You are on page 1of 8

SHAPING EXCELLENT CHARACTER

Prof. Muhammad al Mahdi

Introduction
Please do not think this is simply a book on how to be a more effective parent. This book is the first step on the way to a future much better than the world of today. In today's world we have war, murder, rape, illegal drug sale and use, robbery, violence of all kinds, exploitation, pollution, corruption, starvation, illiteracy, sexual immorality, addictions to various harmful substances, and many other social problems. Not only do these wrongs exist in our world, but these combined wrongs occur billions and billions of times every day. This is not the world Allah meant for us to have, and we have no intention of allowing these horrors, both great and small, to continue ruining the lives of our children. The knowledge and techniques presented in this small booklet are very powerful; and, if correctly and consistently used, truly can aid parents in raising their children to become good and true Muslims who can succeed academically and professionally in the modern world without losing their belief in or their practice of traditional Islam. This is the first offering of the Khalifah Project, under the auspices of the Ministry of Women and Family Affairs. The goal of this project is to offer the people of Malaysia viable means to improve the character of the nation's youth so significantly that Malaysia will come to be known as such an excellent example of what a good and right society should be that we will serve as a model of social development for all the world's nations. To achieve the fullness of its potential success this project must come to belong to all the people of Malaysia, regardless of race or religion.

(Note: Although this booklet has an Islamic orientation we think this information would be equally useful to parents of all religions. Future works of the Khalifah Project will be produced recognizing the diverse religious and cultural heritage which makes Malaysia unique.)

Pendahuluan
Buku ini bukan hanya suatu panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang lebih berkesan. Ia sebenarnya merupakan langkah pertama dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan yang lebih baik dan gemilang. Peperangan, pembunuhan, penjualan dan penagihan dadah, rompakan, keganasan, eksploitasi, pencemaran alam, amalan rasuah, kebuluran, buta huruf, keruntuhan akhlak dan bermacam-macam lagi gejala sosial berlaku dengan berleluasa pada masa kini. Seluruh dunia mengalami masalah ini pada kadar yang tinggi. Ini bukanlah dunia yang ditakdirkan Allah untuk kita warisi dan kita juga tidak mahu perkara yang menakutkan ini berterusan memusnahkan kehidupan anak-anak kita. Pengetahuan dan teknik yang terdapat di dalam buku ini sangat berkesan dan jika digunakan dengan betul dan secara berterusan, ia dapat membimbing dan membantu ibu bapa membesar dan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang muslim dalam erti kata yang sebenarnya; iaitu berjaya dalam dunia moden dari segi akademik dan profesional disamping memegang teguh amalan dan cara hidup Islam. Buku ini merupakan hasil pertama Projek Khalifah, di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Matlamat utama Projek Khalifah adalah untuk memberi rakyat Malaysia suatu pendekatan berkesan untuk mencemerlangkan keperibadian remaja dengan ketara sehingga Malaysia dikenali sebagai Negara yang mempunyai masyarakat yang ideal. Seterusnya kita boleh dijadikan model terbaik untuk pembangunan sosial di seluruh dunia. Untuk memastikan kejayaan projek ini, ia perlu dijadikan projek rakyat Malaysia yang patut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

(Nota: Walaupun buku ini mempunyai pendekatan Islam kami rasa maklumat yang terdapat di dalamnya ini sesuai diguna oleh semua ibu bapa tanpa mengira agama. Projek seterusnya yang akan diterbitkan oleh Projek Khalifah akan menumpukan perhatian dan mengambil kira mengenai kepelbagaian agama dan warisan budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.)

Pengenalan
Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Bukhari) Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak. Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

Dua perkara pokok diperlukan:


Ibu bapa perlu mengetahui bagaimana keperibadian terbentuk. Ibu bapa perlu mempunyai suatu nilai sebagai asas kepada keperibadian anaknya; nilai ini adalah nilai keperibadian Islam dan anak-anak perlu dibesarkan sebagai Khalifah Allah.

Dengan menggabungkan kedua-dua aspek ini ibu bapa akan dapat membentuk anak-anak yang akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat.

You might also like