You are on page 1of 2

Peraturan dan Keselamatan Perkhemahan

Sebelum 1. Dapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan pihak berkuasa yang lain. 2. Maklumkan kepada pihak keselamatan tentang tarikh aktiviti perkhemahan supaya pihak polis boleh membuat rodaan. 3. Maklumkan dan dapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk pergi berkhemah. 4. Maklumkan kepada semua peserta tentang aktiviti semasa perkhemahan. 5. Lantik ahli jawatankuasa petugas dan senaraikan tugas masing-masing. 6. Pastikan pesertaa dilindungi insuran khas bagi aktiviti perkhemahan. 7. Senaraikan, sediakan dan periksa peralatan dan yang diperlukan untuk tujuan perkhemahan. 8. Sediakan peti pertolongan cemas dan peralatan keselamatan lain. 9. Sediakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti perkemahan. Semasa 1. Pastikan ciri-ciri pemilihan tempat perkemahan dipatuhi. 2. Sediakan parit kecil di keliling khemah bagi memastikan air hujan tidak bertakung. 3. Pastikan tali pancang khemah diikat dengan tegang dan betul. 4. Pastikan jarak diantara satu khemah dengan khemah yang lain tidak terlalu hampir supaya peserta dapat bergerak dengan selesa. 5. Taburkan serbuk belerang (sulfur) di sekeliling khemah bagi menjauhkan binatang berbisa.

6. Beri taklimat kepada semua peserta sebelum aktiviti dimulakan supaya setiap peserta tahu apa yang perlu dilakukan. 7. Adakan perhimpunan (roll call) pada waktu pagi dan petang bagi memastikan setiap peserta berada di kawasan perkhemahan. 8. Sekiranya peserta ingin keluar dari kawasan perkhemahan untk urusan tertentu, dapatkan kebenaran daripada guru atau petugas. 9. Sentiasa begerak dalam kumpulan (dua atau tiga) jika ingin keluar dan kawasan perkhemahan atau ketika melakukan aktiviti. 10. Jika berlaku sebarang kemalangan atau kecedaraan, maklumkan segera kepada guru atau petugas.

11. Patuhi peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan seperti : a) Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. b) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. c) Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran. d) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masingmasing, selepas jam 12.00 tengah malam. e) Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.

You might also like