada pelajar. Antara objektif penggunaan kartun sebagi media pengajaran ialah:

a) Membantu memberi ransangan dan motivasi kepada murid-murid untuk terus mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokkan. b) Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Bahan kartun boleh diguna untuk menggerakkan daya pengamatan dan pemikiran pelajar berkenaan masked sebenar yang ingin disampaikan guru dalam pelajaran. Menurut Heinich dalam Mat Nor Husin bahan kartun bukan sahaja membawa unsur kelucuan bahkan boleh memberi kesan kepada pembelajaran.

12

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

c) Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan manusia. d) Kartun juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah

menumpukan minat terhadap penggunaan kartun yang bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. e) Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan bahan kartun.

3.2 Kriteria Pemilihan Bahan Kartun

Oleh kerana terlalu banyak kartun yang dihasilkan kini, guru-guru perlu menilai dan memilih kartun yang sesuai yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kartun-kartun yang terdapat di

pasaran kini lebih bersifat komersil dan keuntungan. Maka, bagi tujuan pendidikan terdapat beberapa kriteria pemilihan bahan kartun yang baik dan sesuai bagi tujuan pengajaran . Antaranya ialah:

13

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

a) Bahan

kartun mestilah sesuai dengan murid, mempunyai kolerasi

dengan pengalaman mereka agar mudah difahamai dan ditafsir. Boleh menarik minat mereka serta berdasarkan kebolehan penguasaan bahasa dan kecerdasan otak mereka. b) Kartun yang dipilih mudah dan ringkas serta mengandung dialog yang singkat, kemas, dan jelas serta simbol yang tidak mengelirukan pelajar. c) Pilih kartun yang menggunakan perkataan, rangkai kata dan ayat yang bersesuaian dengan umur ,kognitif, persekitaran , tujuan belajar dan sebagainya. Kartun ini juga perlu menggunakan bahasa standard dan sebarang kekeliruan bahasa guru harus menjadi pembimbing. d) Pilih kartun yang sesuai dengan panduan di dalam sukatan pelajaran. Antara reka bentuk atau ‘stroke’ haruslah tidak berbentuk lucah, mengandung personaliti atau sahsiah yang bermoral tinggi, personaliti berkebudayaan Malaysia, tidak menyemakkan pandangan dan lakaran gambar yang ringkas. e) Mempunyai pengajaran. f) Tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya, politik dan aspirasi negara. latar belakang yang bersesuaian dengan objektif

14

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3.3 Cara Menggunakan Kartun Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

3.3.1 Pengajaran Jenis-jenis Ayat

Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara. Melalui pengajaran jenis-jenis ayat ini guru boleh menumpukan kepada kemahiran bertutur dan membaca yang dimiliki oleh murid. Ini kerana, aktiviti yang dijalankan lebih sesuai dijalankan secara lisan iaitu membaca berdasarkan tanda baca yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat seru yang mempunyai tanda seru dan cara menuturkannya juga mempunyai intonasi yang tersendiri dan berbeza dengan ayat tanya. Oleh itu, untuk mengajarkan penggunaan jenis-jenis ayat ini supaya lebih menarik bahan kartun boleh digunakan. Antara langkah yang boleh dilakukan guru adalah:

a) Guru memaparkan satu ilustrasi kartun yang besar dan ditampal di papan hitam. Gambar kartun tersebut mengandung perbualan dan penerangan (rujuk lampiran rajah 1.7). Kartun bersiri ini bertajuk ’Main Laga Getah’, yang menggunakan ragam ayat yang berbeza. b) Guru memilih dua orang murid untuk membaca dialog kartun tersebut menggunakan intonasi yang betul. c) Selain itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video kartun yang memaparkan perbualan yang menggunakan jenis ayat yang akan diajar. Contohnya perbualan yang mengandungi ayat tanya.

15

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

d) Kemudian guru meminta murid memberitahu jenis ayat yang digunakan oleh kartun tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka . e) Guru akan bertanyakan murid tentang kefahaman mereka tentang ayat tersebut dan kemudiannya guru menerangkan ciri-ciri empat ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu, ayat seru, ayat perintah, ayat tanya dan ayat penyata. f) Dalam aktiviti ini guru perlu memberi penekanan terhadap intonasi, jeda dan bacaan yang betul yang digunakan murid. Ini kerana, penggunaan intonasi yang salah boleh membuatkan pelajar sukar untuk membezakan cara untuk bercakap dengan betul. g) Melalui aktiviti ini juga guru dapat memenuhi hasil pembelajaran interpersonal yang memerlukan murid dapat bercakap menggunakan frasa, rangkai kata serta ungkapan secara bertatasusila. h) Sebagai pengukuhan, guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi gambar kartun yang bahagian perbualannya telah dikosongkan dan meminta murid mengisi tempat kosong tersebut seterusnya melakonkan sesi perbualan berdasarkan kefahaman mereka terhadap situasi yang berlaku dalam gambar kartun tersebut. i) Aktiviti ini juga boleh dilakukan untuk mengajar dialog kepada muridmurid.

16

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3.3.2

Pengajaran Karangan

Selain dalam pengajaran tatabahasa tentang jenis-jenis ayat, guru juga boleh menggunakan bahan kartun ini untuk mengajarkan karangan kepada murid-murid. Aktiviti penulisan menggunakan kartun ini bertujuan untuk membantu murid menguasai kemahiran mekanis dan menulis secara spontan. Selain itu, murid juga dapat membuat intepretasi sendiri terhadap apa yang mereka nampak. Antara langkah untuk mengajarkan karangan menggunakan bahan kartun ialah:

a) Guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi gambar kartun bersiri. b) Dalam gambar tersebut terdapat dialog yang dalam kartun berkenaan. Contoh kartun yang digunakan ialah kartun gag yang bertajuk ’Sungai oh Sungai’ (rujuk lampiran rajah 1.2) Kemudian guru boleh meminta pelajar untuk memberitahu tentang mesej utama yang ingin

disampaikan melalui perbualan kartun tersebut. Mesej kartun tersebut ialah pencemaran sungai. c) Selepas itu, guru dan murid akan berbincang tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai dan kesannya kepada kehidupan. d) Murid kemudiannya dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghuraikan satu isi karangan yang telah

17

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

dibincangkan dalam bentuk perenggan dan ditulis di atas kertas mahjung. e) Kemudian setiap kumpulan diminta membentangkan huraian isi yang mereka peroleh. Guru akan berbincang bersama murid tentang cara penulisan setiap kumpulan dalam menghuraikan isi masing-masing dan pembetulan akan dilakukan sekiranya terdapat kesalahan. f) Melalui aktiviti ini, murid dapat bertukar idea dan melahirkan idea yang bernas serta dapat mengetahui cara untuk memperkuatkan isi yang mereka bentangkan. Selain itu, murid juga dapat mengetahui cara untuk mencapai persetujuan dalam kumpulan. g) Setelah mengetahui cara untuk menulis dan menghuraikan isi, muridmurid diminta untuk menulis karangan berdasarkan satu gambar kartun yang lain pula dengan tajuk yang berbeza. Contoh (rujuk lampiran rajah 1.3) kartun ini merupakan kartun gag yang bertajuk ’Berhati-hati di Jalan Raya’ dan murid perlu menulis karangan yang berfokuskan kepada faktor-faktor dan cara mengatasi kemalangan jalan raya.

3.3.3 Pengajaran Peribasa atau Simpulan Bahasa

Guru juga boleh menjadikan kartun ini sebagai permainan bahasa bagi kemahiran membaca, di mana murid perlu menyesuaikan gambar situasi kartun dengan peribahasa yang sesuai. Aktiviti ini lebih menumpukan terhadap

18

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

membaca secara mekanis dan kefahaman serta penaakulan. Antara langkah pengajaran yang boleh dilakukan untuk mengajarkan peribahasa atau simpulan bahasa menggunakan kartun adalah seperti berikut:

a) Guru mengedarkan ilustrasi kartun yang menggambarkan satu situasi yang berkaitan dengan peribahasa. Contohnya gambar kartun gag bertajuk ’kantoi’ yang memaparkan tentang seorang pelajar yang di tangkap ketika meniru semasa peperiksaan (rujuk lampiran

rajah 1.4). Selain gambar, guru juga boleh menayangkan video tentang kartun yang berkaitan dengan peribahasa akan di ajar. b) Kemudian guru meminta murid-murid melihat gambar kartun itu dan meminta beberapa orang murid tampil untuk memberikan peribahasa yang paling sesuai mewakili situasi gambar berkenaan. Pilihan peribahasa dan maksud perlu di tampal di papan hitam secara rawak. c) Seterusnya murid dikehendaki memilih maksud peribahasa yang betul dan tersebut membina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. d) Guru kemudiannya memaparkan gambar kartun klasik yang berlainan bertajuk ’Si Tanggang Derhaka’(rujuk lampiran rajah 1.9) di papan hitam dan meminta murid untuk memberitahu peribahasa apa yang paling bersesuaian dengan situasi yang terdapat pada gambar tersebut dan maksud disebalik peribahasa tersebut. f) Setelah dapat mamahami maksud peribahasa atau simpulan bahasa

19

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

murid dikehendaki membina ayat sendiri yang mempunyai peribahasa atau simpulan bahasa yang telah dipelajari. Sebagai pengukuhan guru akan megedarkan soalan yang mengandungi tempat kosong dan perlu diisi oleh murid dengan peribahasa atau simpulan bahasa yang sesuai. g) Dalam aktiviti ini guru perlu membimbing murid dalam usaha mereka memberikan jawapan yang tepat. Sekiranya tafsiran yang dibuat salah maka guru harus membetulkannya agar interpretasi mereka tidak terpesong jauh daripada maksud sebenar peribahasa dan matlamat pembelajaran. Aktiviti ini banyak menekankan murid supaya membaca dan memahami arahan .

4.0 Kebaikan Penggunaan Kartun Dalam Pengajaran

Bahan kartun memang salah satu media bahan bantu mengajar yang menarik untuk digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Jika disesuaikan dengan konteks situasi dan kognitif murid, bahan itu boleh meransang penglibatan keseluruhan kelas. Dengan ini jelas menunjukkan penggunaan kartun sudah pastinya mempunyai kebaikan yang tersendiri. Antara kebaikan penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa ialah:

a) Kartun ialah bahan yang umumnya digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Watak-watak lucunya dapat menarik minat pembaca.

20

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

b) Penggunaan bahan ini juga akan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dalam suasana yang gembira dengan telatah kartun dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej. Ini membolehkan seseorang guru itu mendapat tindak balas yang berkesan daripada pelajarnya. Dengan ini, dapat memberi keyakinan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu. c) Dapat menimbulkan ransangan serta galakkan untuk melukis. Hal ini penting bukan sahaja kepada murid malah guru. Melukis kartun memerlukan latar belakang, pengetahuan dan panduan yang luas. Usaha ini akhirnya kan membina daya kreativiti seseorang guru dan menjadikan murid kreatif dan kritis. Ini kerana, kartun berpotensi menyelaras dan menyatupadukan penggunaan hemisfera kanan dan hemisfera kiri otak manusia dalam satu pengajaran. d) Bahan kartun boleh digunakan dalam pelbagai aspek kemahiran bahasa. Misalnya dalam pengajaran lisan; lukisan kartun bersiri boleh digunakan. Manakala dalam mengajar aspek pemahaman, soalansoalan yang dibina daripada rentetan cerita dan dailog-dailog boleh digunakan guru. Seterusnya untuk pengajaran aspek tatabahasa, dailog-dailog kartun yang menggunakan bahasa pasar boleh ditukar menjadi ayat yang gramatis atau melakukan aktiviti menukar cakap ajuk dan cakap pindah. Kartun juga dapat membantu dalam aktiviti praktikal seperti perbualan dan lakonan.

21

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

e) Kritikan-kritikan melalui kartun contohnya seperti kartun gag dan kartun politik yang penuh dengan mesej dapat menolong berfikir ke arah pemikiran yang lebih kritis dan berpandangan jauh. f) Disebabkan kartun merupakan bahan yang menarik dari segi lukisannya dan segar dari sedi karakternya maka ia dapat merangsang minat murid sekaligus menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami.

5.0 Kelemahan Penggunaan Kartun Dalam Pengajaran

Umumnya, penggunaan kartun mendapat tempat di hati muri-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Namun, perlu guru seharusnya peka terhadap kelemahan-kelemahan penggunaan bahan ini. Di samping mendatangkan begitu banyak kebaikan penggunaan bahan kartun ini juga ada kelemahannya sekiranya tidak difahami dengan tepat tentang penggunaannya. Antara kelemahannya adalah seperti:

a) Jika tidak digunakan dengan berhati-hati, pelajar akan lebih tertarik kepada gambar-gambar kartun, bukan kepada pengajaran bahasa yang ingin disampaikan oleh guru. b) Guru yang tidak banyak mengetahui tentang teknik-teknik

penyampaian pelajaran bahasa dengan menggunakan kartun, boleh menyebabkan murid cepat berasa bosan.

22

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

c) Seiring dengan zaman teknologi, guru sewajarnya mengetahui segala ilmu dalam bidang ini terutama bagaimana untuk menjadikan sesebuah kartun itu menarik, sama ada dari segi saiz warna dan sebagainya. Ini kerana sekiranya gambar kartun yang digunakan kecil lebih-lebih lagi tidak bewarna ini akan menimbulkan kebosanan pada diri murid. d) Penggunaan bahan kartun mengandung banyak kesalahan daripada aspek tatabahasa, ejaan, laras, bahasa, penggunaan bahasa slanga, dialek dan sebagainya. Oleh itu, guru perlu memberi perhatian dan penerangan kepada pelajar bagi mengelakkan kekeliruan.

23

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

6.0 Kesimpulan

Guru seharusnya proaktif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan kartun ini. Hal ini disebabkan kemahiran guru mengaplikasikan bahan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran,

terutamanya semasa pengajaran Bahasa Melayu akan mampu mengubah persepsi murid-murid terhadap mata pelajaran bahasa itu sendiri. Maksud di sini ialah, kepintaran guru mengaplikasikannya sebagai bahan bantu mengajar akan memotivasikan murid-murid itu sendiri. Sekurang-kurangnya, Bahasa Melayu tidak dikatakan bosan dan tidak mempunyai nilai ekonomi.

Bahan kartun ini juga sebenarnya mempunyai rasionalnya yang tersendiri. Sebagai bahan yang murah, mudah didapati dan senang diintegrasikan ke dalam pengajaran, kartun mempunyai banyak ruang untuk dimajukan sebagai media pengajaran yang serbaguna. Rentetan itu, guru haruslah bertindak bijak ketika memilih bahan kartun yang sesuai dengan perkara yang mahu diajar.

Setiap bahan bantu mengajar yang digunakan sebenarnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri termasuk bahan kartun. Namun begitu, guru sendiri harus mahir menangani setiap masalah berkaitan media pilihan. Dalam situasi ini, kewibawaan guru menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka amat diperlukan.

24

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN SEBAGAI BAHAN BANTU PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kesimpulannya, penggunaan bahan

kartun sebagai bahan bantu

mengajar perlulah selari dengan kesungguhan guru dalam mengaplikasikan bahan tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh mengajar sambil lewa samasa menggunakan bahan ini kerana bahan ini mungkin akan menjadi perhatian melebihi sesi pengajaran. Sesungguhnya,

kartun ialah satu penghasilan unik yang diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh kerana sifatnya yang demikian, ia boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Apa yang penting ialah sikap, kebolehan dan kreativiti guru melihat dari sudut mana yang dirasakan sesuai dan boleh mengintegrasikan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru mengajar tanpa alat, murid belajar dengan ralat; guru yang hanya banyak bercakap, mungkin murid bertambah gagap; guru menjadi pemudahcara, kelak murid pintar bicara.

25

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->