You are on page 1of 62

(Kelakuan dan Tatatertib)

Berkuatkuasa mulai 15 Disember 1993

Berkuatkuasa mulai 26.2.2002

Kewajipan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan mana-mana pegawai yang melanggarnya boleh menyebabkan diambil tindakan tatatertib

Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am 23A Bab A

1) Menjadi tugas setiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas kakitangan bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin.

2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas kakitangan bawahannya atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya hendaklah disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(4)(1) Seseorang pegawai hendaklah ..

pada setiap masa memberikan taat setia kepada

Yang di Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Contoh Pelanggaran
a) Melanggar undang-undang dengan tujuan menentang kerajaan b) Memijak bendera kebangsaan dengan tujuan menghina c) Memburuk-buruk dasar-dasar kerajaan d) Mengumpul senjata, mengumpul peluru dan mengumpul orang untuk melawan yang di Pertuan Agong

4(2) Seseorang pegawai tidak boleh .

a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya

b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya.

c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa :-

membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam ; atau
menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.

CONTOH Membeli barang-barang keperluan sekolah dari kedai isteri/kedai yang tidak wujud. PAR meminta wang dari pelajar untuk mendapatkan sijil SPM di sekolah PT mengambil upah menyediakan baucer ganjaran kontrak.

Beli insuran untuk perlindungan LCD dan Komputer di sekolah dari syarikat suami
Membuat lawatan keluar negara dengan rombongan syarikat swasta

(4)(2)(d) Seseorang pegawai tidak boleh .


berkelakuan .. memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

CONTOH
Mabuk atau berjudi sewaktu bertugas Disabitkan kesalahan mahkamah jenayah/mahkamah syariah Bergaduh di pejabat/khalayak ramai Keterhutangan kewangan yang serius/bankrap

Terlibat dengan penagihan dadah


Berkelakuan tidak senonoh terhadap pelajar

4(2)(e) Seseorang pegawai tidak boleh :-

kurang kecekapan atau kurang berusaha

CONTOH Lewat membayar gaji. Lewat melaporkan kes salahlaku pegawai dibawah penyeliaan. Gagal menyelenggarakan wang sekolah dengan teratur.

Tidak membuat penyeliaan pengurusan kewangan sekolah.

4(2)(f) Seseorang pegawai tidak boleh..

tidak jujur atau tidak amanah

CONTOH Meminda sijil sakit/SPM/STPM Membuat tuntutan palsu perjalanan/perpindahan palsu. Menyelewengkan wang sekolah

Membuat tuntutan bayaran terhadap aktiviti yang tidak dijalankan.

4(2)(g) Seseorang pegawai tidak boleh


tidak bertanggungjawab

CONTOH
Tidak hadir bertugas tanpa cuti dan kebenaran Lewat datang/balik awal/ponteng sewaktu bertugas Tidak melaporkan kes salahlaku pegawai di bawah penyeliaan Menghasut rakan sejawat supaya jangan berkerja kuat Tidak menjaga harga kerajaan dengan baik

Seseorang pegawai tidak boleh . membawa pengaruh/tekanan luar untuk menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan sendiri atau anggota perkhidmatan awam yang lain.
4(2)(h)

4(2)(i) Seseorang pegawai tidak boleh


ingkar perintah atau berkelakuan dengan apaapa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah

CONTOH
Melakukan kerja luar tanpa kebenaran Ketua Jabatan Membuat lawatan keluar negara tanpa kebenaran Ketua Jabatan Gagal membuat perisytiharan harta Ingkar mematuhi arahan Ketua Jabatan supaya melaporkan diri untuk bertugas. Tidak menyediakan buku ringkasan mengajar

4(2) (j) Seseorang pegawai tidak boleh...

cuai dalam melaksanakan tugas rasmi

CONTOH Tidak membuat penyeliaan terhadap pengurusan kewangan sekolah Tidak memberhentikan pembayaran gaji bagi pegawai yang tidak hadir bertugas/berhenti kerja Cuai sewaktu bertugas sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak awam

Tidak melaporkan kes salahlaku pegawai di bawah penyeliaannya.


Menghilangkan harta benda kerajaan seperti komputer/LCD dan sebagainya

GANGGUAN SEKSUAL
Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain Perbuatan

Lisan
Tulisan

Gangguan Seksual
Gangguan Seksual Secara Lisan

Gangguan Seksual Secara Isyarat


Gangguan Seksual Secara Fizikal Gangguan Seksual Secara Visual Gangguan Seksual Secara Psikologi Pek. Perkh. Bil 22 Tahun 2005

- PEKERJAAN LUAR
Berdasarkan jawatan yang dipegang/diarah oleh Ketua Jabatan. Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang kerajaan ada kepentingan. Atas kepentingan persendirian/saudara atau badan dia seorang pemegang jawatan Boleh dapat kebenaran bertulis K/Jabatan dengan syarat: Di luar waktu pejabat. Tidak jejas kegunaan pegawai. Tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan.

Jenis-jenis pekerjaan luar yang dilarang:a. Melibatkan diri dalam pengurusan atau menjalankan perusahaan perdagangan, pertanian dan sebagainya. b. Bekerja dengan tujuan mendapat upah dengan mana-mana syarikat, firma institusi atau orang perseorangan. c. Sebagai seorang pegawai pakar memberi keterangan pakar sama ada percuma atau dengan tujuan mendapat upah. d. Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.

PAKAIAN
Pakaian yang sepatutnya yang ditentukan oleh Kerajaan melalui KPPA/KSU ketika menghadiri upacara rasmi Semasa bertugas dan juga
Jika upacara rasmi tidak ditentukan, pakai pakaian yang sepatutnya.

Pekeliling Perkhidmatan Bil.2/1985 Pekeliling Ikhtisas Kem.Pend. Bil.6/1985 Pekeliling Perkhidmatan 1/2006

MENYALAHGUNAKAN DADAH

Kecuali bagi maksud perubatan Di bawah Akta Perubatan 1971. Boleh dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan atas kepentingan awam.

HADIAH
Dilarang terima hadiah jika ianya mempunyai kaitan, sama secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan pelaksanaan tugas

Jika ragu-ragu atau sukar ditolak hadiah tersebut boleh diterima tetapi segera dilaporkan kepada Ketua Jabatan. Ketua Jabatan akan menentukan sama ada hadiah tersebut boleh diterima atau pulangkan balik.

KETUA JABATAN BOLEH BENARKAN


Menerima surat pujian sempena persaraan/ pertukaran dengan syarat tidak terkandung dalam bekas yang mahal.

Pungutan spontan dari pegawai sempena persaraan, pertukaran, perkahwinan .

PEMUNYAAN HARTA (PP 3/2002)

Pegawai hendaklah mengisytiharkan harta apabila:-

a)Dilantik ke dalam perkhidmatan awam.


b)Dikehendaki oleh Kerajaan.

c) Memperolehi harta tambahan.


d)Pelupusan e)Genap tempoh 5 tahun. Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan

JENIS HARTA YANG PERLU DILAPOR

a) Tanah, termasuk tanah pendudukan sementara b) Bangunan, segala jenis bangunan termasuk rumah kedai, warong atau ruang pejabat c) Rumah, segala jenis rumah

a) Wang simpanan

b) Saham
c) Kenderaan bermotor, barang kemas, perabut, alat sukan, keahlian kelab dan lain-lain.
Harta alih yang nilainya setiap satu melebihi enam (6) bulan emolumen atau RM10,000 mana yang terendah

Pemilikan Harta Yang Dilarang


Memiliki lesen-lesen untuk menjalankan.
Kenderaan perniagaan. Kenderaan perkhidmatan awam.

Perniagaan hiburan.

Memohon/memiliki tanah kerajaan untuk pembalakan/ perlombongan.

Pemilikan Tanah Secara Diberimilik oleh Kerajaan


Tidak melebihi 20 ekar tanah pertanian

Tidak melebihi 2 lot tapak perumahan.


(Jika telah sedia ada melebihi had dibenarkan sebelum PP 2/2002, boleh terus memilikinya)

MENYELENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN/ PENDAPATAN YANG SAH

a) Menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen / pendapatan yang sah b) Mempunyai kawalan kewangan atau harta (alih tak alih) yang nilainya tidak seimbang dengan emolumen / pendapatan yang sah.

Ketua Jabatan boleh minta penjelasan secara bertulis dalam tempoh 30 hari kemukakan kepada Lembaga Tatatertib untuk pertimbangan.

MEMINJAM WANG
Tidak boleh pinjam wang/jadi kepada peminjam wang. penjamin

a) Langsung/tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya. b) Yang dengannya pegawai ada urusan rasmi c) Yang tinggal/miliki tanah/perniagaan dalam kawasan pegawai ada kuasa rasmi.

d) Yang menjalankan perniagaan beri pinjaman wang

MEMINJAM WANG

Boleh pinjam wang/penjamin kepada peminjam yang meminjam wang daripada institusi kewangan, penanggung insurans atau koperasi atau menanggung hutang melalui perjanjian sewa beli barang.

MEMINJAM WANG

Syarat:a) Tidak tertakluk kepada kuasa rasminya b) Tidak menimbulkan skandal awam c) Agregat hutang tidak meletakkan pegawai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius

MEMINJAM WANG

Boleh Tanggung Hutang


a) Wang yang dipinjam atas cagaran tanah tidak melebihi nilai tanah
b) Kemudahan kredit Institusi kewangan berlesen c) Pinjaman dari syarikat insuran/polisi d) Pinjaman dari kerajaan dan koperasi

e) Pinjaman sewa beli


f) Pinjaman Pendidikan dengan syarat jangan sampai diisytihar bankrap.

KETERHUTANGAN KEWANGAN SERIUS Ditafsirkan..

a) Agregat hutang tidak bercagar melebihi


10 kali emolumen bulanan a) Penghutang penghakiman tak jelas dalam tempoh satu bulan dari tarikh penghakiman b)Bankrap/ pemakan gaji tak solvent

PERNYATAAN AWAM
Tidak boleh bertulis sama ada secara lisan atau

Memudaratkan apa-apa dasar/program/ keputusan kerajaan


Memalukan atau memburukkan nama kerajaan Melemahkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan Mengedarkan apa-apa pernyataan/ulasan yang dibuatnya atau orang lain

Tidak boleh membuat sama ada secara lisan atau bertulis Membuat ulasan tentang kelebihan ada-apa dasar atau keputusan kerajaan Memberi maklumat/fakta berhubung dengan fungsi kerajaan

Memberi penjelasan mengenai apa-apa peristiwa atau laporan melibatkan kerajaan


Menyebarkan maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau orang lain

PENYUNTING AKHBAR/ MAJALAH / JERNAL

Tidak boleh jadi penyunting/ambil bahagian/ sumbangan kewangan kepada penerbit/jernal kecuali
a)Penerbitan jabatan b)Penerbitan profesional c) Penerbitan organisasi sukarela/bukan yang bercorak politik

KEGIATAN POLITIK
Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang bergiat dalam politik atau memakai lambang parti politik.

a) Membuat pernyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik


b) Terbit, edar buku, artikel mengenai politik c) Merayu undi d) Egen pilihan raya/agen tempat mengundi e) Bertanding apa-apa jawatan

f) Pegang apa-apa jawatan dalam parti politik

Kumpulan Sokongan Perkhidmatan Perlu tidak boleh bertanding, memegang apa jawatan politik Pegawai Kumpulan Sokongan yang lain boleh pegang jawatan AJK dengan syarat dapat kelulusan:

a) Gunasama KPPA
b) Bukan Gunasama - KSU Walau bagaimanapun . Semua pegawai yang bercuti sebelum bersara dan dapatkan kelulusan boleh aktif dalam politik Semua pegawai boleh jadi ahli biasa dengan syarat dapat kelulusan Ketua Jabatan.

MEMBAWA PROSIDING UNDANG-UNDANG DAN BANTUAN GUAMAN Tidak boleh bawa perbicaraan undangundang bagi kepentingan peribadi akibat dari tugas rasmi tanpa mendapat kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian
Bagaimanapun Pegawai yang menerima notis mengenai tindakan undang-undang ke atasnya bersabit dengan tugas rasminya boleh mendapatkan bantuan guaman

TIDAK HADIR BERTUGAS

Ketidakhadiran termasuk kegagalan untuk hadir pada suatu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi menjalankan tugasnya.

TIDAK HADIR BERTUGAS

Seseorang pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau

tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan

pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.

Tanggungjawab Ketua Jabatan Dalam Kes Tidak Hadir Bertugas


Mengeluarkan surat arahan panggil balik bertugas A.T Berdaftar Jika selepas surat tersebut dikeluarkan sama ada pegawai melaporkan diri atau tidak Ketua Jabatan bertanggungjawab melaporkan kes tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib

Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau kebenaran dan pegawai dapat dikesan. Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti dan kebenaran dan tidak dapat dikesan.

Masalah yang sering ditemui


a) Surat arahan panggil balik bertugas tidak teratur b) Surat arahan dikeluarkan panggil balik bertugas lewat

c) Rekod Jadual Kedatangan tidak lengkap d) Gagal mengambil tindakan menahan gaji atau mengeluarkan nama daripada lembaran gaji jika pegawai tidak hadir bertugas secara berlarutan e) Mengambil kaedah memotong cuti rehat tahunan pegawai bagi tempoh tidak hadir bertugas atau memperakukan cuti tanpa gaji f) Meminta pegawai mengemukakan sijil cuti apabila tidak hadir bertugas sakit

Perintah Am 14A Bab C 1974

Tindakan Pemotongan Gaji Mengikut Perintah Am 14A(a) Bab C 1974 bagi kes tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebabsebab yang munasabah

TAHAN KERJA BAGI TUJUAN SIASATAN


Lembaga Tatatertib boleh jika difikirkan perlu menahan kerja seseorang pegawai bagi maksud penyiasatan dalam dua keadaan:i. Apa-apa kesalahan jenayah ii. Perlanggaran tatatertib yang serius

Penahanan kerja di bawah peraturan ini hanya bagi tempoh tidak melebihi (1) bulan dan dibayar emolumen penuh.

PENAHANAN KERJA
Lembaga Tatatertib boleh jika difikirkan perlu menahan kerja seseorang pegawai dalam dua (2) keadaan:i. Apabila prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai : atau
ii. Apabila tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja sedang / akan diambil terhadap seseorang pegawai.

GANTUNG KERJA
Perintah Gantung Kerja boleh dikenakan terhadap seseorang pegawai jika:i. Apabila seseorang pegawai disabitkan oleh mahkamah; atau ii. Apabila seseorang pegawai dikenakan perintah tahanan buang negeri dan sebagainya

Jenis Hukuman a. Amaran b. Denda

c. Lucuthak Emolumen
d. Tangguh pergerakan e. Turun gaji f. Turun Pangkat g. Buang Kerja

Pihak Lembaga boleh mengenakan satu atau apa-apa kombinasi dari dua atau lebih hukuman tersebut.

Hukuman

Amaran Denda Lucuthak Emolumen Tanggung pergerakan gaji Turun gaji Turun Pangkat

Tempoh Tidak Layak dinaikkan Pangkat (Pek. Perkh. Bil.4/1990) 6 bulan atau 1 urusan mana yang terdahulu 9 bulan atau 1 urusan mana yang terdahulu 18 bulan atau satu urusan mana yang terdahulu
30 bulan atau 1 urusan mana yang terdahulu 36 bulan atau 1 urusan mana yang terkemudian 48 bulan atau 2 urusan mana yang terkemudian

Hukuman

Amaran Denda Lucuthak Emolumen Tanggung pergerakan gaji Turun gaji Turun Pangkat

Tempoh Tidak Layak dinaikkan Pangkat (Pek. Perkh. Bil.3/2009) 12 bulan atau 1 urusan mana yang terdahulu 18 bulan atau 1 urusan mana yang terdahulu 24 bulan atau satu urusan mana yang terdahulu
30 bulan atau 1 urusan mana yang terdahulu 36 bulan atau 1 urusan mana yang terkemudian 48 bulan atau 2 urusan mana yang terkemudian

You might also like