You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK LKTP JENGKA 15 KALI KE 35 TAHUN 2013

1. Mengumumkan ketibaan Yang Hormat Dato Hj Saari bin Din, Pengurus Besar FELDA

Wilayah Jengka masuk ke dalam dewan.

2. Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahirabbilalamin.
-

Yang Hormat Dato Haji Saari bin Din Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka Yang Berusaha Tn. Hj. Radin Mohamed Azman bin Radin Yusoff GB SKJ15 Yang dihormati En. Mohd Khairi bin Shabudin YDP PIBG SKJ15 Pn. Zunaidah bt. Abdul Rahman NYDP PIBG SK Jengka 15 Pn. Noriah bt Ruslan Pengerusi GPW Jengka 15 Barisan GPK-GPK SKJ15 AJK-AJK PIBG Ahli-ahli PIBG serta tuan/puan yang dikasihi sekalian.

3. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh dan Selamat sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada Yang Hormat Dato serta para ahli PIBG yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK LKTP Jengka 15 kali ke 35 tahun 2013. 4. Hadirin sekalian, Majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang dengan iringan muzik. Untuk itu semua hadirin diminta berdiri. Hadirin dipersilakan duduk.
5. Seterusnya,

bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan diketuai oleh Ustaz Firdaus bin Mauludin.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima terima kasih kepada Ustaz Firdaus bin Mauludin atas bacaan doa sebentar tadi.
6. Bagi meneruskan acara, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.

Mohd Khairi bin Shabudin Yang DiPertua PIBG SK Jengka 15 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Khairi bin Shabudin Yang Di Pertua PIBG SK Jengka 15 atas ucapan itu tadi.
7. Acara kita pada hari ini diteruskan dengan mempersilakan Tn Hj. Radin Mohamed

Azman bin Radin Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka 15 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj. Radin Mohamed Azman bin Radin Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka 15 atas ucapan itu tadi. 8. Hadirin yang dihormati, Seterusnya marilah sama-sama kita mendengar ucapan dari tetamu jemputan kita pada hari ini. Untuk itu sukacitanya pihak majlis mempersilakan Yang Hormat Dato Haji Saari bin Din, Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Jengka 15 Kali ke 35. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Begitulah tadi ucapan perasmian Yang Hormat Dato Haji Saari bin Din, Pengurus Besar FELDA Wilayah Jengka. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang Hormat Dato atas kesudian menyempurnakan upacara perasmian itu tadi.
9. Seterusnya, acara kita pada pagi ini diteruskan dengan penyampaian cenderahati

kepada para AJK PIBG SK Jengka 15 bagi sesi 2012. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Guru Besar SK Jengka 15 mengiringi Yang Hormat Dato Hj Saari bin Din naik ke pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan : RUJUK SENARAI NAMA AJK PIBG 2012

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Hormat Dato dan Tn Guru Besar atas kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi. Ribuan terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada AJK PIBG atas segala pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas. Hanya Allah yang dapat membalasnya. 10. Hadirin yang dihormati,

Sebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Hormat Dato untuk menyempurnakan upacara perasmian pada hari ini, dipersilakan YDP PIBG menyampaikan cenderahati kepada Yang Hormat Dato. Dipersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG kerana sudi menyampaikan cenderahati. 11. Sebelum saya menangguhkan majlis untuk berhenti berehat, sukacita pihak majlis mempersilakan Yang Hormat Dato sekali lagi ke atas pentas untuk membuat 5 cabutan bertuah seterusnya menyampaikan hadiah kepada yang bertuah. Dipersilakan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Hormat Dato kerana sudi menyempurnakan acara.
12. Dengan selesainya cabutan bertuah itu tadi, saya dengan ini menangguhkan majlis

buat sementara waktu dan akan bermula kembali pada pukul ________________.
13. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang

Hormat Dato, para jemputan serta hadirin ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Dipersilakan.

You might also like