You are on page 1of 2

KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN EXTRA-MURAL STUDIES DEPARTMENT RANCANGAN KERJA KURSUS AEMS 2032 HUBUNGAN ETNIK A.

Kerja kursus Kerja kursus merangkumi 60% daripada keseluruhan jumlah markah untuk unit ini. Pembahagian untuk kerja kursus adalah seperti berikut: 1) Penilaian 1: Tugasan/Esei (30 markah) a. Terdapat 5-6 orang ahli dalam satu kumpulan (bergantung kepada saiz kumpulan tutorial) b. Pelajar harus menyediakan satu tugasan/esei berdasarkan salah satu tajuk yang disediakan (lampiran 1) c. Undian akan diadakan untuk menentukan soalan kerja kursus bagi setiap kumpulan pada minggu ke-1. d. Pelajar dikehendaki menghantar tugasan/esei pada akhir minggu ke-5. e. Panjang tugasan/esei bertulis adalah antara 10-15 muka surat (tidak termasuk lampiran). a. 2) Penilaian 2: Pembentangan (30 markah) Pembentangan akan diadakan dari minggu ke-6 hingga ke-13. b. Masa pembentangan bagi setiap kumpulan adalah kira-kira 30-40 minit. 3) Penilaian 3: Ujian (40 markah) Sebanyak 20 soalan objektif akan dikemukakan. Masa yang diperuntukkan ialah 30 minit. Dijalankan pada minggu ke-6 Topik-topik bagi penilaian ini merangkumi: Hubungan etnik di Malaysia Konsep-konsep asas hubungan etnik Masyarakat pluralistik di Malaysia Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia 4) Pembahagian markah a. Tugasan/Esei : 30 markah

a. b. c. d.

Pembahagian markah untuk tugasan/esei : Isi - 15 Bahasa - 10 *Keaslian/Gaya- 5 Jumlah - 30

CYF/MARCH/2012

*Pelajar digalakkan membuat penyelidikan daripada pelbagai sumber dan WAJIB memasukkan sekurang-kurangnya 5 nota kaki (footnote) dalam tugasan/esei mereka. Plagarisme dilarang sama sekali. b. Pembentangan : 30 markah untuk persembahan individu. Pembahagian markah untuk pembentangan: Bahasa Gaya *Soal jawab Jumlah 15 10 5 30

*Sesi soal jawab akan diadakan selepas pembentangan tugasan/esei. Setiap ahli kumpulan WAJIB menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pensyarah tentang topik yang dibentangkan. 5) Format Tugasan/esei: a. Tugasan/esei harus mengikut susunan di bawah: i. Muka depan ii. Penghargaan iii. Pendahuluan iv. Hujahan/Isi v. Kesimpulan vi. Bibliografi vii. Lampiran b. Tugasan/esei harus ditaip mengikut format: i. Huruf Times New Roman ii. Saiz huruf 12 iii. Selang dua (2) baris iv. Justifikasi (justify) B. Peperiksaan Akhir (2 jam)

1) Bahagian A : 30 soalan objektif (60 markah) a) Topik-topik bagi soalan objektif merangkumi: Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Perpaduan dan menangani cabaran hubungan etnik di Malaysia Agama dan hubungan etnik Hubungan etnik : usaha ke arah pembentukan masyarakat berintegrasi 2) Bahagian B : Soalan esei (40 markah) Jawab 2 soalan esei daripada 4 soalan

CYF/MARCH/2012