You are on page 1of 21

Logo Pengakap

Logo Pengakap Malaysia

1.

i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii)Menolong orang pada setiap masa iii)Menurut Undang-undang Pengakap 2. Warna kuning, hijau dan merah - melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. 3. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan - melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh. 4. Ikatan hijau - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 5. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. 6. Warna kuning pada anak bulan dan bintang - menunjukkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 7. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia. Logo Pengakap dunia 1. i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii)Menolong orang pada setiap masa iii)Menurut undang-undang Pengakap 2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan - melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan putih - menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 4. Lingkaran tali berwarna putih - melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5. Warna ungu - kepimpinan. 6. Warna putih - kesucian dan kebersihan.

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan Taat kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-Undang Pengakap. Taat kepada Tuhan. Tiap-tiap pengakap mestilah beragama, walauapapun Agama sekalipun dan hendaklah beramal dan beribadat dengannya seperti sembahyang dan lain-lain. Melatih kanak-kanak itu bersyukur kepada Tuhan kerana dialah memberi Reseki dan Rahmat. Kita mesti ada maruah kepercayaan pada diri kita, boleh mempengaruhi kanak-kanak itu supaya mahu ikut kita. Ajar mahu diperintah atau ditunjukkan teladan diri kita sendiri

Taat kepada Raja Raja itu Pemerintah negeri, oleh itu mestilah taat kepadanya atau wakilnya. Segala undang-undang dan Hukuman Negeri hendaklah melatih kanak-kanak mempercayai dan menghormati Undang-Undang adat Istiadat Negara Malaysia. Tahu sedikit sebanyak Bahasa Raja. Mempunyai disiplin dan tatatertib terhadap Majlis-majlis yang dihadiri oleh Raja-Raja.

Taat kepada Negara Malaysia Menghormati dan mengikut Undang-Undang Negara Malaysia. Jujur kepada Negara Malaysia; Pemerintah, Dasar Kerajaan; menyokong dan menyertai Rancangan Gerakan Negara Malaysia. Mengelakkan diri dari kegiatan yang merosakkan dan menjatuhkan imej Negara dan hendaklah menaikkan Imej Negara.

Menolong orang pada setiap masa Dengan rela hati dan jujur memberi bakti atau pertolongan kepada orang-orang yang memerlukan, melalui perseorangan atau gerakerja kumpulan. Menyelamat harta benda dalam sesuatu bencana alam. Menolong dalam berbagai kecemasan dan kemalangan serta sebarang kerja amal yang difikirkan sesuai. Prinsip pertolongan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan Negara, jauh sekali dari upah tenaga.

Menurut Undang-Undang Pengakap Dalam masa melatih budak-budak, tujuan yang mulia hendak dipertimbangkan dan jangan dilupakan dalam proses memberi latihan. Tekanan yang sama hendaklah diberikan dalam latihan perkembangan Rohani, Jasmani dan Akal. Matlamat kita ialah perkembangkan keperibadian yang boleh memberi bantuan yang positif dalam kehidupan mereka. Tujuan kita ialah supaya generasi yang akan datang akan maju dan sedar bahawa khidmat orang lain adalah satu amalan kasih dan bertanggungjawab terhadap Tuhan dan jiran-jiran kita.

Matlamat dan Misi


MATLAMAT BERPENGAKAP

Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa. MISI PENGAKAP MALAYSIA Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan : Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undangundang Pengakap Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan. Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat di dalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Undang-Undang Pengakap

1.

Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Tegaskan bagi menggalakkan kejujuran dan jauhkan dari membuat kesilapan. Jangan beri peluang menipu dalam permainan-permainan dan pertandingan-pertandingan. Paling mustahak semua pemimpinpemimpin mestilah percayakan budak-budaknya.

2.

Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja, pemimpin-pemimpin, ibubapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. Contoh pemimpin-pemimpin adalah diutamakan. Ketua patrol atau ketua sekawan hendaklah setia kepada mereka yang di bawahnya, terutama sekali dalam masa membuat kerja-kerja yang susah.

3.

Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong pada setiap masa. Berbuat baik menjadi dasar utama. Pemimpin-pemimpin hendaklah memerhatikan dalam perkara ini, terutama sekali dalam masa cara berpatrol.

4.

Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Galakkan berjumpa dengan terup-terup/ Pek-pek jiran, hadir dalam perkhemahan daerah, malam pengakap/ kebudayaan, sahabat pena. Lawatan keluar negeri, Jambori dan lain-lain.

5.

Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budipekertinya dan sentiasa berbudi. Perhatikan kelakuan budak-budak, terutama sekali bila keluar di kaki lima, berbasikal, menjaga keselamatan jalan raya, bertimbang rasa kepada orang lain bila menggunakan radio, televisyen, supaya tidak mengganggu jiran-jiran masa mengadakan pengembaraan waktu malam, permainan malam. Bersopan santun bila bercakap dan bertanya dari segi perbualan.

6.

Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. Mengajar budak-budak pengakap membela binatang-binatang, memberi makan dan kasih sayang. Suka kepada ilmu kejadian. Sayang kepada benda hidup. Jangan membunuh binatang tanpa sebab. Binatang liar dan buas yang mengancam nyawa diri hendaklah di bunuh atas sebab nyawa diri diancam.

7.

Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan Ibubapanya, Ketua Patrolnya atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tanpa apa-apa soalan.

Tegaskan supaya menurut perintah. Semakin jauh mengembara semakin kuat dikehendaki berdisiplin. Segala perintah hendaklah terang dan munasabah serta boleh dijalankan.

8.

Pengakap adalah seorang sentiasa bersabar dan manis mukanya dalam masa kesusahan. Ini adalah bagaimana yang diamalkan di dalam Unit Pengakap. Belajar menang kalah dengan semangat-semangat yang sama seperti sukan.

9.

Pengakap adalah jimat dan cermat. Ini termasuk bukan sahaja jimat-cermat kepada wang sahaja bahkan berjimat kepada makanan, menyimpan pakaian, menjaga masa bercakap, menutup pintu selepas menggunakannya, menepati masa. Perbezaan antara cermat dan kedekut.

10.

Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Ambil berat di atas keseluruhan jasmaninya. Kemudian atas keseluruhan mentalnya. Cara-cara yang diajar dalam Unit Pengakap sangat mustahak. Sentiasa menggunakan cara-cara sistem berpatrol (Patrol system).

Sejarah PPM
Selepas dua tahun pengakap di asas oleh Lord Baden Powell di England, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budakbudak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow tetapi apabila beliau meninggal dunia, maka pergerakan pengakap di situ turut terkubur. Hanya pada tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya di asas pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik yanh masyur iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya. Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap. Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield. Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928, dengan kedatangan Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu. Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Di Selangor, pada tahun 1926 telah menubuhkan pergerakan pengakap dan orang yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akhbar. Ini di ikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelantan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong. Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931. Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.

Sebelum merdeka Persatuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain. Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya. Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura Berhenti menjadi cadangan Persekutuan Pengakap Malaysia. Rumah BP yang terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan dengan belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. _____________________________________________________________________________________________ _____________________________

Tentang Persekutuan Pengakap Malaysia


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (The Scouts Association of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab di atas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan ahli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM). Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan salah satu badan beruniform yang berada di bawah Akta Parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSM pada tahun 1957. Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Organisasi
Persekutuan Pengakap Malaysia beribupejabat di Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Secara umumnya organisasi pergerakan pengakap dibahagikan kepada beberapa badan. Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya

negeri (state commissioner) dan kemudiannya dipecahkan kepada peringkat daerah bagi setiap negeri dimana setiap daerah ketuai oleh pesuruhjaya daerah (district commissioner). Setiap trop dipecahkan kepada beberapa sistem patrol yang mempunyai ketua patrol dan pembantu ketua patrol. Sebuah badan yang dinamakan Majlis ketua Patrol (Patrol Leader Council) akan merancang dan melaksanakan aktiviti trop dengan bantuan dan selenggaraan dari pemimpin trop (troop's scoutmaster). Majlis Ketua Patrol disertai oleh ketua patrol dan pembantu sekiranya bilangan ketua patrol terlalu kecil. Melalui Majlis Ketua Patrol, Ketua Patrol akan dipilih dan dilantik kejawatan Ketua Trop, Pembantu Ketua Trop, Setiausaha, Bendahari dan juga quatermaster.Badan ini dikenali sebagai 'Court of Honour' dan merupakan badan paling ekslusif didalam sesuatu Trop.

Penaung
PENAUNG UTAMA Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah, DKT, DMN, SSMT, SPMT, DK (Perlis), DK (Johor), DKMB (Brunei), DK (Perak), SPM. PENAUNG-PENAUNG NEGERI KEDAH DARUL AMAN Kebawah DYMM Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, DK, DKH, DKM, DMN, DUK, DK (Kelantan), DK (Pahang), DK (Selangor), DK (Perlis), DK (Negeri Sembilan), DK (Johor), DK (Terengganu), DK (Perak), DP (Sarawak), DUNM, SPMK, SSDK, DHMS. NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS DYMM Paduka Seri Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, DK., DKM., DMN., DKMB (Brunei), DK (Kelantan), DK (Kedah), DK (Selangor), DK (Perlis), DK (Johor), DK (Pahang), DK (Terengganu), DK (Perak). NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah, DKP., DK., DKM, SSAP, SIMP, DMN, DK (Perak), DK (Johor), DK (Kelantan), DK (Terengganu), DK (Perlis), DK (Kedah), DK (Brunei), DK (Negeri Sembilan), DK (Selangor), Qiladah Badr Al Kubra (Saudi Arabia), Qiladah Al Sheikh Mubarak Al Kabir (Kuwait), Grand Order of the Mugunghwa (South Korea), Hon. D. Litt (University of Malaya), LLD.hc. (Northrop, USA). NEGERI KELANTAN DARUL NAIM Kebawah DYMM Tuanku Ismail Petra Al-Marhum Sultan Yahya Petra, DK, DMN, DK (Negeri Sembilan), DK (Selangor), DK (Johor), DK (Kedah), DK (Perak), DK (Terengganu), DK (Perlis), DKMB (Brunei), DPSS (Sarawak), DP (Sarawak), SPMK.,SJMK, SPKK, SPSK. NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM DYMM Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, DK, SPMJ, SPDK, DK (Brunei), SSIJ, PIS, BSI. NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahulahu Shah, DK, DKM, DMN, DK (Kelantan), DK (Terengganu), DK (Perlis), DK (Johor), DK (Selangor), DK (Kedah), DKMB (Brunei), DK (Negeri Sembilan), SSM, PPM, PSM, SPCM, SPTS, SPMP, SIMP. NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN DYMM Al-Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah, DKT, DMN, SSMT, SPMT, DK (Perlis), DK (Johor), DKMB (Brunei), DK (Perak), SPM. NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

NEGERI Perlis INDERA KAYANGAN DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia). NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG TYT Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammed Noor, DPSS, DP, PNBS. NEGERI PULAU PINANG TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir, SMN, PSM, DUPN, DP, DMPN, KMN, Hon. LL.D (Malaya) Hon, D.Litt (U.S.M.), Hon. D.Litt (Deakin) F.R.G.S. NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU TYT Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Shah bin Abdullah, SMN, SPDK, DP, PGDK, ASDK, KMN, JP. NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH TYT Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaacob, SMN, PTM, DUNM, SSAP, SIMP, SPDK, DSAP, JSM, SMP.

Presiden Agong Kehormat


Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia SUMZ, DK1 (Johor), SPMS, SSSJ, SPSA, SSAP, SPDK, DUNM, DP, SPNS, DGPN, DSSA, DMPN, DJN, KMN, AMN

Ahli Exco Majlis Pengakap Malaysia


AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA (EXCO MEMBERS) KETUA PENGAKAP NEGARA YB. Dato Seri Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh No. 17, Jalan 14/50 46100 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. NAIB YANG DIPERTUA YBhg. Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Aras 3, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62505 Putrajaya.

KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA YBhg. Kol. Prof. Dato Dr. Haji Kamarudin bin Haji Kachar Prished Consultant 56B, Jalan Memanda 9 Ampang Point 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan BENDAHARI KEHORMAT YBhg. Dato Haji Kaharudin bin Momin 5467, Lorong Balai Raya Kampung Merali Batu 4, Gombak 53000 Kuala Lumpur. PESURUHJAYA ANTARABANGSA Tuan Haji Jauhar bin Haji Mohd. Yassin 31-1-3, Pangsapuri Golf View Solok Bukit Jambul 1 11950 Bayan Lepas Pulau Pinang. PESURUHJAYA LATIHAN NEGARA (Sumber Dewasa Dan Latihan) Encik Yeoh Seng Choon 40, Jalan Yong Sau Nam Mayfair Park 31650 Ipoh Perak Darul Ridzuan. PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Perhubungan Awam) Encik Nasaruddin bin Shamsuddin No. 28, Jalan Klasik U2/42 Taman TTDI Jaya 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Biro Wanita) Puan Hajah Juriah binti Shahrudin 1067, Jalan 3, Kepong Ulu Jalan F.R.I. 52100 Kuala Lumpur. PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Perundangan) Encik Wan Aminuddin bin Wan Daud No. 26, Jalan Margosa SD 10/5 5D, Bandar Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur. PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Akademik Pengakap)

Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin Bahagian Pendidikan Guru, Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2-6, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Bencana Alam Dan Kesihatan) YBhg. Brig. Jeneral Dato Dr. Mohd. Zin bin Bidin 3003904 Markas Angkatan Tentera-MK-ATM Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Tugas-Tugas Khas) Encik Eric Khoo Heng Pheng No. 40, Jalan 22/62B Bandar Menjalara 52200 Kuala Lumpur. PENOLONG KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA (Tugas-Tugas Khas) YBU. Dr. Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani Klinik Menara 75 A/1, Jalan Keramat 54000 Kuala Lumpur. ETUA SETIAUSAHA KERJA Encik Mohd. Zaki bin Nurud-din @ Nordin Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Rumah B-P Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur. PENOLONG PESURUHJAYA ANTARABANGSA SARAWAK Encik Geoffrey Teo Yong Luan 1st Floor, Lot 8805-8808 Jalan Kwong Lee Bank 93450 Kuching Sarawak. WAKIL KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Negara Lot AG4, Menara KBS Precint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 Putrajaya. (u.p.: Cik Fadillah binti Ahmad Bahagian Belia)

WAKIL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pengarah Bahagian Sekolah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3-4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62404 Putrajaya. WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tingkat 10, Blok Tengah Kompleks Kementerian Kewangan Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya. (u.p.: Encik Mohd. Asri bin Mohamed Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan) WAKIL PERSATUAN PANDU PUTERI Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Wisma Pandu Puteri Peti Surat 1121, Jalan Pantai Bharu 59700 Kuala Lumpur. AHLI-AHLI YANG DIPILIH YBhg. Dato Dr. Hashim bin Abdul Wahab Suite 312, Blok E, Phileo Damansara 1 Jalan 16/11 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tuan Haji Abdul Halim bin Abdul Kader No. 76, Jalan AU 5D/1 Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur Tuan Haji Salleh bin Hussin Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3-4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62404 Putrajaya.

Ahli Majlis MPM


Encik M.Nardysamy 53, Jalan Unta Kawasan Rumah Hijau 34000 Taiping Perak Darul Ridzuan.

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Junid 42, Taman Bunga Raya Jalan Temenggong Ahmad 84000 Muar Johor Darul Takzim. Tuan Haji Mohd. Saat bin Bongkek Lot 1084, Jalan Denai 2 Kempas Baru 81200 Johor Bahru Johor Darul Takzim YBhg. Dato Haji Salleh bin Haji Mohd. Akib Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Jalan Hospital 15000 Kota Bharu Kelantan Darul Naim YBhg. Dato Haji Abdul Razak bin Hashim ADUN Ahli Dewab Undangan Negeri Kawasan Guar Chempedak Guar Chempedak 08800 Gurun Kedah Darul Aman. Tuan Haji Shahabudin bin Nordin 1219, Lorong Suria Mentaloon 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Tuan Haji Hassan bin Haji Hussin Yang DiPertua Majlis Pengakap Negeri Kelantan Lot 1096, Kg. Paya Bemban Jalan Hospital 15200 Kota Bharu Kelantan Darul Naim. YB. Datuk Haji Hamdin bin Abdollah 1757, Jalan Paya Datuk Alor Gajah 78000 Melaka. YBhg. Datuk Md. Sirat bin Abu 11A, Jalan MP 12 Melaka Perdana Resort Home Ayer Keroh 75450 Melaka. Tuan Haji Mohd. Mujab bin Sukaimi No. 20, Jalan PU 10/12B Taman Puchong Utama 47100 Puchong Selangor Darul Ehsan.

Dato Abdullah bin Haji Abd. Kadir Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2 - 6, Blok E13 Kompleks Kerajaan, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya. Dr. Amir Hassan bin Dawi Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan. YBhg. Dato Dr. Hashim bin Abdul Wahab Suite 312, Blok E, Phileo Damansara 1 Jalan 16/11 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Tuan Haji Abdul Halim bin Abdul Kadir No. 76, Jalan AU 5D/1 Lembah Keramat Kuala Lumpur. Tuan Haji Salleh bin Hussin Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3-4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62404 Putrajaya. YBhg. Dato Haji Abu Zahar bin Dato Nika Ujang No. 26, Jalan Setia Murni 6 Bukit Damansara 50490 Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya Ibu Pejabat


BAHAGIAN LATIHAN Encik Ekbert Yong Yen Loong No. 70, SS 20/10 47400 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan PENGAKAP KANAK-KANAK Encik Khoo Hock Hoi Lot 19, Taman Sri Manir Jalan Jeram

21200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman. PENGAKAP MUDA Encik Mohamad Musa bin Sulaiman Cawangan Latihan Ibu Pejabat BDE Tengah PGA, 43200 Cheras Selangor Darul Ehsan PENGAKAP REMAJA Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun Sek. Men. Keb. Bunut Susu 17020 Pasir Mas Kelantan Darul Naim. PENGAKAP KELANA Tuan Haji Ahmad Tajuddin bin Md. Salleh 55, Lengkok Tuna, Seberang Jaya 13700 Perai, Seberang Perai Pulau Pinang. PENGAKAP LAUT Encik Khamaruzaman bin Samsudin No. 32, Jalan Kebangsaan 32 Taman Universiti 81300 Johor Bharu Johor Darul Takzim. Encik Collin Yeo Kim Huat 45 A Lorong Yap hin 55100 Kuala Lumpur PERHUBUNGAN AWAM Encik Mohd Idros bin Mohd Ali No. 7 Lorong Bertam Indah 41 Taman Bertam Indah 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang TUGAS-TUGAS KHAS YBU. Lt. Kol. Ramli bin Shuhaimi 17, Lorong Wangsa Budi 5B Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Encik Irmohizam b. Ibrahim No 8 Lorong SS 5D/11B Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor.

TUGAS-TUGAS KHAS (PROGRAM) Puan Hajah Normah binti Mohd. Yusoff No.36, Taman Mawar 06000 Jitra, Kedah Darul Aman TUGAS-TUGAS KHAS (LATIHAN) Cik Lau Hooi Lin Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 11700 Gelugor, Pulau Pinang TUGAS-TUGAS KHAS (PENDAFTARAN) Encik Chan Ah Sang Dynasty Hotel Kuala Lumpur 218, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur. TUGAS-TUGAS KHAS (KESELAMATAN) Tuan Haji Yaacob bin Ismail 27, Jalan Alam Jaya 2 Taman Alam Jaya 43200 Cheras Selangor Darul Ehsan TUGAS-TUGAS KHAS (AKADEMI KEBANGSAAN PENGAKAP) Cawangan Utara Encik Chye Onn Teck No. 34, Jalan Baba Ahmad 11200 Tanjung Bunga Pulau Pinang. Cawangan Tengah dan Selatan Tuan Hj Mohd Zulkifli bin Dato' Hj Maulud 49, Jalan Melor 3, Taman Rasa Sayang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Cawangan Pantai Timur

Unit Pengakap
Persekutuan Pengakap Malaysia mempunyai beberapa unit Pengakap. Pengakap Kanak-Kanak Pengakap kanak-kanak (PKK) terdiri dari kalangan mereka yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Motto Pengakap kanak-kanak adalah "Buat Sehabis Baik" dan menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi mereka.

Pengakap Muda Pengakap Muda terdiri dari mereka yang berumur di antara 13 hingga 15 1/2 tahun dengan motto mereka ialah "Selalu Bersedia". Warna rasmi Pengakap Muda adalah hijau.

Pengakap Remaja Pengakap Remaja terdiri dari kalangan ahli yang berumur di antara 15 1/2 sehingga 17 1/2 tahun. Menggunakan motto "Pandang Luas" dan merah

sebagai warna rasmi.

Pengakap Kelana Pengakap Kelana terdiri dari mereka masih terus berpengakap sebagai pengakap dewasa. Motto Pengakap Kelana adalah "Berkhidmat"

KLKM dan KLM KLKM atau Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dan KLM atau Kumpulan Latihan Malaysia merupakan kumpulan pengakap kelana di Institusi Pengajian Tinggi dan Maktab-maktab perguruan.

You might also like