PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia-Nya kami dapat menyempurnakan dan dapat menyiapkan laporan ini. Penghargaan diucapkan terutamanya kepada pensyarah subjek Proses Pembuatan, En. Mohd Muad Bin Eswan yang telah berusaha membantu kami dalam menyempurnakan projek ini. Beliau telah menyediakan garis panduan dan cara-cara penulisan laporan kepada kami bagi memudahkan penyempurnaan laporan. Dengan panduan tersebut, laporan kami dapat berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang akan menjejaskan proses penyiapan laporan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dalam menyiapkan laporan proses pembuatan ini. Sekian terima kasih.

DENSO (M) SDN BHD
ABSTRAK Denso (Malaysia) Sdn. Bhd. mengeluarkan bahagian dan komponen automotif seperti unit kawalan enjin elektronik, starter motor, pemanas kereta, dan pemanas tanpa biji. Syarikat ini telah berpangkalan di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Denso (Malaysia) Sdn. Bhd. beroperasi sebagai subsidiari Denso Corp. Pemegang saham terbesar ialah DIAS (Denso International Asia) iaitu sebanyak 72.7% dan selebihnya ialah Toyota Tsusho (Malaysia) Sdn Bhd) sebanyak 27.3%.

1980 - Nippondenso (M) Sdn.Bhd 1983 - Start Production 1983 - Start of supply to AJSB 1987 - Start of supply to Proton 1987 - Start of Export (Radiation) 1992 - Completion of 2nd Automative Plant 1994 - Start to PERODUA 1994 - ISO 9002 Certification from SIRIM 1995 - Merged with Nippondenso Capital Sdn.Bhd 1996 - Completion of Electronic Plant 1996 - Changed corporate name to Denso (Malaysia) sdn.bhd 2000 - ISO 14001 Certification 2003 - ISO/TS 16949 system 2006 - Denso Group President Award

2006 - Achieved Zero Emission 2007 - Appointed as TPS model company by MAJAICO 2007 - Environment Award from Selangor State Government 2007 - Achieve Quality Management Excellent Award from MITI 2008 - ISO 9001 : 2000 SIRIM CD Product 2008 - OHSAS 18001/MS 1722 2009 - Environment Award from Selangor State Government 2009 - Awarded Prime Minister Hibiscus Award (environment) 2011 - Genuine Corporate Award from Business Software Aliance Kilang Denso ini menjalankan proses pembuatan berasaskan Aluminium dan plastik. Dalam arus kemajuan dan pembangunan teknologi automatif yang begitu pesat membangun, pihak pengurusan Denso telah menunjukkan kepada kami tentang proses pembuatan radiator. Kajian terhadap sistem radiator untuk kereta telah dimajukan dalam pelbagai bentuk dan cara. Pelbagai teori, kaedah serta analisa telah diaplikasikan dalam membangunkan teknologi ini. Dalam menganalisa radiator, skop penting yang perlu dititikberatkan adalah berkenaan reka bentuk yang sesuai dan pemilihan bentuk radiator yang tepat mengikut spesifikasi dan nilai yang ditetapkan. 1- Melakarkan idea-idea baru untuk system radiator 2- Fabrikasi radiator yang telah dilakar 3- Menentukan proses yang sesuai dalam memfabrikasi radiator 4- Analisa perolakan (convection) 5- Analisa pengaliran (conduction)

6- Analisa kemampatan radiator Secara keseluruhannya dalam mengikuti lawatan ini, kami telah mempelajari konsep radiator berfungsi. Selain itu, kami juga telah mengenalpasti syarikat yang mengeluarkan radiator untuk pasaran tempatan, serta syarikat-syarikat antarabangsa yang membuat radiator kereta. Radiator adalah satu jenis aliran silang penukar haba, dan meruapakan salah satu bahagian yang penting dalam sesuatu kenderaan berenjin. Di Negara-negara yang mengalami musim sejuk, radiator berperanan sebagai pengawal suhu di dalam rumah. Di sini fungsi radiator adalah sebagai pemanas bagi mengimbangi suhu di dalam sesebuah bangunan dan rumah. Dalam sesebuah kenderaan bermotor radiator merupakan satu unit yang mana berfungsi untuk mengawal suhu juga sebagai sistem penyejukan di dalam enjin kereta. Secara am, ia melibatkan pertukaran haba yang dari suhu yang tinggi kepada rendah. Proses ini berlaku di dalam tiub yang mana ia menggunakan air sebagai medium penyejuk. Air yang keluar dari enjin akan disejukkan menerusi tiub yang mana tiub tersebut diselangi di antaranya sirip penyejuk yang banyak bagi memerangkap udara untuk menukar suhu panas dalam tiub tersebut menjadi sejuk. Secara keseluruhannya proses ini melibatkan proses perolakan (convection) yang mana perpindahan haba berlaku. Pada kebiasaannya radiator kenderaan menukarkan haba antara air panas dan uadara sejuk. Radiator dan syarikat pengeluar Antara syarikat yang mengeluarkan radiator adalah seperti berikut : 1- ALU Global 2- Rome – Turney Radiator 3- Denso 4- Selas Heat Technology Company LLC Flow Pemprosesan yang dijalankan

ZZK MAJU ENTERPRISE
ABSTRAK Tanggal 29 Sept 2012, kumpulan kami telah menjalankan lawatan ke syarikat ZZK Maju Enterprise. Syarikat Zzk Maju Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2008. Tujuan kami melawat kilang Zzk adalah untuk mengkaji dan membuat penyelidikan dengan lebih dalam mengenai proses pembuatan yang dilakukan oleh syarikat tersebut, dimana Syarikat tersebut telah menjalankan proses pembuatan bingkai pintu dan tingkap. Syarikat Zzk Maju Enterprise merupakan salah satu syarikat yang menjalankan proses pembuatan yang berasaskan aluminium dan kaca. Semua proses yang ini dijalankan adalah dengan bantuan teknologi yang terkini dimana ianya memudahkan pekerja-pekerja syarikat tersebut menjalankan tugas. Syarikat Zzk Maju Enterprise mempunyai kemudahan pengeluar sendiri dengan dibantu pekerja-pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Dalam persekitaran terbuka yang kompetetif pada masa kini, produk yang dihasilkan oleh kilang Zzk sangat menarik dan berkualiti. Dengan ini, ia dapat membantu meningkatkan jualan produk kepada pengguna di samping dapat meningkatkan lagi keuntungan syarikat tersebut.

Proses-proses asas dan teknologi yang digunakan
Proses-proses asas yang terlibat didalam proses pembuatan di Syarikat Zzk Maju Enterprise antaranya ialah proses joining. Contohnya proses pemasangan skru pada baket window. Syarikat Zzk Maju Enterprise memilih proses tersebut kerana proses pembuatan bingkai dan tingkap amat mudah untuk dijalankan. Selain itu, ia juga tidak memerlukan banyak pekerja serta menjimatkan masa bekerja. Kemajuan teknologi memainkan peranan penting dalam memajukan industri pembuatan bingkai dan pintu. Dalam arus kemajuan dan pembangunan teknologi yang begitu pesat membangun, kilang Zzk telah menggunakan peralatan dan mesin yang canggih seperti mesin

pemotong, mesin penebuk lubang dan sebagainya. Syarikat Zzk Maju Enterprise amat menitikberatkan keselamatan dan kesihatan pekerjapekerjanya. Hal ini kerana, keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orangorang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Dengan ini, produk yang dihasilkan akan berkualiti dan selamat untuk dihantar kepada pelanggan mengikut pilihannya.

Flow pemprosesan yang dijalankan

Perkara-perkara lain yang dipelajari dari lawatan :
Lawatan ke kilang Denso (M) Sdn Bhd dan Zzk Maju Enterprise ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada semua pelajar mengenai kursus proses pembuatan. Syarikat Denso dan Zzk memberi peluang kepada kami untuk mengetahui

dengan lebih mendalam tentang proses penghasilan radiator dan alatan automotif yang lain yang dikeluarkan oleh Denso manakala syarikat Zzk pula menghasilkan bingkai pintu dan tingkap. Menerusi lawatan akademik ini para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas lagi tentang gambaran sebenar proses pembuatan radiator yang merupakan salah satu komponen dalam kereta dan akan dihantar kepada pelanggan. Selain itu juga, lawatan ke Denso dan Zzk juga dapat memberikan kami pengalaman yang baru untuk menilai situasi bekerja sebenar ketika beradada dalam industri. Teknologi yang tinggi di dalam kilang tersebut dapat mengembangkan lagi pemikiran pelajar dalam menjana idea yang baru. Para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas proses pembuatan komponen-komponen serta pemasangan bahagianbahagian.

Perkara-perkara menarik yang dipelajari dari lawatan : Peserta-peserta juga berpeluang menyaksikan beberapa suasana bekerja di dalam kilang. Selain itu, para peserta juga dapat pemahaman yang lebih jelas mengenai langkahlangkah pemprosesan yang dijalankan.

Perkara yang kurang menarik dan ingin diperbaiki : Kekurangan dalam penajaan berbentuk kewangan untuk menjelaskan

pembayaran penginapan dan pembayaran bas. Komitmen sepenuhnya daripada peserta amat sukar diperolehi kerana ramai peserta mempunyai komitmen lain seperti terlibat dengan program lain semasa lawatan hendak dijalankan dan faktor kekangan masa. Selain mencari dana, pelajar juga mempunyai masalah kewangan yang tersendiri. CADANGAN Ya, lawatan seperti ini perlu diteruskan untuk membuka minda pelajar tentang pendedahan dalam pembelajaran di kilang secara praktikal dan secara tidak langsung

dapat menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri pelajar supaya dapat menguruskan sesuatu projek lawatan. Bagi memastikan perancangan berjalan dengan lancar, kami mengharapkan pada masa akan datang juga pihak kolej dapat menyokong komitmen yang tinggi terhadap program yang diikuti. program seperti ini dan memberikan sedikit sumbangan . Selain itu, pelajar perlulah memberi kerjasama dan

KESIMPULAN Setelah apa yang telah dipelajari dari lawatan ke Syarikat DENSO (M) SDN BHD dan ZZK MAJU ENTERPRISE, dapat disimpulkan bahawa proses membuat radiator dan pembikinan bingkai pintu dan tingkap memerlukan ketelitian yang tinggi terhadap produk yang akan dikeluarkan. Kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar radiator banyak menggunakan teknologi terkini dan menggunakan kaedah digital untuk mengeluarkan radiator dalam jumlah yang banyak untuk suatu keluaran. Kilang Zzk Maju Enterprise juga tidak ketinggalan zaman dalam penggunaan teknologi terkini dan canggih, sesuai dengan perubahan masa walaupun baru 4 tahun menceburi bidang perniagaan.

LAMPIRAN

Rajah 1: menunjukkan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan

Rajah 2: mesin yang digunakan untuk menebuk lubang aluminium

Rajah 3: Cutter Machine

Rajah 4: Alat-alatan yang digunakan untuk memasang pintu dan tingkap

Rajah 5 :Produk yang telah siap dihasilkan

Rajah 6 : Hasil kerja daripada aluminium dan kaca