You are on page 1of 17

kitBilangan jurnal: Pertama Minggu praktikum: Pertama Tarikh peristiwa/ kejadian: 30 Januari 2011 Tajuk jurnal: Masalah Pengurusan

Diri Dan Komunikasi 1. Masalah/ peristiwa 30 Januari 2011, saya mengalami masalah menguruskan diri iaitu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah yang baru. Saya tidak pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah, menyesuaikan diri dengan bahasa pertuturan murid dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk praktikum daripada pengurusan sekolah.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana sikap malu dan rendah diri yang ada pada diri saya. Saya malu untuk bertanya kerana saya tidak memahami bahasa pertuturan di sekolah yang menggunakan bahasa setempat untuk berkomunikasi. Selain itu, ramai guru yang bertugas di luar sekolah juga menjadikan saya berasa segan untuk memulakan interaksi dengan warga sekolah terutamanya guru-guru. Masalah bahasa komunikasi dna sikap malu menjadi kekangan untuk saya menguruskan dan menyesuaikan diri di sekolah.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan diri dan mengetahui keadaan persekitaran. b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. c) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan hubungan interpersonal dan intrapersonal. d) Saya harus membuang perasaan negatif dalam diri saya dan mengelakkan prasangka untuk mengatasi masalah pengurusan diri dan komunikasi.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 6 Februari 2011. Pengurusan diri dan komunikasi berkesan adalah penting untuk memastikan keselesaan dan wujudnya hubungan baik dengan warga sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Kedua Minggu praktikum: Kedua Tarikh peristiwa/ kejadian: 7 Februari 2011 Tajuk jurnal: Masalah pengurusan masa 1. Masalah/ peristiwa Pada 7 Februari 2011, saya mengalami masalah menguruskan masa semasa mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Saya terpaksa mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk menghabiskan set induksi tersebut kerana saya terpaksa untuk menerangkan teks bacaan di dalam bahasa melayu kembali kerana muridmurid tidak memahami maksud teks tersebut. Masalah ini akan menyebabkan perancangan masa yang telah dirangka menjadi terganggu.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana tahap pemahaman bahasa inggeris yang sangat rendah. Maka, saya harus menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bekesan agar murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran di dalam bahasa inggeris agar saya tidak perlu mengambil masa yang lama di dalam sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran saya kelak.

3. Cadangan tindakan susulan e) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan masa dan mengetahui keadaan murid-murid. f) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. g) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan hubungan interpersonal dan intrapersonal.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 15 Februari 2011. Pengurusan masa yang sistematik adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Ketiga Minggu praktikum: Ketiga Tarikh peristiwa/ kejadian: 14 Februari 2011 Tajuk jurnal: Masalah murid tertinggal buku teks dan buku tulis 1. Masalah/ peristiwa Pada 14 Februari 2011, saya mengalami masalah iaitu berkaitan dengan murid yang sering tertinggal buku teks dan buku tulis. Saya terpaksa mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk menguruskan murid-murid agar mereka dapat menyediakan buku untuk membuat latihan. Masalah ini akan menyebabkan perancangan masa yang telah dirangka menjadi terganggu.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid lalai untuk menyediakan buku-buku yang harus dibawa untuk mata pelajaran yang mereka akan pelajari pada hari ini. Murid-murid juga sering memberi alasan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah dan buku tertinggal di rumah. Selain itu, lembaran kerja yang diberikan juga tidak dilekatkan di dalam buku tulis masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat merujuk kembali kerja yang diberikan.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya patut bertindak lebih tegas di dalam menyelesaikan masalah ini. b) Saya akan memberi nasihat kepada mereka yang tidak membawa buku teks dan buku tulis. c) Saya perlu meminta nasihat guru pembimbing agar dapat mengatasi masalah ini.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 21 Februari 2011. Penggunaan buku teks dan buku tulis amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Keempat Minggu praktikum: Keempat Tarikh peristiwa/ kejadian: 22 Februari 2011 Tajuk jurnal: Masalah mengawal tingkah laku 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal tingkah laku murid. Saya menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 4 Ibnu Sina di mana mereka terlalu aktif sehingga saya terpaksa mengeluarkan arahan yang kuat agar mereka dapat mendengarnya. Terdapat juga beberapa murid tidak mengendahkan arahan sehingga membuat bising.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan mereka tidak mengendahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta tidak membuat kerja yang diberikan. Maka, saya harus menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bekesan agar murid-murid dapat memberi penumpuan dan tidak membuat bising.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan tingkah laku murid-murid yang bermasalah. b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah disiplin.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 1 Mac 2011. Pengurusan tingkah laku murid-murid adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Kelima Minggu praktikum: Kelima Tarikh peristiwa/ kejadian: 2 Mac 2011 Tajuk jurnal: Masalah mengawal disiplin murid 5. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal disiplin murid. Saya menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 2 Al-Ghazali di mana ada di antara mereka tidak dengar kata sehinggakan mereka bergaduh di antara satu sama lain. Terdapat juga beberapa murid tidak mengendahkan arahan sehingga membuat bising.

6. Analisis Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan mereka tidak mengendahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta tidak membuat kerja yang diberikan. Maka, saya harus menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bekesan agar murid-murid dapat memberi penumpuan dan tidak membuat bising.

7. Cadangan tindakan susulan d) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan tingkah laku murid-murid yang bermasalah. e) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. f) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah disiplin.

8. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 1 Mac 2011. Pengurusan tingkah laku murid-murid adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Keenam Minggu praktikum: Keenam Tarikh peristiwa/ kejadian: 10 Mac 2011 Tajuk jurnal: Tugasan luar kepada guru 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya telah diamanahkan untuk menjadi pegawai kejohanan olahraga Majlis Sukan Daerah Kuala Terengganu. Ia menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Segala perancangan yang telah ada terpaksa ditangguhkan kerana terlibat dengan urusan luar sekolah.

2. Analisis Perkara ini berlaku adalah kerana apabila khidmat guru-guru praktikum diperlukan bagi menampung kekurangan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung. Dengan pengalaman yang diberikan, ia dapat memberi satu pengalaman yang berharga dalam pengurusan sukan serta menjadi pegawai dalam kejohanan sukan olahraga.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya harus berjumpa dengan guru kelas untuk memaklumkan berkenaan dengan ketidakhadiran ke sekolah.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya akan cuba menyediakan segala rancangan pengajaran harian saya bagi memastikan saya tidak ketinggalan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Ketujuh Minggu praktikum: Ketujuh Tarikh peristiwa/ kejadian: 21 Mac 2011 Tajuk jurnal: Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran dan pembelajaran 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk memastikan kehadiran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana kelewatan. Saya menghadapi masalah ini apabila berlaku proses pengajaran dan pembelajaran di tempat lain seperti makmal komputer. Kelewatan murid-murid untuk bergerak menyebabkan ada yang tertinggal dan tidak tahu tempat belajar sehingga habis waktu.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan mereka tidak endahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta bergerak dengan sambil lewa dan membuang masa begitu sahaja. Maka, saya harus menggunakan ketegasan agar murid-murid dapat mendengar arahan saya dengan jelas dan bertindak pantas.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa. b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang degil.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 28 Mac 2011. Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Kelapan Minggu praktikum: Kelapan Tarikh peristiwa/ kejadian: 31 Mac 2011 Tajuk jurnal: Masalah menyusun jadual waktu untuk diselia oleh pensyarah. 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk menyusun jadual waktu untuk diselia oleh pensyarah. Ia bagi memastikan kehadiran pensyarah dapat melakukan penyeliaan terhadap kami berdua. Ini menyebabkan murid-murid menjadi keliru dengan jadual yang tidak dimaklumkan oleh guru. Maka, guru haruslah memaklumkan kepada murid terlebih dahulu bagi memastikan muridmurid membawa buku yang berkenaan.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana penyusunan jadual yang tidak selaras di antara saya dan rakan saya. Ini menyebabkan guru terpaksa mengambil masa yang lebih bagi mengatur kelas di kalangan murid-murid..

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa. b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. c) Saya perlu belajar cara mengatasi pergerakan murid ke tempat belajar.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga 7 April 2011. Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Kesembilan Minggu praktikum: Kesembilan Tarikh peristiwa/ kejadian: 4 April 2011 Tajuk jurnal: Penggunaan e-book . 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah apabila menggunakan e-book di dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Semasa mengajar bahasa inggeris, saya telah mengarahkan murid-murid untuk mengakses maklumat di dalam internet untuk mendapatkan maklumat. Murid-murid tidak tahu untuk

mengaksesnye.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak didedahkan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan e-book.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya harus memberi kata kunci kepada murid-murid. b) Saya harus bertindak bersama-sama dengan murid-murid saya agar pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Kesepuluh Minggu praktikum: Kesepuluh Tarikh peristiwa/ kejadian: 13 April 2011 Tajuk jurnal: Seliaan bersama guru pembimbing dan pensyarah. 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah apabila terpaksa mengatur kelas bagi penyeliaan bersama dapat dijalankan. Saya terpaksa mengganti waktu jadula kelas guru lain bagi memenuhi permintaan guru dan pensyarah agar masa penyeliaan tidak mempunyai jarak masa dengan rakan praktikum saya yang lain.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana hambatan kerja pensyarah dan guru. Ini menyebabkan saya terpaksa mencari jadual waktu yang memenuhi kehendak kedua-dua pihak.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya harus merujuk PK Pentadbiran untuk mengetahui jadual waktu guru lain. b) Saya harus merujuk guru pembimbing bagi mendapatkan jadual waktunya.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini agar dapat memaklumkan kepada pensyarah secepat mungkin.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

You might also like