P. 1
PPIK 1 MENYIASAT HUBUNGAN ANTARA ANGIN DAN SAIZ OMBAK

PPIK 1 MENYIASAT HUBUNGAN ANTARA ANGIN DAN SAIZ OMBAK

|Views: 198|Likes:
Published by Sylvester J. Cielo
PPIK 1
MENYIASAT HUBUNGAN ANTARA ANGIN DAN SAIZ OMBAK
PPIK 1
MENYIASAT HUBUNGAN ANTARA ANGIN DAN SAIZ OMBAK

More info:

Published by: Sylvester J. Cielo on Jan 23, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/06/2013

pdf

text

original

Untuk kegunaan sebagai rujukan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU PPIK 1 MENYIASAT HUBUNGAN ANTARA ANGIN DAN SAIZ OMBAK SCE 3110 BUMI DAN ALAM SEMESTA 2013

NAMA NOMBOR MATRIKS NOMBOR I/C KELAS/KUMPULAN PENSYARAH TARIKH HANTAR

:SYLVESTER JONNY : 7082 :911007-13-5205 : PISMP SAINS JANUARI 2011 : PN NORMADIAH BT BOKOH : 23 JANUARI 2013

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, ombak didefinisikan sebagai gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil yang hanyut dibawa ke tepi pantai. Ombak yang terjadi di laut kebanyakkannya disebabkan oleh, tindakan angin, geseran dasar laut, daya graviti, kegelinciran laut dan lain-lain ( Azhim 2007). Eksperimen ini akan mengkaji tentang hubungan angin dengan ombak. Faktor angin adalah disebabkan perbezaan suhu antara sesuatu tempat, dan tempat yang lain lazimnya antara daratan dan lautan. Arah tiupan angin dapat dihubungkan dengan arah pergerakkan ombak. Keadaan angin dipengaruhi oleh musim monsoon, iaitu angin monsoon Timur Laut dan musim angin monsun Barat Daya. Musim monsun timur laut bermula pada bulan November hingga Mac. Manakala musim monsun barat daya bermula pada bulan mei hingga bulan September. Di Negara kita, keadaan angin direkod oleh pihak Jabatan Kajicuaca, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Kemudiannya data ini diproses untuk mendapat data bagi membuat ramalan cuaca bagi ombak bagi masamasa akan datang. Ombak di lautan banyak mempengaruhi kehidupan manusia dan hidupan-hidupan lain yang tinggal di persekitaran kawasan tersebut. Contoh yang terbaik mempengaruhi kehidupan manusia, menurut sejarah Selat Melaka pada suatu ketika dulunya menjadi sebuah perlabuhan bagi perdangangan yang terpesat di seluruh dunia. Ini kerana Selat Melaka terlindung oleh Pulau Sumatera daripada laluan angin Timur Laut. Angin merupakan faktor utama yang menyebabkan ombak, dengan menggunakan kelajuan angin, kita boleh meramal ketinggian, saiz dan kelajuan ombak. Semakin kuat angin yang bertiup, maka semakin tinggi ombak dijanakan (Azhim, 2007). Oleh itu, amat perlunya kita menyiasat tentang lebih dalam lagi tentang hubungan angin dan ombak yang terhasil

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Tujuan Mengkaji Hubungan antara Angin dan Saiz Ombak. Pemboleh Ubah a. Pemboleh Ubah Dimanipulasi: Kelajuan angin b. Pemboleh Ubah Bergerak Balas: Saiz dan ketinggian ombak c. Pemboleh Ubah Dimalarkan: Kecerunan persisiran pantai, cecair yang digunakan dan darjah dan arah kecondongan tiupan angin Hipotesis Semakin tinggi kelajuan angin, semakin besar saiz ombak yang tehasil. Radas Kipas, besen. Bahan-bahan Air, batu, pasir.

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Langkah-langkah

Rajah 1.0 1. Model tebing pantai dibina menggunakan pasir dan batu-batu kerikil seperti rajah 1.0. 2. Air telah diisikan secara perlahan-lahan sehingga mencapai kedalaman 3 cm. 3. Kipas dihadapkan berlawanan dengan pantai pada besen. Kipas dihalakan 45o supaya anginnya meniup air. 4. Kipas dihidupkan selama 3 minit dengan menggunakan kelajuan yang paling perlahan. Pemerhatian dicatatkan pada jadual. Kemudian, dibiarkan tenang kembali. 5. Ramalan dituliskan bagi menentukan apa yang anda fikirkan bakal terjadi apabila kipas dihidupkan pada kelajuan tinggi dalam masa 5 saat. 6. Kipas dihidupkan selama 5 saat pada kelajuan tinggi. Pemerhatian direkodkan bersebelahan dengan ramalan anda 7. Pemerhatian anda digunakan untuk apa yang anda boleh katakan tentang hubungan antara saiz ombak dan angin

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Keputusan Kelajuan Angin Rendah Masa (s) 180 Pemerhatian     Tinggi 180     Tinggi 5     Kelajuan ombak rendah Saiz ombak kecil Ketinggian ombak adalah randah Hakisan pantai tidak berlaku Kelajuan ombak tinggi Saiz ombak adalah besar Ketinggian ombak adalah tinggi Hakisan pantai berlaku Kelajuan ombak rendah Saiz ombak besar Ketinggian ombak sederhana Hakisan pantai tidak berlaku

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Perbincangan Berdasarkan keputusan yang diperolehi, angin mempunyai hubungan yang amat jelas dalam penjanaan ombak. Saiz ombak diperhatikan melalui penilaian berdasarkan ketinggian dan saiz gelombang yang terhasil. Menurut hasil eksperimen, semakin tinggi kelajuan angin, semakin besar saiz ombak yang terhasil. Ini kerana angin yang mempunyai kelajuan angin yang tinggi mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada angin yang berkelajuan rendah. Tekanan yang tinggi ini menyebabkan air tersebut termampat lebih dalam dan seterusnya menyebabkan ombak yang dihasilkan adalah lebih besar saiznya. Manakala jika angin berkelajuan rendah digunakan, tekanannya adalah rendah. Tekanan rendah ini menyebabkan air yang ditolak adalah tidak dalam dan seterusnya menghasilkan ombak yang kecil sahaja.

Selain itu, kelajuan dan saiz ombak juga dipengaruhi oleh masa angin bertiup. Menurut hasil kajian, semakin lama angin bertiup semakin besar dan tinggi ombak yang dihasilkan. Ini kerana, angin yang bertiup pada masa yang singkat belum cukup menyerap momentum angin untuk menjana ombak yang besar . Menurut formula newton, F = (mv - mu) / t, F=daya impuls, (mv-mu) adalah hasil momentum akhir, dimana dalam hal ini, mv=momentum jisim air yang bertindak, mu= momentum jisim angin yang bertindak, manakala t=masa impak antara angin dan air. Melalui formula ini kita juga dapat membuat kesimpulan bahawa masa angin bertiup juga mempengaruhi keadaaan ombak yang terhasil. Bagi air yang digunakan, ia memerlukan masa yang lama iaitu selama 180 saat bagi tekanan angin menolak air pada kedalaman yang optimum untuk menghasilkan ombak yang besar. Oleh itu, ketika pada masa yang singkat iaitu 5 saat angin bertiup, tekanan angin tidak sempat menolak air pada kedalaman yang optimum dan seterusnya menghasilkan ombak yang lebih kecil saiznya.

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Selain itu, melalui pemerhatian kami, semakin kuat ombak yang terhasil pada jangka waktu yang lama, semakin banyak hakisan yang berlaku pada persisiran pantai. Ketika angin pada kelajuan tinggi pada masa yang masa yang lama, ombak yang terhasil menyebabkan hakisan pada pantai. Manakala, angin pada kelajuan yang tinggi tetapi pada waktu yang singkat tidak banyak member peubahan terhadap persisian pantai, kerana tidak diberi masa yang cukup untuk ombak menghakis persisiran pantai. Ketika melakukan eksperimen, kami menutup kipas dan tingkap bagi mengelakkan angin daripada sumber yang lain mempengaruhi hasil eksperimen kami yang menyebabkan ralat. Malah, kami juga membiarkan air di dalam besen tenang dahulu sebelum memngguna ia semula. Tambahan lagi, kami melakukan 3 kali cubaan bagi setiap kelajuan angin, data yang malar telah diambil bagi mengelakkan ralat yang disebabkan oleh sumber-sumber lain..

Soalan
Ramalan pada Kelajuan Tinggi untuk 5 saat Ombak yang dihasilkan adalah bersaiz dan berkelajuan sederhana

Pemerhatian pada Kelajuan Tinggi untuk 5 saat Pemerhatian menepati ramalan. Ombak yang dihasilkan oleh angin kelajuan tinggi untuk 5 saat adalah sederhana.

Kesimpulan Hipotesis diterima. Semakin tinggi kelajuan angin bertiup ke atas air (laut), semakin besar saiz ombak yang dihasilkan.

Untuk kegunaan sebagai rujukan

Rujukan Azhim, A. (2007). Kajian Kes Ombak dan Hakisan di Kawasan Pinggir Pantai Paya Bakau di Sungai Brung, Selangor. Selangor: Universiti Teknologi Malaysia. Building, K. (1954). Generations of Wind Waves Over a Shallow Bottom. Beach Erosion Board Office Of The Chief Of Engineers , 3-11. Denniss, T. (2005). Comparing the Variability of Wind Speed and Wave Height Data. Energetech Australia Pty Limited , 1-16. Marta Alomar, R. B.-S.-A. (2008). Wave Growth Under Variable Wind Conditions. Meteorological Service of Catalonia . Thorpe, S. (2001). School of Ocean and Earth Science. Southampton: Academic Press.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->