You are on page 1of 15

PENGENALAN TALI Satu daripada perkara wajib diketahui apabila seseorang bertugas sebagai anggota bomba ialah mengenai

tali serta mengetahui membuat simpulan dan ikatan,kerana ia kerap digunakan semasa menjalankan tugas-tugas menyelamat, tetapi hendaklah berhati-hati mempelajarinya dan belajarlah dengan cara yang betul supaya terselamat dari sebarang kemalangan. Membuat simpulan dan ikatan yang salah untuk kerja menyelamat boleh mendatangkan akibat yang buruk atau boleh membawa Seseorang anggota bomba mestilah mahir membuat simpulan dan ikatan yang dianggap perkara mudah, tetapi ada cara membuatnya yang betuldan ada cara membuatnya dengan cara yang salah.Jadi untuk memahirkannya, setiap anggota itu wajib mengetahui cara yang betul kerana keselamatan bergantung kepada TALI dan IKATAN/SIMPULAN yang diuat dengan betul Cara yang paling baik mempelajarinya ialah dengan meminta kepada orang yang tahu dan mahir dan selalulah berlatih agar tidak terlupa.

CARA PEMBUATAN TALI

Tali merupakan satu daripada peralatan yang penting dalam Jabatan Bomba ,ianya sering digunakan semasa membuat kerja-kerja menyelamat. Setiap anggota bomba perlu mengetahui serta mempelajari semua aspek tentang tali seperti bahan diperbuat ,kegunaan dan cara menjaganya .

TALI DIPERBUAT DARIPADA TIGA CARA IAITU: 1)FIBRE ASLI Italian hemp Fibre diperbuat daripada daun pokok hemp ianya kuat ,lembut dan senang dibentuk.

Manila hemp

Sejenis pokok tempatan di manila harganya murah dan banyak digunakan terutamnya di perlabuhan. Diperbuat daripada sabut kelapa ,terlalu ringan dan kurang kukuh,oleh kerana ianya ringan ianya mudah terapung dan biasa digunakan oleh Perkhidmatan Bomba Perlabuhan. Tali jenis ini sering memanjang dan memendek (elastic), ianya lebut semasa digunakan dan mudah rosak jika bengkok.Untuk mengelakkan daripada cepat buruk, biasanya disapukan dengan minyak khas yang kalis air.

Coir(sabut)

Cotton(kapas)

2)Fibre buatan manusia

Selain daripada fibre asli, banyak jenis tali yang telah direka seperti NYLON, POLYESTER(terrylene).Hasil ciptaan manusia adalah lebih halus ,lembut dan lebih teguh daripada fibre asli.

3)Wire rope

Tali ini mempunyai dawai di bahagian tengahnya (central core), tali ini amat teguh dan sukar sedikit untuk dipegang biasanya digunakan di tangga Lacon dan tangga jentera TTL.

PEMBINAAN TALI Terdapat dua cara tali dipintal dalam proses pembuatan tali. Langkah ini dilakukan untuk menjamin kekuatan tali tetapi ia bergantung kepada kualiti tali yang dipintal. 1)Hala ke kanan bersimbolkan z 2)Hala ke kiri bersimbokan s

SEBAB-SEBABKEROSAKANTALI 1.Geselan pada bucu bucu bangunan (yang tajam) . 2.Penggunaan takal (Pulley) yang tidak sesuai. 3.Bengkok atau kerap dibengkokkan . 4.Tetas atau terguris /luka /terkoyak . 5.Geseren atau diseret pada permukaan tanah atau pasir yang kasar. 6.Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaannya. 7.Terkena bahan kimia (asid/alkali) 8.Bercendawan/berlapuklembab /basah atau terendam terlalu lama 9.Dikenakan beban yang berlebihan. 10.Disalah guna. 11.Disentap-sentap. 12.Dikenakan beban secara mengejut.

PENJAGAAN TALI 1.Tali harus diuji pada masa-masa:a)Semasa baru dibeli b)Sebelum digunakan c)Selepas digunakan d)Ujian berkala (ikut spesifikasi ) e)Selepas tali dibaiki

2.Jangka hayat tali bagi kerja-kerja biasa adalah 5 tahun selepas digunakan . Bagi tali kernmantle 700 kali atau 100 jam penggunaannya secara intensif. 3. Hamparkan tali yang baru pada pencangkuk berputar. 4. Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa. 5. Ikat dibahagian hujung supaya tidak terburai. 6. Elakkan dari mengikat tali secara tetap. 7. Gunakan takal yang sesuai dengan saiz tali. 8. Gunakan pelapik yang sesuai jika bekerja di bucu-bucu yang tajam. 9. Simpan tali di tempat kering pada suhu bilik. 10.Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung, terkena bahan kimia dan sebagainya yang menyebabkan kurangnya kekuatan tali. 11.Gunakan tali yang paling sesuai untuk satu-satu tugas dan jenis beban kerja.

MENGUJI TALI 2. Pengujian Cara Hidraulik - Ujian Musnah - Ujian Tak Musnah - Ujian Penyelamat

3. Pengujian Cara Visual - Melihat Keadaan Tali - Memeriksa Dengan Sentuhan 3. Pengujian Cara Praktikal - Ikat satu hujung dan tarik di satu hujung lagi dengan kekuatan 3 orang penyelamat selama 20 saat. - Tali ditarik dengan kekuatan 6 orang penyelamat selama 20 saat. - Sesuatu daya dikenakan dan lepaskan secara perlahan-lahan.

IKATAN DAN SIMPULAN ASAS (Basic Knots & Hitches)

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Simpul Mati - 2 Simpul Angka Lapan - 3 Simpul Buku Sila Simpul Bunga Geti - 2 Simpul Manuk / Manggis Ikatan Balak Tindih Kasih Satu Lingkaran 2 Belit Simpul Kerusi

OVER HAND KNOT Kegunaan :Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah. Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal (Pulley Block)

OVERHAND LOOP Kegunaan :Untuk menyangkut tanjul di pancang.

Simpul Angka Lapan(8) ( Figure Of Eight) Kegunaan :1)Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika hujung tali itu pecah. 2)Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal. 3)Lebih berguna kerana mudah di buka.

ANGKA LAPAN BERGANDA Kegunaan: Digunakan untuk mengangkat barang, sebagai tali keselamatan atau mengikat khemah.

Simpul Angka Lapan Bertanjul ( Figure Of Eight Loop) Kegunaan :1)Untuk Menyangkut tanjul di pancang. 2)Sebagai ikatan sementara di pinggang semasa memanjat tebing batu.

Ikatan Buku Sila (Reef Knot) Kegunaan :1)Untuk menyambung dua tali yang sama saiz terutama tali kering. 2)Untuk mengikat Kain Segi Tiga. 3)Mudah / cepat dilucut.

Ikatan Bunga Geti Kegunaan :-

(Sheet Bend)

Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin atau basah.

Ikatan Bunga Geti Berganda (Double Sheet Bend) Kegunaan :1)Untuk menyambung dua tali yang tidak sama saiz, tali licin atau basah. 2)Kekuatannya 3 kali ganda lebih kukuh dari Bunga Geti Tunggal.

Simpul Manuk (Clove Hitch) Kegunaan :1)Merupakan asas bagi menambat ikatan di hujung atau di tengah-tengah tali. 2)Boleh dijadikan sebagai ikatan sauh. 3)Digunakan untuk mengikat mangsa di usungan (ikatan awal dan akhir).

Ikatan Balak (Timber Hitch) Kegunaan :1)Digunakan untuk menaik dan menurunkan barang-barang di tempat tinggi. 2)Amat kukuh dan mudah dibuat dan dibuka. 3)Sesuai pada kayu bulat.

Ikatan Tindih Kasih (Bowline) Kegunaan :1)Sebagai tali pandu keselamatan. 2)Boleh digunakan untuk menarik keluar mangsa yang pengsan. 3)Sebagai tali pandu semasa menaik dan menurunkan usungan.

Satu Lingkaran & 2 Belit (Round Turn & Two Half Hitch) Kegunaan :1)Untuk mengikat tali di tiang, kayu bulat dan pancang.

Simpul Kerusi (Chair Knot) Kegunaan :1)Sebagai buaian (Sling) untuk menaik dan menurunkan mangsa di tempat tinggi. 2)Ia dapat memberi sokongan di bahagian dada dan kaki mangsa.

You might also like