GGGB 5023: KAJIAN TINDAKAN

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

NAMA AHLI PENGKAJI

:

NORMAHIDAYU BINTI MOHD NORDIN (P 48642) SITI HASMIYATI BINTI ZAHARI (P 48666) SALJINEH BINTI BOBBY (P48617) TAN SIN YEE (P48643) ZALEHA BINTI MOHD JAAFAR (P48661)

PENSYARAH : PUAN NORSAKINAH

BAB 1

1.1

LATAR BELAKANG

Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pemerkasaan pelajar dalam menguasai matapelajaran geografi dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Geografi adalah satu mata pelajaran yang sangat kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk. Selain itu, geografi ini juga merupakan subjek di mana kandungannya adalah berdasarkan fakta semata-mata. Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Hal ini menyebabkan pelajar sukar untuk memahami subjek ini dengan baik, serta tidak memberi penumpuan di dalam kelas dan seolah-olah tidak berminat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. Ini menyebabkan pelajar menganggap bahawa subjek geografi memang susah untuk dipelajari dan difahami. Persepsi sebegini membuatkan pelajar hilang semangat dan motivasi dalam pembelajaran. Akibatnya, mereka hilang minat untuk mempelajari subjek geografi. Ini merupakan satu cabaran yang besar bagi guru yang mengajar matapelajaran geografi untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek tersebut. Guru harus berusaha dan memikirkan teknik pengajaran yang menarik dan berkesan serta mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang mana lebih fokus kepada teknik pengajaran yang berpusatkan pelajar Melalui teknik tersebut, pelajar dapat menjalankan proses pembelajaran sendiri, menemukan sendiri, secara berkelompok seperti bermain, maka menjadi senang, sehingga tumbuhlah minat untuk belajar, khususnya dalam belajar matapelajaran geografi.

1. Di samping itu. permainan ini juga dapat mewujudkan keseronokan kepada para pelajar dalam mempelajari geografi dan sekaligus dapat memupuk minat dan cinta pelajar kepada mata pelajaran geografi.2 PENYATAAN MASALAH KAJIAN Dalam pembelajaran geografi. 1.1. Pelajar didapati kurang meminati subjek Geografi disebabkan isi kandungan subjek ini kebanyakan berdasarkan fakta semata-mata dan memerlukan pelajar mengingati atau menghafal fakta untuk peperiksaan. tujuan utama permainan Geodam adalah sebagai salah satu cara untuk membantu para pelajar mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pembelajaran geografi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Oleh itu. para pelajar sering kali menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai subtopik pembelajaran geografi terutamanya pembelajaran yang berkaitan dengan nama-nama tempat. Ini adalah kerana didapati pelajar hilang minat terhadap subjek geografi disebabkan oleh guru yang masih lagi mempraktikkan kaedah tradisional untuk mengajar. . Teknik permainan ini boleh menimbulkan minat pelajar dalam subjek geografi kerana kebanyakan pelajar mempunyai sifat suka akan permainan.4 TUJUAN Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk meningkatkan minat pelajar serta membantu pelajar mencapai prestasi yang cemerlang dalam subjek geografi di mana dilihat pencapaian pelajar semakin merosot.3 RASIONAL KAJIAN Rasional kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek geografi dan juga melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kelas dengan menggunakan teknik permainan (Geodam).

4 1.5 OBJEKTIF KAJIAN 1. Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar-pelajar dalam mata pelajaran geografi.5 1. Meningkatkan interaksi dan kolaborasi pelajar dengan rakan-rakan di dalam kelas.5.6 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini cuba menjawab persoalan-persoalan yang berikut: (a) Adakah teknik permainan berkesan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Geografi? (b) Adakah pelajar berasa seronok semasa menjalankan aktiviti permainan dalam kumpulan semasa waktu Geografi? (c) Adakah teknik permainan yang digunakan untuk mengajar subjek Geografi dapat mengatasi masalah mengantuk dalam kelas? . Meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya dapat disimpan dalam memori yang lebih lama.1.2 1.3 1. 1.5.1 Mengubah amalan guru dalam pengajaran geografi dari pembelajaran secara tradisional ke aktiviti pengajaran yang berpusatkan pelajar.5. Meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran geografi.5.5.

Selain itu. membuat ramalan dan menyelesaikan masalah (Dunn R and Dunn K 2001). membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kehilangan minat dan mempunyai pencapaian yang rendah dalam subjek geografi kerana mereka gagal untuk mengingat kembali maklumat yang penting. kemahiran dan kognitif pelajar. Tetapi. Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berkonsepkan permainan kerana teknik permainan membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir yang lebih baik dan berkesan. Hal ini adalah kerana kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza. Dalam proses pengajaran. pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek Geografi.1 LITERATUR Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Rollo (2002). kajian Jones et al. membuat generalisasi. Mengikut Eee Ah Ming (1997). beliau juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek. pelbagai strategi pengajaran telah dipraktikkan oleh guru-guru untuk memudahkan berlakunya perubahan minat. Namun.BAB 2 2. tingkah laku. Hal ini adalah disebabkan peranan pelajar . Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran ini merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan serta meningkatkan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya (Hartman 1995). Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. (1998) membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. membuat keputusan. ramai guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasikan teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan pengajaran mereka (Hartman 1995).

2 Setting kajian Kajian ini dilakukan di dalam satu kelas Tingkatan Tiga Marikh di Sekolah Menengah Sri Siantan.05 pagi (80 minit) : 3 Marikh : Geografi : Bentuk Muka Bumi dan Saliran .1 3.1. 3.45 pagi – 10. 3.1.dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar subjek geografi.1.1 METODOLOGI KAJIAN Sampel kajian Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Tiga Marikh yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berlainan.3 Rancangan Harian Mengajar RANCANGAN HARIAN MENGAJAR GEOGRAFI TINGKATAN TIGA Tarikh Hari Masa Tingkatan Subjek Topik : 13 Julai 2009 : Isnin : 8. BAB 3 3.

2. menyenaraikan nama negara-negara Asia. Nilai Murni : 1. banjaran. dataran tinggi di Asia. pelajar sepatutnya dapat : 1. menilai. tanah rendah. 2. 3. Menganalisis Mengaitkan Membandingkan Kaedah Pengajaran : 1. mengukur. mengelas. merekod. lembah dan lembangan. tanah tinggi. Teknik Permainan Geodam . lembahlembah sungai utama dan saliran –saliran utama di Asia. mentafsir dan membuat rumusan tentang ciri-ciri geografi melalui Kajian Geografi Tempatan. mengira. kawasan gunung berapi di Asia.Konsep Utama : Permainan Geodam Kata Kunci : Kedudukan benua Asia. Mewujudkan sifat kerjasama dalam kumpulan Menghargai semua rakan-rakan kelas Kemahiran berfikir : 1. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran. gunung berapi. tanah pamah. saliran Tujuan : Pelajar dapat memerhati. banjaran gunung di Asia.

Dadu Pengetahuan Lepas : Pelajar telah mempelajari topik ini di dalam kelas. Guru memberitahu Pelajar memberi pelajar aktiviti yang akan sepenuh perhatian dijalankan serta peraturan-peraturannya. 3.S. 2000. Guru membahagikan dalam kumpulan pelajar. 3. Pelajar bergerak di 2. M. Arahan 1. Prosedur Pengajaran dan Kandungan Langkahlangkah Kandungan Prosedur Nota Permulaan (10 minit) 1. Target PMR Ceria Geografi. Perbincangan Soal-Jawab Bahan Bantu Mengajar : 1. Kad-kad soalan 4. Magnet berwarna 3. Guru menampal atau . Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.2. Bhd. Kertas Mahjong yang dilukis seperti dam ular 2.pelajar di dalam kelas satu kumpulan lima orang di mana setiap pelajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dalam geografi berdasarkan markah ujian yang lepas. Rujukan :Chong.

Permainan melekatkan kertas mahjong berbentuk dam ular di papan putih. Jika kumpulan tersebut tidak dapat menjawab. Jika jawapan betul kumpulan tersebut diberi 2 markah. Kad soalan dibuka dan kumpulan berbincang untuk menjawab soalan dalam 30 saat. 1. Guru memberikan Pelajar kuiz pendek kepada dikehendaki pelajar menjawab soalan dalam masa lima . Penutup (10 minit) 1. Kumpulan kedua dan seterusnya pula memulakan permainan. Kumpulan yang markah keseluruhan dapat jawab diberi 1 setiap kumpulan markah.Perkembangan (60 minit) 2. Guru memberi setiap kumpulan satu magnet bagi mewakili kumpulan mereka di atas kertas mahjong. 3. Kuiz pendek 1. Kumpulan pertama melontar dadu dan menggerakkan magnet. kumpulan lain diberi peluang dan dikehendaki menjawab dalam 20 Guru mengira saat. 2. Kumpulan asal ditolak 1 markah.

1.4 Dadu Contoh Alat Bantu Mengajar (ABM) Bahan yang digunakan:Papan dam ular ( kertas mahjong) Magnet berwarna wakil setiap kumpulan 3. guru akan mereka model permainan yang mengandungi soalan topik yang kurang diminati oleh pelajar.1.5 Langkah-langkah kajian Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kajian tindakan berdasarkan pelan tindakan empat peringkat langkah: Peringkat pertama: Merancang Guru akan mengkaji tahap minat pelajar dalam subjek geografi dengan memberi soalan soal selidik.minit Penilaian Kendiri: _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Komen Penyelia: _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ 3. Soalan ini lebih banyak daripada soalan yang mereka minati. . Hasil daripada soal selidik.

maka soalan tersebut akan dibuka kepada kumpulan lain. 4) Selepas itu. Kumpulan pertama akan memulakan permainan dengan membaling buah dadu. 3) Guru membahagikan pelajar kepada enam kumpulan. 2) Guru membina permainan dengan menggunakan kertas mahjung dan guru menampalkan kertas mahjung tersebut pada papan putih (whiteboard). Sekiranya kumpulan tersebut tidak berjaya menjawab soalan itu. Petak soalan akan dibuka dan ahli kumpulan akan berbincang sebelum menjawab soalan dalam masa 30 saat. Pergerakan petak berdasarkan bilangan nombor yang terdapat pada dadu yang dibaling. guru akan mengira markah keseluruhan 7) Setelah itu. 6) Selepas permainan tamat. guru menerangkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar semasa mengikuti permainan ini. Peringkat ketiga: Pemerhatian . Peraturan permainan adalah sama seperti kumpulan yang pertama tadi. Permainan ini diteruskan dengan kumpulan yang seterusnya. giliran kumpulan kedua pula membaling dadu dan menjawab soalan. Kumpulan yang dapat menjawab soalan tersebut akan diberi satu markah tambahan manakala kumpulan pertama tadi akan ditolak satu markah. Jika pencapaian pelajar dalam ujian tersebut masih tidak meningkat. Guru memberikan sebuah dadu bagi setiap kumpulan. guru akan memberi ujian bulanan kepada pelajar untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan mereka terhadap soalan yang merangkumi setiap topik dalam subjek geografi dan melihat peningkatan pencapaian pelajar. 5) Setiap kumpulan akan diberi satu magnet berwarna untuk mewakili kumpulan mereka pada kertas mahjong. Setiap petak dalam dam akan mengandungi soalan-soalan yang merangkumi topik dalam subjek geografi. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli yang berlainan tahap pencapaian dalam subjek geografi. Selepas soalan tersebut berjaya dijawab. guru akan menambahbaikan teknik permainan tersebut dengan memulakan kitaran kedua.Peringkat kedua: Tindakan 1) Guru mencipta permainan yang berbentuk permainan dam ular yang dikenali sebagai Geodam.

guru akan mengumpul data dan menganalisis maklumat hasil daripada tindakan yang dilaksanakan.1. Guru seterusnya mengenalpasti akan masalah dalam permainan ini dan menyampaikan perkara tersebut kepada semua guru dalam mesyuarat.1 Soal selidik . BAB 4 4. Peringkat empat: Refleksi dan penilaian Maklumat daripada temubual.1 PENGUMPULAN DATA DAN PENGANALISISAN DATA Data kajian akan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah seperti berikut: 4. Hasil daripada mesyuarat guru akan meneruskan tindakan seterusnya dengan melakukan kitaran yang kedua. ujian soalan selidik dan pemerhatian daripada permainan Geodam dikumpul dan dianalisis . Dalam mesyuarat ini.Pada peringkat ini. Setelah itu. semua guru akan memberi pandangan tentang masalah tersebut dan juga cara untuk menyelesaikannya. guru membuat penilaian terhadap prestasi pelajar dalam menjawab soalan yang disediakan.

Selepas tindakan tersebut telah dilaksanakan dalam kelas. guru akan memberi kertas soal selidik untuk pelajar untuk mengetahui sejauh mana penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan (Geodam) yang dilaksanakan. Guru akan memerhati reaksi pelajar melalui rakaman video tersebut.3 Temubual .1. guru boleh juga memainkan semula tayangan video berulang kali untuk membuat pemerhatian yang lebih terperinci. Kertas soal selidik yang dibagi selepas teknik pengajaran yang berkonsepkan permainan diperkenalkan dalam kelas juga dapat dianalisis dengan mencari peratusan pelajar yang suka terhadap teknik pengajaran tersebut atau tidak.2 Pemerhatian Guru akan menggunakan rakaman video untuk merakam segala tingkah laku dan tahap penglibatan pelajar ketika berada dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti. 4. Guru memerhati rakaman video dan mentranskrip keadaan kelas dan gerak geri pelajar dalam rakaman tersebut dalam tulisan. Tanpa bantuan rakaman video. 4. guru mempunyai limitasi dalam mengimbas semula situasi pelajaran dalam kelas selepas tamat waktu pengajaran. guru dapat mengetahui sebab-sebab pelajar tidak berminat dengan subjek geografi. Selain itu. Kertas soal selidik dianalisis dengan kaedah kuantitatif di mana peratusan pelajar yang berminat dan kurang minat terhadap subjek geografi dapat diketahui. Selain itu.Guru memberikan soal selidik untuk melihat sejauh mana tahap minat pelajar terhadap subjek geografi sebelum aktiviti dijalankan. Rakaman video digunakan untuk mengumpul data kerana kemampuan guru untuk memerhati gerak geri dan reaksi pelajar adalah terhad semasa berada di dalam kelas.1.

guru akan transkrip rakaman audio dalam tulisan bagi mencatat perkara-perkara penting dan berkenaan dengan tema kajian yang dijalankan. guru dapat menilai sejauh mana tahap penerimaan pelajar terhadap aktiviti permainan yang dijalankan melalui mimik muka dan intonasi suara pelajar semasa menjawab soalan. Melalui kaedah ini guru dapat menilai sama ada response pelajar itu diberi secara ikhlas atau tidak. pencapaian markah yang baik menunjukkan minat pelajar terhadap subjek geografi telah meningkat. 4. perkara penting yang berlaku sempat dicatat oleh guru dalam nota semasa pengajaran. gerak geri dan reaksi pelajar dalam setiap kumpulan dengan mengguna buku nota. Tujuan temubual ini adalah untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap permainan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek geografi. perbandingan markah sebelum dan selepas teknik permainan diperkenalkan dalam kelas dapat dibuat. Selepas tamat sesi temubual.1.1. 4. Dari markah ujian tersebut. Hal ini dapat mengelakkan perkara penting dilupa selepas tamat waktu pengajaran. Dengan ini. Kesignifikan Kajian . guru dapat mencatat perkara yang berlaku dalam kelas agar dapat membuat perbandingan dengan rakaman video yang diambil semasa waktu pengajaran. Melalui kaedah temu bual. guru akan mencatat suasana. Melalui catatan lapangan.5 Ujian Markah ujian pelajar akan diambil untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam subjek geografi selepas guru mengguna teknik permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui perbandingan tersebut.4 Catatan lapangan Semasa pelajar dalam kelas menjalankan aktiviti permainan tersebut.Guru akan memilih beberapa orang pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza untuk ditemubual dengan menggunakan rakaman audio.

minda kita wujud sistem pengurusan kendiri yang berbentuk corak rutin semula jadi. diharapkan proses pembelajaran berpusatkan pelajar dapat diterapkan ke dalam kaedah pengajaran guru supaya mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna. Ada pula guru dan ramai pelajar yang mengenepikan buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran dan berpandukan buku ulang kaji kerana lebih ringkas. ramai guru menghadapi masalah menyampaikan maklumat dengan kaedah yang menarik dan strategik yang berpusatkan murid untuk mengelak masalah mengantuk dan bosan. guru boleh menerapkan kaedah pembelajaran supaya memudahkan para pelajar faham dan seterusnya dapat disimpan dalam memori dengan lebih lama. Melalui penggunaan teknik permainan(Geodam). Ini dapat meningkatkan minat dan keseronokan pelajar untuk mempelajari matapelajaran Geografi. Apabila unsur permainan dan persaingan diterapkan. pencapaian juga dapat ditingkatkan. Dengan penggunaan alat dan struktur yang strategik dan efektif untuk mengarah perhatian.Dalam pengajaran dan pembelajaran tema-tema dalam sukatan pelajaran Geografi. Alat dan struktur mengarah perhatian dan diharapkan Geodam berkemampuan mencapai tujuan ini. mungkin pihak . pembelajaran aktif dan interaksi sosial akan berlaku. Kelebihan menggunakan Geodam adalah interaksi di antara rakan-rakan dan kolaborasi akan meningkat. teknik permainan yang digunakan (Geodam) untuk mengajar matapelajaran Geografi bukan sahaja menangani ancaman bosan di kalangan pelajar. Penggunaan teknik permainan (Geodam) adalah berdasarkan tahap kreativiti guru. corak rutin ini akan semakin efektif lalu membangunkan lagi kemahiran berfikir. Bagi mengatasi masalah-masalah serius tersebut. aktiviti-aktiviti permainan dalam Geodam yang diterapkan dalam pengajaran Geografi juga boleh menukarkan tabiat berfikir murid daripada ‘have to think’ kepada ‘want to think’ dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir murid. Akhirnya. Sebenarnya buku teks Geografi adalah sangat lengkap dan baik. Apabila pencapaian dalam mata pelajaran Geografi meningkat. Tambahan pula. bahkan boleh menarik minat pelajar dalam pembelajaran Geografi. Dalam penggunaan Geodam. Apabila minat mereka ditingkatkan.

membangunkan modal insan.pentadbir akan lebih terdorong untuk membuka kelas Geografi pada peringkat menengah atas. Diharapkan juga pendekatan intervensi kognitif ini boleh menuju ke arah mencapai teras-teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) terutamanya dalam usaha membina negara bangsa. memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang pendidikan. RUJUKAN .

Alias Puteh. Developing Critical Thinking and Interest among Students.C. Edisi Elektronik. 2008. Ampang: Pure Honey Enterprise. BCCA Journal. R. Jamaica: New York. Bhd. Teaching Students To Think. Hartman. 1995. Strategi pengajaran Geografi. V. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Eee Ah Ming. Teaching students through their individual learning styles: a practical approach. 2001. Kajian Tindakan di Sekolah. 2002. Dunn. Oxford: Basil Blackwell LAMPIRAN . & Dunn. Rollo. K. The 14th annual leadership institute. 1997. al. Jones et. M.F. 1998. San Francisco: Jossey Bass Inc. Teaching and learning styles preference: transition through game. 9(2):18-20.

Contoh Geodam STAR T 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 END • Setiap petak diletakkan enam soalan Contoh soalan: Petak 2 1) Apakah nama banjaran yang terpanjang dan tertinggi di dunia? 2) Berapakah purata ketinggian Banjaran Himalaya? 3) Senaraikan nama gunung lipat muda di Asia 4) Apakah ciri-ciri gunung lipat tua? .1.

5) Bagaimana gunung lipat terbentuk? 6) Apakah kemuncak tertinggi di Banjaran Himalaya? 2. Borang soal selidik sebelum P&P BORANG SOAL SELIDIK .

Adakah anda dapat menguasai semua topik dalam subjek geografi? 4. Adakah anda berasa seronok belajar subjek geografi? 3. Saya mengalami kesukaran menjawab soalan geografi dalam setiap ujian yang dijalankan 6. Adakah anda suka kepada teknik pengajaran yang digunakan oleh guru semasa sesi P&P subjek geografi berlangsung? 7. Saya tidak mempunyai masa mengulangkaji matapelajaran geografi untuk mengikuti topik yang diajar. Adakah anda berminat dengan subjek geografi? 2. Penggunaan peta minda semasa pengajaran guru menarik minat saya Bahagian C Sila jawab soalan berikut berdasarkan pandangan anda . 5. Ya Tidak 1.Bahagian A Sila isi jawapan anda diruangan yang disediakan Jantina : lelaki / perempuan (*bulatkan yang berkenaan) Bangsa : _______________ Agama : _______________ Bahagian B Sila tandakan ( / ) pada ruangan yang disediak mengikut skala pilihan anda.

1. sejauhmanakah anda dapat menguasai subjek geografi? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Bagaimanakah teknik pengajaran yang boleh membantu anda untuk meningkatkan pemahaman dan minat anda dalam subjek geografi? __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ 3. Pada pandangan anda. Soal selidik selepas P&P ( * Sila isikan petak di bawah dan klik pada jawapan yang dipilih) DEMOGRAFI RESPONDEN .

.Jantina: Lelaki Perempuan Bangsa: Melayu Cina India Lain-lain Agama: Islam Lain-lain Kumpulan: 1 2 3 4 5 6 PENILAIAN TAHAP PENGGUNAAN TEKNIK PERMAINAN ‘GEO DAM’ UNTUK PROSES P&P DALAM KELAS.

Adakah teknik ini dapat memberi kesan dalam pembelajaran geografi anda? YA TIDAK 5. Adakah anda berpuas hati dengan penggunaan teknik permainan ‘geo dam ‘ dalam proses P&P untuk matapelajaran geografi ? YA TIDAK 2. adakah sistem atau kaedah ini sesuai dengan pembelajaran geografi di dalam kelas? SESUAI . Adakah anda berasa seronok dengan permainan ini? YA TIDAK 3. 1. Pernahkah anda berasa seronok belajar geografi sebelum ini? YA TIDAK 4. Pada pendapat anda.Sila berikan jawapan mengenai pandangan anda tentang penggunaan teknik permainan ‘geodam ‘ dalam proses P&P untuk matapelajaran geografi.

Adakah teknik ini dapat membantu anda untuk mengingati semua fakta-fakta berkaitan Geografi? YA TIDAK 7. Sila bagi cadangan anda terhadap penggunaan teknik ‘geo dam’ dalam proses P&P untuk matapelajaran Geografi. SETUJU TIDAK SETUJU 8.TIDAK SESUAI 6. i.____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ ii____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _ . Teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menyeronokkan dan memberi kesan yang baik terhadap subjek Geografi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful