You are on page 1of 6

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM ANATOMI DAN PATOLOGI UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

Pada hari Khamis 13 Oktober 2011, Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Anatomi dan Patologi di Univeriti Malaya (UM) Kuala Lumpur. Lawatan tersebut telah disertai oleh oleh para pelatih semester satu seramai 88 orang. Lawatan ini juga disertai dua orang pensyarah yang bertindak sebagai pengiring iaitu Puan Nur Azida Binti Abas dan Cik Suria Binti Ibrahim. Objektif lawatan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan yang lebih meluas dalam skop bidang perubatan. Selain itu, lawatan ini juga memberi para pelatih peluang untuk melihat model-model anatomi dengan lebih dekat dan lebih lanjut. Peluang melihat sendiri model anatomi dengan lebih dekat memberi peluang kepada para pelatih untuk menyiapkan tugasan anatomi dengan lebih lengkap. Sebelum bertolak kami telah membuat persiapan terlebih dahulu bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul. Pada jam 6.20 pagi para pelatih telah mencukupi, para pelatih menaiki dua buah bas yang telah disediakan oleh pihak kolej. Bas mula bertolak pada jam 6.30 pagi. Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam 45 minit tidak menghadapi sebarang masalah. Kesesakan lalu lintas tidak berlaku dan para pelatih juga tidak menimbulkan masalah semasa dalam perjalanan. Kami selamat tiba di UM pada jam 8.15 pagi dan berkumpul di kawasan shuttle bas UM. Para pelatih diberikan sedikit taklimat selama 5 minit. Para pelatih diarahkan untuk bergerak ke Fakulti Perubatan dengan berjalan kaki. Setibanya di Fakulti Perubatan, para pelatih terlebih dahulu berkumpul di Centre Point dan berehat sebentar selama 40 minit sementara menunggu pihak UM menguruskan program lawatan kami.

Pada jam 9.00 pagi para pelatih menuju ke dewan kuliah bagi mendengar taklimat serba sedikit tentang Fakulti Perubatan UM. Kami telah diberikan taklimat oleh Pegawai Sains UM iaitu Puan Faridah tentang sejarah UM dan sejarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bidang kursus dan kerjaya yang ditawarkan di UM dan PPUM turut diterangkan kepada para pelatih. Selain itu, gambaran tentang kawasan yang meliputi sekitar UM dan pembangunan yang sedang dijalankan turut dipaparkan. Kehadiran kami amat dialu-alukan kerana sebagai pelatih pembantu perubatan, bidang kerjaya ini juga melibatkan pengetahuan dalam bidang perubatan. Menurut Puan Faridah, Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) d tengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928). Selepas taklimat, para pelatih yang terdiri daripada 88 orang dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memudahkan sesi lawatan. Sebanyak tiga lokasi terpilih untuk lawatan kali ini. Ketiga-tiga lokasi tersebut merupakan lokasi yang sedikit sebanyak memberi input dan melibatkan skop pembelajaran pelatih pembantu perubatan bagi mempertingkatkan pengetahuan selain daripada belajar di dalam kuliah. Lokasi yang pertama ialah Makmal Elektromikroskop (EM). Di sana kami telah diberikan taklimat oleh Puan Zubaidah selaku Pegawai Sains unit tersebut. Beliau telah menerangkan tentang perkhidmatan makmal tersebut. Antara perkhidmatan makmal

elektromikroskop ialah menyediakan penggunaan mikroskop electron transmisi, memberi penyediaan sampel tem seperti daripada biopsy dan sel pellet. Selain itu, makmal ini juga memberi perkhidmatan pemotongan semithin dan ultrathin serta penyediaan samel sem. Makmal ini juga menyediakan lain-lain perkhidmatan seperti latihan kepada pelajar, demonstrasi makmal dan fotografi (EM). Menurut beliau lagi, elektromikroskop yang terdapat di makmal tersebut mencapai harga sehingga 6 juta ringgit Malaysia. Dengan menggunakan elektromikroskop ini, sel-sel mikrob dapat dilihat dengan lebih jelas dan sebarang kajian juga dapat dibuat dengan lebih jelas. Kami juga berpeluang melihat sendiri elektromikroskop tersebut dengan lebih dekat. Penemuan mikrob juga diperlihatkan kepada kami.

Selepas meluangkan masa selama 1 jam di makmal tersebut para pelatih bergerak ke Muzium Patologi. Kami telah diberikan taklimat oleh Puan Gandhi. Di muzium tersebut menempatkan spesimen organ-organ yang telah dijangkiti penyakit. Spesimen yang dipamerkan di muzium tersebut merupakan organ sebenar daripada pesakit yang telah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Oleh kerana bagi menghormati pesakit yang telah meninggal dunia, kami tidak dibenarkan mengambil sebarang bentuk media samada gambar atau video rakaman. Di sana, telah menempatkan pelbagai jenis spesimen daripada pelbagai jenis kes penyakit. Antara jenis specimen berpenyakit ialah diabetic gangrene, osteogenic sarcoma of leg, anencephaly, rupture of caesarean scar, hydatiform mole dan meekels diverticulum. Selepas puas melihat bahan pameran muzium tersebut, para pelatih bergerak pula ke lokasi yang terakhir iaitu di Pusat Sumber Anatomi. Di sana kami menggunakan peluang sebaik mungkin melihat model-model anatomi untuk diaplikasikan dalam tugasan anatomi. Pelbagai input yang kami dapat di pusat sumber tersebut kerana bukan buku yang disajikan, sebaliknya model-model yang sebenar. Di pusat sumber tersebut juga disediakan bahan media seperti video bagi melihat animasi anatomi dalam versi yang lebih menarik. Kemudahan yang disediakan intesttmemudahkan kami mempelajari anatomi dengan lebih seronok dan lebih lanjut. Pusat Sumber Anatomi menyediakan lapan tempat kategori iaitu Cardiorespiratory System, Genitourinary System, Gastrointestinal System, Musculo-skeletal System, Nervous System, Endocrine System, General Anatomy serta Head and Neck. Selama 1 jam meluangkan masa di pusat sumber tersebut maka berakhir sesi lawatan kami di UM. Sesi lawatan berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh Puan Nur Azida dan Cik Suria kepada pegawai yang bertugas menguruskan sesi lawatan kami pada hari itu sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka menerima pelawat. Lawatan di lokasi terakhir tamat tepat pada jam 12 tengahari. Kami beredar keluar dan berkumpul semula di Centre Point bagi memastikan jumlah para pelatih mencukupi. Sebelum pulang, kami sempat menjamu selera untuk makan tengahari di Medicafe iaitu kafe yang terdapat di Fakulti Perubatan itu. Kami diberi masa rehat sehingga jam 1.20 tengahari.

Selepas habis menjamu selera kami berkumpul semula di Centre Point dan bersedia untuk pulang. Kami bergerak keluar daripada Fakulti Perubatan UM dan bersedia untuk pulang dengan menaiki bas. Selepas kesemua pelatih mencukupi, bas mula bertolak dan meninggalkan perkarangan UM. Kami tidak terus pulang ke kolej,sebaliknya kami singgah sebentar di Putrajaya bagi menunaikan solat Zuhur di Masjid Putra. Kami meluangkan masa selama 2 jam di Putrajaya. Selepas selesai menunaikan solat Zuhur dan bersiar-siar sebentar di sana, kami bertolak pulang ke kolej. Selepas beberapa jam perjalanan, kami selamat tiba di perkarangan kolej pada jam 4.45 petang. Segala perjalanan yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar yang timbul. Namun begitu, kami terdapat beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi tahap

keupayaan kolej mengendalikan sebuah lawatan terutama lawatan yang dilihat sebagai mampu memberi kesan yang besar dalam prestasi akedemik pelatih. Antara cadangan kami ialah: Memperbanyakkan lagi lokasi lawatan bagi memberi peluang kepada pelatih menimba sebanyak mungkin ilmu. Memberi peluang kepada pelatih meluangkan lebih banyak masa di satu-satu lokasi. Memberi maklumat tambahan dengan lebih banyak.

Sepanjang perjalanan kami dapati tidak terdapat masalah dan diharapkan cadangan yang diberikan mampu meningkatkan mutu pengendalian pihak kolej dalam mengadakan sesi lawatan di mana-mana lokasi sekalipun. Secara konklusinya lawatan ke UM ini memberi kami pelbagai manfaat dalam pembelajaran untuk subjek anatomi terutamanya. Rata-rata para pelatih berpuas hati dengan lawatan yang diadakan dan berharap akan ada lawatan seperti ini pada masa akan dating.. Diharapkan juga cadangan ditujukan diberi perhatian untuk masa hadapan.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM ANATOMI DAN PATALOGI UNIVERSITI MALAYA

Disediakan oleh:
1. SOFEA BTE MOHD MAHDOM 2. ADINA SHAMIZA BT. ABU ZAKI 3. NUR SUZILA HANIM BT. MOHD SHAFIEE 4. MOHAMAD AIZUDDIN BIN MOHD ISA 5. AMIRUL AMMAR 6. MUHAMMMAD ZULKEFLI 7. MOHAMAD HAFIZ 8. MOHAMAD FIKRI BIN ABU BAKAR 9. FAIZUL AZIM 10. MOHD FADZIL 11. HAFIZUL FAIZ

You might also like