Professional Documents
Culture Documents
kerja kursus bahasa melayu ini tepat dengan masanya. Dalam menyediakan tugasan ini, kami telah mencari bahan daripada pelbagai sumber. Selain daripada itu, kumpulan kami juga telah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Kota Bharu ini. Bukan itu sahaja, rakan-rakan juga telah memberi sumbangan dari segi
masa yang diluangkan untuk bersama- sama menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupakan kepada ibu bapa yang tidak jemu untuk memberi sokongan kepada kami setiap masa. Hasil tugasan ini tidak akan lengkap tanpa pandangan dan nasihat yang diberikan oleh para pensyarah dan rakan seperjuangan. Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua atas sokongan yang telah diberi. Jasa anda amat kami hargai.
OBJEKTIF
sudut
bahasa ilmu
Bab ini memperkenalkan bahasa Melayu dari segi asal usulnya.antara perkara yang dihuraikan ialah:
Pada masa ini asal usul bahasa Melayu masih kabur. Pengkajian yang mendalam tentang sejarah dan perkembangan bahasa ini masih diperlukan. Bagaimanapun, pengkajian terhadap asal usul bahasa ini amat sukar dan rumit. Hal ini disebabkan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu pada zaman prasejarah masih belum ditemui. Bagi mengkaji asal usul bahasa, bahasa Melayu yang merupakan penutur asli bahasa Melayu perlu diselidik. Ini kerana penutur asli bahasa Melayu ialah manusia yang melahirkan bahasa tersebut dan menggunakannya dalam kehidupan mereka.
Banyak pendapat yang diutarakan oleh para sarjana tentang konsep Melayu.Pada peringkat awal, istilah Melayu dikaitkan dengan konsep kerajaan. Ini berdasarkan bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa perkataan Melayu merujuk kerajaan atau kawasan dan bukan merujuk bangsa. Penggunaan istilah Melayu pada peringkat awal dapat dikesan sekitar circa 100 hingga 150 Masihi. Istilah Melayu untuk merujuk nama bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. Berdasarkan teks-teks yang ada hubungannya dengan Melaka klasik, istilah Melayu merujuk keturunan yang berbangsa kepada dan berasal sahaja.Ini raja-raja bererti Melayu istilah dari Melayuhanya merujuk keturunan
Sumatera.Bagaimanapun pada abad ke-17,penggunaan istilah Melayu yang merujuk bangsa semakin meluas dan merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara.
Pada tahun 1972,UNESCO telah memberikan pengertian tentang konsep Melayu yang digunakan untuk merujuk suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,Thailand,Indonesia,Filipina dan Madagaskar.
Para penyelidik telah memperoleh bukti penggunaan perkataan Melayu sejak abad ke-2 lagi. Sekitar tahun 100 150 Masihi, M. Ptolemy telah menggunakan istilal maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.
Menurut Gerini, istilah ini diambil daripada kata bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram, iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.
Perkataan Melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana yang terdapat perkataan Malaya dvipa. Menurut para penyelidik, perkataan tersebut merujuk kepadaa Pulau Sumatera, yang merupakan tempat asal bahasa Melayu.
perkataan Melayu ditemukan juga dalam tulisan China yang ditulis antara tahun 644 dan 645 Masihi (pada zaman Dina, sti Tang). Tulisan ini menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasilhasil bumi kepada raja China. Para penyelidik percaya bahawa kerajaan Mo-lo-yeu yang dimaksudkan itu berpusat di daerah Jambi, Sumatera.
Istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa dapat dilihat dalam 2 pengertian, iaitu dalam pengertian yang luas dan dalam pengertian yang sempit.Dalam pengertian yang luas, istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Kepulauan Melayu. Dalam konteks yang lebih luas, rumpun Austronesia juga meliputi kawasan Austronesia yang lain, iaitu kawasan di sebelah Timur yang merangkum keluarga Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia.Berdasarkan pengertian yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1972, istilah Melayu digunakan untuk merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.Secara umumnya, pengertian Melayu merujuk kepada bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu. Mereka menduduki kawasan-kawasan seperti yang berikut : seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (berdekatan dengan Brunei) dan Sarawak (Bahagian Pertama dan Kucing), Brunei, Pantai timur Sumatera, Sepanjang pantai Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur, Pulau-pulau lain di kepulauan Melayu seperti Riau, Lingga, Bangka, Natuna, Belitung, dan Banda, Kawasan selatan Thailand terutama di Pattani, Kawasan selatan Filipina seperti daerah Zamboanga di pantai selatan pulau Mindanao, termasuk gugusan pulau Sulu dan Palawan, kawasan Campa di selatan Indo-China, Singapura, kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu di seluruh dunia seperti Sri Lanka, Madagaskar, dan Afrika Selatan.
Di Malaysia, pengertian istilah Melayu menjadi lebih sempit, iaitu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Malaysia Perkara 153, seseorang itu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu apabila mereka dapat menuturkan bahasa Melayu, mengamalkan adapt istiadat Melayu, dan beragama Islam. Dengan demikian, sekiranya orang itu murtad atau bertukar kewarganegaraan, maka taraf Melayu yang disandangnya akan hilang..
Salasilah bermaksud asal usul. susur galur, atau keturunan. Oleh hal yang demikian, salasilah bahasa Melayu merujuk kepada kajian tentang asal usul atau keturunan bahasa Melayu.Para penyelidik menggunakan rajah salasialah bahasa untuk mengkaji asal usul bahasa melayu.Dikatakan orang Melayu berasal daripada induk Austronesia.Bahasa Austronasia tersebar luas dari Formosa (di utara) hingga ke New zealend (di selatan) dan dari Madagaskar (di barat) hingga Kepulauan Easter (di timur).Bahasa Austronesia yang menjadi induk bahasa Melayu ayang dipertuirunkan dari satu generasi ke satu generasi. Dalam rajah salasilah bahasa itu, faktor usia
bahasa menjadi kriteria untuk memeringkatkan bahasa-bahasa di dunia kepada filum, rumpun, dan keluarga bahasa. Istilah filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu berumur 5000 tahun ke atas. Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berumur antara 2500-5000 tahun, manakala keluarga merujuk kepada kelompok bahasa yang berumur kurang daripada 2500 tahun.Berdasarkan konsep usia bahasa ini, bahasa yang menampakkan penyimpangan yang agak sedikit daripada segi pembentukan kata, bunyi, dan golongan kata dikenal sebagai bahasa sekeluarga. Seterusnya, sesuatu keluarga bahasa dapat dibahagikan kepada subkeluarga atau subkelompok berdasarkan faktor geografi dan nama bahasa tertentu.Keluarga bahasa ini dapat dipecah-pecahkan kepada beberapa
FILUM
RUMPUN
RUMPUN
KELUARGA 1
KELUARGA 2
KELUARGA 1
KELURGA 2
SUBKELUARGA 1
SUBKELUARGA 2
SUBKELUARGA 1
SUBKELUARGA 2
BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA.
Penutur awal bahasa Austronesia proto atau purba dikatakan berasal wilayah yang disebut China sekarang ini.Sekitar 4000 tahun yang lalu,penutur ini bermigrasi dari selantan China ke pulau Taiwan dan seterusnya menyeberangi sempadan
Filipina,Tanah Melayu dan Indonesia.mereka kemudian bergerak ke Madagaskar berdekatan benua Afrika dan ke seluruh Lautan Pasifik.Maka sejahrawan telah mengelompokkan dan menjelaskan cabang bahasa ini melalui beberapa bentuk.ada yang mengelompokanya kepada empat keluarga asas iaitu:
a) Bahasa-bahasa kepulauan Melayu atau Nusantara b) Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawai,Tonga dan Maori c) Bahasa-bahasa Molanesia seperti bahasa-bahasa Kepulauan Fiji,New Caledonia dan Irian d) Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan
KELUARGA MIKRONESIA
KELUARGA POLITENESIA
KELUARGA NUSANTARA
Bila dilihat dari pembahagian diatas kita dapat lihat bahasa Melayui kita tergolong dalam cabang bahasa Nusantara.subkeluarga bahasa Nusantara dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
a) Kumpulan Filipina,contohnya bahasa Tanglong,Lioko,Bikol dan Sulu b) Kumpulan bahasa Sumatera,contohnya bahasa
Acheh,Batak,Minangkabau,Melayu,Nias,Lampung dan Orang Laut c) Kumpulan bahasa Jawa contohnya bahasa Sunda,Jawa dan Madura d) Kumpulan bahasa Kalimatan contohnya bahasa Iban,Kenya,Kayan dan Melanau e) Kumpulan bahasa Bali-Sasak contohnya bahasa Bali,Sasak dan Sumbawa f) Kumpulan bahasa Sulawesi Selatan contohnya bahasa Masakar,Bugis dan Seko g) Kumpulan bahasa Halmahera Selatan-Irian Jaya,contohnya bahasa Hilmahera Selatan,Nufur dan Kowiai
Selain itu mereka juga mengelompokkan bahasa Melayu di dalam cabang subkeluarga di bawah Melayu- Polinesia.keluarga bahasa Melayu-Polinesia terbahagi kepada bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Barat,Melayu-Polinesia Tengah dan Melayu-Polinesia Timur.cabang-cabang bahasa Melayu-Polinesia ialah:
i.
Bahasa Melayu-Polinesia Barat Bahasa Borneo Bahasa Filipina Utara Bahasa Filipina Tengah Bahasa Filipina Selatan Bahasa Mindanao Selatan Bahasa Sama-Bajau Bahasa Sulawes
ii.
Bahasa Melayu-Polinesia Tengah Bahasa Bima-Samba Bahasa Maluku Tengah Bahasa Maluku Tenggara Bahasa Timor-Flores
iii.
Bahasa Melayu-Polinesia Timur Bahasa Halmahera Selatan Papua Barat Laut Bahasa Oceania
MELAYU-POLITENASIA TIMUR
KELUARGA MELAYU-POLITENISIA
MELAYUPOLITENASIA BARAT
MELAYU-POLITENISIA TENGAH
Untuk mengetahui tempat asal bahasa Melayu, kajian tentang asal usul bangsa Melayu yang menuturkan bahasa tersebut perlu dilakukan.Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bangsa Melayu, iaitu : kawasan Asia Tengah, kawasan Nusantara.
Berdasarkan hipotesis, dikatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China. Pelbagai nama digunakan untuk merujuk kawasan tersebut. Antaranya IndoChina, pantai timur China selatan, iaitu di Champa dan Kampuchea dan ada pendapat menyatakan tempat terebut ialah Burma.Penghijrahan dari utara( bahagian China selatan) ke selatan, iaitu Nusantara dilakukan secara berkelompok-kelompok. Walau bagaimanapun, sebab-sebab perpindahan masih tidak dapat dipastikan, perpindahan ini telah menurunkan kelompok Melayu.Kelompok Melayu pertama yang sampai ke kawasan Nusantara ini dinamakan Melayu-Proto dan dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM.Hipotesisi tentang perpindahan kelompok Melayu ini telah dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. Beliau yang merupakan ahli prasejarah telah membuat kajian terhadap beliung bersegi panjang yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawadi, Sungai Brahmaputra. Beliau mendapati bahawa bentuk dan jenis beliung yang sama juga telah dijumpai di beberapa kawasan Nusantara. Oleh itu, beliau telah membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut telah dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah dtang ke Nusantara dan mereka dikenali sebagai Melayu-Deutro. Kedatangan Melayu-Deutro telah menyebabkan kelompok Melayu-Proto berundur ke kawasan pedalaman seperti memasuki hutan, lembah, dan kawasan-kawasan pergunungan. Walaupun kelompok ini telah melarikan diri ke kawasan pedalaman, namun kelompok ini masih wujud sehingga
kini dan keturunan mereka ini dikenali sebagai orang asli.Antara yang masih wujud di Malaysia ialah orang asli Negrito, Senoi, Jakun, Temuan. Apabila petempatan MelayuProto ini terpisah-pisah, bahasa yang dituturkan oleh mereka telah berkembang dan melahirkan dialek-dialek dan bahasa yang berlainan. Golongan Melayu- Deutro pula telah menurunkan orang Melayu moden. Mereka dikatakan mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu Proto. Golongan ini lebih pandai dan berkemahiran jika dibandingkan dengan Melayu-Proto. Mereka telah membina petempatan di pesisir pantai dan menetap di situ. Melayu-Proto juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pelayaran. Dengan kemahiran ini, mereka telah membuka petempatanpetempatan baharu di Kepulauan Melayu dan mereka terus berkembang di kawasan tersebut.Bagaimanapun, hipotesis pertama ini agak meragukan dari segi tarikh berlakunya penghijrahan. Dikatakan bhawa tarikh penghijrahan kedua-dua kelompok ini ternyata bercanggah dari bukti arkeologi bahawa manusia moden telah menghuni Alam Melayu sejak 35000 tahun yang lalu. Jika benar penghuni Melayu berasal dari selatan China, sudah pasti kelompok induknya di selatan China ini mempunyai persamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan yang asas. Namun, daripada penilitian yang dilakukan, tiada satu pun yang mempunyai ciri persamaan dengan rumpun Melayu di Alam Melayu.Para sarjana yang tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa kelompok Melayu berasal daripada kawasan Asia Tengah telah
KAWASAN NUSANTARA
Berdasarkan hipotesis ini, orang melayu dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang telah wujud di Nusantara. Oleh itu, orang-orang Melayu merupakan orng-orang tempatan. Pengkaji telah mengemukakan beberapa tempat yang merujuk sebagai kawasan asal Austronesia berdasarkan beberapa bukti kebudayaan, kebahasaan,perkembangan manusia dan situasi geografi masa
lalu.Berdasarkan bukti kebudayaan, Crawfurd telah menyatakan bahawa tanah asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa. Ini adalah kerana kedua-dua kawasan ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbanding dengan
bahagian-bahagian lain di Nusantara dan mereka juga telah bergerak dari Sumatera dan Jawa ke bahagian-bahagian lain di Nusantara seperti di Semenanjung Tanah Melayu.Ini menyebabkan kebudayaan mereka tersebar dan lebih menonjol daripada yang lain. Oleh itu, orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tempat di luar Nusantara, tetapi mereka merupakan induk yan tersebar ke bahagian-bahagian lain.Berdasarkan bukti bahasa, Marsden mendapati bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia. Induk kepada bahasa-bahasa ini ialah Austronesia kerana terdapat kekerabatan antara bahasa-bahasa tersebut. Bahasa Austronesia ini tersebar ke bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan tidak termasuk ke wilayah Asia Tengah. Dyen pula menyatakan bahawa orang Melayu mungkin berasal dari 3 tempat iaitu, Melanesia, Formosa, New Guinea. Tempat ini berdasarkan bukti bahawa setiap bahasa di kawasan ini mempunyai kekerabatan. Beliau juga mendapati bahawa bahasa yang terpisah lebih awal mempunyai peratus kekerabatan yang rendah, sebaliknya bahasa yang baru terpisah mempunyai peratusan kekerabatan yang tinggi.Kekerabatan bahasa dapat dilihat dari segi persamaan beberapa perkataan yang digunakan, persamaan dari segi bentuk kata dan persamaan dari segi struktur bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa yang dituturkan di Nusantara berasal daripada induk yang sama.Dari sudut geografi pula, Nusantara dari Zaman Pilosen (sekitar 5-16 juta tahun lalu) sehingga Zaman Pleistosen (18000 tahun lalu) merupakan sebuah dataran yang luas yang di dalamnya terdapat beberapa wilayah seperti Semenanjung tanah Melayu, Palawan, Jawa, Borneo, dan pulau-pulau kecil Riau dan Lingga.Daratan yang luas ini dikenali sebagai Pentas Sunda. Selain itu, terdapat juga Pentas Sahul yang menghubungkan Australia dengan New Guinea.Semasa zaman pencairan glasier, kedua-dua pentas ini telah ditenggelami air dan beberapa dataran yang tinggi telah menjadi pulau, sama ada pulau kecil atau besar. Pencairan ini juga telah menyebabkan beberapa wilayah di situ terpisah-pisah dan memyebabkan orang-orang di situ berpindah ke bahagian lain yang tidak ditenggelami air.Selain bukti-bukti yang ada, pendokong hipotesisi Nusantara juga berdasarkan penemuan rangka manusia awal, iaitu manusia Homo Erectus di Jawa. Ia juga disebut sebagai Phitecanthropus erectus berusia sekitar 2 juta tahun telah ditemui di Sambungmacan dan diberi nama
manusia Jawa.Sehingga kini, 41 fosil manusia telah ditemui dan telah dihipotesiskan bahawa manusia moden (Homo sapiens) merupakan keturunan daripada manusia yang awal ini.Homo sapiens ialah induk manusia Austronesia.
TARIKH
penghijrahan kelompok Melayu-Deutro didakwa berlaku 1500 SM sedangkan kajian arkeologi mendapati manusia moden telah wujud di kepulauan Melayu sejak 3500 tahun yang silam
WARNA KULIT
bangsa Melayu berkulit coklat tetapi bangsa Asia Tengah berkulit Cerah.
KEBUDAYAAN
perkembangan kebudayaan daripada Melayu dan Jawa sangat menonjol dan telah menyebar ke bahagian lain di Nusantara.
ARTIFAK
BAHASA
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun
GEOGRAFI
Perpindahan bangsa Melayu bukan berlaku melalui gelombang penghijrahan tetapi melalui perpecahan daratan sebagai akibat percairan glasier.
BAHASA AUSTRONESIA
bahasa daripada rumpun banyak mempunyai persamaan antara satu sama lain. Persamaan itu dapat dilihat daripada segi perkataan, imbuhan, dan susunan tatabahasanya
dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak munusia di Nusantara KAJIAN ARKEOLOGI lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. 2 tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 dan 600000 tahun. Sedangkan tengkorak manusia Pekins berusia 550 000 tahun.
Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukkan untuk menjelaskan pekara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belumlah tercapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asalusul Bangsa Melayu iaitu:
Bangsa
Melayu
Berasal
daripada
Nusantara(Teori
Nusantara)
Selain itu ada juga pendapat yang mengatakkan orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. TEORI YUNAN
Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya Alasanalasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Pekara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Adat Resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam(Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, peduduk di kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.
Teori ini merupakan teori yang popular yakni yang diterima umum.
Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia[5], adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.
Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama,ditandai dengan perpindahan . ORANG NEGRITO
Orang Negrito merupakan pududuk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek. MELAYU PROTO
Mereka merupakan bangsa peribumi asal.Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.Mereka terdiri daripada golongan orang asli seperti jakun,senai,semai.batik,temiya serta golongan peribumi Sabah dan Sarawak.
MELAYU DEUTRO
Ia lebih dikenali sebagai gelombang Melayu ke dua selepas melayu proto.berlaku pada kira-kira 1500 Sebelum Masihi.Mereka berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman
Logam dan menduduki kawasan kawasan pantai dan tanah-tanah lembah di Asia Tenggara.
TEORI NUSANTARA Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa memupunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Pekara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengkatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahsa Champa(Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan" Manusia kunoHomo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa. Bahasa di Nusantara(Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah). Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia. Kekeluargaan Orang Melayu Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkhawinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberpa variasi. Dalam sistem ini keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkhawinan semula.Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas, yakni sebuah keluarga(yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan 3 generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada
perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Bersamping itu faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.
BUNYI BAHASA
Bunyi- bunyi bahasa dihasilkan dengan dua cara jika dilihat secara kasar. Pertama, bunyi dikeluarkan dengan menggunakan cara udara tidak terganggu dalam rongga mulut.Udara yang keluar tidak tersekat atau terhimpit apabila melalui rongga mulut. Kedudukan lidah dan bentuk bibibr
mempengaruhi bunyi. bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal. Bunyi yang dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paru- paru merupakan cara yang kedua. Semasa melalui tmulut atau rongga hidung, aliran udara akan terganggu oleh alat- alat sebutan tadi. Bunyi ini pula ialah bunyi konsonan.
Manusia
menghasilkan
bunyi-bunyi
bahas
dalam
berkomunikasi.
Masyarakat penutur bersetuju bahawa bunyi- bunyi bahasa ini sebagai sesuatu yang bermakna. Ia terlafaz dalam deretan bunyi yang tertentu. Selain itu, bunyibunyi bahasa juga boleh diwakili dengan lambang- lambang yang telah ditentukan. Antara bunyi bunyi yang bukan bahasa ialah batuk, berdehem, bunyi klik pada bibir gusi dan ianya tidak mempunyai sebarng lambang. Walau bagaimanapun, kewujudannya mempunyai makna. Dalam bentuk ujaran, bunyi yang dikeluarkan berterusan dan tidak putus-putus. Bagi kajian pula, unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan telah dipenggal- penggal. Setiap penggal bunyi itu dipanggil fon. Terdapat juga bunyi yang menyertai bunyi penggal dikenali sebagai bunyi- bunyi supra- penggalan. Bagi menandakan ianya merupakan satu bentuk bunyi, setiap fon dimasukkan ke dalam kurungan [ ]. Oleh hal demikian, bunyi bahasa terbahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan menurut cara sebutan.
Bunyi- Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal ini merupakan bunyi bersuara, Deskripsi bunyi vokal bergantung kepada kualiti bunyi tesebut, iaitu merujuk pula kepada rongga mulut. Bunyi vokal yang dilafazkan itu ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas, Pekara yang berlaku ialah lidah turun dan naik untuk mengawal saiz rongga mulut. Rongga rengkung juga dapat dikawal untuk menjadi besar atau kecil. Gabungan ciri- ciri inilah yang dapat menghasilkan bunyi vokal. Ketika udara daripada paru- paru keluar melalui pita suara, ia akan bergetar untuk menerbitkan suara. Semasa melalui rongga mulut, bunyi itu akan berubah- ubah berdasarkan perubahan kedudukan lidah dan rupa bentuk bibir. Lidah berfungsi untuk menentukan corak bunyi dengan melihat bahagian mana lidah terlibat dalam menghasilkan bunyi. jika bahagian yang terlibat itu ialah hujung lidah, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu adalan vokal depan. Ini kerana lidah terletak dibahagian depan mulut. Jikalau bahagian belakang lidah yang terlibat pula, vokal yang dihasilkan itu merupakan vokal belakang. Selain itu, tedapat lagi satu jenis vokal iaitu vokal tengah di mana lidah berada dalam keadaan yang bersahaja iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam keadaan sedikit ternganga. Jika bahagian depan lidah yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal, maka ia akan disertai dengan keadaan bentuk bibir yang leper atau terhampar. Lain pula jika bahagian belakang lidah terlibat, lidah akan membundar. Terdapat empat titik kedudukan lidah di bi bahagian depan mulut yang terlibat untuk hasilkan bunyi vokal depan. Hujung lidah diangkat setinggi yang boleh ke atas dan ke hadapan, tetapi tidak menutup aliran udara. Ia dikenali sebagai vokal hadapan sempit. Bunyi vokal hadapan luas pula berlaku apabila hujung lidah diturunkan paling ke bawah yang mungkin. Selain itu, di antara
kedudukan vokal hadapan yang sempit dan vokal hadapan yang luas boleh dijadikan dua jenis vokal yang lain. Dengan menurunkan lidah 1/3 ke bawah,
didapati berlaku vokal depan separuh sempit dan kita juga boleh ujarkan vokal depan separuh luas dengan mengangkat depan lidah 1/3 ke atas dari bawah. Bagi menghasilkan vokal belakang sempit, separuh luas dan luas boleh menggunakan cara yang sama bahagian belakang yang berubah- ubah. Jika meletakkan lidah dalam keadaan bersahaja dan bahagian tengah lidah diangkat sedikit, vokal tengah dapat dihasilkan. Kaedah untuk mendeskripsikan bunyi- bunyi vokal berpandukan diagram vokal cardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones(1956). Di bawah ini merupakan gambar kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut.
Rajah Vokal
Vokal Depan Vokal depan mempunyai empat buah fon vokal depan iaitu [i], [e], [] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan bunyi ialah lidah, saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Daerah artikulasi yang terlibat pula ialah lelangit keras. Vokal depan sempit dihasilkan apabila hujung diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut, tetapi tidak akan menyekat aliran udara dari paru- paru. Ketika itu, bibir akan dileperkan. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Sambil menggetarkan pita suara, udara keluar melalui rongga mulut. Bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi dilafazkan. Lidah pula berada pada kedudukan
yang paling tinggi dalam rongga mulut. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [i]
Vokal separuh sempit ini dihasilkan apabila hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit. Udara dari paruparu ditekankan keluar. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan
terhampa. Pembukaan bibir agak sederhana semasa melafazkan bunyi vokal separuh sempit yang
Vokal depan separuh luas dihasilkan dengan depan lidah diturunkan dua pertiga dari kedudukan separuh sempit ketika ingin melafazkan bunyi. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Dua bibir ini akan dileperkan. Oleh hal demikian, udara akan ke keluar melalui pita rongga suara mulut sambil udara
menggetarkan
disebabkan
ditekan dari paru- paru. Bibir akan berada dalam keadaan terhampar ketika bunyi dilafazkan. Ini akan menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas iaitu [] .
Vokal depan luas berlaku apabila hujung lidah diturunkan ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung akan ditutup. Sejurus itu, udara akan ditekan
keluar dari paru- paru dan ia akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Justeru itu, bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi terlafaz. Bunyi vokal yang dpat dihasilkan ialah [a].
Vokal Belakang
Vokal belakang terhasil dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut, iaitu ke titik yang paling tinggi setakat yang boleh. Oleh itu, untuk menghasilkan bunyi vokal depan perlulah menurunkan belakang lidah 1/3 ke bawah. Dalam menghasilkan bunyi ini, bibir hendaklah dibundarkan. Terdapat empat bunyi vokal belakang yang terlibat iaitu [u], [o], [ ] dan [ ]. Kadar bukaan mulut ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Daerah artikulasi yang terlibhat ialah lelangit keras.
Vokal belakang sempit dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin tetapi aliran paru- paru tidak ditutup dan bibir dibundarkan.Lidah perlulah merapati lelangit keras. Pengaliran udara tidak tersekat. Kemudian, lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Sambil
menggetarkan pita suara, udara akan keluar melalui rongga mulut. Bibir berada dalam keadaan bundar semasa ia dilafazkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [u].
Vokal belakang separuh sempit iaitu belakang lidah diturunkan 1/3 di antara titik yang paling tinggi dan titik yang paling rendah boleh dicapai oleh belakang lidah. Ketika itu, bibir dibundarkan. Lelangit lembut diangkat tepat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup. Seperti biasa, udara akan keluar melalui rongga mulut sambil
pita suara bergetar. Apabila udara ditekan keluar, maka bunyi vokal yang dihasilkan ialah [o].
Vokal belakang separuh luas dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit daripada ketika menghasilkan vokal separuh sempit. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara akan ditekankan keluar dari paru- paru. Di samping itu juga, udara keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan bundar semasa bunyi dilafazkaan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ ].
titik
paling bawah dan dapat dicapai dengn belakang lidah. Lelangit lembut diangkat diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara bergetar sambil udara keluar melalui rongga mulut.
Kemudian, udara ditekan dari paru- paru. Bibir berada dalam keadaan bundar ketika bunyi dilafazkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ ].
Vokal Tengah
Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Tengah lidah itu melengkung ke atas sedikit. Bibir terbuka, tetapi keluasan rongga mulut adalah agak sederhana. Keadaan bibir waktu itu adalah bersahaja. Udara
kemudiannya ditekan keluar dari paru- paru. Bunyi vokal yang terhasil dikenali sebagai vokal tengah[ ].
Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal, iaitu, [i], [e], [a], [ ], [u] dan [o]. Antara contoh bukaan bibir apabila bunyi dilafazkan adalah seperti berikut:
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, Fonetik dan Fonologi, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd (2006) Rammah Haji Sabran, Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin, bahasa Melayu STPM Kertas 1&2, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd (2001)
Rammah Haji Sabran, Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
JADUAL TUGASAN
TARIKH
20.08.2009
PERKARA TAKLIMAT TENTANG TUGASAN YANG DIBERI MENCARI SUMBER RUJUKAN MEMBUAT PERSEDIAN MEMBUAT TUGASAN MEMINTA KOMEN DARIPADA PENSYARAH TENTANG HASIL TUGASAN MEMPERBAIKI TUGASAN MENGEMASKINI TUGASAN HANTAR TUGASAN