You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR, JALAN BUKIT GAMBIR, 11700 GELUGOR, PULAU PINANG. TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN : 06.03.2012 : SELASA : 1.30p.m. : BILIK PUSAT SUMBER SEKOLAH : 1. PN SALUMAH BT MOHD. ( GURU BESAR) 2. PN NOR AZIRA 3. PN FADILAH 4. PN SHARIMAH 5. EN SHAIK AHMAD NIZAM 6. PN SHARIFAH 7. PN AU 8. PN TAN HUI LIN 9. PN ARIBAH 10. PN SEAH TIDAK HADIR BERSEBAB: PN WAN NOR IDAWATI PN SHAKIRAH Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn Nor Azira, Ketua panitia Matematik. BIL 1 PERKARA Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Pn Salumah, Guru Besar baharu SK Bukit Gambir dan semua AJK. CATATAN

makluman

Pembentangan dan Pengesahan Minit mesyuarat Yang Lalu 2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat pertama 2012. Pengesahan minit pertama dicadangkan oleh Pn Sharifah dan disokong Semua guru oleh Pn Seah. Perkara Berbangkit 3.1 Merujuk kepada 2.8.4 bijak sifir- Pengerusi mengingatkan semua guru matematik supaya perlaksanaan dilakukan pada setiap hari untuk setiap kali waktu P&P bagi membantu murid yang lemah. Guru perlu mempelbagaikan cara bagi membantu murid mengingati sifir 2 hingga 9. 3.2 Merujuk kepada 2.8.1- Pn Aribah memaklumkan bahawa beliau hanya mengajar operasi asas matematik sahaja kepada murid pemulihan. Beliau meminta guru di dalam kelas meneruskan latihan pemulihan didalam kelas bagi mengukuhkan kemahiran murid tersebut. Beliau juga memaklumkan murid-murid pemulihan tahap 1 membawa buku aktiviti ke kelas pemulihan dan beliau terpaksa membimbing murid menjawab soalan dalam buku tersebut. Pengerusi memaklumkan kepada Pn Aribah bahawa Pn Aribah perlu mengajar murid-murid pemulihan mengikut modul pemulihan kerana guru pemulihan mesti mempunyai cara /kemahiran tertentu untuk memulihkan murid-murid yang bermasalah ini. Buku aktiviti adalah tanggungjawab guru didalam kelas.

Semua guru

Guru matematik

Guru pemulihan

Guru matematik kelas Melur

Pn Fadilah memaklumkan bahawa dalam mesyuarat kurikulum kedua, Pn Robiah telah meminta guru subjek kelas Melur meneruskan aktiviti pemulihan di dalam kelas setiap hari. Pengerusi memaklumkan bahawa guru matematik kelas Melur sepatutnya mengajar mengikut tahap Protim dan tidak terlalu mengikut sukatan pelajaran khususnya kepada murid pemulihan. En Nizam mencadangkan Pn Aribah memaklumkan prestasi murid pemulihan kepada semua guru matematik kelas Melur, sama ada murid telah melepasi aras pemulihan atau belum lulus ujian di kelas pemulihan. Pemulihan dicadangkan mempunyai satu standard penilaian khusus sebelum murid-murid pemulihan dapat mengikuti P&P di kelas biasa.Beliau juga mencadangkan guru subjek dan guru pemulihan mesti sentiasa bekerjasama bagi membantu murid-murid tersebut. Pn Sharimah meminta jumlah sebenar bilangan murid pemulihan Makluman dari Pn Aribah Tahun 2 (6 orang), Tahun 3 (3 orang). Pn Sharifah memaklumkan bahawa Velan(3M3) perlu dirujuk ke hospital. Norman Hakim(4M3) mempunyai masalah kesihatan dan Nelson(5M3) perlu dirujuk ke hospital. Guru Besar meminta senarai nama murid berkenaan untuk dimaklumkan kepada ibu bapa bagi membolehkan murid-murid ini menjalani pemeriksaan di kelas Pemulihan Khas oleh En. Azman. Pn Aribah memaklumkan bahawa murid-murid pemulihan lambat masuk ke kelas pemulihan pada waktu yang telah ditetapkan. Beliau memohon kerjasama guru subjek memastikan murid tersebut diarahkan ke bilik pemulihan mengikut jadual. 3.3 Merujuk kepada 2.10.1-Program Peningkatan Guru Besar ingin penjelasan lanjut tentang program peningkatan yang telah dirancang. Pengerusi menjelaskan sehingga hari ini belum ada satu pun program yang dihantar oleh semua guru matematik. Pengerusi menyatakan salah satu program yang boleh dirancang ialah permainan sifir.Pengerusi menerangkan tentang Kotak Ajaib (yang dijalankan kepada murid tahun 5)dan cara melaksanakan aktiviti tersebut. Pada bulan Jun semasa minggu matematik permainan ini akan dicuba/diguna oleh murid-murid kelas lain pula. 4

Guru matematik kelas Melur

Guru Pemulihan Dan Guru subjek

Guru pemulihan dan guru matematik

Pn Aribah

Guru matematik kelas Melur

Guru matematik kelas Melur

Guru matematik kelas Melur

Semua guru matematik

Analisis UP1 / UPTP1 4.1 Pengerusi meminta semua guru rujuk analisis yang diedarkan. Beliau Semua guru menegaskan bahawa keputusan ujian tidak menepati sasaran. Megikut matematik pelan strategik dan taktikal, semua kelas mesti mencapai sekurangkurangnya 75% setiap kali ujian pada tahun 2012. Tahun 6,Tahun 4, Tahun 3 tidak mencapai sasaran. Pengerusi berharap guru tahun 6

perlu melipat ganda usaha bagi membantu murid lulus sekurangkurangnya C. Program kelas tambahan PUZ telah dimulakan dan beliau mengingatkan bahawa UPSR 2012 pastikan sasaran 93% tercapai (bagi tahun 6) 4.2 Pn Au memaklumkan bahawa Pn Wan memberitahu beliau muridmurid Tahun 3 telah lupa kemahiran Tahun 2, oleh sebab itu muridmurid tidak dapat menjawab soalan dengan baik. 4.3 Pn Sharimah memaklumkan bahawa soalan Matematik Tahun 3 terlalu susah,kerana terlalu banyak soalan mengumpul semula sehingga 3 kali. 4.4 Pengerusi meminta maaf di atas kecuaian beliau,walaupun perkara berkaitan dengan penggubalan soalan telah dibincang secara terperinci dalam mesyuarat pertama 2012. Beliau menegaskan bahawa soalan Tahun 3 tidak diserahkan oleh penggubal kepada KP untuk pengesahan. Beliau mengingatkan kepada semua guru penggubal soalan supaya semua soalan mestilah dipersetujui oleh semua guru mengikut aliran sebelum diserahkan kepada KP untuk disahkan. KP akan sahkan(tanda tangan) set soalan tersebut dan memberi muka surat depan (cover) sebelum dihantar untuk dicetak. 4.5 Pengerusi memaklumkan bahawa program mentor mentee tahun 6 untuk subjek matematik telah mula dijalankan oleh guru-guru matematik tahun 6. Pn Sharimah telah memilih 10 orang murid 6 melati dan dilaksanakan pada hari Isnin(5 orang) dan Khamis(5 orang) 5 Hal-hal lain 5.1 Pn Au maklumkan bahawa beliau tidak mendapat buku teks Matematik Tahun 3Jilid 2 En Nizam memberitahu murid diberi keutamaan untuk mendapatkan buku teks bantuan kerajaan, jika ada lebihan buku bolehlah dipinjamkan kepada guru. Guru sepatutnya membeli buku teks yang diperlukan. 5.2 Guru Besar menegaskan bahawa sebelum menggubal soalan ujian perlu ada panduan iaitu JSI. Guru juga boleh merujuk kepada bank soalan. Pastikan semua guru sealiran berberpuas hati dengan set soalan tersebut sebelum dicetak untuk pengesahan KP. 5.3 En Nizam memaklumkan bahawa beliau banyak tertinggal kelas matematik tahun 4 mawar kerana perubahan jadual waktu sebanyak 3 kali. Semua guru matematik Makluman

Makluman

Semua Guru matematik

Guru matematik Tahun 6

Makluman

makluman

5.4 Pn Azira menegaskan sekali lagi bahawa setiap soalan yang digubal Semua guru perlulah dipersetujui oleh guru-guru sealiran dan mematuhi ketetapan matematik yang telah diputuskan dalam mesyuarat 1/2012. Muka hadapan soalan akan disediakan oleh Pn Azira. Nama penggubal dan pengesah soalan mestilah ditulis pada muka surat yang terakhir. 5.5 Guru Besar maklumkan bahawa dalam mesyuarat kurikulum kedua beliau telah mengarahkan setiausaha peperiksaan selaraskan setiap Makluman

guru hanya menggubal 1 set soalan sahaja setiap kali ujian. 5.6 Pn Sharifah memberitahu tentang makluman daripada Pn Shakirah bahawa beliau mendapati murid yang telah lulus ujian linus pada akhir tahun 1/2011 tidak dapat mengikuti P&P dikelas biasa pada tahun 2/2012 dan telah dipersetujui untuk dihantar ke kelas pemulihan. Pn Sharifah juga memaklumkan bahawa pada 3 April 2012 akan dilaksanakan ujian saringan khas untuk murid Tahun 3.Ujian ini ditetapkan oleh PPD untuk memastikan data yang dihantar pada tahun 2011 betul atau sebaliknya.Ujian akan dilaksanakan secara rasmi. 5.7 Guru Besar inginkan penjelasan lanjut tentang program kelas tambahan PUZ dan tuisyen PIBG. Pn Azira memaklumkan kelas tambahan PUZ diuruskan oleh En Mohd Zahid penyelaras PUZ En Nizam menjelaskan Kelas Tambahan PIBG menawarkan 4 subjek RM60. Kelas dijalankan pada hari Selasa dan Rabu (8.00 p.m. 9.00 p.m) dan merupakan program PIBG 5.8 Pn Sharifah mencadangkan pihak sekolah membeli kismis untuk murid-murid tahun 6.Guru besar meminta perkara ini diusulkan kepada kelab guru kerana sekolah tiada peruntukan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 p.m. Dicatat oleh, Disahkan oleh,

Makluman

Guru matematik kelas 3 Melur dan 3 Mawar.

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

.. (SHARIMAH BT MD ZIN) Setiausaha Matematik

.. (NOR AZIRA BT ABD. RAHIM) Ketua Panitia Matematik

You might also like