You are on page 1of 11

LONTAR PELURU Pengajaran Mikro

 GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3 PERSEDIAAN: 1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling. 2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan. 3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan. 4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. 5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan. LUNSURAN: Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut: 1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur. 2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan. 3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan. 4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaa membaling. 5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan MEMBALING 1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.

Biasakan diri dengan keberatan bola besi.2. 5. 1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi. Menggengam bola getah dan cuba bayangkan melontar dengan gaya 90 darjah. Melontar peluru ke hadapan mengikut kesesuaian dan dengan sedaya upaya. 3. Kedudukan badan yang melenting ke belakang. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan. 3.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan. 3. Beratur beramai – ramai dan bayangkan melontar tanpa menggunakan bola. 4. 2. 2. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka . dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Disamping pergerakan ini berlaku.kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk “parabola” yang cukup berkesan. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu. Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik. Cuba leretkan bola besi kehadapan.maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan. Cara Latihan. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. 6. Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik.tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat. Melontar menggunakan bola getah ke hadapan dan cari balingan sesuai. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan SELEPASMEMBALING/PEMULIHAN 1. LONTAR PELURU Pengenalan Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini. tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. KAWASAN PENDARATAN Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Perbezaan berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. FIZIKAL PELURU Peluru diperbuat daripada besi. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Dari sini. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Dengan ini. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. . KAWASAN LONTARAN Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Berat peluru bagi peserta lelaki ialah 7. Saiz bulatan ini ialah 2. Pada ketika ini. bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg. Saiz dan berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Ini satu tanggapan yang salah. tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Namun begitu.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada tahun1909. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun1896. dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka.

semasa dan selepas melakukan aktiviti. bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. pinggang dan kaki memainkan peranan utama. maka lontaran itu dianggap batal. acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru. melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya. pada tahun 1950-an. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. PITA PENGUKUR Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang dilakukan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran. Persediaan atlet. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan. iaitu sebelum. kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Sekiranya. semasa dan selepas. Kedua. ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran. perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar. yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar.Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Beliau ialah Perry O’ Brien dari Amerika Syarikat. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran. Namun begitu. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik dan gaya lontaran yang baik.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Bagi menetukan jarak tersebut. PERATURAN DAN PERTANDINGAN Akhirnya. Bagaimanapun. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: Pegangan peluru Lakuan sedia Lungsuran Kilasan badan Lontaran Pulihan 1) 2) 3) 4) 5) 6) .

Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini. TEKNIK MELONTAR PELURU Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran b) Gaya melungsur selangkah c) Gaya Parry O’ Brien a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang dibawah telinga. PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: Teknik memegang peluru dengan tiga jari Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Teknik memegang peluru dengan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat. b Gaya Melungsur Selangkah Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Kilasan badan Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. . Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.i. ii. Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanandiluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah. pergerakan melungsur dilakukan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan teknik mengilas badan . dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran. kaki yang melungsur kaki kanan yang di belakangmenolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Parry O’ Brien jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan. Lakuan sedia Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah. pelontar berdiri membelangkan arah lontaran. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas kaki kiri telah bertapak di belakang papan penahan. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan. Serentak dengan pergerakan ini. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Kilasan badan Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat. c Gaya Parry O’ Brien Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pada tahun 1956. Bahu dan tangan kanan yang memegang peluru masih menghala ke belakang. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar. manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkokjangan tegakkan badan semasa melungsur. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang.Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.

III. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya.adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. Peserta perlu berdiri secara mengereng. ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan. sambil membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang. V. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan IV. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama. e Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini : I. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran. d Teknik lontaran sisi Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri. III. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut : I. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. II. dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda. VI. ikut lajak dan pulihan Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat VIII. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. sambil memerhatikan pendaratan peluru. IV. V. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran II. VII. Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya. LAKUAN MENGIMBANG SEMULA Setelah peluru dilepaskan. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. VII. sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan. I. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Lontaran. . Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. VI.

Walau bagimanapun. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran. Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya penglibatannya memberikan keberkesanan. CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. kemahiran dan mentalnya. Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya. lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi . 1) 2) 3) 4) 5) PRINSIP UMUM LONTAR PELURU Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu : Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu. serta mempunyai semangat kesukanan tulen.iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan melontar. . Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar. KESIMPULAN Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini.II. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar. Sebagai acara pertandingan. Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal. asas melontar peluru seperti acaraacara olahraga yang lain. III.

kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklah mempunyai kualiti ini disamping ciri-ciri tubuh yang dijelaskan diatas. aktivi melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis. acara ini telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. . 1. latihan. bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki. dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda. tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini. terdiri daripada peserta yang berbadan besar. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.1.1 SEJARAH Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. tegap. berat dan kuat. dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Pada tahun 1909.yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan. acar lontar peluru ini tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara tersebut. serta pemakanan. Malah bentuk lontaran ini juga terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun1900 dan 1904. Bagaimanapun. Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.Sebagai acara padang dalam sukan olahraga. Namun begitu. kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Orang scotland dan irelang telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru. Mengikut sejarah. Dari sini. Acara ini menggunakan kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapak yang agak stabil dalam gerakan melontar. tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan. bermakna penyertaan agak meluas. Pada ketika ini. Pada awalnya. bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Acara ini telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek.0 PENGENALAN ACARA LONTAR PELURU. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa. Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera.

1. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi. peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri. serta pemakanan. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan. tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan. lotar peluru memerlukan kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa. DEWASA 7. turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis. WANITA 4. tegap. 265 kg 2. Dalam melaksanakan acara ini. malah dari segi saiz kawasan. terdiri daripada peserta yang berbadan besar. bermakna penyertaan agak meluas. tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. berat dan kuat. 1. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. 000 kg Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak.1 PERALATAN Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. 2.1. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Berat Peluru 1. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. 4.2 FASA – FASA LATIHAN Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu : 1. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. atau peserta lain ataupun orang ramai. Fasa Persediaan Fasa Gelungsuran Fasa Lontaran Fasa Pemulihan . 3. REMAJA 4.0 Pengenalan acara sukan lontar peluru : PENGENALAN Sebagai acara padang dalam sukan olahraga. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas. 005 kg 3. latihan. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga.

Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali). Peserta bersedia dalam bulatan lontaran 2.3 KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN Latihan Bebanan Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina. 3. Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa 1. konsentrik. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. Meningkatkan fleksibiliti. 6. penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. 2. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali). ansur maju rintangan dan urutan aktiviti.Fasa Persediaan ( Preparation ) 1. isentrik dan isokinetik. Panduan membina dan meningkatkan : 1.1 Sistem Tenaga 1. Peluru dipegang dengan cara yang betul 3. bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Membina kelajuan. cara atau prosedur yang betul.2 Kekerapan 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari. Sistem tenaga aerobik secara sekunder. tetapi pantas). 4. 2. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu. 2. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara dominan. pinggang dan akki. jangka masa latihan dan pemulihan.0 Objektif 1. pinggang dan kaki. Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan. 3. 5. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit. 2. 2. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali) 2. tangan. Latihan ini memerlukan pengkhususan. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori. penambahan beban. kuasa dan daya tahan otot. Membina kuasa eksplosif otot bahu. kekuatan. 4. .