You are on page 1of 21

GARIS PANDUAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

1.

TUJUAN

1.1

Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

2.

LATAR BELAKANG

2.1

Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian

seragam sekolah, peralatan sekolah, Bantuan Persekolahan dan bantuan latihan dan bimbingan.

2.2

Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007 seperti Jadual berikut: TAHUN 2006 (RM) 200 Sek. Rendah = 300 Sek. Menengah = 400 2007 (RM) 200 Sek. Rendah = 500 Sek. Menengah = 600

Jenis Bantuan Bantuan Persekolahan Bantuan Am

2.3

Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB).

Garis Panduan KWAPM

3.

PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH

3.1

Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah (KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR).

3.2

Selaras dengan keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2009, murid yang layak menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja.

3.3

ICU, JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan UPP:BPK.177/174/1Klt.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua

Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/ projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.

4.

TAFSIRAN

4.1

Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut.

Garis Panduan KWAPM

4.2

Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman.

4.3

Pendapatan

Isi

Rumah

(IR)

bermaksud

semua

bentuk

pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumbersumber berikut:

4.3.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan, nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen;

4.3.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau swasta seperti Pungutan Zakat;

pihak

Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat

4.3.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan

4.3.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan.

4.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan dengan bilangan Isi Rumah.

5.

ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM

A.

Murid

5.1

Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid Orang taraf

Asli/Penan,

dokumen

permohonan

pengesahan

kewarganegaraan

daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

(JHEOA) boleh diguna pakai. Garis Panduan KWAPM 3

5.2 5.3

Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja.

5.4

Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa. Sehingga kini, PGK Nasional yang diguna pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti berikut:

Kategori (Lokasi/Murid) Semenanjung Malaysia Sarawak Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita * Miskin RM720 bulanan/RM180 perkapita RM830 bulanan/RM190 perkapita RM960 bulanan/RM200 perkapita Miskin Tegar RM430 bulanan/RM100 perkapita RM520 bulanan/RM115 perkapita RM540 bulanan/RM110 perkapita

Nota: * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

5.5

Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/ swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan KWAPM. tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan

5.6

Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.

Garis Panduan KWAPM

5.7

Murid

yang

bertukar tidak

ke layak

Maktab

Rendah

Sains

MARA KWAPM

(MRSM) adalah

menerima

bantuan

kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM.

5.8

Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH, pihak sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem tersebut.

B.

Perkiraan Perkapita

5.9

Perkiraan perkapita adalah seperti berikut:

MURID LAYAK Kriteria Kelayakan Perkapita Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bilangan Isi Rumah Pengiraan Perkapita Semenanjung RM180.00 RM1,251.00 12 = RM1,251 / 12 = RM104.25 Sabah & WP Labuan RM200.00 RM1,251.00 10 = RM1,251 / 10 = RM125.10 Sarawak RM190.00 RM1,251.00 12 = RM1,251 / 12 = RM104.25

MURID TIDAK LAYAK Kriteria Kelayakan Perkapita Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bilangan Tanggungan Pengiraan Perkapita Semenanjung RM180.00 RM1,251.00 6 = RM1,251 / 6 = RM208.50 Sabah & WP Labuan RM200.00 RM1,251.00 5 = RM1,251 / 5 = RM250.20 Sarawak RM190.00 RM1,251.00 6 = RM1,251 / 6 = RM208.50

Garis Panduan KWAPM

6.

JENIS DAN KADAR BANTUAN

6.1

Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut:

Bil. 1.

Kelayakan Murid Miskin

Jenis Bantuan

Kadar Bantuan Sekolah Rendah: RM 200.00 setahun dan *BB = RM250.00 setahun (RM25.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: RM 300.00 setahun dan *BB = RM300.00 setahun (RM30.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Rendah: BAP = RM 200.00 setahun dan *BB = RM500.00 setahun (RM50.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: BAP = RM 300.00 setahun dan *BB = RM600.00 setahun (RM60.00 sebulan x 10 bulan)

BAP dan BB

2.

Miskin Tegar

BAP dan BB

* Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM.

6.2

Bantuan

Kewangan

yang

diterima

boleh

diagihkan

oleh

Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut:

Bil 1.

Jenis Bantuan Bantuan Am Persekolahan (Pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid)

Cara Agihan a) Masuk ke akaun murid; atau b) Barangan; atau c) Tunai

Garis Panduan KWAPM

2.

* Bantuan Bulanan (Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid)

a) Masuk ke akaun murid; atau b) Tunai

* Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus

6.3

Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah seperti bencana alam, kemalangan dan kesihatan, murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran terlebih dahulu. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas itu, Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah berdaftar dengan eKASIH. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga murid berkenaan.

7.

TATACARA PERMOHONAN

7.1

Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

7.2

Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web

http://www.ekasih.gov.my. Pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin Tegar (MT). Garis Panduan KWAPM 7

7.3

Bagi murid Orang Asli, data penerima KWAPM akan diambil daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem eKASIH.

7.4

Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1).

8.

JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

8.1

Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini

hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut: i. ii. Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM; dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah); dan iii. 8.2 Ketua Kampung (sekiranya berkaitan).

Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah adalah seperti berikut:

8.2.1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang tunai, pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid;

Garis Panduan KWAPM

8.2.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan

Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas;

8.2.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima bantuan berdasarkan senarai penerima; dan

8.2.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH.

8.3

Jawatankuasa

Pengurusan mematuhi

Bantuan kriteria

peringkat dan

sekolah yang

bertanggungjawab

peraturan

ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

8.4

Sekiranya

pihak KPM mendapati terdapat

sebarang unsur

penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah).

9.

TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

9.2

Bahagian Kewangan, KPM akan menghantar surat kepada JPN untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/PPD. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM.

Garis Panduan KWAPM

9.3

Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM.

9.4

Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM.

9.5

Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh 25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - Tiada caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan.

9.6

Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah.

9.7

Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, sekolah adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah

pengeluaran wang tunai seperti berikut :

Garis Panduan KWAPM

10

9.7.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2,000.00 boleh dibuat oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring; atau

9.7.2 Pengeluaran wang dari RM2,001.00 hingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau

9.7.3 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 Bayaranbayaran Tambahan Persekolahan : -

9.8.1

Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi; 9.8.1.1 9.8.1.2 9.8.1.3 9.8.1.4 Kokurikulum; Kertas Ujian Dalaman; Sukan Tahunan Sekolah; Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral; 9.8.1.5 9.8.1.6 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM); dan Insurans Takaful.

9.8.2

Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Garis Panduan KWAPM

11

10.

MURID PINDAH SEKOLAH

10.1

Bagi murid yang bertukar sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi:

Sekolah Asal Bil Ada KWK Tiada KWK -

Sekolah Baru Ada KWK Tiada KWK Tindakan

1.

- Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. - Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru.

2.

- PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal.

3.

- PPD asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. - Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. - PPD asal pindahkan peruntukan ke akaun PPD baru. - PPD baru akan uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid.

4.

Nota: - Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan. Sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa.

Garis Panduan KWAPM

12

11.

LEBIHAN PERUNTUKAN

11.1

Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa.

11.2

Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut: 11.2.1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang

RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai; manakala 11.2.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai.

11.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117).

12.

KES-KES KECEMASAN

12.1

Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang berlaku dalam tahun semasa sahaja. Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, laporan

perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan, KPM dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C). Garis Panduan KWAPM 13

12.2

Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis: i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan (Contoh: KIR meninggal/sakit tenat menyara keluarga/hilang upaya, ibu yang tidak berupaya yang ditinggalkan,

tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam);

ii)

KIR tidak hilang punca pendapatan (Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak menyebabkan hilang punca pendapatan).

12.3

Bagi kes-kes di atas, had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk seperti jadual berikut:-

Bil. 1.

Jenis Bencana Hilang Punca Pendapatan Tidak Hilang Punca Pendapatan

Had Kelayakan Pendapatan < RM1,500 * Mengikut kadar Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional

Bantuan Am Persekolahan

Bantuan Bulanan **

2.

Nota: * RM1,500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem eKASIH ** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung KWAPM

12.4

Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut:

Garis Panduan KWAPM

14

a)

Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/ PPD;

b)

Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD;

c)

Laporan Polis;

d)

Laporan perubatan (jika berkaitan);

e)

Sijil Kematian (jika berkaitan); dan

f)

Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan).

13.

KELULUSAN KHAS

13.1

Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk pertimbangan dan kelulusan khas.

14.

PENUTUP

14.1

Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan

Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah.

14.2

Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

Garis Panduan KWAPM

15

14.3

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis ke alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 6-7, Blok E12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. (u.p: Cawangan Bantuan)

Garis Panduan KWAPM

16

You might also like