SEJARAH OLAHRAGA

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

SEJARAH AWAL Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini. kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini. Orang . Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus mengadakan ‘pertandingan’ sesama mereka secara kecil-kecilan. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Oleh itu. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Di England umpamanya. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga.Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Sasaran menjadikan sekolah. PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Tidak berapa lama selepas itu. iaitu ‘Exeter College Athletics Club’ yang ditubuhkan pada tahun 1850. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain. yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. begitu juga dengan universiti dan kolej. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga. muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812.

Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan. ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. selain daripada kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat.ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu. prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing. daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. perjumpaan . Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain. Bagaimanapun. termasuk di luar Amerika Syarikat. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlet Amerika Syarikat yang berketurunan Negro. Bagaimanapun. olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi. Walau bagaimanapun. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah.

Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. . Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Eropah dan Kanada. dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan. Ini menjadikan pertandingan olahraga. Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Olahragawan dari Asia. khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri. walaupun potensi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat.sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika. Bagaimanapun.

Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek. iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga. Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan kata ini. tetapi mengambil bahagian. warna kulit dan perbezaan corak hidup. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik. Inilah keunikan sukan ini. dengan penyertaan 135 buah negara. . sememangnya Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Sukan Olompik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama. sudah tentu suasana tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Malah sejak pertama kali diadakan hingga kini. tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya. Altius. Fortius (Swifter. tanpa ragu-ragu kita sudah dapat memberi jawapannya. Namun seperti yang dinyatakan pada awal bab ini. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona Sepanyol. ramai yang mengalu-alukannya. sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Sukan ini diadakan empat tahun sekali. Dengan penglibatan lebih daripada 10 000 orang peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas. Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi acara utama. dan diadakan di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur. Higher. termasuk Malaysia.SUKAN OLIMPIK : PERJUMPAAN SUKAN YANG TERBESAR DI DUNIA Jika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius.

pengalaman dan persahabatan. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia. olahraga. serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita. Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu. Semangat Olimpik. Pada penyertaan kali pertama itu kita mengambil bahagian dalam acara hoki. Dalam acara atau sukan lain. Di samping itu Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul. iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne. Secara tidak langsung sukan ini berjaya meyelesaikan sebarang pertikaian antarabangsa. Australia. tentu ada antara kita yang tertanya-tanya bila negara kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan kita.MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK Berbicara tentang Sukan Olimpik. negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian. Rusia ke atas Afghanistan ketika itu. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956. cuma satu pingat gangsa yang mampu kita menangi. kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. . renang dan angkat berat. yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan terhadap pencerobohan penganjur. iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992. Sejak itu. dan mungkin sebilangan besar negara lain.

Begitu juga dengan rekod-rekod pencapaian yang dicipta oleh setiap peserta. sebarang kejohanan dan perjumpaan sukan olahraga diperingkat antarabangsa hendaklah terdapat kebenaran dan pengiktirafan IAAF ataupun dianjurkan sendiri oleh badan berkenaan. Umpamanya. Sukan Komanwel.PERSATUAN DAN ORGANISASI OLAHRAGA Seperti kebanyakan sukan dunia. dalam menganjurkan perjumpaan sukan utama seperti Sukan Olimpik. Oleh itu adalah penting ditubuhkan persatuan-persatuan sukan mengikut peringkat tertentu. Keahlian badan ini terdiri daripada persatuan-persatuan olahraga peringkat nasional negara masing-masing. IAAF sememangnya berperanan dalam semua hal yang berkaitan dengan sukan olahraga diperingkat dunia. Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) juga berperanan mengeluarkan segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan sukan olahraga untuk dipatuhi oleh semua negara anggota. Sukan Asia dan sebagainya. badan berkenaan harus mendapat persetujuan dalam Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan IAAF. Negara kita menerusi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU) turut menganggotai badan ini. . tidak kira dimana asalkan mendapat kelulusan IAAF. cara paling baik dan berkesan untuk mengembang dan menyelaraskan segala aktiviti dan perjumpaan sukan termasuk olahraga ialah menerusi persatuan. dicatat dan dikemaskinikan oleh badan ini pada setiap masa. Dengan adanya IAAF. Ringkasannya. Badan ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan sebarang masalah atau pertikaian yang mungkin timbul dikalangan negaranegara atau persatuan-persatuan gabungannya. Setiap negara boleh bergabung dalam persekutuan ini. Bagi olahraga. badan atau pertubuhan tertinggi untuk tujuan ini ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912.

Seperti yang dinyatakan pada bab terdahulu. Ada .OLAHRAGA SEBAGAI SUKAN Tiga kemahiran utama manusia sejak bertahun-tahun. menenangkan fikiran. jurulatih. bersaingan dan sebagainya adalah antara ciri-ciri yang membantu perkembangan mental. fizikal dan fikiran serta peribadi seseorang yang melibatkan diri dalam sukan ini. Sukan khususnya olahraga mampu menjadi penyumbang utama ke arah perkembangan tingkah laku manusia serta peribadi seseorang. Sebagai sukan yang dipertandingkan. Seseorang itu sama ada lelaki ataupun perempuan. ataupun olahraga. Ada yang mengambil bahagian di peringkat sekolah. Ini diperolehi bukan sahaja oleh mereka yang menjadi peserta. melompat dan melontar sejak zaman kuno lagi. pengajar. manusia sudah mula melakukan aktiviti berlari. tolongmenolong. melompat dan melontar sememangnya memerlukan asas kepada setiap pergerakan dan aktiviti lain yang mampu dilakukan oleh manusia. iaitu berlari. mereka pernah dan akan melakukan ketiga-tiga aktiviti ini baik secara sedar mahupun tidak. Daripada pergerakan inilah muncul suatu bidang sukan yang amat diminati sehingga sekarang. tetapi merangkumi pegawai. Yang nyata kini ialah daripada perlakuan memenuhi riadah atau rekreasi lama kelamaan menjadi acara sukan yang diminati sehingga menjadi bidang pertandingan yang menarik walaupun sengit. bekerja sebagai buruh atau pegawai. Kini ramai anak muda dan remaja yang telah menceburkan diri dalam olahraga. dari peringkat yang paling rendah seperti di sekolah rendah. asal sahaja sihat tubuh badan. keazaman yang kuat. malahan penonton amnya. bertimbangrasa dan bertolak ansur. pembantu. sudah tentu aktiviti ini diubah suai dan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan aturan yang ditetapkan. tua atau muda. semangat berpasukan. Sukan Olimpik Kuno yang membuktikan bahawa aktiviti yang manusia lakukan itu kemudiannya dijadikan sukan yang dipertandingkan sehingga menjadi persaingan menarik dan diminati ramai. olahraga mempunyai sejarah yang paling tua. Tidak dapat dinafikan banyak lagi kebaikan yang menyebabkan orang ramai berlumba-lumba menceburi sukan ini. Sebagai sukan. sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi seperti Sukan Olimpik. berdisiplin tinggi. keinginan untuk berjaya. Sifat-sifat seperti bersemangat kental. Begitu juga dengan cabang daripada olahraga juga turut dicipta dan diperbaiki untuk lebih menarik dan sesuai dipertandingkan.

Kepuasan mencipta rekod baharu dari setiap peringkat sehingga kemuncak menerusi Sukan Olimpik atau kejohanan dunia menyebabkan peserta olahraga terpaksa berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut. Oleh yang demikian. negeri dan tidak kurang pula yamg berjaya mewakili negara. kita dapat lihat dalam setiap perjumpaan olahraga ada sahaja rekod baharu yang dicipta mengatasi yang lama. Pelbagai acara diadakan sama ada untuk lelaki ataupun perempuan. para pemenang akan diberi hadiah yang menarik. . Pertandingan dan perjumpaan olahraga dianjurkan di pelbagai peringkat.juga yang telah mewakili daerah. Daripada pertandingan yang dijalankan.

SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN Seseorang yang mengambil bahagian dalam olahraga disebut atlit bagi lelaki dan olahragawati bagi perempuan. 2. Seseorang olahragawan atau olahragawati mungkin terdiri daripada peserta yang mengambil bahagian sebagai amatur dan mungkin juga bertaraf professional. seseorang atlit bebas memilih acara yang paling sesuai baginya berdasarkan keupayaan dan kebolehan sendiri. Semua ini hanya akan tercapai menerusi latihan dan tunjuk ajar jurulatih. padahal ia hanya berupaya dalam satu dua acara tertentu sahaja. Malah ada di antara mereka yang telah menjadi jutawan. Berdisiplin tinggi Setiap atlit seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi. sama ada semasa mengikuti latihan ataupun pertandingan. Adakah setiap orang boleh mengambil bahagian dalam sukan olahraga? Dan apakah acara yang sesuai untuk disertai? Disebabkan terdapat banyak acara dalam sukan olahraga. Adalah tidak mungkin seorang olahragawan mampu mengambil bahagian dalam semua atau sejumlah besar acara. seseorang itu mempunyai beberapa ciri yang tertentu yang diharapkan mampu membawa kejayaan kepadanya. . yakni mereka dibayar gaji atau ganjaran tertentu untuk mengambil bahagian. juga bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih atau guru pengawas. Penentuan penyertaan dalam sesuatu acara itu walaupun bergantung kepada diri individu itu. Semangat untuk bertanding Setiap atlit harus mempunyai semangat yang tinggi untuk bertanding dan seterusnya mencapai kejayaan. Begitu juga segala peraturan dan undang-undang hendaklah dipatuhi. Antara ciri-ciri itu adalah seperti berikut : 1. Sebagai atlit. Arahan jurulatih dan guru pengawas hendaklah dipatuhi. Ada pula atlit yang terpaksa membuat pilihan walaupun dia mampu mencapai prestasi yang baik dalam sebilangan besar acara. Kini ramai juga olahragawan dan olahragawati terutamanya di barat yang dikategorikan sebagai profesional.

terutama jika penyertaan mereka menerusi acara berpasukan. Segala yang baik daripada mereka dijadikan pendorong dan galakan kepada olahragawan yang baru ini. keagamaan dan kehendak negara. tetapi mereka tetap berusaha mempamerkan persembahan terbaik sedaya mungkin. Walaupun ada kalanya terdapat berita yang tidak disenangi daripada olahragawan. Penyabar dan bertimbang rasa Atlit haruslah mempunyai sifat sabar dan bertimbang rasa khususnya dalam hal yang melibatkan pungutan mata. Oleh itu mereka harus menunjukkan peribadi dan mempamerkan gerak geri yang terbatas serta tidak terkeluar daripada etika kemasyarakatan. lebih-lebih lagi jika dia gagal dalam kejohanan itu. Walaupun mereka tidak mencapai kejayaan. Mereka juga hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan mengamalkan sifat serta sikap yang dapat membantu meningkatkan prestasi mereka. Bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah Matlamat utama seseorang mengambil bahagian dalam olahraga adalah untuk mencapai kejayaan serta mempamerkan prestasi yang terbaik menandingi pihak lawan. keseluruhannya mereka mempunyai ciri-ciri yang menjadi ikutan masyarakat umum.3. Di samping itu banyak lagi contoh teladan yang baik yang menjadi ciri-ciri olahragawan. . Di sini mereka dikehendaki mempunyai semangat juang yang tinggi tanpa mudah mengaku kalah. 4. 5. Tidak dapat dinafikan mereka sering dijadikan teladan oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. 6. Berperibadi mulia dan dihormati Olahragawan dan ahli-ahli sukan sering menjadi perhatian dan ikutan orang ramai. Mempunyai semangat berpasukan Sebagai atlit mereka juga diharapkan mempunyai semangat berpasukan dan bekerjasama serta bertanggungjawab terhadap pasukan yang mereka wakili.

Malah mereka juga dilarang menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno. mereka juga mampu menarik minat sebahagian besar peminat sukan dunia. Mengikut sejarah olahragawan. Banyak acara olahraga yang disertai lelaki juga menjadi acara untuk wanita. Tujuan utama penubuhan persatuan ini ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik yang bakal diadakan pada tahun 1924. Tetapi bukan untuk Sukan Olimpik tahun 1924 seperti yang dicadangkan itu. Persatuan olahraga juga enggan mengatur serta menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita. Persatuan ini diberi nama Federation Sportive Feminine Internationale. teknik dan prestasi mereka ada yang menakjubkan. kaum wanita juga turut melibatkan diri. wanita pada mulanya dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Gaya larian. sehinggakan adakalanya pencapaian mereka mengatasi kaum lelaki. Sejak itu penyertaan kaum wanita dalam Sukan Olimpik tidak pernah diketepikan. Secara tidak langsung penyertaan mereka memeriahkan lagi temasya sukan itu. Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Ketika olahraga rancak menular ke negara-negara Eropah khususnya England. Penerimaan wanita dalam sukan yang terbesar di dunia itu telah disambut dengan gembira oleh atlit pelbagai negara yang sudah tentu mahu menunjukkkan pencapaian mereka yang tidak kurang hebatnya daripada kaum lelaki. wanita masih dilarang mengambil bahagian dalam olahraga. Di samping berjaya mempamerkan persembahan dan prestasi yang bermutu tinggi. Mungkin pada peringkat awal penglibatan kaum wanita dalam olahraga dan sukan amnya mendapat tentangan daripada beberapa pihak tertentu. keupayaan. Pelbagai anggapan negatif dilemparkan kepada mereka. . dibuka juga kepada wanita. Sukan Olimpik tahun 1928 akhirnya membuka pintu kepada kaum wanita.PENGLIBATAN WANITA DALAM OLAHRAGA Olahraga bukan hanya diceburi kaum lelaki sahaja. tetapi lama-kelamaan diakui bahawa penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki. Bagaimanapun ini tidaklah bermakna tiada pula usaha dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menganjurkan kejohanan untuk wanita. Menyedari penglibatan dan penyertaan wanita juga perlu. Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan dan mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki. maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan.

khususnya olahraga. tetapi turut menaikkan nama negara dalam sukan antarabangsa. .Negara kita juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk menceburkan diri bukan sahaja dalam sukan olahraga tetapi juga dalam bidang-bidang sukan lain. Bagitu juga dengan pelajar-pelajar sekolah. yang turut diberi peluang mengambil bahagian dalam sukan ini sejak dari sekolah rendah lagi. Prestasi yang mereka pamerkan bukan sahaja tinggi dari segi mutu. Ini jelas menunjukkan bahawa olahraga khususnya dan sukan amnya adalah milik semua rakyat tidak kira lelaki atau wanita.

terdapat beberapa peralatan yang diperlukan selain spikes ini. Biasanya para pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini. Bagaimanapun.PERALATAN UNTUK OLAHRAGA Dahulunya soal peralatan tidak begitu di ambil kira oleh para olahragawan. Pelari boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai. Pakaian sukan Seperti acara sukan lainnya. termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Umumnya dalam sukan olahraga. Apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19. spikes terus menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. termasuk acara padang. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia. terutamanya dalam acara-acara larian. 3. Walau bagaimanapun. para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta. setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan . Kasut Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut. Bagaimanapun biarlah daripada jenis yang ringan. tetapi bagi kebanyakan pelari blok ini amat diperlukan. dan ada kalanya berlari berkaki ayam. para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini. Mereka memakai kasut biasa. negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Blok permulaan Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. terutama untuk acara lari pecut. 1. 2. tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain. selain memakai seluar pendek dan baju-T atau singlet.

Peralatan kecemasan yang ringan. Tuala b. c. seperti minyak urut. namun sebagai olahragawan. plaster. Jam randik (stop-watch) atau pita pengukur f. Kasut jogging dan kasut berlari (spikes) e. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti berikut : a. aspirin. Seluar pendek dan singlet (sebaik-baiknya dua pasang) d. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen tidak lama dahulu. Mungkin ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting. Peralatan sampingan Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. botol minuman dan sebagainya. pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan larian mereka. sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka hendaklah diberi perhatian. Barangan lain yang difikirkan perlu .mereka. 4.

adalah perlu kita ketahui apa acara yang tergolong dalam acara balapan atau trek. lompatan dan lontaran. Ini disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita. Seorang atlit mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti. Jika dalam sukan bola sepak. Sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Dengan mengetahui acara-acara ini barulah mudah bagi kita mempelajari satu demi satu sebagai panduan kepada mereka yang ingin melibatkan diri dalam mana-mana acara yang mereka ingini. walaupun terdapat sekurang-kurangnya 11 orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertaruhkan pingat emas. Kebanyakkan atlit lebih suka mengkhususkan penyertaan dan penglibatan mereka. Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagian dalam satu atau dua acara. dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun berpasukan.ACARA-ACARA OLAHRAGA : BALAPAN Sebelum kita mempelajari prinsip dan teknik sesuatu yang terdapat dalam sukan olahraga. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan. hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakkan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olimpik. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian. . hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. terutamanya di peringkat antarabangsa. Sukan Asia atau Sukan SEA. tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini.

lompatan atau lontaran. seseorang murid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai. Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjumpaan olahraga peringkat sekolah. teknik sesuatu acara sukan menjadi lebih rumit. sama ada daripada kumpulan larian. Malah diperingkat antarabangsa sekalipun. dan mampu dijadikan contoh kepada ol. Tidak mungkin seseorang atlit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. seseorang murid mampu merangkul banyak pingat menerusi berbagai acara. Dengan melakukan pengkhususan begini. . dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara. Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Ini disebabkan peringkat yang lebih tinggi. dengan hanya mengambil bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi. sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu. walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.PENGKHUSUSAN Di peringkat sekolah. mereka dapat menumpukan seluruh perhatian kepada setiap aspek latihan yang bakal mereka ikuti. Oleh yang demikian. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang lebih khusus dan merndalam akan mereka ikuti. mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lari berganti-ganti.ahragawean lain di seluruh dunia.

kemudahan peralatan. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri. Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik. Umpamanya di peringkat sekolah. termasuk wanita. adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberikan kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat dijadiakn ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara. bilangan acara sukan mudah tentu berkurangan daripada jumlah acara untuk sukan-sukan seperti Sukan SEA. walaupun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum. Perbezaan yang ketara antara olahraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olahraga.JENIS-JENIS ACARA BALAPAN Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga. Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan di peringkat aanatarabangsa. dan juga kebangsaan adalah seperti berikut : . keselamatan. keupayaan pegawai dan kakitangan pengelola dan tempoh pertandingan akan menentukan bilangan dan jenis acara yang akan di pertandingkan dalam sesuatu perjumpaan. tetapi masih belum lengkap sepenuhnya. lompatan dan lontaran. walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak berabad-abad lagi. semua acara olahraga dipertandingkan. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhannya. kewangan. Dalam Sukan Olimpik. tingkat keupayaan mereka. dan ada pula acara yang boleh desertai oleh lelaki dan wanita. Biasanya dalam kejohanan balapan dan padang antarabangsa. acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori. iaitu larian. yang harus dipatuhi oleh semua peserta. berbanding hanya satu pingat dalam sukan bola sepak atau hoki. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuk lelaki sahaja. Sukan Asia. Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Seperti yang dinyatakan terdahulu. Secara logiknya. Faktor-faktor seperti bilangan peserta. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja. keupayaan pihak penganjur.

Lari berpagar 3000 meter 100 meter 110 meter 400 meter 6. Heptathlon 9. Marathon 8. Lari berganti-ganti 4 x 100 meter 4 x 400 meter 7. Lari berhalangan 5. Lari jarak jauh 3000 meter 5000 meter 10 000 meter 4. Berjalan kaki 7 acara 10 acara 5000 meter 10 000 meter 20 000 meter 50 000 meter Wanita Lelaki Wanita Lelaki/ Wanita Lelaki . Lari jarak sederhana 800 meter 1500 meter Lelaki/ Wanita Lelaki/ Wanita Wanita Lelaki/ Wanita Lelaki Lelaki Wanita Lelaki Lelaki/ Wanita Lelaki/ wanita Lelaki/ wanita Lelaki/ Wanita 3. Lari jarak dekat (pecut) Acara 100 meter 200 meter 400 meter Peserta Lelaki/Wanita Lelaki/ Wanita Lelaki/ Wanita 2. Dekathlon 10.Kategori 1.

acara dekathlon dan heptathlon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan cara tersebut. menggunakan jalan raya biasa. Mengikut sejarah. Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri. agak sukar untuk di kategorikan sebagai acara balapan. mungkin juga boleh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. atau acara padang. walaupun di negara kita. Marathon juga sering diadakan dalam perjumpaan olahraga utama duania. Umpamanya. Begitu juga dengan acara marathon dan lumba jalan kaki. Adakalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini. sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tarik tali secara khusus. Marathon adalah acara lari hjarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Di negara kita pertandingan tarik tali lebih merupakan salah satu acara dalam sukaneka yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. terdapat beberapa acara lain lagi yang juga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Bagaimanapun. khususnya di peringkat sekolah tidak diadakan. dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Disebabkan jarak yang amat jauh. Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapat sambutan yang menggalakkan ialah tarik tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia.ACARA-ACARA KHAS Selain acara-acara yang dinyatakan. acara ini adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. . Marathon Acara marathon juga merupakan acara olahraga yang disertai oleh lelaki dan perempuan. acara ini tidak diadakan. Acara marathon diadakan diluar kawasan balapan. kebanyakkan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara mereka untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan.

kekuatan. Di perinkat sekolah acara ini tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja.Lumba Jalan Kaki Dilihat pada nama acara Lumba Jalan Kaki adalah sejenis acara berjalan laju yang mungkin juga merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Setiap pencapaian . bersempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat meningkatkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlari dalam acara ini. kelenturan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhannya. peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukan oleh para peserta. Peserta yang mengambil bahagian harus mengabungkan kelajuan. Pekara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan. keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Terdapat beberapa jarak yang di pertandingkan. khusus untuk lelaki ataupun perempuan.tetapi sebenarnya tidak. lompatan dan lontaran. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut : Hari pertama 100 meter Lompat jauh Lontar peluru Lompat tinggi 400 meter Hari kedua 110 meter lari berpagar Lempar cakera Lompat bergalah Rejam lembing 1500 meter Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagi atlit yang paling lengkap. dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. penonton seolah-olah beranggapan mereka berlari anak . Dekathlon Dekathlon adalahn gabungan 10 acara yang merangkumi larian. Mereka juga harus mampu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang 2 hari acara itu diadakan. Semua acara ini dijalankan sepanjang 2 hari.

dalam sesuatu acara diberikan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF). Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita. Mata yang dipungut oleh para peserta dalam kesemua 10 acara itu dijumlahkan dan peserta yang memungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. tetapi tempoh pertandingan hanya dalam sehari sahaja. Hanya pemenang keseluruhan diberi hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Bagaimanapun. Acara Dekathlon ini dipercayai bermula pada akhir abad ke-19 ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan. Heptathlon Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Peserta yang berjaya memungut mata terbanyak dikira pemenang. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua hari. . Acara-acara yang terdapat dalam acara heptathlon ini mengikut susunannya adalah seperti berikut : HARI PERTAMA 100 meter lari berpagar Lompat tinggi Lontar peluru 200 meter Rejam lembing 800 meter HARI KEDUA Lompat jauh Seperti dekathlon. kini acara tersebut diadakan dalam tempoh 2 hari sahaja bagi mengelakkan peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. pemenang dalam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata yang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan. Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Kini dekathlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia. Dekathlon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukan Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm.

Di sekolah atau daerah. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tartan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang.BALAPAN UNTUK OLAHRAGA Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Biasanya balapan yang mengandungi lapan lorong disediakan. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. . Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal diadakan dalam perjumpaan itu. Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium bola. kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga diadakan. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful