TEORI MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku : Langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Antara langkah-langkah sistematik ialah : • Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah • Menetapkan matlamat • Menentukan strategi bertindak • Merancang prosedur atau plan bertindak • Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak • Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu • Memsstikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan

.Objektif modifikasi tingkah laku murid ialah :• Pengekalan dan peningkatan tingkah laku yang diingini • Pengurangan dan pelupusan tingkah laku yang tidak diingini.

keadaan pembelajaran kelas yang tidak dikelolakan dengan baik akan menyebabkan murid bosan dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan minat terhadap mata pelajaran yang diajar. tiada kemudahan asas • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan – alat bantu mengajar yang tidak menarik. bilangan ahli. kedudukan kawasan. terpencil.Faktor-faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah :• Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa – saiz rumah. cara penyampaian guru yang monotone dan sukar difahami oleh murid • Dunhill ( 1965 ). kemudahan • Suasana persekitaran sekolah yang kurang konduksif – berhampiran kawasan pembinaan. . jauh dari bandar.

kawasan sekolah yang kotor. tiada perhiasan atau kemudahan untuk murid • Pengurusan sekolah bercorak autokratik – guru yang terlalu garang. disiplin yang terlalu ketat. maslah murid tidak didengari atau diambil perhatian. tiada kompromi dari guru • Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan membalas dendam .• Keadaan fizikal sekolah kurang konduksif – bilik darjah yang kotor. perkhidmatan kaunseling yang tidak mencukupi • Pendapat dan pandangan murid tidak mendapat perhatian sekolah – murid hanya mengikut arahan tanpa bantahan. selalu menggunakan kaedah hukuman atau dendaan.

• Peneguhan Negatif Berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU 1. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif. . • Peneguhan Positif Berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan – Positif dan peneguhan Negatif • Menurut Skinner ( 1930 ).

Denda dan Peneguhan • Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang atau menghentikan tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. • Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.2. . Apabila individu terlupa.

3. Reverse Psychology • Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. . Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

peratus. 6. Shaping • Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur.4. Token Economy • Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit. Kontrak ( Lisan atau Bertulis ) • Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara perjanjian lisan atau bertulis. 5. markah. . Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh bagi pengukuhan disiplin murid.

Kawalan Kendiri • Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri. Ia dilakukan seperti berikut :• • • • • Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan Mengumpulkan data Merancang program tindakan Menilai program Menamatkan Program .7.

dominan. garang .Menurut Robert H Woody beberapa punca seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada tingkah laku bermasalah. Masalah Keluarga • Keadaan emosi dan moral dalam rumah tempat kanakkanak itu tinggal. ketiadaan jaminan keselamatan. 1. .Jika kehidupan kanak-kanak harian di rumah dibelenggu masalah keluarga seperti perbalahan. sikap ibu bapa yang terlalu kasar. terlalu mengongkong atau terlalu memanjakan maka mereka akan membesar di dalam situasi yang terperangkap di segi emosi dan sosial yang mana ia boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan kanakkanak dalam membentuk tingkah laku sempurna.

Pengaruh Rakan Sebaya • Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak .2.

1986 ) . filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon dan meniru aksi apa yang ditonton. Pengaruh Media • Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka menonton atau membaca . • Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar. televisyen.3. (Bandura.

minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik. Pengaruh Genetik atau Baka • Menurut Teori Roe. Teori ini menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. . Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya.4. Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ).

maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka. .• Kelemahan dari segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di sekolah. • • Mengikut Waller ( 1939 ) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini menjadi lebih buruk di sekolah menengah di mana murid-murid merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi ( Wadd 1973 ). Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. • • Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak beusaha menarik minat mereka.

. Boysen ( 1793 ) dan Gordon ( 1974 ) berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisplin kerana murid-murid akan menentang kawalan ketat ini dengan berbagai-bagai kelakuan buruk seperti tidak menghormati guru. tidak bersopan dan juga menetang guru.Gragey ( 1970 ). Ada juga yang akan berbohong dalam keadaan kawalan ketat itu. Maslow dan Rogers ( 1962 ).

amaran atau dendaan. murid tidak duduk diam di tempatnya. • Ada sesetengah murid menggunakan taktik tidak hadir ke sekolah sebagai alasan daripada dimarahi. • • Burt ( 1953 ). ditegur atau dimarah. • Murid yang berkelakuan nakal ini lebih banyak memberi kesan kepada kawan-kawan di dalam kelasnya seperti menggangu proses pengajaran dan pembelajaran . dalam penyelidikannya di London menyatakan lebih dari 11% kes kemunduran kanakkanak di sekolah dalam bidang pelajaran adalah disebabkan kedatangan yang tidak mencukupi atau kedatangan tidak menentu kerana berbagai sebab.Contoh tingkah laku bermasalah 1. Berkelakuan nakal meliputi banyak aspek seperti suka membuat bising di dalam bilik darjah. Murid yang berkelakuan nakal • Nakal merujuk bagaimana individu itu berkelakuan lincah. didenda atau dikenakan hukuman oleh guru kerana bersikap nakal di dalam kelas. Tabiat tidak hadir ke sekolah tanpa alasan atau sebab yang kukuh dianggap melanggar peraturan sekolah dan boleh dikenakan denda. murid suka berjalan-jalan di dalam bilik darjah ketika guru tiada di dalam kelas dan menganggu kawan-kawannya yang lain dan gemar bermain-main semasa proses pembelajaran berlaku. tidak duduk diam atau sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan atau disenangi oleh orang lain di sekelilingnya. • Murid-murid yang berkelakuan nakal ini biasanya sudah tidak makan saman dengan teguran. Perbuatannya hanya berhenti buat sementara waktu sahaja apabila didenda . kelakuan murid itu akan kembali kepada perangai asalnya. . mengakibatkan ketidakselesaan di kalangan murid-murid lain di dalam kelas dan menyukarkan guru mengajar dengan aktif. Apabila sudah tidak ditegur atau dimarah atau diingatkan oleh guru.

Contoh: Murid tersebut menyalin nota yang diberi oleh guru. Guru harus memuji perbuatan murid pada waktu ketika itu juga. Sekiranya murid berubah kepada tingkah laku positif. Guru sentiasa memberi tumpuan terhadap kelakuan murid tersebut agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kelakuan mereka hendaklah dipantau dari masa ke semasa.• • • • • • • • Cara mengatasi tingkahlaku bermasalah murid berkelakuan nakal ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab behavioris. . Ia juga dapat meningkat semangat ingin berubah kerana perubahan tingkah lakunya mendapat perhatian dari guru. guru-guru perlu mengambil inisiatif memberikan penghargaan terhadap perubahan yang telah murid lakukan secepat mungkin. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru-guru perlu memberi perhatian serius terhadap murid-murid yang bermasalah seperti di atas. Guru-guru hendaklah memberi amaran berulangkali agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Kenal pasti serta selidik faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid berkelakuan nakal. Ini akan memberikan peneguhan di dalam diri murid itu.

Pengasingan Diri Murid yang suka mengasingkan diri ini kebiasaannya tidak mahu bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Murid ini suka menjauhkan diri dari kelompok dan meletakkan dirinya di satu sudut atau tempat terpencil. Kemungkinan. tidak ceria dan kurang senyum. . Murid yang suka mengasingkan diri mempunyai beberapa sebab tertentu seperti keadaan fizikal yang tidak sempurna. Murid sebegini jarang bercakap atau tidak banyak berinteraksi. Murid sebegini juga kurang memberi penumpuan atau perhatian di dalam kelas. Sesetengah pula. kebiasaannya berwajah murung.• • • . sikap dari diri individu itu sendiri semenjak kecil atau mempunyai masalah peribadi atau dalaman. Murid yang suka mengasingkan diri serta bermasalah tingkah laku atas faktor masalah keluarga.menunjukkan sikap tidak berminat langsung untuk belajar. murid itu tidak biasa hidup di dalam kelompok kerana sudah terbiasa sejak kecil lagi hidup bersendiri dan merupakan anak tunggal atau bilangan adik beradik yang kecil. Murid ini lebih banyak berkhayal atau mengelamun ketika belajar. merasai kekurangan dari segi material berbanding rakanrakan lain. kewangan dan kurang perhatian dari kawan-kawan .

• Guru mesti pandai memainkan peranan agar murid-murid yang bermasalah tersebut berminat dan berkecenderungan mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka yang baik.Tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka mengasingkan diri ini boleh di atasi menggunakan teori mazhab sosial. disayangi oleh ibu bapa. guru dan rakan-rakan dan berpotensi menjadi murid contoh. • Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid contoh . Guru hendaklah sentiasa cuba mencari jalan untuk merapatkan hubungan dengan murid tersebut. Guru juga boleh menggunakan situasi pembelajaran secara berkumpulan atau berpasangan. • Contohnya: menyoal murid. • Guru jangan sekali-kali meminggirkan murid yang bermasalah. membimbing murid dan memberi semangat jika perlu. penghargaan. • Guru juga boleh memberi peneguhan seperti ganjaran. . • Guru perlu menerangkan apa faedah yang boleh mereka dapat sekiranya mereka bertingkah laku positif seperti mempunyai peluang masa depan yang cerah. mendekati murid. Guru hendaklah pandai mencuri tumpuan murid bermasalah agar mereka dapat mengikuti aktiviti pembelajaran bersam-sama dengan murid-murid lain di dalam kelas. • Guru perlu memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid yang bermasalah berbanding murid-murid lain semasa mengajar di dalam kelas. Beberapa cara mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut :• ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------• Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin dan cemerlang dalam akademik. dihargai dan disayangi . meminta pendapat atau respon. pujian. Muirdmurid contoh dijadikan sebagai model.hadiah dan motivasi kepada muridmurid ini agar mereka lebih berkeyakinan dan bersemangat di atas perubahan tingkah laku mereka. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya mereka di dalam kelas.

perbalahan tentang perkara kecil di antara murid dengan ibu bapa. Guru bimbingan akan cuba memberi nasihat atau cara mengurangkan ketidakselesaan yang sedang dialami. melalui bimbingan dan kaunseling. Penceraian atau perpisahan menghadkan keupayaan untuk berusaha dalam pelajaran Hubungan yang tidak baik di antara adik beradik dan keluarga Keadaan keluarga yang sering berpindah randah sehingga murid tidak merasa selesa dengan perubahan tempat baru Keadaan situasi tempat tinggal atau rumah kediaman yang tiada keseimbangan dari segi saiz. ( Suradi Salim . Oleh itu.• • • • • • • • Dalam konteks bimbingan dan kaunseling. bilangan ahli yang terlalu ramai atau kedudukan kawasan. murid-murid yang suka mengasingkan diri adalah muridmurid yang mempunyai masalah dari segi emosi. murid yang suka memencilkan diri akan dicuba diterokai oleh guru bimbingan seterusnya mengenalpasti punca-punca masalah atau ketidakselesaan yang sedang dihadapi oleh murid. leteran. kemudahan. . 1996 ) Faktor emosi boleh dikaji meliputi beberapa aspek seperti berikut :Kemungkinan berlaku pergaduhan di antara ibu bapa.

Perbuatannya memang tidak disenangi atau disukai oleh kawan-kawannya yang lain di dalam kelas. Bagi yang tiadak mempunyai peralatan untuk menconteng. . dia juga turut menconteng meja kawankawannya yang lain. • Contoh : Ali sering menconteng meja di dalam kelasnya. Kadangkala. Selain itu. Antara perlakuan yang sering kita lihat dewasa ini seperti menconteng dinding menggunakan objek (pensel. tabiat suka mematahkan atau merosakkan pam tandas sekolah juga semakin berleluasa. Meskipun sudah diberi amaran atau denda oleh Cikgu Dali . pen atau marker ). tapak kasut adalah jalan mudah bagi mereka memenuhkan ruang dinding. Ada juga murid yang mencabut batang paip tandas sekolah.• Murid yang suka merosakkan harta benda atau vandalisme • Tabiat suka merosakkan harta benda awam sememangnya tabiat yang paling buruk. Perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid yang suka merosakkan harta benda ialah menconteng meja atau kerusi yang terdapat di dalam kelas.

. Guru bimbingan memberikan nasihat atau kata-kata perangsang yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku. Guru membimbing murid dan memberikan perbezaan sikap dari awal kedatangan ke bilik bimbingan sehingga pada hari berikutnya. Murid bermasalah dirujuk kepada Guru Bimbingan. Peneguhan positif diberikan secara terus sekiranya murid sudah mula berubah dan mencapai matlamat yang diinginkan. Menghargai barang kepunyaan sendiri dan hak milik orang lain. Dalam kes ini. Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menentukan matlamat bimbingan : Murid mengurangkan sikap suka menconteng di atas meja kepada di dalam buku atau kertas.• • • • • • • • • Cara mengatasi tingkah laku bermasalah bagi murid yang suka merosakkan harta benda dengan menggunakan teori mazhab behavioris. murid suka menconteng mejanya dan meja kawan-kawannya di dalam kelas. Guru cuba menjelaskan perubahan sikap murid agar murid dapat merasai atau mendapat gambaran perubahan tingkah lakunya. Murid diingatkan. dinasihati berulang kali serta dilatih dan diajar mengamalkan sikap-sikap positif. Guru bimbingan akan menerokai masalah dan murid diberikan bimbingan. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Kenalpasti tingkah laku bermasalah murid. Murid dibimbing oleh guru supaya mengurangkan atau membuang perangai atau tabiat buruk suka menconteng meja di dalam kelas.

• • Menurut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan adalah penting untuk kita ketahui bahawa tiada satu pun tanda set sifat yang umum atau biasa yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas. Seperti sifat kanak-kanak yang normal atau kanak-kanak terencat akal. Akibatnya. personaliti kanak-kanak pintar cerdas luas berbeza antara satu sama lain. bakat-bakat kanak-kanak pintar yang sememangnya mempunyai bakat luar biasa tidak dapat diperkembangkan sepenuhnya.• 5. . Murid Pintar Cergas • Ramai di antara kita yang tidak tahu apakah tanda-tanda yang perlu diketahui mengenai kanak-kanak pintar cerdas. penilaian berasaskan hobi atau penilaian berasaskan rupa paras. tetapi penilaian kita sering cetek seperti bijak bercakap. Ada yang menggangap kita tahu.

Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. bunga). hari ini. kekuatan otot dan perkembangan paru-paru. – Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah. – Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali. Antaranya ialah :– Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya. bahan kimia. setem. – Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. – Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna. Bercakap mengenai masa seperti semalam. kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik. – Mungkin lebih besar. hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. – Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang sama ( burung. hari esok. – Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada. disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang. kenderaan. tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. waktu ini dan waktu itu. . Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. – Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan.• Mengikut kajian yang dilakukan. – Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas.terdapat 30 cara mengenal pasti murid-murid pintar cerdas di dalam kelas melalui senarai semak kepintarcerdasan. hari-hari dalam seminggu. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal.

murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Namun di dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid . • • • • • • Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model. pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru semasa di sekolah. Alin selalu mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan. . murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas. mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh. murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang. • Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh.• • • • Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. membuat latihan. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik. Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah. guru-guru memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana. menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu • Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh. Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Apa yang pasti. • Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran. Seperti murid-murid lain.

Tetapi perasaan ingin tahu lebih mendalam tentang topik yang dibincangkan sehingga boleh merimaskan guru untuk menjawabnya. . Murid-murid lain di dalam kelas hanya termanggumangu menanti jawapan dari guru.• Murid Ingin Tahu • Murid ini mempunyai sikap ingin tahu yang amat tinggi dari perkara besar hingga sehalus kuman. Adakalanya soalan yang dikemukakan tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Guru pun boleh lemas dan letih menjawab pertanyaan murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang terlalu tinggi. Sedikit sebanyak sikap murid sebegini boleh mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas.

ini adalah gambar bunga raya. Kemudian Amirul bertanya beberapa soalan lagi kepada Cikgu Ani sehingga masa pembelajaran tamat sebelum Cikgu Ani sempat memberi kesimpulan topik perbincangan kelas pada hari itu . mengapa bunga raya mesti berwarna merah? Ada tak bunga raya berwarna lain. • ( Cikgu Ani menjwab soalan yang dikemukakan oleh Amirul ).• Contohnya : • Cikgu Ani : Murid-murid. Warna merah. Apakah kelebihan warna merah berbanding warna lain ? • Cikgu Ani : Oh… sememangnya bunga raya ada memounyai warna lain seperti……. . ) • Amirul :Cikgu. ( murid-murid menjawab ….. Nampak tak apa warna bunga raya? • Murid-murid : Nampak cikgu.

• Murid boleh mengulangi tingkah lakunya berulang ulang sehingga ia mencapai tahap keberkesanan guru dan murid. • Murid dapat menilai kebolehan diri dan mencapai kepuasan. murid boleh bertanya guru untuk kepastian. • Guru hanya bertindak sebagai pakar rujuk atau pemerhati.Teori behavioris melalui modifikasi tingkah laku pengurusan diri boleh digunakan bagi murid yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi:-------------------------------------------------------------------------------------------------• Murid hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai atau kenalpasti soalan yang dia ingin tahu mengenai jawapannya • Murid berusaha mencuba mendapatkan jawapan sendiri selain dari guru. Sekiranya tidak yakin. . • Murid kemudian membuat semakan atau rujukan sama ada jawapan yang dicari adalah betul atau tidak.