P. 1
Copy 03 Suhakam

Copy 03 Suhakam

5.0

|Views: 1,731|Likes:
Published by luluun qalbi

More info:

Published by: luluun qalbi on Feb 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2012

http://www.suhakam.org.my/bm/cawangan.

a sp Suhakam
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Logo Suhakam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(Suhakam) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia setelah mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama parti politik dan NGO yang tidak puas hati terhadap tahap Hak Asasi Manusia di Malaysia. Hak Asasi Manusia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuklah : 1. Hak untuk bersuara 2. Hak untuk bergerak 3. Hak untuk berhimpun.

Isi kandungan
[sorok]
• • • • •

1 Pesuruhjaya Suhakam 2 Kontroversi 3 Seksyen 27 Akta Polis 1967 4 Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia 5 Tanah Adat Penan dan Iban

• •

6 Insiden Bandar Mahkota Cheras 7 Pautan luar

[sunting] Pesuruhjaya Suhakam
Sehingga kini Suhakam mempunyai 16 pesuruhjaya yang telah dilantik semula selama 2 tahun sehingga April 2010 mengikut peruntukan subseksyen 5 (1) Akta Suhakam 1999. Mereka ialah :
1. Tan Sri Musa Hitam - Pengerusi Suhakam 2. Tan Sri Anuar Zainal Abidin. 3. Kamarudin Mohamad Baria - Setiausaha

4. Tan Sri Abu Talib Othman 5. Tan Sri Simon Sipaun 6. Dr Chiam Heng Keng 7. Dr. Mohammad Hirman Ritom 8. Tan Sri Asiah Abu Samah 9. Datuk Dr. Raj Abdul Karim 10. Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob 11. Datuk N. Siva Subramaniam 12. Datuk Choo Siew Kioh 13. Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus 14. Prof. Emeritus, Datuk Dr. Khoo Kay Kim 15. Datin Paduka Zaitoon Othman 16. Datuk Dr. Denison Jayasooria 17. Datuk Dr. Michael Oon Kheng Yeoh 18. Datuk Khalid Ibrahim 19. Datuk Muhammad Shafee Abdullah.[1]

[sunting] Kontroversi
Pelbagai pihak termasuk dalam dan luar negara mengkritik kerajaan Malaysia kerana menyekat hak asasi melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) , OSA, dan lain-lain. Suhakam mendakwa :
1. larangan ceramah umum dianggap mencabuli hak asasi manusia kerana tidak ada

peruntukan undang-undang yang boleh menghalang seseorang itu daripada mengadakan ceramah politik. 2. Meminta polis menjelaskan mengenai larangan terhadap ceramah umum kerana berpendapat larangan secara umum untuk berhimpun adalah mencabuli hak asasi manusia.Tiada peruntukan undang-undang bagi larangan dikenakan ke atas ceramah politik.Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak asasi manusia bersifat asas yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

3. Mengkaji semua perakuan dalam Laporan Kebebasan Berhimpun kerana jika ia dilaksanakan masalah berhubung dengan ceramah umum sekarang dapat dielakkan. 4. Suhakam tidak merestui keganasan dalam semua bentuk tetapi berhimpun secara aman boleh diadakan.

[sunting] Seksyen 27 Akta Polis 1967
Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan : 1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan. 2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat. 3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang. 4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

[sunting] Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia
Perkara 9 dan 10 Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa apa-apa sekatan boleh dikenakan kepada hak untuk mewujudkan perkumpulan atau hak bersuara sekiranya ia penting daripada segi ketenteraman dan keselamatan dalam negeri. Akta Polis adalah tergolong kepada kebenaran yang diberi di bawah perlembagaan itu dan adalah tidak wajar atau tidak tepat dikatakan ini menghalang hak asasi manusia. Definasi hak asasi manusia itu terlalu luas dan tidak perlu negara Malaysia untuk menerima keseluruhan maksudnya. Katanya penubuhan Suhakam yang tertakluk kepada Bahagian Dua Perlembagaan Malaysia berhubung nilai dan kuatkuasa undang-undang antarabangsa (yang berkaitan dengan hak asasi manusia) perlu menghormati peruntukan perlembagaan itu sendiri dan undang-undang negara yang digubal Parlimen. "Oleh kerana ini (ceramah umum dikaitkan dengan) hak asasi manusia, (maka) Seksyen 27 (Akta Polis 1967) tidak payah dipakai, ini tidak benar dan barang siapa yang berfikiran begitu tidak harus mengemukakan pandangannya kerana ia mengelirukan undang-undang negara sendiri. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim. (19 Februari 2002).

[sunting] Tanah Adat Penan dan Iban

Suhakam menerima dua memorandum :
1. Aduan daripada kaum Penan dan Iban di Ulu Niah pada November 2001 berhubung

dengan pencerobohan dan konflik tanah adat.
2. Aduan oleh penduduk suku kaum yang terbabit dengan projek empangan Bakun.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Musa Hitam berkata suruhanjaya itu telahpun menemui penduduk suku kaum Penan dan Iban terbabit , para pegawai kerajaan Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. mengenai masalah itu bagi menyediakan laporan dan dijangka siap Mac 2002.

[sunting] Insiden Bandar Mahkota Cheras
Rencana utama: Isu laluan Bandar Mahkota Cheras di Lebuhraya Cheras-Kajang Pada 7 Januari 2009, pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman menyatakan panel siasatan mendapati polis dan FRU menggunakan kekerasan dan melanggar keselamatan Chan Jiun Haur (21 tahun) dan Chan Siew Meng semasa menangani demonstrasi di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei 2008. Laporan Suhakam 41 muka surat mendapati anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah mencabul hak asasi manusia dalam insiden itu tetapi tidak dapat mengecam / mengenalpasti pegawai terbabit . Panel inkuiri disertai oleh Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim. Suhakam mencadangkan standard antarabangsa sebagai panduan anggota polis dan FRU menggunakan kekerasan. Mereka hendaklah menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi.[2] Pasukan FRU dan polis dihantar bagi mengawal keadaan apabila penduduk Bandar Mahkota Cheras cuba merobohkan tembok penghadang yang menghalang mereka dari masuk ke Lebuhraya Cheras-Kajang tanpa membayar tol. Mustahil sebuah kereta yang membawa empat orang boleh menyerang atau hendak melanggar sepasukan 30 anggota FRU.[3] Chang Jiun Haur merupakan mekanik dan pemandu Proton Saga dan dirawat di Hospital Seremban kerana cedera di badan, muka dan mulut.Dia ditahan anggota FRU ketika melalui jalan yang ditutup itu sebelum cermin kereta Proton Saga miliknya dipecahkan dan beliau ditarik keluar dari keretanya. Gambar insiden itu disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina.[4] Lima saksi, termasuk wartawan Lee Weng Kiat dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal serta jurufoto dari Malaysiakini, Ng Kok Foong dipanggil untuk memberi keterangan di pejabat Suhakam. 10 saksi dari kalangan polis dan FRU turut dipanggil memberi keterangan. [5]

Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia.
~ Kofi Annan

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah diisytihar dan diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 10 Disember 1948. Ianya berasaskan empat tunggak - kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, social dan kebudayaan. Hak sivil dan politik seperti yang termaktub dalam UDHR ialah: Artikel 5 Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan; Kebebasan daripada dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya. Kebebasan untuk bergerak; Hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan; dan Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.

Artikel 9

-

Artikel 13 Artikel 20 Artikel 21

-

Hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti yang termaktub dalam UDHR ialah: Artikel 16 Artikel 23 Artikel 25 Hak untuk kehidupan berkeluarga; Hak untuk keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah; Hak untuk suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan;

Artikel 26 Artikel 27

-

Hak untuk pelajaran; dan Hak untuk secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.

Untuk sinopsis UDHR, klik di sini. Untuk versi penuh UDHR, klik di sini. Untuk senarai instrumen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, klik di sini.

Penggunaan UDHR di Malaysia Peruntukan-peruntukan dalam UDHR diakui di Malaysia selama mana ianya tidak tak selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini dinyatakan dalam seksyen 4(4) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597), seperti berikut: Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bahagian II Perlembagan Persekutuan Malaysia Di Malaysia, hak asasi manusia adalah termaktub secara tidak sepenuhnya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini diterangkan dalam seksyen 2 dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597) seperti berikut: "hak asasi manusia" merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Bahagian II Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi seperti berikut: Artikel 5 Artikel 6 Artikel 7 Hak kepada kehidupan Hak kepada kebebasan peribadi Larangan terhadap perhambaan dan bekerja secara paksaan Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa sebelum tarikh ia diluluskan dan undang-undang jenayah Hak untuk kesamarataan di sisi undang-undang Larangan dari dibuang negeri Kebebasan bergerak

Artikel 8 Artikel 9

-

Artikel 10 Artikel 11 Artikel 12 Artikel 13

-

Kebebasan bersuara, berkumpul dan berpersatuan Kebebasan beragama Hak-hak berkaitan pelajaran Hak memiliki harta

Hak dan Tanggungjawab Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud: • • • hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undangundang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; hak-hak dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undangundang semata-mata untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apa-apa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam UDHR.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000. Daya usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan Malaysia yang aktif dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato' Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Pelbagai sebab telah mendorong Kerajaan Malaysia sehingga akhimya mempertimbangkan penubuhan sebuah institusi kebangsaan hak asasi manusia. Satu daripadanya ialah penglibatan aktif Malaysia sendiri di dalam UNCHR. Turut mempengaruhi ialah perhatian antarabangsa terhadap isu hak asasi manusia natijah daripada kejayaan Persidangan Sedunia berhubung Hak Asasi Manusia pada tahun 1993 di Vienna. Kerajaan-kerajaan yang menyertainya, termasuk Malaysia, bersetuju bahawa hak-hak asasi manusia meliputi rangkuman sejagat dan tidak boleh dipisahkan dan mereka juga menyedari peri pentingnya diwujudkan badan-badan hak asasi manusia di peringkat negara masing-masing. Sebagai ketua perwakilan Malaysia ke UNCHR, Tan Sri Musa telah mencadangkan buat pertama kalinya kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1994 bahawa inilah masa terbaik bagi Malaysia menubuhkan badan hak asasi kebangsaannya sendiri yang bebas. Beberapa faktor telah mendorong cadangan ini: semakin meluasnya tekanan antarabangsa terhadap hak asasi manusia dan kesedaran bahawa isu ini melewati sempadan dan kedaulatan sebuah negara; penglibatan aktif Malaysia dalam sistem Bangsa-Bangsa Bersatu; suasana politik di Malaysia yang kian

bertukar dengan para pengundinya semakin menyedari perkembangan politik disamping masyarakat awam yang bergerak maju dan bertambah peka tentang politik. Menjelang pertengahan tahun 1990-an, tujuh buah negara Asia, termasuk dua dari ASEAN - Indonesia dan Filipina – sudahpun menubuhkan institusi hak asasi kebangsaan masing-masing, manakala Thailand pula sedang membuat persiapan untuk mengambil langkah yang sama. Pada 24 April 1999, lima tahun selepas idea itu diajukan, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengumumkan bahawa Kerajaan akan membentang satu Rang Undang-Undang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai 1999 bagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Rang UndangUndang ini berpandukan kepada Prinsip Paris 1992 yang memperuntukkan kriteria antarabangsa bagi penubuhan sesebuah suruhanjaya hak asasi manusia yang bebas dan juga kepada pengalaman institusi hak asasi manusia yang sudah tertubuh, terutamanya dirantau Asia Pasifik. Pada 3 April 2000, Kerajaan mengumumkan perlantikan pengerusi pertama SUHAKAM iaitu Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dan 12 ahli Suruhanjaya yang akan berkhidmat selama dua tahun dan penggal perkhidmatan mereka boleh dilanjutkan. Pelantikan dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Meskipun Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia membenarkan pelantikan sehingga 20 orang ahli, keputusan dibuat bahawa SUHAKAM akan memulakan tugasnya dengan 13 ahli sehinggalah apabila lebih ramai ahli dirasakan perlu. Ahli SUHAKAM dipilih bagi mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga berdasarkan pengalaman, iltizam, kebebasan dan kewibawaan individu berkenaan. Untuk membolehkan Suruhanjaya menjalankan tugasnya dengan lebih berkesan, beberapa kumpulan kerja yang khusus telah dibentuk, merangkumi pendidikan dan promosi, pembaharuan undang-undang serta perjanjian dan suratcara antarabangsa, hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, dan aduan dan siasatan. SUHAKAM memulakan operasinya di sebuah kabin kontena di Kementerian Luar Negeri sebagai sebuah pejabat sementara. Suruhanjaya akhirnya menyewa premis sendiri di Tingkat 29 dan 30 di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan berpindah kesana pada 24 November 2000. Bangunan itu dipilih kerana lokasinya di tengah-tengah bandaraya dan mudah

Pejabat sementara SUHAKAM di Wisma Putra (2000)

pula dikunjungi oleh orang awam.

FUNGSI SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan". Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah: (a) (b) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia; Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.

(c)

(d)

Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undangundang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah. KUASA Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa: (a) Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu; Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkahlangkah sesuai yang hendaklah diambil; Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini; Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang

(b)

(c)

(d)

berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu; (e) (f) Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

1.

Segi tiga sama melambangkan simbol keutuhan, kestabilan dan kesaksamaan. Ini adalah satu konsep yang universal yang melambangkan hak asasi manusia sebagai ilmu utama. Warna-warna utama digunakan untuk merangkumi sejarah, budaya serta agama yang utama dan berlainan. Warna-warna dibentuk secara dinamis bagi melambangkan adaptasi kepada faktor-faktor sekeliling; baik tempatan mahupun antarabangsa. Latarbelakang warna yang berlutsinar melambangkan ketelusan SUHAKAM. SUHAKAM diberi tanggungjawab yang berat dalam memenuhi hak asasi manusia, bukan sahaja di sini malah bagi keseluruhan manusia sejagat. Maka, perkataan SUHAKAM diletakkan di bawah segi tiga sama.

2.

3. 4.

Logo ini telah dipilih melalui satu pertandingan peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada bulan Ogos hingga September 2000.

KUMPULAN KERJA PENDIDIKAN DAN PROMOSI HAK ASASI MANUSIA (EWG) Sebagaimana telah ditetapkan dalam Seksyen 4(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, SUHAKAM diberi tugas 'menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan dalam hal-hal mengenai hak asasi manusia'. Setiap rakyat Malaysia harus mengetahui hak-hak asas, yang berhak bagi semua orang demi kesejahteraan mereka. Menyedari hakikat ini akan membolehkan mereka memanfaatkan SUHAKAM dengan berkesan sebagai institusi yang diwujudkan bagi melindungi dan mempertahan hak mereka. Justeru, pendidikan tentang hak asasi manusia merupakan suatu tanggungjawab asas SUHAKAM dan dijalankan oleh Kumpulan Kerja Promosi dan Pendidikan Hak Asasi Manusia (EWG). Ahli EWG: • • • • Tan Sri Dato' Asiah Abu Samah (Pengerusi) Tan Sri Prof. Dr. Khoo Khay Kim Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob Dato' Siva Subramaniam A/L Nagaratnam

Dalam mesyuaratnya yang pertama pada 4 Mei 2000, Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi Hak Asasi Manusia merumuskan lima objektif iaitu: (a) meningkatkan rasa hormat terhadap hak asasi manusia dan melindunginya melalui kegiatan pendidikan di kalangan seluruh anggota masyarakat; menilai keperluan dan membentuk strategi bagi melanjutkan pendidikan tentang hak asasi manusia; memantapkan peranan dan keupayaan media dalam menggalakkan pendidikan tentang hak asasi manusia; menyelaraskan penghasilan bahan-bahan pendidikan yang berkesan tentang hak asasi manusia melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan; merangsang persekitaran dan suasana pembelajaran yang mampu menggalakkan penglibatan dan perkembangan sahsiah saling berhemah yang mempertahankan maruah insan serta menghargai persahabatan, persefahaman, toleransi dan kesamarataan.

(b)

(c)

(d)

(e)

Progam pendidikan SUHAKAM mengenai hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak sivil dan politik sahaja, seperti kebebasan menyuarakan buah fikiran, perasaan dan pendapat, kebebasan daripada deraan dan kecederaan dan kesamarataan pada undang-undang malahan turut merangkumi hak-hak yang bersifat sosial, budaya dan ekonomi, seperti hak mendapatkan pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati taraf kehidupan yang berpada, kesihatan dan kediaman yang memadai dan juga hak untuk menikmati persekitaran yang selamat. Kumpulan Kerja Promosi dan Pendidikan Hak Asasi Manusia berpendapat menggalak dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia hendaklah dilaksanakan menerusi perspektif ilmu pengetahuan, meningkatkan kesedaran tentang nilai, kepercayaan dan sikap, dan juga tindakan. Oleh itu, program SUHAKAM sewajarnya bertujuan:

• •

menerangkan kepada semua lapisan masyarakat maklumat berkenaan dengan hak-hak asasi manusia dan mekanisme yang sedia ada bagi melindungi hak-hak berkenaan. memupuk kepercayaan dan sifat positif terhadap hak asasi yang akan diterjemahkan kepada tindakan yang menyebabkan seorang individu bertindak mendukung hak mereka dan hak orang lain.

Aktiviti yang dijalankan oleh Kumpulan Kerja Promosi dan Pendidikan Hak Asasi Manusia terbahagi kepada dua kategori: • • pelbagai kegiatan segera secara langsung yang tidak formal bagi memupuk kesedaran tentang hak-hak asasi manusia. pendidikan secara formal mengenai hak asasi manusia dengan objektif jangka panjang.

KUMPULAN KERJA PEMBAHARUAN PERUNDANGAN DAN TRITI ANTARABANGSA (LRITWG) Penyelidikan dan perkembangan dasar berkaitan pembaharuan perundangan dan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia adalah dijalankan oleh Kumpulan Kerja Pembaharuan Perundangan dan Triti Antarabangsa (LRITWG). Ahli LRITWG: • • • • • • Dato' K. C. Vohrah (Pengerusi) Dato' Muhammad Shafee Abdullah Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus Datuk Dr. Raj Karim Datin Paduka Zaitoon Dato' Othman

Fungsi: • • Mengikut seksyen 4(1)(b) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil; dan Mengikut seksyen 4(1)(c) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelidikan dan aktiviti yang dijalankan oleh LRITWG, sila ke laman Bidang Kajian dan Acara & Aktiviti.

KUMPULAN KERJA ADUAN DAN SIASATAN (CIWG) Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan diberi tugas "menyiasat aduan mengenai pencabulan hak asasi manusia," iaitu tugas keempat SUHAKAM yang ditetapkan dalam Seksyen 4(1)(d) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Fungsi CIWG:

• • • •

Mempertimbangkan aduan yang diterima daripada orang ramai untuk menentukan samada pencabulan hak asasi manusia telah berlaku. Menyiasat aduan-aduan di mana pencabulan ke atas hak asasi manusia berlaku. Mencadangkan kepada pihak-pihak berkuasa langkah-langkah yang sesuai diambil bagi mengatasi pencabulan hak asasi manusia. Melawat tempat-tempat tahanan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan untuk memberi cadangan yang berkenaan.

Ahli CIWG: • • • • • • • Dato' Choo Siew Kioh (Pengerusi) Dato' Siva Subramaniam A/L Nagaratnam Dato' Muhammad Shafee Abdullah Dato' Dr. Abdul Monir Yaacob Dr. Mohammad Hirman Ritom Abdullah Datin Paduka Zaitoon Dato' Othman Dato' Dr. Michael Yeoh Onn Kheng

KUMPULAN KERJA HAK EKONOMI, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN (ECOSOC) Penyelidikan dan perkembangan dasar berkaitan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan adalah dijalankan oleh Kumpulan Kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ECOSOC). Ahli ECOSOC: • • • • • • • • • Datuk Dr. Denison Jayasooria (Pengerusi) Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun Dr. Mohammad Hirman Ritom Abdullah Datuk Dr. Raj Abdul Karim Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohamed Rus Ustaz Muhammad 'Uthman El-Muhammady Prof. Dato' Dr. Khoo Khay Kim Dato' Dr. Michael Yeoh Onn Kheng Dr. Chiam Heng Keng

Fungsi: • Mengikut seksyen 4(2)(a) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu. Untuk mengetengahkan isu-isu yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan kumpulan terpinggir bersangkutan dengan hak ekonomi dan sosial mereka, seperti hak perumahan yang wajar, kesihatan dan pendidikan. Kumpulan terpinggir ini termasuklah warga miskin di bandar dan luar bandar, ibu tunggal, warga tua dan orang yang menghadapi masalah psikiatri.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelidikan dan aktiviti yang dijalankan oleh ECOSOC, sila ke laman Bidang Kajian dan Acara & Aktiviti.

• • BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN Bahagian Pengurusan dan Kewangan bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perancangan dan perkembangan sumber manusia. Ini merangkumi semua hal yang berkaitan dengan perjawatan, pengambilan dan pelantikan kakitangan, menyediakan kemudahan-kemudahan, syarat-syarat perkhidmatan, kebajikan kakitangan SUHAKAM serta merancang dan menguruskan hal-hal kewangan secara efisien mengikut keperluan SUHAKAM. Dalam menjalankan tugas-tugas tersebut, Bahagian Pengurusan dan Kewangan dibimbing oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan yang bertanggungjawab terhadap Suruhanjaya. Ini bertujuan untuk membantu dalam membuat keputusan dalam pengurusan kewangan SUHAKAM serta lain-lain hal pengurusan dan polisi kakitangan. SUHAKAM menggalakkan perkembangan kerjaya kakitangannya. Para pegawai dan kakitangan SUHAKAM sering dihantar untuk menghadiri latihan dan seminar yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan luar negara untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan kebolehan serta mendedahkan mereka kepada isu-isu semasa berkenaan hak asasi manusia. SUHAKAM menyewa premis di tingkat 28, 29 dan 30 di bangunan Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Sejak 31 Ogos 2001, SUHAKAM mempunyai kuasa untuk menguruskan sendiri peruntukan kewangannya. Peruntukan ini digunakan untuk membayar sewa premis, gaji kakitangan, elaun Pesuruhjaya dan perbelanjaan untuk aktiviti SUHAKAM. BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM Bahagian Perhubungan Awam SUHAKAM memberi sokongan kepada Suruhanjaya dengan membantu dalam menyebarkan maklumat tentang aktiviti SUHAKAM kepada orang ramai dan pihak media. Bahagian Perhubungan Awam juga menasihati Suruhanjaya berkenaan langkahlangkah yang berkesan untuk memastikan SUHAKAM dapat mengekalkan imejnya di khalayak umum. Diantara fungsi-fungsi Bahagian ini ialah: Untuk mengembangkan dan mengekalkan hubungan profesional dengan pihak media dan menjadi rujukan untuk mendapatkan maklumat. Untuk menyalurkan maklumat kepada pihak media dengan menganjurkan Sidang Media yang bersesuaian dan menggunakan Kenyataan Media secara berkesan, dan temuramah di media radio dan television dan media cetak. Untuk membantu dalam penerbitan Laporan Tahunan SUHAKAM, laporan-laporan, risalah maklumat, dan lain-lain bahan promosi untuk diedarkan. Untuk memberi respons terhadap pertanyaan dari orang ramai dan membantu dalam menyampaikan respons rasmi apabila perlu. Untuk menyelenggara laman web SUHAKAM dengan mengemaskini maklumat terkini berkenaan acara dan aktiviti SUHAKAM. Untuk membantu dalam perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan acara dan aktiviti SUHAKAM. Untuk membuat publisiti mengenai aktiviti SUHAKAM melalui pelbagai medium, termasuklah surat berita, laporan, poster, risalah, kenyataan media, dan iklan di media cetak, radio dan televisyen.

• •

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

(viii) • • •

Untuk membantu dalam mewujudkan hubungan diantara SUHAKAM dengan orang ramai dan kumpulan sasaran seperti agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Untuk sebarang komen dan pertanyaan mengenai apa-apa hal yang berkaitan dengan SUHAKAM, sila hantarkan e-mail kepada humanrights@suhakam.org.my atau telefon 03-2612 5600 BAHAGIAN UNDANG-UNDANG Tugas utama Bahagian Undang-Undang SUHAKAM adalah untuk membantu Suruhanjaya termasuk Kumpulan-Kumpulan Kerja, Sekretariat serta Bahagian-Bahagiannya berkaitan penyelidikan undang-undang dan perkara-perkara lain berkenaan perundangan, dan operasioperasi lain, fungsi atau unit-unit pentadbiran di bawah kuasa Suruhanjaya, termasuk individu yang kepadanya Suruhanjaya telah mewakilkan mana-mana kuasanya. Bahagian Undang-Undang bertanggungjawab untuk memberikan bantuan atau nasihat dan mewakili Suruhanjaya dan Sekretariat dalam melaksanakan tugas-tugas Suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 ("Akta SUHAKAM"). Ini merangkumi tugas memastikan aktiviti semasa dan aktiviti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya, KumpulanKumpulan Kerja serta bahagian-bahagian operasi lain, atau unit pentadbiran di bawah kuasa Suruhanjaya, termasuk individu yang kepadanya Suruhanjaya telah mewakilkan mana-mana kuasanya, adalah selaras dengan undang-undang yang sedia ada. Di antara tanggungjawab Bahagian Undang-Undang juga adalah untuk menjalankan penyelidikan khususnya dari konteks Malaysia dan fungsi dan kuasa SUHAKAM, serta memantau dan memberi komen terhadap deraf undang-undang yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Kesimpulannya, Bahagian Undang-Undang, yang bergantung kepada faktor dalaman dan luaran, memainkan peranan penting dalam membantu Suruhanjaya untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia dengan mengambil kira pelbagai perkara dan bertindak dengan kebenaran yang diberikan oleh Suruhanjaya. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI HAK ASASI MANUSIA Bahagian Pendidikan dan Promosi Hak Asasi Manusia berfungsi sebagai Sekretariat untuk Kumpulan Kerja Pendidikan dan Promosi Hak Asasi Manusia (EWG). Untuk maklumat lanjut, klik di sini. BAHAGIAN ADUAN DAN SIASATAN Bahagian Aduan dan Siasatan berfungsi sebagai Sekretariat untuk Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Untuk maklumat lanjut berkenaan ESCRWG, klik di sini. Untuk maklumat lanjut berkenaan LRITWG, klik di

• •

• • • • •

SABAH Cawangan SUHAKAM di Sabah memulakan operasinya pada tahun 2001, diketuai oleh Pesuruhjaya Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, yang juga merupakan Naib Pengerusi SUHAKAM. Pejabat cawangan Sabah terletak di CPS Tower, Jalan Centre Point di Kota Kinabalu. Cawangan tersebut telah dibuka secara rasmi pada 26 Mac 2002 oleh Pengerusi SUHAKAM yang pertama, Tan Sri Dato' Musa Bin Hitam. Cawangan tersebut, yang pada asalnya mula beroperasi dengan hanya seorang pegawai dan seorang kakitangan sokongan, kini telah berkembang dengan pelantikan dua lagi kakitangan sokongan. SUHAKAM Sabah menjalankan beberapa aktiviti, termasuklah 'road shows', dialog / perbincangan tentang kesedaran hak asasi manusia di beberapa daerah, dialog bersama masyarakat luar Bandar dan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi, bengkel berkenaan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), lawatan ke tempat tahanan sementara, pameran, temuramah di radio dan televisyen, dan menerima dan menyelesaikan aduan. Alamat: SUHAKAM (Cawangan Sabah) Suite E1, 8th Floor, CPS Tower No.1, Jalan Centre Point 88000 Kota Kinabalu Sabah. Tel. 088-317405 Fax. 088-317405 E-mel SUHAKAM Sabah

SARAWAK Cawangan SUHAKAM di Sarawak memulakan operasinya pada tahun 2001, dan diketuai oleh Pesuruhjaya Dr. Mohammad Hirman Ritom Abdullah. SUHAKAM Sarawak telah berpindah ke pejabat baru, dengan kemudahan dan lokasi yang lebih baik, di Al Idrus Commercial Centre, Jalan Satok agar lebih mudah dikunjungi oleh orang ramai. Pejabat tersebut telah dibuka secara rasmi pada 18 Februari 2002 oleh Pengerusi SUHAKAM yang pertama, Tan Sri Dato' Musa Bin Hitam. Diantara hadirin pada majlis perasmian tersebut adalah wakil dari jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak media. Isu-isu hak asasi manusia yang menjadi isu utama di Sarawak termasuklah hak tanah Orang Asal, pembangunan, kemudahan dan perkhidmatan asas. Sejak penubuhannya, cawangan Sarawak ini telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengangani isu-isu tersebut, antaranya 'road shows', dialog / perbincangan tentang kesedaran hak asasi manusia di beberapa daerah, lawatan ke tempat tahanan sementara, pameran, temuramah di radio dan televisyen, dan menerima dan menyelesaikan aduan. Alamat: SUHAKAM (Cawangan Sarawak) 194, Lot 456, 457, 3rd Floor Al Idrus Commercial Centre Jalan Satok, 93400 Kuching Sarawak. Tel. 082-234650 Fax. 082-254937 E-mel SUHAKAM Sarawak

Kandungan dan penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.
~ Artikel I, UDHR

HAK ASASI MANUSIA DALAM MASYARAKAT & AGAMA Sejak pengisytiharannya, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) telah dijadikan panduan untuk lebih banyak lagi piagam hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam tradisi dan dokumen yang lebih awal. UDHR sendiri telah digubal berdasarkan dokumen seperti English Magna Carta of 1215, US Bill of Rights of 1776, dan French Declaration of the Rights of Man and Citizens of 1789. Lama sebelum undang-undang dan garis panduan tersebut didokumenkan, masyarakat dan agama telahpun mengiktiraf hak asasi manusia. Konsep hak asasi manusia boleh ditemui dalam pemikiran masyarakat feudal, perundangan Rome, falsafah Greek, Old Testament, dan juga dalam masyarakat primitif, walaupun mungkin mereka tidak mempunyai perbendaharaan kata atau perkataan yang secara langsung menggambarkan hak asasi manusia (Alan Gewirth, 1989). Kebanyakkan masyarakat juga mempunyai tradisi yang mengatakan "Berbuatlah kepada orang lain sebagaimana anda mahu mereka berbuat kepada anda" dan juga mempunyai sistem hak dan tanggungjawab. Hak asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam agama yang menjadi asas keamanan dan kemajuan. Agama secara amnya membincangkan persoalan mengenai kewajipan, hak dan tanggungjawab setiap manusia. Agama mengajar kita untuk menyayangi dan menghormati sesama sendiri dan mempertahankan kehormatan orang lain, yang merupakan asas hak asasi manusia. Contohnya, antara hak-hak yang diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam Sedunia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah, dikumpul oleh cendiakawan Islam yang terkemuka, ialah Hak Untuk Hidup; Kebebasan; Kesamarataan dan Larangan Terhadap Diskriminasi Yang Tidak Diizinkan; Keadilan; Perbicaraan Yang Adil; Perlindungan Daripada Penyalahgunaan Kuasa; Perlindungan Daripada Penyeksaan; Perlindungan Kemuliaan dan Reputasi; Pelarian; Kumpulan Terpinggir; dan lain-lain.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU DAN UDHR Peristiwa-peristiwa politik dekad ini, contohnya penjajahan orang China di Tibet, perbalahan etnik di Sri Lanka, dan pengalaman pemerintahan ketenteraan di beberapa negara, telah menggerakkan perhatian dunia terhadap hak asasi manusia. Perang Dunia ke II terutamanya, telah membawa hak asasi manusia ke pentas antarabangsa. Cubaan Nazi dari German untuk menghapuskan semua Yahudi dari Eropah dan

membunuh jutaan yang lain - rakyat Poland, orang gipsi, tahanan perang Soviet, homoseksual, orangorang cacat fikiran dan cacat fizikal dan musuh politik - telah menggerunkan seluruh dunia. Selepas Perang Dunia ke II, banyak negara dari seluruh dunia telah bersatu untuk menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sebagai satu usaha diperingkat antarabangsa untuk membantu menstabilkan hubungan antarabangsa dan memastikan keamanan dunia. Negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berakujanji untuk mempromosikan dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak-hak asasi manusia yang dimiliki oleh setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak. Untuk mencapai matlamat tersebut, pertubuhan tersebut telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan menugaskannya untuk menyediakan deraf dokumen yang menerangkan maksud hak-hak asas dan kebebasan yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada 10 Disember 1984, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menerimapakai dan mengisytiharkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat untuk mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai hak-hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial dan kebudayaan.

HAK ASASI MANUSIA DI MALAYSIA Di Malaysia, hak asasi manusia adalah termaktub secara tidak sepenuhnya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini diterangkan dalam seksyen 2 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597). Untuk maklumat lanjut, klik disini. Malaysia telah bergiat aktif dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) sejak awal tahun 1990an. Pada tahun 1993 - 95, Malaysia telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato' Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Untuk maklumat lanjut, klik disini. Penggubalan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, membuktikan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap hak asasi manusia. SUHAKAM kemudiannya ditubuhkan pada September 1999 dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, klik disini

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 597 AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999 Tarikh Persetujuan Diraja 27 Ogos 1999 Tarikh diterbitkan dalam Warta 9 September 1999

SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN

Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENUBUHAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA Seksyen 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Penubuhan Suruhanjaya Fungsi dan kuasa Suruhanjaya Anggota Suruhanjaya dan tempoh jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi Mesyuarat Suruhanjaya Saraan Pengosongan jawatan Kehilangan kelayakan Perletakan jawatan

BAHAGIAN III KUASA SIASATAN SURUHANJAYA Seksyen 12. 13. 14. 15. Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan Tatacara jika pelanggaran tidak didedahkan atau didedahkan Kuasa yang berhubungan dengan siasatan Keterangan di hadapan Suruhanjaya

BAHAGIAN IV KAKITANGAN SURUHANJAYA Seksyen 16. 17. 18. Pelantikan Setiausaha dan kakitangan Pewakilan kuasa Pelindungan anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya

BAHAGIAN V AM Seksyen 19. Dana 20. Pemakaian Akta 240 21. Laporan tahunan 22. Peraturan-peraturan 23. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia; untuk menyatakan kuasa dan fungsi suruhanjaya itu bagi pelindungan dan pemajuan hak asasi manusia di Malaysia; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya atau bersampingan dengannya. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I PERMULAAN Tajuk Ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) (2) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta.

Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain "hak asasi manusia" merujuk kepada kebebasan asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan; "Kerajaan" ertinya Kerajaan Malaysia; "Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hak asasi manusia.

>> Ke Atas Semula

Bahagian II PENUBUHAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA Penubuhan Suruhanjaya

3.

(1)

Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu Suruhanjaya hendaklah dikenali sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ("Suruhanjaya"). Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai biasa, yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Suruhanjaya, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut. Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yang mengandungi apa-apa peranti sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya. Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan Setiausaha kepada Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya dan hendaklah disahkan oleh Setiausaha atau orang lain yang diberi kuasa oleh Setiausaha atau orang yang diberi kuasa itu secara bertulis. Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai biasa itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subsekyen (4), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya. Meterai biasa Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

Fungsi dan kuasa Suruhanjaya 4. (1) Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia, fungsi Suruhanjaya adalah-

(a) untu k mem upuk kese dara n dan men yedi akan pend idika n yang berh ubun gan deng an hak asas i man usia;

(b) untu k men asih ati dan mem bant u Kera jaan dala m mer umu skan peru ndan

(2)

Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau kesemua kuasa yang berikut: uatk uasa , jika ada, berh ubun g deng an aktiv iti itu.

(3)

Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan di bawah perenggan (2)(d) tidaklah boleh dihalang oleh orang yang menjaga tempat tahanan itu jika tatacara yang diperuntukkan oleh undang-undang yang mengawal selia tempat tahanan itu dipatuhi. bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

(4)

Anggota Suruhanjaya dan tempoh jawatan 5. (1) (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada tidak lebih daripada dua puluh orang anggota. Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Perdana Menteri. Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik daripada kalangan tokoh terkenal termasuk mereka yang datang daripada berbagai latar belakang agama dan kaum. Tiap-tiap anggota hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun yang layak dilantik semula.

(3)

(4)

Pengerusi dan Naib Pengerusi 6. (1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah menetapkan salah seorang daripada anggota yang dilantik di bawah seksyen 5 menjadi Pengerusi Suruhanjaya. Tempoh jawatan Pengerusi adalah selama tempoh keanggotaannya dalam Suruhanjaya. Naib Pengerusi bolehlah dipilih oleh anggota Suruanjaya daripada kalangan mereka sendiri. Jika Pengerusi Suruhanjaya atas apa-apa sebab tidak dapat melaksanakan fungsi Pengerusi, atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Pengerusi , Naib Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi Pengerusi.

(2) (3) (4)

Mesyuarat Suruhanjaya 7. (1) (2) Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan kesemua mesyuarat Suruhanjaya. Jika Pengerusi tidak menghadiri mesyuarat, Naib Pengerusi Suruhanjaya hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. Kuorum dalam semua mesyuarat ialah dua pertiga daripada bilangan anggota Suruhanjaya. Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah berusaha untuk mencapai segala keputusan mesyuarat secara sebulat suara yang jika gagal, keputusan oleh majoriti dua pertiga anggota yang hadir adalah dikehendaki. Suruhanjaya hendaklah menentukan perjalanan prosidingnya sendiri.

(3) (4)

(5)

Saraan 8. (1) Pengerusi Suruhanjaya hendaklah dibayar saraan dan elaun yang ditentukan oleh Yang diPertuan Agong. Tiap-tiap anggota Suruhanjaya hendaklah dibayar elaun pada kadar yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Pengosongan Jawatan 9. Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong-

(a) a pabi la ang got a itu mati

(b) a pabi la ang got a itu mel etak kan jaw ata n mel alui sur at yan g dituj uka n kep ada Yan g diPert uan Ago ng;

(c) a pabi

Kehilangan Kelayakan 10. Seseorang anggota Suruhanjaya boleh dipecat daripada jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong jika-

(iii) telah berti ndak mela ngga r Akta ini dan berc angg ah deng an kew ajipa nnya seba gai angg ota Suru hanj aya.

Perletakan Jawatan

11.

Seseorang anggota Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

>> Ke Atas Semula

Bahagian III KUASA SIASATAN SURUHANJAYA Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan 12. (1) Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau sesorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia orang atau kumpulan orang itu. Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan hak asasi manusia yang-

(2)

(a) m eru pak an hal per kar a apa apa pro sidi ng yan g bel um sel esa i di ma nama na ma hka ma h, ter ma sukl ah apa apa ray uan ; ata u

(b) tela h

(3)

Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen 12(1) dan sementara penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.

Tatacara jika pelanggaran tidak didedahkan atau didedahkan 13. (1) Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh suruhanjaya di bawah seksyen 12 tidak mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia . Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatan itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang membuat aduan itu. Jika sesuatu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 12 mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia. Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk merujuk perkara itu, jika berkenaan , kepada pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu dengan syor yang perlu.

(2)

Kuasa yang berhubungan dengan siasatan 14. (1) Suruhanjaya hendaklah , bagi maksud sesuatu siasatan di bawah Akta ini, mempunyai kuasa-

yan g ber ma sta utin di Mal aysi a sup aya me ngh adir i ma nama na me syu arat Sur uha nja ya bag i me mb erik an ket era nga n ata u me nge mu kak an apa apa dok um en

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(c), jika orang dipanggil ialah seseorang yang berada dalam tahanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, saman itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang yang terpakai yang berhubungan dengan tempat tahanan itu.

Keterangan di hadapan Suruhanjaya 15. (1) Sesorang yang memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya hendaklah, berkenaan dengan keterangan itu, berhak mendapat segala keistimewaan yang berhak diberikan kepada seseorang saksi yang memberikan keterangan di hadapan mahkamah undangundang berkenaan dengan keterangan yang diberikan olehnya di hadapan mahkamah itu. Tiada seorang pun boleh, berkenaan dengan apa-apa keterangan, bertulis atau lisan, yang diberikan oleh orang itu kepada atau di hadapan Suruhanjaya, dikenakan apa-apa tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah dalam mana-mana mahkamah kecuali apabila orang itu dipertuduh memberikan atau merekakan keterangan palsu.

(2)

>> Ke Atas Semula

Bahagian IV KAKITANGAN SURUHANJAYA Pelantikan Setiausaha dan Kakitangan 16. (1) (2) Suruhanjaya hendaklah melantik seorang Setiausaha kepada Suruhanjaya Suruhanjaya boleh melantik pegawai dan perkhidmat lain yang perlu bagi membantu Suruhanjaya menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

Pewakilan Kuasa 17. Suruhanjaya boleh mewakilkan kepada mana-mana pegawai yang disebut dalam subseksyen 16(2) mana-mana kuasanya, dan pegawai yang kepadanya kuasa itu diwakilkan boleh menjalankan kuasa itu tertakluk kepada arahan Suruhanjaya.

Pelindungan anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya 18. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, atau pekhidmat Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang telah dilakukan olehnya atas sifat itu dengan syarat bahawa pada masa itu, dia menjalankan fungsinya dengan suci hati. Mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya tidaklah boleh dikehendaki mengemukakan dalam mana-mana mahkamah, apa-apa dokumen yang diterima oleh, atau mendedahkan kepada mana-mana mahkamah, apa-apa perkara atau benda yang sampai kepada pengetahuan, Suruhanjaya dalam perjalanan apa-apa siasatan yang dijalankan oleh

(2)

Suruhanjaya di bawah Akta ini. (3) Tiada tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah boleh dimulakan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana anggota Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini atau terhadap mana-mana orang lain berkenaan dengan penyiaran oleh orang itu suatu keterangan yang ada pada matanya benar mengenai laporan itu. Bab IX dan X Kanun Keseksaan[Akta 574] hendaklah terpakai bagi anggota, pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya seolah-olah sebutan mengenai "pekhidmat awam" telah digantikan dengan "anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya".

(4)

>> Ke Atas Semula

Bahagian V AM Dana 19. (1) Kerajaan hendaklah menyediakan bagi suruhanjaya, dana yang mencukupi secara tahunan bagi membolehkan Suruhanjaya menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. Suruhanjaya tidaklah boleh menerima apa-apa dana asing. Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menerima dana tanpa apa-apa syarat daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya bagi maksud memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun beraudit yang sepatutnya mengenai pendapatan dan perbelanjaannya, dan asset dan liabilitinya disimpan. Tahun kewangan Suruhanjaya ialah tahun kalendar. Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah, yang dibawa oleh atau terhadap Suruhanjaya di hadapan mana-mana mahkamah hendaklah dibayar kepada, atau didapatkan oleh, Suruhanjaya dalam mana-mana tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah, hendaklah dikreditkan ke dalam dana Suruhanjaya. Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Suruhanjaya, dalam mana-mana tindakan atau prosiding sivil, yang dibawa terhadapnya dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau berupa dilakukan olehnya di bawah Akta ini atau atas arahan Suruhanjaya hendaklah dibayar daripada dana Suruhanjaya, melainkan jika perbelanjaan itu didapatkan olehnya dalam tindakan atau prosiding sivil itu.

(2) (3)

(4)

(5) (6)

(7)

Pemakaian Akta 240

20. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Suruhanjaya.

Laporan tahunan 21. (1) Suruhanjaya hendaklah tidak terkemudian daripada mesyuarat pertama Parlimen bagi tahun yang berikutnya, mengemukakan suatu laporan tahunan kepada Parlimen mengenai segala aktivitinya di sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan itu. laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai segala perkara yang dirujuk kepada Suruhanjaya, dan tindakan yang diambil berkenaan dengannya berserta syor Suruhanjaya berkenaan dengan setiap perkara itu. Suruhanjaya boleh, bila mana dianggapnya perlu berbuat demikian, mengemukakan laporan khas kepada Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara tertentu yang dirujuk kepadanya dan tindakan yang diambil berkenaan dengan perkara itu.

(2)

(3)

Peraturan-peraturan 22. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini, termasuklah menetapkan tatacara yang kena diikuti dalam menjalankan siasatan di bawah Akta ini.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tatatertib 23. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya. Jika mana-mana peraturan tatatertib dibuat dibawah seksyen ini, Suruhanjaya hendaklah menyebabkan notis mengenai kuat kuasa peraturan-peraturan itu diberikan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membawanya kepada perhatian kesemua pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya yang tersentuh oleh peraturan-peraturan itu dan peraturan-peraturan itu hendaklah, walau apa pun seksyen 19 dan 20 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja notis itu diberikan tanpa disiarkan dalam Warta.

(2)

Kenyataan Media • • •
12 Jan 2009 9 Jan 2009 7 Jan 2009

Kenyataan Media

Kenyataan Media Suhakam: Polis, FRU guna kekerasan (kemaskini)

Berita

KPN: Tindakan akan diambil terhadap anggota yang menggunakan kekerasan melampau
10 Jan 2009 10 Jan 2009 10 Jan 2009 10 Jan 2009 10 Jan 2009

• • • •

MCA mahu tindakan dikenakan terhadap polis engkar MCA: Dakwa polis terlibat perbalahan di Cheras Tugas untuk berkhidmat dan melindungi Bantahan Bandar Mahkota Cheras: Polis siasat kekerasan melampau anggotanya

Hubungi Bahagian Perhubungan Awam BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA Tingkat 29, Menara Tun Razak Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Malaysia.

Nama E-Mel Samb. Tel

Noor Azizah Atdenan noorazizah@suha kam.org.my 5641

Jasliza Jamil jasliza@suhakam .org.my 5687

Neeza Mohd Alias neeza@suhakam. org.my 5681

Syahrizal Bakar syahrizal@suhak am.org.my 5689

Tel: 603-2612 5600

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->