You are on page 1of 14

8 Tanda Anda Sakit Buah Pinggang

Posted by oktant at Rabu, Disember 01, 2010 Kebanyakan kita memang tak perasan jika menghidapi sesuatu penyakit. Terutamanya pada peringkat awal. Sering beranggapan yang ia hanyalah sakit biasa saja. Ataupun memang memandang remeh akan hal tersebut. Mungkin ada yang kata; "Eleh, sakit sikit jer ni. Takyah lah awak risau. Kejap lagi baiklah tu."

Sebaiknya anda harus peka dengan keadaan kesihatan tubuh sendiri. Lakukan apa yang patut sebelum sesuatu penyakit tu melarat. Contohnya, jika nak tahu sama ada anda menghidapi sakit buah pinggang atau tak, cuba lihat tanda-tanda di bawah ini;

1. Bengkak Badan

Mengalami bengkak air yang teruk dan rasa sakit pada pinggang, kaki dan bahagian dalam tumit kaki.

2. Demam

Mengalami demam yang berulang. Contohnya - anda demam beberapa kali dalam seminggu.

3. Gatal-gatal Badan

Sekiranya seluruh badan anda mengalami gatal-gatal, ia menandakan badan anda banyak toksin.

4. Hilang Selera Makan

Selera anda hilang secara tiba-tiba. Bila makan, terasa macam nak muntah. Kesannya, anda akan mengalami penurunan berat badan secara tiba-tiba.

5. Kerap Buang Air Kecil

Kerap buang air kecil(kencing) di waktu malam. Tapi setiap kali kencing, hanya sedikit saja yang keluar.

6. Mudah Letih

Anda akan berasa mudah letih berbanding sebelum ini. Kalau selalu anda boleh melakukan aktiviti lasak tanpa masalah, tapi kini prestasi anda dah tak seperti biasa.

7. Sakit Kepala

Anda

sering

sakit

kepala

yang

berpunca

daripada

tekanan

darah

tinggi.

8. Sakit Pinggang

Sakit Pinggang

Anda terasa macam menyucuk-nyucuk dan sakit di bahagian pinggang. Rasa sakit pada bahagian dalam dan bukan pada tulang.

Ada sesetengah anda ia datang sekali-sekala dan sesetengah yang lain pula merasainya secara berterusan.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/12/8-tanda-anda-sakit-buahpinggang.html#ixzz2H4QduVSv

Anda Sakit Buah Pinggang?


Posted by oktant at Isnin, Mac 09, 2009 Ada tak sesiapa di antara anda yang sakit buah pinggang? Di sini saya terjumpa satu petua tradisional yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda. Apa yang perlu anda cari sekarang ialah daun lobak merah.

Cara untuk mengamalkan petua ni:

1. Ambil daun lobak merah dan cuci agar ianya bersih.

2. Rendamkannya dalam 1 mangkuk yang berisi air panas.

3. Biarkan daun tersebut terendam selama beberapa minit.

4. Kemudian, minumlah air rendaman daun lobak merah tu.

5. Amalkan meminumnya 3 kali sehari sebelum makan.

Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/03/anda-sakit-buahpinggang.html#ixzz2H4PyRYYr

Kaedah Rawatan Penyakit Buah Pinggang Mengikut Cara Homeopathy - Akupunktur


Buah Pinggang | Kaedah Rawatan | Various Treatment [ In English ] | Rawatan dengan Laser
Bila Meningkat Tua Semakin seseorang meningkat tua, jumlah unit penapis di dalam buah pinggang berkurangan. Jika buah pinggang turut rosak kerana penyakit, penapis yang ada menjadi kurang berkesan dan bahan kotoran mungkin terkumpul di dalam darah. Kita juga harus ingat faktor-faktor utama yang menyebabkan penyempitan saluran darah di jantung turut menjejaskan buah pinggang. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi atau kencing manis lebih mudah mendapat masalah buah pinggang.

Prof Dr Nik Omar, adalah seorang pakar homeopathy di malaysia yang mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Pengamal Homeopathy Berdaftar Malaysia Diperingkat antarabangsa, beliau memegang jawatan Senior President Asian Homeopathic Medical Leagure (International), dan mempunyai pengalaman luas dalam perubatan homeopathy dan akupunktur.

Cara Rawatan Hospital Allopathy Dialisis buah pinggang Mengikut cara atau kaedah rawatan biasa (allopati), jika buah pinggang rosak teruk dan tidak boleh berfungsi walaupun mengikuti diet khusus, dialisis diperlukan, sama ada terus-menerus atau sehingga penderma buah pinggang ditemui. Satu buah pinggang boleh berfungsi untuk dua tetapi jika kedua-duanya tidak lagi berfungsi, seseorang memerlukan pemindahan buah pinggang atau cara lain untuk menapis darah. Teknologi perubatan allopati hari ini telah mencipta proses dinamakan dialisis yang menapis darah melalui mesin buah pinggang tiruan apabila kedua-dua buah pinggang tidak boleh berfungsi lagi. Pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti hidup mereka semakin terbatas. Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapi pembersihan darah dan sekurangkurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua pesakit boleh menerimanya. Di Pusat-Pusat Dialisis Swasta ianya memerlukan sekurang-kurang RM 300 hingga RM 400 untuk sekali membuat dialisis. Untuk satu bulan rawatan dialisis pesakit memerlukan sekurang-kurang RM 1,000.00 Masalah sering dihadapi ialah anaemia teruk dan pengambilan cecair berlebihan harus disekat. Pemindahan buah pinggang Secara teori, pemindahan buah pinggang nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang dihadapi tubuh

penerima. Pilihan Untuk Rawatan Alternatif


Rawatan cara Homeopathy - Makan Ubat Rawatan cara Akupunktur 1. Cara Tusukan jarum-Jarum Halus Akupunktur 2. Menggunakan Teknologi Baru Laser Therapy @

http://laser-profnik.blogspot.com

Tanda-tanda Sakit Buah Pinggang kronik Pesakit biasanya lemah, sering demam, sering kencing lebih-lebih lagi waktu malam. Jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit akan kehilangan berat badan, luka, gatal-gatal dan sedu. Kulit nampak kekuningan dan garisgaris warna coklat dilihat di kuku tangan. Rawatan Puncanya mesti dikenal pasti dan dirawat. Batu karang boleh dikeluarkan melalui pembedahan dan jangkitan kuman dirawat dengan ubat-ubatan. Jika kedua-duanya gagal, pesakit diberikan pemakanan tinggi karbohidrat dan rendah protein. Dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan jika pesakti bertambah teruk. Adakah pesakit bergantung pada mesin dialisis sepanjang hayatnya? Rawatan dialisis diberikan selama tiga hingga empat jam tiga kali seminggu. Selain waktu tersebut, pesakit bebas aktif seperti orang lain. Adakah pesakit yang menerima dialisis boleh bekerja? Dengan rawatan dialisis, pesakit buah pinggang dapat hidup secara normal. Mereka boleh bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat seperti kerja buruh. Pesakit ini juga patut meneruskan persekolahan dan boleh mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti rekreasi. Apakah kesan dialisis ke atas kehidupan pesakit? Kegagalan fungsi buah pinggang tidak bermakna berakhirnya

kehidupan. Pesakit perlu mengikuti pemakanan khusus dan mengambil ubat-ubatan yang membantu dalam rawatan. Adakah kegagalan buah pinggang jarang berlaku? Setiap tahun kira-kira 1,890 orang dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan akan mati tanpa rawatan yang betul. Kebanyakan pesakit berusia antara 15 hingga 55 tahun. Setiap tahun jumlah pesakit yang menerima rawatan penyakit buah pinggang semakin bertambah. Bagaimana mengetahui sama ada anda mengidap penyakit buah pinggang? Bagi sesetengah penyakit buah pinggang, terdapat tanda-tanda yang boleh dikenali. Umpamanya, terdapat darah dalam air kencing, bengkak sekeliling mata serta buku lali dan sering bangun kencing waktu malam. Tanda-tanda seperti ini memerlukan rawatan. Bagaimanapun banyak kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menampakkan sebarang tanda. Ia dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau tekanan darah tinggi. Rawatan Altenatif Mengikut Kaedah Homeopathy Sistem perubatan Homeopathy mempunyai caranya tersendiri untuk merawat kes-kes Penyakit Buah Pinggang [ Renal Failure] dengan memberi ubat-ubat yang sesuai; Kes 1 : Mr.NAND- Umur 50 tahun. Mr.NAND telah dimasukkan ke sebuah hospital setelah dirujukkan oleh sebuah klinik swasta dengan tanda-tanda yang jelas menunjukkan 'penyakit buah pinggang', kaki,perut, muka dan badan bengkak, air kecing mengandungan darah. Dan setelah membuat analisa dengan teliti doktor telah mengesahkan bahawa mengikut X-Ray,scan dan sebagainya, pesakit , MR NAND telah mengalami 'Renal Failure' dan memerlukan Dialysis buah pinggang secepat mungkin. Mr.NAND cukup takut kepada dialisis kerana sebelum ini beliau telah lihat sendiri bahawa kakaknya juga meninggal dunia setelah satu tahun membuat dialisis. Beliau takut lalu berjumpa dengan Prof Nik Omar seorang pakar homeopathy untuk mendengar pendapatnya.

Setelah perbincangan berlaku, beliau mengambil keputusan untuk katanya untuk 'mati dirumah' dan bertawakal untuk berubat dengan Prof Nik Omar. Dengan beberap diet serta peraturan yang telah ditetapkan Mr NAND telah mula menjalani terapi homeopathy dengan formula baru 'Trinity of Homeopathy' Dengan mengamalkan ubat-ubat yang dibekalkan seperti' Aconite, Belladonna, Apis Mel., Ars Alb., Hellebore, Cham., Bryonia, Lyco., Calendula, China Off, Spigelia' dengan kaedah permakanan yang khusus, dalam tempuh 3 bulan MR NAND telah pulih sepenuhnya dari tandatanda penyakit yang dialami sebelum ini. Bila beliau kembali semula menemui 'doktor' di hospital tersebut, doktor hairan, bahawa dengan gejala-gejala dan tanda-tanda yang teruk sewaktu meninggalkan hospital, beliau sangka Mr NAND telah pun 'mati' tetapi Tuhan masih sayang MR NAND dan dia sembuh dan sihat sehingga ke hari ini. Allah Maha Besar !! Kita Ikhtiar Tuah Menyembuhkan ! Dalam hal-hal sebegini, kita hairan, masih ramai lagi orang-orang tidak percaya keupayaan penyembuhan yang ada pada ubat homeopathy. Mereka masih tidak yakin, dan tidak percaya. Apa salahnya kalau mereka sekadar memcuba dan berikhtiar secara homeopathy sebelum membuat sebarang dialysis. sebab kami cukup yakin dengan adanya lebih dari 100 jenis ubat-ubat homeopathy untuk 'Penyakit Buah Pinggang', kita cukup yakin, bahawa rawatan homeopathy berupaya memberi rawatan alternatif yang baik kepada pesakit-pesakit Buah Pinggang.

My URL: http://drnikomar.tripod.com

Alamat Kami: Hospital Homeopathy Nik Omar

122, Kg Gelang Mas, Meranti 17010 Pasir Mas, Kelantan. Tel: 019- 9401915 , Pasir Mas 09-7976948 Doktor Bertugas: 1. H/Dr Hajjah Zaharah 2. Prof Dr Nik Omar 3. Hom. Nik Fairuz Hakim [ Di Pasir Mas: Wad / Chalet disediakan untuk pesakit dan pembantu . Jika anda datang dari jauh anda boleh tinggal di wad / chalet kami ]
Klinik Kami di Kuala Lumpur Pusat Perubatan Homeopathy Nik Omar No.118 Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Tel: 03 4042 2020

[ Klinik kami hanya 6 Kedai Selepas City Hotel @ Old Town Kopitiam @ 6 Kedai Sebelum Chow Kit Road ] Doktor Bertugas: 1. H/Dr Hajjah Faridah 2. Prof Dr Nik Omar Web: http://drnikomar.tripod.com Acupuncture News http://acumalay.blogspot.com http://aku122.blogspot.com Sebarang pertanyaan E Mail: fahom122@yahoo.com Dr Nik 019-9401915 atau call

aslkm..saje nak share sikit pengalaman ttg penyakit buah pinggang yg saya hidapi selama 14 tahun.. kesemua simpton diatas, pernah saya alami.. ubat jgn cakapla..mmg sebakul.. effect ubatan2 ni muka kite kejap tembam, kejap cengkung, kejap putih pucat, kejap gelap..anak rambut tumbuh lebat..cam ade jambang skit pun ade jgk..muka naik jerawat.. tp still kene makan kalau nak cepat sihat kan.. 3 kali saya collaps..tisu buah pinggang sudah diambil.. dan alhamdulillah buah pinggang saya dlm keadaan baik..sbb rawatan awal.. sampai skrg still checkup lg tp setahun sekali..berbanding dulu tiap minggu.. kalau anda diluar sana yg ade simpton2 spt diatas, cepat2la berjumpa doc..pencegahan awal

amat penting.. TQ

Ianya bergantung juga pada keadaan seseorang.Sesetengah orang ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa buah pingganya ada kerosakan dan sesetengahnya pula tiada sebarang tanda-tanda. Kalau pengalaman saya sendiri,ketika mula-mula saya mempunyai sakit buah pinggang,ada beberapa tanda yang berlaku kepada saya.Contohnya,kaki saya bengkak air,kencing sedikit,air kencing berbuih kerana adanya protin. Jadi yang terbaik saya syorkan selalulah melakukan ujian air kencing untuk memastikan tiada kandungan protin dalam urin dan ujian darah untuk memastikan keputusan kreatinin.

Testimoni Rawatan Buah Pinggang ABJ LAND


Semua testimoni dihalaman blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna yang dihantar oleh pengguna sendiri melalui email kepada pihak rahsiabuahpinggang.blogspot.com dan ianya belum diuji secara klinikal. Kesan yang diperolehi mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain selepas rawatan. - *Harap maklum* -

En Mohd Arif-Tronoh Perak Ibu mertua saya disahkan pengidap penyakit buah pinggang kritikal dan dinasihatkan supaya menjalani rawatan hemodialisis.Setelah menjalani rawatan ABJ LAND,saya bersyukur kepada Allah,dan berterima kasih kepada en abd latif kerana memperkenalkan saya kepada produk ini.. En Abd Rahman-Tmn Meru Ipoh Saya mengalami penyakit buah pinggang yang kritikal,saya tidak boleh menunaikan solat terawih sehingga selesai akibat dari penyakit tersebut.alhamdulilah saya bersyukur kerana setelah menerima rawatan daripada en abd latif,saya kini dapat menunaikan solat terawih sehingga selesai. En sulaiman_Batu Gajah Perak Saya mengalami penyakit buah pinggang sejak tahun 2009,setelah menerima rawatan daripada en abd latif, kini saya telah sembuh,
Posted by ABDUL LATIF at 23:32 3 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

ABJ LAND Rahsia Rawatan Buah Pinggang Berita baik bagi mereka yang mengalami penyakit kronik khusus bagi penyakit buah pinggang.Kami menyediakan perkhidmatan rawatan buah pinggang bagi yang masih belum ataupun sudah menjalani proses hemodialisis.

Contoh buah pinggang yang rosak

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan,sila hubungi En: Abd Latif ditalian 012-4955086

Sakit mencucuk selepas buang air kecil


Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras. tanyadrxy@bharian.com.my 2010/08/21 Soalan: SAYA berumur 20-an dan mempunyai sejarah masalah batu karang serta kencing kotor. Barubaru ini, penyakit batu karang saya menyerang kembali di mana dalam seminggu, dua kali saya diserang kesakitan. Setahun sebelum ini, doktor sudah mengesahkan terdapat batu karang dalam buah pinggang saya. Namun begitu, doktor menyatakan batu karang itu terlalu kecil dan memberi ubat Ural dan tahan sakit. Baru-baru ini, sakit yang menyerang ada perubahan sikit. Rasanya seperti perut memulas-mulas dan menghala ke bahagian kiri belakang. Selepas dua kali diserang rasa yang sama, saya pergi ke bahagian kecemasan dan kakitangan perubatan membuat x ray serta mengesahkan sekali lagi ada batu dalam buah pinggang saya. Namun begitu, pemeriksaan sekali lagi dengan pakar pada minggu seterusnya menunjukkan tiada batu dalam buah pinggang saya. Selepas dua minggu kesakitan yang biasa berlaku pada tiap-tiap minggu sudah tiada namun rasa sakit lain pula timbul. Sakit yang saya rasai sekarang ialah apabila membuang air kecil di mana rasanya sakit pada bahagian bawah dan depan zakar seperti mencucuk-cucuk apabila air kencing habis dikeluarkan. Adakah kesakitan ini disebabkan penyakit batu karang yang saya alami atau masalah lain? Saya sudah menceritakan kepada doktor pakar yang merawat saya untuk penyakit batu karang ini. Namun, tiada jawapan yang jelas diberikan. Apakah yang perlu saya lakukan? Mohon Bantuan Jawapan: KEMUNGKINAN besar sakit yang saudara alami iaitu sakit bahagian bawah dan depan zakar seperti mencucuk-cucuk adalah disebabkan batu karang yang sudah turun di bahagian bawah ureter. Fenomena ini dikenali sebagai referred pain. Ada juga kemungkinan batu itu sudah jatuh ke dalam pundi kencing. Namun, selalunya sekiranya ini berlaku, saudara akan merasakan aliran kencing tersekat-sekat dan air kencing akan bercampur darah.

Sakit memulas-mulas yang saudara alami pula dikenali sebagai renal atau ureteric colic bergantung kepada di mana sakit itu dirasai. Selalunya, sakit ini disertai dengan rasa loya dan muntah serta intensitinya amat tinggi. Kebanyakan pesakit perlu mendapatkan rawatan kecemasan dan suntikan ubat tahan sakit perlu diberi untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Adakalanya pesakit merasakan seolah-olah hendak membuang air besar tetapi tidak ada najis yang keluar. Kadangkala ia disusuli dengan kencing berdarah dan pengeluaran batu karang semasa kencing. Sekiranya sakit dirasai di bahagian belakang pinggang, ia disebabkan oleh batu karang yang terletak di dalam ginjal. Sekiranya ia dirasakan di bahagian bawah abdomen dan menjalar turun ke bahagian zakar atau testes, ia disebabkan oleh batu karang yang berada dalam ureter. Sakit seperti ini berpunca dari tindak balas pengecutan berkala ureter akibat dari kehadiran batu karang di dalamnya. Ia akan berterusan sehingga batu karang jatuh ke dalam pundi kencing. Ada juga batu karang yang tidak dapat turun dan tersangkut di dalam ureter. Ini akan menimbulkan sakit yang berterusan dan pada jangka masa panjang, ureter dan buah pinggang boleh membengkak akibat dari penyumbatan pengaliran air kencing dari ginjal. Kejadian ini dikenali sebagai hydronephrosis dan hydroureter. Untuk makluman saudara, hanya batu kurang dari 6 milimeter (mm) dapat melalui saluran ureter dan sekiranya saiz lebih besar dari itu, kemungkinan besar ia akan tersangkut dan pelbagai masalah boleh timbul. Saudara, ada juga batu karang yang tidak dapat dilihat di dalam xray di kalangan 30 peratus dari pesakit. Batu karang jenis ini (radiolucent stone) selalunya berasal dari jenis uric asid. Ia sering dikaitkan dengan peningkatan paras uric asid di dalam badan dan di kalangan pesakit yang mengalami masalah gout. Pemeriksaan ultrasound pula hanya boleh mengesan batu karang di dalam pundi kencing dan ginjal saja serta tidak dapat mengesan batu karang yang berada di dalam ureter. Pemeriksaan terbaik untuk mengesan kehadiran batu karang di dalam system urinari adalah dengan melakukan pemeriksaan CTU (CT urography). Pemeriksaan ini boleh mengesan sehingga 95 peratus dari batu karang yang berada samada di dalam ginjal, ureter mahupun pundi kencing. Ia juga dapat mengesan batu karang sekecil beberapa mm .Pemeriksaan ini juga selamat kerana tidak memerlukan suntikan bahan pewarna (contrast) ke dalam badan pesakit sebelum pemeriksaan. Saya ingin menasihatkan saudara supaya menjalani pemeriksaan ini untuk memastikan kehadiran dan kedudukan terkini batu karang di dalam badan saudara. Saudara juga boleh menjalani pemeriksaan air kencing dan sekiranya wujud kehadiran sel darah merah di dalam air kencing (microscopic hematuria), kemungkinan besar batu karang masih ada lagi

dalam badan saudara. Jika saudara mengalami masalah batu karang di bahagian bawah ureter, rawatan yang akan diberi bergantung kepada saiz batu karang. Jika ia bersaiz kurang dari 6 mm, kemungkinan besar batu karang berkenaan dapat keluar dengan sendiri. Ini memadai dengan saudara mengambil banyak air putih dan teruskan dengan pengambilan ural. Ural ialah ubat di dalam katagori urinary alkaliniser iaitu sejenis bahan yang akan menukar pH air kencing dari berasid ke alkali. Apabila air kencing menjadi alkali, setengah batu karang terutama dari jenis uric asid boleh larut dan ia juga boleh mencegah dari batu karang dari terjadi semula. Ia juga boleh melegakan kepedihan semasa membuang air kecil dan boleh menguranggan risiko untuk mendapat jangkitan kuman di dalam pundi kencing. Sekiranya batu karang bersaiz lebih dari 7mm atau jika saudara mengalami sakit yang berulang-ulang dan memerlukan suntikan ubat penahan sakit yang berterusan, batu terbabit perlu dikeluarkan dari badan dengan cara pembedahan endoskopik yang dikenali sebagai ureteroscopy (URS). Satu alat yang kecil akan dimasukkan melalui saluran urethra dan kemudiannya masuk ke dalam saluran ureter. Apabila batu karang dapat dikesan, ia boleh dipecahkan dengan menggunakan laser. Saya ingin menasihatkan saudara untuk berjumpa dengan pakar urologi untuk menyelesaikan masalah anda. Ini kerana seseorang yang mengalami masalah batu karang ginjal atau ureter boleh mendapat sakit yang berulang ulang terutama di bulan Ramadan akibat dehidrasi. Nasihat saya kepada pesakit yang mengalami masalah batu karang ketika Ramadan adalah banyakkan meminum air masak semasa berbuka sehingga air kencing menjadi jernih. Elak dari meminum kopi atau teh kerana kedua-dua minuman ini mengandungi kafein yang boleh mengurangkan kandungan air di dalam badan .Kepada pesakit yang mengalami masalah peningkatan uric asid di dalam badan atau gout, elak dari mengambil secara berlebihan makanan yang mengandungi daging merah (red meat), makanan laut terutama udang, ketam atau kerangan dan elak dari memakan kekacang. Ini adalah kerana makanan ini akan meningkatkan sekresi asid urik di dalam ginjal dan seterusnya meningkatkan risiko mendapat batu karang ginjal terutama di dalam keadaan dehidrasi sepanjang Ramadan. Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.

You might also like