You are on page 1of 6

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER JANUARI 2012 KOD KURSUS:HBEF2703 KO-KURIKULUM JURNAL REFLEKSI INDIVIDU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

750428115486001 750428115486 019-9131485 narizan75@gmail.com TERENGGANU LEARNING CENTRE

NARIZAN BT HAMZAH 750428115486001 HBEF2703KOKURIKULUM

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Tarikh Tempat : 12 - 14 Julai 2012 : Padang Sekolah SK Kg Bukit Chendering

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan perkhemahan yang disertai oleh sebahagian pelajar tahap dua. Perkhemahan selama tiga hari dua malam ini termasuk dalam perancangan aktiviti Ko-Kurikulum sekolah. Tujuan perkhemahan ini dijalankan ialah untuk membentuk jati diri setiap peserta yang terlibat selain menguatkan daya mental dan fizikal peserta. Selain itu, perkhemahan ini juga bertujuan melahirkan individu yang berdisiplin dan berketrampilan sesuai dengan falsafah Ko-Kurikulum itu sendiri.Selain membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Hari Pertama(12 Julai 2012 Sebelum bertolak ke tapak perkhemahan peserta dari setiap unit telah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Begitu juga dengan pelbagai alatan yang akan peserta bawa ke tapak perkhemahan. Jawatankuasa peralatan dan makanan merupakan jawatankuasa yang penting ketika perkhemahan dan perlu memeriksa peralatan dengan berhati-hati agar tidak ada barang yang tertinggal. Selepas pembahagian tapak perkhemahan selesai, peserta telah mendirikan khemah untuk unit masing-masing. Namun begitu, terdapat sedikit kekeliruan maklumat mengenai tapak perkhemahan dan guru terpaksa menyusun semula tapak perkhemahan peserta. Semua khemah dapat di dirikan sebaiknya. Sebuah khemah diduduki oleh 7 8 orang peserta.Selepas itu satu taklimat daripada ketua komandan iaitu En Mohd Amin b Omar diberikan kepada peserta merangkumi peraturan dan keselamatan ketika

perkhemahan.Selepeas itu latihan kawad kaki telah dijalankan pada pukul 10.30 pagi.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh GPK 1 iaitu En Ngah b Said.Pada waktu petang jam 5 hingga 6 petang,peserta menyertai pertandingan larian berhalangan di mana peserta berlari dan masuk ke terowong bangku manakala aktiviti jejak warisan pula iaitu dua aktiviti yang telah dijalankan iaitu aktiviti menyambung tali rafia yang telah dipotong sepanjang 15 cm.Peserta diminta mencari tali rafia yang telah ditabur di merata tempat apabila masa untuk mencari tali rafia tersebut tamat,siren dibunyikan dan peserta dikehendaki menyambung tali tersebut dalam tempoh 15 minit dan yang paling panjang dikira pemenang.Dalam aktiviti yang kedua,telefon berkarat dilaksanakan dan peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dalam
1

NARIZAN BT HAMZAH 750428115486001 HBEF2703KOKURIKULUM

keadaan berbaris dan diberi 15 item yang telah dilukis.Peserta yang terakhir dikehendaki melukis apa yang difahamkan daripada peserta hadapan. KEKUATAN Khemah yang disediakan mencukupi dengan bilangan peserta Pembahagian tapak perkhemahan mengikut unit masing-masing Guru unit masing-masing turut sama membantu peserta mendirikan khemah Waktu yang sesuai untuk mendirikan khemah

KELEMAHAN 1. Terdapat khemah yang rosak 2. Peserta tidak mahir mendirikan khemah kerana kekurangan pengalaman 3. Segelintir peserta tidak memberikan kerjasama 4. Tapak perkhemahan kurang sesuai 5. Semasa aktiviti larian berhalangan diadakan,terdapat segelintir peserta yang tidak dapat masuk ke bangku yang telah disediakan memandangkan saiz badan mereka yang besar. 6. Terdapat peserta yang tidak dapat menyambung tali rafia yang ditabur kerana persekitarannya yang gelap dan menganggap bahawa guru tidak tahu sekiranya mereka tidak melakukan aktiviti tersebut. 7. Semasa aktiviti jejak warisan telefon berkarat terdapat satu kumpulan yang melukis gambar tidak bertepatan langsung dengan gambar asal. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. AJK peralatan perlu memastikan setiap khemah yang disediakan berada dalam keadaan baik. 2. Peserta perlu diberikan latihan secukupnya semasa aktiviti Ko-Kurikulum tentang cara-cara mendirikan khemah dengan betul. 3. Guru setiap unit perlu memastikan semua peserta memberikan kerjasama. 4. Tapak perkhemahan yang lebih sesuai perlu dikenalpasti pada masa akan datang. 5. Peralatan perlulah disediakan dengan lengkap dalam aktiviti larian berhalangan agar aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

NARIZAN BT HAMZAH 750428115486001 HBEF2703KOKURIKULUM

6. Masa perlu dipanjangkan ketika menyambung tali rafia kerana memandangkan tali tersebut bertaburan didalam waktu yang gelap. 7. Guru perlu tegas dan serius kepada peserta yang menyertai aktiviti jejak warisan agar mereka dapat menjalankan aktiviti yang ditetapkan dengan serius. Hari Kedua(13 Julai 2012) Untuk aktiviti yang pertama pada hari kedua perkhemahan ini, peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan-kumpulan kecil telah digabungkan untuk membentuk kumpulan yang besar. Aktiviti pertama peserta ialah demonstrasi pertolongan cemas iaitu Bantu Mula Aktiviti ini adalah mengenai asas-asas pertolongan cemas dengan mengambil masa 1 jam untuk slot ini.Banyak pengetahuan yang peserta timba pada slot kali ini yang merangkumi bagaimana merawat dan membentu orang sakit pada waktu kecemasan. Aktiviti seterusnya ialah Ikatan dan Balutan. Pada aktiviti ini peserta dapat menimba banyak ilmu mengenainya dan bagaimana cara balutan tersebut. Aktiviti bermula pada jam 9.30 pagi dan telah mengambil masa selama 1 jam. Guru yang bertugas memberi bimbingan mengenai cara-cara balutan dan mengikat tali .Seterusnya,aktiviti memasak pula dapat dijalankan dengan baik secara berkumpulan dengan menu ayam masak kicap.Bahan-bahan telah dibawa oleh peserta kecuali ayam disediakan oleh guru.Pada jam 5 hingga 6 petang permainan tradisional iaitu congkak dipertandingkan dengan diwakili oleh ahli kumpulan di mana peserta lain hanya memberikan sokongan.Selepas itu,aktiviti gubahan dilaksanakan dengan menggunakan bahan yang terpakai untuk menghasilkan sejambak bunga.Pada malamnya aktiviti persembahan peserta yang berapreasiasi seni mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

KEKUATAN

Peserta didedahkan tentang cara merawat pesakit diwaktu kecemasan Peserta dapat bekerjasama antara satu sama lain Memupuk sikap bertanggungjawab mengeratkan hubungan antara kumpulan

KELEMAHAN Kurang pendedahan mengenai bantuan kecemasan Masa yang diperuntukkan terlalu singkat
3

NARIZAN BT HAMZAH 750428115486001 HBEF2703KOKURIKULUM

Bahan yang dibekalkan tidak mencukupi Permainan congkak hanya dimainkan secara wakil sahaja dalam kumpulan. Peserta membuat persembahan yang sama penyampaian dalam aktiviti persembahan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Masa perlu ditambah Mengadakan kursus tentang cara yang betul memberikan bantuan kecemasan Bahan perlulah dipastikan mencukupi Guru menetapkan tajuk untuk membuat persembahan. Perlu melibatkan semua murid dalam aktiviti.

Solat KEKUATAN Dapat solat berjemaah bersama guru dan diimani oleh guru Dapat membentuk sahsiah diri peserta dengan melakukan solat berjemaah Dapat meningkatkan disiplin Dapat menepati masa

KELEMAHAN Segelintir peserta tidak menepati waktu Ruang yang disediakan untuk solat tidak mampu menampung bilangan peserta Sebahagian peserta tidak menumpukan perhatian semasa kuliah dijalankan Segelintir peserta cuba mengelakkan diri dari solat berjemaah

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Rekod kehadiran peserta setiap kali waktu solat. 2. Kenalpasti pelajar yang tidak hadir untuk diambil tindakan seterusnya. 3. AJK kerohanian yang bertugas perlu memantau khemah peserta setiap kali aktiviti solat. 4. Adakan aktiviti yang melibatkan peserta semasa kuliah

NARIZAN BT HAMZAH 750428115486001 HBEF2703KOKURIKULUM

Hari Ketiga(14 Julai 2012)

Seawal jam 5.30 pagi peserta dikejutkan seperti biasa. Semangat semua peserta agak berlainan pada hari ini kerana hari ini merupakan hari yang terakhir perkhemahan. Setelah selesai solat subuh peserta bersegera mempersiapkan diri untuk senaman pagi dan bersarapan. Setelah selesai senaman pagi semua peserta pulang ke khemah untuk bersarapan dan membersihkan tapak perkhemahan serta menurunkan khemah dan mengemas peralatan untuk dibawa pulang. Setelah semua barang dikemas rapi, peserta bersedia untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Majlis ini berjalan dengan baik yang dirasmikan oleh Tn Haji Mustafa b Hj Mohd Salleh. Setelah majlis selesai, peserta dibenarkan pulang ke rumah masingmasing.Peserta berasa sangat gembira dan seronok menyertai perkhemahan ini. Kesimpulannya, banyak ilmu dan pengetahuan dapat di timba daripada perkhemahan kali ini yang boleh di aplikasikan pada masa akan datang.

KEKUATAN

1. Peserta dapat mempersiapkan diri dan menurunkan khemah pada masa yang ditetapkan. 2. Peserta merasa seronok dan bergembira dengan perkhemahan ini.

KELEMAHAN

1. Segelintir peserta menghilangkan alat-alat kecil khemah. 2. Kehadiran guru semasa majlis penutup tidak memuaskan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. 3. Terdapat beberapa barangan peribadi ditinggalkan oleh peserta.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Semasa membersihkan khemah,jarak setiap kumpulan perlu di susun agar tidak terlalu rapat untuk mengelakkan kehilangan alat perkhemahan masing-masing. 2. Pentadbir hendaklah memantau kehadiran guru.