You are on page 1of 1

Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Objektif : Dapat mengetahui dan memahami bagaimana Rukun Negara terbentuk.


1. Peristiwa rusuhan kaum / etnik pada 13 Mei 1969 terutama di

Kuala Lumpur / Selangor telah mengganggu gugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika itu. 2. Tindakan serta merta diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Dengan perisytiharan ini, sistem kerajaan berparlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan 3. Berkaitan ini juga MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara (1970) yang berfungsi membincang, meneliti dan menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara kaum. 4. Majlis ini memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan seluruh rakyat membentuk sebuah negara yang bersatu padu.
5. Berdasarkan keputusan itu, maka terbentuklah Rukun Negara

yang diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi pegangan, panduan dan amalan seluruh rakyat ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara.

You might also like