RYUO;JGF

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011

Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm

Penglibatan Za’ba dalam Bidang Pendidikan dan Perguruan
1

Noor Aziera Mohammad Rohana, 1,2Ermy Azziaty Rozali & 3Aiza Maslan @ Baharudin
1

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor 3 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang

Abstrak: Aspek pendidikan memainkan peranan dalam memacu pembangunan sesebuah masyarakat. Kertas kerja ini akan mengupas penglibatan Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam aspek pendidikan masyarakat Melayu. Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan bermula ketika usianya 21 tahun. Pada mulanya, beliau hanya berkhidmat sebagai guru sementara sahaja di sebuah sekolah di Seremban selepas tamat sekolah menengah. Komitmen yang jitu dalam pendidikan jelas terbukti apabila beliau dilantik sebagai pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 1952. Antara yang diutarakan oleh Za’ba dalam memperkasakan pendidikan masyarakat Melayu ialah sistem pembelajaran yang berteraskan pelajaran dunia (akademik) yang digabungkan dengan pelajaran agama. Seruan juga dibuat agar masyarakat Melayu meningkatkan taraf pendidikan, giat berusaha, meninggikan kualiti diri seterusnya bersaing dengan bangsa-bangsa lain di negara ini.

PENGENALAN Untuk mencapai kemajuan dalam sebuah tamadun memerlukan pengorbanan yang tinggi dan perjuangan yang gigih daripada individu dan juga masyarakat sekeliling. Menggapai matlamat itu pula bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana pastinya akan ada jiwa-jiwa yang terkorban, begitulah resmi hidup ini. Menyingkap tabir rahsia kejayaan tamadun Melayu hari ini, salah satu daripadanya adalah hasil sumbangan salah seorang anak Melayu dari kampung yang berjiwa besar. Beliau ialah Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai ZA’BA, dilahirkan pada 16 September 1895 di kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini berjaya mengukir namanya di persada Alam Melayu setelah melalui pelbagai cabaran dan liku hidup dalam mencapai cita-citanya. Cita-cita yang dimaksudkan ialah untuk mencari kemajuan bangsanya, iaitu masyarakat Melayu yang beragama Islam. Demi mencapai cita-cita ini, beliau menumpukan usahanya untuk memperbaiki cara hidup masyarakat Melayu itu sendiri (Adnan 1996: 154). Haron Daud (1995: 107-108) dalam penulisan jurnalnya yang bertajuk Pemikiran dan Sikap ZA’BA Terhadap Bangsa Melayu menjelaskan bahawa kehidupan masyarakat Melayu adalah miskin dan mundur. Keadaan demikian berlaku disebabkan faktor yang datangnya daripada sikap masyarakat itu sendiri dan juga sikap pihak pentadbir. Beliau menjelaskan lagi bahawa salah satu kemiskinan itu

adalah dari sudut perangai yang dimiliki masyarakat Melayu itu sendiri, umpamanya malas berusaha, tidak bersungguh-sungguh, jahil, tidak ada keyakinan diri dan sebagainya. Kemiskinan masyarakat Melayu ini juga dihuraikan terperinci oleh Ungku A.Aziz dalam buku penulisan beliau yang bertajuk Jejak-jejak di Pantai Zaman. Tambah Ungku A.Aziz (1987: 15) lagi, kelemahan dalam sikap masyarakat Melayu ini menjadikan keadaan lebih bertambah buruk apabila timbulnya rasa puas hati dengan kehidupan masing-masing. Namun begitu, segala kelemahan tersebut dapat diatasi sekiranya masyarakat bangkit dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Masyarakat Melayu akan berubah wajah jika mendapat pendidikan yang sempurna, bahkan keyakinan diri juga akan hadir sekali gus membina jati diri dan menyumbang ke arah ketamadunan bangsa Melayu. Bagi merealisasikan hasrat ini, ZA’BA merupakan salah seorang tokoh yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki hidup masyarakat Melayu. Pelbagai usaha dilakukan beliau untuk mencapai hasrat tersebut. Langkah beliau bermula sejak di awal usia 20-an (Adnan 1994: 135), di saat jiwa mudanya cuba untuk mengenal dunia. Kelebihan yang dimiliki beliau merupakan keistimewaan yang tidak disia-siakan, bahkan digunakan sebaiknya untuk mencapai cita-cita, antaranya penguasaan terhadap bahasa, pemikiran yang tajam, berpandangan jauh dan bijak menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar. Berdasarkan kepada hasil penulisan awal, dapatlah dilihat bahawa dalam mencapai cita-citanya, ZA’BA

351

apa yang penting daripada perkataan asal ini dan ingin dibincang dalam kertas kerja ini ialah tentang seorang pendidik. Tanpa membuang masa. Manakala berpendidikan ialah hasil daripada pendidikan. Namun begitu. ia dijalankan dalam satu suasana terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Perkara yang lebih penting ialah guru-guru bertanggungjawab melatih dan memperkembangkan pemikiran muridnya. Namun. beliau mengambil keputusan untuk berhenti menjadi guru sementara dan pulang ke kampungnya di Batu Kikir. penulis. ZA’BA memainkan peranannya sebagai seorang guru. Oleh yang demikian. dapatlah dikatakan bahawa ZA’BA merupakan antara guru awal yang juga muncul semasa zaman pemerintahan kolonial British. Pendidik ialah orang yang mendidik. Takrif ini dilihat melalui tulisan ZA’BA dalam Lembaga Melayu bertarikh 6 Jun 1917: Maka segala punca sekalian jalan-jalan ini [mencari kemajuan] tidak syak lagi ialah pengetahuan dan pelajaran dan di atas asasasas inilah dibina bangunan-bangunan lain dan daripada inilah diterbitkan persenjataan dan kelengkapan bagi membantu jalanjalan yang lain atau cawangan-cawangan. Penglibatan dalam Bidang Pendidikan dan Perguruan: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 350). Penglibatan ZA’BA dalam bidang pendidikan bermula ketika usianya 21 tahun. Melalui bidang-bidang tersebut. Melalui petikan tersebut. Di samping itu. Ilmu yang disampaikan itu meliputi ilmu agama. Pendidikan pula ialah perihal mengajar. Memetik takrif pendidikan daripada Falsafah dan Pendidikan di Malaysia hasil tulisan Choong Lean Keow (2008: 81). pendidikan berasal daripada perkataan didik yang bermaksud pelihara. Sebab lain yang mendorong beliau untuk pulang ke kampung adalah kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Medical School di Singapura. pendidikan menurut Kamus Pendidikan ialah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. iaitu sebuah sekolah seperti Malay College Kuala Kangsar yang dikhususkan kepada anak Melayu berada di negeri Johor. Hal ini membuatkan beliau sering berulang alik ke Seremban. Namun. bahasa. Oleh sebab terlalu kecewa. Inilah pengalaman pertama beliau ke negeri orang. Jawatan yang disandang ZA’BA adalah Guru Penolong dan ditugaskan untuk mengajar di Bukit Zaharah Government English School. pendidikan ialah ilmu pengetahuan yang merupakan asas terpenting untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada belenggu kemunduran walau apa lapangan sekali pun. latihan dan juga ajaran. sahabat handai serta bekas pelajarnya di stesen kereta api Seremban. Beliau dimaklumkan bahawa pihak kerajaan telah memansuhkan biasiswa bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajarannya ke sekolah tersebut. Berdasarkan daripada maksudmaksud yang dikemukakan. ZA’BA sentiasa melihat kekosongan jawatan yang ada di dada-dada akhbar dan dirasakan layak baginya. pertukangan. Beliau tiba di Johor Bahru pada 31 Mei 1916 dan melapor diri kepada Pegawai Pelajaran Johor pada 1 Jun 1916. ZA’BA mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan tinggal di sana sambil berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik (Adnan 1994: 59-60). kegagalan ZA’BA mendapatkan pekerjaan yang dirasakan 352 . rezeki belum berpihak kepada beliau sehinggalah suatu hari. perkebunan dan sebagainya. ZA’BA mendapati bahawa jawatan tersebut amat layak baginya memandangkan prasyarat utamanya adalah calon berbangsa Melayu yang memiliki kelulusan Senior Cambridge. Pada mulanya. Namun. kertas kerja ini hanya memfokuskan kepada penglibatan ZA’BA dalam bidang pendidikan dan juga perguruan yang dijadikannya sebagai salah satu wadah dalam usaha memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu beragama Islam. apabila bertemu dengan salah seorang rakannya. Permohonan ZA’BA ini diterima tanpa perlu ditemu duga. Menurut Adnan (1994: 63). apa yang dapat disimpulkan ialah ZA’BA menyedari peranan pendidikan sebagai salah satu langkah perubahan sosial yang penting. iaitu tenaga pengajar sesuatu ilmu pengetahuan dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain. dapat pula disimpulkan bahawa dalam usaha memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu dan beragama Islam. Tidak lama selepas itu. jaga dan ajar. selepas mengetahui keputusan peperiksaan Senior Cambridge yang dilalui pada akhir 1915. asuhan adab dan tertib. beliau diberitahu tentang iklan jawatan guru di Johor Bahru menerusi akhbar The Straits Times. 25-26 NOVEMBER 2011 menceburkan dirinya dalam pelbagai bidang. Sepanjang berada di Batu Kikir. penterjemah dan juga salah seorang ahli fikir. perubatan. Beliau menaiki kereta api ke Johor Bahru pada 30 Mei 1916 dengan dihantar oleh bapanya. Manakala menurut ZA’BA di dalam penulisan Adnan (1994: 100) pula. Keputusan ini dilakukan ZA’BA setelah beliau tidak berpeluang berkhidmat dengan kerajaan Negeri Sembilan kerana tidak terdapatnya kekosongan jawatan dalam kerajaan ketika itu. beliau hanya berkhidmat sebagai guru sementara sahaja di sekolah lamanya yang terletak di Seremban selepas tamat sekolah menengah. beliau ditukar ke Johor Government English School. apa yang diusahakan ZA’BA amat menepati ciri-ciri sebagaimana yang telah disebutkan. Ia juga merupakan proses sosial yang memberi peluang kepada individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Hasnah (2009: 49) di dalam bukunya yang bertajuk Guru-guru Melayu memetik peranan guru daripada majalah Panduan Guru yang diterbitkan pada Januari 1923. beliau mengajukan permohonannya kepada kerajaan Johor pada 24 Mei 1916. iaitu guru.PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV.

Hal ini juga 353 .V. Perkhidmatan ZA’BA sebagai guru atau pendidik di negeri Johor tamat pada tahun 1918. Beliau juga diingatkan agar sentiasa mempunyai rasa kasih dan sayang kepada para pelajarnya. Semasa di Kuala Lumpur. Kenyataan ini dibuktikan melalui surat yang dihantar ZA’BA kepada Brother Patrick dua tahun kemudian. Jawatan sebagai Pengerusi Majlis Bahas SITC ini disandang beliau sepanjang berkhidmat di maktab itu. tetapi untuk merasai suasana menetap di negeri Perak pula. Tanjong Malim. Namun. beliau turut mendapatkan tunjuk ajar daripada gurunya ketika di St. Pada 1 April 1924. Namun. Permohonan pertukaran beliau bukanlah disebabkan kekurangan yang ada di English College. 25-26 NOVEMBER 2011 sesuai dengannya seperti pegawai kesihatan membawa beliau ke dalam dunia pendidikan yang tidak pernah terfikir oleh akal fikirannya. iaitu Brother Patrick. beliau kerap menghabiskan masanya dengan membaca dan menulis.PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV. ZA’BA turut melakukan aktiviti sampingan seperti mengajar bahasa Inggeris secara sambilan kepada kakitangan kerajaan di sekitar Kuala Lumpur. tugas rasmi baru yang dipikul beliau adalah sebagai Penterjemah dan Pengarang Melayu. Para pelajarnya ini terdiri daripada anak-anak bangsawan dan anak-anak raja sahaja. ZA’BA turut mengisi masa lapangnya dengan mengajar bahasa Arab dan ilmu agama kepada beberapa orang kakitangan SITC di rumahnya. Beliau digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan mengenai buku-buku berkaitan ilmu pendidikan serta memerhati cara pengajaran guru-guru yang berpengalaman. bidang ini masih berada dalam ruang lingkup pendidikan. Begitulah secara ringkas kisah penglibatan awal ZA’BA dalam bidang pendidikan dan perguruan di dua buah institusi pendidikan yang unggul. pembesar serta masyarakat Melayu sendiri. Walaupun tidak melibatkan diri di sekolah. Beliau lantang dan berani melontarkan kritikan-kritikan tersebut sehingga menjadi perhatian ramai termasuklah pemerintah. Seremban. lalu dilontarkan pula idea-ideanya itu melalui mata pena dan diterbitkan di pelbagai jenis akhbar seperti Lembaga Melayu dan Utusan Melayu. Akibatnya. ZA’BA kemudiannya ditukarkan tugas ke Pejabat Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat di Kuala Lumpur pada 24 Mei 1923. Beliau dipertanggungjawabkan untuk melatih para pelajar berbahas dan bersyarah di samping menganjurkan majlis-majlis untuk aktiviti tersebut setiap malam Khamis. penulisan beliau bercorak kritikan berkenaan kelemahan pemerintah. iaitu satu tugas di luar bidang perguruan. Beliau turut diamanahkan menjadi guru penyelia bagi pelajaran Bahasa Melayu ketika di sana. ia bukannya satu halangan bagi ZA’BA. Di peringkat awal. Tambah Adnan (1994: 97) lagi. Beliau menyatakan bahawa tujuannya menjadi guru adalah untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada anak bangsanya (Adnan 1994: 63). Tambahan. aktiviti beliau ini dipantau dan segala kegiatannya diperhatikan. ZA’BA juga tidak terkecuali melibatkan diri beliau untuk mengadakan sukan tahunan SITC (Adnan 1994: 90). Abdul Majid Zainuddin. Tanjung Malim untuk mengelolakan Pejabat Penterjemah. beliau telah memohon jawatan guru di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada April 1918 setelah dimaklumkan sahabatnya. beliau dikehendaki untuk menyediakan buku-buku teks bagi kegunaan pelajar di sekolah Melayu. Di samping itu. Thompson. ia membuatkan pemikiran dan pengetahuan beliau sentiasa berkembang. beliau juga mempunyai keinginan untuk mengajar di sekolah yang besar dan masyhur di samping berjaya melahirkan ramai murid yang ternama. Aktiviti ini dilakukan beliau pada waktu malam. di samping tugas rasmi tersebut. beliau juga dapat menambahkan sumber pendapatan beliau. Semasa di MCKK. beliau turut menyumbang tenaga dan fikiran terhadap para pelajar di MCKK dengan menubuhkan sebuah persatuan pelajar yang memberi faedah kepada para pelajar di MCKK dan juga bekas-bekas pelajarnya. Sebagai salah seorang kakitangan di Sultan Idris Training College. J. Perkhidmatan beliau di SITC berakhir pada bulan Ogos 1939 apabila beliau kemudiannya dipindahkan ke Singapura. Aktiviti ini mula dilakukan secara serius sejak tamat sekolah Inggeris lagi. Selain itu. Selain mengajar secara sambilan. Kecintaan ZA’BA terhadap ilmu dan kesungguhan beliau untuk memperbaiki hidup masyarakat Melayu amat jelas melalui pengisian yang dilakukan pada waktu-waktu lapang. ZA’BA dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar darjah satu dan Bahasa Melayu untuk pelajar yang lebih tinggi. Ini kerana. ZA’BA ditukarkan ke Sultan Idris Training College (SITC). ZA’BA juga ditugaskan untuk mengajar pelajar di Kelas Persediaan yang diadakan bagi membantu pelajar baru menyesuaikan diri dengan kurikulum di MCKK (Adnan 1994: 69). Tugas yang dipikul ZA’BA semasa di English College adalah untuk mengajar pelajar darjah satu hingga tiga bagi pelajaran Geografi. Selain dapat mencurahkan baktinya kepada masyarakat. Bahasa Inggeris dan ilmu Kirakira. Bagi kegiatan luar darjah. Beliau mendaftarkan dirinya ke MCKK pada 3 Oktober 1918. beliau berusaha menyesuaikan diri dengan mempelajari dunia pendidikan dan perguruan daripada Guru Besarnya. Di sana. Kedua-dua insan ini banyak membantu ZA’BA mengenal dunia pendidikan dan perguruan. Setelah beberapa tahun mencurahkan bakti di MCKK. Dunia awal perkhidmatan ZA’BA ini akhirnya meyakinkan beliau bahawa bidang ini amat sesuai dengan jiwa dan perjuangannya. ZA’BA dilantik sebagai Pengerusi Majlis Bahas SITC pada November 1924. Semasa di SITC. Paul’s Instituition.

iaitu pelajaran dunia dan agama adalah berasingan. Pada 29 November 1952 beliau dimaklumkan bahawa permohonan beliau diterima oleh pihak Universiti Malaya dan melantiknya sebagai Pensyarah Kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Beliau hanya mengendalikan kuliah selama 9 jam dalam seminggu. Penyelidikan ini dilakukan oleh M. ZA’BA turut berpeluang menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi sebagaimana yang pernah dicita-citakannya dahulu. Pada masa yang sama. Beliau menghantar permohonannya pada bulan Disember 1951. Pelbagai tugas dilakukan beliau sebelum menerima kemasukan kumpulan pelajar pertama ke JPM. ZA’BA juga turut mengambil inisiatif berjuang menuntut keadilan dalam menentukan masa depan masyarakat.PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV. Tuntutan ini dilakukan beliau memandangkan ketika itu. pendidikan merupakan jalan keluar daripada segala masalah yang membelenggu hidup masyarakat Melayu sehingga terpaksa berada di tahap amat lemah dan mundur. terutama sekali di bidang bahasa. pendidikan adalah bersifat vernakular. Ini kerana. beliau menuntut agar pihak pentadbir memberi pendidikan yang sempurna bagi memperkasakan pendidikan. Sebagai persediaan. ZA’BA memperkenalkan kursus Bahasa Arab sebagai subjek wajib bagi para penuntutnya. Menurut Adnan (1994: 102). Sepanjang di London. ZA’BA turut mengemukakan dua memorandum pada 23 April 1947. akhirnya tertubuhlah sebuah institusi pendidikan khusus dalam bidang Pengajian Melayu. Penglibatan ZA’BA amat banyak sepanjang di Kuala Lumpur. ZA’BA mengambil peluang mencari pengalaman mengajar di samping belajar tentang peraturan di universiti tersebut. Pada sesi akademik 1957 /1958. memberi ceramah dan syarahan. Kebenaran yang diperolehi membolehkan beliau menamatkan pengajiannya di samping dapat membuat persediaan untuk menunaikan fardu haji. Pensyarah Kanan di universiti itu. mengumpul bahan-bahan kesusasteraan Melayu lama dan membaiki sistem pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah Inggeris. Hasil daripada pemikiran beliau di bidang pendidikan ini. ZA’BA kemudiannya diminta mengendalikan kelas kuliahnya di Kuala Lumpur sebanyak dua tiga kali penggal. selari dengan identiti Melayu yang beragama Islam. Tahun 1947 merupakan tahun yang membuktikan pencapaian ZA’BA apabila kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jabatan Pengajian Melayu (JPM) di Universiti Malaya. Pada sesi 1956 / 1957. Bagi merealisasikan hasrat ini. pendidikan dan bahasa (Adnan 1994: 137). sebuah cawangan JPM ditubuhkan di Kuala Lumpur. Beliau juga menyarankan agar pendidikan masyarakat Melayu haruslah berteraskan pelajaran dunia yang digabungkan dengan pelajaran agama (1994: 100-101). Di samping itu. ZA’BA berpandangan bahawa sekadar mengetahui bahasa dan mampu menulis serta membaca sahaja tidak cukup untuk masyarakat meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Perkhidmatan ZA’BA di London berakhir pada September 1949. Sekembalinya ke Tanah Melayu. kemunculannya bukanlah di dalam jangka masa terdekat setelah cadangan yang dikemukakan beliau. ZA’BA merupakan individu yang menjadi sasaran utama Pegawai Tinggi Pelajaran British untuk mengetuai jabatan tersebut. beliau mengambil kesempatan menerima jawatan yang ditawarkan oleh School of Oriental and African Studies (SOAS) di London sebagai Pensyarah Bahasa Melayu sebelum berkhidmat di Jabatan Pengajian Melayu. (Adnan 1994: 163-164). seterusnya dijemput menghadiri temu duga pada 6 Mac 1952. Tugas beliau sebagai pensyarah tidaklah terlalu berat baginya. 354 . mengumpul puisi dan sebagainya (adnan 1994: 164-168). Namun begitu. bahkan turut melakukan pelbagai kegiatan seperti penulisan. Penubuhan ini bermatlamatkan untuk membantu perkembangan bahasa. Pada Oktober 1953. Tuntutan ZA’BA ini dikemukakan sejak tahun 1917 lagi. Memperkasakan pendidikan dalam kalangan masyarakat tidak kira melalui apa jua medium merupakan suatu langkah yang amat diberi perhatian oleh ZA’BA. Beliau mengharapkan agar pengalaman ini dapat digunakan kelak untuk menabur bakti di Jabatan Pengajian Melayu pula. Singapura mula diberi perhatian oleh kerajaan Inggeris sekitar tahun 1947. Beliau melantik Mohammad Zaki Badwi dari Kolej Islam Klang pada Oktober 1956 sebagai pembantu pensyarah bagi subjek Bahasa Arab. Beliau juga mendapati bahawa tahap penguasaan bahasa dalam kalangan anak Melayu masih lemah walaupun pendidikan tika itu telah menjangkau 40 tahun selepas kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu pada 1874.B. sedangkan masyarakat Melayu seharusnya menerima kedua-dua pendidikan serentak. ZA’BA mengemukakan permohonannya untuk menjadi salah seorang kakitangan di Jabatan Pengajian Melayu. Oleh yang demikian. Beliau bertanggungjawab mengendalikan kelas-kelas kuliah dan tutorial serta urusan pentadbiran di JPM. tugas beliau semakin bertambah selepas masuknya para pelajar ke jabatan itu. 25-26 NOVEMBER 2011 menyebabkan beliau mengalihkan corak penulisan kepada yang lebih sederhana dan lebih menumpukan kepada aspek agama. beliau memohon kepada kerajaan British di Tanah Melayu agar dilanjutkan perkhidmatan tersebut selama setahun lagi. Namun. Beliau bukan sahaja mengajar di kuliah. ZA’BA juga bertanggungjawab untuk membantu kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. beliau juga menyarankan agar ditubuhkan institusi pendidikan yang menggabungkan keduadua pelajaran tersebut (Adnan 1994: 3-4). Tinjauan dilakukan dan dalam hal ini. Lewis. Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya. akan tetapi selepas umur beliau mencecah 50-an.

penekanan terhadap dua aspek ini merupakan langkah bagi ZA’BA membantu masyarakatnya untuk hidup lebih sempurna. Walau pun ketika itu beliau hanyalah sekadar guru sementara. Penglibatan ZA’BA dalam bidang pendidikan bermula seawal usia beliau setelah tamat pengajiannya di sekolah Inggeris pada tahun 1915. Usaha dan sumbangan yang ditabur beliau adalah untuk melihat masyarakat Melayu maju dan tidak ketinggalan dalam segala aspek kehidupan. Beliau menumpukan usahanya kepada bidang pendidikan dan perguruan dengan memfokuskan teras utama kehidupan masyarakat Melayu. 25-26 NOVEMBER 2011 Begitulah penglibatan ZA’BA dalam dunia pendidikan dan perguruan. Walaupun ZA’BA melibatkan diri di dalam bidang pendidikan dan perguruan. Khidmat bakti ini bukan sahaja tertumpu pada anak bangsa. Pelbagai usaha dilakukan beliau untuk memperbaiki setiap genap aspek kehidupan masyarakat. ZA’BA turut menerbitkan penulisannya berkaitan agama Islam. Beliau telah banyak memberi sumbangan sejak di awal usia lagi sehinggalah umurnya mencapai angka 50-an. Memperkasakan seluruh aspek tersebut pula perlulah dimulai dengan pendidikan agar minda masyarakat terbuka untuk menerima kebenaran. institusi dan sebagainya. Penyampaian dua aspek ini pula dilakukan ZA’BA melalui pelbagai cara. Persatuan ini berjaya menerbitkan majalah Panduan Guru pada tahun yang sama. penulis. bahkan ditujukan juga kepada rakan-rakan seperjuangannya. namun ia telah memberi pengalaman dan keistimewaan kepada ZA’BA memulakan bakti kepada masyarakat Melayu sehinggalah ke akhir hayat beliau. Ia merupakan langkah pertama untuk mengenal diri dan bangsa. dapatlah dilihat bahawa usaha yang dilakukan beliau. ini termasuklah bidang politik. Begitulah peringkat yang dilalui oleh Zainal Abidin bin Ahmad atau ZA’BA. namun hakikatnya beliau bukanlah seorang guru pada asalnya. Hal ini mendorong beliau mencari punca sebenar di sebalik apa yang berlaku. Buktinya. KESIMPULAN Kesedaran yang tinggi melalui pemikiran yang tajam merupakan aset penting dalam mengukuhkan identiti sesebuah tamadun. ini dapat dilihat apabila beliau berjaya menubuhkan Persatuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang pada tahun 1921 dengan bantuan sahabatnya di sana. penterjemah dan juga ahli fikir. iaitu sebagai guru. Sememangnya penglibatan beliau dalam pendidikan dan perguruan semasa berusia awal 20-an memberikan beliau pengalaman yang banyak untuk meneruskan khidmat baktinya di bidang ini. Bagi mengubah minda masyarakat. namun beliau menamatkan persekolahannya di sekolah Inggeris. antaranya melalui aktiviti penulisan dan penterjemahan. malangnya penulisan berkaitan agama tidak dapat diteruskan kerana beberapa faktor. selaku naib pengerusi kongres dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan selama empat hari di Johor Bahru pada September 1956. Selain itu. salah satunya adalah untuk menyatu padukan masyarakat Melayu secara halus agar dapat terus bekerjasama berbakti kepada bangsa.PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV. Ini dibuktikan dengan terbitnya beberapa buah buku ZA’BA yang menjurus kepada ilmu bahasa seperti Ilmu Bahasa Melayu I dan Ilmu Bahasa Melayu II pada tahun 1947. Keadaan masyarakat Melayu tetap berada di takuk yang lama walau pun setelah berpuluh tahun sekolah Melayu diasaskan oleh kerajaan kolonial British. iaitu setelah tamat sijil Senior Cambridge pada tahun 1915. Kenyataan ini dibuktikan juga oleh Hasnah (2009: x) di dalam buku beliau yang bertajuk Guru-guru Melayu Peranan dan Perjuangan pada Zaman Penjajahan melalui penulis ZA’BA Patriot dan Pendeta Melayu. seterusnya berjuang untuk mempertahankan kedaulatannya. ekonomi. Bermula detik itu. pusat-pusat. usaha dan perjuangan beliau turut diingati masyarakat hari ini melalui seminar-seminar. Beliau diiktiraf menjadi guru secara rasminya apabila lulus peperiksaan akhir sijil ikhtisas perguruan. Seterusnya. Senior Normal Education pada September 1921 (Adnan 1994: 78). beliau diberi gelaran Pendeta dengan pemakaian songkok oleh Cikgu Muhammad Nor. ZA’BA hanyalah anak Melayu yang mempunyai kelulusan sekolah Melayu dan mengikuti latihan perguruan secara sambilan dengan memasuki Maktab Perguruan Melayu. bidang pendidikan diberi perhatian lebih oleh ZA’BA dan ia disampaikan kepada masyarakat melalui pelbagai peranan. akhirnya punca tersebut diperoleh dan tanggungjawab membantu masyarakat dirasakan berada di bahunya. setiap nafas sepanjang hidup beliau diperuntukkan ke arah jalan memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu dan beragama Islam. bahkan pada rakan-rakan gurunya. Justeru. iaitu agama Islam. ZA’BA juga merupakan penggerak kepada penubuhan guru-guru Melayu di Selangor melalui adik beliau. dan Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1934 (Adnan 1994: 91). Walaupun beliau menerima pendidikan di sekolah Melayu. Muhammad Zain bin Ayob. Bahasa merupakan identiti bagi sesuatu bangsa manakala Melayu pula adalah sinonim dengan agama Islam. Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929. Usaha-usaha yang dilakukan bukan sahaja tertumpu kepada anak bangsa. Subjektifnya. keagamaan dan juga pendidikan. beliau menekankan kepentingan pendidikan di samping memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda bagi masyarakat Melayu. Selain itu. Berdasarkan ketelitian beliau. Perjuangan dan usaha ini tidak sia-sia kerana segala penglibatannya dalam pelbagai bidang menjadi perhatian masyarakat dari dahulu sehinggalah kini. Sememangnya usaha beliau wajar 355 . Muhammad Yusof bin Ahmad yang berkelulusan Maktab Latihan Guru Melayu Melaka.

“Gagasan dan Perjuangan Politik Za’ba”. 356 . “Pemikiran dan Sikap ZA’BA Terhadap Bangsa Melayu”. namun ia tetap berada dalam matlamat untuk menentang penindasan dan kezaliman kuasa asing. 25-26 NOVEMBER 2011 diingati dan dijadikan peringatan sebagai bukti perjuangan seorang anak Melayu di tanah air sendiri. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. edisi keempat. 2008. 25.G Press Sdn. Universiti Malaya. RUJUKAN Adnan Nawang. 1994. Bil 4-6. 2007. Jebat. Haron Daud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996. Walaupun perjuangan yang dilakukan ZA’BA tidak melibatkan senjata. Adnan Nawang. Hasnah Husin.4. 1995. No. Bhd. No. 2009. Jejak-jejak di Pantai Zaman. Sejarah. Ungku A. Shah Alam: U. Guru-guru Melayu Peranan dan Perjuangan pada Zaman Penjajahan. Choong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu. Kamus Dewan. ZA’BA Patriot dan Pendeta Melayu. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Aziz. 1987.PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV. Lean Keow.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful