You are on page 1of 2

1.

0 Menginspirasi Perubahan (Pengguna: Guru)


1.0 Inspiring Change (User: Staff)

transforming education through the Internet

Menginspirasi Perubahan
TUGASAN:
Memberi inspirasi untuk perubahan.

OBJEKTIF:
Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah pengajaran baru.

TEMPOH MASA:
20 minit

BAHAN YANG DIPERLUKAN:


Video - SHIFT HAPPENS

TATACARA:
1. MENINGKATKAN KESEDARAN Satu daripada sepuluh aduan berkaitan pelajar ialah masalah kurang perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin ramai pelajar yang hilang minat semasa di sekolah dan berasa terpinggir daripada guru-guru dan pelajaran. Antara sebab yang sering diberi ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas, bantuan berfokus kepada individu yang terhad dan pengajaran guru yang kurang berkesan. Guru pula mengadu mereka tidak dapat menghampiri pelajar. Bagi pandangan anda, apakah masalah yang sebenar? Perhatian pelajar dapat ditingkatkan melalui penglibatan ibubapa, nisbah pelajar-guru yang lebih kecil dan pengajaran yang lebih menarik. 2. VIDEO - SHIFT HAPPENS Mainkan video - Shift Happens. Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan berikut: SOALAN: Apakah implikasi kepada perubahan teknologi ini kepada guru? Bagi pendapat anda, adakah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan membantu meningkatkan perhatian pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?

RUMUSAN
Mulakan satu perbincangan tentang masalah-masalah berkaitan dengan komunikasi dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Mungkin terdapat perbezaan antara alat-alat komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar-pelajar. Adalah penting bagi guru untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan berkaitan dengan cara-cara berkomunikasi terkini yang digunakan oleh para pelajar. Beri penekanan kepada keperluan untuk berubah. Jangan berubah tanpa mempunyai pengetahuan yang mencukupi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan selepas 1980 sering dirujuk sebagai Net Generation, iGeneration, atau Generasi X, Y dan Z. Mereka mencerminkan zaman persekitaran di mana teknologi adalah perkara biasa.
powered by

You might also like