You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN BIL.

1/2013

22 Januari 2013 2.30 petang Bilik Mesyuarat Tun Hamdan, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

Faiz Fahmi Bin Ruzali JAWATAN Penolong Kanan Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Guru Penolong Tidak hadir bersebab BIL 1 2 3 4 NAMA Tn. Tarikh B. Mesyuarat : 1. Khairol Azhar Bin MD Noor Cik Salwa Binti Mahayuddin Cik Sarena Binti Othman Cik Cho Lai Fuen En. Masa C. Hj Abdul Hashim Bin Abdul Karim En. Azli Bin Yaacob Ustaz Ahmad Kamil Bin Hamza En. Mior Hamdan Bin Hj Ghazali En.MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN BIL 1/2013 A. Mohd Syafarizwan Bin Abdul Azis En. Urusetia Mesyuarat : Setiausaha Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Tempat D. Ipoh F. Mohamad Zakaria Bin Mohamad Yusof En.30 petang Bilik Mesyuarat Tun Hamdan NAMA Dr. Naharudeen Bin Othman Ustazah Fatihah Alawiah Binti Mohamad JAWATAN Pengetua Cemerlang Penolong Kanan Hem Penolong Kanan Kokurikulum Guru Kanan Kemanusiaan E. Kehadiran BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 : : : : 22 Januari 2013 02. Perutusan Pengerusi .

Ucapan Penolong Kanan 2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat pertama 3. . Ghazali mewakili pihak pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru panitia PSK dan mengharapkan agar semua guru terus memberi kerjasama dan cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. 1. Pengerusi menekankan bahawa setiap guru dalam Panitia Sivik dan Kewarganegaraan agar memastikan setiap perkara yang berkaitan dengan P&P dan persediaan awal sebelum bermula P&P. sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran dan buku rekod mengajar 4. 4. Keberadaan pihak pentadbir sekolah dalam panitia PSK akan menyuntik semangat guru-guru panitia PSK untuk meningkatkan kualiti dan prestasi bagi penggal persekolahan 2013.2. Tindakan : semua ahli panitia 4. Dr.2. 2.1. 3 tahun 2012 disahkan dan disokong oleh Cik Salwa binti Mahayuddin. 2. Ipoh. Beliau juga selaku individu yang bertanggungjawab ke atas bidang kurikulum meminta guru-guru PSK tidak menjadikan subjek PSK sebagai sampingan tetapi sama penting dengan subjek-subjek lain terutamanya tingkatan 1 dan 2.1. Mior Hamdan Bin Hj. Sehubungan perkara tersebut semua ahli panitia PSK perlu mematuhi ketetapan tersebut.4. En. Cik Sarena Binti Othman mencadangkan minit mesyuarat bil.1. 4.3.1. Sekiranya guru PSK keluar berkursus atau mesyuarat sila pastikan guru telah membekalkan pelajar dengan latihan atau aktiviti yang sesuai. Beliau mengalu-alukan penyertaan pihak pentadbir sekolah khususnya Tuan Pengetua dalam panitia PSK.1. 3.2. 4. guru-guru PSK perlu memastikan waktu P&P berjalan mengikut masa secara masteri dan dipenuhi aktiviti yang sesuai terutama tingkatan 1 dan 2 berdasarkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penghantaran buku rekod adalah merupakan rutin mingguan bagi guru-guru Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Mohd Syafarizwan Bin Abdul Azis selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru panitia PSK menghadiri mesyuarat. Bagi memastikan dasar melindungi waktu instruksional. Beliau berharap semua guru dalam panitia PSK dapat bekerjasama dalam menjayakan program yang akan dirancang dan mengajar berdasarkan sukatan yang ditetapkan bagi edisi 2013.

Tindakan : semua ahli panitia 5. Prosedur pembelian dan pengurusan stok 5. Beliau telah membuat tempahan awal bagi keperluan P&P untuk guru-guru panitia PSK. Pengerusi memaklumkan bahawa masih belum menerima sebarang peruntukan untuk panitia PSK.3. 6. Antaranya adalah : 5. Pengerusi memaklumkan bahawa beliau dalam proses merangka projek mengikut tingkatan berdasarkan silibus.2. Pencerapan P&P dan pencerapan hasil kerja pelajar 6.1. . Guru-guru panitia PSK boleh membuat sebarang tempahan awal bagi tujuan P&P melalui akaun panitia PSK di Kedai MENG STATIONERY beralamat di Taman Cempaka. BIL ITEM 1 Rubber Stamps Ketua Panitia PSK 2 Rubber Stamps Ketua Pentaksir PBS Tingkatan 1 3 4 5 Rubber Stamps Ketua Pentaksir PBS Tingkatan 2 Rubber Stamps Pencapaian pelajar dalam PBS Kertas foto UNIT 1 set 1 set 1 set 8 set 1 set 5.2.1. Walaupun telah dilaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) guru-guru panitia PSK perlu mematuhi ketetapan seperti yang terdapat dalam buku pengurusan sekolah 2013. Pengerusi mengingatkan ahli panitia supaya mematuhi jadual pencerapan yang telah disusun. Hasil kerja pelajar hendaklah disemak dari semasa ke semasa. 6.5.4. Guru-guru panitia PSK digalakkan memberi cadangan kepada beliau bagi proses penambahbaikan. Beliau meminta kerjasama guru untuk mencadangkan keperluan bagi menjayakan pelaksanaan aktiviti panitia PSK. Agihan projek khidmat kemasyarakatan untuk tahun 2013 adalah berdasarkan tingkatan.

Beliau mengingatkan guru-guru PSK Tingkatan 1 dan 2 agar sentiasa mengikuti sebarang hebahan maklumat di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.2. 7.3. Beliau juga mengedarkan jadual cadangan agihan tugas membina item untuk sepanjang tahun 2013. Bhd yang berharga Rm5. Guru-guru PSK diminta memberi respon sekiranya jadual agihan tugas membina item panitia PSK bertembung dengan subjek lain bagi membuat rombakan. Pengerusi telah mengedarkan analisis keputusan akhir tahun 2012. Pengerusi juga memaklumkan bahawa pentadbir sekolah termasuk Tuan Pengetua adalah dikecualikan dalam agihan tugas membina item. tugasan tersebut akan dilaksanakan bagi subjek PSK. sehubungan dengan itu guru PSK tingkatan 1 perlu memaklumkan kepada pelajar agar membayar buku tersebut selepas cuti Hari Thaipusam. Manakala untuk tingkatan 2. Tindakan : semua ahli panitia 7. Kemungkinan besar untuk tahun 2013. 6.3. Pengerusi juga memaklumkan bahawa Ketua Pentaksir PBS bagi tingkatan 1 adalah Cik Salwa Binti Mahayuddin manakala Ketua Pentaksir PBS bagi tingkatan dua adalah ketua panitia sendiri. Peperiksaan dalaman dan Petaksiran Berpusat 7. .5. pihak panitia membuat keputusan untuk menggunakan modul berpusat Daerah Kinta Utara. 7. Ini kerana pada tahun 2012. Tindakan : semua ahli panitia 6.6.4. Guru-guru PSK tingkatan 2 boleh dapatkan bahan tersebut daripada pengerusi. 7.1. kerja khusus atau tugasan berpusat bagi tingkatan 1 tidak dapat dilaksanakan. pihak panitia akan menggunakan buku khas terbitan Sasbadi Sdn. Beliau menekankan agar meningkatkan kualiti pengajaran agar tidak menjejaskan keputusan peperiksaan pada tahun 2013. Untuk PBS Tingkatan 1.00.4. Guru-guru PSK tingkatan 1 dan 2 adalah pentaksir PBS secara automatik.

Hal-hal lain 8. tarikh : 29 Januari 2013 ……………………………………….3.8. Ketua Panitia berharap agar guru dapat memberi cadangan yang baik untuk meningkatkan pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. (MOHD KHAIROL AZHAR BIN MD NOOR) Setiausaha Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Tuanku Abdul Rahman.45 petang Disediakan oleh.4. 8. Ipoh . Beliau juga mengharapkan kerjasama pihak pentadbir khususnya Tuan Pengetua menyokong setiap perancangan yang telah disusun bagi tahun 2013.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.2. 8. Pengerusi juga memberikan ucapan tahniah kepada Cik Salwa Binti Mahayuddin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 27 Januari 2013. 8. Beliau juga memaklumkan bahawa dalam proses menyiapkan kertas konsep perancangan strategik panitia PSK tahun 2013-2015 dan sasaran kerja panitia PSK tahun 2013 untuk meningkatkan kualiti dan prestasi guru-guru pantia PSK.

... .................. MIOR HAMDAN BIN HJ......... (DR.................. Ipoh ..... ………………………………………………..... Ipoh Disahkan oleh...........Disemak oleh.... GHAZALI) Penolong Kanan Sekolah Tuanku Abdul Rahman.................. (MOHD SYAFARIZWAN B ABDUL AZIS) Ketua Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Sekolah Tuanku Abdul Rahman..