You are on page 1of 14

Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos Dan Realiti oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa bt.

Haji Salleh Negara-negara ternama di daerah Kepulauan Melayu telah mengabadikan sejarah awal masing-masing dengan menghasilkan beberapa karya historiografi. Karya-karya klasik ini menjadi sumber penting dalam kajian sejarah sesebuah negara yang berkaitan. Seorang pengarang dari istana Kedah telah menempa namanya yang tidak bertulis apabila beliau menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa dan meletakkan karya itu Staraf dengan lain-lain karya historiografi Melayu. Semejak abad kesembilan belas lagi hikayat ini ikut disenaraikan bersama Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Banjar, Hikayat Johor dan lain-lain. Begitu banyaknya karya-karya historiografi ini hingga karya-karya itu digolongkan ke dalam suatu 'genre' kesusasteraan yang dapat dikaji secara terasing dan ekslusif. Karya-karya ini memperlihatkan sifat-sifat dan ciriciri penulisan yang terasing dengan landasan dan ukuran yang tersendiri pula. Masing-masing karya historiografi ini menunjukkan persamaan ciri dan dasar penulisan. Persamaan juga terdapat dalam tujuan dasar penulisan itu dibuat secara kasarnya ialah mengabadikan sejarah awal negara berkenaan untuk menjadi pengetahuan orang-orang terkemudian. Selain daripada itu tujuannya juga ialah untuk mengekal dan mengukuhkan kedaulatan raja dan keturunannya. Jadi dalam penulisan ini pusat perhatian ialah kepada golongan yang terpenting di dalam masyarakat itu iaitu golongan raja. Asal usul keturunan raja, dari mana datang nenek moyangnya, apakah kelebihan-kelebihan tertentu yang ada padanya, pembukaan negeri itu dan lain-lain menjadi perkara-perkara penting yang dihuraikan dalam penulisan itu. Nyata bagi pengarang zaman dahulu sejarah negeri adalah senama dengan sejarah rajanya. Ketika mengemukakan sejarah ini pengarang menggunakan segala alat yang ada padanya untuk mencipta suatu gambaran yang impresif dan berkesan tentang rajanya. Dalam proses menulis itu pengarang mengadunkan segala fakta yang diketahuinya seperti faktafakta sejarah dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang kebanyakanya sudahpun diterima oleh masyarakat zamannya sebagai sebahagian daripada realiti. Disini timbullah penilaian yang digunakan oleh pengarang historiografi Melayu. Penilaian yang dipakainya memenuhi keperluan zamannya dan sesuai dengan cara pemikiran masyarakat zaman karya itu ditulis. Dalam penggembelingan fakta-fakta sejarah unsur-unsur mitos dan legenda, realiti yang dicapai adalah bersifat realiti yang subjektif dan bukan bersifat objektif. Yang penting bagi pengarang ialah mencipta suatu karya yang dapat menjadi kebanggaan raja dan bangsanya. Ciptaan itu haruslah dapat meletakkan rajanya lebih tinggi daripada raja-raja lain ataupun sekurang-kurangnya setanding dan Staraf.

Dengan tujuan-tujuan yang tersebut itulah pengarang menulis Hikayat Merong Mahawangsa untuk menyatakan sejarah raja-raja Kedah dan keagungan negerinya. Boleh dikatakan hampir di dalam tiap-tiap episod yang dikemukakan, pengarang telah menggembelingkan fakta-fakta sejarah dengan unsur-unsur mitos. Di antaranya ialah dalam kisah :
i. ii. iv. iii. v. vi. Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda. Raja Bersiung. Pemberontakan menentang Raja Bersiung. Perhubungan dengan Siam. Raja Buluh Betung dan Puteri Seluang. Kedatangan Islam

Kisah Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda dapat ditinjau sekurang kurangnya dari empat sudut :
Membayangkan pengetahuan pengarang tentang cerita-cerita berkenaan mukjizat nabi-nabi dan mukjizat Nabi Allah Sulaiman ialah boleh berkata-kata dengan unggas dan haiwan. Pengarang mencampur adukkan unsur Islam dengan unsur Hindu. Garuda ialah unggas kenderaan Visynu. Mungkin ini merupakan ingatan ii. dibawah sedar pengarang kepada agama yang pernah dianuti oleh nenek moyangnya. Kekalahan garuda dalam pertempuran dengan Puteri Raja Cina berlaku kerana garuda mencuba menentang kehendak Allah. Ini juga iii. menggambarkan kemenangan bagi unsur Islam dan kekalahan bagi unsur Hindu. Ini juga merupakan pengajaran kepada pembaca bahawa makhluk tidak iv. dapat melawan takdir. i.

Unsur realiti di dalam peristiwa ini ialah Nabi Allah Sulaiman sendiri serta dengan mukjizatnya. Unsur mitos pula muncul dalam bentuk burung garuda dan perkahwinan Putera Raja Rom dengan Puteri Raja Cina. Pengarang telah mencadangkan percantuman dua kuasa besar, satu dari sebelah barat dan satu dari sebelah timur. Peristiwa inilah penting kerana membawa kepada pembukaan negeri Kedah yang disebut oleh pengarang sebagai 'Langkasuka'. Nama 'Langkasuka' yang disebutkan oleh pengarang ini juga merupakan suatu mitos kerana Langkasuka yang sebenar bukanlah Kedah. Kerana nama kerajaan itu ada di dalam pengetahuan pengarang, maka nama itu digunakan untuk menambahkan keharuman nama Kedah. Secara kebetulan nama tersebut dapat pula diterangkan sebagai 'alangkah suka' kerana raja dan rakyat begitu gembira ketika membuka negeri itu. Terbukti pengarang sendiri tidak begitu percaya mitos rekaannya sendiri kerana dalam keseluruhan hikayat nama 'Langkasuka' itu disebut hanya tiga kali. Peristiwa yang dilukiskan berkenaan Raja Bersiung pula boleh dilihat sebagai:

Lambang kezaliman raja ke atas rakyatnya. Ini menentang waadah yang termaktub antara Sang Sepurba dan Demang Lebar Daun dalam Sejarah Melayu. Membayangkan pengetahuan pengarang tentang suatu mazhab dalam ii. agama Budhha Tantrik yang bernama Bhairava. Di dalam mazhab ini mengorbankan manusia merupakan sebahagian dari upacara. Saduran dari cerita Maha Sutasoma-Jataka yang di dalamnya terdapat iii. kisah seorang raja yang memakan manusia. i.

Dari suatu sudut, pengarang menggambarkan Raja Bersiung sebagai tidak berdaya mengendalikan nafsunya. Tumbuhnya siung bukanlah atas kehendak dirinya sendiri. Pengarang ingin menyelitkan pembelaan seolah-olah Raja Bersiung tidak patut dipersalahkan atas apa yang berlaku. Dari sudut lain pula ternampak penilaian pengarang dalam memilih peristiwa ini untuk dilekatkan kepada Raja Bersiung, tidak memandangnya sebagai suatu kezaliman. Malah beliau menganggap perbuatan memakan manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah yang harus dikagumi. Dengan ini pengarang menyatakan bahawa rajanya adalah berasal daripada keturunan raja yang megah dan berani. Seluruh peristiwa ini merupakan suatu mitos untuk merakamkan keagungan asal usul raja. Di dalam penulisan historiografi Melayu umumnya dasar perhubungan yang ditekankan antara raja dan rakyat ialah taat setia, tidak mendurhaka dan tidak zalim. Di dalam beberapa penulisan diceritakan juga bagaimana dasar perhubungan ini telah dilanggar oleh kedua-dua pihak, atas sebab-sebab tertentu. Di dalam Sejarah Melayu Sang Rajuna Tapa belot kerana dimalukan. Hang Kasturi ikut bertindak membela rakannya yang dianiaya. Tun Beraim Bapa dalam Hikayat Raja-Raja Pasai akhirnya tumpas setelah tersepit dalam dilema antara mengorbankan adik-adiknya atau mendurhaka kepada raja/ayahnya sendiri. Raja Bersiung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa mula-mula ditentang oleh Kampar yang kebal dan dapat pula bertukar rupa menjadi babi hutan, ulat dan harimau. Setelah menggemparkan Raja Bersiung, Kampar sebagai harimau akhirnya lari ke hutan. Kemudian Raja Bersiung ditentang oleh menteri-menteri keempatnya yang mendapat sokongan dari permaisuri sendiri. Setelah mendapati dirinya bersendirian, Raja Bersiung terpaksa melarikan diri dari istana. Istilah 'durhaka' langsung tidak digunakan di dalam hikayat ini. Pemberontakan itu terpaksa dilakukan untuk menjaga ketenteraman negeri dan tindakan itu hanya diambil setelah gagal dengan cara lain. Kedaulatan raja masih dijaga dengan tidak membenarkan beliau jatuh ke tangan rakyat yang memburunya. Malah ia dikatakan hilang begitu sahaja di dalam rumpun buluh betung. Unsur realiti dalam peristiwa ini ialah masalah-masalah yang timbul dari tabiat raja yang membawa kepada kezaliman. Tindakan yang diambil juga mendekati unsur realiti dari

segi rasionalnya. Situasi yang timbul begitu runcing hingga mendesak permaisuri sendiri ikut melibatkan diri menentang raja adalah suatu situasi yang munasabah. Raja Bersiung sendiri dan kehilangannya di dalam buluh betung jelas bersifat mitos. Pengarang historiografi Melayu bukanlah pengarang biasa untuk hanya mengemukkan sejarah negerinya. Tanggungjawab lebih besar kerana ia juga harus mempertahankan kedaulatan dan maruah rajanya. Hal ini amat jelas kelihatan dalam cara pengarang menerangkan tentang perhubungan Kedah dengan Siam. Walaupun di beberapa tempat beliau ingin menafikan adanya pengaruh Siam ke atas Kedah, di tempat-tempat lain seolah-olah terdapat bayang-bayang pengakuan yang tidak dapat dielakkan. Nama Raja Merong Mahawangsa sendiri memperlihatkan percampuran antara pengaruh bahasa Thai dan bahasa Sanskrit. Di dalam nama Mahapudisat terdapat pengaruh dari Sanskrit iaitu maha + bhudisatva. Dari nama Kelahum lebih jelas kelihatan pengaruh Siam kerana 'kelahum' bermaksud kementerian pertahanan. Pengarang hikayat ini menggunakan kelahum sebagai nama atau gelaran kepada panglima yang mengetuai angkatan utusan ke Kedah. Dalam masa menulis ternyata pengarang membiarkan karyanya berkembang dengan pengaruh-pengaruh yang sudah sedia ada. Apa yang bersifat asing yang dikemukakannya adalah yang sememangnya sudah sebati dengan masyarakat ataupun yang sudah dianggap sebagai kenyataan. Dengan latar belakang yang demikianlah pengarang mengemukakan teorinya sendiri tentang perkaitan kekeluargaan yang wujud antara Raja Kedah dan Raja Siam. Sekaligus beliau memberi penjelasan tentang penghantaran bunga emas pada masa-masa tertentu dari Kedah ke Siam. Apa yang dipaparkan merupakan hasil pemikiran dan pertimbangan yang dibuat terlebih dahulu cara penyampaianya supaya tidak tergugat kedudukan raja yang memerintah. Untuk menafikan suatu keadaan yang sebenarnya, pengarang mengolah dari awal hikayat dengan mengatakan bahawa Raja Merong Mahapudisat mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri. Putera yang sulung dilepaskan untuk membuka negeri Petani. Putera yang bongsu mewarisi takhta kerajaan Kedah apabila Raja Merong Mahapudisat mangkat. Diberikan juga keterangan bagaimana ketiga-tiga negeri baru itu mendapat namanya. Dalam perhubungan antara negeri Kedah dengan Siam, jelas dari peringkat awal penceritaan pengarang meletakkan landasan perhubungan itu iaitu Raja Siam ialah kekanda sulung kepada Raja Kedah. Malah Raja Kedah adalah adinda yang bongsu. Implikasi kebudayaan dalam pertalian kekeluargaan ini amat mudah difahami. Apa yang berlaku seterusnya dalam hubungan penghantaran bunga emas adalah dilakukan atas dasar pertalian kekeluargaan dan rasa hormat antara yang bongsu terhadap yang sulung. Dinyatakan apabila Raja Kedah menerima berita kekandanya Raja Siam memperolehi seorang putera, beliau mengerahkan supaya pihak Kedah menghantar bunga emas sebagai tanda ikut sama meraikan keputeraan itu. Raja Kedah dinyatakan membuat keputusan menyampaikan hadiah itu setiap kali Raja Siam mendapat putera. Ini

menerangkan mengapa hantaran bunga emas itu tidak dibuat tiap-tiap tahun tetapi dua atau tiga tahun sekali. Ketika mengemukakan keterangan ini pengarang tidak perlu memikirkan sama ada apa yang dihuraikannya benar atau tidak. Sebagai pengarang istana beliau tidak bimbang tentang soal penerimaan oleh masyarakat. Persoalan tidak akan timbul tentang kewajaran sesuatu peristiwa kerana apa yang dikemukakan adalah munasabah dan boleh diterima oleh akal. Perhubungan erat dengan Siam ditimbulkan lagi dengan cara bersahaja apabila Kedah merujuk ke Siam dalam kebuntuan mencari pengganti Raja Bersiung. Suatu rombongan telah dihantar ke Siam meminta bantuan pendapat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Raja Siam memerintahkan ahli nujumnya menilik cara terbaik mengatasi masalah itu. Tidak ditimbulkan persoalan mengapa permaisuri Raja Bersiung dan menteri keempat membuat keputusan bertanya ke Siam kerana alasan telah termaklum. Dibayangkan juga bahawa campur tangan Siam dalam urusan Kedah adalah atas telah termaklum. Dibayangkan juga bahawa campur tangan Siam dalam urusan Kedah adalah atas permintaan dari Kedah sendiri. Untuk menimbulkan kekaguman masyarakat dan mengekalkan ketinggian martabat rajaraja Kedah, pengarang merendangkan lagi penceritaannya dengan memasukkan peranan yang dimainkan oleh gajah sakti Gemala Johari. mitos binatang sakti tidak ketinggalan dalam karya-karya historiografi Melayu yang lain. Adanya Gemala Johari di sini adalah sesuatu yang diharapkan. Masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh manusia dengan mudah diatasi oleh gajah sakti. Gemala Johari masuk ke hutan dan membawa ke istana putera Raja Bersiung dengan isterinya anak orang berhuma di hujung negeri. Sengaja peranan Siam dalam menentukan siapa pengganti raja itu diperkecilkan dengan memulangkan segala-galanya kepada Gemala Johari. Supaya kedaulatan raja dan keturunannya dapat dipertahankan pengarang mengambil masa untuk menerangkan asal usul keluarga yang berhuma itu. Isteri Raja Bersiung bukanlah sembarangan orangnya tetapi berasal daripada biaperi. Jelas pengarang memikirkan terlebih dahulu semasak-masaknya dan merancang dengan teliti pengolahan fakta dan teknik penulisannya. Bukan sahaja beliau harus membentangkan fakta sejarah tetapi juga mengadunkannya dengan cara yang terbaik supaya kedudukan raja tidak terjejas. Unsur-unsur mitoslah yang membantunya memenuhi tugas ini. Segala alasan yang dikemukakan tidak lagi dipersoalkan kerana kebanyakan unsur mitos itu sudahpun sebati dalam pemikiran masyarakatnya. Atas dasar 'percaya' dengan mudah dan berkesan, sesuatu yang hanya ada di dalam pemikiran pengarang lahir menjadi realiti. Jika dinilai semula huraian pengarang tentang penghantaran bunga emas ke Siam, kita akan dapati bahawa penafiannya adalah sesuatu yang biasa. Negeri-negeri Melayu lain

yang pernah terlibat dengan Siam enggan mengaku bahawa penghantaran bunga emas itu adalah bukti tertunduknya mereka ke bawah kuasa Siam. Bagi mereka kiriman itu dibuat sebagai suatu usaha diplomasi mententeramkan kerajaan Siam dan menghalangnya daripada menyerang negeri-negeri Melayu itu. Jika keterangan yang dipilih oleh pengarang hikayat ini tidaklah sesuatu yang melulu tetapi merupakan suatu muslihat diplomasi yang bijak dan menakjubkan. Walaupun pada mulanya Hikayat Merong Mahawangsa menyatakan bahawa puteraputera dan puteri raja Kedah yang membuka negeri-negeri Siam, Perak dan Petani, hanya Siam sahaja yang diulang sebut oleh pengarang. Tidak ada lagi rujukan dibuat berhubung dengan Perak dan tentang Petani pula hanya disebut sekali. Hal ini membayangkan keadaan yang sebenarnya di mana dalam realiti sememangnya ada perhubungan yang erat antara Kedah dengan Siam. Walau bagaimana sekalipun diusahakan oleh pengarang menyembunyikan fakta itu, ia muncul sebagai sesuatu yang benar. Kemudian pengarang menceritakan tentang Kelana Hitam yang menjadi raja di Pulau Air Tawar ingin menaiki takhta kerajaan negeri Kedah apabila didengarnya Kedah tidak beraja selepas hilangnya Raja Bersiung. Pengarang menyatakan secara kebetulan angkatan Kelana Hitam telah bertembung dengan angkatan Kelahum dari Siam. Kelahum telah ditugaskan menabalkan pengganti Raja Bersiung setelah orangnya ditemui. Nyata Kelana Hitam tidak sempat mencapai cita-citanya kerana dihalang oleh Kelahum. Pertempuran berlaku dan Kelana Hitam ditawan. Peperangan ini telah digambarkan dengan teliti dan terperinci oleh pengarang. Beliau menggunakan klise-klise yang terdapat dalam karya-karya kesusasteraan Melayu klasik apabila menggambarkan sesuatu keadaan. Kekuatan dan kegagahan panglima-panglima diceritakan satu persatu. Tidak terdapat karya historiografi lain yang melukiskan gambaran peperangan yang sebegitu jelas dan menarik. Selain dari lukisan suasana pengarang juga memperlihatkan pengetahuannya tentang teknik peperangan orang zaman dahulu dan cara-cara mengatur perang. Kisah peperangan ini memperlihatkan beberapa persamaan dengan kisah peperangan dalam Hikayat Seri Rama yang disadur dari Ramayana. Tetapi jika dibandingkan dengan lebih teliti, gambaran peperangan dalam Hikayat Merong Mahawangsa lebih realistik dan berpijak dibumi yang nyata. Kemenangan dicapai lebih kerana ketajaman akal dan kepintaran ilmu perang dan kepahlawanan manusia biasa dan bukan sebab kesaktian dan kedewaan. Persamaan yang terdapat dalam bahagian ini dengan apa yang ditemui dalam Hikayat Seri Rama adalah kerana kedua-dua hikayat ini hasil kesusasteraan lama. Pengarang tidak dapat lari menggunakan susunan kata dan struktur kalimat yang sama dengan yang terdapat dalam karya-karya lain yang sezaman dengannya. Persamaan yang terdapat

dianggap tidak merendahkan mutu karya tersebut malah mendekatkan lagi dengan karyakarya sezaman dan membolehkan ia dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Kerana pertimbangan yang berlainan ramai sarjana barat keberatan memberi Hikayat Merong Mahawangsa penilaian yang saksama dan terus menganggapnya sebuah karya yang kurang bermutu. Winstedt secara mudah mengenepikan hikayat ini tanpa mempertimbangkan nilai-nilai masyarakat yang menghasilkan karya ini. Di samping itu dapat dibuat kesimpulan bahawa kemunculan Kelana Hitam adalah disengajakan oleh pengarang untuk menerangkan lebih jelas perhubungan yang erat antara Kedah dan Siam. Pengarang juga menggunakan kesempatan itu untuk menguatkan hujah bahawa hanya raja yang berasal dari keturunan Merong Mahawangsa sahaja yang layak menaiki takhta kerajaan Kedah. Naungan Siam ke atas Kedah diteruskan gambarannya dengan menyebutkan bahawa Kelahum meneruskan perjalanannya ke Kedah. Setelah menemui tempat yang baik di Sala, Kelahum membina kota di situ dan memerintahkan orang-orangnya pergi mengadap menteri keempat dan menjemput raja yang baru datang bermain ke Sala. Di Salalah raja Kedah yang baru ditabalkan dengan nama Raja Phra Ong Mahaputisat. Kelahum telah melaksanakan tugasnya sebagai wakil Raja Siam untuk mengiktirafkan raja itu. Secara tersembunyi pengarang membuat implikasi bahawa pengiktirafan itu tidak membawa apa-apa kesan kerana sewaktu Kelahum sampai, raja itu sudah lama bersemayam di Kota Aur. Dan berangkatnya ke Sala adalah lebih untuk bersuka-suka memburu binatang dan menangkap ikan. Apabila Kelahum berangkat pulang ke Siam, Raja Phra Ong Mahaputisat mengirimkan hadiah bunga emas dan bunga perak kepada Raja Siam. Selepas itu dikatakan Kedah dan Siam tidak berputusan menghantar utusan tiap-tiap tahun tanda berkasih. Pengarang tetap mempertahankan bahawa perhubungan itu adalah antara dua negara Staraf. Begitulah caranya pengarang menjaga maruah rajanya tanpa menyingkirkan fakta sejarah sebenarnya. Berbeza dengan kebanyakan karya historiogfari Melayu yang lain, Hikayat Merong Mahawangsa tidak menghadkan unsur mitos dikemukakan hanya dibahagian awal cerita. Pengarang memasukkan unsur mitos di mana-mana sahaja asalkan dapat digunakan untuk sesuatu tujuan, terutama sekali untuk menambahkan takjub rakyat terhadap rajanya. Dalam hal ini Hikayat Merong Mahawangsa agak selari dengan Hikayat Banjar. Kerana itu di pertengahan ceritapun tiba-tiba pembaca bertemu dengan kelahiran Raja Buluh Betung dari ruas buluh yang dibawa pulang oleh Raja Phra Ong Mahaputisat dari berburu. Di dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Hikayat Acheh, unsur mitos seperti ini hanya terdapat di bahagian awal cerita. Seharusnya semakin dekat pengarang dengan zaman yang lebih terkemudian, unsur mitos ditinggalkan dan diganti dengan fakta-fakta yang bersifat kenyataan.

Pengarang ini telah menggunakan kebebasannya untuk melanggar kebiasaan ini. Jelas kepadanya unsur mitos dan realiti. Kemungkinan lain ialah pengarang menemui kesempatan di sini untuk memasukkan mitos ini kerana tidak sesuai di bahagian lain. Beliau mesti memasukkan mitos ini kerana di dalam penulisan-penulisan lain mitos ini tidak ditinggalkan. Kelahiran Raja Buluh Betung diseimbangkan dengan penemuan Puteri Seluang di tengah-tengah buih putih yang mengalir di Sungai Kuala Muda. Puteri Seluang bukanlah sesuatu yang asing dalam karya-karya historiografi Melayu kerana terdapat rakan-rakan sejenisnya dalam Sejarah Melayu, Hikayat Banjar, Cerita Sukadana dan Sulsilah Kutai, masing-masing dengan nama Puteri Tanjung Buih dan Puteri Junjung Buih dan sebagainya. Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa wajar Raja Buluh Betung dikahwinkan dengan Puteri Seluang kerana sama-sama berunsur mitos. Dan kewujudan mereka bertentangan dengan realiti. Kedua-duanya tidak dibenarkan berkembang wataknya. Keturunan mereka tidak mungkin dapat menduduki taktha kerajaan kerana asal usulnya. Nyata disini terdapat semacam pertentangan antara unsur mitos dan realiti. Karya ini merupakan suatu penulisan sejarah, unsur realiti dipertahankan. Begitu kecil peranan mitos ini sehingga apabila Raja Phra Ong Mahawangsa, saudaranya memeluk agama Islam, Raja Buluh Betung sengaja tidak disebut. Raja Buluh Betung ketika itu ditugaskan membina kota baru di Padang Terap. Pengarang menyingkirkan watak mitos ini dari dunia yang bersifat realiti dengan menceritakan bahawa Raja Buluh Betung membawa diri setelah mendengar isterinya Puteri Seluang berbuat jahat dengan salah seorang pembesar dalam semasa peningggalannya. Sama seperti beberapa watak dalam Hikayat Banjar yang hilang jasadnya sesudah mati, Raja Buluh Betung juga dikatakan bertukar kembali manjadi buluh setelah menghembuskan nafas yang terakhir. Sebelum mangkat Raja Buluh Betung memperlihatkan kepahlawanannya berperang dengan angkatan Datuk Sungkai yang datang menyerang Kota Palas. Puteri Seluang pula tidak lagi disebutkan selepas melahirkan Megat Zainal. Kerana kisah Raja Buluh Betung dikemukakan dalam peringkat yang sudah lewat dalam hikayat ini, ia sengaja diasingkan dari istana besar di Kuala Muda. Kemangkatannya tidak menimbulkan apa-apa persoalan. Pengarang telah cuba menggambarkan realiti watak ini dengan menghidupkan unsur kepahlawannya. Unsur realitinya juga dilahirkan menerusi reaksi Sultan Muzafar Syah ketika menerima berita kemangkatannya. Pengarang menulis : "......maka tiada berkata-kata lagi, tunduk, tengadah, menahankan air mata, kenangkan saudara Raja Buluh Betung itu......" Seterusnya pengarang menegakkan lagi mitos tentang Raja Buluh Betung ini dengan mengemukakan sesuatu yang bersifat realiti. Menteri Lela Putera telah memohon supaya

Sultan Muzafar Syah menghantar salah seoarang puteranya ke Kota Palas untuk menggantikan Raja Buluh Betung. Sultan telah memenuhi permintaan itu dengan merajakan Raja Muazzan, Raja Mahmud dirajakan di Kota Hulu Padang Terap dan Raja Sulaiman dihantar ke Langkapuri. Dengan ini juga pengarang menguatkan pengakuan tentang adanya kota-kota yang dibina oleh Raja Buluh Betung semasa hayatnya pada hal Raja Buluh Betung itu adalah watak mitos. Mungkin juga dalam kisah ini Langkapuri ialah Langkawi. Di dalam karya-karya historiografi Melayu lain, batasan antara mitos dan realiti lebih jelas jika dibandingkan dengan hikayat ini. Cara penceritaan juga berubah menjadi lebih jelas dengan pernyataan peristiwa-peristiwa yang betul-betul berlaku. Di samping pengarang sendiri ada orang-orang lain yang tahu tentang peristiwa-peristiwa itu. Tidak seperti peristiwa-peristiwa yang dikemukakan pada bahagian awal penulisan yang cara penyampaiannya adalah hasil pemikiran dan pengolahan pengarang sendiri. Cara unsurunsur mitos itu disampaikan bergantung kepada tujuan yang ingin dicapai oleh pengarang. Keistimewaan Hikayat Merong Mahawangsa yang teragung ialah cara yang dipilih oleh pengarang untuk mengisahkan bagaimana Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk agama Islam. Keagungan dan keangkuhan pengarang dari istana Kedah ini menghalang beliau dari mengulang sebut cara yang sudah termaktub di dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Di mana kedua-dua hikayat itu memperlihatkan unsur-unsur persamaan yang amat jelas, Hikayat Merong Mahawangsa, atas kebijaksanaan pengarangnya mengemukakan sejarah pengislaman yang tiada persamaannya dalam karya-karya historiogfari yang lain. Gaya yang tersendiri ini ialah hasil kepintaran pengarang menggembelingkan unsur-unsur realiti. Pengarang telah membuktikan bahawa beliau mempunyai daya imaginasi yang kuat ketika mengolah bahagian ini. Telah termaktub di jiwa pengarang bahawa peristiwa raja memeluk agama Islam adalah peristiwa kemuncak dalam penulisannya. Dengan itu kisah ini mestilah dikemukakan dengan sekuat-kuat impak dan kesan yang terdaya. Peristiwa yang terpenting ini tidak mungkin dikemukakan dengan begitu sahaja. Ia harus dikemukakan berlainan dari yang sudah ada dalam karya-karya lain. Unsur mimpi seperti dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu tidak akan memberi keadaan yang diharapkan. Unsur peperangan seperti Hikayat Banjar tidak akan mencapai tujuan yang dimaksudkan oleh pengarang. Kisah bagaimana Islam sampai ke Kedah mestilah mengatasi penceritaan-penceritaan lain yang sudah ada. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengadunkan unsur realiti dengan mengadunkan unsur realiti dengan yang bukan realiti tetapi masih boleh diterima akal. Mungkin setelah membuat pertimbangan-pertimbangan inilah akhirnya pengarang menulis tentang kedatangan Islam ke Kedah mestilah mengadunkan unsur realiti dengan yang bukan realiti tetapi masih boleh diterima akal. Pertama sekali, pengarang mengatakan Islam yang sampai ke Kedah itu telah dibawa oleh Sheikh Abdullah dari Baghdad. Pilihannya wajar bukan sahaja nama itu

mengandungi 'aura'nya yang terasing tetapi juga kerana Baghdad tidak kurang pentingnya sebagai suatu pusat perkembangan dan pentadbiran kerajaan Islam. Walaupun Sejarah Melayu ada menyebut tentang seseorang Raja Kedah pernah mengadap ke Melaka untuk menerima nobat, Hikayat Merong Mahawangsa tidak menyentuh tentang perkara ini. Mungkin masa yang dikemukakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa lebih awal daripada yang disentuh oleh Sejarah Melayu berhubung dengan peristiwa ini. Hikayat Acheh juga menyentuh tentang kedatangan Islam ke Kedah tetapi Hikayat Merong Mahawangsa menyepi tentang rujukan ini. Biarpun demikian, pengarang menyatakan pada masa Kedah menerima Islam, Acheh telah lama memeluk agama itu. Dikatakan apabila Acheh mendengar Kedah sudah Islam, rajanya mengirim dua buah kitab karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri untuk dikaji. Namun demikian jelas bahawa pengarang kita enggan melibatkan kerajaan-kerajaan Melayu lain dalam karangannya dan mengrekonstruksikan versinya yang tersendiri Sheikh Abdullah Yamani meninggalkan Mekah pergi berguru dengan seorang ulama terkenal Sheikh Abdullah di Baghdad. Ketika mengkaji tafsir al-Quran, timbul keinginan untuk mengetahui lebih dekat cara-cara iblis menggoda manusia. Inilah yang menyebabkan Sheikh Abdullah ikut mengembara dengan penghulu iblis. Kisah pengembaraan ini merupakan salah satu perkara yang disalah tafsir dan disalah nilai oleh sarjana-sarjana barat bila mereka berhadapan dengan hikayat ini. Kisah ini dilihat secara sepintas lalu tanpa diberi penilaian yang sewajarnya. Latar belakang pengembaraan ini sememangnya sudah tertanam dalam kepercayaan orang-orang Islam iaitu dari masa Allah mencipta Adam, iblis bersumpah akan sentiasa menggoda manusia dan memesong manusia dari jalan Allah. Sebanyak lapan belas peristiwa telah menggambarkan khianat iblis ke atas manusia sambil disaksikan oleh Sheikh Abdullah. Tiap-tiap satu melukiskan kelemahan manusia yang mudah tunduk pada nafsunya apabila dihasut oleh iblis. Tamak dan haloba, serta hasad dengki dan sebagainya diperkatakan sebagai sebahagian daripada kelemahan manusia. Dengan berbagai cerita itulah akhirnya peristiwa yang ke lapan belas, Sheikh Abdullah ditinggalkan oleh iblis di dalam kamar peraduan Raja Phra Ong Mahawangsa. Penghulu iblis marah kerana Sheikh Abdullah menegur perbuatannya memasukkan najis ke dalam minuman raja itu. Jika diikuti setiap perlakuan iblis dan pengikut-pengikutnya yang disaksikan oleh Sheikh Abdullah, tidaklah sukar ditangkap tujuan pengarang memilih cara ini untuk mengemukakan tentang kedatangan Islam ke Kedah. Pengarang telah menyelit berbagai ajaran dan nasihat untuk menguatkan kepercayaan seseorang terhadap agama Islam. Hampir tiap-tiap kisah diakhiri dengan nasihat atau kesimpulan seperti: "Demikianlah orang yang menurut hawa nafsu syaitan iblis dengan haloba dan tamak akan harta orang, demikianlah diperolehnya, menjadi rakan syaitan itu. Maka dibawanya ke dalam neraka. Maka orang itulah yang telah khatam pengulu iblis".

"Demikianlah perbuatan iblis syaitan itu sehingga setengah orang tiada dapat suatu pelajaran juapun sampai matinya.....Itulah pengajian yang sempurna supaya boleh ia pulang membawa sekelian manusia ke dalam neraka jahanam". "Demikianlah dirasuknya oleh penghulu syaitan itu, maka yang suka mengikut sekelian kehendaknya itu maka orang itu telah mendapat celakalah". "Maka itulah rupanya kitab syaitan yang teramat baik hukum adat maknanya dan ertinya perempuan yang juling mata kuning yang bongkak di dadanya itu maka ialah yang telah khatam pengajian syaitan itu". Dalam masa menceritakan kisah pengembaraan ini jelas pengarang berperanan sebagai pengajar kepada pembaca. Disediakan contoh kelemahan-kelemahan manusia dan dikemukakan pula akibatnya. Tiap-tiap satu menemui kemusnahan kerana terpedaya dengan hasutan iblis. Kisah-kisah ini tidak disebut di mana berlakunya dengan jelas kerana tempat tidak penting. Yang lebih utama ialah pengajaran yang hendak dikemukakan. Pengarang menggunakan dasar kepercayaan dalam Islam untuk menguatkan iman pembacanya. Dengan mudah Sheikh Abdullah mengislamkan Raja Kedah dan rakyatnya. Karya-karya historiografi Melayu lain tidak membentangkan dengan terperinci apa yang berlaku selepas raja memeluk agama Islam. Cerita diteruskan dengan kisah-kisah lain seolah-olah peristiwa itu tidak apa-apa. Tidak demikian dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Pengarang menceritakan dengan teliti apa yang berlaku. Langkah-langkah yang diambil oleh Sheikh Abdullah memimpin raja yang suka minum arak dan menyembah berhala itu merupakan suatu usaha dakwah yang tersusun. Pembaca terus diperkenalkan dengan ajaran dan peraturan Islam seperti mengajar orang yang belum tahu akan hukum-hukum itu. Bermula dengan lafaz kalimah syahadah, pengarang menyebutkan tentang sembahyang lima waktu, puasa, zakat dan lain-lain.
i. Mendirikan masjid dan madrasah di mukim dan kampung. Memasang gendang raya di masjid untuk memanggil orang ii. sembahyang pada hari Jumaat. Belajar membaca al-Quran, ilmu syariat, ilmu tariqat di samping fiqah iii. dan lain-lain. Sembahyang terawih, sembahyang raya, khutbah dan berkorban pada iv. Hari Raya Aidiladha dan lain-lain lagi.

Usaha pengarang menggunakan unsur 'khayal' untuk menceritakan tentang kedatangan Islam ini telah menggalakkan sarjana-sarjana barat mengenepikan hikayat ini sebagai sebuah karya historiografi yang tidak menepati syarat penulisannya. Winstedt mengatakan sekiranya tidak terdapat senarai jurai keturunan raja-raja Kedah di akhir hikayat itu, tidak mungkin beliau menerimanya sebagai sebuah penulisan sejarah. Pada hal ternyata senarai jurai keturunan yang dimaksudkan olah Winstedt itu bukanlah bekas tangan pengarang asal hikayat tetapi tambahan yang dibuat oleh orang lain untuk mengemaskini hikayat itu.

Dari apa yang digambarkan tentang penghasutan syaitan yang disaksikan oleh Sheikh Abdullah, jelas pengarang mempunyai tujuan yang tertentu. Pengarang tidaklah bertujuan melalaikan pembaca dengan kisah-kisah 'khayal' itu, malah sebaliknya. Antara lain maksudnya ialah :
Menyedarkan umat Islam tentang betapa pentingnya menguatkan iman untuk menepis hasutan/pujukan syaitan. Syaitan sentiasa menghasut fikiran manusia melakukan sesuatu yang ii. berlawanan dengan ajaran Islam. Pengarang menyelitkan larangan-larangan yang disebutkan dalam aliii. Quran dengan mengemukakannya dalam bentuk yang 'menarik' sesuai dengan kemampuan penerimaan masyarakat zamannya. i.

Jika dibandingkan dengan pengarang Hikayat Banjar mungkin pengarang Hikayat Merong Mahawangsa lebih mengetahui tentang ajaran Islam dan dapat pula menghuraikan dengan teratur dalam penulisannya, tanpa lari dari tujuan asal. Pengembaraan Sheikh Abdullah boleh dianggap sebagai berunsur mitos sedang realitinya ialah pengislaman itu sendiri dengan peraturan hukum-hukum Islam yang disampaikan. Sekurang-kurangnya sebahagian besar kisah pengembaraan itu telah merujuk kepada maksud yang terkandung di dalam ayat 90-91, Surah Al-Maidah yang bermaksud : "Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan bertenung nasib perkara keji, kerja syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan, menjadikan kamu bermusuhan dan kemarahan dan menghalangkan kamu daripada menyebut Allah dan dari sembahyang maka adakah kamu mahu berhenti?" Begitu juga dengan ayat 4 dari surah Al-Haj yang bermaksud : "Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinkannya kepada azab neraka." Hikayat ini juga menyatakan bahawa sebelum ketibaan Sheikh Abdullah, orang-orang Kedah menyembah berhala. Rujukan kepada agama sebelum Islam tidak terdapat dalam penulisan-penulisan sejarah lain kecuali Hikayat Banjar yang menyebut tentang berhala yang dibuat daripada kayu cendana dan kemudian gangsa. Namun demikian huraian dalam Hikayat Merong Mahawangsa lebih memuaskan. Raja Phra Ong Mahawangsa sendiri menerangkan kepada Sheikh Abdullah : "Adapun agama yang hamba sekalian turut daripada orang tua-tua dahulu kala juga, iaitu menyembah berhala sekeliannya" Banyaknya berhala di dalam negeri Kedah sewaktu ketibaan Sheikh Abdullah digambarkan dengan jelas oleh pengarang.

".....lalu ia bertitah suruh ambil sekelian berhala di dalam istana itu. Maka sekelian itupun dihantarkan oranglah ke hadapan baginda dan Sheikh Abdullah, bertimbuntimbun daripada emas dan perak dan tembikar dan kayu dan tanah seperti rupa manusia, sekelianpun habislah dipukul-pukul oleh Sheikh Abdullah dengan kapak dan dibelahnya dengan pedang hingga hancur luluh sekeliannya menjadi serbuk. Kemudian maka dimasukkannya ke dalam api". Suatu lagi rujukan yang dibuat berkenaan dengan berhala ialah : ".....dan sekelian berhala yang dipakai oleh mereka itu dimintanya, dihancurkan sekeliannya". Sememangnya penyembahan berhala oleh orang-orang zaman dahulu adalah suatu realiti. Tinggalan buktinya masih dapat disaksikan di daerah-daerah tertentu di Kedah. Dan unsur realiti ini diabadikan oleh pengarang dalam ceritanya berkenaan kedatangan Islam ke Kedah. Bila dikaji beberapa pendapat yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana barat tentang Hikayat Merong Mahawangsa ini, terdapat juga kebenarannya. Umpamanya Winstedt pernah mengatakan: ".....The work is full of omissions, gross anachronisms dan errors". Dan James Low pula pernah menilis: ".....that our author has contrived to blend but in a rather bungling manner, two narratives regarding very dissimilar regions dan people". Benar hikayat ini mengandungi beberapa unsur anakronisma dan pengadunan beberapa fakta sejarah yang tidak tepat. Tetapi untuk memberi penilaian yang wajar, mestilah dipertimbangkan bilakahkarya itu dihasilkan, untuk siapa dan mengapa ia ditulis demikian. Harus juga diberi perhatian kepada masyarakat yang menjadi latar penulisan itu. Unsur-unsur anakronisma dan fakta-fakta yang tidak bersifat sejarah tetap menjadi sebahagian daripada penulisan historiografi Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa tidak terlepas daripada unsur-unsur tersebut sama sekali tidak melemahkan nilai penulisannya. Yang harus dipertimbangkan sebaliknya ialah nilai-nilai yang mempengaruhi pengarang ketika menyusun ceritanya. Yang sewajarnya dilakukan ialah mengkaji karya itu di dalam konteks masyarakat dan zaman ia di cipta. Ukuran yang digunakan juga mestilah yang sedekat yang boleh dengan ukuran zaman tersebut. Kesimpulannya ialah sesebuah karya historiografi seperti Hikayat Merong Mahawangsa mestilah dihadapi dengan fikiran yang terbuka dan tanpa prasangka serta ukuran-ukuran asing. Kebanyakan hasil kesusasteraan Melayu klasik lurus dan jujur. Walaupun menggunakan perlambangan, perlambangan itu adalah yang sudah dikenali oleh seluruh

masyarakat. Kerana karya-karya historiografi adalah hasil kesusasteraan dari istana dan bertujuan memenuhi peranan yang tertentu, cara penceritaan adalah lebih halus. Banyak pula yang tersirat di dalam kisah-kisah yang disuratkan. Walaupun bagaimanapun adalah sukar bagi kita menafikan bahawa orang yang berjaya menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa ini adalah seorang pujangga agung. Beliau mempunyai bakat bercerita yang istimewa serta luas pengetahuan dalam berbagai bidang. Beliau juga seoarang yang bijaksana serta tahu akan tanggungjawabnya.