Ada Apa Dengan Bahasa Melayu?

by Faisal Tehrani 26. 06. 2002 Tulisan ini tidak bertujuan untuk mengkritik membabi buta melainkan untuk membincangkan lebih lanjut isu perlaksanaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah sambil meminta supaya pihak tertentu menimbang semula kedudukan bahasa Melayu supaya ia benar-benar berfungsi. Justeru ia sepatutnya dibaca dengan hati lapang dan fikiran panjang. Salah satu urusan yang dilihat segelintir orang tidak patut dilakukan1 oleh Dr Mahathir Mohamad (pemimpin kesayangan UMNO dan Barisan Nasional) sebelum meletakkan semua jawatan di dalam parti dan kerajaan (nota: ia ditarik semula sebelum sempat satu jam berlalu2) ialah ‘memartabatkan’ pengaruh bahasa Inggeris untuk diajarkan dalam subjek sains dan matematik kepada semua pelajar sekolah (malah kertas soalan peperiksaan juga akan ditanyakan di dalam bahasa ini). Isu ini bagaimanapun menimbulkan kekecohan yang sangat tidak bersemangat3 di kalangan sasterawan. Selain bantahan di dalam forum bahasa tersebut terdapat sebuah lagi forum bahasa anjuran DBP pada 8 Jun 2002 yang antara lain disertai oleh penulis Uthaya Sankar SB, Zainal Rashid Ahmad, Nisah Haron dan Ahmad Najib Ariffin dari Promuda. Beberapa kenyataan akhbar Pena dan GAPENA misalnya tidak dilayan mana-mana media secara sepatutnya (Laman TV3 Rabu 29 Mei dan berita-berita kecil mengenai bantahan itu memang ada termuat) dan satu-satu kain rentang membantah isu ini yang tidak dinyatakan secara langsung ialah di gantung di luar Rumah GAPENA. Kelompok muda dalam GAPENA iaitu SPMG dengan slogan mengembalikan suara penulis muda dan hasrat untuk menjadikan penulis muda sebagai check and balance dalam masyarakat juga tidak berkeok apa-apa. Bantahan lain terdapat di dalam akhbar ada rencana yang ditulis antara lain oleh Salbiah Ani, puisi ‘panas’ Sutung Umar RS dan Dato Baha Zain di Berita Minggu 16 Jun lalu4. Lain dari itu kelihatannya langkah kerajaan itu akan tetap berjalan seperti biasa, seperti siang mengganti malam tidak dirunguti kebanyakan orang.

1

Hujung Mei lalu satu forum isu bahasa telah dianjurkan di Sudut Penulis DBP, di mana Dato’ Dr Hassan Ahmad, Dato Dr Nik Safiah Karim dan Profesor Dr Abdullah Hassan mengecam perlaksanaan ini. Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Dato Abdul Rahim Bakar mengumumkan DBP akan menghimpun sejuta tandatangan untuk membantah polisi baru Kementerian Pendidikan ini. 2 Pada petang Sabtu 22 Jun 2002, Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatan dengan penuh dramatik dan disiarkan secara lintas langsung oleh kebanyakan saluran televisyen negara ini. Bagaimanapun oleh pujukan MT UMNO, Dr Mahathir dikatakan menarik balik keputusannya itu. Sila rujuk akhbar Berita Harian, Mingguan Malaysia 23 Jun 2002 mengenai usaha pemujukan MT UMNO. 3 Jika dibandingkan dengan insiden pembentangan fasal 152 di parlimen ketika zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dahulu, insiden ini langsung tidak mempunyai apa-apa impak. Insiden fasal 152 telah mendorong perarakan Keranda 152 ke rumah Perdana Menteri dipimpin antara lain oleh Allahyarham Dato’Usman Awang. Sasterawan telah berhimpun di Balai Budaya DBP dan membakar akhbar dan sebagainya dan mencetuskan ilham untuk Usman Awang menulis salah sebuah sajaknya yang terkenal berjudul ‘Keranda 152’. 4 Puisi berjudul Si Algojo Itu oleh Sutung Umar RS misalnya terdapat bait berbunyi ‘si algojo itu yang menerima nasihat silap, kini sedang menyiapkan diri untuk meminum darah rakyat, sebelum rakyat sendiri bangun, untuk menghirup darah dan meratah dagingnya’. Puisi Dato Baha Zain berjudul Bahasa Maruah Bangsa pula antara lain terdapat bait provokatif seperti ‘aku lihat mereka sedang berkonspirasi merancang merenggut keluar lidah ibuku.’ Atau bait ‘kerana kita rakyat biasa percaya kepada kekuasaan, mereka pemimpin setelah berkuasa mengkhianati kepercayaan.’

Page 1 of 6

Maka ada apa dengan bahasa Melayu? Jika subjek sains dan matematik akan diajarkan dalam bahasa Inggeris, apa salahnya? Sudah tentu ada salahnya (meskipun tidak dinafikan ada betulnya). Kita akan melihat dari sudut rasional, sejarah, orang-orang bahasa itu sendiri dan politik tempatan. Perlaksanaan ini dilakukan kerana penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar serta graduan bangsa Melayu dikatakan berada di tahap yang sangat lemah. Jika ini puncanya, sudah pasti ada pihak yang tertanya-tanya, bahasa Inggeris yang lemah maka diapakan pula bahasa Melayu? Penyelesaian tentulah membabitkan bahasa Inggeris sahaja kerana itulah punca masalah. Dasar baru mungkin boleh dibentuk (jangan lupa sekolah adalah makmal dan pelajar-pelajar kita adalah radas, bahan kimia, kaki retot, penunu bansen untuk dibuat apa sahaja eksperimen). Jam pembelajaran bahasa Inggeris mungkin boleh ditambah dan mungkin selama bertahun-tahun ini kurikulum bahasa Inggeris memang tidak berguna, cara pengajaran silap dan sebagainya. Tetapi yang diganggu tetap bahasa Melayu. Adalah bodoh menafikan kepentingan dan penguasaan bahasa Inggeris. Ia bahasa dollar dan bahasa pound sekarang ini. Sekian banyak ilmu terbenam tersingkap menerusi bahasa ini. Untuk menjadi bangsa yang maju mencapai wawasan 2020 sudah tentulah bahasa Inggeris mesti dikuasai. Malah bukan bahasa Inggeris sahaja bahasa yang mesti kita kuasai, kita mesti menyediakan juga subjek bahasa Perancis, Itali, Jepun, Jerman (semua bahasa-bahasa negara G8 (negara maju)) dan bahasa Arab juga. Di situ juga terkandung tersembunyi segala rahsia ilmu pengetahuan yang mesti kita cungkil keluar, kita pelajari, kita kuasai dan memindahkannya ke Malaysia supaya negara kita betul-betul maju bukan sahaja kerana tren laju dari stesen Sentral ke KLIA, KLCC, Proton, Langkawi dan sebagainya tetapi kerana segala ilmu pengetahuan dikuasai oleh bangsa Malaysia, kerana Hadiah Nobel dimenangi oleh rakyat Malaysia dari bidang fizik, kimia, perubatan, ekonomi dan apa sahaja. Akan tetapi ya bahasa Inggeris…bahasa Inggeris…bahasa Inggeris. Perlaksanaan bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik memang tidak rasional kerana ia menurut fahaman utilitarian atau kepenggunaan. Pasaran dunia menuntut penguasaan bahasa Inggeris yang baik maka justeru bahasa Inggerislah yang harus kita pulun. Apa kata pasaran dunia berubah di mana bahasa Korea menjadi juara, bahasa Manadarin dan Kantonis menjadi penting (jangan lupa Asia Jauh ini dipengaruhi oleh China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura) atau tiba-tiba India Selatan menjadi sangat berpengaruh dalam tempoh sepuluh tahun. Ya, apa kata kita ajar sains dalam bahasa Tamil dan matematik dalam bahasa Mandarin. Kita risau jika mereka tidak boleh berbahasa bahasa-bahasa ini kelak mereka dan negara kita tercicir jauh. Adakah kita mesti mengikut kehendak pasaran, adakah sistem pendidikan kita ditentukan oleh turun naik pasaran saham? Yang menjadi ia tambah tidak rasional ialah kerana pertama, guru-guru bahasa Inggeris kita sendiri kekekurangan. Kemudian diminta guru-guru mengajarkan anak-anak dengan bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik yang cukup memeningkan kepala itu. Kedua, jika benar ia bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, mengapa subjek sains dan matematik yang banyak formula dan angka itu terpilih? Ajarilah sejarah atau alam dan manusia dengan bahasa Inggeris dan ajarkan sahaja bahasa Melayu dalam bahasa Inggeris atau buat sahaja aliran Inggeris. Dari sudut sejarah, (maaf pelaksana dasar memang banyak membaca sejarah dan mengkajinya, tetapi cuma ingin mengingatkan lagi). Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi menunjukkan pengaruhnya sejak abad pertama masehi menurut seorang pengkaji Robert Blust. Ketika itu bahasa Melayu dinamai Page 2 of 6

sebagai bahasa pasar. Ia menjadi lingua franca perdagangan dan sosial di dunia sebelah sini5. Francois Valentyn yang melawat Melaka dan menulis buku Oud en Nieuw Oostindien II Del V di akhir abad ke 17 menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa perdagangan yang penting di rantau sini sehingga menyifatkannya sebagai bahasa Perancis di Eropah. Kehebatan bahasa Melayu menyebabkan Antonio Pigafetta yang berbangsa Itali menyusun kamus Melayu-Itali dalam tahun 15226. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pula telah unggul sejak tahun 673 sebelum masehi di mana Pendeta I Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha, telah menuntut di Sriwijaya dan terpaksa mempelajari bahasa Melayu untuk tujuan itu. Kemudian kekayaan khazanah peradaban bangsa Melayu terserlah ketika era Syeikh Abdur Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin Raniri, Syeikh Muhammad Arshad Banjar (tidak pelu dijejerkan sekian ramai nama kerana ‘mereka’ lebih tahu) dan lain-lain lagi7. Kedatangan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris tidak sampai menyebabkan bahasa Melayu tersingkir (berbanding kedatangan Sepanyol dan Portugal ke Amerika Latin telah merubah terus bahasa penghuni rantau tersebut) ini menurut Hassan Ahmad berlaku kerana bahasa Melayu yang sangat kukuh bertapak itu tidak diganggu dalam sistem pendidikan. Dalam erti kata lain, Portugis atau Inggeris tidak membawa sistem pendidikan mereka ke sini. Atapun memaksa pengajaran tertentu dalam sistem pendidikan dengan bahasa mereka. Justeru bahasa Melayu dapat bertahan sehingga melahirkan intelektual seperti Abdullah Munshi, Raja Ali Haji dan membawa ke era Pujangga Baru di Indonesia dan zaman Rashid Talu, Abdullah Sidek dan Syed Syeikh al-Hadi di Semenanjung8. Tetapi adalah menyedihkan kita tidak perlu Alfonso de Albuquerque, J.W.W Birch, Stamford Raffles, James Brooke dan lain-lain penjajah untuk melakukan itu semua sebenarnya. Setelah melihat dari sudut logik semasa dan sejarah, adalah penting juga untuk menyalahkan para seniman, penulis, GAPENA, DBP dan siapa sahaja yang berkait dengan bahasa Melayu ini juga. Apa kata kita mulakan dengan menuding jari kepada ASAS 50 yang bertanggungjawab memperjuangkan mengenepikan tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebagai warisan Melayu-Islam tidak dapat tidak bergandingan dengan bahasa Melayu itu sendiri. ASAS 50 entah kerana apa jijiknya dengan tulisan Jawi telah menolak tulisan Jawi dan mahukan tulisan Rumi diajari di sini9. Kemudian apabila Dr Mahathir menyarankan supaya bidang sains dan teknologi diajari dengan bahasa Inggeris dan kabinet mempersetujuinya sejak tahun 199310 lagi (tidak ada sebarang bantahan dari GAPENA, DBP, Pena) direkodkan yang boleh ditemui untuk dijadikan rujukan tulisan ini. Kemudian apabila Menteri Pendidikan Dato Najib Tun Razak mengisytiharkan pembelajaran kursus sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris di IPTA pada 22 Jun 1995, beliau telah membuat pengumuman ini sebelum penggubalan semula sebarang akta. Bermakna beliau telah membuat pengumuman ini ketika

5

Hassan Ahmad, Bahasa melayu sebagai teras peradaban Malaysia, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, KL, hlm. 7. 6 Abdul Aziz Deraman, Bahasa asas pembinaan tamadun bangsa, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, KL, hlm. 3-4. 7 ibid., hlm. 5 dan 7. 8 Hassan Ahmad, Bahasa melayu sebagai teras, hlm. 6 passim. 9 Lihat Memoranda Angkatan Sasterawan 50,1962, Oxford University Press, KL, hlm. 14 & 27. 10 Berita Harian 28 Disember 1993 dan Utusan Malaysia 28 Disember 1993.

Page 3 of 6

Akta Pelajaran 1961 masih lagi berkuatkuasa11. Menjelang hujung 1995 dan awal 1996 lima akta telah dibentang menggantikan Akta Pelajaran 196112. Tidak ada penentangan agresif dari mana-mana persatuan penulis ataupun DBP sendiri (kain rentang yang digantung di luar pagar tidak boleh dianggap sebagai satu respon agresif yang wajar). Datuk Zainal Abdin Wahid dalam kertas kerja yang dibentangkan dalam Kongres Pendidikan Peringkat Kebangsaan Persatuan Kakitangan Akademik UKM pada 1 dan 2 Disember 1999 di UKM, Bangi telah menyalahkan kerajaan dan khususnya parti UMNO dalam soal penggugatan kedudukan bahasa Melayu ini. Dipetik: Pemimpin dan ahli UMNO mestilah sedia dan berusaha membuat kajian yang mendalam lagi menyeluruh terhadap dasar-dasar penting negara dari segi kewajarannya, keberkesanannya dan kesankesannya terutama dari segi jangka panjang. Ahli-ahli UMNO jika hendak memelihara dan mengekalkan keturunan Melayu, hendaklah menghapuskan sindrom ayam Belanda itu13. Tiadanya bantahan betul-betul wajar (ingat yang betul-betul wajar, sekadar kenyataan akhbar tidak dikira memadai) dari DBP sebagai agensi kerajaan yang memelihara kemurnian bahasa kebangsaan menimbulkan tanda tanya. Begitu juga dari GAPENA atau Pena itu sendiri. Yang aneh, parti politik PAS pula yang bersungguh-sungguh membantah perlaksanaan ini (meski tidak dapat dinafikan yang parti itu mungkin bertujuan mengkritik kerajaan atas sebab-sebab merebut pengaruh politik rakyat) dalam Muktamar Pas ke 48 pada 2 Jun lalu14. Secara politik, kedudukan bahasa Melayu sebetulnya sudah amat kukuh. Ia adalah bahasa perpaduan semua bangsa di Malaysia. Perlaksanaan dasar pengajaran bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik ini bukan sahaja menyulitkan pelajar Melayu tetapi juga pelajar-pelajar Cina dan India, Iban, Dayak, Penan, Kadazan atau apa sahaja tetapi, menguntungkan pelajar-pelajar dari kelas menengah tidak kiralah mereka bangsa apa jua. Apa maknanya? Maknanya perlaksanaan ini akan mewujudkan jurang pendidikan yang lebih lebar antara kelas menengah dan rendah. Anak-anak yang ibu-bapanya dari kelas menengah menetap di bandar mudah sahaja menerima perlaksanaan ini kerana bahasa Inggeris mereka lazimi di rumah lagi, kuasa wang untuk tiusyen dan sebagainya akan mengukuhkan mereka. Tetapi ini tidak berlaku di Felda Jengka, kampong Loi Barat, anak-anak penoreh getah Sungai Siput dan mana-mana desa di pedalaman Tawau atau hujung sungai Rejang. Terutama pula guru-guru belum tentu benar-benar cukup persediaan memandangkan mereka sendiri terkial-kial berbahasa Inggeris. Mereka iaitu pelajar-pelajar ini akan tertinggal pastinya. Apa bahayanya kalau begitu? Bahayanya kita membuka peluang untuk berlaku satu lagi kecelakaan seperti 13 Mei 196915, kali ini bukan antara kaum tetapi antara kelas. Sebarang lubang yang
11

Zainal Abidin Abdul Wahid, Bahasa, pendidikan dan pembangunan, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, KL, hlm. 9. Datuk Zainal Abidin dalam kertas ini dengan fakta dan rujukan menyalahkan Menteri Pendidikan ketika itu, malah di halaman 10 menggunakan frasa ‘pengkhianatan kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib itu timbul daripada wujudnya kuasa menteri yang boleh mengecualikan sesuatu institusi pendidikan daripada menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.’ 12 ibid,. hlm. 9 dan 10. 13 ibid., hlm 15-16. 14 Harakah, 5000 pengajar bahasa Inggeris tidak cukup, 16-30 Jun 2002, hlm. 3. 15 Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengakui dalam bukunya Mei 13, Sa-Belum dan Sa-lepas, 1969, Utusan Melayu, passim. bahawa kelemahan perlaksanaan dasar bahasa kebangsaan dan adanya

Page 4 of 6

memungkinkan semua itu berlaku mesti kita tutup segera kerana kita tidak mahu kestabilan, keharmonian negara kita yang mengecapi kemelimpahan nikmat ekonomi dan pemerintahan kerajaan terganggu dalam usaha mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Perlukah kita ingati bagaimana lembar sejarah yang luka 13 Mei itu berlaku? Dasar kepada sistem pendidikan negara ini terletak dan terasas menerusi Penyata Razak yang pada perenggan 12 ini menaruh kepercayaan tinggi ia akan dapat menyatukan semua kanak-kanak dari apa jua bangsa Malaysia. Penyata Razak kemudian menjadi Ordinan Pelajaran 1957 dan kemudiannya terbentuk pula Laporan Rahman Talib 1960, kedua-duanya menjadi asas Akta Pelajaran 1961 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bagaimanapun sejarah mencatatkan kelemahan perlaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan selain jurang ekonomi dan kemasyarakatan yang luas mendorong kejadian 13 Mei 1969 (yang kita semua tidak mahu ingati lagi). Selepas kejadian 13 Mei 1969 kerajaan telah bertindak melaksanakan dua dasar tadi dengan TEGAS dan membentuk Dasar Ekonomi Baru. Bahasa pengantar di sekolah telah diMelayukan. Sehingga akhirnya 1982 dasar ini telah kukuh dan seluruhnya hingga ke peringkat universiti, bahasa Melayu dimartabatkan. Rakyat Malaysia secara umumnya menerima semua dasar ini dengan baik kerana tidak mahu kejadian pahit 13 Mei berulang lagi16. Sesungguh-sungguhnya peningkatan pengaruh bahasa Inggeris akan mendorong malapetaka lain pula, ia mungkin akan berlaku antara kelas jika tidak diatasi dengan baik. Penubuhan IPTS seperti Han Jen International College di Pulau Pinang yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dibimbangi boleh mewujudkan jurang kaum, kelas dan entah apa lagi yang boleh membahayakan kestabilan negara17. Kita bimbang perlaksanaan ini meskipun menyeluruh tetapi belum tentu berkesan di semua sekolah untuk SEMUA kanak-kanak dan pelajar sekolah hanyalah mewujudkan semula bentuk sistem pendidikan sebelum merdeka di mana ada sekolah Inggeris untuk anak-anak orang berada dan sekolah vernakular untuk orang kebanyakan mengikut kaum Melayu, Cina dan Tamil. Memang benar secara nyatanya ia tidak akan berlaku begitu tetapi seperti yang telah dibimbangi sebelum ini ialah kelas atasan dan pertengahan akan menguasai pendidikan kerana kelebihan wang dan kemampuan mereka, lantas meninggalkan kelas rendah yang akan terkapai-kapai tidak ditolong. Harus diingat bantuan pinjaman kerajaan untuk pelajar sendiri tidak diberi kepada semua pelajar dan belum tentu cukup. Justeru perlaksanaan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak wajar, tidak relevan dan membahayakan Malaysia secara keseluruhan dan bangsa Melayu khususnya. Negara wujud kata Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah kerana salah satunya bahasa selain budaya yang dapat membina peradaban dan tamadun. Bahasa sendiri, bahasa jiwa bangsa tersebut, justeru

suara untuk memartabatkan bahasa-bahasa lain dari bahasa Melayu adalah salah satu punca kejadian buruk ini. Sila lihat halaman 21 dan 28 misalnya. Tunku juga mengiktiraf DBP sebagai bertujuan untuk ‘memperkaya dan memperbaiki lagi bahasa melayu sehingga taraf kedudukannya telah dapat ditinggikan lagi dan dengan itu bahasa melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan – bahasa Malaysia.’ 16 ibid., hlm 5-15. 17 ibid., hlm 14.

Page 5 of 6

kedudukan bahasa Melayu yang hari ke hari, tahun ke tahun sedang terancam ini menggugat bangsa Melayu sendiri dan bangsa Malaysia semuanya secara umum. Sebelum mengakhiri tulisan ini ingin sekali dipetik kata-kata Abdullah Munsyi pada tahun 1882 mengenai mentaliti bangsa Melayu terhadap bahasa mereka sendiri: Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masingmasing ada belajar bahasanya?18 Harapannya biarlah kita kembali memikirkan dengan rasional, waras, munasabah, jelas dan benar-benar panjang akal telus fikir mengenai isu ini. Ia penting kerana kesilapan satu-satu perkara boleh membibit perkara-perkara besar. Dengan itu kenyataan PENA ini secara umumnya disokong meski ada beberapa fakta padanya yang boleh diperbahaskan pula lagi.

18

Awang Sariyan, Pendidikan bahasa melayu di Malaysia: pemenuhan suatu idealisme, 2001, DBP & Persatuan Linguistik Malaysia, KL, hlm., 5.

Page 6 of 6

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful