You are on page 1of 1

JAWATANKUASA PENDUDUK ISLAM TAMAN PULAI FLORA

No. 48, Jalan Flora 1/4, Taman Pulai Flora 81300 Johor Bahru, Johor Darul Tazim http://ppitamanpulaiflora.blogspot.com

Pengerusi : En. Kamaludin bin Mohamad Yusof (019-7572768) Naib Pengerusi : Ustaz Yusri bin Othman (013-7115526) Setiausaha : En. Mohd Sabri bin Md Salleh (012-7428430) Bendahari : En. Hazzidi bin Hj Said (019-7300075)

Ruj. Kami: PIPTF/2013(1) Tarikh: 19/1/2013 Kepada Semua Penduduk Islam Taman Pulai Flora JOHOR BAHRU
Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh Tuan/Puan PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN BACAAN YASSIN Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Penduduk Islam akan menganjurkan sambutan Maulidur Rasul 1434H Tarikh dan Masa: 2 Mac 2013 (Sabtu), 7.30 10.30 malam Tempat: Padang Permainan Kanak-Kanak (Di antara Lorong 1/4 dan Lorong 1/5) Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa ingin memohon sumbangan daripada penduduk untuk menampung segala kos penganjuran program tersebut. Sumbangan minimum sebanyak RM 25.00 setiap rumah boleh disampaikan terus kepada ketua lorong masing-masing atau bendahari. 3. Pihak jawatankuasa menerima cadangan daripada penduduk untuk mengadakan bacaan Yaasin di rumah penduduk mengikut lorong. Untuk peringkat permulaan, aktiviti akan diadakan sebulan sekali. Jika mendapat sambutan dari kalangan penduduk, aktiviti akan dijalankan setiap minggu. Sesiapa yang berminat, sila berhubung terus dengan ketua lorong. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan jawatankuasa menyusun jadual giliran untuk setiap lorong. 4. Harapan kami, agar semua penduduk Islam dapat memberikan kerjasama dan turut sama terlibat dalam setiap program yang diadakan. Semoga sebarang makluman yang disampaikan diambil perhatian yang sewajarnnya. Pihak jawatankuasa juga amat mengalukan sebarang cadangan atau maklum balas daripada penduduk, dan bolehlah disampaikan terus kepada jawatankuasa/ketua lorong atau emailkan kepada ppitamanpulaiflora@gmail.com untuk diambil perhatian. Penduduk boleh melayari laman web rasmi Jawatankuasa Penduduk Islam untuk mengetahui perkembangan terkini (http://ppitamanpulaiflora.blogspot.com). Semoga kerjasama daripada pihak tuan akan diberkati oleh Allah s.w.t. Saya yang menjalankan tugas,

........................................................................... (KAMALUDIN BIN MOHAMAD YUSOF) Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Islam Taman Pulai Flora Johor Bahru s.k. i. Pengerusi Persatuan Penduduk 1 Malaysia, Taman Pulai Flora
Ketua-ketua Lorong: Lorong 1/1: En. Mohd Saifol Bin Othman (012-2509236) Lorong 1/3: En. Nordin Bin Hj. Ehsan (013-6211264) Lorong 1/4: En. Mohd Azhari Bin Suratman (017-7568436) Lorong 1/5: En. Jamaluddin Bin Ahmad (014-6160760) Lorong 1/6: En. Mohd Sabri Bin Md Salleh (012-7428430) Lorong 1/7: En. Mohd Suhaimi Bin Jamal (012-7575928) Lorong 1/8: Tn. Hj. Faizal Bin Abdullah (012-7091177)