You are on page 1of 1

PROLAKTIN

Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak. Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu. Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana dihalang oleh hormon lain. Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk hormon ini dikeluarkan. Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda. Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli. Lebih kerap bayi menghisap lebih banyak prolaktin lebih banyak susu. Lebih tinggi pada waktu malam.

OKSITOSIN
Penting untuk pancutan susu. Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil. Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng. Boleh menyebabkan rengat kerana pengecutan rahim. Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa stress akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya. Susu mengandungi FIL feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan) Bila payudara dipenuhi susu FIL akan memperlahankan pengeluaran susu. Bila payudara kosong FIL berkurangan penghasilan susu lebih cepat. Hormon lain yang terlibat cortisol, insulin, tyroksin.

You might also like