PPISMP RBT SJKC 2011

[ALYSSA GOH]

KONSEP FONETIK Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan

pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonetik ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur dan memberi tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana Ia bunyi-bunyi kajian itu yang

dihasilkan,didengar,dan

diinterpretasikan.

adalah

membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Tegasnya, bidang fonetik melihat dari segi fizikal bagaimana sesuatu bunyi bahasa itu dihasilkan. Fonetik juga merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya.Rajah yang berikut memperlihatkan

kedudukan fonetik dalam hubungannya dengan bidang linguistik yang lain.

PRAGMATIK WACANA SINTAKSIS MORFOLOGI FONOLOGI FONETIK

Organ artikulasi pula organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. .PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] CIRI-CIRI FONETIK Fonetik dibahagikan kepada tiga cabang utama : (a) Fonetik Artikulasi Fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendekripsikan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Organ artikulasi pula dibahagikan kepada (i) Alat yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut seperti lidah dan gigi bawah. iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar itu. Pendeskripsian ini melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. (ii) Daerah pengeluaran. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.

PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] (b) Fonetik Akustik Fonetik akustik mengkaji gelombang bunyi dan cara gelombang tersebut mencapai pendengaran manusia. Ini merupakan kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Kecanggihan teknologi komputer hari ini dapat mengupayakan kesemua parameter yang disebut tadi divisualkan. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (Fo). kelantangan suara dan kepanjangan. Dari sudut pendengar. Melalui alat-alat yang sensitif. intensiti dan durasi.bunyi dapat dianalisis melalui sifatnya. frekuensi bunyi dan jarak bunyi. P. dan David Weenink di Universiti Amsterdam. Dengan menggunakan perisian komputer bernama Praat. Pengkaji-pengkaji menggunakan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsikan pemindahan signal yang berlaku. paparan bacaan unitunit ini boleh diperlihatkan. ketiga-tiga parameter ini depersepsikan masing-masingnya sebagai kelangsingan bunyi. misalnya bunyi yang kuai. Program ini dicipta oleh sarjana Belanda yang bernama Boersma. Frekuensi fundamental diukur dalam unit Hertz (Hz). (c) Fonetik Auditori . intensiti dalam unit desibel (dB) dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna yang tertentu.

halus. nyaring. lantang. Dengan kata lain. bunyi dideskripsi sebagai garuk.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] Fonetik auditori ialah pendekatan mengkaji bunyi melalui pendengaran. Manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam fikiran untuk menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlaku. Melalui pendengaran. Alat-alat Artikulasi . kasar. bidang ini mengkaji cara telinga manusia bertindak balas terhadap bunyi yang didengar dan cara otak menganalisis bunyi tersebut. dan ayat. Proses yang terlibat dikenali sebagai mendekod. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kodkod tertentu seperti bunyi. lunak dan sebagainya. iaitu membuat deskripsi bunyi yang didengar. kata. iaitu melibatkan pendengar.

Ahli bahasa mendefinisikan fonetik sebagai kajian tentang bunyi bahasa. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan oleh sarjana dalam bidang ini yang cuba memisahkannya. Justeru. Fonetik yang merujuk kepada kajian bunyi bahasa ialah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi- . apabila kita berbicara tentang fonologi. Kedua-duanya adalah saling melengkapi.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] Alat Artikulasi:                     bibir atas bibir bawah gigi atas gigi bawah gusi lelangit lembut lelangit keras anak tekak hujung lidah hadapan lidah tengah lidah belakang lidah akar lidah epiglotis pita suara rongga tekak rongga hidung rongga mulut rahang tonggorok Perbezaan antara Fonetik dengan Fonologi Cakupan kedua-dua bidang ini sering kali menimbulkan masalah bagi meletakkan garis pemisah antara kedua-duanya. Kedua-dua bidang ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. manakala fonologi sebagai kajian tentang sistem bunyi bahasa. aspek fonetik turut disentuh.

bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia juga dikaji. perlakuan dan organisasi bunyi sebagai sebagai item linguistik. iaitu tentang fungsi. ada sarjana yang menganggap fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya ialah fonetik. Dengan kata lain. Kajian terhadap fonologi tidak boleh berlaku sehinggalah kita mempunyai asas pengetahuan yang kukuh dalam semua aspek bidang fonetik. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa ini dikatakan fonologi. Cuma fonologi memerlukan konsep. iaitu fonetik akustik. . menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. Seterusnya. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga. Fonetik adalah subdisiplin linguistik. bidang fonologi perlu diasingkan daripada bidang fonetik memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Kajian ini dilakukan samalah seperti kajian terhadap aktiviti sebuah orkestra muzik yang dimainkan oleh setiap instrumen muziknya secara terancang. fonetik artikulasi dan fonetik auditori. bagi membolehkan manusia mengetahui bagaimana sesuatu perkataan atau ayat itu hendak diujarkan atau dibunyikan. Setiap bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat muzik mempunyai cirinya yang tersendiri yang dirakamkan dalam bentuk notasi muzik. neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya manakala Fonologi adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa. fisiologi. fonetik dan fonologi mempunyai motif kajian yang berbeza. anatomi. Menurut Henderson (1971). maka ia ditranskripsikan dalam bentuk lambang-lambang fonetik. Selain itu. kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal. istilah dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Dengan kaedah yang sama. Fonetik merujuk kepada kajian tentang sifat-sifat semula jadi.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] bunyi ini dengan menggunakan organ sebutan.

Kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. Sebagi contoh. Apabila seseorang ingin mengkaji bidang fonologi. Ini berkaitan dengan strukturnya dalam sesuatu bahasa. Kita sedia maklum bahawa imbuhan fon pada perkataan fonetik dan fonologi adalah berkaitan dengan bunyi seperti pada perkataan telefon. mikrofon. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. dalam bahasa Melayu terdapat sistem keselarasan bunyi. kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. maka dia perlu mempelajari sistem ini setelah menguasai aspek fonetiknya. Rumusannya. iaitu dengan fonotaktik dalam bahasa. Bagi memahami fonologi. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil. sistem abjad vokal dan konsonan dan sebagainya. gramofon dan zilofon. Semua perkara ini berkaitan dengan sistem bahasa yang bukan bahasa ibundanya. Morfem ini berasal daripada bahasa Greek.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] manakala fonologi merupakan kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. manakala bidang fonologi meneliti pola-pola intonasi dan penghasilan sistem ejaan bahasa. Hubung kait antara kedua-dua bidang ini mengkaji korpus yang sama tetapi dari sudut pandangan yang berbeza. Garis pemisah untuk kedua-duanya terlalu kabur untuk diperjelaskan. phonema yang bermaksud bunyi. fonotaktik dan sebagainya. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi dan menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. . sistem persukuan. dia juga perlu menguasai sistem penggunaan dan penyusunan fonem-fonem bahasa.

PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] Ringkasan perbezaan antara kedua-dua bidang ini dapat dilihat dalam jadual berikut: FONETIK 1. 2. Kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semula jadi. Fonetik adalah subdisiplin linguistik. Fonologi adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa. FONOLOGI 1. fisiologi. perlakuan dan organisasi bunyi sebagai sebagai item linguistik. produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. anatomi. 2. . kajian tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil. iaitu tentang fungsi.

Dalam tradisi barat. 3. 4. apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan buni bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. sintaksis. "perkataan. Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga. "suara. Kajian berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi. lógos. morfologi. Mengikut Frank Parker (1994). 5. subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonologi juga merupakan salah satu dari beberapa aspek bahasa. fonetik artikulasi dan fonetik auditori. fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. phōnē. Kajian adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. bunyi" dan λόγος. 5. KONSEP FONOLOGI Fonologi (daripada Greek: φωνή. iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800. pertuturan. 3. Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. 4. iaitu fonetik akustik. Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa. Fonologi itu berhubungan dengan aspek-aspek bahasa yang lain seperti fonetik. Mengkaji unsur setiap bunyi. pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu. dan pragmatis.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] fonotaktik dan sebagainya. Fonologi juga ditakrifkan .

perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Beliau juga banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Pada kesempatan ini. iaitu tentang fungsi. Pelbagai ilmu dan pengetahuan yang kami perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini. pensyarah kami di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami dan menjadi penyelia sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Rabahyah binti Tahir. Tunjuk ajar beliau amat membantu . dengan limpah dan kurnianya. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini. kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pengetahuan di muka bumi ini. Dalam pengkajian fonetik. Kami merafakkan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan yang maha Esa. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia. PENDAHULUAN Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] sebagai subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa. ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. dapat menyelesaikan tugasan Bahasa Melayu1 ini dengan penuh jayanya. Terutamanya kepada pensyarah kami.

tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Alyssa Goh. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] dalam usaha menyempurnakan tugasan Bahasa Melayu 1 yang telah diamanahkan ini. Gan Jia Huan. kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan. Oleh itu. . Lee Wan Ting dan Yeoh Hui Bao kerana banyak memberi idea-idea yang bernas serta telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Segala bantuan yang telah hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan semua.

sebagai bahasa kebangsaan. antaranya ialah Bahasa sebagai satu sistem. saya telah membuat pemerhatian ke atas pengurusan grafik. bahasa bersifat arbitrari. Fungsi bahasa pula sebagai bahasa rasmi. Ciri-ciri dan fungsi-fungsi Bahasa Melayu merangkumi pelbagai aspek. saya telah memperoleh pengetahuan tentang ciri bahasa Melayu yang juga dikongsi oleh bahasa-bahasa lain di dunia ini serta fungsi khusus bagi bahasa Melayu. bahasa pengantar dan sebagai bahasa perpaduan. bahasa sebagai satu simbol. bahasa sebagai alat komunikasi. bahasa bersifat sejagat. . bahasa bersifat dinamis. dan bahasa bersifat bervariasi. Sebagai kesimpulan. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi kreativiti menggunakan grafik untuk menjadikan teks lebih menarik dan senang difahami.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] REFLEKSI 1 Semasa membuat pengurusan grafik tentang ciri-ciri dan fungsi Bahasa Melayu. bahasa ilmu. bahasa bersifat unik.

Saya telah membuat rujukan berdasarkan sumber-sumber daripada internet dan buku-buku rujukan di perpustakaan. Namun demikian. Selepas menyiapkan soalan ini. saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap asal usul Bahasa Melayu. dapat saya rumuskan bahawa terdapat beberapa pendapat tentang salaisilah dan punca bermulanya bahasa Melayu. . Bahasa Melayu mempunyai penutur yang paling banyak jumlahnya berbanding dengan bahasa-bahasa sekeluarganya seperti Melanesia. Mikronesia dan Polinesia. Saya berasa cukup bangga dan besar hati kerana berpeluang belajar Bahasa Melayu sejak kecil lagi dan berjaya menguasai bahasa ini.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] REFLEKSI 2 Sebelum menjalankan soalan tugasan ini. mereka tetap mengatakan dan mengakui bahawa orang-orang Melayu ialah penutur asli bahasa Melayu.

.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] REFLEKSI 3 Pelaksanaan soalan tugasan yang ke-3 ini merupakan soalan yang paling mencabar bagi saya kerana saya dikehendaki menganalisis ciriciri teks bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu Kuno. Saya berasa kagum akan ketidak pudaran bahasa Melayu walaupun telah lama wujud di dunia ini. Namun demikian. Bahasa Melayu masih digunakan dan ditutur oleh banyak orang sampai hari ini. saya berjaya menjayakannya dengan kerjasama ahli-ahli kumpulan yang lain serta tunjuk ajar pensyarah saya yang dihormati. Saya telah memperolehi pengetahuan yang amat bernilai melalui pelaksanaan soalan ini. Saya telah dapati bahawa Bahasa Melayu yang paling awal disebut sebagai bahasa Melayu kuno yang wujud dalam kerjaan Sriwijaya dan Sailendra. Selepas itu. Bahasa Melayu Johor berkembang di daerah Johor yang mewarisi daerah empayar Melaka dan dari situ menjadi bahasa Melayu yang digunakan di Persekutuan Tanah Melayu. Melaka dan seterusnya Johor lama. wujud pula bahasa Melayu klasik seperti pada zaman kerajaan Pasai-Samudera.

iaitu cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Namun demikian. soalan ini telah membolehkan saya membezakan antara bidang fonetik dan fonologi. saya telah menghadapi kesulitan kerana tidak tahu bagaimana menulis esei mengenai perbezaan fonetik dan fonologi. Sebagai kesimpulan. Dari tugasan ini. Semasa menjalankan kerja ini. Puan Rabahyah binti Tahir.PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] REFLEKSI 4 Untuk menyiapkan soalan kerja kursus ini. . saya telah mendapatkan pertolongan dan tunjuk ajar daripada pensyarah saya. saya telah mencari rujukan di internet dan di perpustakaan. Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya. saya telah mengetahui bahawa fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza. manakala fonologi mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik.

jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara keluar melaluinya. Saya telah mengaplikasikan kemahiran pengurusan grafik dalam penghasilan soalan ini. Jika keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya. Sebagai kesimpulan. maka getaran pada pita suara tidak berlaku. maka bunyi yang dihasilkan ialah bunyi tidak bersuara. banyak ilmu pengetahuan yang telah saya menimba hasil daripada pelaksanaan kerja kursus ini. dan juga bunyi diftong dan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu. Semua bunyi vokal dan diftong merupakan bunyi-bunyi bersuara. Setelah membuat soalan ini. Bunyi bersuara dan tidak berusara ini ada kaitan dengan keadaan pita suara. .PPISMP RBT SJKC 2011 [ALYSSA GOH] REFLEKSI 5 Soalan yang ke-5 ini paling menarik perhatian saya kerana dapat melabelkan alat-alat artikulasi serta mengenalinya. maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak. bunyi vokal dan fonem vokal bahasa Melayu. konsonan dan diftong merupakan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi vokal. bunyi konsonan dan fonem konsonan bahasa Melayu. saya telah memperoleh pengetahuan tentang takrif fonetik dan fonologi serta perbezaan antara fonetik dengan fonologi. Sebaliknya. jenis dan fungsi organ tutur manusia.