MODUL EKSPLORASI RUMUSAN LATIHAN 1 PENDAHULUAN ______________________(fokus utama)__________________ pada

Petikan membincangkan masa kini/di negara kita.

Antara frasa-frasa yang boleh ditukar ganti (sama makna) untuk bahagian olahan. manfaat – faedah – kebaikan – kepentingan – kelebihan – kesan positif cara-cara – usaha-usaha – langkah-langkah – strategi-strategi sebab-sebab – punca-punca – faktor -faktor peranan – tangggungjawab - fungsi Kesan – natijah – akibat – implikasi Kesan negatif – keburukan Masalah – kerumitan – cabaran– kemelut – rintangan – halangan CONTOH : [LATIHAN PENDAHULUAN 1] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [tentang] langkah-langkah mengatasi permasalahan sosial [dan] [[langkah-langkah] cara-cara mengatasi permasalahan sosial pada masa kini. Petikan membincangkan cara-cara mengatasi permasalahan sosial pada masa kini. faedah baik lebih penting CULS SEPUNTOR KAI

LATIH TUBI PENDAHULUAN : [LATIHAN PENDAHULUAN 2] Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang strategi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan kepentingan menguasai bahasa tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan strategi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Cara-cara meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar pada masa kini. Petikan membincangkan cara-cara meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar pada masa kini.

k@y.js

1

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN PENDAHULUAN 3] Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan cara-cara menggalakkan pelajar menyertainya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 4] Baca petikan dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan di lereng bukit dan kesan kejadian tanah runtuh tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus Utama

Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 5] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan amalan membaca dan sebab-sebab rakyat kurang membaca. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus Utama

Olahan Pendahuluan

k@y.js

2

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN PENDAHULUAN 6] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi sikap berbelanja dalam kalangan remaja dan kesan jangka panjang kepada mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 7] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 8] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif stesen televisyen kabel dan satelit kepada rakyat di negara ini dan langkah-langkah untuk membendung kesan negatif ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 9] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah industri pelancongan kepada negara dan kesan negatif yang timbul daripada perkembangan sektor tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Fokus Utama Olahan Pendahuluan

k@y.js

3

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN PENDAHULUAN 10] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 11] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pencemaran air dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus Utama

Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 12] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja dalam mengisi kemerdekaan negara dan halangan-halangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan

k@y.js

4

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN PENDAHULUAN 13] Baca petikan dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan pembangunan di lereng bukit dan kesan kejadian tanah runtuh tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 14] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 15] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia merealisasikan slogan Malaysia Boleh dan faedah-faedah merealisasikan slogan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan

k@y.js

5

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN PENDAHULUAN 16] Baca petikan di bawah ini dengan teliti dun kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi obesiti dan halangan yang dihadapi untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 17] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk memajukan perubatan tradisonal dan tujuan-tujuannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 18] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan usaha-usaha rakyat mengekalkan tanggungjawab tersebut . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 19] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan kitar semula bahan industri dan cara menggalakkan masyarakat mengamalkannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fokus Utama Olahan Pendahuluan

k@y.js

6

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN PENDAHULUAN 20] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis rumusan tentang langkah-langkah membentras kegiatan cetak rompak di Malaysia dan kesan-kesan cetak rompak. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus Utama

Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 21] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia dan kepentingan mengekalkan perpaduan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus Utama

Olahan Pendahuluan [LATIHAN PENDAHULUAN 22] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis rumusan tentang punca-punca kelemahan bahasa Inggeris dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus Utama

Olahan Pendahuluan

k@y.js

7

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN LATIHAN 2 Fokus utama KESIMPULAN langkah-langkah mengatasi permasalahan sosial

Kesimpulannya,______(fokus utama)__________ perlu/harus/hendaklah/mestilah/patut/wajar ___________(tindakan)_____________supaya/agar __________(kesan/gagasan) _____________.

Tindakan Positif *digalakkan *ditingkatkan diamalkan dikekalkan dilaksanakan diteruskan CONTOH [LATIHAN KESIMPULAN 1] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Negatif *dielakkan *diatasi dibanteras dihindari dijauhi dihentikan Kesan /Gagasan *negara bertambah maju. *negara bertambah makmur. generasi kini mencapai kecemerlangan. masyarakat hidup aman dan damai. rakyat semakin bersatu padu hidup. masa depan negara terus gemilang.

Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan

(fokus utama) permasalahan sosial diatasi dengan segera supaya negara akan bertambah makmur

Kesimpulannya, permasalahan sosial perlu diatasi segera supaya negara betambah makmur.

LATIH TUBI PENDAHULUAN : [LATIHAN KESIMPULAN 2] Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang strategi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan kepentingan menguasai bahasa tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

k@y.js

8

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN KESIMPULAN 3] Petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum dan cara-cara menggalakkan pelajar menyertainya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 4] Baca petikan dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan di lereng bukit dan kesan kejadian tanah runtuh tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 5] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan amalan membaca dan sebab-sebab rakyat kurang membaca. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 6] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi sikap berbelanja dalam kalangan remaja dan kesan jangka panjang kepada mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

k@y.js

9

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN KESIMPULAN 7] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 8] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif stesen televisyen kabel dan satelit kepada rakyat di negara ini dan langkah-langkah untuk membendung kesan negatif ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 9] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah industri pelancongan kepada negara dan kesan negatif yang timbul daripada perkembangan sektor tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 10] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

k@y.js

10

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN KESIMPULAN 11] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pencemaran air dan langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 12] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan remaja dalam mengisi kemerdekaan negara dan halangan-halangan untuk melaksanakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan [LATIHAN KESIMPULAN 13] Baca petikan dengan teliti, kemudian tulis satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di kawasan pembangunan di lereng bukit dan kesan kejadian tanah runtuh tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan [LATIHAN KESIMPULAN 14] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya (fokus utama) supaya (fokus utama) supaya

k@y.js

11

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN KESIMPULAN 15] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mendorong Malaysia merealisasikan slogan Malaysia Boleh dan faedah-faedah merealisasikan slogan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 16] Baca petikan di bawah ini dengan teliti dun kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi obesiti dan halangan yang dihadapi untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 17] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk memajukan perubatan tradisonal dan tujuan-tujuannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan [LATIHAN KESIMPULAN 18] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor kerajaan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan usaha-usaha rakyat mengekalkan tanggungjawab tersebut . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya (fokus utama) supaya

k@y.js

12

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [LATIHAN KESIMPULAN 19] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan kitar semula bahan industri dan cara menggalakkan masyarakat mengamalkannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 20] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis rumusan tentang langkah-langkah membentras kegiatan cetak rompak di Malaysia dan kesan-kesan cetak rompak. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 21] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia dan kepentingan mengekalkan perpaduan tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

[LATIHAN KESIMPULAN 22] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis rumusan tentang punca-punca kelemahan bahasa Inggeris dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesimpulannya, Negatif/Positif Jawapan (fokus utama) supaya

k@y.js

13

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN LATIHAN 3 ISI TERSURAT

Isi tersurat adalah isi yang diperoleh daripada petikan dengan memfokuskan kepada kehendak fokus utama. Huraian dan contoh bukan isi tersurat. Kita boleh mengabaikan ayat-ayat yang mengandungi perkataan seperti, contoh, misalnya. Pada keadaan tertentu kita juga boleh mengabaikan frasa selepas perkataan kerana, supaya, agar. Contoh : langkah-langkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. faedah Langkah Faktor peranan Kesan keburukan Masalah dapat, memperoleh Ada pihak pembuat[contoh : kerajaan, ibu bapa, masyarakat]/tindakan/usaha] Penyebab/ kenapa isu itu berlaku/punca Ada pihak pelaksana Apa yang akan berlaku kepada kita, negara, masyarakat, generasi akan datang Akan menyebabkan/apa yang akan berlaku kepada kita Kesusahan/kesulitan yang dihadapi oleh phak-pihak tertentu

LATIHAN 4

ISI TERSIRAT

Isi tersirat tidak boleh diambil daripada petikan. Isi tersurat memfokuskan kepada kehendak fokus kedua iaitu arahan soalan selepas [dan]. Contoh : langkah-langkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. faedah Langkah Faktor peranan Kesan keburukan Masalah dapat, memperoleh Ada pihak pembuat[contoh : kerajaan, ibu bapa, masyarakat]/tindakan/usaha] Penyebab/ kenapa isu itu berlaku/punca Ada pihak pelaksana Apa yang akan berlaku kepada kita, negara, masyarakat, generasi akan datang Akan menyebabkan/apa yang akan berlaku kepada kita Kesusahan/kesulitan yang dihadapi oleh phak-pihak tertentu

k@y.js

14

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 1 MENGGALAS CABARAN SOSIAL NEGARA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah mengatasi permasalahan sosial dan kesan gejala sosial kepada masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Walaupun pelbagai kisah gemilang mewarnai pencapaian negara terutamanya dalam bidang ekonomi dan politik, namun dalam bidang sosial lebih banyak lakaran suram yang terpahat lantaran meningkatnya pelbagai kes jenayah dan gejala sosial yang cukup rencam sifatnya. Fenomena ini mendorong pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk merangka dasar, strategi dan tindakan untuk menanganinya. Antara tindakan jangka panjang kerajaan dalam usaha ini ialah memperkenalkan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (FSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dalam usaha memerangi kemelut sosial yang kian meruncing terutamanya di bandar-bandar, ada pihak yang mencadangkan pewujudan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini mampu menjadikan sesebuah bandar itu bebas daripada sebarang ancaman fizikal, sosial dan mental yang boleh mengganggu kesejahteraan penduduk setempat. Konsep ini berkemungkinan dapat dilaksanakan apabila mendapat restu kerajaan. Di samping itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) dijangka dapat menggerakkan tenaga pelbagai sektor dalam menangani isu sosial. Dasar strategik ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja tetapi meliputi semua peringkat usia. Selain usaha pencegahan melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada, faktor hukuman juga seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana hukuman yang lebih berat menjadikan mereka yang ingin melakukan kesalahan “berfikir dua kali” sebelum melakukannya. Faktor yang tidak kurang pentingnya, yang seharusnya diberikan perhatian ialah peningkatan penduduk bandar yang berterusan yang dianggap boleh mengundang lebih banyak masalah jenayah dan sosial. Oleh yang demikian pihak berkuasa mesti merangka dasar pengurusan bandar di negara ini secara bijaksana termasuklah melaksanakan sepenuhnya konsep bandar selamat. Apabila terlaksananya konsep ini bandar akan bebas daripada keganasan yang merosakkan harta benda dan nyawa, bebas daripada kemusnahan dan malapetaka dan penduduk bebas daripada kemerosotan sosial dan moral. Jenayah dan kemelut sosial juga amat sinonim dengan kemiskinan dan setinggan. Oleh yang demikian kerajaan perlu mengawal pertambahan penduduk bandar secara mendadak yang boleh menyumbang kepada masalah setinggan dan kemiskinan bandar. Dengan cara ini, diharapkan tidak akan ada kelompok yang akan terpinggir daripada arus perdana pembangunan negara kerana kelompok yang terpinggir inilah yang selalunya cenderung untuk bertingkah laku secara negatif. Selain itu, komitmen ahli masyarakat untuk sekurang-kurangnya melaporkan kegiatan jenayah dan gejala sosial di persekitaran mereka merupakan satu usaha yang patut disanjung tinggi. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menggalas Cabaran Sosial Negara, oleh Zamri Misman, Dewan Masyarakat, Januari 2005

k@y.js

15

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 2 PEMANASAN GLOBAL

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Fenomena pemanasan global atau peningkatan suhu bumi telah lama mendapat perhatian pakar meteorologi dan pakar sains di seluruh dunia. Mereka telah membuat kajian tentang punca-punca fenomena alam ini dan kesan-kesannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa suhu bumi meningkat secara mendadak yang akan menyebabkan bongkah ais di kawasan kutub semakin mencair. Akibatnya, kawasan pinggir pantai di seluruh dunia akan tenggelam dan menyebabkan kemusnahan harta benda. Oleh itu, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk menanganinya agar kesejahteraan hidup penduduk dunia tidak terjejas. Pemanasan global turut menyebabkan cuaca dunia berubah di luar jangkaan. Buktinya, benua Eropah yang biasa dikaitkan dengan cuaca sejuk kini telah berubah coraknya menjadi panas. Fenomena ini juga diramal akan mengubah arah tiupan angin monsun yang pasti menjejaskan ekosistem bumi. Di samping itu, pemanasan melampau mengakibatkan tumbesaran tanaman dalam sektor pertanian terganggu sehingga menjejaskan produktiviti. Misalnya, beberapa tahun yang lalu negara kita pernah mengalami kenaikan harga makanan yang mendadak berikutan banyak tanaman musnah akibat cuaca yang tidak menentu. Antara punca utama pemanasan global ialah pelepasan asap kenderaan dan kilang serta pembakaran terbuka yang membebaskan gas karbon dioksida berlebihan ke atmosfera. Oleh itu, kita sewajarnya berusaha mencari jalan untuk mengurangkan pelepasan gas-gas berbahaya ke udara dan mengelakkan pembakaran terbuka. Peningkatan gas karbon dioksida akan menyekat pelepasan haba dari bumi ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan peningkatan tahap keasidan laut hingga menjejaskan hidupan marin terutamanya terumbu karang. Manusia juga terdedah kepada pelbagai jenis penyakit akibat fenomena alam yang membimbangkan ini. Contohnya, penyakit berkaitan kulit disebabkan oleh kepanasan melampau yang membunuh sel-sel kulit. Begitu juga penyakit katarak mata yang berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya ultraungu secara berlebihan. Perkara yang lebih membimbangkan masyarakat dunia adalah apabila suhu yang melampau turut mengancam nyawa manusia hingga berlaku kematian di beberapa buah negara. Oleh yang demikian, manusia tidak seharusnya leka kerana tindak balas alam tidak mengenal sesiapa yang melakukannya dan semua makhluk akan menanggung bahananya. Menurut jurnal Nature, pemanasan global mempercepat kepupusan lebih daripada sejuta spesies hidupan darat dalam tempoh 50 tahun. Sehubungan dengan hal itu, penduduk dunia harus mengubah cara hidup agar alam kembali sihat. Sumbangan paling mudah adalah dengan mengurangkan penggunaan elektrik dan mengutamakan pengangkutan awam. Sekurang-kurangnya, sedikit sumbangan yang dilakukan mampu melambatkan kemusnahan bumi. (Dipetik dan diubah suai daripada `Pemanasan Global' oleh Zurin M. Zain, Dewan Masyarakat, Julai 2007)

k@y.js

16

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 3 PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah pengurusan masa yang berkesan dan kesan-kesannya dalam kehidupan seseorang pelajar. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa yang berkesan? Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap. Dewasa ini, kita sering mendengar berita tentang pelajar yang terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan ataupun penyalahgunaan dadah. Mengapakah hal ini boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Hal ini berlaku disebabkan pelajar itu mudah terpengaruh oleh anasir-anasir buruk. Pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini tidak dapat mengurus masa dengan cekap. Justeru, mereka sering membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah pelajar digalakkan menyediakan jadual waktu belajar masing-masing. Namun begitu, terdapat juga pelajar yang menyediakan jadual waktu belajar persendirian tetapi tidak mengikutnya. Jadual waktu belajar dapat membantu pelajar mengurus masa dengan berkesan supaya mereka memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada kesuntukan masa untuk mengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan sudah hampir. Pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada mereka yang membuat persediaan awal. Bagi pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana sibuk membuang masa tentulah tidak dapat menghabiskan semua tajuk sebelum peperiksaan. Justeru, pengurusan masa yang cekap memandu pelajar untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Di samping itu, masa yang terluang hendaklah digunakan untuk aktiviti yang berfaedah dan tidak membiarkan masa itu berlalu begitu sahaja. seperti yang kita ketahui bahawa masa itu amat berharga dan sedar masa yang terbuang tidak akan dapat dikembalikan semula, bak kata pepatah "masa itu emas". Seandainya pelajar mengurus masa dengan lebih cekap, masa yang terluang boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah seperti membaca majalah ilmiah. Pelajar bukan sahaja dapat menggunakan masa dengan berfaedah, tetapi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Peruntukkan juga masa untuk aktiviti sampingan seperti berenang, bersenam, bermain, bersiar-siar, menonton televisyen, mendengar radio, beribadat, tidur, dan sebagainya. Melalui cara ini, pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap kasih sayang dan mengeratkan hubungan sesama keluarga. Pelajar sering digalakkan menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang sihat dan otak yang cerdas. Pengurusan masa yang berkesan juga dapat menanam sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri sendiri. Pelajar berpeluang berdikari dalam mengurus masa. Melalui cara ini, pelajar dapat mengamalkan hidup yang berdisiplin dan bermakna. Para pelajar juga dinasihatkan supaya menggunakan masa pada cuti sekolah dengan berfaedah. Masa senggang ini patut digunakan oleh pelajar untuk membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan membuat latihan, mencari maklumat di perpustakaan, dan menghadiri kelas tambahan. Selain itu, masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang untuk menenangkan fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun. Para pelajar boleh membuat kebajikan atau mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan wang. Wang yang diperoleh dapat menampung perbelanjaan sekolah. Kesimpulannya, sebagai pelajar, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, dan agama. Oleh itu, kita perlu mengurus masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan seterusnya melahirkan modal insan yang bermoral selaras dengan Wawasan 2020. Akhirnya, ingin ditegaskan bahawa pelajar yang pandai mengurus masa biasanya akan berjaya dalam kehidupan. Mereka juga berani menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Hal ini akan menjamin kehidupan yang bahagia pada masa hadapan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Pengurusan Masa yang Berkesan", Sham al-Johori, Minda Pelajar, Januari 2008)

k@y.js

17

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 4 PENDIDIKAN PENENTU KERJAYA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usahausaha untuk menyediakan peluang kerjaya kepada rakyat dan punca-punca pengangguran masih berlaku. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendidikan amat penting dalam usaha membangunkan bangsa dan negara. Dalam zaman yang serba moden hari ini, pendidikan menjadi satu keperluan bagi memungkinkan generasi sekarang bersaing untuk mendapatkan pekerjaan. Lazimnya, latar belakang pendidikan yang baik menjadi faktor penentu bagi memperoleh bidang kerjaya yang lebih selesa, namun ada juga yang berjaya memiliki kerjaya tanpa asas pendidikan yang kukuh. Hal ini kerana, telah diwujudkan institusi kemahiran khusus untuk mereka yang kurang cemerlang dalam akademik mendapatkan latihan kemahiran dalam pelbagai bidang. Pelbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan persediaan untuk peluang kerjaya. Antara langkah persediaan dalam menjurus ke arah menyediakan peluang pekerjaan ialah memperkenalkan modul keusahawanan di peringkat universiti bagi menggalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan. Di peringkat sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pembudayaan Keusahawanan melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah. Program tersebut bagi membolehkan golongan sasaran seperti para graduan dan pelajar sekolah menyesuaikan diri seawal yang mungkin dengan budaya berdikari dan keusahawanan. Baru-baru ini, Putera UMNO menyasarkan 30 000 belia antara usia 18 hingga 25 tahun yang tercicir dalam pelajaran akan diberi peluang menyertai latihan kemahiran mengikut bidang yang sesuai. Enam bidang yang ditawarkan merangkumi sektor perhotelan, paramedik, automotif, elektrik, mekatronik, dan sistem komputer khusus untuk belia luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Remaja lepasan sekolah juga seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk yang berasaskan kemahiran sebagai langkah menghadapi cabaran globalisasi. Bagi mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan modal insan yang mempunyai kemahiran serta berdaya saing sebagai bukti meningkatnya kualiti sumber manusia dalam negara. Tegasnya, ilmu pengetahuan dan latihan yang disediakan harus selaras dengan tuntutan dan perkembangan semasa yang boleh digunakan untuk memasuki pasaran kerja. Selain itu, mahasiswa universiti yang yang bakal menamatkan pengajian perlu didedahkan kepada bidang pertanian sebagai salah satu pilihan kerjaya. Hakikatnya, dunia pertanian kini telah banyak berubah. Berkat teknologi moden, dan teknik yang canggih, sektor pertanian mampu diusahakan secara komersial, dan tidak memerlukan tanah yang luas. Walau apa-apa pun kerjaya yang ingin diceburi, seseorang remaja itu perlu mempunyai pendedahan kerjaya dan maklumat yang berkaitan sebelum terjun dalam kerjaya yang dipilih. Ekoran persaingan sengit dunia pekerjaan dan lambakan siswazah menganggur saban tahun, remaja juga perlu diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kerajaan bagi endapatkan peluang pekerjaan. Mereka mesti mempunyai alternatif lain seperti meneroka peluang untuk bekerja sendiri, berniaga dan sebagainya. (Dipetik dan diubah suai daripada „Pendidikan Penentu Kerjaya‟ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Disember 2007)

k@y.js

18

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 5 DILEMA PENGANGGURAN SISWAZAH

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca pengangguran dalam kalangan siswazah dan kesan-kesan pengangguran tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengangguran merupakan salah satu permasalahan sosioekonomi yang terus menghambat negara ini. Setiap tahun, beribu-ribu orang siswazah menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan harapan menggunung untuk mendapatkan kerjaya yang setimpal; namun, tidak semuanya bernasib baik. Berdasarkan Statistik Perburuhan dan Sumber Manusia 2008, jumlah pendaftar baharu yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja ialah 174,355 orang iaitu seramai 40,356 orang (23.1 peratus) memiliki ijazah, manakala 35,832 orang (20.6 peratus)merupakan pemegang diploma. Sikap terlalu memilih kerjaya menyebabkan peningkatan masalah pengangguran dalam kalangan siswazah. Hal ini menjadikan siswazah sanggup menunggu pekerjaan yang eksklusif dan bergaji tinggi. Keadaan ini bertambah buruk apabila siswazah mempunyai interpretasi terlalu tinggi terhadap prasarana kerja seperti kredibiliti syarikat, fleksibiliti waktu bekerja, jarak, infrastruktur dan sistem pengangkutan yang baik. Ada juga sesetengah siswazah yang tidak optimistik dalam memilih bidang kerjaya. Mereka beranggapan demikian kerana kurang yakin dengan kemampuan diri dan kelulusan yang dimilikinya. Isu pengangguran dalam kalangan siswazah juga dikaitkan dengan sikap majikan yang sangsi terhadap kebolehan siswazah memandangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja. Sesetengah majikan melihat pengalaman lebih penting berbanding dengan taraf pendidikan. Majikan sanggup menawarkan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang berpendidikan tinggi kepada orang yang tidak berpendidikan tinggi dengan alasan mengurangkan kos upah.Kebanyakan siswazah tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara berkesan untuk membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja yang semakin kompleks dan sengit. Siswazah IPT tempatan sekarang juga tidak mempunyai kekuatan penguasaan bahasa kedua seperti bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya. Siswazah baharu sukar diserap ke alam pekerjaan kerana tiada kekosongan jawatan. Hal ini disebabkan terdapat penjawat awam yang melanjutkan pelajaran demi meningkatkan mobiliti sosial. Di samping itu, IPT sering dipersalah oleh sesetengah pihak dan didakwa kurang menawarkan kursus yang dikehendaki oleh pasaran kerja. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan siswazah akhirnya mencuba nasib dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Mutakhir ini juga, pembangunan teknologi tinggi mula mengambil alih tugas manusia dalam sektor pengeluaran. Kemasukan pakar asing dari luar negara untuk bekerja di Malaysia memburukkan keadaan lagi. Siswazah perlu menilai potensi diri sebelum berusaha mendapatkan sesuatu pekerjaan. Masalah pengangguran pasti dapat diatasi jika siswazah menguasai secara teori dan praktikal bidang yang diambil di universiti, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan meningkatkan kualiti diri yang dapat menyakinkan panel temu duga untuk jawatan yang dipohon. (Dipetik dan diubah suai daripada „Dilema Pengangguran Siswazah‟ Oleh V. Suresh Kumar, Dewan Masyarakat, Oktober 2009)

k@y.js

19

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 6 MEMBINA MOTIVASI DIRI TATKALA TERTEKAN

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tekanan didefinisikan sebagai satu tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman pahit atau sukar yang dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan buruk terhadap mental, emosi dan jasmani. Oleh itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan dan bukan tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu, setiap individu perlu mengetahui cara-cara mengurus tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mengelakkan gejala ini sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi pergaulan. Beriadah merupakan salah satu amalan budaya hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang berkualiti dan menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-kata perangsang yang dapat meredakan perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang. Walau bagaimanapun, jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara buruk itu. Seseorang itu dapat menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun sesuatu perkara itu menyakitkan hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya. Kita hendaklah memahami bahawa kitalah yang bertanggungjawab menentukan emosi kita. Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa perasaan marah tidak memberikan keuntungan, sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih buruk. Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan kehidupan kita. Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaankejayaan yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat demikian, dia berasa lebih yakin dan mampu menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat menghindarkan tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada orang yang boleh dipercayai secara terus-terang dan tidak menyimpannya dalam hati kerana masalah yang dipendam akan menjadi racun yang membunuh secara senyap. Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan agama masing-masing supaya dapat menenangkan fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita sekiranya kita lemah dalam penghayatan agama. ( Diubahsuaikan daripada „Membina Motivasi Diri Tatkala Tertekan‟ oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Dewan Masyarakat, Mac 2002 )

k@y.js

20

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 7 PELANCONGAN KESIHATAN DI MALAYSIA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesankesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar. Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak 103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa. Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit. Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan. Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh.

k@y.js

21

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 8 PERTANIAN PEMACU EKONOMI

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buahbuahan juga mula diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar. Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius. Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat tentang bidang pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan. Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport. Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian negara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada „Pertanian Pemacu Ekonomi‟, Dewan Ekonomi, April 2004)

k@y.js

22

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 9 SELAMATKAH SEKOLAH KITA?

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kekangan untuk merealisasikan tindakan tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu buli bukan lagi suatu isu yang baharu, tetapi boleh dikatakan seusia dengan institusi sekolah sejak sebelum merdeka lagi. Kes buli dan deraan boleh berlaku di sekolah berasaskan pada wujudnya peluang serta sokongan kelompok. Perbuatan membuli lazimnya disebabkan ingin menunjukkan kekuatan fizikal dan kuasa. Pembuli juga datang dari keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli yang berlaku kerana kurang pengawasan disiplin sekolah. Oleh sebab itu, perlakuan buli di sekolah kini semakin mencemaskan. Tahap keselamatan sekolah semakin diragui apabila wujud pelbagai jenis perlakuan sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Sebagai langkah segera, pihak sekolah perlu mengenal pasti kawasan dan masa yang berpotensi untuk sesuatu perlakuan yang boleh menggugat keselamatan di sekolah. Sebagai contoh, adakah tandas, stor, padang, dan bilik darjah selamat untuk murid? Bagi jangka pendek, pihak sekolah perlu melengkapkan pengetahuan tentang keselamatan diri kepada semua pelajar khususnya pelajar perempuan. Pengetahuan ini meliputi waktu di sekolah, di luar sekolah, termasuk sewaktu aktiviti kokurikulum. Selain itu, ada baiknya pihak sekolah meletakkan papan tanda keselamatan dan bahan bacaan berkaitan petua keselamatan di tempat yang strategik. Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang tidak akan tercapai sekiranya perbuatan buli masih berlaku dalam kalangan pelajar. Lantaran itu, setiap sekolah juga seharusnya menganjurkan program khas pembentukan peribadi murid bagi menangani gejala buli. Oleh itu, guru kaunseling juga perlu mempunyai pemerhatian yang tajam untuk membuat jangkaan dan menyiasat murid yang mengalami perubahan tingkah laku yang mendadak. Hal ini dapat dikesan apabila terdapatnya penurunan prestasi akademik. Sebagai mata dan telinga pihak sekolah, para pengawas juga perlu memantau perjalanan serta aktiviti harian murid. Isu keselamatan sekolah bukan hanya di dalam sekolah kerana di luar kawasan sekolah juga lebih berbahaya. Oleh itu, pelan kontingensi keselamatan di sekolah perlu disediakan. Hal ini bermakna pemantauan keselamatan pelajar tidak terhenti apabila pelajar keluar dari kawasan pagar sekolah. Pengawal keselamatan yang bertugas memastikan setiap pelajar meninggalkan sekolah dengan selamat. Bagi murid yang masih menunggu ibu bapa di luar kawasan sekolah, satu kawasan khas berdekatan pondok pengawal sekolah boleh diwujudkan. Tegasnya, peranan pihak sekolah sangat penting dalam menguruskan keselamatan sekolah, semoga anak-anak kita dapat belajar dengan selamat. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Selamatkah sekolah kita?”, oleh Anuar Ahmad, Utusan Malaysia, 6 Mac 2009)

k@y.js

23

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 10 TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH MEMUDARATKAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit di sekolah dan usaha-usaha pihak sekolah untuk memastikan larangan penggunaannya dipatuhi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menarik balik penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar. Pelbagai komen dan pendapat diluahkan terhadap langkah terbaharu itu. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang membantah. Terdapat ibu bapa membantah kerana pada mulanya anak mereka dibenarkan membawa telefon bimbit. Mereka juga bimbang akan keselamatan anak mereka. Namun begitu, menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, sudah menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk memastikan anak-anak didik mereka selamat. Seandainya pihak sekolah gagal melaksanakan dan memastikan keselamatan pelajarnya, maka pihak sekolah perlu dipertanggungjawabkan. Ibu bapa tidak perlu risau akan keselamatan anak mereka apabila sudah berada di kawasan sekolah. Jika mereka sudah hilang kepercayaan, apalah gunanya mereka menghantar anak mereka ke sekolah. Alasan mahukan anak mereka menggunakan telefon bimbit supaya mereka mudah dipantau tidak masuk akal sama sekali. Yang pastinya, walaupun larangan dikenakan, para pelajar yang degil akan tetap membawanya ke sekolah. Sesungguhnya, guru-guru tiada masa untuk bertindak terhadap pelajar yang degil itu. Tugas guru disiplin akan bertambah untuk memastikan para pelajar tidak membawa telefon ke sekolah. Guru mempunyai pelbagai tugasan akademik lain yang lebih penting untuk diuruskan. Sedarilah bahawa telefon bimbit ini menyebabkan tugas hakiki guru terganggu. Keburukan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar memang ketara. Banyak masa pelajar dihabiskan dengan melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan di luar sekolah. Tidak mustahil, jika berlakunya pergaduhan dengan rakan sekelas, mereka ini akan menghubungi rakan mereka di luar sekolah untuk membalas dendam terhadap pelajar lain. Telefon bimbit juga menjadi punca kepada pelbagai masalah disiplin lain seperti menyebarkan gambar lucah, dan menipu semasa peperiksaan. Bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana, sudah pasti tidak mampu untuk membeli telefon bimbit. Melihat rakan-rakan membawa telefon bimbit akan wujud perasaan rendah diri dalam diri kerana menyedari diri tidak mampu. Sesetengahnya sanggup menggunakan perbelanjaan seharian dan keperluan membeli buku untuk membeli telefon bimbit atau kad prabayar. Bagi yang tangan panjang, mereka akan mencuri telefon bimbit rakan walaupun mengetahui jika ditangkap boleh dibuang sekolah. Tujuan sistem pendidikan negara yang mewajibkan pelajar memakai uniform, dan melarang pelajar memperagakan barangan berharga adalah untuk mewujudkan keseragaman. Oleh itu, tiada pelajar yang berasakan diri terlalu kaya dan tiada pula yang berasa terlalu miskin. Dengan itu, fokus pelajar hanyalah kepada pelajaran, bukan perkaraperkara lain. Seandainya dibenarkan pula penggunaan telefon bimbit ini, maka akan wujudlah keadaan yang berkasta-kasta, iaitu yang kaya akan berkawan dengan yang kaya sahaja. Ada juga kemungkinan telefon bimbit disalahgunakan untuk merakam aksi pelajar perempuan di dalam tandas. Lebih membimbangkan, ketika guru sedang mengajar, keharmonian di dalam kelas akan terjejas kerana diganggu oleh deringan telefon yang pelbagai. Oleh hal yang demikian, larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah dalam kalangan pelajar memang wajar dan mempunyai rasional tertentu. (Diubahsuaikan daripada rencana „Telefon Bimbit di Sekolah Memudaratkan,‟ oleh Cucu Mat Kilau, Berita Harian, 16 Januari 2006)

k@y.js

24

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 11 CARA KURANGKAN TEKANAN PADA PTPTN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis suatu rumusan tentang langkahlangkah untuk mengurangkan beban PTPTN dan faedahnya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata. Sebarang isu yang berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering mendapat perhatian umum dan menjadi perbincangan hangat. Antara isu PTPTN yang menjadi bualan ramai ialah kegagalan peminjam membayar balik pinjaman. Sudah menjadi seolah-olah tanggungjawab sosial PTPTN membantu pelajar-pelajar meneruskan pengajian mereka. Selain itu, terdapat juga pandangan bahawa masa depan pelajarpelajar yang memerlukan pembiayaan melanjutkan pelajaran dikatakan akan terjejas jika permohonan ini ditolak. Malah ada yang beranggapan, menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan pendidikan secara percuma kepada rakyat sehingga peringkat universiti. Sebab itulah masyarakat banyak bergantung kepada PTPTN. Tetapi masalahnya, apabila tamat belajar, golongan ini begitu liat untuk membayar. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh PTPTN, ibu bapa perlu menabung untuk pendidikan anakanak mereka. Skim menabung untuk tujuan pendidikan anak-anak sememangnya telah banyak dilaksanakan oleh syarikat-syarikat insuran dan bank-bank. Ibu bapa yang berkemampuan perlu mengubah paradigma dengan membiayai sendiri yuran pembelajaran anak mereka. Dalam waktu yang sama hanya pelajar yang kurang berkemampuan layak diberi pinjaman. Mereka yang berwang, tiada faedahnya dibantu. Seterusnya pelajar yang berjaya mendapatkan pekerjaan perlu membayar balik pinjaman. Dalam waktu yang sama, badan korporat dan syarikat-syarikat lain juga boleh menawarkan lebih banyak biasiswa atau pinjaman kepada pelajar-pelajar. Yuran pengajian terutamanya di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) terlalu membebankan pelajar. Kita mendapati sesuatu pengajian untuk memperoleh ijazah, bayaran selama empat tahun ialah RM60 ribu. Jumlah tersebut dianggap terlalu mahal. Ada yang mengatakan kesukaran untuk mendapat kembali pinjaman PTPTN disebabkan kelemahan pengurusan. Oleh itu, prosedur mendapatkan kembali wang pinjaman perlu diperkemaskan oleh PTPTN. Para pelajar yang menerima wang pinjaman tersebut, perlulah digunakan untuk perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Kita berasa bangga kerana ramai tokoh korporat yang berjaya dalam perniagaan. OIeh itu, diharapkan lebih ramai tokoh korporat yang sudah berjaya bersedia membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran. Seterusnya badan-hadan politik menubuhkan tabung pendidikan dan aktif menyalurkan kepada yang layak. Jelasnya, dalam kita memastikan bahawa agenda mendidik anak bangsa dapat berjalan dengan lancar, kita juga perlu memahami situasi yang dihadapi oleh PTPTN. Sikap terlalu bergantung kepada PTPTN sebagai sumber utama pelajar melanjutkan pelajaran akan memberi kesan yang besar kepada PTPTN sendiri. Walaupun diamanahkan untuk membantu pelajar-pelajar dalam melangsungkan pengajian, PTPTN perlu dibantu dalam mengurangkan konflik kewangan yang dialaminya. Setiap pihak mesti memainkan peranan masing-masing agar masa depan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran tidak terbiar dan tergadai. (Diubahsuaikan daripada rencana Utusan Malaysia: „Cara Kurangkan Tekanan pada PTPTN‟, oleh Sapora Sipon, 4 Mac 2005)

k@y.js

25

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 12 MENANGANI MASALAH BULI DI SEKOLAH

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesankesan buli dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Perbuatan membuli diertikan sebagai mengkasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung termasuk diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Sementara buli secara tidak langsung atau bulu psikologi melibatkan kata-kata (Verbal) termasuk memanggil atau ejek-mengejek dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain, atau menyebarkan gossip liar terhadap seseorang. Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan guru, kemudahan fizikal atau organisasi, budaya dan nilai yang diamalkan. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk, dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pula akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penalkut. Mangsa bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Sebenarnya perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan, jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Biasanya mereka yang dikaunselingkan bukan si pembuli tetapi mangsa kerana mereka perlu dibantu untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli berasa seronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya akan dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Kesimpulannya, persekitaran sekolah perlu selamat supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. ( Diubahsuai daripada „Menangani Masalah Buli di Sekolah‟, Dewan Siswa, Ogos 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)

k@y.js

26

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 13 MEMERANGI SAMSENG DI SEKOLAH

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya kegiatan samseng dan buli di sekolah dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Belakangan ini kejadian buli dan samseng semakin menjadi-jadi di sekolah di negara kita. Mengapakah gejala buli dan ragging ini masih belum kita lupakan daripada persekitaran pendidikan kita? Adakah budaya buruk sebegini masih dianggap menyumbang dalam membangunkan minda para pelajar sekolah, atau mampu melahirkan pelajar yang berjiwa kental, tabah mahupun berjiwa besar bagi menghadapi cabaran mendatang? Mungkinkah budaya negatif sebegini akan dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar tersebut? Sekolah merupakan medan sosial pertama yang perlu dilalui oleh setiap pelajar. Amat mendukacitakan seandainya sekolah menjadi tempat pelajar mula menyuburkan minda jenayah. Gejala buli yang bersifat antisosial akan mempengaruhi perjalanan hidup pelajar sekiranya tidak dibentung. Kesannya para pembuli akan mempunyai sikap tidak mematuhi undang-undang mahupun menghargai institusi keluarga dan kerukunan hiudp bermasyarakat sekiranya mereka tidak diperbetulkan dengan segera. Buli akan mewujudkan “putaran ganas” yang sukar dihentikan . Para pelajar yang pada suatu ketika dahulu menjadi mangsa, aknbirnya menjadi pembuli apabila mereka menjadi pelajar senior. Penyelidikan awal tentang kegiatan kumpulan samseng di sekolah berpunca daripada hasil perkembangan sesuatu kumpulan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan antisosial melalui evolusi. Penyelidik lain pula menyenaraikan banyak faktor yang menyebabkan perkembangan gejala ini di sekolah. Faktor asas yang menjadi pemangkin gejala ini adalah kegagalan institusi keluarga. Hal ini boleh berlaku akibat kegagalan ibu bapa dalam mengawal anak yang ramai, kewujudan pengaruh ahli keluarga yang turut terlibat dalam gejala yang sama dan rasa keterasingan akibat komunikasi yang tidak berkesan. Perkembangan media massa yang semakin canggih turut mempengaruhi gejala yang tidak sihat ini. Dalam kerancakan pembangunan industri filem, pelajar juga mudah terpengaruh dengan filem ganas dan permainan video yang membolehkan pemain memainkan watak penjenayah bagi menjalankan misi membunuh, peras ugut dan sebagainya. Selain itu, para pelajar amat tertarik dengan unsur-unsur seperti ini, terutamanya apabila menyedari mereka akan digeruni dan mampu melakukan apa-apa sahaja kepada pelajar lain. Barangkali sekolah perlu diwartakan sebagai zon bebas buli, samseng atau ragging, sebagaimana pengisytiharan zon larangan merokok. Laporan Kajian Gangsterism di Sekolah Menengah Harian, hasil kerjasama Kementerian Pelajaran dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (1999) mencadangkan agar sekolah „mencantas‟ jaringan samseng dan buli di sekolah menerusi tiga perkara. Pertama, dengan memastikan para pelajar tidak melepak pada waktu persekolahan. Kedua, dengan menghapuskan proses recruitment atau mencari ahli baru dengan memantau individu-individu yang disyaki secara terperinci. Ketiga, menyediakan sistem kawalan yang berkesan untuk mencegah para pembuli daripada menjalankan kegiatan mereka pada waktu sebelum sekolah bermula, semasa tempoh rehat dan selepas tamat waktu persekolahan. Bagi memudahkan usaha ini, mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya persatuan bekas-bekas pelajar (ALUMNI) yang pada kelazimannya wujud di sekolah-sekolah berasrama. Budaya samseng dan buli perlulah diperangi menerusi penghayatan agama, penyuburan budaya ilmu, dan pembinaan sahsiah. Dengan membanteras budaya sebegini akan terhindarlah kejadian jenayah. Kegagalan membanterasnya di peringkat sekolah bererti menidakkan bidalan leluhur yang bijaksana “melentur buluh biarlah dari rebungnya” (Diubahsuaikan daripada rencana pengarang Dewan Budaya : „Memerangi Samseng di Sekolah’ oleh Mohd. Yusni Khusaini Mohd. Yusof. November 2003)

k@y.js

27

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 14 MENGEKANG BUDAYA MEROKOK DARIPADA GENERASI MUDA

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang mendorong kerajaan melancarkan kempen anti merokok secara besar-besaran dan kesan buruk terhadap tabiat merokok. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kempen anti merokok besar-besaran telah dilancarkan oleh Perdana Menteri tidak lama dahulu merupakan langkah bijak dan tepat pada masanya. Kini tabiat merokok dalam kalangan masyarakat semakin mengusarkan. Budaya ini seolah-olah sudah sinonim dalam masyarakat kita tanpa mengira pangkat, kaum, agama, budaya, dan status seseorang. Pihak industri tembakau terus-terusan meraih keuntungan berlipat ganda walaupun pelbagai usaha menyekat tabiat buruk itu telah diambil. Apa yang paling membimbangkan, 49 peratus rakyat negara ini dilaporkan merokok. Peratus ini melebihi kadar perokok di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Sweden. Kajian juga menunjukkan rakyat negara ini menghisap 23.7 bilion batang rokok setahun berbanding 19.32 bilion batang pada tahun 1988. Masalah ini harus dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa dalam usaha kerajaan mahu meningkatkan tahap kesihatan rakyat dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak dapat dinafikan, tabiat merokok ini mula meresap kuat dalam jiwa generasi muda termasuk golongan pelajar. Lebih menyedihkan budaya ini juga turut diikuti oleh golongan wanita yang sebelum ini jarang dilihat. Perangkaan menunjukkan sebahagian besar perokok mula terbabit dengan tabiat ini dari peringkat remaja ketika berumur sekitar 19 tahun. Ternyata sekali pembamitan remaja perempuan kian bertambah terutama di kawasan bandar. Kajian juga menunjukkan kira-kira 50 hingga 60 remaja mula berjinakjinak dengan tabiat ini setiap hari. Jumlah perokok baru kian bertambah. Selain itu didapati 20 peratus temaja termasuk gadis merokok secara terbuka di tempat awam. Hal ini jelas menunjukkan masalah ini semakin kronik jika tidak ditangani segera. Berdasarkan kajian lain yang dijalankan , didapati bilangan rakyat negara ini yang meninggal dan menderita akibat diserang pelbagai penyakit yang berpuna daripada tembakau adlah terlalu ramai. Justeru kempen anti merokok yang dilancarkan ini haruslah dilihat secara menyeluruh dan bersepadu terutama dalam soal kesihatan demi merealisasikan usaha kerajaan untuk menghentikan tabiat buruk ini. Dalam usaha menangani masalah ini kerajaan mengambil beberapa pendekatan sebagai langkah susulan seperti mengehadkan pengiklanan merokok di media cetak dan elektronik serta menghentikan penganjuran syarikat rokok dalam aktiviti sukan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Mengekang Budaya Merokok Daripada Generasi Muda” Berita Harian, 24 Feb 2004)

k@y.js

28

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 15 MASA DEPAN SEKTOR PERIKANAN NEGARA

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya peningkatan permintaan dalam sektor perikanan di negara kita dan kesankesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengeluaran ikan sedunia mungkin tidak seiring dengan pertumbuhan penduduk, satu keadaan defisit yang boleh menyebabkan bencana kepada jutaan penduduk di negara-negara membangun. Hal inilah antara peringatan berdasarkan hasil analisis yang dilakukan oleh WorldFish Center dan ahli ekonomi dan Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa. Ikan adalah sumber protein utama kepada 1.6 penduduk dunia dan menyumbang hampir 7 peratus daripada jumlah hampir keseluruhan bekalan makanan dunia. Sekiranya sumber perikanan mengalami kemerosotan, hal ini memberi kesan kepada kandungan makanan, kandungan zat dan tahap pendapatan di negara membangun. Sumber yang semakin berkurangan juga memungkinkan harga ikan meningkat tanpa kawalan sehingga menyukarkan penduduk di negara membangun dan miskin. Sumbangan sektor perikanan kepada jumlah ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus berkembang sekurang-kurangnya 24 peratus sehingga penghujung tahun ini. Masa depan sektor perikanan banyak bergantung kepada dasar negara terhadap sektor ini yang sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara, Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi, sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding dengan kos mengimport. Analisis peluang pelaburan dan pembiayaan dalam sektor perikanan tidak sempurna tanpa mengupas aspek-aspek meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perikanan negara. Beberapa penganalisis sektor perikanan berpendapat, pengeluaran ikan akan meningkat dengan kadar tahunan 0.4 peratus kurang daripada jumlah penduduk di dunia sehingga 2020. Hal ini menyebabkan harga ikan meningkat kepada 16 peratus dalam tempoh sebenar (selepas inflasi), dengan bergantung kepada sepsies ikan tertentu mengikut permintaan. Andaian lain yang digunakan iaitu dengan mengambil kira kemerosotan (1% setahun) hasil tangkapan ikan di kawasan terbuka, kawasan tangkapan dan perancangan untuk ikan ternakan yang tiada sebarang perubahan juga menyebabkan harga ikan meningkat naik dari 26 peratus ke 70 peratus. Ikan adalah sumber makanan yang paling cepat pertumbuhannya terutamanya di negara-negara membangun. Malahan permintaannya adalah melebihi bekalan dan masalah ini akan meningkat selagi ikan merupakan sumber protein utama. Keadaan bekalan ikan yang semakin meningkat bukan sahaja dipengaruhi pertumbuhan penduduk tetapi turut dirangsang oleh selera masyarakat dunia kepada makanan laut. Dalam tempoh kurang 20 tahun, purata per kapita penggunaan ikan dunia telah meningkat hampir dua kali ganda. Menurut beberapa orang pengkaji maritim, pada tahun-tahun akan datang beberapa spesies ikan tidak akan terdapat lagi di pasar, mutu hasil tangkapan akan merosot dan konflik dalaman serta antara negara juga akan turut meningkat. Pertumbuhan pesat ini akan berlaku dalam kalangan negara membangun, yang mana akan bertanggungjawab menghasilkan 70 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan dunia pada 2020. Dijangka sektor perikanan akan menyumbang 65 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan. Pertumbuhan permintaan dalam negara secara tidak langsung akan menggalakkan eksport dari negara-negara membangun. (Diubausuaikan daripada ‟Masa Depan Sektor Perikanan Negara’, Dewan Ekonomi, Januari 2005)

k@y.js

29

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN PETIKAN 16 PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara untuk melindungi hidupan liar di negara kita dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pepatah Melayu lama menyebut, „patah tumbuh hilang berganti‟. Bagaimanapun, tidak semua yang hilang akan kembali. Begitu juga halnya dengan isu kepupusan sepsies haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh paling nyata ialah kepupusan binatang pra sejarah dinasour. Menurut Pengarah Bahagian Konservasi dan Kepelbagaian Biologi, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Siti Hawa binti Yatim, hidupan liar yang ada pada hari ini wajar dilindungi agar kelangsungan spesiesnya terjamin sekali gus mengelakkan nasib yang sama seperti dinasour berulang dengan menambahkan bilangan hutan simpan yang sedia ada. Kebanyakan spesies hidupan liar di negara kita dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Haiwan yang dilindungi tidak boleh dipelihara, ditangkap atau dibunuh melainkan dengan kebenaran pihak jabatan dan kementerian. Bagi binatang yang ditangkap, ditembak mati, dijadikan makanan atau untuk dipelihara, pemburu mestilah mempunyai lesen berburu yang disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Pemburuan hanya dibenarkan di luar kawasan rizab sahaja. Hal ini disebabkan kawasan rizab tidak boleh dicerobohi walaupun untuk tujuan pemburuan manakala kawasan hutan simpan pula tertakluk kepada syarat dan peraturan tertentu. Penguatkuasaan akta ini bertujuan untuk menjaga kelangsungan riwayat spesies haiwan yang kian terancam akibat proses pembangunan dan penempatan manusia di kawasan habitat semula jadi haiwan berkenaan selain disebabkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal. Selain melindungi haiwan ini di habitat asal, PERHILITAN juga berusaha untuk membiakkan kumpulan spesies terancam ini bagi mencapai jumlah populasi tertentu. Sebaik-baik sahaja populasinya mencapai jumlah yang dikehendaki, haiwan tersebut akan dibebaskan ke habitat asal tetapi pergerakan dan perkembangannya akan dipantau dari semasa ke semasa. Selain itu, PERHILITAN juga mempunyai bank genetik seperti DNA setiap haiwan bagi mengelakkan haiwan-haiwan daripada terus lenyap. Penubuhan bank ini bertujuan supaya mampu membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang khususnya bagi pegawai PERHILITAN, pelajar di universiti selain penyelidik dari luar negara. Antara haiwan yang telah pupus di negara kita ialah harimau belang, badak Jawa, burung merak hijau, burung upih, burung camar angguk, dendang laut dan burung botak. Kepupusan didapati berpunca daripada banyak kawasan dan habitat semula jadinya yang sudah tidak sesuai untuk pembiakan. Selain itu, untuk mengelakkan kepupusan ini, PERHILITAN juga merancang untuk membebaskan haiwan ini di dalam kawasan rizab selain ditempatkan di zoo. Di samping melindungi haiwan berkenaan, Jabatan PERHILITAN juga bertanggungjawab jika terdapat sebarang gangguan oleh hidupan liar terhadap manusia. Haiwan liar yang sering menganggu manusia ialah gajah, kera dan harimau. Apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh. (Diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Dewan Kosmik : „Perlindungan Hidupan Liar’ oleh Nik Khartina Nik Man, Oktober 2004)

k@y.js

30

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [SOALAN PEMAHAMAN] PETIKAN UMUM 1

Berdasarkan petikan soalan rumusan, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii) Jelaskan maksud lakaran suram yang terpahat dalam petikan tersebut. [2 markah]

Apakah kebaikan-kebaikan daripada pelaksanaan konsep bandar selamat? [3 markah] Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang yang sedia ada tidak berupaya mengurangkan perlakuan jenayah dan gejala sosial di negara ini? [4 markah] PETIKAN UMUM 2

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii) Berikan maksud rangkai kata menanggung bahananya. [2 markah]

Pengarang mengemukakan cara-cara untuk menangani masalah pemanasan global. Nyatakan cara-cara tersebut. [3 markah] Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu meyedarkan masyarakat berkaitan isu pemanasan global? PETIKAN UMUM 3 jawab soalan-soalan yang berikut dengan dilakukan untuk [4 markah]

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (ii) (iii)

Nyatakan maksud rangkai kata sibuk membuang masa. Berikan tiga langkah pegurusan masa yang berkesan.

[2 markah] [3 markah]

Apakah yang wajar dilakukan oleh pelajar untuk mengisi masa senggang mereka? [3 markah] Bersetujukah anda dengan pendapat bahawa pengurusan masa yang baik dapat membantu kecemerlangan seseorangan pelajar ? [4 markah]

[SOALAN PEMAHAMAN]

PETIKAN UMUM 4 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata cabaran globalisasi.

[2 markah]

Pengarang mengemukakan beberapa kepentingan pendidikan kepada setiap individu. Nyatakan tiga kepentingan pendidikan tersebut. [3 markah] Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika golongan belia bersikap terlalu memilih kerjaya? Jelaskan dua kesan. [4 markah]

k@y.js

31

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [SOALAN PEMAHAMAN] PETIKAN UMUM 5 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata menilai potensi diri.

[2 markah]

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh siswazah bagi mengatasi masalah pengangguran. Berikan tiga daripada langkah tersebut. [3 markah] Pada pandangan anda, apakah peranan pelbagai pihak untuk menangani masalah pengangguran siswazah? Kemukakan empat peranan pelbagai pihak. [4 markah] PETIKAN UMUM 6 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata bukan bererti dunia telah berakhir. Apakah kesan daripada kegagalan mengurus tekanan?

[2 markah] [3 markah]

Huraikan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengurangkan tekanan. [4 markah] PETIKAN UMUM 7 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial.

[2 markah]

Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan kesihatan di Malaysia. [3 markah] Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam proses pelaksanaan pelancongan kesihatan ? [4 markah]

[SOALAN PEMAHAMAN]

PETIKAN UMUM 8 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif. Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara?

[2 markah] [3 markah]

Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam membantu kerajaan memajukan sektor pertanian? [4 markah]

k@y.js

32

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [SOALAN PEMAHAMAN] PETIKAN UMUM 9 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata melahirkan modal insan.

[2 markah]

Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kes buli di sekolah? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika masalah buli tidak ditangani dengan segera? [4 markah] PETIKAN UMUM 10 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan Soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata tidak masuk akal sama sekali.

[2 markah]

Kenapakah terdapat ibu bapa yang tidak bersetuju apabila penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah ditarik balik? [3 markah] Ada kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit dapat menjejaskan kesihatan seseorang pengguna. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengurangkan kesan sampingan itu? [4 markah] PETIKAN UMUM 11 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkaian kata mengubah paradigma seperti terdapat dalam petikan. [2 markah] (ii) Apakah tanggungjawab masyarakat terhadap pinjaman wang untuk melanjutkan pelajaran di universiti? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, mengapa ibu bapa tidak berkemampuan untuk membiayai anak mereka yang melanjutkan pelajaran ? [4 markah] [SOALAN PEMAHAMAN] PETIKAN UMUM 12 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensi berdasarkan petikan? [2 markah] (ii) Nyatakan faktor-faktor berlakunya kejadian buli di sekolah. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas pembuli yang membabitkan kes kematian? [4 markah]

k@y.js

33

MODUL EKSPLORASI RUMUSAN [SOALAN PEMAHAMAN] PETIKAN UMUM 13 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata mula menyuburkan minda jenayah.

[2 markah]

Bagaimanakah pihak sekolah dapat mengatasi gejala samseng dan buli ini? [3 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan mereka untuk mengelakkan gejala samseng dan buli ini daripada terus menular? [4 markah] PETIKAN UMUM 14 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii)

Berikan maksud rangkai kata meresap kuat dalam minda.

[2 markah]

Selain daripada melancarkan kempen secara besar-besaran, apakah langkahlangkah lain yang diambil oleh kerajaan untuk menghentikan tabiat merokok? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi remaja hari ini terlibat dengan merokok? [4 markah] PETIKAN UMUM 15 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

(iii)

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Nyatakan maksud tanpa kawalan berdasarkan petikan. Mengapakah sumber perikanan penting dalam kehidupan manusia?

[2 markah] [3 markah]

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya mengawal kenaikan harga ikan di negara kita? [4 markah] PETIKAN UMUM 16 jawab soalan-soalan yang berikut dengan

[SOALAN PEMAHAMAN]

Berdasarkan petikan soalan rumusan, menggunakan ayat anda sendiri. (i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata patah tumbuh hilang berganti.

[2 markah]

Nyatakan punca-punca berlakunya kepupusan haiwan di dalam hutan. [3 markah] Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan daripada kepupusan hidupan liar? [4 markah]

k@y.js

34

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful