P. 1
Siri 1 - Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1895-1957

Siri 1 - Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1895-1957

4.93

|Views: 2,622|Likes:
Published by penyunet
Siri 1 - Pen Gen Alan Persekutuan Tanah Melayu 1895 - 1957
Siri 1 - Pen Gen Alan Persekutuan Tanah Melayu 1895 - 1957

More info:

Published by: penyunet on Feb 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 ASAS NEGARA MERDEKA (8 SIRI) oleh Datin Sitti Haishah Abd Rahman (Unit

KUR, BPG) Siri 1 - Pengenalan British kembali ke Tanah Melayu setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan berusaha untuk menaikkan semula imej mereka dengan menjalankan pentadbiran sementara yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British. Pada 10 Oktober 1945, George Hall, Setiausaha Tanah Jajahan, telah mengumumkan Gagasan Malayan Union di Tanah Melayu. Kerajaan bercorak kesatuan ini bertujuan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura, di bawah satu sistem pentadbiran pusat yang diketuai oleh seorang Gabenor. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil kerajaan British untuk mendapatkan tandatangan dan persetujuan Raja-raja Melayu mengenai cadangan itu. Beliau telah berjaya melakukan melakukan kerja dalam masa dua bulan sahaja dengan menggunakan cara ugutan ke atas Raja-raja Melayu dan tidak memberi peluang kepada baginda Raja-raja untuk membincang. Pada 12 Januari 1945, kerajaan British telah mengeluarkan Kertas Putih yang mengandungi butiran perlembagaan Malayan Union. Seterusnya pada 01 April 1946, Malayan Union diisytiharkan secara rasmi. Penubuhan Malayan Union telah menaikkan semangat orang Melayu untuk bangun menentang British. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk menyuarakan bantahan tersebut. Ahli bijak pandai dan celik huruf orang Melayu yang telah lama berjinak-jinak hidup berpersatuan menghangatkan lagi bantahan dan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union. Penyatuan semua persatuan dan kesatuan Melayu telah menghasilkan penubuhan UMNO (United Malays National Organisation) pada 11 Mei 1946, yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar. Penentangan yang padu dan jitu daripada UMNO dan daripada pelbagai pihak telah menyebabkan British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946 bagi merangka perlembagaan baru. Jawatankuasa ini diketuai oleh Sir Malcom MacDonald dan ahli-ahlinya terdiri daripada enam (6) orang pegawai kanan British, empat (4) orang wakil Raja-raja Melayu, dan dua (2) orang wakil UMNO. Pada bulan Disember 1946, kerajaan British telah menggubal satu perlembagaan baru dan menubuhkan Jawatankuasa Perundingan bagi mendapatkan pandangan dan pendapat orang bukan Melayu. Pada 21 Januari 1948, kerajaan British dan Raja-raja Melayu telah menandatangani

shar070209

1

Perjanjjian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytihatkan secara rasmi pada 01 Februari 1948. Kejayaan menghapuskan Malayan Union telah menyakinkan dan menaikkan semangat orang Melayu untuk terus memperjuangkan kebebasan tanah air. Perubahan demi perubahan berlaku dalam politik tanah air yang menjurus kepada berkerajaan sendiri. Perpaduan uyang erat di antara oran Melayu dengan bukan Melayu telah mempercepatkan proses ini. Rundingan antara wakil pelbagai kaum di Tanah Melayu dengan kerajaan British kerap kali diadakan. Kemuncaknya apabila Rombongan Merdeka telah berjaya mendapatkan tarikh sebenar kemerdekaan Tanah Melayu. Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk menggubal perlembagaan baru, iaitu Suruhjaya Reid. Suruhanjaya ini telah menjadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 sebagai asas dalam merangka perlembagaan baru tersebut. Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu disahkan sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka tanpa revolusi ataupun pertumpahan darah tetapi sebaliknya melalui meja rundingan.

Laksana Bulat Air Kerana Pembentung.

Sumber: Arkib Negara Malaysia. 2008.

shar070209

2

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->