You are on page 1of 3

KEMUDAHAN FIZIKAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kemudahan fizikal merupakan satu aspek penting untuk menjalankan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah. Setiap sekolah perlu menyediakan sebuah bilik khas untuk digunakan sebagai pusat aktiviti dan pusat sumber Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. A. Alat-alat yang perlu diadakan: 1. Kerusi guru dan pelajar 2. Meja guru dan pelajar 3. Rak-rak buku dan risalah 4. Almari berkunci atau peti besi untuk fail dan rekod sulit 5. Sambungan telefon dan kemudahan internet 6. Bangku panjang untuk pelajar 7. Pita rakaman dan kaset 8. Papan putih/ papan kenyataan 9. Set setee 10. Video kamera 11. Tikar atau karpet 12. Projektor slide 13. Komputer 14. Penghawa dingin/ kipas 15. LCD 16. Papan kenyataan 17. Alat pemusnah kertas 18. Kamera B. Rekod untuk menjalankan kaunseling 1. Kad 001 M 2. Kad kemajuan pelajar 3. Borang temujanji 4. Borang kebenaran keluar dari kelas 5. Rekod peribadi pelajar 6. Borang rekod temuramah 7. Buku Pelawat C. Mengadakan ujian atau penilaian untuk peningkatan program bimbingan dan kaunseling di sekolah. D. Bahan rujukan seperti buku, risalah dan bahan maklumat (mini perpustakaan)

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


Dalam pendidikan moden, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah amat mustahak. Untuk meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan ini, maka sebuah bilik khas bimbingan dan kaunseling hendaklah diadakan. Bilik bimbingan dan kaunseling perlu diubah suai mengikut keperluan perkhidmatan di sekolah A ~ Kaunter Pendaftaran, Ruang Menunggu dan Setor Alat Bimbingan dan Kaunseling. B ~ Bilik Resos C ~ Bilik-Bilik Kaunseling Individu D ~ Bilik Kaunseling Kelompok A. Kaunter Pendaftaran i. Kaunter terletak di tempat strategik untuk mengawal kegiatan-kegiatan di bilik resos, bilik menunggu dan bilik-bilik kaunseling. ii. Tempat bertanya dan buat 'temu janji' Ruang Menunggu i. Kedudukannya membolehkan pelajar mudah dipanggil untuk sesi kaunseling. ii. Pelajar menunggu giliran untuk sesi kaunseling. iii. Papan kenyataan untuk menampalkan maklumat bimbingan dan kaunseling. iv. Untuk kakitangan bimbingan membuat kerja-kerja perkeranian dan menaip. v. Simpanan fail-fail, urusan surat menyurat biasa, borang-borang berkait dengan program bimbingan dan kaunseling. vi. Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling. Setor Alat Bimbingan Dan Kaunseling i. Terletak hampir (jika boleh sebelah menyebelah) kaunter. Sebagai tempat simpanan barang/alatan, Setor ini eloklah hampir dengan penggunanya iaitu guru bimbingan dan kaunseling serta pembantunya. ii. Tempat simpanan alatan menulis. iii. Tempat simpanan maklumat alat-alat bimbingan dan kaunseling. iv. Tempat simpanan rekod-rekod lama sebelum dimusnahkan. B. Bilik Resos i. Bersetentangan dengan kaunter untuk memudahkan pengawalan ii. Rak-rak atau meja disusun untuk memudahkan pergerakan-pergerakan penggunanya. iii. Tempat mempamerkan maklumat dan alat-alat bimbingan dan kaunseling. iv. Tempat membaca membuat rujukan dan mengadakan perbincangan mengenai bahan-bahan atau alatan bimbingan dan kerjaya. v. Menjalankan sesi-sesi bimbingan dan kaunseling kelompok. vi. Tempat menayangkan slaid, lut sinar, filem, video, TV dan juga komputer. C. Bilik-Bilik Kaunseling Individu i. Bilik boleh didatangi dengan mudah oleh pelajar. Berdekatan dengan kaunter tempat menunggu dan setor. ii. Jika bilik mendapat cahaya matahari terus, tempat duduk pelajar atau guru bimbingan dan kaunseling hendaklah jangan menghadapi arah datangnya cahaya. iii. Tempat pelajar atau guru bimbingan dan kaunseling duduk tidak hampir sangat dengan tingkap. iv. Kalau rak berpetak dan ada peti besi, eloklah diletakkan sejauh mungkin dari pelajar atau guru bimbingan dan kaunseling. v. Untuk sesi kaunseling. vi. Tempat menyimpan rekod-rekod sesi kaunseling. vii. Tempat membuat rakaman yang boleh menolong proses kaunseling. viii. Tempat mengadakan latihan santai dan latihan gerak badan yang boleh mengurangkan

tekanan yang dialami oleh individu. ix. Tempat fail meja guru bimbingan dan kaunseling yang berkenaan. D. Bilik Kaunseling Kelompok i. Bilik ini hendaklah dilengkapi dengan sebuah meja panjang dan kerusi secukupnya. Lantai bilik ini, eloklah beralas dengan tikar, permaidani atau tikar getah. ii. Untuk sesi kaunseling dan bimbingan kelompok iii. Mengadakan bengkel atau perbincangan tertutup antara guru dan ibu bapa. iv. Membuat kerja kelompok seperti membuat poster carta, risalah dan buku skrap. v. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Sekolah dalam merancang dan melaksanakan program di sekolah. vi. Bilik untuk mengadakan latihan Pembimbing Rakan Sebaya. Cadangan : i. Eloklah dipilih bilik yang senang dilihat dan mudah dikunjungi. ii. Bilik ini dihias supaya boleh menimbulkan suasana yang mententeramkan. Hiasan dinding terdiri daripada gambar atau kata hikmat yang boleh menimbul suasana tenteram. iii. Paling baik jika bilik kaunseling tidak lutbunyi. iv. Mempunyai pengudaraan yang baik. v. Warna alatan seperti perabut eloklah berwarna yang menyelesakan. vi. Tingkap-tingkap digantung langsir yang berwarna lembut dan menarik. vii. Untuk mengelakkan syak wasangka pintu bilik kaunseling individu hendaklah mempunyai pintu bertingkap cermin. E. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi Fail, Rekod dan Dokumentasi adalah merupakan pengesanan kepada perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan. Oleh itu, fail, rekod dan dokumentasi aktiviti-aktiviti hendaklah diurus dan disimpan dengan sempurna dan mudah dikesan bila diperlukan.