You are on page 1of 92

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS IPOH, 31150 HULIU KINTA, IPOH DARUL RIDZUAN

Pensyarah Pembimbing : En. Mani Rajan a/l Ellapan Dipersembahkan Oleh: Nurdiana Binti Alinifpiah Nadhiratul Akmal Binti Ahmad Mazuki Jessicca Binti Salapan

Jenis dan ciri-ciri aktiviti perikanan di Asia Pasifik

Sektor perikanan di rantau Asian Pasifik merupakan sektor ekonomi yang penting. Sektor ini penting kerana sebahagian besar negara-negara Asia Pasifik adalah dikelilingi oleh lautan yang luas khususnya Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber-sumber perikanan. Selain itu, tradisi pemakanan penduduk Asia Pasifik yang menjadikan sumber perikanan sebagai protein utama untuk melengkapi sumber karbohidrat iaitu beras. Antara negara Asia Pasifik yang maju dengan sektor perikanan ialah Jepun, China, dan Thailand. Bagi negara Malaysia, kegiatan perikanan merupakan salah satu sektor yang penting kepada ekonomi negara, namun begitu kemajuan dalam sektor ini masih ditahap yang rendah dibandingkan dengan negara Jepun dan Thailand. Antara negara Asia Pasifik yang menjalankan aktiviti perikanan ialah seperti Vietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Korea Utara serta negara-negara Oceania seperti Australia dan New Zealand.

Aktiviti perikanan di negara-negara Asia Pasifik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: Perikanan pinggir pantai Perikaan laut dalam Perikanan akuakultur

Perikanan Pinggir Pantai

Perikanan Laut Dalam

Perikanan Akuakultur

Perikanan Pinggir Pantai


Lokasi perikanan Perikanan pinggir pantai dijalankan di kawasan laut cetek iaitu di kawasan pentas benua. Perikanan pinggir pantai di Malaysia misalnya dijalankan di kawasan perairan seperti Laut China Selatan, Laut Sulu, Selat Melaka, Selat Tebrau. Jarak dari pantai bagi menjalankan aktiviti perikanan pinggir pantai ialah tidak melebihi 32 kilometer dan kedalaman air lautnya kurang daripada 180 meter. Teknologi atau peralatan tangkapan Kegiatan perikanan pinggir pantai diusahakan oleh nelayan pinggir pantai yang masih bergantung kepada teknologi tradisional seperti pukat tangkul, pukat tarik, jala, pompang, bubu, bitol, pancing, kelong dan sebagainya. Nelayan pinggir pantai ini turun ke laut pada awal pagi dan pulang dengan hasil tangkapan mereka di waktu petang. Terdapat pelbagai jenis ikan yang ditangkap seperti tenggiri, parang, bawal, bilis, udang, ketam dan sotong.

Data berkenaan nelayan pinggir pantai pada tahun 2003


Aspek Jumlah nelayan Jumlah vesel Jumlah pendaratan (kuantiti) Nilai yang diperoleh (bilion) Jumlah 73 534 31 137 1 143 493 3.782

Laut China Selatan

Selat Melaka

Selat Tebrau

Laut sulu

Teknologi atau peralatan tangkapan

PUKAT TANGKUL

JALA

PANCING

Skala pengeluaran Hasil tangkapan bagi nelayan pinggir pantai biasanya kecil dan sedikit. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan harian keluarga dan selebihnya dijual. Namun begitu pada masa kini konsep sara diri telah berubah. sebahagian besar hasil tangkapan dijual dan sedikit sahaja digunakan untuk keperluan keluarga. Hasil jualan tangkapan ikan ini akan menjadi sumber pendapatan nelayan-nelayan di pinggir pantai. Modal Sebahagian besar nelayan pinggir pantai terdiri daripada golongan yang miskin. Disebabkan faktor tersebut, para nelayan pinggir pantai tidak mempunyai modal yang cukup untuk mengusahakan aktiviti perikanan secara besar-besaran. Kebanyakkan nelayan pinggir pantai terpaksa bergantung kepada kepada orang tengah untuk meneruskan kegiatan perikanan. Keadaan ini menyebabkan nelayan terikat dengan sistem hutang orang tengah.( golongan pemborong atau peraih). Untuk membantu nelayan-nelayan pinggir pantai yang bermasalah ini, kerajaan Malaysia telah menyediakan bantuan modal, subsidi bot, dan pukat bagi membolehkan mereka mengusahakan kegiatan perikanan tanpa bergantung kepada orang tengah.

Perikanan Laut Dalam


Lokasi perikanan Perikanan laut dalam dijalankan di kawasan perairan antarabangsa seperti di Lautan pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan Hindi. Jarak dari pantai bagi aktiviti perikanan laut dalam ialah melebihi 32 kilometer dan kedalaman laut melebihi 180 meter. Teknologi atau peralatan tangkapan Kegiatan perikanan laut dalam diusahakan oleh nelayan-nelayan yang terlatih dan bekerja secara khusus kepada sektor ini. Perikanan laut dalam bergantung sepenuhnya kepada peralatan moden seperti kapal atau bot besar seberat 200 tan yang dilengkapi dengan radar pengesanan ikan, sistem telekomunikasi canggih, jentera penarik, pukat tunda, pukat harimau, pukat apollo, kemudahan dingin beku, dan kemudahan memproses ikan yang lengkap. Nelayan berada di laut lebih daripada seminggu. Bagi nelayan laut dalam di negara Thailand dan Jepun mereka akan berada di laut dalam tempoh berbulan-bulan. Pelbagai jenis ikan yang ditangkap seperti tuna, tenggiri, bawal, merah, ikan paus, dan lain-lain lagi.

Data berkenaan nelayan laut dalam di Malaysia pada tahun 2003


Aspek Jumlah nelayan Jumlah vessel Jumlah pendaratan (kuantiti) Nilai yang diperolehi (billion) Jumlah 12 255.0 817.0 153 507.0 507.7

PUKAT TUNDA

PUKAT HARIMAU

Skala pengeluaran Hasil tangkapan adalah banyak dan secara besarbesaran. Hasil tangkapan digunakan untuk jualan atau dieksport ke luar negara. Selain itu, hasil tangkapan juga digunakan dalam industri pengetinan ikan khususnya ikan sardin. Bagi sesetengah nelayan laut dalam, pengkhususan dalam tangkapan ikan telah dibuat. Misalnya hanya dibenarkan menangkap ikan tuna dan ikan paus sahaja. Modal Modal yang digunakan oleh nelayan laut dalam adalah besar dan sesetengahnya dimiliki oleh syarikat swasta atau koperasi nelayan. Modal yang besar perlu bagi pembelian bot berkuasa tinggi, pukat yang moden seperti pukat tunda, sistem telekomunikasi canggih, dan bayaran upah kepada pekerja atau nelayan khusus. Di negara Malaysia, lokasi pendaratan ikan laut dalam telah dikhususkan di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti di Tanjung Apo,(Kuantan, Pahang), Kuala Terengganu (Terengganu), Tok Bali (Kelantan), dan Kuala Perlis (Perlis).

Perikanan Akuakultur
Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia. Akuakultur menyumbang kira-kira 20% tangkapan ikan di Malaysia. Akuakultur yang dijalankan negara ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Perikanan air tawar Perikanan air payau dan air masin (marinkultur) Antara ciri-ciri utama perikanan akuakultur ialah seperti yang berikut: Lokasi kegiatan Perikanan air tawar banyak dilakukan di dalam sungai, tasik, kolam, paya, dan sawah padi. Manakala marinkultur pula dijalankan di muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai, atau teluk yang terlindung. Kawasan akuakultur yang popular di Malaysia adalah seperti Pulau Aman di Pulau Pinang, Sabak Bernam di Selangor, Eluran di Sabah, Mercang dan Kuala Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor.

Jenis-jenis ternakan Jenis ternakan adalah berbeza mengikut kesesuaian air yang ada. Jika perikanan air tawar biasanya dipelihara ikan patin, talapia, karp, kelah, kaloi, udang galah, dan sebagainya. Manakala marinkultur pula menternak ikan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau, dan lain-lain lagi. Teknologi atau kaedah Industri akuakultur menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar, benih-benih ikan kacukan atau dibiak secara khusus, makanan tambahan, rawatan air, dan pengurusan sistematik seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan umur. Selain itu juga perikanan akuakultur juga turut menggunakan alat dingin beku dengan bekalan oksigen untuk menjamin ikan sentiasa hidup ketika berada di pasaran. Modal Ternakan akuakultur yang diusahaan oleh pihak swasta biasanya menggunakan modal yang besar. Contohnya, ternakan udang harimau di Rompin, Pahang yang bertujuan untuk dieksport.

Manakala ternakan individu pula menggunakan modal yang sedikit seperti yang diternak oleh nelayan tempatan di pinggirpinggir pantai atau muara sungai. Kebanyakan modal individu disalurkan oleh kerajaan secara pinjaman atau subsidi. Skala pengeluaran Sebahagian besar skala pengeluaran adalah untuk pasaran di dalam negara dan luar negara. Penternakan kecil-kecilan biasanya berorientasikan pasaran dalam negara seperti di pasar tani atau pasar malam. Penternakan ini dilakukan secara kecil-kecilan kerana dijadikan sumber pendapatan sampingan. Manakala penternakan yang dijalankan oleh syarikat swasta lebih berorientasikan eksport di luar negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan, dan Korea. Antara ternakan akuakultur yang dieksport ke negara-negara tersebut adalah seperti udang harimau, ikan siakap dan ikan kerapu.

Kawasan dan pusat perikanan Malaysia

Faktor-faktor yang mempengaruhi dan kepentingan sektor perikanan

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kegiatan Perikanan Asia Pasifik: kajian Kes Malaysia
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kegiatan perikanan berkembang pesat di Malaysia. Sektor perikanan di Malaysia tidak lagi tertumpu kepada perikanan pinggir pantai sahaja malahan meliputi perikanan laut dalan dan industri akuakultur. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perikanan di Malaysia ialah: Ekonomi Teknologi

Fizikal

Governan(dasar Kerajaan)

Sosial dan kemudahan asas

Faktor fizikal
Malaysia terletak di atas pentas sunda dan dikelilingi oleh lautan yang cetek seperti laut Cina Selatan dan Selat Melaka. Lautan yang cetek ini amat kaya dengan ikan kerana terdapatnya pertumbuhan dan pembiakan plankton dan zooplankton yang menjadi sumber makanan ikan yang utama. Selain itu, keadaan pinggir pantai Malaysia yang panjang dan berteluk juga amat sesuai untuk pembinaan tempat pendaratan ikan atau pelabuhan perikanan. Contohnya, di pantai Semenanjung Malaysia terdapat pelabuhan perikanan yang dibina di muara-muara sungai yang besar dan dalam seperti di Kuala Rompin dan Kuala Pahang di Pahang, Pelabuhan Cendering, Kuala Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu, dan Pelabuhan Tok Bali dan Tumpat di Kelantan. Manakala di pantai barat Semenanjung Malaysia pula pelabuhanpelabuhan perikanan terletak di Kuala Perlis, Kuala Kedah di Kedah dan Sungai Besar dan Pulau Ketam di Selangor.

Di pantai Barat Semenanjung Malaysia kegiatan perikanan dijalankan di Selat Melaka sepanjang tahun kerana terlindung daripada tiupan angin monsun. Manakala di pantai timur semenanjung pula, kegiatan perikanan laut tergendala pada musim monsun timur laut kerana pada ketika tersebut keadaan laut bergelora membahayakan nelayan. Dalam konteks perikanan akuakultur pula Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber semula jadi yang boleh dijadikan koleksi ternakan seperti sungai, tasik semula jadi, tasik bekas lombong, paya dan muara sungai yang luas.

Keluasan Ternakan Ikan Air Tawar (hektar) pada tahun 2003


Sistem Ternakan Kolam air tawar Sangkar air tawar Jumlah 5 271.86 18.33

Bekas lombong
Tanki simen Pen culture Jumlah

1 913.61
8.16 107.79 7 319.75

Faktor Ekonomi
Industri perikanan di negara Malaysia berkembang pesat kerana adanya permintaan yang tinggi dari dalam negara dan luar negara terhadap ikan tempatan. Hasil tangkapan ikan dijual dengan harga yang berpatutan di dalam negara kerana meningkatnya taraf hidup dan pendapatan penduduk yang membolehkan kuasa beli pengguna turut bertambah. Selain itu, hasil perikanan laut dan akuakultur Malaysia juga mendapat permintaan yang tinggi dari luar negara seperti Singapura, Jepun, dan Taiwan. Pertambahan permintaan ini membolehkan kegiatan perikanan di negara ini dapat dimajukan. Hasil perikanan juga mendapat permintaan dari industri hiliran yang berkaitan seperti industri membuat ikan sardin, keropok, dan ikan kering. Pada masa kini pelaburan modal dalam sektor perikanan laut dalam dan akuakultur telah bertambah. Pelaburan dari pihak swasta, kerajaan, dan syarikat-syarikat persendirian telah menambahkan dana untuk membolehkan kegiatan perikanan laut dalam dan akuakultur secara besar-besaran dapat dijalankan dengan pesat.

Faktor sosial dan kemudahan asas


Faktor sosial boleh dikaitkan dengan dengan budaya pemakanan penduduk Asia khususnya Malaysia yang menjadikan ikan sebagai sumber protein utama bersama dengan nasi. Budaya pemakanan ini telah lama wujud dan pekerjaan sebagai nelayan sudah sebati dan tradisi kepada penduduk pinggir pantai. Di samping itu, perkembangan kegiatan perikanan juga disebabkan oleh adanya kemudahan perikanan yang baik seperti kemudahan pendaratan ikan, kemudahan pengangkutan yang cekap yang menghubungkan dengan kawasan pasaran, kemudahan pengawetan dan tempat dingin beku, kemudahan telekomunikasi dan sebagainya.

Faktor governan (dasar kerajaan)


Kerajaan Malaysia meminkan peranan penting dalam konteks menjana dan memajukan sektor perikanan di negara ini. Menerusi penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kerajaan telah membina kompleks pendaratan ikan moden yang dilengkapi dengan bilik dingin beku dan kilang ais. LKIM juga bertindak memasarkan hasil-hasil perikanan dan menstabilkan harga ikan. Jabatan perikanan pula menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan sokongan institusi pengajian tinggi tempatan serta meberikan latihan dalam bidang perikanan kepada nelayan dan penternak. Contohnya di Batu Maung, Pulau Pinang. Untuk industri akuakultur pula, bantuan modal dan subsidi sentiasa diberikan oleh kerajaan bagi membolehkan penternak memulakan operasi mereka. Pemantauan dan khidmat nasihat sentiasa diberikan oleh agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Selain itu, pasukan keselamatan terutama polis marin sentiasa membuat rondaan di perairan negara bagi menjamin keselamatan nelayan daripada ancaman lanun dan pencerobohan nelayan asing.

Kerajaan Malaysia juga turut menjalinkan kerjasama dengan Thailand dalam mengusahakan kegiatan menangkap ikan laut dalam secara bersama di lautan antarabangsa.

Faktor Teknologi
Teknologi perikanan di Malaysia sentiasa dipertingkatkan menerusi usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang beterusan. Jabatan Perikanan misalnya menjalankan penyelidikkan tentang penetasan dan pembiakan ikan. Penyelidikan ini dilakukan di pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL) di Tanjung Demong, Besut, Terengganu. Manakala di Bukit Tinggi, Pahang pula dijalankan usaha penyelidikan untuk mengkacukkan benih-benih ikan besar yang mempunyai nilai pasaran tinggi khususnya dalam industri akuakultur. Selain R&D, teknologi perikanan juga melibatkan penggunaan kapalkapal yang besar dalam meneroka laut dalam, tukun tiruan, pukat moden, alat memproses ikan, dan sistem telekomunikasi canggih. Penggunaan teknologi telah memberikan kesan positif kepada pembangunan industri perikanan Malaysia. Hal ini demikian kerana penggunaan:

Teknologi moden meningkatkan jumlah tangkapan dan pengeluaran. Ini menjamin bekalan sumber ikan yang berterusan sepanjang masa. Penggunaan teknologi moden seperti teknologi pengesanan, penggunaan pelbagai jenis pukat seperti pukat harimau dan pukat apollo membolehkan hasil tangkapan berlipat kali ganda berbanding dengan kaedah tradisional. Teknologi pembakaan dan penetasan benih-penih ikan dalam akuakultur telah berupaya menghasilkan ikan dalam kuantiti yang banyak dan cepat membesar untuk dipasarkan. Teknologi pengawetan dan dingin beku. Penggunaan air batu dan alat dingin beku di dalam bot-bot nelayan membolehkan hasil tangkapan dapat disimpan lebih lama ketika berada di laut. Ubat pengawet dan tong-tong plastik menjamin ikan air tawar tahan lebih lama untuk dipasarkan ke jarak yang lebih jauh. Kapal yang lebih besar, teknologi komunikasi, dan teknologi pengesanan. Teknologi untuk penerokaan laut bagi membolehkan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang lebih banyak dan bermutu.

Sumbangan Sektor Perikanan Kepada Pembangunan Ekonomi Sosial Negara Asia Pasifik

Terdapat beberapa sumbangan atau kepentingan sektor perikanan kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara-negara Asia Pasifik. Antaranya ialah:

Peluang pekerjaan

Memperluaskan pasaran

Sumber Pemakanan(protein)

Perkembangan Industri yang Berkaitan

Membantu Meningkatkan teknologi

Menyumbang kepada Perkembangan negara

Sumber pemakanan (protein)


Budaya pemakanan penduduk bergantung di sebahagian besar negara-negara Asia pasifik amat bergantung kepada sumber perikanan. Hal ini demikian kerana sumber protein yang terdapat pada sumber perikanan tersebut. Justeru, negara-negara Asia pasifik seperti Jepun, Korea, Filipina, Indonesia, dan Malaysia amat bergantung kepada bekalan ikan khususnya laut dalam. Pada tahun 2000 jumlah pendaratan ikan laut di Malaysia ialah sebanyak 1 285.7 juta tan matrik. Sebahagian besar jumlah tersebut digunakan untuk menampung keperluan penduduk dalam negara Malaysia.

Menyumbang kepada pendapatan negara


Kegiatan perikanan menyumbang kepada pendapatan sesebuah negara melalui hasil eksport yang menyumbang kepada kemasukan mata wang asing ke negara tersebut. Thailand misalnya banyak mengeksport hasil perikanannya ke Malaysia dan Singapura. Jepun juga mengeksport hasil ikan seperti minyak ikan kod, lemak ikan paus ke negara-negara lain. Manakala bagi Malaysia hasil tangkapan ikan dieksport ke negara-negara seperti Singapura, Jepun, dan Taiwan. Selain tangkapan ikan yang dieksport, Malaysia juga turut mengeksport hasil ternakan udang harimau ke Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Hasil eksport ini akan dapat meningkatkan pendapatan negara dan pendapatan yang diperoleh dapat digunakan untuk memajukan lagi sektor perikanan negara.

Peluang pekerjaan
Menyediakan peluang pekerjaan seperti nelayan, pekerja kilang memproses dan kilang ais, penternak, penyelidik, bekerja di perkhidmatan pemasaran ikan dan lain-lain kepada penduduk setempat. Contohnya, penduduk yang tinggal di tepi pantai seperti di pesisir pantai Kelantan, Terengganu, dan Pahang amat bergantung kepada aktiviti perikanan sebagai sumber rezeki mereka. Hasil tangkapan khususnya bagi nelayan laut dalam memberikan pulangan yang lumayan. Oleh itu pendapatan perkapita dan taraf hidup nelayan dapat ditingkatkan. Pada tahun 2000, sebanyak 98 000 penduduk Malaysia terlibat dalam sektor perikanan dan sebahagian besarnya sebagai nelayan.

Perkembangan industri yang berkaitan


Industri perikanan turut membantu dalam menggalakkan perkembangan industri yang berkaitan seperti industri pengetinan (ikan sardin), industri pemprosesan ikan kering dan keropok, pembuatan bot, kilang ais, peralatan penangkapan, dan sebagainya. Sektor industri yang berkaitan ini pula akan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk setempat malahan menjadi pekerjaan sampingan nelayan ketika mereka tidak turun ke laut khususnya pada musim monsun timur laut (tengkujuh). Sektor perikanan juga membantu menjana industri pelancongan di Malaysia. Pelancongan yang berkonsepkan home stay iaitu program tinggal bersama keluarga nelayan. Program ini dipromosikan oleh LKIM. Antara lokasi yang menawarkan aktiviti pelancongan tersebut adalah seperti Pulau Aman di Pulau Pinang, Bagan Lalang di Selangor, Bachok di Kelantan, dan Kampung Air di Sarawak.

Industri akuakultur juga turut membantu industri pelancongan iaitu menerusi pelbagai kegiatan seperti pertandingan memancing, akua pelancongan, dan rumah rehat serta restoran makanan air tawar.

Membantu meningkatkan teknologi


Industri perikanan juga membantu meningkatkan teknologi dalam sesebuah negara khusunya teknologi perikanan seperti teknologi awet-beku, penggunaan radar pengesan, penyediaan habitat tiruan atau tukun, teknologi komunikasi dan sebagainya. Teknologi perikanan berkembang melalui usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan secara berterusan. Antaranya di Batu Maung, Pulau Pinang dan Tanjung Demong, Besut, Terengganu. Apabila keupayaan R&D dalam sektor ini bertambah maju maka sekaligus akan membantu perkembangan R&D dalam sektor-sektor ekonomi lain.

Memperluas pasaran
Selain itu, kegiatan perikanan juga membantu memperluaskan pasaran sama ada di dalam negara atau di luar negara. Kesan-kesan positif daripada perluasan pasaran diperoleh melalui peningkatan kuasa beli pengguna dan rangkaian pemasaran dalam negara. Sesetengah negara seperti Jepun, berkemampuan untuk mengukuhkan rangkaian pasaran eksportnya melalui pengeksportan hasil-hasil perikanan laut dalam. Selain itu, keupayaan modal dalam negara juga turut bertambah apabila pihak swasta berkecimpung dalam industri perikanan ini. Dalam konteks antarabangsa pula hubungan antara negara menjadi lebih kukuh melalui kerjasama penerokaan laut dalam dan kawalan perairan secara bersama untuk menjaga keselamatan nelayan dari serangan lanun. Contohnya kerjasama yang terjalin antara Malaysia dengan Thailand dan Indonesia.

MASALAH YANG DIHADAPI SEKTOR PERIKANAN NEGARA


KEKURANGAN MODAL KEKURANGAN TEKNOLOGI MASALAH PASARAN KEKURANGAN BURUH KEMUDAHAN ASAS

MASALAH KEKURANGAN MODAL


keupayaan modal yang terhad menyebabkan nelayan pinggir pantai tidak mampu memiliki bot-bot yang besar, pukat moden, kolam ternakan sempurna, dan sebagainya. keadaan ini menghalang para nelayan untuk menjalankan aktiviti perikanan secara besar-besaran. masalah kekurangan modal yang dihadapi oleh nelayan pinggir pantai berkaitan dengan dengan peranan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan sistem hutang yang berpanjangan. Nelayan tidak dapat menikmati hasil tangkapan secara sepenuhnya.

Pendapatan yang diperolehi para nelayan adalah sedikit dan hanya mampu untuk menampung kehidupan seharian keluarga tanpa berpeluang untuk meningkatkan tabungan modal masing-masing. Bagi mengelakkan lingkaran kemiskinan yang ganas terus membelenggu kerajaan telah menghulurkan bantuan modal dan subsidi kepada nelayan pinggiri pantai.

MASALAH KEKURANGAN TEKNOLOGI


Kekurangan modal menghalang para nelayan untuk memiliki bot yang besar dan kelengkapan tangkapan moden untuk meneroka perikanan laut dalam. Kebanyakan nelayan pinggir pantai masih bergantung kepada teknologi tradisional seperti bot kecil, sampan, pukat tangkul dan sebagainya yang tidak mampu meningkatkan hasil tangkapan. Taraf pendidikan dan kemahiran yang rendah dikalangan nelayan menyebabkan mereka tidak mapu mengendalikan bot-bot yang besar, alat ecosonar, sistem telekomunikasi canggih dan sebagainya menhalang kepada kemasukan teknologi perikanana moden.

MASALAH KEKURANGAN BURUH


Masalah kekurangan tenaga buruh adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti: a. Migrasi keluar tenaga buruh muda ke sektor perindustrian di bandar b. Sektor perikanan pinggir pantai tidak menjanjikan pendapatan yang lumayan c. Sektor perikanan ynag menggunakan tenaga kudrat tidak digemarioleh golongan muda Kekurangan tenaga kerja ini menyebabkan sektor perikanan laut dalam terpaksa menggunakan tenaga buruh asing. Selaian itu, sektir ini turut kekurangan tenaga mahir untuk mengendalikan teknologi perikanan yang moden. Kesannya industri ini yang bergantung kepada penguasaan teknologi moden sukar diteroka dengan optima.

MASALAH KESELAMATAN NELAYAN


Jaminan keselamatan di perairan antarabangsa yang diancam lanun menyebabkan para nelayan tempatan tidak kesangggupan untuk meneroka perikanan laut dalam. Perairan negara seringkali dicerobohi oleh nelayan asing mengganggu kegiatan nelayan-naelayan tempatan. Penggunaan pukat tunda oleh nelayanasing menyebabkan kepupusan ikan yang begitu ketara yang menjejaskan pendapatan nelayan-nelayan tempatan. Konflik antar nelayan perikanan pinggir pantai dengan nelayan laut dalam berlaku apabila nelayan laut dalam menceroboh zon perikanan pinggir pantai.

Pencerobohan ini menyebabkan hasil tangkapan nelayan perairan pinggir pantai berkurangan. Penggunaan pukat harimau di kalangn nelayan laut dalam memusnahkan habitat akuatik dan menangkap anak-anak ikan yang belum cukup matang. Masalah ini menimbulkan konflik antara kedua-dua pihak sehingga mengancam keselamatan masing-masing.

MASALAH POLITIK ANTARABANGSA


Masalah pertindihan kawasan atau sempadan perairan khususnya di zon ekonomi ekslusif (ZEE) menimbulkan risiko pencerobohan atau mudah tertangkap oleh pihak berkuasa negara lain. Aktiviti perikanan laut dalam mendapat tentangan daripada pergerakan alam sekitar seperti Green Peace.

MASALAH KEPUPUSAN SUMBERSUMBER PERIKANAN


Kadar eksploitasi sumber perikanan yang berlebihan menjadi salah satu sebab utama sumber perikanan kian pupus. Penggunaan pukat tunda telah menyebabkan kemusnahan habitat ikan dan tertangkapnya anak-anak ikan yang masih kecil. Masalah kepupusan sumber-sumber perikanan juga disebabkan oleh pencemaran marotim seperti tumpahan minyak, pembuangan sampah-sarap, sisa industri dan sebagainya.

KESAN NEGATIF AKTIVITI PERIKANAN TERHADAP ALAM SEKITAR


KEPUPUSAN SUMBER PERIKANAN KEMUSNAHAN HABITAT ATAU KAWASAN PEMBIAKAN PENCEMARAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM PAYA BAKAU

KEPUPUSAN SUMBER PERIKANAN


Kepupusan sumber perikanan berlaku disebabkan oleh kadar tangkapan ikan secara berterusan melebihi had dan kaedah tangkapan yang memusnahkan Penggunaan pukat harimau dan pukat tunda menyebabkan kemusnahan habitat akuatik dan lebih memburukkan kawasan hutan bakau turut musnah. Aktiviti menuba (menggunakan racun) dan penggunaan kuasa elektrik untuk menangkap ikan di kawasan paya, kolam, tasik dan sungai memusnahkan perikanan air tawar.

KEMUSNAHAN HABITAT ATAU KAWASAN PEMBIAKAN


Penggunaan pukat tunda, pukat harimau dan pukat apollo bukan sahaja mengambil semua spesis ikan malahan turut mengaut dan memusnahkan kawasan terumbu karang yang menjadi kawasan habitat ikan, udang, sotong, ketam dan sebagainya. Pemusnahan habitat ini akan merosakkan rantaian makanan marin dan kawasan pembiakan. Keadaan ini menyebabkan penghijrahan spesis ikan ke habitat lain atau ke kawasan lautan lain.

PENCEMARAN
Pencemaran air laut di sekitar pelabuhan perikanan disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa ikan yang tidak diperlukan, air pembersihan bot, sisa domestik dari petempatan nelayan, dan sebagainya. Bot-bot yang sudah rosak dan tidak digunakan dibaiarkan tersadai dan reput di tepi pelabuhan atau muara sungai menyebabkan pencemaran fizikal dan kualiti air laut.

KEMUSNAHAN EKOSISTEM PAYA BAKAU


Penyahhutanan bakau dan nipah untuk pembinaan kolam-kolam akuakultur menjejaskan ekosistem kawasan tersebut. Habitat pebagai jenis hidupan seperti ketam nipah dan ikan tebakul lokan, kerang, pelbagai jenis burung, haiwan primat turut musnah. Rantaian makanan yang terganggu menjejaskan hidupan darat dan air (ekosistem muara) akan mengurangkan kadar populasi asal hutan bakau.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESAN AKTIVITI PERIKANAN


LANGKAH PERUNDANGAN AMALAN PENGURUSAN YANG STRATEGIK KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

LANGKAH PERUNDANGAN
Akta perikanan perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara sepenuhnya. Antara akta-akta yang berkaitan dengan perikanan di Malaysia ialah: a. Akta Perikanan 1963 b. Akta Pantai Sunda 1961 c. Akta Persatuan Nelayan 1971 d. Akta Pelantar Benua 1972 e. Akta Kualiti alam Sekitar 1974 Pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan, Polis Marin dan Jabatan Alam Sekitar perlu mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti pencerobohan kawasan perikanan pinggir pantai oleh nelayan laut dalam atau asing.

Penggunaan pukat tunda di kawasan perikanan pinggir pantai dan pulau-pulau sekitarnya diharamkan. Denda dan kompaun yang tinggi, merampas peralatan penangkapan termasuk bot dan hukuman penjara akan dikenakan. Langkah perundangan ini perlu melibatkan tindakantindakan yang berikut: a. Melaksanakan hukuman tertentu seperti membatalkanpermit perikanan, merampas alat tangkapan ikan dan sebagainya. b. Mengawal perairan pinggir pantai dari pencerobohan nelayan asing dengan meningkatkan rondaan Polis Marin dan Jabatan Laut. c. Mengawal aktiviti yang boleh mencemarkan laut.

AMALAN PENGURUSAN YANG STRATEGIK


Amalan pengurusan yang strategik termasuk langkah-langkah berikut: a. Mewartakan lebih banyak taman-taman laut sebagai zon larangan daripada aktiviti penangkapan ikan seperti Taman Laut Pulau Tioman. b. Memperluaskan kawasan tukun tiruan untuk menambahkan habitat dan kawasan pembiakan ikan. c. Menjalankan usaha membersihkan kawasan laut daripada tumpahan minyak dan kawasan pinggir pantai daripada pembuangan sisa domestik dan enfluen kilang. d. Mengurangkan pengambilan kawasan hutan bakau dan nipah secara besar-besaran untuk dijadikan kolam-kolam ternakan akuakultur. e. Mensyaratkan kolam ternakan marinkultur mestilah dibina sekurang-kurangnya 30 meter dari pinggir laut.

KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Langkah ini melibatkan usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada nelyan dan penternak melalui pengedaran risalah, forum dan seminar secara berterusan dan aktif. Melalui kempen dan pendidikan yang dijalankan, para nelayan boleh mengurangkan kadar pencemaran yang berlaku.

PROGRAM PEMBANGUNAN SEKTOR PERIKANAN (KAJIAN KES MALAYSIA)

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) yang ditubuhkan oleh kerajaan adalah antara langkah bagi memajukan industri perikanan di Malaysia. Fungsi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia meliputi: a. Menyediakan infrustruktur fizikal b. Mengawal dan menstabilkan harga ikan. c. Mewujudkan pusat latihan perikanan d. Memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan bantuan teknikal kepada nelayan e. Bantuan modal dan peralatan kepada nelayan miskin

Kawasan Pembangunan Nelayan(KPN) seperti di Besut, Mersing dan beberapa tempat ladi telah ditubuhkan bermula tahun 1980 dan sehingga 1990-an KPN telah bertambah kepada 19 buah. KPN ditubuhkan untuk pelbagai fungsi iaitu: a. Memberi khidmat nasihat dan bantaun luar kepada nelayan b. Menyelaraskan pemasaran dan bekalan ikan dengan lebih cekap dan teratur bagi mengurangkan peranan orang tengah. c. Menggalakkan nelayan menceburkan diri dalam kegiatan perikanan laut dalam dan aktiviti perikanan akuakultur. d. Memajukan zon ekonomi ekslusif(ZEE)

Selain itu, Skim Permodenan Nelayan berkelompok diwujudkan pada tahun 2006 membolehkan nelayan tempatan berdaya saing dan tidak dibelenggu dengan kemiskinan. Antara faedah skim tersebut ialah: a. Nelayan tempatan yang menggunakan bot kecil akan bergabung menjalankan aktiviti penangkapan secar meluas b. Mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda Skim ini juga memperkenalkan kaedah pembelian bot besar melalui gabungan berkelompok persatuan atau koperasi di sesuatu kawasan.

Usaha memperdalamkan muara sungai yang menjadi pelabuhan bagi memudahkan pendaratan ikan turut dijalankan kerana muara sungai akan mengalami kecetekkan selepas berlakunya banjir disebabkan proses enapan. Disamping itu, kerajaan turut menambahkan keupayaan modal kepada nelayan menerusi kemudahan kredit, pinjaman, bantuan, dan subsidi bot, pukat, minyak diesel dan sebagainya. Batuan modal kepada pengusaha akuakultur turut diberikan untuk membina kolam atau sangkar dan membeli benihbenih ikan bermutu tinggi dan makanan ikan. Penggunaan teknologi perikanan ditingkatkan melalui usaha R&D yang berterusan seperti tukun tiruan, radar mengesan ikan, alat tangkapan moden, teknologi pengawetan dan pembungkusan.

Pelbagai usaha penyelidikan turut dilaksanakan antaranya: a. Jabatan Perikanan Malaysia menjalankan penyelidikan penetasan dan pembiakan ikan melalui Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut(PPPIL) di Tanjung Demong, Besut, Terengganu. b. Usaha penyelidikan mengkacukkan benih-benih ikan besar dijalankan di Bukit Tinggi, Pahang. Selain itu, bantuan subsidi, modal dan khidmat nasihat berterusan dari agensi kerajaan diberikan kepad pengusaha akuakultur. Kawalan keselamatan perairan negara turut dilakukan oleh pihak keselamatan seperti Polis Marin dan Tentera Laut DiRaja Malaysia.

KAJIAN KES : SEKTOR PERIKANAN JEPUN


Jepun merupakan salah sebuah perikanan yang penting didunia, dan yang paling maju dalam sektor perikanan. Jepun kini menyumbang hampir 15% daripada jumlah tangkapan ikan sedunia. Antara jenis ikan yang ditangkap ialah seperti ikan tuna, salmon, dan paus.

Pelabuhan-pelabuhan perikanan yang besar di Jepun seperti Hakodate, shimonoseki dan Yokohama menjadi tempat pendaratan ikan dari laut dalam. Jepun juga merupakan sebuah negara yang berjaya dalam industri akuakultur khususnya penternakan tiram untuk mendapatkan mutiara contohnya di kawasan Teluk Ise.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN PESAT SEKTOR PERIKANAN JEPUN .


Faktor fizikal Pengaruh faktor fizikal amat penting dalam menentukan kemajuan sektor perikanan Jepun. Antara faktor fizikal yang mempengaruhinya adalah seperti berikut: I. Lokasi negara Jepun yang berpulau-pulau dan dikelilingi oleh lautan seperti Laut Jepun, laut Okthosk dan Lautan Pasifik. Jepun juga berada di atas pentas benua yang cetek dan kaya dengan plankton dan sumber perikanan.

II.

Terdapat pertembungan arus lautan panas dan sejuk di pesisir pantai Jepun iaitu arus sejuk Oya Shio dan arus panas Kuro Shio. Akibat pertembungan ke duadua arus ini, suhu lautan menjadi sederhana. Keadaan ini menggalakkan lagi pertumbuhan dan pembiakan plankton.

III.

IV.

Pantai Jepun yang panjang, bertelukteluk dan terlindung daripada tiupan angin kencang amat sesuai untuk dibina pelabuhan perikanan. Antaranya seperti Pelabuhan Mikayo dan Pelabuhan Sakaimina. Tanah pamah yang terhad untuk aktiviti pertanian dan penternakan bagi mendapatkan sumber protien menyebabkan penduduk Jepun memperoleh bekalan protien dari sumber perikanan laut sebagai alternatif.

Faktor ekonomi.
I.

II.

Permintaan dan kuasa beli yang tinggi oleh penduduk Jepun. Selain itu permintaan tinggi terhadap ikan untuk pasaran luar negara seperti Amerika utara dan Eropah juga turut memajukan industri perikanan di Jepun. Perkembangan industri yang berkaitan seperti industri mengetin ikan, membuat minyak ikan, dan restoran juga membantu sektor perikanan terus maju seiring dengan perkembangan industri tersebut.

I.

II.

III.

Faktor sosial Orang Jepun yang menggunakan ikan sebagai sumber protien contohnya makanan kegemaran orang Jepun seperti suhsi dan tempura diperbuat daripada ikan. Budaya ini menyebabkan permintaan terhadap ikan sentiasa meningkat. Penduduk Jepun yang tinggal di tepi pantai berkemahiran tinggi dalam melakukan kerja-kerja penangkapan ikan kerana pekerjaan ini sudah menjadi tradisi sejak dahulu. Nelayan-nelayan Jepun menerima latihan secara khusus dalam kerja-kerja menangkap ikan dan mahir dalam mengendalikan teknologi dan peralatan moden.

I.

II.

III.

Faktor Governan Kerajaan Jepun mengeluarkan lesen penangkapan ikan kepada nelayan serta membina pelabuhan-pelabuhan perikanan serta menyediakan kemudahan yang lengkap. Kerajaan Jepun juga memberikan bantuan modal dan pinjaman kepada pengusaha untuk memajukan industri akuakultur masing-masing. Dana pinjaman disediakan oleh kerajaan bagi setiap penternak yang ingin memulakan projek mereka.

Faktor teknologi
I.

II.

Teknologi perikanan yang tinggi dimiliki oleh nelayan Jepun telah membolehkan nelayan-nelayan di negara tersebut meneroka lebih laut dalam dengan berjaya dan meningkatkan hasil tangkapan. Dengan adanya teknologi tinggi dan kapal-kapal perikanan yang besar, nelayan Jepun mampu menangkap ikan tuna sayap biru di laut Mediterranean, ikan paus di Laut Antartik, dan ikan

INDUSTRI AKUAKULTUR : KAJIAN KES MALAYSIA


Ciri-ciri kegiatan Perikanan Akuakultur di Malaysia. Perikanan akuakultur merujuk kepada kegiatan penternakan dan pemeliharaan hidupan akuatik di kawasan air tawar atau di kawasan air payau sama ada di dalam kolam atau sangkar. Perikanan akuakultur masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.

Akuakultur menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Perikanan akuakultur yang terdapat di Malaysia dibahagikan kepada dua jenis iaitu perikanan air tawar dan perikanan air payau dan air masin.

Jenis ternakan adalah berbeza mengikut kesesuaian air yang ada. Perikanan air tawar biasanya dipelihara ikan patin, talapia, karp, kelah, kaloi, udang galah dan sebagainya. Manakala marinkultur pula menternak ikan siakap, kerapu, ketam, tiram, udang harimau, dan lain-lain. Lokasi perikanan akuakultur adalah seperti sungai, tasik, kolam, paya, sawah padi, muara sungai, paya bakau atau paya nipah, pinggir pantai, atau teluk yang terlindung.

Perikanan akuakultur menggunakan kaedah moden seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar dan sebagainya dengan menggunakan benih ikan yang dikacuk dan dibiak secara khusus. Ternakan akuakultur yang diusahakan oleh pihak swasta biasanya menggunakan modal yang besar. Contohnya, ternakan udang harimau di Rompin Pahang yang bertujuan untuk dieksport. Bagi penternak individu, Kerajaan juga menyediakan modal bagi penternak secara individu. Kebanyakan modal individu

Sebahagian besar pasaran hasil perikanan akuakultur adalah untuk dalam negara dan luar negara. Penternakan kecil-kecilan biasanya berorientasikan pasaran dalam negara seperti di pasar tani atau pasar malam. Penternakan yang dilakukan secara kecilkecilan menjadi sumber pendapatan sampingan kepada pengusaha. Sedangkan penternakan yang dijalankan oleh syarikat swasta seperti udang harimau, ikan siakap, dan kerapu lebih berorientasikan eksport ke luar negara. Contohnya dieksport ke Singapura, Jepun, Taiwan, dan Korea.

Menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut. Keperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan citarasa. Pendapatan eksport negara. Meningkatkan pendapatan penduduk dan peluang pekerjaan. Memperkembangkan rantaian ekonomi yang berkaitan. Meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&d.

KEPENTINGAN KEGIATAN PERIKANAN AKUAKULTUR

Menampung kekurangan bekalan sumber perikanan laut. Stok perikanan laut terjejas akibat kemerosotan dan kepupusan sumber atau terjejas akibat musim atau akibat pertambahan permintaan dan pengguna. Jika Malaysia terlalu bergantung kepada sumber perikanan laut maka ia boleh menjejaskan bekalan sumber protien pada masa akan datang. Sumber-sumber perikanan laut jelas semakin berkurangan akibat eksploitasi berlebihan, pencemaran, kemusnahan kawasan pembiakan seperti terumbu karang, dan sebagainya. Justeru untuk mengelakkan keadaan ini berlaku

Keperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan citarasa.

Perikanan akuakultur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat dan perubahan citarasa pengguna. Jumlah penduduk Malaysia yang semakin meningkat pastinya akan meningkatkan permintaan terhadap sumber-sumber ikan. Oleh itu, hasil akuakultur boleh memenuhi pertambahan permintaan tersebut. Selain itu, pada masa kini juga pengguna mungkin lebih menggemari hasil akuakultur kerana lebih enak, lebih segar, dan murah.

Pendapatan eksport negara.

Perikanan akuakultur menyumbang kepada pendapatan eksport negara menerusi pengeksportan pelbagai hasil ternakan ke luar negara. Sebagai contoh hasil ternakan udang harimau dan ikan kerapu telah dieksport ke negara Jepun, Hong kong, dan Singapura. Hasil eksport akan menambahkan pendapatan negara dengan tukaran nilai matawang yang tinggi berbanding dengan ringgit Malaysia.

Meningkatkan pendapatan penduduk dan peluang pekerjaan. Perikanan akuakultur juga penting dalam meningkatkan pendapatan penduduk atau menambahkan peluang pekerjaan. Dengan mengusahakan ternakan akuakultur para nelayan tidak perlu terlalu bergantung kepada laut sebagai sumber rezeki mereka. Selain itu, bidang perikanan akuakultur telah menjadi pekerjaan utama kepada sesetengah pengusaha yang menceburkan diri dalam bidang ini kerana keupayaannya memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha.

Memperkenalkan rantaian ekonomi yang berkaitan.

Perkembangan akuakultur juga membantu dalam memperkembangan rantaian ekonomi yang berkaitan seperti pelancongan, perkhidmatan, pengangkutan, dan sebagainya. Kegiatan Akua pelancongan juga berkembang dengan adanya ternakan ikan dan udang dalam sangkar sama ada di sungai atau muara. Selain itu, hasil perikanan akuakultur juga dibekalkan ke hotel-hotel di Malaysia.

Meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D. Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti teknologi pembiakbakaan, teknologi pengawetan, pembungkusan, dan lain-lain. Untuk menembusi pasaran eksport hasil akuakultur mestilah berdaya saing. Oleh sebab itu, R&D amat mustahak. Apabila R&D diberi keutamaan maka secara langsung teknologi dalam bidang ini juga akan berkembang pesat.

Misalnya teknologi pembiakbakaan utnuk menhasilkan benih udang harimau, dan benih ikan kerapu yang bermutu tinggi, cepat membesar dan berhasil. Bagi menjaga kesegaran dan kualiti hasil ternakan, kebergantungan kepada teknologi pengawetan dan pembungkusan diperlukan. Oleh itu, dari semasa ke semasa pihak FAMA berusaha meningkatkan teknologi ini.

SRAGEN (Jawa tengah, Indonesia)- Ikan nila sebagai produk perikanan unggulan Sragen mampu memboyong Penghargaan Adibhakti Mina Bahari dari Menteri Perikanan dan Kelautan RI ke pangkuan Bumi Sukowati.

VIDEO PENTERNAKAN IKAN TALAPIA SERGAN (JAWA TENGAH INDONESIA)

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like