CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

PENDAHULUAN Penjajahan negeri-negeri Melayu menjelang abad ke-19 oleh kuasa-kuasa besar bukan sahaja meninggalkan impak yang maksimum kepada politik negara pada zaman lalu, malah ia juga turut melibatkan bidang lain, terutamanya bidang ekonomi. Penjajahan ekonomi pada zaman itu telah meninggalkan beberapa kesan, baik dari aspek negatif mahupun positif. British mula menjajah Tanah Melayu sejak kejatuhan Melaka lagi iaitu pada tahun 1511. Pada awalnya Portugis menjajah Melaka kemudian diambil alih oleh Belanda pada 1641 dan akhirnya Tanah Melayu dijajah oleh British. British mula-mula datang ke Tanah Melayu dan telah mengambil Pulau Pinang daripada tangan Sultan Kedah pada 1786, menduduki Melaka untuk sementara waktu 1795 - 1818. Melalui langkah-langkah ini British telah berjaya menguasai dan menjajah Tanah Melayu sepenuhnya. Dengan penjajahan British ini telah banyak perubahan berlaku terutama dari segi pentadbiran, pendidikan dan cara hidup masyarakat Islam. Walaupun penjajahan ini banyak mengubah wajah Islam di Malaysia tetapi tidak sepenuhnya kerana ketebalan keimanan sesetengah golongan masih kuat. Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.

Pada tahun 1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Walaupun begitu, masyarakat melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu
1 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima (secara paksaan atau terpaksa) dasar-dasar penjajahan dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walau pun negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini, masih mengambil model Barat. Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Dalam soal agama, perluasan pentadbiran British telah memisahkan agama daripada urusan sekular seperti politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

1) SISTEM POLITIK SELEPAS PENJAJAHAN Apabila menyentuh mengenai sistem politik di tanah melayu umumnya dan di Malaysia khususnya,secara keseluruhannya,di kebanyakan negara yang sedang
2 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

membangun aspek etnik selalunya mencorakkan pentas politiknya. Seperti yang telah kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang masih lagi mengamalkan sisitem demokrasi secara berkesan. Hal ini adalah kerana sistem demokrasi di negara ini telah berjalan lancar sejak pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955. hal ini merupakan kesinambungan kepada penyatuan orang melayu,cina dan India yang mendesak British memberikan kemerdekaan kepada tanah melayu. Antara ciri-ciri demokrasi berparlimen yang diamalkan adalah raja

berperlembagaan . sistem pemerintahan ini adalah sistem yang mana masih mengamalkan raja sebagai pemerintah tertinggi dengan dibantu oleh perdana menteri . selain daripada itu, seperti mana yang telah diketahui,negara kita masih mengamalkan pilihanraya. Melalui pilihanraya inilah,.rakyat berpeluang membentuk kerajaan di samping berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang telah sedia ada. Seperti mana yang telah diketahui.penjajahan british di tanah melayu telah mengundang kemarahan pemimpin- pemimpin tempatan. Hal ini adalah kerana pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir dari barat. Antara faktor-faktor pemimpin tempatan menentang british termasuklah kerana: a) Dasar penaklukan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik b) British menguasai ekonomi tempatan c) Memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah kepada penduduk tempatan. d) Campur tangan dalam adat resam masyarakat melayu. e) Memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai dan budaya barat yang bertentangan dengan budaya tempatan f) Pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan g) Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran Bil i. ii. iii. Tokoh tempatan Penghulu Dol Said Linggir Rentap
3 Aini,Emah,Nurul

Lokasi penentangan Naning, Melaka Batang Lupar, Sarawak Kubu Nanga Skrang, Sarawak

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Syarif Masahor Mat Salleh Dato’ Maharaja Lela Yam Tuan Antah Dato’ Bahaman Tok Janggut Hj Abdul Rahman Limbong

Kanowit, Sarawak Di pesisir pantai Sabah Pasir Salak, Perak Sg. Ujong, Negeri Sembilan Lubuk Terua dan Jeram Ampai, Pahang Pasir Puteh, Kelantan Kuala Berang, Terengganu

Jadual 1.1: Jadual menunjukkan tokoh-tokoh tempatan yang menentang Barat dan lokasi

Selain daripada itu, penjelajahan dan penerokaan British di tanah melayu telah menyebabkan perundangan peribumi diubahsuai menyerupai sistem perundangan barat. Sebagai contoh penaklukan Portugis terhadap Melaka telah meruntuhkan institusi raja dan pentadbiran diketuai oleh kapten. Disamping itu, gabenor merupakan pemerintah tertinggi negeri-negeri selat dan dibantu oleh residen bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

1.1 PARTI POLITIK DI TANAH MELAYU

1. Malayan Democratic Union (MDU) • • Ditubuhkan oleh golongan professional cina pada bulan disember 1945. Merupakan pertubuhan buka melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik.

4 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

2. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) • • Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 bertujuan untuk menumbangkan gagasan Malayan Union. Bertujuan untuk menyatukan orang melayu disamping melindungi dan menjaga kepentingan orang melayu.

3. Malayan India Congress (MIC) • • • Ditubuhkan pada bulan Ogos 1946. Menjaga kepentingan orang India di tanah melayu. Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.

4. Malayan Chinese Association (MCA) • • • Ditubuhkan pada tahun 1949. Menjaga kepentingan politik kaum cina di tanah melayu. Bekerjasama menentang keganasan komunis di tanah melayu.

5. Hizbul Muslimin • • • • • Pertubuhan politik yang pertama antara tahun 1945-1950. Bermaksud pertubuhan kaum muslimin. Bertujuan menubuhkan sebuah kerajaan islam di tanah melayu yang merdeka. Diasaskan oleh Haji Abu Bakar al-Baqir. Perjuangan parti ini kemudiannya disambung oleh Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS).

5 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

6. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) • • • Ditubuhkan pada 24 November 1951. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad Bin Hassan. Bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara islam di tanah melayu disamping menjadikan islam sebagai agama rasmi.

Seperti yang kita lihat dunia politik hari ini, senario politik telah banyak berubah. Walaubagaimanapun sistem demokrasi masih diamalkan di Malaysia. Diharapkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terus kukuh sistem politiknya disamping melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwawasan dalam menjadikan tanah tumpahnya darah pahlawan ini seiring dengan negara-negara yang membangun yang lain. Dalam hal ini.rakyat memainkan peranan penting untuk memilih kerajaan yang betul-betul adil dan saksama disamping prihatin kepada keperluan dan kepentingan rakyat. Oleh itu, pemilihan kerajaan bukan hanya berdasarkan kepada parti politik malah apa yang lebih penting ialah calon yang mentadbirnya.

2) SISTEM EKONOMI SELEPAS PENJAJAHAN

Perluasan pengaruh British di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan ke-20 telah meninggalkan banyak impak terutamanya dalam bidang ekonomi. Kekayaan Tanah Melayu dengan sumber bahan mentah seperti biji timah dan arang batu telah menarik minat kuasa Barat, khususnya pihak British, untuk meluaskan pengaruh mereka di Tanah Melayu akibat daripada tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah yang memerlukan lebih banyak bahan mentah. Apabila pihak British akhirnya berjaya menakluk Tanah Melayu, pembukaan lombong biji timah dan ladang getah semakin meluas, lebih-lebih lagi dengan kemasukan tenaga buruh daripada Cina dan India secara besar-besaran untuk memanfaatkan kekayaan sumber bahan mentah di Tanah Melayu yang secara tidak
6 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

langsung membawa kepada penemuan beberapa sumber galian yang penting selain daripada biji timah dan arang batu iaitu seperti emas, bauksit dan juga bijih besi. British telah meninggalkan impak positif dan negatif ketika menjajah Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi di Tanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajaran dan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan oleh British ini adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupun banyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orang melayu. Ekonomi yang bercorak pertanian sara diri telah berubah menjadi ekonomi komersil atau ekonomi perdagangan. Perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam sektor pertanian niaga dan perlombongan. Dalam sektor perlombongan, perusahaan bijih timah menjadi semakin maju. Ramai orang Cina telah dibawa masuk ke daerah Lukut, Ampang, Klang dan Kuala Lumpur untuk mengusahakan kawasan lombong bijih timah. Kedatangan orang Cina telah membekalkan tenaga buruh yang mencukupi. Selain itu, British turut memperkenalkan pelbagai cara baru untuk melombong bijih timah. Antaranya ialah lombong dedah dan cara pam. Penggunaan teknik baru ini telah menyebabkan hasil lombong bijih timah meningkat berlipat kali ganda. Dalam sektor pertanian, Sir Henry Wickham telah memperkenalkan penanaman getah. Pada mulanya, sambutannya tidak begitu baik dan hanya dijalankan oleh pengusaha Inggeris. Peladang-peladang tempatan lebih suka menanam kopi yang mempunyai harga tinggi di pasaran dunia. Namun demikian, penanaman getah telah berkembang dengan pesat pada awal abad ke-20 kerana permintaan tinggi bagi getah dalam pasaran dunia. Selain itu, British telah memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi dan tembakau. Tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam telah dikomersialkan. Kebanyakan tanamantanaman ini diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India. British telah memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi. Selain itu ia bertujuan untuk melindungi
7 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

dan mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing. Dasar ekonomi British juga mempengaruhi kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan Bandar Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban manakala perkembangan pertanian komersil mempengaruhi kewujudan Bandar Johor Bharu. Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai bandar pelabuhan. Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah. Kemajuan ekonomi yang berkembang dengan pesat juga secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan pada zaman tersebut seperti jalan raya dan kereta api. Pembangunan sistem pengangkutan dan perhubungan ini adalah penting untuk menghubungkan ladang getah dan lombong biji timah dengan kawasan-kawasan pelabuhan supaya bahan-bahan tersebut mudah diangkut keluar bagi tujuan eksport.

Selain meninggalkan kesan-kesan positif, British turut meninggalkan kesan-kesan negatif. Semasa zaman penjajahan, pihak British mengamalkan sistem ekonomi yang berasaskan ‘ Pecah dan Perintah’. Sistem ekonomi ini yang disifatkan sebagai penjajahan ekonomi meninggalkan kesan kepada negara ini. Dasar ‘ Pecah dan Perintah’ menyebabkan wujudnya dominasi etnik tertentu dalam sesuatu bidang ekonomi. Semasa pemerintahan British, kaum Melayu dikongkong pada ekonomi tradisional perikanan dan pertanian yang berpendapatan rendah, manakala golongan bukan bumiputera dilibatkan dalam ekonomi yang lebih moden iaitu perusahawanan biji timah dan getah. Malah, golongan bukan bumiputera ditempatkan di kawasan bandar manakala kaum Melayu dikekalkan di kawasan luar bandar. Kesannya dapat dilihat hingga kini apabila golongan bukan bumiputera mendominasi ekonomi berteknologi tinggi yang berpendapatan tinggi terutamanya bidang perusahawanan dan perdagangan manakala golongan bumiputera masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi dengan penggunaan teknologi yang rendah dan

8 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

penceburan yang kurang dalam bidang tersebut. Malah, golongan bukan bumiputera masih mendominasi kawasan bandar.

Kesan penjajahan ekonomi juga menyebabkan wujudnya perbezaan pendapatan di antara kaum dan wilayah akibat pengagihan bidang ekonomi menurut etnik. Di negara ini, golongan bukan bumiputera terutamanya golongan Cina mempunyai kadar pendapatan yang tinggi berbanding golongan bukan bumiputera. Pada tahun 2004, purata kasar pendapatan bulanan isi rumah kaum Melayu adalah RM 2,711 jauh lebih rendah berbanding kaum Cina, RM 4437 dan kaum India, RM 3456. Ini jelas menunjukkan bahawa kaum bumiputera adalah jauh tertinggal dari kaum bukan bumiputera dari segi bidang ekonomi dan menjustifikasikan ketidakseimbangan sosioekonomi masyarakat.

Selain itu, kesan penjajahan ekonomi meninggalkan kesan jangka panjang iaitu kemiskinan tegar di negara ini. Semasa penjajahan, British tidak memberi perhatian kepada meningkatkan pendapatan penduduk Tanah Melayu lantaran mereka hanya mengutamakan penguasaan ekonomi mereka ke atas Tanah Melayu. Golongan yang berpendapatan rendah yang kebanyakannya dari kaum Melayu tidak mendapat bantuan dalam meningkatkan kadar pendapatan mereka malah mereka dikekalkan dalam bidang ekonomi tradisional di kawasan luar bandar. Justeru itu, masalah ini berlanjutan hingga kini apabila masyarakat yang kurang berkemampuan masih wujud walaupun kerajaan telah mengambil banyak langkah telah diambil untuk mengatasinya. Kesan penjajahan ekonomi juga menyebabkan wujudnya prejudis perkauman memandangkan struktur sosioekonomi masyarakat adalah tidak seimbang. Justeru itu, wujud golongan yang tidak berpuas hati dengan etnik yang lain dan menaruh prejudis perkauman yang kuat. Malah, prejudis perkauman ini pernah menjadi parah pada 13 Mei 1969 apabila berlakunya pergaduhan antara kaum.
9 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Pihak British lebih menumpukan pembangunan ekonomi di kawasan atau wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah, terutama di pantai barat Tanah Melayu. Wilayah yang kaya dengan sumber bahan mentah menjadi maju manakala wilayah yang tidak mempunyai sumber bahan mentah menjadi mundur. Akibatnya, negara kita pada zaman sekarang telah mewarisi struktur ekonomi yang bersifat dwi ekonomi di mana ekonomi yang bersifat moden lebih tertumpu di kawasan bandar, manakala ekonomi yang bersifat tradisional dan sara diri berpusat di kawasan luar bandar.

3) SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS PENJAJAHAN

“Pendidikan merupakan aset yang paling penting bagi menentukan maju serta mundurnya sesebuah masyarakat dan bangsa. Oleh itu, pendidikan amat penting bagi kehidupan manusia untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu,berakhlak mulia, berpotensi dalam membangunkan negara, serta dapat member sumbangan kepada keharmonian masyarakat dan negara. Jadi, semua warganegara Malaysia sewajarnya mendapat pendidikan yang seragam yang dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing tanpa adanya sekatan dan halangan.”(Sumber: Buku Falsafah Pendidikan) Sistem pendidikan semasa penjajahan British telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan yang ada sekarang dan kesan terhadap penduduk Malaysia amnya . Sistem pendidikan terdahulu tidak mengambil kira hal pembangunan,pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara.Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, British mewujudkan sistem pendidikan berdasarkan kaum,faktor politik,ekonomi,sosio-budaya dan agama.

10 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

“Sehingga Penyata Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Setiap kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza. Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu dibahagikan kepada tiga peringkat. Pertama, pendidikan British Rendah dan Menengah yang dihadiri oleh anak-anak golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat untk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Pihak British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Pada peringkat ini tiada sekolah menengah Melayu. Ketiga, sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri (Milne dan Mauzy, 1986).”( Sumber:Modul Hubungan Etnik) Kesan pertama penjajahan British terhadap sistem pendidikan sekarang ialah masih wujud lagi sekolah aliran lain dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing cuma bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib sesuai dengan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.Selain itu, sekolah aliran lain iaitu Cina dan India tidak lagi berteraskan sukatan pelajaran daripada negara China dan India.Ketika penjajahan British terdapat lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina , Sekolah Vernakular India, Sekolah Vernakular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Bahasa pengantar dan kurikulum yang digunakan juga berbeza berdasarkan sukatan pelajaran di sekolah negara –nagara asal.”Lantaran itu,timbulnya kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Tanah Melayu ketika itu untuk membentuk sistem pendidikan mengikut negara kita sendiri. Dengan idea para pemimpin terdahulu melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 menjadi asas pembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahuan
11 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

1976.”(Sumber: Jurnal: Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia( 1600 – 1990 ) di www.scribd.com) Kesan kedua,tahap pendidikan rakyat Malaysia selepas penjajahan masih lagi tidak seimbang ekoran sistem pendidikan yang tidak releven ketika penjajahan British terutamanya terhadap orang Melayu menyebabkan bangsa Melayu agak mundur berbanding bangsa lain di Malaysia.Sebagai contoh,”70 peratus daripada jumlah pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1966-1967 terdiri daripada pelajar bukan Melayu. Manakala taburan bukan Melayu di Fakulti Kejuruteraan ialah 98 peratus, sains 93 peratus dan perubatan 84 peratus. Di Universiti Teknologi Malaysia (dulunya Kolej Teknik) Kuala Lumpur, 90 peratus pelajar ialah bukan Melayu.”(Sumber:Modul Hubungan Etnik) Jumlah kemasukan pelajar Melayu di universiti adalah sedikit berbanding bangsa lain kerana penjajah British sebenarnya tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan dan disebabkan itu terdapatnya jurang perbezaan di antara pendidikan kaum Melayu,Cina dan India. Matlamat utama pendidikan pada zaman penjajahan British adalah untuk memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi.Kedua, penjajah British menjadikan sekolah sebagai tempat bertapaknya segolongan kecil masyarakat Melayu (terutamanya dari golongan pemimpin-pemimpin Melayu) bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu pihak British.Ketiga,British menjadikan sekolah sebagai tempat untuk pelbagai operasi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah.Dari itu dapat dilihat bahawa tujuan British memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri dan bukannya untuk kepentingan kaum Melayu atau kaum pendatang yang lain. Kesan ketiga, terdapat kaum yang tidak berpuas hati terhadap hak keistimewaan orang Melayu sehingga terjadinya peristiwa berdarah iaitu tragedi 13 Mei 1969.Andainya pihak British tidak membawa masuk kaum pendatang yang lain untuk kepentingan mereka, tragedi ini mungkin tidak akan berlaku.” Selepas tragedi 13 Mei 1969, parti UMNO yang menerajui Parti Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangkan bagi memperkasakan orang Melayu. Secara beransur-ansur, mulai Julai 1969, kerajaan telah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
12 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

utama di semua sekolah bantuan kerajaan. Sebagai tindakan pengukuhan, kerajaan telah merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti. Kerajaan juga telah mengambil langkah memperbanyakkan penubuhan institusi pengajian tinggi bagi mempertingkatkan bilangan pelajar Melayu ke universiti. Kesan daripada dasar ini, kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat daripada 20 peratus pada tahun 1960-1964 menjadi 65 peratus pada tahun 1975 (Milne dan Mauzy, 1986).” ( Sumber:Modul Hubungan Etnik)

Kesan keempat, terdapat jurang perbezaan di antara kaum dari segi pekerjaan.”Ini merujuk kepda bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970,bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus (3084 pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang perbezaan golongan professional antara etnik. Sebagai contoh,golongan professional Bumiputera (arkitek, akautan, jurutera, doktor, juruukur dan peguam) pada tahun 1970 ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus(3859 orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan.” ( Sumber:Modul Hubungan Etnik) Kesan kelima, sistem pembelajaran sekarang bersumberkan bahan-bahan ilmiah dari barat dan ilmu pengetahuan dari barat. Rakyat dididik supaya berkiblatkan barat atau timur dalam mengurus negara atau menyelesaikan sesuatu permasalahan tanpa mahu merujuk kepada Islam sebagai alternatif.Pemikiran beracun yang dipupuk oleh kefahaman sekular peninggalan penjajah ke atas umat Islam dan rakyat di Malaysia telah menyulitkan usaha-usaha dakwah di negara ini khususnya apabila terdapat orang Islam sendiri yang menolak pembentukan “negara Islam.” Ini memberi peluang kepada orang bukan Islam yang tidak suka kepada Islam samada secara khusus atau tidak khusus, untuk turut sama menolak “negara Islam.” Ini bermakna golongan da’i menghadapi dua kumpulan sasaran yang memerlukan penjelasan mengenai “negara Islam.”
13 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Akhir sekali,kesan penjajahan menjadikan rakyat negara kita memandang rendah keupayaan dan kebolehan diri sendiri dan memandang tinggi terhadap penjajah dan cara hidup serta sistem yang diamalkan oleh penjajah. Sebagai penutup,kedatangan penjajah British telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan negara kita.Terdapat banyak kesan positif dan negatif terhadap sistem pendidikan. Walaupun begitu, sistem pendidikan negara kita semakin bertambah maju sejajar dengan kemajuan negara.

4) SISTEM SOSIAL SELEPAS PENJAJAHAN

Penjajahan British di Tanah Melayu sejak tahun 1874 bukan sahaja membawa kepada perubahan dari segi politik dan ekonomi, bahkan penjajahan mereka juga menyebabkan perubahan dari segi sosial. Sebelum British memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu, sistem perhubungan dan kesihatan yang ada ketika itu amat mundur. Selepas penjajahan British, sistem sosial terutamanya dalam sistem perhubungan dan kesihatan mengalami perkembangan yang pesat. British telah memperkenalkan cara membina jalan raya seperti di negara Barat, cara membina landasan keretapi dan amalan perubatan yang diamalkan oleh Barat. Semua ini telah berjaya meningkatkan taraf hidup penduduk di Semenanjung Tanah Melayu. Kesan pertama dari segi sistem sosial ialah perhubungan keretapi yang masih lagi digunakan sampai sekarang.Keretapi merupakan cara pengangkutan moden yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Jalan-jalan keretapi telah dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan keretapi yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu telah dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low bagi menghubungkan Taiping dengan Port-Weld. Jalan keretapi sepanjang 12.8 kilometer ini dibuka kepada lalulintas pada bulan Jun 1885. Beberapa lagi jalan keretapi telah dibina oleh British di Perak. Jalan keretapi di antara Tapah dengan Teluk Anson telah dibina pada tahun 1893 manakala di antara Tapah dengan Ipoh pada
14 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

tahun 1895. Sir Frank Swettenham telah membina beberapa jalan keretapi di Selangor. Jalan keretapi yang pertama telah dibina antara Kuala Lumpur dengan Bukit Kuda pada tahun 1886. Menjelang tahun 1889 jalan keretapi ini dipanjangkan ke Port Swettenham. Pada tahun-tahun 1892 dan 1893 British telah membina jalan-jalan keretapi yang pendek bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di Rawang, Kuala Kubu dan Sungai Besi. Perhentian keretapi tetap yang pertama dibina di Kuala Lumpur pada tahun 1892. Jalan keretapi yang pertama di Negeri Sembilan, iaitu di antara Port Dickson dengan Seremban telah siap dibina pada tahun 1891. Jalan Keretapi sepanjang kira-kira 38 km ini dibina oleh Syarikat Keretapi Sungai Ujong. Pada tahun 1908 Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah membelinya daripada syarikat tersebut. Selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, jalan-jalan keretapi yang sedia wujud mula disambungkan atas initiatif Sir Frank Swettenham. Menjelang tahun 1903, terdapat jalan keretapi yang menghubungkan Seremban dengan Perai. Jalan keretapi ini telah dipanjangkan ke Johor Bahru pada tahun 1909 dan ke Singapura pada tahun 1923. Jalan keretapi di bahagian Utara Semenanjung Tanah Melayu yang menghubungkan Perai, Bukit Mertajam, Sungai Petani, Alor Setar dan Padang Besar di sempadan Siam telah siap dibina pada tahun 1918. Jalan keretapi di bahagian Timur yang menghubungkan Gemas dengan Bahau, Mentakab, Kuala Lipis, Gua Musang, Tumpat dan Sungai Golok disiapkan pada tahun 1931. Kesan kedua, perhubungan jalan raya semakin maju Jalan-jalan raya yang pertama dibina untuk meghubungkan kawasan-kawasan bijih timah dan getah dengan pelabuhanpelabuhan. Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902. Menjelang tahun 1906, Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai kira-kira 2560 km jalan raya bertar (metal led roads). Mulai dekad pertama abad ke-20, jalan-jalan raya yang lebih lebar dan kukuh telah dibina bagi memenuhi keperluan kenderaan bermotor yang kian bertambah. Jalan raya utama ke Perai siap dibina pada tahun 1911. Jalan raya utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan telah siap pada tahun 1899. Menjelang tahun 1928 terdapat jalan raya yang menghubungkan Singapura di Selatan dengan Perlis di Utara. Jalan raya utama yang menghubungkan Terengganu
15 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

dan Pahang dengan pantai Barat telah dibina hanya selepas tahun 1945. Semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, terdapat kira-kira 9600 km jalan raya motor yang baik.

Kesan ketiga, wujudnya sistem perhubungan yang lebih canggih iaitu melalui udara.Syarikat perkhidmatan udara yang pertama di Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Wearne Brothers. Ia dikenali sebagai Wearne’s Air Service. Syarikat tersebut telah memulakan perkhidmatan udara antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Perkhidmatan udara ini telah dihentikan apabila Perang Dunia Kedua meletus. Pada tahun 1920-an, lapan buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Taiping, Butterworth dan Alor Setar. Dalam pada itu terdapat sebuah lapangan terbang antarabangsa yang kian maju di Singapura. Pada tahun 1947, Malayan Airways Limited telah ditubuhkan. Pada tahun 1956, sebuah lapangan terbang antarabangsa dibina di Kuala Lumpur. Kesan keempat, kemajuan dari segi perkapalan dan wujudnya banyak pelabuhan penting di seluruh Tanah Melayu sehingga sekarang.Menjelang tahun 1870-an, terdapat beberapa syarikat perkapalan yang menggunakan kapal-kapal stim untuk membawa hasilhasil Tanah Melayu ke Singapura. Dalam perjalanan balik ke pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu, kapal-kapal tersebut membawa bekalan-bekalan dan alat-alat jentera. Pada tahun 1890, Theodore Cornelius Bogaardt (seorang Belanda) mengasaskan Straits Steamship Company yang muncul sebagai syarikat perkapalan yang terpenting. Selepas tahun 1896, Straits Steamship Company memulakan perkhidmatan penumpang kelas pertama. Perkhidmatan ini menjadi penting selepas Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak dihubungi oleh jalan keretapi persekutuan. Pelabuhan-pelabuhan yang penting ialah Port Swettenham, Port Dickson, Teluk Anson dan Port Weld. Port Swettenham merupakan pelabuhan yang terpenting sekali. Dalam

16 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

tahun 1930-an, syarikat-syarikat perkapalan menghadapi persaingan hebat dari sistem pengangkutan jalan raya dan keretapi.

Kesan kelima,taraf kesihatan rakyat Malaysia meningkat dengan wujudnya sistem kesihatan yang lebih canggih dengan adanya klinik-klinik dan hospital-hospital serta doktor-doktor yang bertauliah.Tanah Melayu menghadapi beberapa masalah kesihatan pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang. Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak 2817 di mana kadar kematian ialah 24%.Selepas tahun 1900, taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu telah bertambah baik. Penyakit-penyakit beri-beri dan malaria dapat dikawal. Antara tahun-tahun 1900-50 kadar kematian bagi orang dewasa dan kanakkanak telah dikurangkan sebanyak 50%. Kerajaan British telah menubuhkan hospitalhospital, pusat-pusat perubatan dan menjalankan penyelidikan perubatan. Hospital kerajaan yang pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuka di Taiping pada tahun 1878. Pada kira-kira masa yang sama, sebuah hospital telah didirikan di Selangor. Selepas tahun 1884, pusat-pusat perubatan telah dibuka di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian, Kuala Kangsar. Hospital Besar di Kuala Lumpur telah didirikan manakala sebuah hospital baru di Kelang dibina.Masyarakat Cina juga membina beberapa hospital seperti Hospital Tai Wah (1895) dan Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.Menjelang tahun 1896, Perak mempunyai 15 buah hospital, Selangor 14, Negeri Sembilan 3 dan Pahang 2. Menjelang tahun 1908, terdapat 52 buah hospital di Negerinegeri Melayu Bersekutu.Penyelidikan perubatan memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit-penyakit malaria dan beri-beri. Institusi Penyelidikan Perubatan telah didirikan di Kuala Lumpur pada tahun 1901. Maktab Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905. Maktab tersebut telah menghasilkan beberapa orang doktor tempatan yang dapat berkhidmat di hospital-hospital kerajaan.Selepas tahun
17 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

1909, pusat-pusat spesialis bagi kesihatan mental dan penyakit kusta telah didirikan. Menjelang tahun 1941, kira-kira satu pertiga daripada hospital-hospital di Tanah Melayu merupakan institusi-institusi kerajaan. Hospital-hospital lain dikendalikan oleh estet-estet (melalui undang-undang), persatuan-persatuan mubaligh dan pertubuhan-pertubuhan Cina. Kebanyakan daripada kemudahan perubatan ini terdapat di bandar. 5) ISLAM SELEPAS PENJAJAHAN Agama merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu masyarakat. Agama dijadikan sebagai panduan dan pegangan hidup. Dalam kehidupan harian, agama dijadikan peraturan supaya tidak melakukan kesilapan. Penjajahan Barat telah membawa berbagai kesan terhadap umat Islam, terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama Kristian. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah. Sebelum kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Agama Islam dan adat istiadat Melayu serta kumpulan bumiputera lain terletak di bawah urus tadbir dan kuasa sultan manakala segala perkara lain terletak di bawah kuasa British. Namun, British kemudiannya gagal memenuhi janji mereka mengkhianati dasar “tidak campur tangan” mereka sendiri dalam urusan berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dalam Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukumhukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing. Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang tidak mungkin disatukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat
18 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Melayu. British lebih pentingkan keduniaan dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan agama dan ia juga mengetepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Walaupun begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia. Dengan pengaruh yang kuat, British berjaya menguasai pendidikan serta pelajaran. Melalui pendidikan, British telah merancang strategi dengan menyerap ideaidea, pandangan-pandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat umum tanpa disedari sehingga terjadilah revolusi kebudayaan. Akibatnya aqidah agama terpesong dan semangat keagamaan terpadam. Begitu juga dengan konsep kekeluargaan yang mana penjajah British telah mengubah kedudukan suami di dalam keluarga iaitu isteri lebih dipentingkan berbanding suami. Sedangkan di dalam Islam suami mempunyai kedudukan tinggi sebagai ketua keluarga dan suami boleh membuat sebarang keputusan tanpa menganiayai isteri dan ahli keluarganya. Tapi British telah mengubah dengan isteri turut sama boleh berkuasa dalam keluarga itu dan ada kalanya isteri-isteri yang telah meninggikan suara apabila berkata dengan suaminya. Sedangkan jelas ini adalah bertentangan dengan Islam. Perubahan yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia adalah corak pergaulan, yang mana ia telah mengamalkan corak pergaulan bebas diantara masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan amat sensitif. Ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim. Tetapi ini telah diketepikan setelah Malaysia dijajah oleh British. Dengan teknologi moden yang dibawa oleh British pada zaman penjajahan telah menyebabkan anggota masyarakat, termasuk Pak Lebai dan Pak Haji begitu mudah terseret untuk jadi penonton pertunjukkan fesyen di Paris dan Pertandingan Ratu Cantik di New York melalui televisyen. Penularan dan pengaliran maklumat yang bersumberkan ideologi luar yang didasari oleh kebudayaan asing dan ditentukan oleh kepentingan nasional negara penyedia berita dan cerita juga boleh mengakibatkan penjajahan fikiran yang boleh merosakkan aqidah dan kehidupan Islamiyah.

19 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Apabila penganut Islam sendiri menolak sistem hidup Islam dan menganggapnya sebagai bebanan, maka penolakkan itu merangkumi semua aspek samada nilai-nilai unik ataupun universalnya. Ini termasuklah keadilan sosial menerusi sistem zakat. Ertinya pembangunan ekonomi yang tidak berteraskan tauhid telah membawa kepada devolusi kedudukan akhlak - moral Islam sehingga ia hanya berkembang dalam lingkungan, pegangan dan pembabitan perbadi sahaja. Dalam bidang ekonomi, penjajahan British juga telah berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan. Antaranya di dalam sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli yang diperkenalkan. Jikalau dahulu Islam mengharamkan riba' atau bunga ataupun faedah semasa menjalankan aktiviti perdagangan tapi setelah penjajahan aktiviti ini adalah penting untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Aktiviti ini kekal hingga sekarang. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep Islam Hadhari sebagai asas dalam pembentukkan dan pembangunan di Malaysia. Konsep Islam Hadhari menekankan mengamalkan sikap selektif (tidak menentang dan menerima secara membuta tuli) terhadap semua elemen pemodenan barat, khususnya terhadap program pembangunan, yang dikesan mengandungi pelbagai kelemahan seperti sikap berlebihan yang menumpukan sektor ekonomi yang mempergunakan sumber alam secara maksima tanpa mempedulikan impak ekologi yang kemudiannya bakal mengancam kehidupan lain untuk jangka masa panjang. Berbanding dengan Negara umat Islam lain yang begitu tertarik dengan model pembangunan barat bagi memajukan Negara, pihak kerajaan Malaysia di bawah RMK-9 telah mengamalkan sikap selektif terhadap model barat ini, yang boleh dilihat dalam dua contoh yang utama.

20 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Selain itu, konsep Islam Hadhari menekankan usaha dan dasar yang memperbetulkan salah faham yang dinisbahkan oleh media barat kepada umat Islam. Perdana Menteri Malaysia kerap menekankan isu ini samada di dalam dan luar negeri, dan apa yang lebih penting lagi, pihak kerajaan Malaysia melalui dasar luar Negaranya dan selaku ketua OIC telah menekankan inisiatif ini secara berterusan. Apa yang boleh dibanggakan lagi, formula perpaduan untuk masyarakat majmuk yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia daripada DEB sehingga RMK-9 ini telah mula dipelajari oleh masyarakat barat sendiri, yang memang mempunyai masalah besar terhadap isu polarisasi kaum ini. Memandangkan Islam dan umatnya sering dijadikan sasaran ganas oleh media massa barat, yang kebetulannya menguasai sebahagian besar pasaran berita global, beberapa usaha dan gagasan telah dikemukakan oleh kalangan sarjana Islam telah dipersetujui oleh pihak kerajaan (Resolusi persidangan OIC di Malaysia) untuk mewujudkan rangkaian berita dan pengkalan data (database) Islam, bagi tujuan penyebaran berita tentang Islam yang lebih berotoriti dan sekali gus boleh digunakan sebagai medan utama untuk menjawab segala tohmahan buruk yang dinisbahkan kepada Islam. Secara ringkasnya, British telah mempengaruhi masyarakat Islam terhadap isu-isu yang melibatkan persoalan keagamaan. Persepsi songsang umat Islam di negara ini berpunca dari kecetakan ilmu keagamaan, pengaruh pemikiran Barat, finatikisme, phobia Islam, tidak melihat Islam secara menyeluruh dan faktor-faktor lain. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya membuka minda dan mampu melihat propaganda Barat yang mahukan kehancuran umat Islam. Apabila timbul sesuatu permasalahan umat Islam, sewajarnya dirujuk kepada ahlinya, bermuzakarah secara baik bukannya menggunakan media massa untuk menghantam golongan yang lain sehingga melebarkan lagi perpecahan masyarakat Islam di negara ini.

KESIMPULAN
21 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

Menyingkap tirai sejarah, negara kita telah menempuh pelbagai halangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan juga dalam perjuangan membentuk kerajaan sendiri. Sungguhpun penjajahan ekonomi pada zaman dahulu mencerminkan struktur ekonomi negara kita pada zaman kini. Kita seharusnya berasa bangga kerana segala elemen-elemen negatif yang wujud pada zaman dahulu telah berjaya diatasi secara berperingkat. Pada masa yang sama, hubungan etnik juga memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin pembangunan ekonomi negara yang seimbang. Sekiranya hubungan di antara etnik sentiasa disulami dengan konflik yang tidak berkesudahan , pembangunan negara tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Setiap kaum mengamalkan adatnya masing-masing. Dengan adanya interaksi antara kaum telah mewujudkan satu persepaduan yang kukuh untuk memantapkan lagi negara di samping mengharmonikannya. Seperti yang telah diketahui, wujudnya masyarakat cina dan India adalah kerana kedatangan imigran tersebut ke tanah melayu sejak abad ke 19. hal ini adalah kerana imigran tersebut dibawa untuk bekerja dalam sector perladangan(India) dan perlombongan(cina). Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengamalkan kebudayaan masingmasing, terdapat semangat persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Oleh hal yang demikian, jalinkanlah hubungan yang harmoni diantara semua rakyat Malaysia walaupun masing-masing mempunyai adat dan kepercayaan tersendiri. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah generasi pada zaman kini mahupun yang akan datang hendaklah menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh para tokoh zaman silam supaya perpaduan di antara kaum akan terus unggul buat selamanya.

BIBLIOGRAFI

22 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

1. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini : Sejarah dan Aliran, Dewan Bhd, Bahasa dan Pustaka, Selangor, Kuala Lumpur, 1987. 1981. 2. Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Pemikiran Islam, Penerbitan Pena Sdn 3. Abdullah Ishak, Islam Di Nusantara, Al - Rahmaniah, Malaysia, 1990. 4. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Belia Lumpur, Pemikir Pensejagatan 1983. 9. Kamus Dewan (edisi 3), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994. Siri kecemerlangan Sejarah SPM, Rusli Ramli, 2005 SPM Sejarah Malaysia (Fakta Diagramatik), Hj. Nasir Hj. Sulaiman, Mary Tan, Sasbadi 2001. file:///I:/kamilmajid%20PERUBAHAN%20SOSIAL%20DAN%20IMPAKNYA%20TER HADAP%20PEMBENTUKAN%20MODAL%20INSAN%20MENURUT%20IBN%20 KHALDUN.htm Masa (bil Kini Satu Overview, 10), Ilmu Masyarakat dan Sukan, Kuala Lumpur, 1975. 1980. 1997. XVl. 5. Khoo Kay Kim, Tamadun Islam Di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala 6. Muhamad Abu Bakar, Delima Dakwah : Pengislaman Dalam Era Pensejagatan, 7. Muhamad Abu Bakar, Selepas Kebangkitan Semula Islam ? Pengislaman dan 8. Zubeir Ahmad, Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur, Media Da'wah, Jakarta Pusat,

RUJUKAN 1. www.scribd.com
23 Aini,Emah,Nurul

CTU 553 - Impak positif dan negatif penjajahan Barat terhadap Tanah Melayu dari pelbagai aspek

2. www.slideshare.net/kaichew/tajuk-3-pluralistik-zt1042-presentation - 57k 3. members.tripod.com/PBMUM/sejarah/39.html - 16k – 4. jondegreat.blogspot.com/2007/08/erti-kemerdekaan.html - 41k – 5. Modul Hubungan Etnik 6. Falsafah Pendidikan

24 Aini,Emah,Nurul

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.