20 Memo Dari Anak Anda: 1. Jangan manjakan saya.

Saya tahu sebenarnya saya tak perlu dapat semua yang saya minta. Saya hanya menguji ibu/ayah. 2. Jangan takut untuk bertegas dengan saya. Saya lebih suka begitu; ia membuatkan saya merasa lebih selamat. 3. Jangan biarkan saya bentuk tabiat buruk. Saya bergantung kepada ibu/ayah untuk mengesannya di peringkat awal. 4. Jangan buat saya rasa lebih kecil dari diri saya. Ia hanya akan membuatkan saya berkelakuan "besar kepala". 5. Jangan betulkan saya di hadapan orang lain jika boleh. Saya akan lebih mengambil perhatian jika ibu/ayah bercakap secara perlahan dan peribadi dengan saya. 6. Jangan sentiasa betulkan saya melalui kesilapan saya. Kadang-kadang saya perlu belajar secara susah. 7. Jangan melenting bila saya kata "Saya benci ibu/ayah". Bukan ibu/ayah yang saya benci, tetapi kuasa untuk menghalang saya. 8. Jangan terlalu ambil berat kesakitan-kesakitan kecil saya. Kadang-kadang ia memberikan saya perhatian yang saya perlu. 9. Jangan berleter. Jika ibu/ayah buat juga, saya terpaksa lindungi diri saya dengan berpura-pura pekak. 10. Jangan lupa saya tidak dapat menerangkan diri saya sejelas yang saya mahu. Sebab ini saya selalunya tidak tepat. 11. Jangan buat janji palsu. Ingat saya akan merasa amat kecewa bila janji dimungkiri. 12. Jangan terlalu menguji kejujuran saya. Saya amat mudah merasa takut dan sanggup berbohong. 13. Jangan berpendirian tidak tepat. Ia akan mengelirukan saya sama sekali dan membuatkan saya hilang kepercayaan. 14. Jangan kata ketakutan saya adalah bodoh. Ia memang amat benar, dan ibu/ayah boleh banyak meyakinkan saya jika ibu/ayah faham. 15. Jangan elakkan soalan-soalan saya. Jika ibu/ayah lakukan ini, saya akan

berhenti bertanya dan akan mencari maklumat dari sumber lain. 16. Jangan sekali-kali beritahu saya ibu/ayah adalah sempurna dan tidak boleh buat kesilapan. Ia terlalu mengejutkan saya. 17. Jangan sangka ibu/ayah akan hilang martabat dengan meminta maaf kepada saya. Jika ibu/ayah meminta maaf secara jujur, kemesraan saya terhadap ibu/ayah akan bertambah. 18. Jangan lupa betapa cepatnya saya membesar. Tentu sukar untuk mengikuti perkembangan saya, tapi cubalah juga. 19. Jangan lupa saya suka mencuba. Saya tidak dapat terus tanpanya, jadi bersabarlah dengan saya. 20. Jangan lupa saya tidak dapat hidup tanpa kasih sayang dan persefahaman, tetapi saya tidak perlu beritahu ibu/ayah bukan?