You are on page 1of 3

EDU3107 (Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak) Pensyarah : En. Tauhit Bin Sudar. Bincangkan dan lengkapkan makluma di bawah.

. BIMBINGAN Proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran KAUNSELING Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran. Pelatih:

ISL 1

KONSEP

PSIKOTERAPI Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia reality Proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.

DEFINISI

Proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif.

Proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersamasama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilihsuatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan

alternatif yang dipilih. MATLAMAT Memberi nasihat, panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan dan kekusutan fikiran dan perasaan klien Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam pembentukan semula jiwa.

PRINSIP Prinsip Bimbingan dan Kaunseling. 1) Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pendidikan yang terancang dan berterusan. 2) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak. 3) Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuanapabila mereka memerlukannya. 4) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan kanak-kanak bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. 5) Bimbingan dan kaunseling bertujuan membantu kanak-kanak untuk memahami dirinya dan orang lain. 6) Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pembelajaran. 7) Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa depan. 8) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. 9) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai kanak-kanak. 10)Setiap kanak-kanak berbeza dari segi gaya,ketangkasan dan dorongan untuk belajar. 11)Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika

kaunseling. 12)Aktiviti bimbingan dan kaunseling dirancang dan dilaksanakansecara sistematik. SETTING (Tempat) Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi. Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll. Hospital, klinik, pusat perubatan.

You might also like